E5124 / UNIT 2 / 1
UNIT 2: PRINSIP ASAS PERHUBUNGAN DATA
OBJEKTIF
Objektif Am :
Mengetahui dan memahami sistem perhubungan data am dan penghantaran data.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :mentakrif penghantar, media penghantaran, pengulang dan penerima. menerangkan DCE dan DTE. membezakan penghantaran data sehala dan dua hala. mentakrif dan menerangkan kepentingan pemasaan. mentakrif dan menerangkan kepentingan rangka. menerangkan penghantaran data selari dan siri. membezakan penghantaran data segerak dan tak segerak. menerangkan kepentingan pengkodan ralat. menerangkan jenis – jenis pengawalan ralat parity dan pengawalan ralat CRC.
E5124 / UNIT 2 / 2
INPUT 2.0
Mendefinasikan Penghantar, Media Penghantaran, Pengulang dan Penerima
PENGHANTARAN DATA
Rajah 2.1 : Gambarajah Penghantaran Data
Sebelum sesuatu data diproses oleh sistem penerima maka data (maklumat) perlu dihantar melalui suatu sistem penghantaran (media penghantaran) oleh stesen penghantar. Mari kita lihat apakah definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam komunikasi data.Rajah 2.1 menunjukkan gambaran secara fizikal kaedah penghantaran data dilakukan.
Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video, isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain.
Media penghantaran ialah laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara dua peralatan berasingan. Ia mungkin terdiri dari sepasang pengalir atau dawai,kabel sepaksi, gentian optik atau gelombang mikro. Jenis media yang digunakan
E5124 / UNIT 2 / 3 adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data, dalam bit per sesaat atau bps.
Pengulang (repeaters) ialah satu alat yang disambung dalam rangkaian untuk dijanakan semula isyaratnya.
Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses utama yang dilakukan di sini ialah proses nyahmodulatan.
Bagi suatu system komunikasi data asas boleh diwakilkan melalui suatu gambarajah blok seperti Rajah 2.2 dimana terdapat system penghantaran dan penerimaan yang mempunyai peralatan seperti DTE dan DCE.
Terminal
DTE
Modem
DCE
Rangkaian Telelekomunikasi
Modem
DCE
Komputer
DTE
Rajah 2.2 : Gambarajah Blok Perhubungan
2.1
DTE (Data Terminal Equipment) dan DCE (Data Terminal Circuit Equipment)
Beberapa peralatan diperlukan untuk proses komunikasi data iaitu DTE dan DCE. DTE ialah suatu peralatan pelanggan untuk komunikasi data, tanpa mengira kekompleksan. Peralatan terdiri daripada punca data atau penerima data atau kedua-duanya.
Peralatan yang biasa ialah seperti unit-unit logik kawalan, buffer store, komputerkomputer, unit-unit paparan visual, stesen-stesen kerja berasaskan komputer dan peralatan yang terdapat dalam suatu automated office. Peralatan ini boleh mengandungi pengawalan
E5124 / UNIT 2 / 4 ralat, penyegerakkan dan kebolehan pengenalan stesen. Contoh ; Komputer, Unit paparan Visual.
Rajah 2.3 : Contoh Peralatan DTE ( Komputer )
Manakala peralatan DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi-fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendali dan memberhentikan suatu komunikasi data, melakukan pertukaran isyarat dan melakukan pengkodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data. DCE merupakan bahagian dalaman suatu komputer, contoh: Modem atau Data set seperti rajah 2.4.
Rajah 2.4 : Contoh Peralatan DCE ( Modem ) Maka dengan ini kedua –dua peralatan tersebut iaitu DTE dan DCE merupakan peralatan yang amat diperlukan dalam komunikasi data.
E5124 / UNIT 2 / 5
AKTIVITI 2A
Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba
SOALAN
2.1
Berikan definisi bagi Penghantar dan Penerima.
2.2
Apakah yang dimaksudkan dengan media penghantaran di dalam prinsip asas perhubungan data.
2.3
Nyatakan perbezaan antara DTC dan DCE.
2.4
Berikan contoh-contoh peralatan yang terdiri daripada DTE dan DCE.
E5124 / UNIT 2 / 6
INPUT
2.2
Penghantaran data sehala dan dua hala
Mod-mod operasi atau penghantaran data antara 2 titik dikelaskan kepada 3 jenis iaitu simplex, separuh-dupleks dan dupleks penuh. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah simplex, separuh-dupleks dan dupleks penuh. Mari kita lihat definisi dan pengertiannya
2.2.1
Simpleks
Maklumat boleh dihantar dalam satu hala sahaja. Penghantaran data adalah mudah, hanya perlu satu kabel 2 dawai, satu dawai untuk isyarat dan satu dawai untuk rujukan kebumi. Keburukan simplex ialah ia tidak mengetahui samada data yang dihantar telah diterima atau tidak, kerana tiada tindakbalas yang diterima dari pihak kedua.
Rajah 2.5 : Penghantaran Sehala
E5124 / UNIT 2 / 7 2.2.2
Separuh - Duplex
Maklumat dihantar dalam dua hala tetapi tidak pada masa yang sama. Satu pihak mesti berhenti menghantar data untuk membolehkan pihak kedua menghantar data. Ianya memerlukan satu kabel dua dawai. Mesej – mesej kawalan adalah lebih kompleks. Penghantaran data adalah lebih baik kerana boleh mengetahui data telah diterima atau tidak iaitu terdapat tindakbalas.
Rajah 2.6 : Penghantaran Separuh Dupleks
2.2.3
Duplex - Penuh
Maklumat boleh dihantar dalam dua hala secara serentak. Ianya memerlukan empat dawai dimana satu dawai untuk isyarat dan satu dawai untuk rujukan ke bumi bagi setiap arah. Penghantaran data adalah lebih baik kerana ada tindakbalas dan laju. Mesej – mesej kawalan lebih kompleks.
Rajah 2.7 : Penghantaran Dupleks
E5124 / UNIT 2 / 8
2.3
Penghantaran Data Selari dan Siri Penghantaran data dari suatu stesen/terminal ke terminal yang lain terdiri daripada 2 jenis iaitu samada dalam bentuk penghantaran selari atau siri.
2.3.1
Penghantaran selari
1 0 1 1 1
Komputer
Pencetak Rajah 2.8 : Penghantaran Selari
Beberapa ciri bagi penghantaran data dalam bentuk selari telah dikenalpasti Diantaranya adalah seperti berikut iaitu semua bit – bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar secara serentak. Dari segi penggunaan kabel pula ia memerlukan kabel yang banyak, maka dengan ini kos pembinaan adalah tinggi, oleh itu hanya sesuai untuk jarak dekat < 100 kaki. Contoh : sambungan antara komputer ke printer, monitor atau keyboard.
Bagi kadar penghantaran data pula ia adalah tinggi ( laju ). Selain daripada itu kelemahannya adalah sukar untuk mengesan talian yang rosak
2.3.2
Penghantaran siri
0
1
1
1
1
0
0
E5124 / UNIT 2 / 9
Terminal
Hos Rajah 2.9 : Penghantaran Siri
Penghantaran Siri pula mempunyai ciri yang berbeza dari selari dimana ia merupakan cara komunikasi yang paling popular. Semua bit – bit bagi suatu aksara akan dihantar satu persatu melalui satu kabel.
Oleh kerana penggunaan satu kabel maka kos kabel adalah murah, oleh itu ia sesuai untuk penghantaran data jarak jauh. Contoh : sambungan antara komputer ke komputer biasanya menggunakan talian telefoni. Ia mudah untuk mengesan talian rosak Namun begitu terdapat kelemahan iaitu dari segi penghantaran data dimana kadarnya adalah rendah ( lambat ).
Penghantaran bersiri agak berbeza dengan penghantaran selari kerana ia mempunyai teknik tersendiri. Teknik ini terdiri daripada 2 jenis iaitu :
i.
Teknik Tak Segerak – terdapat kod mula dan henti
ii.
Teknik Segerak – penghantaran blok dalam satu masa
Biasanya data dihantar antara dua DTE dalam satu rangkaian unit – unit. Contoh : Data mungkin terdiri dari 5, 7 atau 8 bit setiap satu unit. Setiap aksara yang dihantar akan dikodkan dan dihantar secara siri. DTE penerima akan menerima satu dari dua paras isyarat ( 0 atau 1 ), yang berubah – ubah mengikut paten bit yang membentuk sesuatu pesanan.
Penerima akan decode dan interpret setiap paten bit tersebut dengan betul. Dalam proses ini ia perlu mengetahui kesegerakan bit / klok, kesegerakan aksara / byte dan kesegerakan blok / frame.
Setiap teknik penghantaran yang digunakan akan ditentukan oleh :
E5124 / UNIT 2 / 10
a.
samada klok – klok penghantaran dan penerima tidak sama antara satu sama lain ( tak segerak )
b.
2.4.
samada klok – klok penghantar dan penerima disegerakkan.
Penghantaran tak segerak Jika data yang dihantar terdiri dari satu aliran / rangkaian aksara dimana tempoh penjanaan setiap aksara adalah berbeza – beza, maka setiap aksara akan dihantar secara bebas dan penerima akan membuat proses penyegerakan pada permulaan setiap aksara baru yang diterima.
Bit Henti
Data
Henti
Bit Mula
Mula
Arah Pengaliran
Rajah 2.10 : Penghantaran Tak Segerak
Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit – bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama – sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut.
Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah:
E5124 / UNIT 2 / 11 i.
Penyegerakan bit iaitu dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar.
ii.
Penyegerakan aksara iaitu yang dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara.
iii.
Penyegerakan frame / rangka iaitu dicapai dengan menggunakan aksara
kawalan
STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.
2.5
Penghantaran Segerak
Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok – blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara – aksara dimana klok – klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara.
Blok Data
8 bit
Penerima
8 Bit
8 Bit
8 Bit
8 Bitt
Arah Penghantaran
8 Bit
Penghantar
Rajah 2.11 : Penghantaran Segerak
Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi pada dua keadaan iaitu ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data atau dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima.
Terdapat dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data iaitu:
a.
Penyegerakkan berasaskan aksara
E5124 / UNIT 2 / 12 Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara dan mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka.
b.
Penyegerakkan berasaskan bit Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary ‘1’ dan memasukkan binary ‘0’ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.
E5124 / UNIT 2 / 13
AKTIVITI 2B
Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba.
SOALAN 2.5
Nyatakan 3 jenis mod penghantaran dalam komunikasi data.
2.6
Terangkan secara ringkas ketiga-tiga maksud bagi mod operasi tersebut.
2.7
Berikan pengertian bagi penghantaran secara siri dan selari.
2.8
Nyatakan 3 perbezaan antara penghantaran segerak dan tidak segerak.
E5124 / UNIT 2 / 14
INPUT
2.6.
Peranan pengkodan dan pengawalan ralat
Peranan pengkodan ialah menguatkan dan menaikkan kualiti maklumat atau komunikasi. Peranan pengawalan ralat ialah menentukan kadar kenungkinan ralat dalam suatu sistem, lantas dapat meminimakan kadar berlakunya ralat. Pengawalan ralat merangkumi aspek pengesanan dan pembetulan ralat dengan kaedah pengkodan tertentu.
Ketika proses penghantaran, ralat-ralat akan terjadi pada aliran data, disebabkan oleh hingar dan sistem penghantaran itu sendiri. Ralat kadangkala membuatkan data tidak berguna sama sekali. Prosedur-prosedur telah dibentuk untuk mengesan dan membetulkan ralat-ralat penghantaran.
2.6.1
Proses pengesanan ralat
Proses penghantaran ralat terbahagi kepada 2 jenis iaitu Pengesanan parity dan Pengesanan lebihan.
2.6.1.1 Pengesanan pariti
Bit pariti boleh digunakan untuk mengesan ralat dalam data yang diterima. Ia mengesan kedudukan bit yang mengalami ralat dan
E5124 / UNIT 2 / 15 membetulkannya. Dalam kaedah ini, penghantar akan memasukkan satu bit tambahan kepada kerangka bit dikenali sebagai bit parity. Jika parity genap digunakan, bit parity ditambah supaya bilangan 1 dalam kerangka tersebut adalah genap.
Contoh : Aksara ASCII
Pariti Genap
Pariti Ganjil
D
01000100
11000100
d
11100100
01100100
7
10110111
00110111
Dengan cara tertentu, ia digunakan untuk mengesan kedudukan bit yang mengalami ralat di penerima dan seterusnya membetulkannya.
2.6.1.2 Pengesan lebihan
Terdapat pelbagai cara untuk pengesanan lelebihan yang digunakan dalam mengesan ralat tetapi kaedah yang sangat berkesan dan meluas digunakan adalah dengan cara Cyclical Redundancy Check (CRC). Di dalam perlaksanaan CRC, blok data yang hendak dihantar akan dibahagikan dengan penjana/pembahagi CRC (nilai pra-aktif). Sebelum proses pembahagian untuk menghasilkan kod CRC dilakukan, blok data akan ditambahkan dengan n bit 0(bit tambahan) yang mana bilangan n ini adalah kurang satu bit daripada bilangan bit penjana dan kemudian bit tambahan ini perlu ditambahkan dihujung blok tersebut. CRC (Cyclic Redundancy Check)
CRC adalah sejenis kaedah pengesan ralat menggunakan ko-polinomil.Satu kerangka k bit dianggap sebagai satu polynomial dengan K sebutan,bermula daripada Xk-1 hingga X0. Jadi kerangka data 110010 dianggap sebagai satu polinomail dengan 6 sebutan dengan pekalinya ialah 1,1,0,0,1 dan 0.Polinomial ini dapat ditulis sebagai X5 + X4 + X1.
E5124 / UNIT 2 / 16
Bagi menghantar data, penghantar dan penerima mesti bersetuju menggunakan satu polynomial penjana G(x). Kedua-dua bit paling bernilai dan bit paling kurang bernilai bagi polimial ini mestilah 1, maksudnya 10011 boleh digunakan tertapi 10010 tidak boleh. Bagi menghitung bi semakan bagi satu kerangka M(x) yang mengandungi m bit, kerangka ini mestilah lebih panjang daripada polimial penjana.Kerangka data yang dihantar T(x) dibentuk dengan mencamtumkan bit semakan kepada kerangka data asal. Bit semakan
Kerangka data asal
Karangka data yang dihantar Pengiraan bit semakan : 1. Katakan G(x) mempunyai darjah r,maknanya G(x) mempunyai r + 1 bit.Cantumkan r sifat di belakang M(x),bagi membentuk sat polynomial XrM(x). 2. Bahagikan XrM(x) dengan G(x) menggunakan pembahagian modulo 2 3. Tolak baki daripada XrM(x) menggunakan penolakan modulo 2
Contoh pembinaan kod CRC
Kerangka asal M(x): 1101011011 Penjana G(x): 10011 Darjah Penjana: 4 Kerangka baru (kerangka asal dicantum dengan 4 sifar) XrM(x)
11010110110000
Pembahagian modulo 2 antara kerangka baru dengan penjana akan mengasilkan 1100001010 dengan baki 1110.
Tolak:
11010110110000
E5124 / UNIT 2 / 17 1110 kerangka dihantar 1101011011110
Jadi apabila kerangka data tersebut diterima, penerima akan cuba membahagikanya dengan G(x). Andaikan data yang diterima bukan T(x) tetapi T(x) + E(x).Apabila [T(x) + E(x)] dibahagi dengan G(x) dibahagi dengan G(x) ralat dapat dikesan dengan melihat kepada hasil bahagi E(x) dengan G(x) kerana hasil bahagi antara T(x) dengan G(x) sememangnya 0.
Ada tiga jenis CRC yang diterima sebagai piawai antarabangsa,iaitu: i.
CRC-12
ii.
CRC-16
iii.
CRC-CCITT
E5124 / UNIT 2 / 18
AKTIVITI 2C
Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau maklumbalas di halaman berikutnya. Selamat Mencuba
SOALAN 2.9
Mengapakah pengkodan dan pengesanan ralat diperlukan semasa penghantaran data di dalam prinsip asas perhubungan data .
2.10
Nyatakan 2 teknik pengsanan ralat.
2.11
Pengesanan ralat selalunya digunakan dalam lapisan yang mana pada model OSI.
2.12
Kaedah pengesanan ralat yang manakah mengandungi bit parity bagi setiap unit data seperti bit parity keseluruhan unit data.
E5124 / UNIT 2 / 19
MAKLUM BALAS 2 A, B & C JAWAPAN 2.1
Penghantar - Bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, di proses dan dipancarkan. Penerima - Peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal.
2.2
Media Penghantaran - Laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara 2 peralatan berasingan.
2.3
DTE merupakan peralatan yang menjadi sumber maklumat/punca data atau penerima data manakala DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi – fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendalikan dan melakukan penukaran isyarat serta pengekodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data.
2.4
Contoh DTE : Komputer, Terminal atau Unit Paparan Visual Contoh DCE : Modem
2.5
3 mod penghantaran komunikasi data : i. Simpleks ii. Separuh Dupleks iii. Dupleks Penuh
2.6
Simpleks – penghantaran dilakukan dalam bentuk satu hala sahaja.
E5124 / UNIT 2 / 20 - penghantaran yang paling mudah dan kurang masalah dari segi kawalan. Separuh Dupleks – penghantaran dilakukan dalam 2 hala tetapi tidak dalam masa yang sama. Satu pihak perlu memberhentikan penghantaran data untuk membenarkan pihak kedua menghantarnya.
Dupleks Penuh – Penghantaran dilakukan dalam 2 hala secara serentak. - penghantaran data adalah lebih baik kerana ada tindak balas dan laju.
2.7
Penghantaran Siri – Semua bit-bit bagi suatu aksara dihantar satu persatu melalui satu kabel dan sesuai untuk jarak yang jauh. Penghantaran Selari - Semua bit-bit bagi suatu aksara terkod akan dihantar serentak dan hanya sesuai untuk jarak yang dekat.
2.8 Penghantaran Segerak Proses penghantaran atau penerimaan Data diklakukan mengikut masa yang ditetapkan. Sebuah jam induk digunakan. Blok-blok aksara dihantar tanpa Kod Mula dan Kod Henti
2.9
Penghantaran Tak Segerak Proses penghantaran data atau penerimaan secara rawak Jam induk tidak digunakan. Setiap aksara terdapat kod Mula (0) dan kod Henti (1)
Pengekodan ialah untuk menguatkan dan menaikkan kualiti maklumat atau komunikasi.
Pengawalan ralat adalah untuk mennetukan kadar kemungkinan ralat dalam suatu system dapat dikurangkan.
2.10
Teknik pengesanan ralat : i.
pengesanan parity
ii.
pengesanan lelebihan
2.11
Lapisan pengangkutan dan pautan data
2.12
Vertical Redundancy Cyclic (VRC)
E5124 / UNIT 2 / 21
PENILAIAN KENDIRI
Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.
SOALAN 2.13
Beri penerangan dengan jelas bagaimana suatu komunikasi data boleh berlaku dengan menggunakan gambarajah blok perhubungan yang mengandungi terminal, moden dan rangkaian telekomunikasi.
2.14
Terangkan dengan bantuan gambarajah yang sesuai bagaimana proses penyegerakkan dalam penghantaran tak segerak tercapai
2.15
Terangkan proses pengesanan ralat Cyclical Redundancy Check.
E5124 / UNIT 2 / 22
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
2.13 Terminal
DTE
Modem
Rangkaian Telelekomunikasi
DCE
Modem
komputer
DCE
DTE
Rajah 1 : Gambarajah Blok Perhubungan Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok perhubungan yang mengandungi terminal, modem dan rangkaian telekomunikasi. Sebelum sesuatu data diproses oleh sistem penerima maka data (maklumat) perlu dihantar melalui suatu system penghantaran (media penghantaran). Berikut ialah definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam komunikasi data.
Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video, isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain.
Media penghantaran ialah laluan yang digunakan untuk penghantaran isyarat elektrikal antara dua peralatan berasingan. Ia mungkin terdiri dari sepasang pengalir atau dawai,kabel sepaksi, gentian optik atau gelombang mikro. Jenis media yang digunakan adalah penting kerana ia menentukan kadar maksima penghantaran data, dalam bit per sesaat atau bps.
E5124 / UNIT 2 / 23 Pengulang(repeaters) ialah satu alat yang disambung dalam rangkaian untuk dijanakan semula isyaratnya.
Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa dan menghasilkan semula isyarat asal. Proses utama yang dilakukan di sini ialah proses nyahmodulatan. Beberapa peralatan diperlukan untuk proses komunikasi data iaitu DTE dan DCE. DTE ialah suatu peralatan pelanggan untuk komunikasi data, tanpa mengira kekompleksan. Peralatan terdiri daripada punca data atau penerima data atau kedua-duanya.
Peralatan yang biasa ialah seperti unit-unit logik kawalan, buffer store, komputerkomputer, unit-unit paparan visual, stesen-stesen kerja berasaskan komputer dan peralatan yang terdapat dalam suatu automated office. Peralatan ini boleh mengandungi pengawalan ralat, penyegerakkan dan kebolehan pengenalan stesen. Contoh ; Komputer, Unit paparan Visual. Manakala peralatan DCE disediakan oleh pihak berkuasa rangkaian komunikasi atau oleh pelanggan sendiri. Ia menyediakan fungsi-fungsi yang diperlukan seperti melaksana, mengendali dan memberhentikan suatu komunikasi data, melakukan pertukaran isyarat dan melakukan pengkodan yang diperlukan untuk perhubungan antara DTE dan litar data. DCE merupakan bahagian dalaman suatu komputer, contoh: Modem atau Data set.
2.14
Penghantaran tak segerak
Jika data yang dihantar terdiri dari satu aliran / rangkaian aksara dimana tempoh penjanaan setiap aksara adalah berbeza – beza, maka setiap aksara akan dihantar secara bebas dan penerima akan membuat proses penyegerakan pada permulaan setiap aksara baru yang diterima.
E5124 / UNIT 2 / 24
Bit Henti
Data
Henti
Bit Mula
Mula
Arah Pengaliran
Rajah 2 : Penghantaran Tak Segerak
Ia menggunakan satu bit mula untuk penerima mengenal pasti permulaan aksara dan 1, 1.5 atau 2 bit berhenti untuk tanda akhiran aksara. Aksara terdiri dari 5 hingga 8 bit – bit data dan 1 bit pariti untuk mengesan ralat.
Penghantaran mengira bit pariti dan menghantarnya bersama – sama aksara berkaitan. Penerima akan melakukan pengiraan yang sama dan membandingkannya dengan bit pariti yang diterima. Jika sama, aksara yang diterima akan dianggap betul. Jika tidak sama, ralat telah dikesan. Suatu tanda akan disetkan oleh penerima dan meminta penghantaran semula aksara tersebut.
Proses penyegerakan dalam penghantaran tak segerak terbahagi kepada tiga kaedah iaitu : a. Penyegerakan bit - dicapai dengan menggunakan 1 klok penerima berfrekuensi 16/32/64 X frekuensi data yang terdapat di penghantar. b.
Penyegerakan aksara - dicapai dengan menggunakan bit kawalan mula dan akhir untuk setiap aksara.
c.
Penyegerakan frame / rangka - dicapai dengan menggunakan aksara kawalan STX untuk tanda permulaan frame dan ETX untuk tanda tamat frame.
E5124 / UNIT 2 / 25
Penghantaran Segerak
Jika data yang akan di hantar terdiri dari blok – blok data, setiap satu blok mengandungi barisan aksara – aksara dimana klok – klok penghantar dan penerima mesti dalam keadaan segerak untuk satu masa yang lama maka penghantaran segerak digunakan. Penghantaran data segerak digunakan untuk penghantaran berhalaju tinggi, tanpa lengahan antara setiap elemen aksara. Blok Data
8 bit
Penerima
8 Bit
8 Bit
8 Bit
8 Bitt
8 Bit
Arah Penghantaran
Penghantar
Rajah 2.3 : Penghantaran Segerak
Penyegerakan segerak bagi stesen penghantar dan penerima boleh diperolehi seperti berikut: 1.
Ketika talian antara keduanya berkeadaan rehat iaitu tiada penghantaran data
2.
Dengan menghantar sekumpulan isyarat penyegerakan ( contoh : SYN ) sebelum data sebenar dihantar ke penerima.
Ada dua kaedah untuk melakukan penyegerakkan suatu sambungan data: a.
Penyegerakkan berasaskan aksara Bagi kaedah ini setiap kerangka yang akan dihantar terdiri dari aksara-aksara 7 atau 8 bit, yang akan dihantar tanpa sebarang lengahan di anatara setiap bit. Penerima, setelah mendapat penyegerakkan klok(bit), mesti boleh: i.
mengesan mula dan akhir setiap aksara-penyegerakkan aksara
ii.
mengesan mula dan akhir setiap kerangka-penyegerakkan kerangka
E5124 / UNIT 2 / 26 b.
Penyegerakkan berasaskan bit Bagi kaedah ini setiap kerangka yang dihantar boleh mengandungi bilangan bit-bit yang tidak tetap, tidak semestinya rangkaian 8 bit. Bila kandungan kerangka dihantar ke talian penghantaran akan mengesan bila ada turutan 5 digit-digit binary ‘1’ dan memasukkan binary ‘0’ secara otomatik. Dengan cara ini aturan flag 01111110 tidak akan hadir di antara flag mula dan flag akhir.
2.15
Cyclical Redundancy Check (CRC) ialah ia membahagi semua bit-bit dalam satu blok data dengan satu nombor binary yang ditentukan terlebih dahulu. Lelebihan dari proses pembahagian ini ialah kasara pengesan. Satu aksara pengesan juga dijana dipenerima. Ia dibandingkan dengan aksara pengesan dari penghantar. Satu CRC 16 bit biasa digunakan dalam protocol-protokol segerak berasaskan bit atau aksara.
Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab soalan penilaian kendiri. Sekiranya anda memerlukan maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti sila merujuk kepada pensyarah anda. Teruskan usaha anda dengan pergi ke Unit 3. Selamat Maju Jaya.