TAJUK PROJEK: SISTEM PAPARAN LAMPU ISYARAT UNTUK PEMANDU BUTA WARNA (SINGLE DISPLAY TRAFFIC LIGHT SYSTEM FOR COLOUR VISION DEFICIENCY DRIVERS) KOD PROJEK: I-ECO/39 (UTEM-11) IPTA: UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. MUHAMMAD GHAZIE BIN ISMAIL AKADEMIA: ENGR. SIVA KUMAR SUBRAMANIAM ENGR. RANJIT SINGH SARBAN SINGH ENGR. ZULKIFLI SHARIFF RAKAN INDUSTRI: INDUSTRONICS BERHAD BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 1 JUN 2011 – 30 MEI 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF Syarikat Industronics Berhad salah sebuah pengeluar produk lampu isyarat bagi pasaran luar negara telah dipilih menjadi rakan industri dalam projek ini. Projek ini bertujuan untuk memindahkan ilmu dalam sistem paparan lampu isyarat untuk pemandu buta warna. Pemindahan ilmu ke atas sistem paparan lampu isyarat ini termasuklah pengesanan kerosakan, pengurusan bateri dan kuasa serta kawalan melalui SMS. Kawalan sistem yang diperkenalkan ini dibuat secara berperingkat dan dimulakan dengan proses integrasi dengan sistem lampu isyarat yang akan digunakan. Cetusan idea daripada ketua projek dan kerjasama dengan pihak industri telah membuahkan kejayaan projek ini. Pengkomersialan produk bagi menjana kewangan pihak universiti telah dapat dicapai menerusi projek ini, manakala kepada pihak industri pula ilmu yang dipindahkan telah dapat memberi manfaat kepada (R&D) syarikat bagi mencari idea yang boleh menjana keuntungan dan hasil pendapatan syarikat.
2. IMPLEMENTASI PROJEK PERKARA
OBJEKTIF
SUMBER
BUTIRAN 1) Untuk meningkatkan produk sistem dan teknologi lampu isyarat paparan tunggal melalui input industri. 2) Untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan kepakaran daripada UTEM kepada industri supaya industri dapat mengkomersialkan sistem lampu isyarat paparan tunggal. 3) Untuk bekerjasama dengan industri dalam pengurusan kakitangan, penggunaan peralatan, dan promosi terhadap produk berpotensi yang dihasilkan ke pasaran serantau dan antarabangsa. Jumlah Geran yang diluluskan
: RM165,300.00
Upah dan Elaun (Graduan Pelatih) Perjalanan dan Pengangkutan Perhubungan dan Utiliti Sewaan Bekalan dan Bahan Penyelidikan Aksesori, Peralatan dan Perisian
: RM36,000.00 : RM18,300.00 : RM5,000.00 : RM5,000.00 : RM91,000.00 : RM10,000.00
AKTIVITI
1) Menetapkan peraturan dan persetujuan oleh kedua-dua pihak. 2) Membuat kajian mengenai teknologi semasa sistem lampu isyarat paparan tunggal. 3) Mereka bentuk spesifikasi sistem yang dikehendaki. 4) Mereka bentuk paparan LED dan fabrikasi bersama rakan industri. 5) Mereka bentuk papan pengawal dan fabrikasi bersama rakan industri. a) Bahagian 1: Mereka bentuk papan antara muka (interface board) b) Bahagian 2: Membentuk pengawal komunikasi bersama-sama dengan rakan industri. 6) Mereka bentuk fabrikasi mekanikal bersama-sama rakan industri. 7) Mereka bentuk sistem komunikasi dan fabrikasi. 8) Mengintegrasikan keseluruhan sistem dan membuat ujian bersamasama dengan rakan industri. 9) Menjalankan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran.
OUTPUT
Industri: 1) Sistem lampu isyarat paparan tunggal telah berjaya dibangunkan. 2) Kos pengeluaran kepada industri dapat dikurangkan. Hal ini dapat meningkatkan keuntungan syarikat hasil pengurangan kos operasi. 3) Industri memperoleh manfaat yang cukup besar dari segi program pembangunan dan penyelidikan (R&D) di samping menjana
keuntungan syarikat. 4) Penambahan produk baharu kepada syarikat. IPTA: 1) Peluang menjadi lebih terbuka kepada kehendak industri untuk mereka bentuk mengikut standard pasaran. 2) Pengetahuan yang lebih terperinci tentang peraturan-peraturan sistem lampu isyarat. Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pendedahan tentang latihan, penyelidikan, pengurusan dan aktiviti promosi syarikat. 2) Graduan pelatih mendapat peluang mereka bentuk sistem lampu isyarat berdasarkan teknologi terkini. PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2) Industronics Berhad Industri: 1) Produk yang berdasarkan teknologi terbaharu di pasaran. 2) Kepercayaan IPTA terhadap industri untuk mempamerkan produk IPTA dalam pasaran. 3) Manfaat bersama hasil daripada pengongsian pengalaman dan kemahiran antara industri dan akademia.
KEBERHASILAN
IPTA: 1) Hubungan antara industri dan akademia semakin erat 2) Pengetahuan tentang piawaian mereka bentuk lampu isyarat mengikut kehendak pasaran dan industri. 3) Kontrak penyelidikan dan pembangunan produk baharu oleh rakan industri di UTEM. Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pengalaman bekerja dalam industri. 2) Graduan pelatih mendapat ilmu daripada pihak IPTA dan industri yang memberi kelebihan kepada mereka dalam dunia pekerjaan sebenar.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek PROPOSAL
3 BULAN
6 BULAN
9 BULAN
12 BULAN
15 BULAN
18 BULAN
21 BULAN
24 BULAN
LAPORAN AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri 6 BULAN
9 BULAN
12 BULAN
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
15 BULAN
18 BULAN
21 BULAN
24 BULAN
LAPORAN AKHIR
4. PENILAIAN PROJEK Rakan Industri : Industronics Berhad Tarikh Lawatan : 3 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UITM) 2) Dr. Ng Kim Soon (UTHM) ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri) SEKSYEN
ITEM
PENILAI 1
PENILAI 2
A
PENCAPAIAN PROJEK (40%)
27%
25%
B
AKADEMIA (10%)
6%
8%
C
GRADUAN PELATIH (10%)
8%
8%
D
ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%)
6%
8%
E
LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%)
23%
23%
70%
72%
MARKAH KESELURUHAN (%)
MARKAH SELEPAS KUMULATIF
71%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
3/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek
3/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek
5/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri
3/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
5/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
4/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek
berfikir,
4/5
4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Hasil daripada analisis penilaian yang telah dibuat berdasarkan laporan berkala, maklum balas dan panel penilai, projek ini telah dirombak semula kerana tidak mencapai objektif sasarannya. Perkara ini adalah kerana sistem paparan tunggal yang dicadangkan pada permulaan projek bercanggah dengan peraturan kerajaan tempatan. Oleh yang demikian, panel pakar berpendapat bahawa projek ini masih pada peringkat penyelidikan dan berada pada kategori merah.
LAMPIRAN
Sistem Lampu Isyarat Paparan Tunggal yang telah direka bentuk
Lampu isyarat jenis LED yang digunakan dalam projek ini
Lawatan panel penilai ke Industronics Berhad
Integrasi pengujian terhadap sistem lampu isyarat paparan tunggal sentiasa dibuat dari semasa ke semasa