HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK – i-Am Wira Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai pelan i-Am Wira. Pastikan juga anda membaca terma-terma dan syarat-syarat di dalam sijil setelah permohonan anda diterima. AmMetLife Takaful Berhad (AmMetLife Takaful) ialah pengendali takaful keluarga berdaftar dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. 1.
Apakah i-Am Wira? i-Am Wira adalah pelan perlindungan sumbangan berkala. Ia menyediakan manfaat kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) diakibatkan oleh semua sebab. Manfaat tambahan sebanyak 3 kali ganda jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya kematian/HUMK disebabkan oleh kemalangan (perlindungan HUMK sehingga umur 65 tahun) atau kematian disebabkan denggi atau gigitan serangga/patukan ular. Pelan ini juga menyediakan manfaat kemasukan hospital sekiranya peserta dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.
2.
Apakah konsep-konsep Syariah yang digunapakai? • Wakalah Pelan ini menggunapakai konsep wakalah (agensi), di mana semua pemegang sijil melantik AmMetLife Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melaburkan dan menguruskan Dana Risiko PesertaPeserta (DRP). AmMetLife Takaful berhak menerima fi wakalah untuk menguruskan dan melaburkan danadana. • Tabarru’ Pelan ini menggunapakai konsep tabarru’, di mana semua pemegang sijil bersetuju untuk menderma sebahagian daripada sumbangan dibayar yang telah ditentukan ke dalam DRP untuk tujuan bantuan bersama dan pertolongan kepada semua peserta ketika ditimpa musibah. • Qardh Pinjaman tanpa faedah daripada AmMetLife Takaful sekiranya DRP berada dalam keadaan defisit. Pinjaman ini akan dibayar semula daripada lebihan yang terhasil dari DRP pada masa hadapan.
3.
Apakah perlindungan-perlindungan / manfaat-manfaat yang disediakan? Manfaat-manfaat pelan ini adalah: No.
Manfaat-Manfaat
1.
Manfaat Kematian atau HUMK diakibatkan oleh Semua Sebab *
2.
Manfaat Kematian atau HUMK diakibatkan oleh Kemalangan – manfaat tambahan*
3.
Manfaat Kematian diakibatkan oleh Denggi atau Gigitan Serangga/ Patukan Ular – manfaat tambahan *
4.
Manfaat Kemasukan Hospital diakibatkan oleh Kemalangan
Pelan 1
Pelan 2
Pelan 3
RM50,000
RM100,000
RM200,000
RM150,000
RM300,000
RM600,000
RM100 setiap hari
RM200 setiap hari
RM300 setiap hari
* Sijil akan ditamatkan apabila manfaat-manfaat ini dibayar. • Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) HUMK bermaksud peserta mengalami salah satu kecacatan yang berikut: a) Hilang penglihatan di kedua-dua belah mata secara menyeluruh dan kekal; atau b) Hilang secara fizikal (atau hilang penggunaan secara menyeluruh dan kekal) dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki; atau c) Hilang penglihatan pada sebelah mata dan hilang secara fizikal (atau hilang penggunaan secara menyeluruh dan kekal) satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki. Sekiranya peserta yang bekerja atau terlibat dengan mana-mana perniagaan di mana pendapatan, keuntungan, komisen atau pampasan dijana semasa permulaan HUMK, maka HUMK adalah termasuk sebarang situasi di mana peserta telah disahkan hilang upaya sehingga peserta tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.
Peserta juga dianggap mengalami HUMK jika Peserta telah disahkan hilang upaya sehingga Peserta tidak dapat melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 6 Aktiviti Kehidupan Harian (AKH) yang disenaraikan di bawah: •Mandi/Membersihkan Diri
Keupayaan untuk membersihkan diri di tempat mandi tab atau mandi pancuran (termasuk memasuki dan keluar dari tempat mandi tab atau mandi pancuran) atau membersihkan diri dengan cara yang lain.
• Perihal Mengawal
Keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi kencing secara sendirinya seperti menjaga kebersihan diri.
• Pemakaian
Memakai dan menanggalkan kesemua pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
• Makan
Kesemua tugas memasukkan makanan ke dalam badan apabila makanan telah disediakan.
• Pergerakan
Keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain tanpa memerlukan bantuan fizikal.
• Pemindahan
Duduk dan bangun dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
Nota: Sila rujuk sijil untuk definisi penuh HUMK. 4.
Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar? Jumlah sumbangan yang anda perlu bayar akan berbeza mengikut umur, kelas pekerjaan dan pelan yang anda pilih. Sumbangan bulanan yang perlu anda bayar: RM <XXX> sebulan Tempoh sumbangan:
tahun Cukai Barangan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas sumbangan bagi kematian atau HUMK yang diakibatkan oleh kemalangan, kematian diakibatkan oleh denggi atau gigitan serangga/ patukan ular serta kemasukan hospital diakibatkan oleh kemalangan.
5.
Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar? • Fi Wakalah Fi Wakalah adalah penolakan tetap sebanyak RM60 setahun untuk setiap sijil, ditambah 20% daripada jumlah sumbangan untuk tahun pertama sijil dan 5% untuk tahun-tahun berikutnya. • Tabarru’ Amaun tabarru’ adalah sumbangan setelah ditolak Fi Wakalah. Amaun tabarru’ akan dimasukkan ke dalam DRP. • Komisyen Tiada komisyen akan dibayar di bawah sijil ini.
6.
Apakah terma-terma dan syarat-syarat yang perlu saya ketahui? • Kepentingan Pendedahan Anda mesti mendedahkan semua fakta penting seperti keadaan kesihatan dan menyatakan umur/ tarikh lahir anda dengan betul. • Tempoh Rujukan Percuma Anda boleh membatalkan sijil dengan memberi notis secara bertulis kepada AmMetLife Takaful dalam masa 15 hari daripada tarikh sijil diterima oleh anda. Pada masa pembatalan, AmMetLife Takaful akan memulangkan amaun sumbangan yang telah dibayar kepada anda. • Had ke atas Manfaat HUMK Manfaat HUMK akan tamat dengan serta merta pada tarikh ulangtahun sijil selepas hari lahir ke 65 peserta, atau pada penghujung tempoh sijil; yang mana terdahulu. • Tempoh Tenggang Anda diberi tempoh tenggang selama 30 hari dari tarikh akhir bayaran sumbangan untuk membuat bayaran. Sekiranya sumbangan masih belum dijelaskan pada akhir tempoh tenggang, sijil akan luput. Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada sijil untuk terma-terma dan syarat-syarat yang lengkap.
7.
Apakah pengecualian-pengecualian yang utama? Manfaat Pengecualian-pengecualian Manfaat Kematian AmMetLife Takaful tidak akan membayar manfaat kematian sekiranya peserta meninggal dunia disebabkan perkara-perkara berikut: a) bunuh diri (sama ada semasa waras atau tidak waras) dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kuatkuasa; atau b) semasa peserta di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau dadah selain daripada yang dipreskripsi oleh pegawai perubatan yang bertauliah; atau c) mengambil bahagian dalam aktiviti/ pekerjaan yang melibatkan ular / serangga berbahaya; atau d) jika kematian disahkan oleh sebab keadaan sedia ada dalam tempoh 12 bulan pertama sijil; atau e) Kematian disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan (AIDS) atau jangkitan HIV. Manfaat HUMK
AmMetLife Takaful tidak akan membayar manfaat HUMK untuk mana-mana hilang upaya menyeluruh dan kekal yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian oleh perkara-perkara berikut: a) cubaan untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sama ada semasa waras atau tidak waras; atau b) semasa berada di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau salah guna dadah selain daripada yang dipreskripsi oleh pegawai perubatan yang bertauliah; atau c) mengambil bahagian dalam aktiviti/ pekerjaan yang melibatkan ular / serangga berbahaya; atau d) keadaan sedia ada; atau e) sebarang penyakit akibat daripada atau dalam apa-apa cara berkaitan dengan: i. AIDS atau sebarang sindrom atau keadaan yang serupa walaubagaimanapun ia dinamakan seperti yang didiagnosis oleh pengamal perubatan berlesen, doktor atau pakar bedah; ii. Kehadiran virus AIDS seperti yang didedahkan oleh ujian antibodi AIDS atau virus AIDS.
Kematian atau HUMK diakibatkan oleh Kemalangan
AmMetLife Takaful tidak akan membayar manfaat-manfaat tersebut sekiranya ia disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian oleh perkara-perkara berikut: a) cubaan untuk membunuh diri, memusnahkan diri atau mencederakan diri sendiri sama ada semasa waras atau tidak waras; atau b) sebarang ketidakupayaan yang disebabkan oleh perang, serangan, tindakan permusuhan oleh musuh asing (sama ada perang diisytiharkan atau tidak), aktiviti jenayah atau pengganas, perang saudara, pemberontakan, revolusi, ketenteraan atau rampasan kuasa, penyertaan langsung dalam rusuhan, mogok atau kekecohan awam; atau c) kesan daripada radiasi atau pencemaran radioaktif daripada sebarang sumber; atau d) sebarang perlanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau melawan untuk ditahan; atau e) penyertaan dalam sukan-sukan professional, sebarang perlumbaan, menyelam scuba, terjunan lelabah, penerbangan udara selain daripada sebagai ahli kru atau penumpang bayar tambang atas pesawat membawa penumpang komersial pada laluan berjadual tetap atau sebarang aktivitiaktiviti atau sukan-sukan berbahaya (termasuklah sukan geluncur angina, belon udara panas, terjunan payung terjun atau terjun udara), melainkan dibenarkan oleh sokongan istimewa.
ATAU Kematian diakibatkan oleh Denggi atau Gigitan Serangga/ Patukan Ular ATAU Manfaat Hospital diakibatkan oleh Kemalangan
Manfaat Manfaat Hospital diakibatkan oleh Kemalangan
Pengecualian-pengecualian AmMetLife Takaful tidak akan membayar manfaat hospital akibat kemalangan sekiranya kemasukan hospital disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagian oleh perkara-perkara berikut: a) sebarang penyakit; b) pemeriksaan perubatan rutin atau rundingan; c) pembedahan kosmetik atau plastic, rawatan dan penjagaan pergigian, pendermaan organ atau tisu, pemeriksaan mata, cermin mata dan biasan atau pembedahan untuk membetulkan rabun dekat (Keratotomi Radial atau Lasik), penggunaan atau perolehan kemudahan-kemudahan atau peralatan-peralatan prostetik seperti anggota badan palsu, alat bantuan pendengaran, pengimplanan perentak jantung dan preskripsinya, pertukaran jantina, dan tinjauan atau pembedahan eksperimen atau sebarang prosedur elektif lain selain daripada prosedur perubatan yang diperlukan oleh kecederaan, pembedahan dan sakit akibat kemalangan; atau d) rawatan atau prosedur yang berkaitan dengan kehamilan atau melahirkan anak (termasuk pembedahan melahirkan anak) dan komplikasinya, keguguran anak, menggugurkan anak, penjagaan prenatal atau postnatal dan kaedah kawalan kelahiran kontraseptif secara pembedahan, mekanikal atau kimia; atau e) ujian-ujian atau rawatan berkaitan dengan kemandulan, mati pucuk atau pemandulan, pencegahan kehamilan, kecacatan lahir, kejanggalan kongenital, keadaan-keadaan keturunan, berkhatan atau sebarang pengguguran yang dilakukan diakibatkan oleh sebab-sebab psikologi atau social, dan akibat-akibat daripada prosedur-prosedur ini; atau f) keutamaan untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan x-ray, pemeriksaan fizikan dan perubatan am, tiada kaitan dengan rawatan atau diagnosis untuk ketidakupayaan yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak diperlukan dari segi perubatan dan sebarang rawatan-rawatan, ubat-ubatan atau pemeriksaan pencegahan yang dilakukan oleh doctor dan rawatan-rawatan yang khusus untuk menambahkan atau mengurangkan berat badan.
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada sijil untuk terma-terma dan syarat-syarat yang lengkap. 8.
9.
Bolehkah saya membatalkan sijil saya? Ya, anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami selepas Tempoh Rujukan Percuma. Kami tidak akan membayar sebarang nilai serahan kepada anda, tetapi kami akan melindungi anda sehingga satu hari sebelum tarikh akhir sumbangan seterusnya. Penyertaan di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen kewangan jangka panjang. Sekiranya anda tidak membayar sumbangan di dalam tempoh tenggang, sijil anda mungkin luput. Apakah yang perlu saya lakukan jika ada perubahan kepada butiran untuk menghubungi saya? Anda perlu memberitahu AmMetLife Takaful secara bertulis jika ada perubahan kepada butiran untuk menghubungi anda untuk memastikan semua surat menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
10. Di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai takaful keluarga, sila rujuk kepada buku nota kecil insuranceinfo mengenai “Takaful Keluarga”. Ianya boleh didapati di pejabat kami atau layari www.insuranceinfo.com.my. Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: AmMetLife Takaful Berhad (931074-V) Tingkat 23, Menara 1 Sentrum, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur Pusat Perkhidmatan Pelanggan Tingkat 6, Menara 1 Sentrum, No. 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470, Kuala Lumpur Tel: 1 300 22 9777 Fax: (603) 21713000 Emel: [email protected] Laman Sesawang: ammetlifetakaful.com
SMS Taip AMT<jarak>Pesanan Hantar ke 33911 11. Perlindungan Takaful Keluarga lain yang serupa. Sila hubungi kami untuk pelan lain yang serupa yang ditawarkan oleh AmMetLife Takaful. NOTA PENTING: PENYERTAAN DI DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH SATU KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA HENDAKLAH MEMILIH JENIS SIJIL YANG BERSESUAIAN DENGAN ANDA. ANDA HARUSLAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL ATAU HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT. 1.
2.
Sila ambil perhatian bahawa dokumen ini hanya untuk rujukan sahaja dan tidak menjadi sebahagian daripada sijil dan/atau nasihat professional. Terma-terma dan syarat-syarat penuh pelan ini dinyatakan di dalam sijil. Anda mestilah berpuashati bahawa pelan ini menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar.
Maklumat di dalam Helaian Pendedahan Produk ini sah pada