Buletin Usahawan 1
Buletin Usahawan
PERUTUSAN
- Selamat Tahun Baru 2010 Bismillahirahmannirahim
SIDANG REDAKSI 2010 Penasihat YBhg. Datu Haji Sarudu Bin Haji Hoklai Pengurus Besar PUSAKA
Ketua Editor Tuan Haji Hashim Haji Bojet Timbalan Pengurus Besar PUSAKA Sidang Editorial Haji Wan Ahmad Lutfi Wan Zainal Abidin Omar Ali Sepian Siti Emiza Binti Misi Mathew Jimbon Juli Bin Haji Ladis Johar Allen Sarina Joti Sumbangan Foto Abang Halim bin Abang Abdillah Abang Mohd Reza bin Abang Mustapha Mohd Asri
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dapat bertemu di ruangan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sidang Bulletin Usahawan tahun 2010 kerana berusaha merealisasikan penerbitan ini yang penuh dengan mesej yang tersirat kepada para pembaca khususnya usahawan budiman akan kepentingan industri perkayuan di arena global yang semakin menyerlah. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga PUSAKA. Justeru itu, sesuai saya katakan bahawa sambutan tahun baru 2010 pastinya akan membawa kita ke satu titik untuk menentukan perubahan dan merealisasikan pelaksanaan untuk menjadi lebih matang, berani, yakin, berdaya saing dan seterusnya mampu untuk berdikari bagi menerokai dan menguasai pasaran industri perabot tempatan dan seterusnya pasaran eksport. Tidak dinafikan lagi bahawa tugas seorang ketua amatlah mencabar dan banyak memerlukan kesabaran. Dalam jangkauan untuk mencapai perubahan, banyak perkara yang memerlukan semangat anjakan paradigma dalam merintis sesuatu perkara.Selaku mantan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri telah dilantik sebagai Pengurus Besar PUSAKA mulai 1 Januari 2010 menggantikan YBhg Datu Haji Len Talif Salleh, yang telah bersara wajib pada bulan Februari 2009 dan menamatkan kontrak beliau pada 31 Disember 2009, berazam untuk melaksanakan amanah daripada kerajaan negeri dengan baik dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada PUSAKA bagi meneruskan agenda dan misi perbadanan. Walaupun tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman khusus dalam industri perkayuan, saya yakin dengan kerjasama serta semangat kerja berpasukan yang tinggi di PUSAKA akan memudahkan saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan berkesan. Di samping itu, saya juga melihat bahawa Projek Pembangunan Hab Halal Bandar Baru Tanjung Manis merupakan salah satu tanggungjawab yang besar dan berat yang akan saya galas selaras dengan komitmen negeri untuk menjadikan Bandar Baru Tanjung Manis sebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi penting dalam Projek Pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE). Harapan saya semoga warga PUSAKA dan anak-anak syarikat PUSAKA akan terus memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada saya seperti yang telah dicurahkan kepada YBhg Datu Haji Len Talif Salleh. Ini adalah bagi meneruskan usaha dan memastikan kesinambungan kecemerlangan dan kegemilangan PUSAKA di masa-masa akan datang. Sememangnya masa depan membawa bersama pelbagai cabaran yang semakin sukar ditangani. Untuk terus berjaya, kita harus berupaya mengadakan perancangan yang lebih strategik dan mengatur tindakan-tindakan baru yang mungkin berbeza dengan yang pernah kita laksanakan. Saya berharap semoga dengan kelahiran baru 2010 kepada PUSAKA akan meluaskan pasaran mereka dan seterusnya boleh ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan usahawan usahawan bangsa lain. InsyaAllah. Sekian, wassalam
YBhg. Datu Haji Sarudu Bin Haji Hoklai Pengurus Besar PUSAKA 2 Buletin Usahawan
SUDUT EDITOR
- Tahun Baru, Aspirasi Baru Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia Kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Ilahi atas limpah kurnia-Nya kita dianugerahkan kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan perjuangan dan memperkasa perkembangan industri dan pasaran perabot di negeri Sarawak yang tercinta ini pada tahun 2010. Dengan kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua warga Vendor Perabot PUSAKA diseluruh negeri Sarawak. Pastinya kelahiran PUSAKA 2010 akan terus menjadi aspirasi dan suntikan semangat kepada kita semua kearah merealisasikan perkembangan perabot yang pesat.Cacatan kejayaan dan suka duka yang dilalui sepanjang tahun 2009 seharusnya dijadikan pengajaran mematangkan diri bagi menghadapi persekitaran yang semakin mencabar serta merancang dan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menerokai dan menangani perkembangan industri dan pasaran perabot bagi tahun 2010. Dalam konteks pengurusan dan agenda serta kesungguhan para vendor dan anggota Seksyen Pembangunan Usahawan PUSAKA (SPU), kita sentiasa mendokong dan berganding bahu dengan memperluaskan lagi pembekalan perabot kita dalam melebarkan sayap penguasaan industri perabot dan seterusnya pasaran eksport. Bagi program Pembangunan Vendor Perabot PUSAKA (PVPP) yang sudah menjangkau 14 tahun membawa banyak perubahan dan peningkatan yang positif kepada pengusaha perabot bumiputra yang bernaung dibawah payung Program Vendor Perabot PUSAKA. Dengan pencapaian yang cemerlang, PUSAKA telah berjaya menyusun dan melaksanakan pelbagai program membina keupayaan vendor perabot PUSAKA seperti pelaksanaan program Produktiviti dan Kualiti (P&Q) dengan kerjasama pihak MECD dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Selain itu, program 5S dan P&Q juga mendedahkan para vendor mengalami perubahan yang menggalakkan dalam keupayaan pengeluaran serta kualiti produk yang membanggakan ramai dikalangan vendor. Melalui konsep pakatan bijak atau sinergi, program atau aktiviti yang dilaksanakan secara bersepadu pastinya akan menghasilkan impak berpanjangan untuk terus menjayakan program pembangunan vendor PUSAKA, maka saya sekali lagi ingin menyeru kepada semua peserta program vendor ini untuk terus bekerjasama dengan PUSAKA bagi membolehkan kita bergerak maju seiring dengan pesaing-pesaing kita di pasaran terbuka. Tahun 2009 telahpun berlalu dan segala perancangan dan strategi telah disusun rapi oleh para vendor dengan mengambil kira keperluan global. Tahun 2010 adalah tempoh untuk melaksanakan apa yang dirancang menjadi kenyataan.Oleh itu, semangat bekerjasama antara vendor perlu diterus dan disemarakkan untuk menjadikan vendor sebagai satu matlamat agar menjadi lebih kukuh seperti pepatah melayu ‘Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Semoga tahun baru ini akan menjadi lebih banyak kejayaan. Selamat Maju Jaya….
Tuan Haji Hashim Haji Bojet Timbalan Pengurus Besar PUSAKA
kandungan ms 4 • PUSAkA sebagai peneraju projek mega DUN ms 5 • SMIDEX Showcase 2009 Di Kuala Lumpur Convention Centre Pada 3 Hingga 5 Jun 2009 ms 6 - 7 • Sudut Pameran Dan Promosi ms 8 - 9 • Seimbas Lalu Laporan Kegiatan atau Aktiviti Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan Sepanjang Tahun 2009 • Majlis Perjumpaan Dan Taklimat ms 10 - 11 • Sudut P & Q ms 12 - 13 • Program Pembangunan Produk Perabot PUSAKA Melalui Program R&D
ms 14 - 15 • W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. ms 16 • Sudut Info Program Sokongan Bahan Mentah Usahawan Kayu Bumiputera ms 17 • Rumusan Laporan Kesan Kegawatan Ekonomi Ke Atas Industri Hiliran Perkayuan Di Sarawak Dan Langkah-langkah Yang Diambil Bagi Menanganinya ms 18 • Strategi & Pencapaian ms 19 • Sudut Tip Prabot Untuk Ruang Sudut
Buletin Usahawan 3
PUSAKA sebagai peneraju projek mega DUN PUSAKA sebagai agensi yang menerajui dan melaksanakan Projek Pembangunan Vendor Perabot PUSAKA telah sama terlibat dalam membekal dan memasang keperluan perabot untuk Dewan Undangan Negeri yang baru. Untuk perlaksanaan projek baru-baru ini, PUSAKA telah diberi mandat untuk mencadangkan keperluan perabot yang khusus untuk kegunaan keseluruhan Dewan Undangan Negeri yang baru. Projek ini telah selesai sepenuhnya dibekal oleh PUSAKA yang mana melibatkan bangunan 9 tingkat dengan keseluruhan perabot yang berjumlah 16,000 unit.
4 Buletin Usahawan
SMIDEX SHOWCASE 2009 Di Kuala Lumpur Convention Centre Pada 3 Hingga 5 Jun 2009 SMIDEX Showcase 2009 telah diadakan pada 3-5 Jun 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bertemakan 1 Sarawak, yang telah menyaksikan penglibatan berbagai agensi kerajaan dan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pameran ini telah dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) dan disertai oleh agensi-agensi kerajaan lain termasuk PUSAKA serta sepuluh (10) usahawan kecil dan sederhana yang turut serta dalam pameran pada tahun ini. Objektif pameran ini pada asasnya memberi peluang kepada usahawan untuk mempamerkan barang-barang keluaran masing-masing disamping membuka peluang pasaran peringkat nasional dan antarabangsa. Pameran ini juga dijadikan sebagai flatform untuk para pemamer bertukar-tukar pengelaman ke arah peningkatan kemahiran dalam perniagaan dan strategi-strategi yang dianggap baik untuk perniagaan yang kian mencabar. Penglibatan Sarawak pada tahun ini adalah berbeza dari tahuntahun yang sebelumnya, yang mana Sarawak telah mengambil inisiatif yang lebih berani dan yakin iaitu dengan membina Pavillion sendiri dengan konsep yang tersendiri. PUSAKA telah diberi kepercayaan oleh Pengerusi untuk menyelaras pembinaan Pavillion Sarawak yang mana PUSAKA juga telah meletakan tanggungjawab tersebut kepada vendor perabot PUSAKA iaitu Kartika Nusantara Sdn Bhd untuk mengusahakan dan membina Pavillion Sarawak. Pavillion Sarawak telah dianugerahkan “SMIDEX Best Booth 2009” oleh pihak penganjur iaitu SMIDEX. Ini merupakan hasil usahasama agensi kerajaan dan usahawan-usahawan yang terlibat dalam pameran tersebut.
Buletin Usahawan 5
SUDUT PAMERAN DAN PROMOSI
PAMERAN SME MERDEKA EXPO 2009 KUCHING : PUSAKA telah turut serta dalam pameran SME MERDEKA EXPO 2009 telah diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada 14 – 16 Ogos 2009 anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).
JUALAN PERABOT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009 Pada 8 hingga 30 September 2009 Seksyen Pembangunan Usahawan telah mengadakan Jualan Perabot Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna, PUSAKA. Majlis Perasmian Jualan Perabot Hari Raya Aidilfitri 2009 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar, PUSAKA pada 16 September 2009. Aktiviti ini juga telah memberi peluang kepada anggota PUSAKA dan kakitangan agensi-agensi kerajaan serta orang awam di sekitar Petra Jaya untuk berkunjung ke Wisma Sumber Alam.
JUALAN HARI KRISMAS DAN HUJUNG TAHUN Pada 13 November 2009 hingga 31 Disember 2009, jualan perabot sempena perayaan hari krismas dan hujung tahun telah diadakan di Galeri Perabot PUSAKA, Jalan Satok. Aktiviti jualan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh pihak PUSAKA dengan kerjasama para Vendor Perabot PUSAKA. Dengan adanya aktiviti seperti ini, para vendor dapat memperkenalkan produk jualan mereka pada setiap pengunjung yang datang ke galeri perabot PUSAKA. Selain itu, aktiviti jualan ini dapat meningkatkan pendapatan para vendor perabot PUSAKA dan secara langsung memperkenalkan para vendor perabot PUSAKA dengan orang ramai. 6 Buletin Usahawan
MAJLIS PELANCARAN DAN SEMINAR GABEM SARAWAK Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sarawak (GABEM Sarawak) telah mengadakan Majlis Pelancaran GABEM Sarawak dan Seminar pada 9 Disember 2009 di Borneo Convention Centre, Kuching. Majlis Pelancaran GABEM tersebut telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Objektif utama Seminar GABEM adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta seminar tentang maklumat, hala tuju dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan penglibatan masyarakat bumiputera dalam bidang ekonomi di Sarawak. PUSAKA dan juga semua vendor Bahagian Kota Samarahan dan Kuching turut terlibat dalam Pameran dan Seminar tersebut.
PAMERAN SME MERDEKA EXPO 2009 14 – 16 OGOS 2009 KUCHING : PUSAKA telah turut serta dalam pameran SME MERDEKA EXPO 2009 telah diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada 14 – 16 Ogos 2009 anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS).
Buletin Usahawan 7
SUDUT KIPPKS
SEIMBAS LALU LAPORAN KEGIATAN ATAU AKTIVITI KOMPLEKS INDUSTRI PERABOT PUSAKA KOTA SAMARAHAN SEPANJANG TAHUN 2009
Lawatan Para Pegawai Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Melaka ke KIPPKS pada 10 Julai 2009.
Lawatan Pegawai ICATS / PPKS ke KIPPKS pada 05 Ogos 2009.
Lawatan Pelatih GEMS PUSAKA dan pelajar praktikal ke KIPPKS pada 21 Julai 2009.
Kursus Ujian Pemeringkatan Tahap Kompetensi Bagi pemeringkat kayu PUSAKA pada 27 & 28 Oktober 2009.
Aktiviti utama yang telah dijalankan pada tahun 2009 meliputi 3 majlis iaitu sambutan ulangtahun ke-5 KIPPKS pada 21 April 2009 serta ekspo dan jualan perabot, majlis makan malam dan penyampaian Sijil Pelatih Kursus Seni Ukir dan Pembuatan Perabot 2009 pada 10 Disember 2009 dan juga majlis Hari Keluarga Bahagian Pembangunan Projek PUSAKA yang telah diadakan pada 16 Disember 2009. Antara program pembangunan sumber manusia, pihak PUSAKA telah menganjurkan Ujian Peningkatan Tahap Kompetensi Bagi Pemeringkatan Kayu pada minggu terakhir Oktober 2009 di KIPPKS. Ini disusuli oleh Program latihan dalam kilang para pelatih kursus Pembuatan Perabot dan seni Ukir Tanjung Manis bermula 8 November 2009 hingga 11 Disember 2009. Sepanjang tahun 2009, 150 orang direkod telah membuat lawatan rasmi ke KIPPKS. Antara rombongan lawatan sepanjang April hingga Mei 2009 terdiri daripada para 8 Buletin Usahawan
Lawatan para Pelajar Tahun 3 Teknologi & Industri Serat Kayu UMS ke KIPPKS pada 30 September 2009.
anggota lantikan baru PUSAKA dan pelajar praktikal, Lawatan Kerja Pegawai FRIM serta lawatan pelajar Unimas. Sementara itu dari Julai 2009 hingga Oktober 2009, KIPPKS telah dikunjungi oleh rombongan
Pegawai Perindustrian Perdagangan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka, Lawatan Pegawai ICATS dan juga Lawatan Para Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah.
MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT Lawatan Pengurus Besar PUSAKA, DATU HAJI SARUDU BIN HAJI HOKLAI Di Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan Tarikh : 8 Januari 2010 (Jumaat)
Buletin Usahawan 9
SUDUT P & Q
Program Peningkatan Produktiviti dan Kualiti (P&Q) Program Peningkatan Produktiviti dan Kualiti (P&Q) untuk vendor perabot PUSAKA telah dilaksanakan sejak tahun 2003 lagi. Program ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut siri. Sehingga tahun 2009 PUSAKA telah menawarkan program terhadap 14 buah syarikat vendor yang mana kesemua jumlah tersebut telah dipersijilkan mengikut siri, sebanyak 4 siri setakat ini. Program P&Q ini dilaksanakan dengan usahasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai penyumbang dana, Malaysian Productivity Corporation (MPC) sebagai Perunding dan PUSAKA bertindak sebagai badan pelaksana. SENARAI VENDOR PERABOT PUSAKA YANG TELAH MENYERTAI PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI & KUALITI (P&Q) Bil
Nama Vendor
Tarikh Pensijilan
Bahagian
Program P&Q Siri Pertama 1 Hizone Sdn. Bhd. 2 Ikmas Jaya 3 M&N Enterprise 4 Archiwood Sdn. Bhd.
22/11/2004 22/11/2004 22/11/2004 22/11/2004
Kuching Kota Samarahan Kota Samarahan Kuching
Program P&Q Siri Kedua Hillog Sdn. Bhd. Furniture Sdn. Bhd. AKS Holding Sdn. Bhd. FBF Reka Sdn. Bhd.
17/3/2006 16/3/2006 15/3/2006 17/3/2006
Kuching Tanjung Manis, Mukah Bintulu Kota Samarahan
Program P&Q Siri Ketiga Saadiah Indah Sdn. Bhd. W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. Utep Wood 2
16/3/2007 16/3/2007 8/2/2007
Kota Samarahan Kota Samarahan Kuala Baram, Miri
Program P&Q Siri Keempat Kartika Nusantara Sdn. Bhd. Syarikat Puteri Bumi Richard U & Co
23/12/2008 20/12/2008 28/2/2009
Kota Samarahan Kapit Sibu
10 Buletin Usahawan
SENARAI VENDOR PERABOT PUSAKA YANG AKAN MENYERTAI PROGRAM PENINGKATAN PRODUKTIVITI & KUALITI (P&Q) SIRI KE-5 Vendor
Kawasan / Bahagian
1.
Ekapaksi Sdn. Bhd.
Kuching
2.
Haji Husaini & Sons
Mukah
3
Mahsuri Muhibbah Sdn. Bhd.
Kota Samarahan
Buletin Usahawan 11
SUDUT R & D
PROGRAM PEMBANGUNAN PRODUK PERABOT PUSAKA MELALUI PROGRAM R&D Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi membantu para vendor perabot PUSAKA antara salah satunya adalah program pembangunan produk perabot PUSAKA. Melalui usaha ini kita mampu memperkenalkan produk buatan tempatan. Dan hasil dari program ini juga, kita dapat menilai tahap kebolehan para vendor perabot PUSAKA. Program ini telah dilaksanakan dibawah program pembangunan vendor dan hasil kerjasama para vendor dan MECD. Hasil dari program ini kita dapat membantu para vendor dari segi teknikal
12 Buletin Usahawan
Buletin Usahawan 13
VENDOR SANA-SINI
W.A. WOOD INDUS W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang mencebur diri di dalam industri pembuatan perabot sejak penubuhan Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan pada tahun 2004. W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. mula mengorak langkah dengan berbekalkan modal sendiri dengan pengalaman yang diperolehi semasa beliau bekerja di kilang perabot. Pengasas UTAMA syarikat iaitu Encik Wan Amin Bin Wan Johan yang merupakan pemilik syarikat. Syarikat ini kini mempunyai dua buah kilang bertempat di Kompleks Industri Perabot PUSAKA Kota Samarahan. Pada awal penubuhan syarikat, syarikat ini cuma mempunyai pekerja seramai 2 orang termasuk diri beliau sendiri dan dibantu oleh seorang pekerja mahir. Pada masa sekarang kilang W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. mempunyai pekerja terlatih dan berpengalaman seramai 9 orang yang terdiri daripada 2 orang pekerja mengurus pentadbiran pejabat dan selebihnya 2 orang pekerja mahir, 2 orang pekerja separa mahir dan 3 orang pekerja am bagi membantu syarikat membangun serta menjalankan operasi pengeluaran syarikat.
daripada orang perseorangan, tempahan melalui tawaran tender dan kontrak daripada agensi-agensi Kerajaan dan sektor-sektor Swasta. Mereka juga mempromosikan produk melalui risalah, catalog & tidak ketinggalan mengikuti Ekspo yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu seperti STIDC dan sebagainya.
Produk-produk keluaran syarikat W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. adalah untuk pasaran setempat dan atas permintaan dan kontrakkontrak terbuka. Pelanggan-pelanggan kami kebanyakannya terdiri
Antara perabot keluaran W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. yang mendapat sambutan adalah perabot-perabot dalam rumah seperti “kitchen cabinet, wordrobe, bet room set dan perabot sekolah”.
14 Buletin Usahawan
STRIES TRIES SDN. BHD. Di bawah Program Pembangunan Vendor operasi syarikat W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. semakin berkembang dan aktif dengan mendapat pelbagai bentuk bantuan dari PUSAKA baik dari segi aspek khidmat nasihat teknikal, pasaran dan promosi, agihan kontrak dan latihan. Visi dan matlamat syarikat W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. kini adalah untuk membesarkan lagi kilang serta kelengkapan kilang dengan mesin-mesin yang dapat membantu mengeluarkan produk yang lebih bermutu dalam tempoh masa yang singkat dalam memenuhi kehendak pelanggan. Perancangan W.A. Wood Industries Sdn. Bhd. adalah untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti agar dapat berdaya saing di pasaran terbuka.
Buletin Usahawan 15
SUDUT INFO
Program Sokongan Bahan Mentah Usahawan Kayu Bumiputera Pihak MTIB telah memohon kerjasama PUSAKA untuk membantu dalam Program Sokongan Bahan Mentah bagi usahawan kayu Bumiputera. Pada 13 hingga 14 Ogos 2009, Puan Zaibi Yakin, Timbalan Pengarah MTIB telah memberi taklimat/penerangan berkenaan program sokongan bahan mentah untuk usahawan kayu Bumiputera di PUSAKA Kuching dan juga di Miri.
pengeluaran secara berterusan terutama dalam suasana suram ekonomi semasa.
Daripada taklimat tersebut, dana RM10 juta bagi tempoh April 2009 – Disember 2010 (atau dan habis, yang mana berlaku dahulu) telah diperuntukan dalam Program Sokongan Bahan Mentah untuk usahawan kayu Bumiputera. Program ini juga membantu usahawan Bumiputera memperolehi bahan mentah kayu untuk merealisasikan kontrak-kontrak jualan/kerja/bekalan yang telah diperolehi.
Jenis bantuan dalam bentuk “matching” grant pada ratio 1:1 (MTIB : Pengusaha) untuk pembelian bahan mentah kayu (kayu, chipboard, plywood, particleboard, MDF dan lain-lain bahan berasaskan kayu). Nilai maksima bantuan bagi setiap pengusaha ialah RM 50,000.00 dan nilai minima bagi setiap bantuan dan kelulusan ialah RM1,000.00.
Skop projek ini merangkumi bantuan kepada pengusahapengusaha kayu Bumiputera dalam bentuk ‘matching grant’ 1 : 1 bagi memperoleh bahan mentah kayu (kayu gergaji dan kayu panel) untuk pemprosesan produk siap bagi memenuhi kontrak-kontrak yang telah dimuktamadkan. Secara langsung membantu pengusahapengusaha kayu Bumiputera memperoleh bekalan bahan mentah kayu.
Program ini juga akan memberi kesan positif ke atas permintaan kayu dalam negeri kepada pengilang / pembekal kayu gergaji, papan lapis dan MDF (khususnya yang juga bersaiz IKS).
Cara permohonan hendaklah dibuat melalui borang RE 2 / 2009 yang boleh dimuat turun dari laman web MTIB www.mtib.gov.my atau memohon borang dari Ibu pejabat MTIB atau pejabat-pejabat MTIB Wilayah / Negeri. Borang yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera. ◆
Dengan adanya program ini, ia dapat membantu pengusaha-pengusaha mematuhi syarat-syarat kontrak jualan (seperti menepati tempoh penghantaran, produk berkualiti dan mengikut spesifikasi kontrak dan lain-lain.) Ia dapat membantu mengelakkan pengusaha ‘menjual’ kontrak yang telah mereka perolehi kepada pihak ketiga. Bantuan perolehan bahan mentah adalah seperti komponen kayu (dan panel berasaskan kayu seperti plywood, MDF, Chipboard dan lain-lain). Nilai dan kuantiti bahan mentah hendaklah merujuk kepada keperluan memproses kontrak yang diperolehi (confirmed contract) bagi bantuan yang dipohon. Impak yang dijangkakan program ini dijangka dapat membantu sekurang-kurangnya 150 IKS Bumiputera dalam industri kayu supaya mampu menjalankan operasi
16 Buletin Usahawan
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU M’SIA Tingkat 13 – 17, Menara PGRM No. 8, Jalan Pudu Ulu, P. O. Box 10887, 50728 Kuala Lumpur Fax : 03-92009872 E-mail :
[email protected] [email protected]
Kelayakan pemohon
Perusahaan milik penuh Bumiputera
menjalankan aktiviti pengilangan / pemprosesan / pembuatan barangan berasaskan kayu
Memperoleh kontrak kerja / bekalan yang telah dimuktamadkan
Keutamaan kepada pemohon yang tidak mempunyai apa-apa bayaran tertangguh dengan MTIB
Rumusan Laporan Kesan Kegawatan Ekonomi Ke Atas Industri Hiliran Perkayuan Di Sarawak Dan Langkah-langkah Yang Diambil Bagi Menanganinya Kegawatan ekonomi global yang dialami semenjak tahun 2008 telah melembapkan pertumbuhan ekonomi dunia. Malaysia turut merasai impaknya dan Bank Negara meramalkan bahawa ekonomi negara dijangka mengecut sehingga 4-5% pada tahun ini. Kegawatan ekonomi menjadi lebih serius kerana ianya digandakan oleh faktorfaktor lain seperti wabak influnza A H1N1, kenaikan harga minyak, masalah dalam institutsi kewangan dan insurans serta penurunan permintaan dalam sektor perumahan. Kegawatan ekonomi ini turut memberi kesan ke atas industri perkayuan di Sarawak. Kesan ini adalah begitu ketara ke atas bahan mentah dan penggunaan domestik balak, pengeluaran produk perkayuan, eksport, tenaga kerja dan pelaburan baru dalam industri perkayuan. Permintaan balak yang lembap daripada industri hiliran tempatan dan juga pasaran eksport telah secara langsung memberi kesan kepada industri pembalakan. Isipadu pengeluaran balak bagi Sarawak dalam separuh tahun pertama 2009 telah menyusut sebanyak 22.5% atau 1.3 juta meter padu kepada 4.46 juta meter padu berbanding dengan 5.76 juta meter padu pada separuh tahun pertama 2008. Isipadu balak yang dibekalkan ke kilang berdasarkan kepada laporan pemantauan Harwood Timber Sdn Bhd bagi separuh tahun pertama telah berkurangan sebanyak 1,401,925 m3 atau 31.4% daripada 4,469,322 m3 dalam tahun 2008 kepada 3,067,397 m3 dalam tahun 2009. Isipadu balak yang diproses dalam kilang tempatan berdasarkan kepada pulangan bulanan industri turut menunjukkan trend penyusutan sebanyak 13.4% atau 523,024 m3. Balak yang diproses oleh industri tempatan dalam separuh tahun pertama 2009 ialah 3,394,020 m3 berbanding dengan 3,917,044 m3 dalam tempoh yang sama 2008. Isipadu pengeluaran produk-produk perkayuan utama seperti papan lapis, venir dan kayu gergaji telah merosot sebanyak 30% atau 818,001 m3 kepada 1,889,349 m3 bagi separuh tahun pertama 2009 berbanding dengan 2,707,350 m3 untuk tempoh yang sama 2008. Isipadu pengeluaran produk perkayuan separuh tahun pertama 2009 secara keseluruhannya telah menurun sebanyak 29% atau 1,867,585 m3 kepada 2,171,121 m3 berbanding dengan 303,536 m 3 bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Isipadu balak dan produk perkayuan yang di eskport oleh Sarawak telah berkurangan sebanyak 23% atau 1.1 juta meter padu daripada 3.6 juta meter padu dalam separuh
tahun pertama 2009 berbanding dengan 4.7 juta meter padu bagi tempoh yang sama tahun 2008. Nilai eksport balak dan produk kayu dalam separuh tahun pertama telah merosot sebanyak 26% atau RM1.1 billion daripada RM4.0 billion bagi 2008 kepada RM2.9 billion bagi tahun 2009. Bilangan pekerja dalam industri perkayuan turut berkurangan sebanyak 8,505 orang atau 15.9% daripada 53,630 orang dalam tahun 2008 kepada 45,125 orang dalam tahun 2009 dengan hampir 94.5% pengurangan tersebut adalah dalam industri hiliran utama. Kegawatan ekonomi global turut memberi kesan negatif kepada pelaburan baru dalam industri hiliran perkayuan di Sarawak. Sehingga Jun 2009, 14 buah projek telah diluluskan untuk industri berasaskan kayu berbanding dengan 23 projek dalam tempoh yang sama tahun 2008. Pelaburan ini melibatkan modal berbayar sebanyak RM13.45 juta dengan nilai projek berjumlah RM76.38 juta berbanding dengan RM63.59 juta dan RM53.20 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Nilai ini melibatkan penurunan pelaburan modal berbayar sebanyak 79%. Walau bagaimanapun, nilai projek telah mengalami peningkatan sebanyak 44% berbanding dengan tahun sebelumnya. Dalam menangani masalah kegawatan ekonomi ini, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dalam membantu pihak industri. Antara langkah-langkah yang diambil adalah memperkenalkan pakej ransangan ekonomi, mengurangkan kadar royalti, mengadakan misi jualan kayu dalam membantu industri mengekal dan mengembang pasaran ke Timur Tengah, memaklumkan industri mengenai perkembangan pasaran seperti Lacey Act dan rundingan FLEGT(Forest Law Enforcement, Governance and Trade) dalam membantu pihak industri perkayuan menembusi pasaran eksport negara Eropah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang dialami dunia sekarang telah turut menjejaskan perkembangan industri perkayuan di Sarawak dari segi operasi, pengeluaran, pasaran, persaingan dan pendapatan eksport. Menyedari hakikat ini, beberapa inisiatif telah diambil bagi mambantu industri mengharungi cabaran ini. Adalah diharapkan langkah yang diambil akan dapat membantu industri mengekalkan operasi dan daya saing sehingga keadaan ekonomi menjadi lebih baik.
Sumber : Bahagian Perancangan Industri
Buletin Usahawan 17
SUDUT INFO
Strategi & Pencapaian (Strategy & Performance) - siri ke-2 sambungan dari keluaran lepas Sumbangan : Encik Awang Mentali Awang Mohamed Sulaiman Setiap sesuatu organisasi termasuk sebuah perniagaan yang kecil sekalipun mesti ada Misi, Arah tuju (a purpose) dan Tujuan Penubuhan (a reason for being). Persoalan pokok “Apakah perniagaan kita” sinonim dengan soalan “Apakah Misi kita”. Persoalan ini telah kita bincang pada keluaran yang lalu. Kali ini kita akan cuba mengenalpasti strategi persaingan (atau Competitive Strategy). Perkara ini merupakan elemen yang sangat penting untuk menentu arah tuju perusahaan masingmasing. Lihat sekeliling anda, fikir seketika dan bayangkan diri kita juga merupakan pengguna. Apakah yang kita mahu dari sesuatu produk itu. Tanya diri kita soalan ini. Harga produk itu? Kualitinya? Atau perkhidmatan? Dan sebagainya. Bagi produk-produk perabot pula, adakah pengguna akan bertanya soalan yang sama? Sebagai pengusaha perabot (Industri Kecil dan sederhana), anda menghadapi saingan yang sungguh hebat. Jadi bagaimanakah anda hendak “menang” dan menawan hati pelanggan? Ingat, pelanggan anda akan bertanya soalan-soalan yang sama. Jadi dimanakah kedudukan produk anda berbanding pesaing. Keutamaan Persaingan (competitive priorities) Setelah mengetahui kedudukan anda, persoalannya sekarang apakah keutamaan persaingan yang anda akan buat? Berikut ialah keutamaan dalam persaingan: 1. Kualiti Untuk “menang” dalam pasaran kualiti produk, anda hendak lebih baik atau sama dengan pasaran. Pelanggan akan membuat bandingan. Oleh yang demikian, perusahaan anda harus mempunyai polisi yang jelas dan tetap dalam perkara ini. Mengapa orang sanggup bebelanja untuk membeli kereta mewah, dengan harga yang tinggi? Atau membeli produkproduk yang mahal? Ini adalah kerana kualiti produk tersebut menepati persepsi mereka (disamping-samping faktor-faktor yang lain). Peribahasa ada menyebut: “Kalah membeli menang memakai” Maksudnya, walaupun harga produk tersebut tinggi, tetapi berbaloi kerana kualiti yang tinggi serta puas memakai (mengguna). 2. Harga Bagi bersaing dengan harga, produk keluaran syarikat anda hendaklah setanding dengan pesaing. Bersaing dalam elemen ini, kualiti produk anda hendaklah sama. Setelah itu, sekiranya harga produk anda lebih rendah, sudah tentu akan menawan hati pelanggan. Disinilah anda perlu merangka satu strategi penetapan harga, iaitu sama ada mengikut harga pasaran, lebih tinggi atau rendah dan sebagainya. Namun penetapan harga juga amat penting.
18 Buletin Usahawan
3. Perkhidmatan (Delivery) Anda tentu sudah mempunyai maklumat mengenai keupayaan kilang masing-masing. Perkara ini penting supaya setiap tempahan akan siap dan dihantar tepat pada waktu yang dijanjikan. Anda perlu mengelak menerima tempahan sekiranya anda tahu, tempahan tersebut sukar untuk disiap mengikut jadual. Perkara ini perlu untuk mendapat keyakinan para pelanggan, dan memastikan pelanggan anda kembali lagi dimasa-masa akan datang. 4. Kos Elemen ini amat mustahak sekali kerana, kos akan menentukan elemen-elemen lain seperti harga. Anda perlu mempunyai maklumat yang tepat mengenai kos-kos yang terlibat dengan perusahaan anda, seperti kos-kos bahan mentah, gaji, sewa dan sebagainya. Sesebuah syarikat yang bijak dan berjaya mengawal kos dengan berkesan akan mempunyai kelebihan untuk bersaing. Sekiranya kos-kos operasi syarikat anda lebih rendah berbanding persaing anda, maka anda mempunyai kelebihan untuk menetapkan harga dengan lebih baik. Oleh yang demikian, anda perlu mempunyai satu kaedah yang sistematik untuk mengurus kos-kos yang terlibat. Kebanyakan syarikat yang berjaya mempunyai sistem pengawalan kos yang sistematik dan berkesan. 5. Flexibility Terdapat dua aspek penting dalam “Flexibility” iaitu “Product Flexibility” dan “Volume Flexibility”. Kebanyakkan perusahaaan IKS mempunyai keupayaan dalam “Product Flexibility” iaitu keupayaan mengeluar pelbagai jenis produk berdasarkan pesanan. Namun anda mungkin sukar bersaing dalam “volume” kerana keupayaan kilang masing-masing.
Kesimpulan Untuk menjamin perniagaan anda akan terus berkembang, anda perlu peka dengan keadaan pasaran semasa terutama pesaing-pesaing. Namun perusahaan anda juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang pesaing anda tidak ada. Kenal pasti kelebihan tersebut (samada kualiti, harga dan sebagainya) dan gunakan secara strategik untuk menghadapi saingan.
“Selamat Maju Jaya”
Perabot Untuk Ruang Sudut Dalam ruang kediaman atau pejabat, ada satu sudut yang digunakan untuk mencantikkan ruang. Sesetengah penghuni akan membiarkannya lapang dengan hanya meletakkan kelengkapan asas saja. Sudut dalam ruang dikenal pasti sebagai pertemuan antara dua dinding. Sudut ini kadang-kadang tidak berfungsi dengan baik kerana kedudukannya yang dipanggil sebagai ruang mati. Sudut ruang ini boleh dihias secantik ruang lain di dalam rumah. Cara terbaik adalah dengan mengisi dengan perabot tambahan. Jenis perabot tambahan Petua menjadikan ruang sudut berfungsi adalah meletakkan perabot yang difikirkan sesuai dan diserikan dengan perhiasan pilihan. Ini bukan saja menghidupkan sudut ruang, tetapi juga membangkitkan seri keseluruhan dalaman rumah. Jika bijak mengadun hiasan, sudut ruang mungkin menjadi perhatian tetamu. Meja dan cabinet Pelbagai bentuk dan ukuran meja dan kabinet hiasan boleh didapati sama ada segi tiga, bulat, bujur, panjang, tinggi dan rendah dicipta khusus untuk sudut ruang berada di pasaran. Biar apa pun rupa bentuk fungsinya tetap sama iaitu mengisi kekosongan ruang sambil membangkitkan seri. Rekaan meja sudut ini dapat diasingkan kepada gaya moden dan antik. Ada yang diperbuat daripada kayu, rotan dan sebagainya. Ukuran dan bentuknya berbeza mengikut keperluan pengguna. Bagi mereka yang mahu menjadikan sudut ruang sebagai tempat beristirahat, hanya perlu menyediakan meja kecil dan dua bangku atau mereka yang mempunyai rumah kecil, sudut ruang adalah tempat paling sesuai diletakkan barangan hiasan seperti koleksi tembikar dan gubahan bunga kering. Bagi yang mempunyai barangan dan dokumen seperti buku, majalah, dan barangan lain yang dirasakan sayang untuk di buang, kewujudan kabinet sangat diperlukan. Kabinet ini bukan saja
SUDUT TIP
sekadar menghias ruang sudut tetapi bertindak sebagai tempat menyimpan barang. Saiz sesuatu kabinet hendaklah disesuaikan dengan kedudukan ruang. Jangan gunakan kabinet yang memakan ruang besar sehingga menidakkan kewujudan perabot lain yang dijadikan fokal dan kegunaan utama seperti kerusi sofa tetamu. Kebanyakan kabinet yang digunakan pada ketika ini dibeli di pusat jualan perabot. Jadi kegunaannya mudah alih untuk sebarang penyusunan semula di ruang tertentu. Kelebihan ini bukan itu saja tetapi kabinet boleh dibawa bersama jika berpindah rumah. Hiasan pada sudut ruang agak terhad tetapi jika bijak mengatur ruang kabinet berkonsep modular boleh digunakan. Kabinet berkonsep modular ini boleh dibeli secara berperingkat, bermula dengan unit asas dan kemudian menambahkannya apabila ada keperluan dan peruntukan. Kabinet sudut berkaca Selain daripada kabinet rendah, ada kabinet sudut berkaca yang sesuai digunakan. Kabinet berkaca bertujuan untuk mempamerkan barangan hiasan. Amat sesuai jika menggunakan kabinet berkaca tinggi berbanding rendah kerana kabinet tinggi boleh menyimpan banyak barangan hiasan berbanding yang rendah. Selain daripada itu kedudukannya pada ketinggian aras mata memandang menyebabkan orang mudah melihatnya berbanding yang rendah. Keistimewaan kabinet berkaca dapat menyimpan dan melindungi barangan hiasan daripada kekotoran seperti habuk selain menjaga barangan hiasan dari disentuh selalu. Ada setengah kabinet berkaca dilengkapi lampu dan dilengkapi cermin di permukaan belakang. Kesan penggunaan ini akan menjadikan kabinet ini lebih terserlah apabila lampu dihidupkan pada waktu malam. Perabot tambahan dilihat amat diperlukan kerana dapat melengkapkan seri ruang. Dengan ada perabot tambahan dapat menutup beberapa ruang kosong pada sesuatu sudut selain digunakan untuk meletakkan hiasan dan ruang penyimpanan. Sumber : Internet
Buletin Usahawan 19
20 Buletin Usahawan