Rujukan Kami
: SMUSLIM/OUT/2016/11/9/01
Rujukan Tuan
:
Tarikh
: 9 NOVEMBER 2016
Kepada
: INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM
Tuan,
PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (SERANTAU MUSLIM)
Nombor Pertubuhan: PPM033-10-14072015
Alamat: JB 4862A, Kedai Baru Majlis Umbai, Jalan Pekan Umbai, BT 8, 77300 Merlimau, Melaka. Tel No. 1: +60111-0735360 Tel No. 2: +6019-4505360 Email 1:
[email protected] Email 2:
[email protected] Laman web: www.smuslim.com
TAWARAN PUSAT LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR UNIVERSITI BAGI PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (SERANTAU MUSLIM) SERANTAU MUSLIM atau lama namanya South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar melalui surat Ikatan Amanah pada 11 November 2010. Kemudian, pada 14 Julai 2015, SERANTAU MUSLIM didaftarkan semula di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (SERANTAU MUSLIM) dengan Nombor Pendaftaran PPM033-10-14072015. 2. Serantau Muslim yang membawa slogan Persaudaraan Rentas Sempadan telah bergiat aktif untuk membawa visi dan misi menerajui perhubungan Umat Islam Serantau Asean serta mempererat persaudaraan Islam khususnya membela nasib Muslim Minoriti di Serantau ASEAN melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan anak muda. 3. Oleh itu, untuk makluman pihak institut, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) menyediakan peluang bagi pelajar universiti yang ingin melakukan LATIHAN INDUSTRI untuk menyertai kami. 4. Berikut merupakan antara kemahiran-kemahiran individu yang kami sedang perlukan dalam industri kami: Bidang Marketing
Tugasan Mampu merangka plan pemasaran sama ada online ataupun offline
Designing
Mampu menghasilkan design gambar/video
Financing
Mampu menguruskan perihal akaun dan kewangan
Sales
Mampu mencapai sasaran harian/mingguan/ bulanan yang ditetapkan
Admin
Mampu menguruskan hal hal kepejabatan
Project Manager
Mampu menguruskan program program kelolaan Serantau Muslim
5. Antaranya pengalaman menarik sekiranya menyertai latihan industri bersama SERANTAU MUSLIM ialah para pelajar akan terlibat dengan program misi bantuan di pelbagai negara dan pengalaman berurusan dengan ramai pihak di pelbagai peringkat. 6. Kami berharap dengan tawaran ini, pihak universiti boleh menghantar pelajar-pelajar yang berminat untuk bersama kami bagi melakukan latihan industri. Pejabat kami yang terletak di Umbai, Melaka bersedia menerima kedatangan pelajar pada bila-bila masa sahaja. 7.
Disertakan bersama borang permohonan untuk melakukan latihan industri di Serantau
Muslim. Segala kerjasama pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, Terima Kasih.
BROTHERHOOD BEYOND BORDERS
Yang berkhidmat,
……………………………… (Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor) +6019-4505360 SETIAUSAHA, PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (PPM-003-10-14072015)
BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI DI PERTUBUHAN KEBAJIKAN SERANTAU MUSLIM (PPM-033-10-14072015) MAKLUMAT PERIBADI NAMA NO.KAD PENGENALAN NO.ID PELAJAR TARIKH LAHIR ALAMAT TETAP
ALAMAT E-MAIL NO.TELEFON MASALAH KESIHATAN (JIKA ADA)
ORANG YANG PERLU DIHUBUNGI JIKA KECEMASAN NAMA ALAMAT
NO.TELEFON HUBUNGAN
AKADEMIK KELAYAKAN TERTINGGI AKADEMIK KURSUS PENGAJIAN
DIPLOMA ( )
IJAZAH ( )
JABATAN FAKULTI UNIVERSITI TAHUN PENGAJIAN
PERMOHONAN DAN PENGAKUAN PELAJAR Saya dengan ini mengaku bahawa segala butiran yang diberi adalah benar dan saya telah membuat persiapan awal dalam menjalani latihan industri ini.
---------------------------------------Tandatangan
--------------------------------------Tarikh
PERAKUAN PENYELARASAN UNIVERSITI LATIHAN PELAJAR/AMALI/INDUSTRI Saya
, dengan ini, memberi pengakuan
bahawa pelajar yang tersebut di atas adalah seorang pelajar yang berada di bawah penyelarasan saya. Saya mengesahkan bahawa segala butiran akademik yang dinyatakan adalah benar.
...................................................... Tandatangan & Cop Jabatan Universiti
..................................................... Tarikh