Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA
2.1 ASET
Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai) yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual semula. Boleh berbentuk fizikal (aset nyata) dan bukan fizikal (aset tidak nyata). Terbahagi kepada dua jenis: a) Aset Semasa b) Aset Bukan Semasa
2.1 b) Pengelasan Aset Ciri-ciri
Contoh
Aset Semasa
Aset Bukan Semasa
-Mudah ditukar menjadi wang tunai (mudah dijual).
-Tidak mudah ditukar menjadi wang tunai (sukar dijual).
-Untuk dijual atau untuk pembuatan barang.
-Bukan untuk dijual semula.
-Digunakan dalam tempoh satu tahun atau satu tempoh perakaunan.
-Tempoh penggunaan melebihi setahun atau lebih dari satu tempoh perakaunan.
Tunai di tangan Tunai di bank Stok barang niaga / stok bahan mentah Penghutang Belanja terdahulu Hasil terakru
Premis (bangunan) Tanah Kenderaan Perabot Alatan pejabat Mesin Loji
2.2 LIABILITI
Definisi: Merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Hutang ini mungkin muncul daripada urusan pembelian barang niaga, perkhidmatan atau pinjaman wang. Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit kepada perniagaan. Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan, manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan.
2.2 b) Pengelasan Liabiliti Liabiliti Semasa
Liabiliti Bukan Semasa
Ciri-ciri
-Hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dalam satu tahun / satu tempoh perakaunan.
-Hutang perniagaan yang akan dibayar balik dalam tempoh melebihi satu tahun / melebihi satu tempoh perakaunan.
Contoh
Pemiutang Overdraf bank Pinjaman jangka pendek Belanja terakru Hasil terdahulu
Pinjaman bank (jangka panjang) Gadai janji
2.3 EKUITI PEMILIK
Definisi: Ekuiti pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan modal ke dalam perniagaan, dia mengharapkan perniagaan dapat membalas dengan memberi keuntungan kepadanya. Ekuiti pemilik merangkumi: Modal asal yang dilaburkan + Keuntungan terkumpul yang tidak diagihkan
2.3 b) Komponen Ekuiti Pemilik Ekuiti Pemilik
Akan BERTAMBAH apabila:
Akan BERKURANG apabila:
1.
Pemilik memasukkan modal Pemilik membuat ambilan tambahan
2.
Perniagaan beroleh keuntungan
Perniagaan mengalami kerugian
Nota: Ambilan bermaksud pemilik mengambil aset perniagaan (barang atau tunai) untuk kegunaan peribadi.
2.4 Hasil
Definisi: Wang yang diterima atau yang akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan. Hasil mungkin boleh diterima dalam bentuk komisen, sewa, faedah simpanan, dividen dan lain-lain. Terbahagi kepada dua jenis: a) Hasil Kendalian b) Hasil Bukan Kendalian
2.4 b) Pengelasan Hasil Hasil Kendalian
Hasil Bukan Kendalian
Maksud
-Hasil yang diperoleh daripada aktiviti utama perniagaan.
-Hasil yang diperoleh daripada aktiviti selain aktiviti utama perniagaan.
Contoh
-Jualan barang niaga (jika perniagaan menjual barangan)
-faedah atas simpanan -sewa diterima
-Penerimaan daripada perkhidmatan (jika perniagaan menyediakan perkhidmatan)
-dividen pelaburan -untung daripada jualan aset bukan semasa terpakai (contoh: jualan perabot pejabat terpakai)
2.5 Belanja
Definisi: Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan dibayar pada masa hadapan (kos pemerolehan barang atau perkhidmatan) kesan daripada aktiviti pengendalian perniagaan. Belanja adalah termasuk kos belian stok, gaji pekerja, bayaran bil elektrik dan air, insurans kedai dan lain-lain. Terbahagi kepada dua jenis: a) Belanja Kendalian b) Belanja Bukan Kendalian
2.5 b) Pengelasan Belanja Jenis
Kategori
Contoh
Belanja Kendalian
Kos Jualan
Belian barang niaga untuk dijual Angkutan masuk Duti atas belian Insurans atas belian
Operasi jualan
Gaji & Komisen jurujual Iklan Angkutan keluar
Pentadbiran & Belanja Am
Gaji pengurus Insurans Kadar bayaran (belanja elektrik, air, telefon)
Kewangan
Faedah atas pinjaman Hutang lapuk
Belanja Bukan Kendalian
Rugi daripada jualan aset bukan semasa Kecurian Rugi luar biasa daripada bencana alam dan kebakaran
2.6 Akaun Kontra
Definisi: Akaun yang akan mengurangkan nilai dalam akaun induk. Akaun Kontra memberikan nilai bersih bagi akaun-akaun induk tersebut. Pengelasan Akaun Kontra: Akaun Kontra
Akaun Induk (yang dikurangkan nilai)
-Susut Nilai Terkumpul
-Akaun Bukan Semasa
-Peruntukan Hutang Ragu
-Penghutang
-Pulangan Jualan
-Jualan
-Pulangan Belian
-Belian
-Diskaun Diberi
-Jualan
-Diskaun Diterima
-Belian
-Ambilan
-Modal
2.7 Carta Akaun
Definisi: Carta akaun adalah satu senarai tajuk dan nombor akaun secara sistematik yang digunakan dalam sistem perakaunan berkomputer. Pengelasan akaun dibuat mengikut jenis akaun seperti kategori aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan kontra. Biasanya, carta akaun disusun mengikut tertib akaun-akaun tersebut muncul di dalam penyata kewangan, akaun-akaun Penyata Pendapatan diikuti akaun-akaun Kunci Kira-kira. Kod untuk carta akaun boleh menggunakan nombor atau abjad sahaja (aplhabetical atau numeric), atau gabungan kedua-duanya (alpha-numeric).
2.7 Carta Akaun (sambungan)
Contoh: Akaun-akaun kategori aset mungkin dikelaskan menggunakan kod 1000. Kod
Item
1000 1001 1002 1003 1004
Aset Tunai Bank Kenderaan Penghutang
Penerangan: Dalam contoh ini, Kod 1000 digunakan untuk mewakili akaun-akaun jenis Aset di dalam sistem perakaunan. Jika akaun aset baru hendak ditambah di dalam sistem, kod akaun tersebut mesti diletakkan sebagai 1xxx (bermula dengan nombor 1). Kod 1000 tidak digunakan untuk akaun aset sebenar, hanya untuk mewakili kategori aset.
2.7 b) Fungsi Carta Akaun
Carta akaun adalah satu senarai akaun yang digunakan bagi memudahkan pengeposan urusniaga ke lejar secara konsisten. Carta akaun berfungsi sebagai tapak (base) untuk menukar nama, menambah akaun dan memberi maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah. Bagi sistem perakaunan berkomputer, carta akaun adalah perlu supaya perisian dapat mengenalpasti akaun.
2.7 c) Penyediaan Carta Akaun
1. Kenalpasti semua akaun berdasarkan urus niaga.
2. Bandingkan senarai akaun yang dibuat dengan senarai akaun seperti di dalam perisian perakaunan.
3. Semak semula nama akaun, klasifikasi akaun serta maklumat tambahan lain.
4. Masukkan maklumat carta akaun ke dalam sistem perisian perakaunan
2.7 d) Inventori
Definisi: Juga dikenali sebagai stok, inventori merujuk kepada semua item yang menjadi barang niaga bagi sesebuah perniagaan. Bagi perniagaan menjual barang, inventori terdiri daripada barang siap yang dibeli untuk dijual semula. Bagi perniagaan pembuatan barang, inventori terdiri daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap. Sistem penilaian inventori: a) Sistem Inventori Berkala b) Sistem Inventori Berterusan
a) Sistem Inventori Berkala
Tiada rekod terperinci disimpan mengikut sistem ini bagi mengesan semua inventori yang diterima atau yang dikeluarkan. Pengiraan fizikal (mengira inventori satu per satu) dibuat untuk menentukan nilai dan kuantiti inventori akhir (inventori yang masih dalam simpanan). Biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit. Juga digunakan di kebanyakan koperasi sekolah.
b) Sistem Inventori Berterusan
Rekod yang terperinci disimpan bagi mengesan pergerakan inventori yang diterima dan juga yang dikeluarkan. Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok digunakan untuk merekod pergerakan inventori. Kelebihan sistem ini ialah kuantiti dan nilai inventori dapat diperolehi pada bila-bila masa dengan merujuk kepada Buku Rekod Inventori.
2.8 Persamaan Perakaunan
Ingat kembali! Aset: Sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah organisasi perniagaan. Liabiliti: Hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Ekuiti Pemilik: Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan (modal yang dilaburkan pemilik).
Bagaimanakah perhubungan ketiga-tiga item dia atas dihubungkan di dalam perakaunan?
2.8 a) Persamaan Perakaunan (tanpa hasil dan belanja).
Pemilikan aset oleh sesebuah organisasi perniagaan boleh dibiayai sama ada oleh pihak luar (liabiliti) atau pemilik (ekuiti pemilik). Perkaitan ini ditunjukkan di dalam persamaan perakaunan seperti di bawah:
Aset
Semua aset yang dimiliki oleh perniagaan
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
Sumber pembiayaan bagi pemilikan aset
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan) Aset
=
Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Persamaan ini bermula pada RM0 pada kedua-dua belah persamaan, iaitu sebelum perniagaan dimulakan. Persamaan perakaunan ketika ini adalah seperti berikut; Aset RM0
= =
Liabiliti + Ekuiti Pemilik RM0
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan) Aset
=
Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan memasukkan modal RM10 000. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
Tunai
Modal
1.
+RM10 000
+RM10 000
b/b
RM10 000
=
RM10 000
Analisis: Perniagaan menerima tunai (aset) yang dibawa masuk oleh pemilik. Jadi aset bertambah RM10 000 dan modal juga bertambah RM10 000. Liabiliti pada ketika ini tidak menerima kesan.
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM5 000 daripada Bank Bumiputeri. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset
=
Tunai 1.
+RM10 000
2.
+RM5 000
b/b
RM15 000
Liabiliti
+
Pinjaman
Ekuiti Pemilik
Modal +RM10 000
+RM5 000 =
RM5 000
+
RM10 000
Analisis: Perniagaan menerima tunai daripada pinjaman bank. Jadi aset bertambah RM5000 dan liabiliti (perniagaan berhutang dengan bank) juga bertambah RM5000.
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai RM3000. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset
Tunai 1.
+RM10 000
2.
+RM5 000
3.
-RM3 000
b/b
RM12 000
=
Perabot
Liabiliti
+
Pinjaman
Ekuiti Pemilik
Modal +RM10 000
+RM5 000 +RM3000
RM3 000 =
RM5 000
+
RM10 000
Analisis: Pembelian perabot (aset) dibiayai oleh aset yang lain (tunai). Jadi kesan urusniaga hanya berlaku disebelah aset sahaja, dan keseimbangan dikekalkan.
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset Tunai 1.
+RM10 000
2.
+RM5 000
3.
-RM3 000
Perabot
Van
Liabiliti Pinjaman
Pemiutang
Ekuiti Pemilik Modal
+RM5000
+RM3000 +RM16000
RM12 000
+
+RM10000
4. b/b
=
RM3 000
RM16 000
+RM16000 =
RM5 000
RM16 000
+
RM10 000
Analisis: Perniagaan membeli kenderaan dan dibiayai oleh pemiutang. Jadi, aset bertambah RM16000 dan liabiliti (pemiutang) bertambah RM16000.
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai RM2500 ke dalam perniagaan. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset Tunai
1.
+RM10 000
2.
+RM5 000
3.
-RM3 000
Perabot
= Van
Pinjaman
+
Pemiutang
Modal
+RM5000 +RM3000 +RM16000
5.
+RM16000 +RM2500
RM12 000
Ekuiti Pemilik +RM10000
4.
b/b
Komputer
Liabiliti
RM3 000
RM16 000
RM2500
+RM2500 =
RM5 000
RM16 000
+
RM12500
Analisis: Sebarang aset yang dibawa masuk oleh pemilik ke dalam perniagaan direkod sebagai modal tambahan. Jadi, perniagaan akan mengalami peningkatan aset dan juga modal pada nilai RM2 500.
2.8 Persamaan Perakaunan (sambungan)
Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500 secara kredit. Kesan ke atas persamaan perakaunan ialah: Aset Tunai
1.
+RM10 000
2.
+RM5 000
3.
-RM3 000
Perabot
Van
= Komputer
Pinjaman
+
Pemiutang
Modal
+RM5000 +RM3000 +RM16000
5.
+RM16000 +RM2500
6.
+RM2500 +RM6500
RM12 000
Ekuiti Pemilik
+RM10000
4.
b/b
Inventori
Liabiliti
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
+RM6500
=
RM5 000
RM22 500
+
RM12500
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Anda telah mempelajari persamaan perakaunan yang asas:
Aset
=
Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Anda juga telah mempelajari bahawa Ekuiti Pemilik akan meningkat apabila perniagaan memperoleh keuntungan. Persamaan perakaunan akan dikembangkan menjadi:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung
Anda juga telah mempelajari cara pengiraan untung yang asas iaitu hasil tolak belanja. Masukkan ke dalam persamaan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Sekarang, persamaan perakaunan juga akan menerima kesan akibat perubahan kepada hasil dan juga belanja. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Hasil - Belanja
Menyambung contoh yang sebelum ini, kita akan melihat kesan urusniaga yang melibatkan hasil dan belanja ke atas persamaan perakaunan.
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Imbas kembali, baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik dalam contoh sebelum ini: Aset
b/b
=
Tunai
Perabot
Van
Komputer
Inventori
RM12 000
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
+
Pinjaman
Pemiutang
RM5 000
RM22 500
Ekuiti Pemilik Modal
+
RM12500
Apabila melibatkan hasil dan belanja, satu lajur baru (hasil/belanja) perlu ditambah. Aset
b/b
=
Liabiliti
=
Tunai
Perabot
Van
Komputer
Inventori
RM12 000
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
=
Liabiliti Pinjaman
Pemiutang
RM5 000
RM22 500
+ Ekuiti Pemilik Modal +
RM12500
Hasil / Belanja
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga berkos RM700 pada harga RM850 secara tunai. Aset
=
Tunai
Perabot
Van
Komputer
Inventori
b/b
RM12 000
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
7.
+ RM850
b/b
RM12850
=
Liabiliti Pinjaman
Pemiutang
RM5 000
RM22 500
+
Ekuiti Pemilik Modal
+
RM12500
- RM700
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM5800
Hasil / Belanja
+RM150
=
RM5 000
RM22 500
+
RM12500
RM150
Analisis: Perniagaan menjual inventori, jadi inventori berkurang pada harga kos (RM700). Tunai bertambah RM850, iaitu pada harga jualan. Perbezaan antara harga jualan dan kos (positif RM150) adalah untung
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900 secara tunai. Aset
=
Tunai
Perabot
Van
Komputer
Inventori
b/b
RM12 000
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
7.
+ RM850
8.
- RM900
b/b
RM11950
=
Liabiliti Pinjaman
Pemiutang
RM5 000
RM22 500
+
Ekuiti Pemilik Modal
+
Hasil / Belanja
RM12500
- RM700
+RM150
- RM900 RM3 000
RM16 000
RM2500
RM5800
=
RM5 000
RM22 500
+
RM12500
- RM750
Analisis: Sewa yang dibayar merupakan belanja kendalian. Ia akan dimasukkan sebagai nombor negatif (- RM900) di dalam lajur hasil / belanja. Tunai juga akan berkurangan pada nilai yang sama.
2.8 b) Persamaan Perakaunan (dengan mengambil kira hasil dan belanja).
Urusniaga 9: Membayar pemiutang RM2250 dan menerima diskaun RM250. Aset
=
Tunai
Perabot
Van
Komputer
Inventori
b/b
RM12 000
RM3 000
RM16 000
RM2500
RM6500
7.
+ RM850
8.
- RM900
9.
- RM2250
b/b
RM 9700
=
Liabiliti Pinjaman
Pemiutang
RM5 000
RM22 500
+
Ekuiti Pemilik Modal
+
Hasil / Belanja
RM12500
- RM700
+RM150
- RM900 - RM2500 RM3 000
RM16 000
RM2500
RM5800
=
RM5 000
RM20000
+ RM250 +
RM12500
- RM500
Analisis: Aset tunai akan berkurang RM2250, diskaun diiktiraf sebagai hasil RM250 dan pemiutang berkurang pada nilai RM2500 (RM2250+RM250)
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)
Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan.
Aset Akaun DEBIT
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
Akaun-akaun KREDIT
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja) Pengenalan kepada debit dan kredit.
Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan).
Istilah ‘debit’ berasal daripada perkataan Latin ‘debitum’ dan diringkaskan sebagai ‘dt’ manakala kredit berasal daripada perkataan Latin ‘credere’ dan diringkaskan sebagai ‘kt’.
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)
Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun ‘T’: Nama Akaun Debit
Kredit
Catatan di sebelah kiri akaun
Catatan di sebelah kanan akaun
Akaun aset, yang mewakili sumbersumber yang digunakan oleh perniagaan, merupakan akaun debit.
Akaun liabiliti dan ekuiti pemilik yang mewakili sumber-sumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun kredit.
Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah debit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah kredit.
Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah kredit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah debit.
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)
Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun: Debit Aset
= =
Liabiliti
Peningkatan – Debit Pengurangan – Kredit
Kredit + Ekuiti Pemilik
Peningkatan – Kredit Pengurangan – Debit
Aset bukan semasa - kenderaan - bangunan - perabot - alatan pejabat
Liabiliti bukan semasa - pinjaman bank - gadai janji
Aset semasa - tunai & bank - penghutang - stok - belanja terdahulu - hasil terakru
Liabiliti semasa - pemiutang - overdraf bank - belanja terakru - hasil terdahulu
- modal - modal tambahan
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)
Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda:
a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat.
b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti & ekuiti pemilik. c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan baki atau pengurangan baki), dan rekodkan sama ada debit atau kredit.
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja) -
-
Contoh Perekodan: Urusniaga 1: Rozi memulakan perniagaan dengan memasukkan modal RM10 000 ke dalam bank. Analisis urusniaga: Aset (bank) meningkat – akaun didebitkan. Ekuiti Pemilik (modal) meningkat – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Bank Modal (memulakan perniagaan)
Fol
Debit
Kredit
10 000 10 000
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja) -
-
Contoh Perekodan: Urusniaga 2: Perniagaan meminjam tunai RM10 000 daripada Bank Bumiputeri. Analisis urusniaga: Aset (tunai) meningkat – akaun didebitkan. Liabiliti (pinjaman) meningkat – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Tunai
Fol
Debit
Kredit
10 000 Pinjaman
(membuat pinjaman bank)
10 000
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja) -
-
Contoh Perekodan: Urusniaga 3: Perniagaan membeli perabot secara tunai RM3000. Analisis urusniaga: Aset (perabot) meningkat – akaun didebitkan. Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Perabot Tunai (beli perabot secara tunai)
Fol
Debit
Kredit
3 000 3 000
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja) -
-
Contoh Perekodan: Urusniaga 4: Perniagaan membeli van bernilai RM16 000 secara kredit daripada Chong Motors. Analisis urusniaga: Aset (kenderaan) meningkat – akaun didebitkan. Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Kenderaan Chong Motors (beli van secara kredit)
Fol
Debit
Kredit
16 000 16 000
2.9 Sistem Catatan Bergu (tanpa hasil dan belanja)
Contoh Perekodan:
Urusniaga 5: Pemilik membawa masuk komputer bernilai RM2500 ke dalam perniagaan.
Analisis urusniaga: Aset (alatan pejabat) bertambah – akaun didebitkan. Ekuiti pemilik (modal) bertambah – akaun dikreditkan.
-
-
Tarikh
Butir
Alatan pejabat Modal (pemilik membawa masuk komputer)
Fol
Debit
Kredit
2 500 2 500
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Aset
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut: Aset
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
+ Untung Bersih
Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:
Aset
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
+
Hasil
–
Belanja
Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut: Aset
+
Belanja
Akaun-akaun DEBIT
=
Liabiliti
+
Ekuiti Pemilik
Akaun-akaun KREDIT
+
Hasil
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Debit Aset
+
= Belanja
=
Liabiliti
Peningkatan – Debit Pengurangan – Kredit Aset bukan semasa - kenderaan - bangunan - perabot - alatan pejabat Aset semasa - tunai & bank - penghutang - stok - belanja terdahulu - hasil terakru
Belanja kendalian dan bukan kendalian. - belian - sewa dibayar - gaji & upah - dan lain-lain Kontra kepada ekuiti - ambilan
+
Kredit Ekuiti Pemilik
+
Hasil
Peningkatan – Kredit Pengurangan – Debit Liabiliti bukan semasa - pinjaman bank - gadai janji
Liabiliti semasa - pemiutang - overdraf bank - belanja terakru - hasil terdahulu
- modal - modal tambahan
Hasil kendalian dan bukan kendalian - jualan - hasil perkhidmatan - sewa diterima - komisen diterima - dan lain-lain
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Urusniaga 6: Membeli inventori barang niaga bernilai RM6500 secara kredit daripada Aneka Mart. Catatan: Menggunakan sistem catatan bergu, pembelian inventori barang niaga akan direkodkan ke Akaun Belian (sebagai belanja), bukannya ke dalam akaun inventori seperti dipelajari sebelum ini.
Analisis urusniaga: -Kos inventori (belian) meningkat – akaun didebitkan. -Liabiliti (pemiutang) meningkat – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Belian Aneka Mart (belian barang niaga secara kredit)
Fol
Debit
Kredit
6 500 6 500
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja)
Urusniaga 7: Menjual inventori barang niaga pada harga RM1000 kepada Kedai Talib.
Catatan: Jualan inventori barang niaga akan direkod ke Akaun Jualan sebagai hasil (kos tambah tokokan), bukannya sebagai pengurangan dalam inventori seperti dipelajari sebelum ini.
Analisis urusniaga: -Aset (penghutang) meningkat – akaun didebitkan. -Hasil (jualan) meningkat – akaun dikreditkan. Tarikh
Butir
Kedai Talib Jualan (jualan barang niaga secara kredit)
Fol
Debit
Kredit
1 000 1 000
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Urusniaga 8: Membayar sewa kedai berjumlah RM900 secara tunai. Analisis urusniaga: -Belanja (sewa) meningkat – akaun didebitkan. -Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan.
Tarikh
Butir
Sewa
Fol
Debit
Kredit
900 Tunai
(bayar sewa kedai)
900
2.9 Sistem Catatan Bergu (dengan hasil dan belanja) Urusniaga 9: Membayar penuh hutang kepada Aneka Mart secara tunai dan menerima diskaun tunai RM500. Analisis urusniaga: -Liabiliti (pemiutang) berkurang – akaun didebitkan. -Aset (tunai) berkurang – akaun dikreditkan. -Hasil (diskaun) bertambah – akaun dikreditkan.
Tarikh
Butir
Aneka Mart Tunai Diskaun diterima (menjelaskan hutang kepada Aneka Mart)
Fol
Debit
Kredit
6 500
6 000 500