WAQAF PENDIDIKAN Cadangan Kerjasama Waqaf:
SAHABAT MALAYSIA DI QATAR & YAYASAN AS-SYAFI’E RAMADHAN 1438
1
KANDUNGAN • • • • • • •
Pengenalan. Yayasan As-Syafi’e (Akademi Imam Syafi’e) Lembaga Pemegang Amanah. Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja. Maahad Imam Syafi’e. Cadangan Waqaf di Kompleks Pelajar Perempuan. Laporan bergambar pembinaan waqaf bangunan kelas pelajar perempuan.
2
PENGENALAN YAYASAN AS-SYAFI‘E (YAS) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan. Ianya ditubuhkan sebagai sebuah Ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H bersamaan Disember 2008 sebagai Akademi Imam Syafi‘e(AIS). Pada Ogos 2015, Jawatankuasa Pemegang Amanah membuat keputusan untuk mendaftar Ikatan Amanah AIS sebagai Yayasan yang berdaftar dibawah Jabatan Perdana Menteri. Januari 2016 pendaftaran YAS diluluskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan no pendaftaran PPAB-04/2016.
TUJUAN-TUJUAN UTAMA PENUBUHAN Mengadakan sebarang bentuk aktiviti kebajikan, pembangun manusia, pendidikan dan sosial bagi kepentingan dan kebajikan masyarakat dan golongan kurang bernasib baik; Membangun ekonomi dan kemahiran golongan kurang bernasib baik dalam negara-negara serantau khususnya dan dunia amnya dan bekerjasama dengan badan-badan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas
LEMBAGA PEMEGANG AMANAH Mohd Zamerey Bin Abdul Razak, Pengerusi,
[email protected], +012-2942574. Rahimi Bin Md Saad, Setiausaha,
[email protected], +6012-6706655. Prof Madya Dr Muhamad Zahiri Awang Mat, AJK,
[email protected], +60192269567. Dr. Mohd Sukki Bin Othman, AJK,
[email protected], +6019-3241364. Prof Madya Dr. Zawawi Bin Ismail, AJK,
[email protected], +6013-3515884
5
BIODATA PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH MOHD ZAMEREY BIN ABDUL RAZAK ( Pengerusi) Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah-Feqh & Usul Feqh (Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997). Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah) pada tahun 2002. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru di Maahad Kiblah,Bangi (1999). Pengurus Operasi (2002). Ketua Jabatan Syariah, Takaful IKHLAS Sdn Bhd (2003). 2008 menyertai Asian Finance Bank sebagai Ketua Syariah/ Penolong Naib Presiden, kemudian Naib Presiden pada 2009. Dilantik sebagai Jawatankuasa Syariah untuk Stella Capital al-Aqarat Real Estate Fund, US dan IsaReit Retail Properties Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Terlibat secara langsung sebagai Setiausaha Jawatankuasa Syariah dalam membangunkan Safeena Islamic Marine Fund pada 2009. Pada 2014 beliau menyertai Bank Rakyat sebagai Ketua Bahagian Syariah sehingga sekarang. RAHIMI BIN MD SAAD (Setiausaha) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian melanjut pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pelancongan Pendidikan di ASH-HAR Travel & Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai Pendaftar di Kuliah Pondok Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Samb.. PROF MADYA DR.MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons), dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar Universiti, Kaherah(1992). Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Memperolehi Ijazah Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pendidikan Islam dan Kurikulum (2005). Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej Anjung Selatan, Sepang pada 1997 seterusnya sebagai Pensyarah di Institut Pendidikan, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia. Pada 2015 dilantik sebagai Profesor Madya di Institut Pendidikan UIAM. DR. MOHD SUKKI (SHAUQI) BIN OTHMAN (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Kemudian melanjutkan pendidikan diperingkat Sarjana Pengajian Islam (Bahasa Arab) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001. 2011 mendapat ijazah PhD dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya sebagai Tutor (1997) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Dilantik sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti yang sama pada 2008. Sering diundang di TV dan Penyampai Kuliah Tafsir di Radio IKIM. Aktif menulis di beberapa majalah tempatan. Boleh melayari tulisan beliau di http://www.ustazshauqi.com
Samb.. PROF MADYA DR. ZAWAWI ISMAIL (AJK) Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1996). Kemudian melanjutkan pendidikan keperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1998). Memperolehi Sarjana Pendidikan (2001), kemudian keperingkat Ph.D (2008) di UKM. Memulakan kerjaya sebagai Editor di Pustaka Yamin, KL (1998). Kemudian ditugaskan ke Sabah (1998-2000) dan di Seremban (20002001) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berpindah ke UIA pada (20022003). Bermula pada tahun (2003) sehingga sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya untuk sesi 2011-2014. Pada 2014 beliau membuat sabatikal ke Cambridge University. Pada 2015 beliau dilantik sebagai Profesor Madya di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
MISI PENDIDIKAN UMAT ISLAM KEMBOJA PEMEGANG-PEMEGANG AMANAH PERTAMA AKADEMI IMAM SYAFI’E membuat keputusan dalam mesyuarat siri 2/2009 pada 18 Zulhijjah 1430H bersamaan 5hb Disember 2009 untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemegang Amanah AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebagai penyelaras bantuan kebajikan untuk Umat Islam Kemboja yang dianjurkan oleh Akademi Imam Syafi’e.
9
UMAT ISLAM DI KEMBOJA: Pengenalan Umat Islam di Kemboja telah ramai terkorban semasa pemerintahan Rejim Pol Pot kerana aqidah mereka, terutama Ulama dan cendikiawan Islam. Keadaan pulih setelah kemaraan tentera Vietnam yang telah membawa kejatuhan Rejim Pol Pot. Dianggarkan 90,000 Umat Islam terkorban dan sehingga hari ini, penduduk Islam hampir mencecah 1 juta daripada keseluruhan 14.5 juta penduduk. Kesan peperangan masih boleh dilihat dengan kedhaifan infrastruktur dan kemudahan asas, air bersih dan elektrik. Umat Islam Kemboja ketinggalan jauh dari segi pendidikan dan keupayaan untuk maju dengan hanya berharap bantuan kewangan dari segelintir masyarakat Islam dunia yang bersimpati.
10
NEGARA-NEGARA ASEAN
11
NEGARA KEMBOJA
12
MISI PENDIDIKAN: Pengenalan Perspektif misi ini menjurus kepada pembangunan pendidikan umat Islam Kemboja bagi membina landasan untuk mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Pendidikan akan membuka mata masyarakat Islam Kemboja untuk mengubah nasib mereka melalui aktiviti ekonomi dan politik bagi memastikan hak orang Islam terbela. Misi ini bermula dengan menekankan pembangunan dari sudut infrastruktur dan pengisian. Fasa pertama misi adalah lebih berbentuk pembangunan infrastruktur termasuklah, sekolah (peringkat menengah), perpustakaan, asrama, rumah guru, dewan makan dan peralatan persekolahan. Sukatan pelajaran yang digunapakai adalah gabungan Sukatan Kementerian Pelajaran Kemboja , Sukatan Pendidikan Islam Malaysia (Sijil Menengah Ugama & Sijil Tinggi Agama Malaysia) & Hafazan al-Qur’an. (Sistem Maahad Tahfiz Sains di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan)
13
Maahad Imam Syafi’e (MIS), Kg Keh, Kampot,Kemboja. Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah swt berikan serta sokongan material & spiritual oleh Muslimin dan Muslimat, bangunan Sekolah dua(2) tingkat yang merangkumi lapan (8) kelas, lima unit rumah guru, bangunan asrama bersaiz 20M x 8M x 3 tingkat telah siap. Kumpulan pertama pelajar-pelajar peringkat Tingkatan 1 telah memulakan sesi pengajian pada 3/10/2011. Pengambilan sesi 2011/2012 seramai 78 pelajar. (Jumlah sekarang 2013; 61 pelajar) 28 pelajar berasrama. Pengambilan sesi pengajian 2012/2013 : Seramai 51 pelajar (32 pelajar berasrama & 19 pelajar harian) Pengambilan sesi pengajian 2013/2014 : Seramai 63 pelajar diterima. ( 30 berasrama & 33 pelajar harian ) Alhamdulillah pada Febuari 2014, bangunan tambahan 25M x 8m x 4 tingkat telah siap. Ianya menempatkan dewan makan/serbaguna & asrama pelajar lelaki. Bangunan lama asrama lelaki telah dijadikan pejabat,bilik guru,makmal komputer & perpustakaan. Memandangkan permintaan kemasukan pelajar perempuan yang tinggi, maka keperluan asrama untuk mereka perlu disiapkan. 2017: Jumlah pelajar di asrama 160 pelajar & 100 pelajar harian. INISIATIF TERBARU: Kompleks Pelajar Perempuan dengan anggaran kos sebanyak: USD613,000.
14
Misi Pendidikan: Kos Infrastruktur & Status Terkini PERKARA
(USD)
STATUS TERKINI
Sekolah (8m x 32m x 2)
55,000
100%
Asrama (8m x 20m x 3)
60,000
100%
Rumah Guru (20m x 6.5m x 5 unit)
50,000
100%
Dapur & Kelengkapan
10,000
100%
140,000
100%
5,000
90%
35,000
90%
613,000
40%
Bangunan Tambahan 1 (8M x 25M x 4) Kelengkapan Pejabat & Perpustakaan Kelengkapan (Meja, kerusi,katil,pendawaian & perigi) Inisiatif Baru: Pembangunan Kompleks Pelajar Perempuan
JUMLAH
968,000
15
Cadangan Waqaf di Kompleks Pelajar Perempuan Maahad Imam Syafi’e Kg Keh Kampot Kemboja untuk Sahabat AIS di Qatar.
16
CADANGAN 1: Waqaf Pembinaan Asrama Pelajar Perempuan (USD175K) PEMBINAAN AKAN DIBAHAGIKAN KEPADA FASA-FASA BERIKUT:
Fasa 1
Tingkat Bawah (Telah ditaja)
USD55,000
Fasa 2
Tingkat 1 (Telah ditaja)
USD55,000
Fasa 3
Tingkat 2
USD55,000
Fasa 4
Kelengkapan Meja, kerusi,katil,pendawaian & system air.
USD10,000
17
PLAN GRAFIK BANGUNAN ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN.
18
STATUS PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN_21 MEI 2017
19
CADANGAN 2: Waqaf Pembinaan Rumah Guru di Kompleks Pelajar Perempuan (RUMAH GURU:USD110K) DIBAHAGIKAN KEPADA FASA-FASA BERIKUT: Fasa 1
Unit 1 (Telah ditaja)
USD22,000
Fasa 2
Unit 2 (Telah ditaja)
USD22,000
Fasa 3
Unit 3
USD22,000
Fasa 4
Unit 4
USD22,000
Fasa 5
Unit 5
USD22,000
20
Ilustrasi Arkitek: Rumah Guru di Kompleks Pelajar Perempuan
21
CADANGAN 3: Waqaf Pembinaan Masjid di Kompleks Pelajar Perempuan (Masjid:USD48K) DIBAHAGIKAN KEPADA FASA-FASA BERIKUT: Fasa 1
Tingkat 1 (Telah ditaja)
USD24,000
Fasa 2
Tingkat 2
USD24,000
22
PLAN GRAFIK MASJID DI KOMPLEKS PELAJAR PEREMPUAN
23
AKAUN BANK ASIAN FINANCE BANK- 00103299 - KL Main Branch atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD - 12100001048712 - Bandar Baru Bangi atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD- 12300010001819 – Bandar Baru Bangi atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E MAYBANK – 562834646973 – Bandar Baru Bangi atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E RHB Islamic 21245760016670 – Bandar Baru Bangi atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E BANK RAKYAT 111461004090 – Cawangan Utama, Menara Kembar Bank Rakyat atas nama: YAYASAN AS-SYAFI’E MAYBANK -Wadiah (553083023763) atas nama: AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA.
24
CADANGAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT QATAR Kami mencadangkan 3 pilihan waqaf di atas untuk sahabat-sahabat di Qatar mempertimbangkan. Pilihan pertama: Waqaf menyiapkan asrama pelajar perempuan iaitu tingkat 3 yang bakal menempatkan bilik asrama dan dewan serbaguna. Pilihan kedua: Waqaf pembinaan rumah guru. 5 Unit rumah akan mula dibina dalam tempoh terdekat. Kos pembinaan 1 unit berjumlah USD22K. Pilihan ketiga: Waqaf pembinaan Masjid khasnya tingkat 1 yang berjumlah USD24K.
Ketiga-tiga inisiatif waqaf ini adalah untuk pembangunan Modal Ummah dikalangan saudara seIslam di Kemboja yang masih memerlukan bantuan khasnya pendidikan demi mengubah pola kehidupan mereka dan membangun sebagai Ummah yang dihormati. Program waqaf sahabat-sahabat Qatar pada Ramadhan 1437 yang lalu telah pun disalurkan untuk pembinaan bangunan kelas di kompleks pelajar-pelajar perempuan Maahad Imam Syafi’e Kg Keh Kampot Kemboja. Semoga waqaf ini menjadi sedekah jariah yang sentiasa mengalirkan pahala kepada kita semua. Kami Lembaga Pemegang Amanah Yayasan As-Syafi’e mengucapkan jazaakumullahukhairan atas sumbangan ini. Semoga sahabat-sahabat di Qatar dapat menimbangkan cadangan ini. Jazaakumullahukhairan.
25
WAKIL YAYASAN AS-SYAFI’E 1. Hj Mansor Rahmat. 2. Hj Abdul Basit. 3. Hj Fatah Endut.
26
Pembinaan Bangunan Kelas Pelajar Perempuan
27
Pembinaan Bangunan Kelas Pelajar Perempuan
28
Pembinaan Bangunan Kelas Pelajar Perempuan
29
19 Mei 2017_Pembinaan Bangunan Kelas Pelajar Perempuan
30
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiaptiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya” • (al-Baqarah : 261
جزاكم اهلل خري اجلزاء
31
Email:
[email protected] Tel: +60193202574 / +60122942574 website: http://yayasanassyafie.com Facebook: www.facebook.com/akademiimamsyafie
32
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN AGAMA MU INI.
33