RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
Nama Penyedia Perkhidmatan Kewangan
:
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)
Nama Produk
:
Akaun Pelaburan Khas (SIA)
Tarikh
:
_______________________
MAKLUMAT RINGKAS PRODUK 1. Apakah produk ini?
Produk ini ialah Akaun Pelaburan Khas (SIA) yang dengannya seseorang boleh melabur sejumlah wang dengan Bank Islam dan keuntungan (jika ada) akan dibayar pada setiap tarikh pembayaran keuntungan interim/apabila matang (jika berkenaan). Amaun keuntungan sebenar hanya akan diketahui pada tarikh matang berdasarkan pulangan kasar semasa bagi nisbah perkongsian untung yang dipersetujui.
Kontrak/konsep Syariah yang diguna pakai: I.
Mudarabah (perkongsian untung) Suatu bentuk perkongsian antara pihak yang menyumbangkan modal (rabb almal/penyedia modal) dengan pihak lain yang menyumbangkan usaha dalam bentuk kemahiran pengurusan (mudarib/pengurus). Keuntungan daripada hasil perkongsian itu dikongsi antara penyedia modal dengan pengurus mengikut nisbah perkongsian untung yang dipersetujui bersama manakala kerugian pula ditanggung sepenuhnya oleh penyedia modal, dengan syarat kerugian tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pengurus atau pelanggaran syarat yang telah ditetapkan.
II.
Tanazul (penepian hak) Dengan menggunakan konsep ini untuk SIA, pelabur bersetuju bahawa kelayakan mereka kepada pendapatan boleh agih, jika ada, adalah sama dengan keuntungan jangkaan. Sekiranya keuntungan sebenar yang diisytiharkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan yang digunakan untuk mengira pembayaran dividen, pelabur akan mengetepikan hak mereka untuk menuntut perbezaan itu daripada Bank Islam dan Bank
PERINGATAN
1
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
Islam berhak ke atas lebihan keuntungan itu untuk akaunnya sendiri sebagai fi insentif kerana bertindak sebagai Mudharib.
Jenis produk: Akaun Pelaburan Tanpa Sekatan Sejenis akaun pelaburan yang dengannya pelabur membenarkan Bank Islam untuk melabur dana mereka dalam aset patuh Syariah tanpa menetapkan apa-apa sekatan atau syarat ke atas pengurusan dana tersebut.
Nota:
Takrifan Akaun Pelaburan - Akaun yang di bawahnya wang dibayar dan diterima bagi tujuan pelaburan, termasuk bagi peruntukan pembiayaan, selaras dengan Syariah berdasarkan syarat bahawa tiada obligasi yang nyata atau tersirat untuk membayar balik wang tersebut sepenuhnya dan (a) sama ada hanya keuntungan, atau kedua-dua keuntungan dan kerugian, selepas ini, akan dikongsi antara pihak yang membayar wang dengan pihak yang menerima wang itu; atau (b) dengan atau tanpa apa-apa pulangan
KESESUAIAN PRODUK 2. Siapakah yang dapat memanfaatkan produk ini?
Pemilik tunggal Perkongsian Syarikat sendirian berhad Syarikat awam berhad
PERINGATAN
2
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
CIRI-CIRI UTAMA PRODUK 3. Apakah yang saya laburkan?
Pelaburan akan dilaburkan dan diurus menurut prinsip Syariah. Amaun pelaburan permulaan minimum: RM500,000.00 atau yang sama nilainya jika pelaburan dibuat dalam mata wang asing. Tempoh pelaburan: Minimum 1 hari hingga maksimum 1 tahun. Kekerapan pembayaran keuntungan: Apabila matang. Kadar dan nisbah perkongsian untung (PSR): Boleh runding; [TBD *]% setahun ; [TBD]% (Pemegang akaun): [TBD]% (Bank) Pengiraan keuntungan di bawah konsep Mudarabah: Wang Pokok x PSR x Kadar Kasar x Tempoh/3651 iaitu: Wang Pokok = Prosid permulaan daripada pelabur PSR = Kadar keuntungan indikatif/Kadar kasar Kadar kasar = Kadar pulangan kasar tahunan ('R') ialah kadar yang digunakan untuk pengiraan perkongsian untung bagi SIA. Apabila matang, pulangan sebenar kepada pendeposit akan berdasarkan kepada nisbah perkongsian untung yang dipersetujui ke atas "R" semasa. Kadar pulangan kasar berubah pada 16 hari bulan setiap bulan.
Tempoh = Bilangan hari dari tarikh penyelesaian hingga tarikh matang
1
Bagi penebusan pramatang, sebahagian daripada wang pokok dan keuntungan yang layak akan dibayar kepada pemegang akaun pelaburan mengikut budi bicara Bank Islam. Pelabur dinasihatkan supaya menghubungi Bank Islam untuk perundingan jika mereka sedang mempertimbangkan penebusan pramatang.
365 hari atau 360 hari bergantung pada konvensyen kiraan hari pasaran mata wang masing-masing
PERINGATAN
3
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
Terma & syarat utama: I. II.
III.
Penebusan apabila matang - jumlah wang pokok akan dibayar penuh jika anda menebus pelaburan anda apabila matang sahaja; Penebusan awal - anda mungkin menerima jumlah yang kurang daripada pelaburan permulaan anda jika anda menebus kesemua atau sebahagian daripada pelaburan sebelum ia matang. Jumlah sebenar yang akan dibayar kepada anda bergantung pada nilai pasaran aset dasar yang dikaitkan dengan pelaburan anda pada masa penebusan ditolak apa-apa caj yang perlu dibayar, yang timbul akibat penebusan pramatang; Proses penebusan - Semua permohonan penebusan sebelum 12:00 tengah hari akan dianggap sebagai diterima pada Hari Perniagaan tersebut dan ditebus pada kadar yang terpakai bagi Hari Perniagaan itu. Apa-apa permohonan penebusan selepas 12:00 tengah hari akan dianggap sebagai diterima pada Hari Perniagaan yang berikutnya dan ditebus pada kadar yang terpakai bagi Hari Perniagaan berikutnya itu.
4. Apakah hasil yang mungkin diperoleh daripada pelaburan saya?
SIA disokong oleh sekumpulan aset tertentu yang dipilih oleh Bank Islam mengikut budi bicara tunggalnya. Hasil pelaburan di bawah SIA akan bergantung pada prestasi kumpulan aset tertentu yang tersebut di atas. Prestasi aset diukur dan dikira menggunakan kaedah yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia dalam Rangka Kerja Kadar Pulangan. “Prestasi masa lalu sesuatu pelaburan itu bukanlah petunjuk prestasi masa depannya"
RISIKO UTAMA 5. Apakah risiko utama yang berkaitan dengan produk ini?
Pelabur akan terdedah kepada risiko yang berikut:
PERINGATAN
4
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
i.
ii. iii.
iv. v.
vi.
Risiko pasaran : merujuk kepada kemungkinan kesan pergerakan harga yang buruk (contohnya kadar keuntungan, kadar pertukaran mata wang asing atau harga ekuiti, jika berkenaan) terhadap nilai ekonomi sesuatu aset; Risiko kredit : merujuk kepada kemungkinan rakan niaga gagal memenuhi obligasinya selaras dengan terma dan syarat yang dipersetujui; Risiko kecairan : merujuk kepada potensi kerugian yang timbul akibat ketidakupayaan Bank Islam sama ada untuk memenuhi obligasinya atau untuk membiayai peningkatan aset apabila ia menjadi perlu dibayar tanpa menanggung kos atau kerugian yang tidak boleh diterima; Risiko operasi : merujuk kepada potensi kerugian akibat ketidakcukupan atau kegagalan proses dalaman, pekerja dan sistem atau peristiwa luaran. Risiko undang-undang : Pelabur hendaklah memastikan bahawa semasa membuat pelaburan ini, pelabur tidak melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, kontrak atau apa-apa batasan undang-undang lain yang mungkin dikenakan terhadap Pelabur. Pelaburan ini dikeluarkan tertakluk pada semua undang-undang, peraturan dan garis panduan yang terpakai. Sekiranya berlaku perubahan kepada mana-mana undang-undang, peraturan atau garis panduan tersebut, Bank Islam mungkin bertanggungjawab untuk menukar sebahagian atau kesemua terma dan syarat pelaburan, termasuk kemungkinan penamatan awal pelaburan tersebut. Risiko mata wang: Risiko mata wang mungkin wujud jika amaun wang pokok bagi pulangan daripada pelaburan ini adalah dalam mata wang selain daripada mata wang pilihan pelabur. Turun naik mata wang juga berpotensi memberikan kesan tidak langsung terhadap pergerakan faktor pasaran yang berkaitan.
Anda dinasihatkan supaya mempertimbangkan semua faktor risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan. Nota: Produk ini akan dilindungi di bawah PIDM sehingga tidak lagi dikehendaki oleh peraturan yang berkaitan. Sila rujuk Bank Islam untuk maklumat lanjut.
FI & CAJ 6. Apakah fi dan caj yang terlibat?
Penggantian sijil hilang: RM10.00 (termasuk duti setem) bagi amaun pelaburan kurang daripada RM1,000.00;
PERINGATAN
5
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
RM20.00 (termasuk duti setem) bagi amaun pelaburan RM1,000.00 dan ke atas.
PENILAIAN 7. Strategi penilaian yang digunakan, kekerapan penilaian & tempat penilaian itu dipaparkan Strategi penilaian yang digunakan adalah seperti kaedah yang ditetapkan dalam dasar dan garis panduan berkaitan yang dikeluarkan. Kekerapan penilaian adalah seperti yang dikehendaki dalam dasar dan garis panduan yang dinyatakan di atas. Kadar Kasar akan dipaparkan di laman web dan di cawangan Bank Islam.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
8. Siapakah yang patut saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat aduan? Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami di: Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 11, Bahagian Perbendaharaan Menara Bank Islam 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 603-2090 1710/11/12 Faks: 603-2088 8686 E-mel:
[email protected]
Jika anda tidak berpuas hati dengan hasil proses penyelesaian pertikaian dalaman, sila rujuk pertikaian anda kepada BNM TELELINK (a) melalui telefon di: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
PERINGATAN
6
PULANGAN PELABURAN INI DIPENGARUHI OLEH PRESTASI INSTRUMEN / ASET DASAR. PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PELABUR BERISIKO UNTUK TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN LANGSUNG. JIKA PELABURAN DITEBUS AWAL, PELANGGAN MUNGKIN HILANG SEBAHAGIAN ATAU KESELURUHAN JUMLAH WANG POKOK YANG DILABURKAN.
RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA) PENTING/PENAFIAN PRODUK INI IALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKANNYA PRODUK DEPOSIT. (Sila baca dan fahami Risalah Pendedahan Produk ini bersama-sama dengan terma dan syarat am sebelum anda memohon dan memutuskan untuk menerima Akaun Pelaburan Khas)
(b) melalui faks kepada: +603-2174-1515 (c) melalui e-mel kepada:
[email protected] (d) melalui surat kepada: Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur
Maklumat yang diberikan dalam risalah pendedahan ini adalah sah setakat [ ] *[TBD]: akan ditentukan pada masa pelaburan dibuat. Perhatian: Maklumat yang terkandung dalam dokumen ini adalah tepat pada masa penerbitan dan tertakluk pada perubahan selaras dengan kaedah, peraturan atau garis panduan yang terpakai yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.
PERINGATAN
7