Sintaksis: Ayat| 1
UNIT 6 SINTAKSIS: AYAT
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. 2. 3. 4.
6.0
menjelaskan definisi sintaksis; mengenal pasti binaan subjek dan predikat; menerangkan pola ayat dasar; dan menggunakan ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
PENGENALAN
Pada bahagian Topik 4 yang lalu, kita telah dijelaskan bahawa terdapat dua bidang utama tatabahasa iaitu morfologi (mengkaji perkataan) dan sintaksis (mengkaji ayat). Kedua-dua bidang ini saling berkaitan kerana ketepatan tatabahasa bergantung pada ketepatan ejaan perkataan (morfologi) dan ketepatan susunan perkataan (sintaksis) dalam sesuatu ungkapan. Pada bahagian Topik 6 ini, kita akan mempelajari secara ringkas konsep ayat dalam bahasa Melayu. 6.1
Definisi Sintaksis
Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang membawa erti “menempatkan bersama-sama”. Dengan demikian, sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009),
Sintaksis: Ayat| 2
sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat. 6.2
Binaan Ayat
Apakah yang ada dalam sesebuah ayat? Secara umumnya, sesebuah ayat itu mestilah sekurang-kurangnya mempunyai satu subjek (pelaku) dan satu predikat (cerita). a) Subjek Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009) dan Abdullah Hassan (2006), subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Subjek lazimnya adalah perkara yang diceritakan yang terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Unsur-unsur subjek juga boleh terdiri daripada frasa nama, kata ganti nama, frasa kerja yang berkuasa nama dan frasa adjektif yang berkuasa nama. Contoh: Bil. i. ii. iii. iv. v.
Subjek Ali Dia Komputer itu Merokok Cantiknya
Predikat membeli sebuah basikal. pergi ke sekolah. sudah rosak. membahayakan kesihatan. mata anak harimau itu.
LATIHAN 6.1
Bina tiga ayat yang mempunyai subjek. P i. __________________ __________________________________. ii. __________________ __________________________________.
iii. __________________ __________________________________.
Sintaksis: Ayat| 3
b)
Predikat
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Oleh itu, predikat merupakan bahagian ayat yang menceritakan perkara tentang orang, benda, tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi (FS). Contoh: Bil. i. ii. iii. iv.
Subjek Sabri Kakak Rumah itu Hadiah itu
Predikat seorang peguam. mencuci pakaian. sangat besar. daripada Menteri Besar.
FN FK FA FS
LATIHAN 6.2 Bina empat ayat yang mempunyai predikat. Pi. Saya _______________________________________________. ii. Ahmad______________________________________________. iii. Kamalia_____________________________________________. iv. Kami_______________________________________________.
6.3
Pola Ayat Dasar
Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain. Ayat dasar ini terhasil melalui gabungan dua frasa. Oleh itu, sebelum kita mempelajari pola ayat dasar bahasa Melayu, eloklah kita meneliti terlebih dahulu definisi dan jenis-jenis frasa bahasa Melayu.
Sintaksis: Ayat| 4
6.3.1
Definisi Frasa
Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Binaan frasa terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar. Contoh: i) Frasa dengan satu perkataan: Saya guru. ii) Frasa dengan dua atau lebih perkataan: Lelaki itu guru. 6.3.2 Jenis-Jenis Frasa a) Frasa Nama (FN) Definisi FN ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama (KN), KN Terbitan atau Kata Ganti Nama. Contoh: Baju putih ( KN) Pendatang itu ( KN Terbitan) Anda semua ( Kata Ganti Nama) Binaan FN i) Inti + Penerang Contoh: Inti askar baju ii) Inti + Inti Contoh: Inti ibu kerusi
Penerang Melayu kemeja
Inti bapa meja
Sintaksis: Ayat| 5
b) Frasa Kerja (FK) Definisi FK ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Contoh: menjalankan tugas menulis nota Binaan FK i) Inti + Objek Contoh: Inti membaca menulis ii) Inti + Penerang Contoh: Inti berbaju berjalan
iii)
Kata bantu + Inti Contoh: Kata bantu sedang akan
Objek buku surat
Penerang Melayu kaki
Inti menjahit bersurai
c) Frasa Adjektif (FA) Definisi FA ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang kata intinya merupakan kata adjektif. Contoh:
bijak sungguh gelap benar
Sintaksis: Ayat| 6
Binaan FA i) Inti + Inti Contoh: Inti lemak baik
Inti manis buruk
ii) Inti + Kata Nama Contoh: Inti biru muda
Kata Nama laut remaja
iii) Kata Penguat + Inti + (Kata Penguat) Contoh: Kata Penguat Inti (K Penguat) sangat bijak sekali sungguh baik benar iv) Kata bantu + Inti Contoh: Kata Bantu belum sudah
Inti besar busuk
d) Frasa Sendi (FS) Definisi FS ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama. Contoh: Hadiah itu daripada penghulu. Binaan FS i) KS + FN
Sintaksis: Ayat| 7
Contoh: KS ke pada
FN sekolah waktu pagi
ii) FS + KN Arah + FN Contoh: FS dari dengan
KN Arah dasar belakang
iii) KS + KN Arah + FN + Keterangan Contoh: KS KN Arah ke barat di utara
FN lautan pedang
FN Belanda Perak
Keterangan pada tahun lepas pada pagi tadi
6.3.3 POLA AYAT DASAR Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola atau bentuk ayat dasar iaitu: a) b) c) d)
FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS
a) FN + FN Contoh: FN Alia Ismail
FN guru ketua pengawas
FN
FK
b) FN + FK Contoh:
Sintaksis: Ayat| 8
Ahmad Anak itu
membaca buku sedang terbang
FN Siti Kamarul
FA sedang sakit. gagah.
c) FN + FA Contoh:
d)
FN + FS
Contoh: FN Derma ini Angin sejuk
FS daripada pihak sekolah. dari selatan
LATIHAN 9.3 LATIHAN 6.3 Tentukan pola ayat dasar di bawah.
Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Ayat Bapa Ali ialah Encik Aziz Bunga itu wangi. Azmir menjadi pegawai polis. Buah durian dari Perak. Abu sedang bermain bola. Hari ini hari Jumaat Buku ini dari Eropah. Kotak ini sudah pecah.
Pola FN + FN
Sintaksis: Ayat| 9
6.4
Jenis-Jenis Ayat
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Berikut akan dijelaskan jenis-jenis ayat tersebut. a)
Ayat Penyata
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk menyatakan atau memberikan maklumat atau berita kepada pendengar atau pembaca. Ayat ini diujarkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat kebahasaan atau yang bersifat perbuatan. Ayat penyata dapatlah dianggap sebagai ayat untuk melaporkan sesuatu perkara. Dalam lisan, ayat penyata diakhiri dengan nada turun sebelum kesenyapan. Dalam tulisan pula, ayat penyata diakhiri dengan tanda noktah. Contoh-contoh Ayat Penyata: 1) 2) 3) 4) 5) 6) b)
Azimah tukang masak. Mereka ialah pemain bola sepak. Muthu sedang tidur. Kerani itu sentiasa tersenyum. Nani membeli pakaian dari kedai itu. Pesakit itu berada di hospital. Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
Sintaksis: Ayat| 10
Ayat tanya yang bentuknya sama bentuknya dengan ayat penyata, tetapi berbeza oleh adanya tanda soal (?) pada akhir ayat itu. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan. Contoh-contoh Ayat Tanya: 1) 2) 3) 4) 5) 6)
c)
Tuan Ismail pengurusnya? Puan Shafikah suri rumah? Adik masih menangis? Apa benda itu? Siapa datuknya? Di manakah rumah awak?
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu: i.
Ayat Suruhan Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh: 1. Keluar dari bilik ini! 2. Pergi dari sini! 3. Sila tinggalkan tempat ini. 4. Kemaskan barang-barang anda.
ii. Ayat Larangan Ayat larangan ialah ayat yang digunakan untuk larangan atau tegahan. Dengan demikian, ayat ini menghendaki lawan bicara agar jangan melakukan sesuatu. Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata, jangan, usah atau tak usah di depan ayat perintah.
Sintaksis: Ayat| 11
Contoh: 1. 2. 3. 4. 5.
Jangan berdiri di sana. Jangan pergi sebelum aku datang. Usah pergi sebelum aku datang. Awak tak usah datang lagi. Kamu jangan beritahu dia.
iii. Ayat Silaan Ayat silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat silaan ditandai dengan kata silaan seperti sila, sudi dan jemput sebelum kata kerja. Contoh: 1. 2. 3. 4.
Sila datang ke rumah saya. Silalah masuk. Jemput minum. Jemputlah makan.
iv. Ayat Permintaan Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, tolong dan mohon dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh: 1. 2. 3. 4.
Tolong tutup tingkap bilik itu. Minta kamu semua berenang. Tolong masak air. Tolong hantar laporan itu pagi esok.
Sintaksis: Ayat| 12
d)
Ayat Seruan Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya. Contoh: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Amboi, garangnya kucing itu! Aduhai, gagal lagi! Nah, ambil baju ini! Aduh, sakit kakiku! Cis,penderhaka rupanya kamu! Wah, comelnya anak arnab itu! Syabas, anda sudah berjaya! Oh, saya terlupa lagi!
Sintaksis: Ayat| 13
LATIHAN 6.4 Padankan ayat dan gambar. Nyatakan jenis ayat perintah yang digunakan.
(Sumber: www.bharian.com.my)
Sintaksis: Ayat| 14
6.5
Ragam Ayat
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat iaitu ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. a) Ayat Aktif Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. SUBJEK
KATA KERJA
OBJEK
Contoh: 1. 2. 3. 4. 5.
Yusof mencabut rumput. Singa itu mengejar seekor rusa. Ribut melanda Amerika Syarikat. Ali mendang bola itu. Atiah menulis surat itu.
b) Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal. OBJEK
KATA KERJA
SUBJEK
Contoh: 1. 2. 3. 4. 5.
6.6
Rumput dicabut oleh Yusof. Seekor rusa dikejar oleh singa. Amerika Syarikat dilanda ribut. Bola itu ditendang oleh Ali Surat itu ditulis oleh Atiah.
Ayat Majmuk
Selain ayat dasar atau ayat tunggal, bahasa Melayu juga mempunyai ayat majmuk. Berikut akan dijelaskan secara ringkas ayat majmuk bahasa Melayu.
Sintaksis: Ayat| 15
6.6.1 Definisi Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu. 6.6.2 Jenis-Jenis Ayat Majmuk Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: 1. Ayat Majmuk Gabungan Dua ayat atau lebih digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,lalu dll. Contoh:
Saya dan dia minum teh. i. Saya minum teh ii. Dia minum teh = Saya dan dia minum teh.
2. Ayat Majmuk Pancangan Ayat yang terdiri dari satu ayat induk dan beberapa ayat kecil yang dipancang menjadi satu ayat majmuk. Jenis: a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif (yang) Contoh: Saya membeli kasut yang berwarna biru. i. Saya membeli kasut. ii. Kasut itu berwarna biru. = Saya membeli kasut yang berwarna biru.
b)
Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (bahawa) Contoh: Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi. i. Dia mengetahui (sesuatu) ii. Ahmad telah pergi = Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.
c)
A.M. Pancangan Keterangan Contoh: Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. i. Saya tidak dapat hadir. ii. Saya kurang sihat.
Sintaksis: Ayat| 16
= Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. 3. Ayat Majmuk Campuran Ayat yang terdiri daripada lebih daripada satu jenis (banyak ayat majmuk) Contoh: Ali dan Abu masih memancing ikan, tetapi rakan-rakan mereka yang keletihan sudah lama tidur.
RUMUSAN
Sintaksis merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Subjek ialah konstituen sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang sememangnya frasa nama atau yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan. Predikat merujuk kepada kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Ayat dasar atau ayat inti ialah ayat yang menjadi asas pada pembentukan semua ayat lain. Frasa ialah urutan penempatan jenis kata dalam ayat. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat aktif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal.
Sintaksis: Ayat| 17
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan cara-cara tertentu.
KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Sintaksis Frasa Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sindi
9. Ayat Dasar 10. Ayat Aktif 11. Ayat Pasif 12. Ayat Penyata 13. Ayat Tanya 14. Ayat Perintah 15. Ayat Seruan 16. Ayat Majmuk
PENILAIAN KENDIRI 1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kesalahan tatabahasa. 2. Predikat ialah bahagian terpenting dalam binaan ayat. Nyatakan komponen yang terdapat dalam bahagian predikat. 3. Terdapat pelbagai jenis objek. Terangkan jenis-jenis objek yang terdapat dalam bahasa Melayu.
RUJUKAN Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim & Abdullah Yusof. (2009). Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Sintaksis: Ayat| 18
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.