MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) Arahan:
(1) (3) (5) (7)
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
ada hati baik budi membawa nasib seperti kacang lupakan kulit
(2) (4) (6) (8)
ambil hati makan suap murah hati tolak ansur
1
Si Tanggang sangat disayangi ibunya. Setelah mendapat pekerjaan di atas sebuah kapal, Si Tanggang melupakan segala pengorbanan dan jasa ibunya.
2
Selepas berselisihan faham dengan adiknya, Anita membuat keputusan untuk berpindah ke kampungnya di Melaka. Dia hendak mencari penghidupan di tempat lain.
3
Seorang lelaki didapati bersalah kerana cuba menyeludup beberapa ekor kucing masuk ke Singapura. Seorang pegawai kastam juga dikenakan hukuman kerana telah menerima rasuah daripada lelaki itu.
4
Sudah tiga tahun Maria tidak berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendahnya. Namun, setelah mereka berjumpa, rakan-rakan Maria mentertawakannya kerana berat badan Maria meningkat. Maria berasa tersinggung.
5
Hafiz melihat seorang nenek tua yang membawa sebuah beg plastik yang berat sedang menaiki tangga. Dia berasa kasihan akan nenek tua itu. Hafiz terus menolong nenek tua itu kerana dia memang suka memberikan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
SOALAN
JAWAPAN
SOALAN
1
4
2
5
JAWAPAN
3
Markah yang diperoleh 1
P5 HML SA1 Paper 2 2016
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) Arahan:
Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Perasaan iri hati merupakan perkara biasa yang berlaku kepada pelajar. Perasaan ini lazimnya timbul dalam diri pelajar apabila mendapati pelajar lain (6) diraih kejayaan dalam pelajaran atau aktiviti kokurikulum yang disertai.
Sebenarnya, perasaan iri hati ini harus (7) melihat dari sudut yang positif. Ini kerana perasaan sebegini dapat menimbulkan semangat untuk meraih kejayaan. Daripada berasa (8) bingit terhadap pelajar lain yang lebih berjaya, pelajar harus meningkatkan (9) teringin untuk berjaya. Perasaan ini juga dapat mendorong seorang pelajar itu untuk berusaha dengan lebih (10) kuat lagi. Secara tidak langsung, ini dapat mengelakkan terjadinya permusuhan antara pelajar.
SOALAN
JAWAPAN
6 7 8 9 10
Markah yang diperoleh
2
P5 HML SA1 Paper 2 2016
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH) Arahan :
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Sejak turun temurun, pokok pisang telah digunakan oleh nenek moyang kita dalam kehidupan seharian mereka. Kegunaannya adalah pelbagai. Akar, batang, daun, buah mahupun jantung pisang yang boleh didapati daripada pokok pisang boleh digunakan.
Buah pisang ialah buah tempatan yang tidak asing lagi bagi setiap masyarakat di rantau ini. Rasanya manis serta berkhasiat tinggi. Buah ini sangat digemari dan selalunya dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlismajlis kenduri atau perkahwinan. Buah pisang dijual di gerai-gerai kecil di kampung-kampung hinggalah ke pasar-pasar raya.
Daun pisang pula mempunyai banyak kegunaan. Salah satu kegunaannya ialah sebagai pembungkus kuih. Masyarakat Melayu telah menggunakan daun pisang yang berbentuk lebar itu sebagai pelapik dan pembungkus makanan. Tujuan utama membungkus hidangan dengan daun pisang adalah untuk menimbulkan aroma yang dapat membangkitkan selera seseorang. Nasi lemak, pulut inti, pulut panggang, kuih koci, kuih lapis, lontong dan lepat merupakan kuih tradisional yang menggunakan daun pisang sebagai pembungkusnya. Bentuk-bentuk bungkusan pula pelbagai seperti panjang, tiga segi, bentuk sampul surat, empat persegi dan sebagainya.
Daun pisang juga digunakan sebagai penutup hidangan untuk dihantar ke rumah jiran di kampung-kampung ketika bulan puasa dan sebagainya. Daun pisang juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana dapat menggantikan minyak masak semasa memanggang ikan agar ikan tidak melekat. Selain daripada itu, masyarakat India pula menggunakan daun pisang ketika makan nasi untuk menggantikan pinggan. Ini dapat dilihat di majlis-majlis perkahwinan atau majlis-majlis tertentu masyarakat tersebut.
3
P5 HML SA1 Paper 2 2016
Arahan:
11
Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
‘‘Kegunaannya adalah pelbagai.’ (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada _____________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________. (2 markah) Markah yang diperoleh
12
Perenggan ketiga menekankan bahawa penggunaan daun pisang sebagai pembungkus kuih-muih ialah kerana ____________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________. (2 markah) Markah yang diperoleh
4
P5 HML SA1 Paper 2 2016
13
Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 3. Kemudian, bubuh tanda () dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai. Buah pisang dan kegunaan daun pisang
Keistimewaan pokok pisang
________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ (4 markah) Markah yang diperoleh
14
Berdasarkan petikan di halaman 3, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya. Penerangan
Betul/Salah
Bukti
Daun pisang boleh membungkus kuih mengikut satu bentuk sahaja. Daun pisang memainkan peranan penting dalam majlis-majlis masyarakat India.
(4 markah) Markah yang diperoleh
5
P5 HML SA1 Paper 2 2016
Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 3 yang membawa maksud yang berikut. 15
sesuatu yang dijadikan alas (2 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
16
bau yang menyedapkan
(2 markah)
________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
6
P5 HML SA1 Paper 2 2016
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH) Arahan:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Encik Haron merupakan seorang kakitangan pemerintah yang telah
bersara. Kini beliau berusia enam puluh lima tahun. Namun begitu, dia masih sihat dan cergas. Setiap hari, dia bersenam sekurang-kurangnya dua kali iaitu pada sebelah pagi dan pada sebelah petang. Usia bukan penghalang baginya untuk memastikan kesihatan sentiasa mantap. Dia juga memilih makanan yang menyihatkan tubuhnya. Ketika muda dahulu, Encik Haron merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik-beradik. Ayahnya seorang buruh kasar sementara ibunya pula seorang tukang jahit sambilan. Pendapatan mereka tidak mencukupi dan Encik Haron harus membantu ibunya menjual nasi lemak untuk mendapatkan pendapatan lebih. Namun, Encik Haron telah mengambil keputusan untuk menamatkan pelajarannya setakat sekolah menengah supaya adik-adiknya dapat meneruskan pelajaran mereka. Dia telah menceburkan diri dalam bidang
perniagaan
bagi
membantu
memenuhi
keperluan
kewangan
keluarganya. Setelah bersara, Encik Haron dan isterinya menghabiskan masa mereka
dengan
membuat
kerja-kerja
amal.
Mereka
menjadi
ahli
jawatankuasa kelab warga emas di sebuah kelab masyarakat. Biasanya selepas bersenam, Encik Haron dan isterinya akan mengemas rumah bersama-sama. Setelah itu, mereka akan bersarapan sambil merancang apa yang perlu dilakukan untuk membantu warga tua yang diletakkan di bawah pengawasan mereka. Kemudian, mereka berdua akan ke kelab tersebut. Mereka akan menghabiskan masa selama tiga jam di sana. Encik Haron banyak menjalankan kegiatan supaya warga tua di situ tidak berasa bosan. Pada sebelah malam pula, Encik Haron dan isterinya akan berehat sambil menonton televisyen atau berbual-bual di telefon bersama anak-anak atau cucu-cucu mereka. Sesungguhnya, Encik Haron dan isterinya merupakan pasangan yang berjaya menggunakan masa mereka dengan bijak.
7
P5 HML SA1 Paper 2 2016
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
17
Bilakah akan Encik Haron bersenam setiap hari?
(2 markah)
________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
18
Encik Haron masih sihat dan cergas. Jelaskan kenyataan tersebut. (2 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
19
Berikan dua bukti yang menunjukkan Encik Haron seorang ahli keluarga yang bertanggungjawab. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
8
P5 HML SA1 Paper 2 2016
20
Berikan dua bukti yang menunjukkan Encik Haron datang dari keluarga yang susah. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
21
Nyatakan dua tanggungjawab Encik Haron sebagai ahli jawatankuasa kelab warga tua. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
22
‘Encik Haron dan isterinya merupakan pasangan yang berjaya menggunakan masa mereka dengan bijak.’ Berikan pendapat kamu mengapa penulis berasa sedemikian rupa. (4 markah) ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ Markah yang diperoleh
9
P5 HML SA1 Paper 2 2016
23
Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.
(i)
mantap
(2 markah)
___________________________________________________ ___________________________________________________ Markah yang diperoleh (ii)
menceburkan diri
(2 markah)
___________________________________________________ ___________________________________________________ Markah yang diperoleh
Selesai
Setter: Miss Puteri Nor’Atika Binte Raja Ismail
10
P5 HML SA1 Paper 2 2016
Boon Lay Garden Primary School Primary 5 Higher Malay Language Paper 2 SA1 2016 Answer Key SOALAN 1 - 5 (10 markah) (1) 7 (2) 5 (3) 4 (4) 2 (5) 6
SOALAN 6 - 10 (10 markah) (6) meraih (awalan) (7) dilihat (awalan) (8) benci / marah (adjektif) (9) keinginan (apitan) (10) gigih / tekun (kosa kata)
SOALAN 11 - 16 (16 markah) No 1 2 3
Kesalahan Markah terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca potong ½ terdapat kesalahan tatabahasa yang menjejas pemahaman potong ½ terhadap jawapan yang diberikan menyalin jawapan sepenuhnya daripada petikan potong ½
(11) ... pokok pisang (2m) (12) ... daun pisang dapat menimbulkan aroma yang dapat membangkitkan selera seseorang (2m) (13) Buah pisang dan kegunaan daun pisang (2m) Bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai adalah petikan ini menerangkan tentang buah pisang dan daun pisang sahaja, bukan keseluruhan pokok pisang itu.(2m) (14) Penerangan Daun pisang boleh membungkus kuih mengikut satu bentuk sahaja. Daun pisang memainkan peranan penting dalam sambutan majlis bagi masyarakat India.
Betul/Salah (1m) Salah
Bukti (1m) Terdapat bentuk-bentuk bungkusan seperti panjang, tiga segi, bentuk sampul surat, empat persegi dan sebagainya.
Betul Masyarakat India menggunakan daun pisang ketika makan nasi untuk menggantikan pinggan.
(15) pelapik
11
P5 HML SA1 Paper 2 2016
(16) aroma SOALAN 17 – 23 (24 markah) No 1 2 3 4
Kesalahan Markah tidak menyertakan akar soalan potong ½ terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca potong ½ terdapat kesalahan tatabahasa yang menjejas pemahaman potong ½ terhadap jawapan yang diberikan menyalin jawapan sepenuhnya daripada petikan potong 1
(17) Encik Haron akan bersenam pada waktu pagi dan petang pada setiap hari. (18) Encik Haron masih sihat dan cergas kerana dia menjaga kesihatannya dengan bersenam dua kali sehari dan membuat pemilihan makanan yang sihat. (19) Dua bukti untuk menunjukkan Encik Haron merupakan ahli keluarga yang bertanggungjawab ialah telah mengambil keputusan untuk menamatkan pelajarannya setakat sekolah menengah supaya adik-adiknya dapat meneruskan pelajaran mereka (2m) telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan bagi membantu memenuhi keperluan kewangan keluarganya (2m) (20) Encik Haron dari keluarga yang susah kerana dia harus membantu ibunya menjual nasi lemak untuk mendapatkan pendapatan tambahan. (2m) Pendapatan ibu bapanya selalu tidak mencukupi (2m). (21) Dua tanggungjawab Encik Haron sebagai ahli jawatankuasa kelab warga emas itu ialah merancang perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk membantu warga emas di kelab itu (2m) menjalankan kegiatan-kegiatan untuk mereka (2m) (22) Pada pendapat saya, penulis berasa sedemikian rupa kerana dia pandai membahagikan masa untuk keluarga dan juga kerja-kerja amal di kelab warga emas (23i) stabil/kuat (23ii) melibatkan diri
12
P5 HML SA1 Paper 2 2016