Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Jenis-Jenis Pendapatan Individu 1. Upah / Gaji (a) Ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh. (b) Upah wang atau upah nominal merupakan upah yang dibayar mengikut: i. tempoh masa (contoh: sebulan) ii. bilangan unit barang dihasilkan 2. Upah Benar
Upah Wang Harga Purata Barang
(a) Bila harga purata meningkat, upah benar jatuh. (b) Bila harga purata menurun, upah benar meningkat. Contoh: Zaki menerima upah RM10 sejam. Beliau bekerja 8 jam setiap hari selama 20 hari dalam sebulan. Maka, upah wang sebulan = RM10 x 8 jam x 20 hari = RM1600 Upah benar pula merujuk kepada kuasa beli atau kemampuan upah wang untuk membeli barang. Upah benar dikira menggunakan rumus yang berikut:
Upah Benar
Upah Wang Harga Purata Barang
Contoh: Encik Hasnan menerima RM2000 sebulan. Harga barang X ialah RM5 seunit, barang Y ialah RM6 seunit dan barang Z ialah RM7 seunit. Maka, upah benar
RM 2000 333.33 unit RM 5 RM 6 RM 7 3
Sewa
- Ganjaran kepada faktor pengeluaran tanah yang penawarannya tetap.
Untung
= Jumlah Hasil – Jumlah Kos
1
www.SPMSureSkor.com
Faedah
- Ganjaran kepada pemilik modal wang. Seseorang individu menerima pendapatan faedah kerana modal wangnya telah digunakan oleh pihak lain dan dia terpaksa menanggung risiko penggunaan wang itu. - Diterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan wangnya di bank. - Menangguhkan perbelanjaannya / penggunaannya pada masa kini. Individu yang menabung di institusi kewangan akan menerima faedah: Faedah = Pokok x Kadar Faedah x Tempoh Contoh: Encik Ravi menabung RM4000 dengan kadar faedah 7% setahun selama 1 tahun. Maka, faedah = RM4000 7% 1 tahun = RM280 Tetapi jika beliau hanya menyimpan selama 6 bulan, faedah yang diterima ialah: Faedah RM4000 7%
Dividen
Bayaran Pindah
6 = RM140 12
- Diterima oleh pemilik modal wang yang menyimpan di institusi kewangan Islam / sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham syarikat / ganjaran yang diterima oleh pemilik unit amanah saham. - Menyumbangkan apa-apa dalam proses pengeluaran / contoh bayaran pindahan seperti pencen / biasiswa / derma / wang saku dll.
Pendapatan Boleh Guna 1. Pendapatan boleh guna = Pendapatan – Potongan wajib (Contoh potongan wajib: Cukai pendapatan / Caruman KWSP / Zakat / PERKESO) 2. Pendapatan boleh cukai = Pendapatan – Pelepasan cukai (Contoh pelepasan cukai: Pelepasan diri / Pelepasan isteri / Pelepasan anak / Premium insurans nyawa / Kos perubatan / Komputer peribadi / Buku dan majalah / Premium anuiti KWSP / Yuran pendidikan institusi pendidikan tinggi / Alat sokongan khas) 3. Jumlah pendapatan sebenar seseorang individu ialah pendapatan yang diterima setelah ditolak pelbagai potongan seperti KWSP, cukai pendapatan, zakat dan insurans nyawa. 4. Pendapatan benar ini digunakan oleh seseorang individu untuk memperoleh barang dan perkhidmatan bagi memuaskan keperluan dan kehendaknya.
Penggunaan Pendapatan Boleh Guna 1. Formulanya ialah: Y d = C + S iaitu C = perbelanjaan penggunaan; S = tabungan.
2
www.SPMSureSkor.com
- Pendapatan Boleh Guna = Pendapatan – Potongan Wajib (Cukai pendapatan / Caruman KWSP / Zakat / PERKESO - Pendapatan Boleh Cukai = Pendapatan – Pelepasan Cukai (Pelepasan diri / Pelepasan isteri / Pelepasan anak / Premium insurans nyawa / Kos perubatan ibu bapa / Premium insurans pendidikan / Premium insurans perubatan / Komputer peribadi / Buku dan majalah / Premium anuiti KWSP / Yuran pendidikan institusi pendidikan tinggi / Alat sokongan asas) - Pendapatan Individu = Gaji + Elaun + Bonus + Dividen + Komisyen + Bayaran Pindaan - Belanjawan Peribadi = Pendapatan Boleh Guna – Semua Perbelanjaan Individu 2. Contoh pengiraan pendapatan boleh guna adalah seperti yang berikut:
3. Pengiraan cukai pendapatan dan pendapatan boleh guna: Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan Encik Hussein. Beliau bekerja di Syarikat AA Sdn. Bhd. dan memperoleh pendapatan sebanyak RM3000 sebulan. (a) Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Hussein? (b) Terangkan tiga jenis pendapatan individu yang lain selain daripada (a). Jawapan: (a) Upah (b) Tiga jenis pendapatan individu yang lain: i. Sewa - pemilik harta membenarkan hak penggunaan hartanya kepada orang lain. ii. Faedah - pemilik wang menyimpan wangnya di bank perdagangan untuk memperoleh faedah. iii. Bayaran pindahan - individu menerima wang saku daripada ayahnya.
Perbezaan Antara Barang Keperluan & Barang Kehendak 1. Keperluan dan kehendak individu: (a) Keperluan dapat dibahagikan kepada keperluan asas dan keperluan lain. (b) Keperluan asas ialah keinginan individu terhadap barang dan perkhidmatan bagi membolehkan mereka menjalankan kehidupannya. (c) Kehendak individu dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu untuk memiliki barang dan perkhidmatan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa. 3
www.SPMSureSkor.com
2. Perbezaan antara keperluan dengan kehendak: Keperluan dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan bagi membolehkannya hidup pada tahap keselesaan yang minimum manakala kehendak pula dapat ditakrifkan sebagai keinginan individu untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa.
Belanjawan Peribadi 1. Perbelanjaan individu boleh dikategorikan kepada tiga jenis barang yang utama iaitu: (a) Barang tahan lama i. boleh digunakan untuk tempoh yang panjang dan melebihi tempoh 1 tahun ii. tidak mudah rosak iii. terdiri daripada barang kehendak iv. contoh: kipas, peti sejuk, dan televisyen (b) Barang tidak tahan lama i. boleh digunakan untuk tempoh yang singkat, iaitu kurang daripada setahun ii. mudah rosak iii. terdiri daripada barang keperluan harian seperti sayur-sayuran, minyak petrol, dan minuman (c) Perkhidmatan i. terdiri daripada perkhidmatan seperti pengangkutan, pendidikan, dan perubatan 2. Langkah-langkah untuk menyediakan belanjawan peribadi: (a) Mengenalpasti punca pendapatan dan potongan wajib (b) Mencatatkan semua perbelanjaan yang diperlukan (c) Menyusun segala perbelanjaan tersebut mengikut keutamaan (d) Mengimbangkan pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan (e) Melakukan tabungan dan mencatatnya bagi memupuk amalan suka menabung 3. Kepentingan belanjawan peribadi: (a) Mengelakkan pembaziran Belanjawan peribadi dapat membantu individu mendahulukan barang yang penting. Perancangan awal dapat membantu individu untuk membeli barang yang perlu sahaja. Oleh itu, pembaziran dapat dielakkan. (b) Menggalakkan individu untuk menabung Penyediaan belanjawan peribadi membolehkan individu mengagihkan sebahagian daripada pendapatan mereka untuk tujuan tabungan. Tabungan sangat berguna pada masa hadapan untuk menghadapi saat-saat kecemasan, tujuan pendidikan dan menghadapi perkara di luar jangka. (c) Menyelaraskan perbelanjaan dengan pendapatan Dengan penyediaan belanjawan peribadi, individu dapat merancang perbelanjaannya mengikut pendapatan yang ada. Tanpa belanjawan peribadi, individu sukar mengawal perbelanjaan mereka dan menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. (d) Membantu mengawal inflasi Belanjawan peribadi dapat mengawal individu daripada berbelanja terhadap barang yang tidak diperlukan. Maka, keadaan ini dapat membantu mengawal harga di pasaran daripada terus meningkat. Oleh itu, masalah inflasi akan dapat dikawal.
4
www.SPMSureSkor.com
(e) Mengelakkan individu daripada berhutang Penyediaan belanjawan peribadi membolehkan individu mengimbangkan antara perbelanjaan dengan pendapatan. Maka, perbelanjaan melebihi pendapatan tidak berlaku. Oleh itu, individu dapat mengelak daripada berhutang.
Tabungan Formula: S = Yd - C Konsep Tabungan *SPM FOKUS* Formula = Pendapatan boleh guna - Semua perbelanjaan Pendapatan benar yang tinggi membolehkan individu menabung. Mengapakah individu perlu menabung?
-
Penentu Tabungan Sikap individu Tingkat pendapatan boleh guna Tingkat tabungan dan perbelanjaan Dasar kerajaan dari segi mengawal kadar faedah Harta benda dan kekayaan Jaminan semasa tua Keadaan ekonomi
-
Tujuan Tabungan Untuk tujuan kecemasan Untuk jaminan masa depan Untuk tujuan pembelian harta Untuk tujuan pendidikan Untuk membeli barang tahan lama Untuk mendapatkan pulangan Pelaburan perniagaan
-
-
Cara Menabung Bank Perdagangan Syarikat kewangan Bank Simpanan Nasional Tabungan dalam Lembaga Urusan Tabung Haji Koperasi Insurans Membeli Unit Amanah Saham
Pinjaman *SPM FOKUS* 1. Tujuan pinjaman: (a) Menampung perbelanjaan semasa / harian – individu meminjam apabila pendapatan boleh gunanya tidak mencukupi untuk membeli barang harian. Hal ini demikian kerana individu telah berbelanja lebih daripada pendapatan boleh gunanya. (b) Membeli barang tahan lama – individu meminjam untuk membeli barang tahan lama seperti kereta dan rumah kerana harganya mahal. Individu biasanya membayar pendahuluan dan selebihnya meminjam dari institusi kewangan. (c) Menghadapi saat kecemasan – individu meminjam ketika berlaku kecemasan. Apabila berlaku kecemasan seperti sakit, individu memerlukan wang dengan segera untuk tujuan perubatan. Oleh itu, individu membuat pinjaman. (d) Menampung kos pendidikan – kos pendidikan di peringkat yang lebih tinggi sangat mahal. Oleh itu, individu terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan dan agensi kerajaan. 2. Individu sebagai pengeluar juga membuat pinjaman untuk tujuan berikut: (a) Memulakan sesuatu perniagaan – individu memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan kerana modal yang banyak diperlukan untuk membeli bahan mentah, pejabat dan aset tetap.
5
www.SPMSureSkor.com
(b) Menambah modal – pengeluar meminjam untuk membeli barang modal seperti mesin, jentera dan bangunan supaya dapat meningkatkan produktiviti. (c) Meningkatkan produktiviti – apabila perniagaan menambahkan bilangan modal yang dimiliki, produktiviti pengeluaran akan meningkat. (d) Mengurangkan pembayaran cukai – sesetengah syarikat besar akan melakukan pinjaman untuk tujuan mengurangkan pembayaran cukai syarikat. 3. Sumber pinjaman: (a) Bank Perdagangan (b) Syarikat kewangan (c) Bank Simpanan Nasional (d) Syarikat kredit (e) Bank Pertanian Malaysia (f) Syarikat Koperasi (g) Syarikat Insurans (h) Bank Islam memberikan pinjaman mengikut prinsip islam (i) Pinjaman tidak rasmi 4. Tujuan KWSP: (a) Mencapai umur 55 tahun (b) Telah hilang akal atau keupayaan jasmani dan fizikal (c) Telah meninggal dunia (d) Membeli tanah, komputer serta untuk pendidikan anaknya (e) Pencarum juga boleh keluarkan wang KWSP untuk perubatan diri sendiri
Pelaburan Perbelanjaan terhadap barang-barang modal atau penambahan stok modal atau harta untuk menambahkan pendapatan pada masa depan. 1. Tujuan pelaburan: (a) Meningkatkan pendapatan (b) Menggantikan barang modal yang telah haus (c) Meningkatkan ekonomi ke arah kemajuan 2. Cara pelaburan: (a) Modal kerja (b) Stok atau inventori (c) Skala dan keupayaan pengeluaran (d) Membina rumah kediaman (e) Harta benda (f) Pendidikan sumber manusia
6
www.SPMSureSkor.com