PENYATA PENDEDAHAN PRODUK
Sewa Beli - NonBPA Tarikh : (Untuk diisi oleh Staf Jualan / Cawangan)
Sila baca dan fahami Penyata Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Pinjaman Sewa-Beli Kenderaan. Sila pastikan anda juga membaca terma-terma di dalam surat tawaran. Dapatkan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional jika anda tidak memahami mana-mana bahagian atau terma-terma amnya
1. Apakah itu Sewa-Beli? Sewa-Beli adalah penyewaan sesuatu barangan oleh Pemunya (Bank) kepada Penyewa (Pelanggan) dalam tempoh masa yang tertentu dan Penyewa itu diberi pilihan untuk membeli barangan tersebut setelah semua bayaran dilunaskan. Barangan yang di benar adalah tertakluk kepada Jadual 1 di bawah Akta Sewa-Beli 1967. 2. Siapakah yang layak memohon pinjaman di bawah Skim ini ? BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:
Warga Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas. Terbuka kepada kakitangan daripada: 1) Syarikat Berkaitan kerajaan (GLC) 2) Institusi Kewangan (kecuali BSN) 3) Hospital Swasta yang berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 4) Institut pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar dibawah Kementerian Pengajian Tinggi 5) Syarikat Awam Tersenarai ( dan anak-anak syarikatnya) di Papan Utama Bursa Malaysia 6) Agensi-agensi kerajaan yang tidak mempunyai kemudahan skim potongan BPA Telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan semasa memohon. Tidak diistiharkan bankrap. 3. Apakah manfaat yang boleh saya perolehi daripada produk ini? Jumlah margin pinjaman yang tinggi: sehingga 90% daripada harga di atas jalan (OTR Price) Tempoh pinjaman yang panjang: sehingga 9 tahun Kadar faedah yang kompetetif 4. Apakah tanggungjawab saya?
Bayar bayaran bulanan mengikut perjanjian di kaunter (sehingga potongan gaji berjaya dilakukan) Tidak dibenarkan menjual atau melupuskan tanpa kebenaran bank Menyimpan semua resit dan surat-menyurat berkaitan dengan perjanjian Sewa-Beli dan Kad Jaminan Memastikan kandungan perjanjian Sewa-Beli yang sama seperti dalam Jadual Kedua (Second Schedule) Sentiasa mengemaskini alamat terbaru sekiranya bertukar alamat
5. Bagaimana cara pengiraan bayar balik pinjaman ini? Bagi tanggungjawab kewangan, berikut adalah contoh pengiraan ansuran : a)
Contoh permohonan Kenderaan: Harga Atas Jalan: Bayaran Pendahuluan:
Perodua Myvi 1.3 ezi Metallic RM53,000 RM 5,300
NonBPA_Ni_1015
Jumlah Pinjaman Tempoh Kadar Faedah Jumlah Faedah Harga Sewa-Beli (Jumlah besar) Ansuran bulanan Ansuran terakhir
RM47,700 9 tahun 3.00% setahun RM12,879.00 RM60,579.00 RM561.00 RM552.00
Formula: = Jumlah Pinjaman + [(Jumlah Pinjaman x Kadar Feadah x Tempoh (tahun)] Tempoh (bulan) = =
47,700 + [(47,700 x 3.00% x 9 tahun)] 108 bulan RM560.91
*Bagi memudahkan pengiraan, 107 ansuran bulanan adalah sebanyak RM561 dan ansuran terakhir adalah sebanyak RM552 b) Permohonan Pelanggan: Kenderaan: Harga Atas Jalan: Bayaran Pendahuluan:
Jumlah Pinjaman Tempoh Kadar Faedah Jumlah Faedah Harga Sewa-Beli (Jumlah besar) Ansuran bulanan Ansuran terakhir 6. Bagaimana cara saya membayar ansuran bulanan?
Anda boleh membayar ansuran bulanan anda melalui medium berikut; 1) Arahan Tetap 2) Tunai di kaunter
7. Apakah yuran dan bayaran lain yang harus saya bayar? Duti Setem Anda perlu membayar duti setem sebanyak RM10 untuk setiap Perjanjian Sewa-Beli. Disamping itu, sekiranya penjamin diperlukan, duti setem sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap Perjanjian Jaminan. Sebarang perubahan pada fi & caj akan dimaklumkan 21 hari lebih awal daripada tarikh efektif melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di Cawangan / dimuat naik di dalam MyBSN
NonBPA_Ni_1015
8. Apakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? Denda Lewat Bayar Sekiranya anda gagal untuk membuat bayaran seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Sewa-Beli, denda lewat bayar akan dikenakan sebanyak tidak melebihi 8% setahun ke atas jumlah bayaran tertunggak tersebut. Di bawah Seksyen 16 Akta Sewa-Beli 1967, Pemunya akan mengeluarkan notis yang berupa Jadual Keempat atau dikenali sebagai “Notis Tujuan Untuk Mengambil Semula Milikan” sekiranya anda gagal membuat: 1) 2 bulan ansuran berturut-turut, atau 2) 1 bulan, sekiranya berlaku pada ansuran terakhir, atau 3) 4 bulan, jika berlaku kematian ke atas Penyewa. 4) Bank berhak memindah dan / atau menolak simpanan dalam mana-mana akaun untuk mengurangkan dan / atau melepaskan baki yang tertunggak kepada Bank selepas tujuh (7) hari. Sekiranya masih gagal membuat sebarang bayaran dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis di atas dikeluarkan, Pemunya mempunyai hak untuk mengambil semula (“tarik”) kenderaan yang disewa itu. Gagal mematuhi perjanjian, Penyewa boleh dikenakan tindakan undang-undang. Bank berhak melantik agen Kutipan Hutang mewakili Bank bagi mengutip baki pinjaman tertunggak sepertimana yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) 9. Apakah yang diperlukan sekiranya saya ingin menjelaskan bayaran balik sepenuhnya sebelum tempoh matang? Di bawah Akta Sewa-Beli 1967, Penyewa dibenarkan untuk membuat Penjelasan Awal pada bila-bila masa dalam tempoh pinjaman. Anda diperuntukan untuk mendapatkan sejumlah baki faedah atau „Rebat Statutori‟dari jumlah keseluruhan caj terma yang dikira menggunakan formula “Rule-78” seperti berikut: Rebat = Caj Faedah x n (n+1) N (N+1) Dimana; n = baki tempoh sewa N = tempoh sewa asal Caj Faedah = Jumlah faedah yang dicaj 10. Adakah saya memerlukan penjamin?
Ya. Ini bergantung kepada keupayaan kredit pelanggan.
11. Apakah saya perlu membeli perlindungan insuran / takaful? Bank akan bertanggungjawab memastikan kenderaan tersebut dilindungi di bawah sijil perlindungan insuran / takaful komprehensif atas nama anda untuk tahun pertama sahaja. Untuk tahun-tahun yang berikutnya, adalah tanggungjawab anda sebagai Penyewa untuk memperbaharui sijil insuran / takaful di bawah sijil insuran / takaful komprehensif. Perhatian : Caruman insuran / takaful akan ditanggung oleh Penyewa 12. Apakah risiko-risiko utama produk ini? Sila pastikan pembayaran bulanan anda dibuat tepat pada masanya. Jika anda menghadapai sebarang masalah pembayaran, sila hubungi kami dengan segera untuk membincangkan alternatif pembayaran. Anda dinasihatkan untuk tidak menyerahkan kenderaan anda kepada pihak ketiga untuk meneruskan bayaran bulanan selagi mana masih terdapat baki pinjaman kenderaan di atas nama anda
NonBPA_Ni_1015
13.
Apakah pilihan yang saya ada sekiranya kenderaan saya telah ditarik semula oleh pihak bank? Pelanggan harus membayar jumlah penuh ansuran pinjaman tertunggak dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung oleh Bank untuk membuat penarikan kenderaan. Perbelanjaan sampingan adalah seperti: 1) Kos penarikan / penundaan kenderaan 2) Kos penyimpanan kenderaan Memperkenalkan pembeli baru kenderaan pada harga yang dinyatakan di dalam notis.
14.
Apakah yang harus saya lakukan jika terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?
Adalah sangat penting untuk anda memaklumkan kepada Bank jika terdapat sebarang perubahan dalam butir-butir perhubungan anda. Ini bagi memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya 15.
Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan atau pembelaan? Jika anda mempunyai kesukaran membuat pembayaran balik, anda perlu menghubungi pihak Bank dengan segera untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh hubungi kami di: Bank Simpanan Nasional Alamat :__________________ Tel :__________________ Faks :__________________ E-mel :__________________ (Untuk diisi oleh Staf Jualan / Cawangan Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan Perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma berkaitan pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penyusunan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di : Alamat : Tingkat 8, Maju Junction Mall, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel : 1800 88 2575 E-mail :
[email protected] Jika anda ingin mengemukakan aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Bank, anda boleh menghubungi pihak Bank di : Alamat : Pusat Khidmat Pelanggan Tel : 1300 88 1900 / 03-2613 1900 Faks : 03-2613 1888 E-mail :
[email protected] Jika pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan sepenuhnya oleh pihak Bank, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di : Alamat : Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 1300 88 5465 Fax : 03-2174 1515 E-mail :
[email protected]
NonBPA_Ni_1015
16.
Dimana boleh saya memperolehi informasi dengan lebih lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai pembiayaan sewa beli-i, sila rujuk buku panduan banking info mengenai 'Pinjaman Sewa Beli', yang boleh didapati di semua cawangan kami atau kunjungi laman web; www.mybsn.com.my PENTING! KENDERAAN MUNGKIN AKAN DITARIK BALIK SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMATUHI JADUAL BAYARAN Maklumat dalam Penyata Pendedahan Produk ini adalah sah pada ……………………………………
NonBPA_Ni_1015