HELAIAN KETERANGAN PRODUK
TAKAFUL IKHLAS BERHAD
(Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih “IKHLAS Private Car Takaful”. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat di dalam Sijil Takaful ini.)
(Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia)
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL Tarikh: dd/mm/yyyy
1)
Produk apakah ini? Sijil Takaful ini memberikan perlindungan ke atas liabiliti terhadap kecederaan atau kematian pihak lain, kerosakan harta pihak lain, dan kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kebakaran atau kemalangan atau kecurian kenderaan anda.
2)
Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.
Wakalah – merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, kontrak wakalah melibatkan yuran (wakalah bi al-ujrah) yang dibayar kepada Takaful IKHLAS.
Nota: Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk maklumat lanjut. 3)
Apakah perlindungan-perlindungan / manfaat-manfaat yang ditawarkan? Kerugian atau Kerosakan Pada Kenderaan Pihak Syarikat akan melindungi Kenderaan Peserta Takaful sekiranya ia rosak atau hilang dalam keadaan berikut:(a) berlanggar atau terbalik akibat kemalangan, (b) berlanggar atau terbalik akibat kerosakan mekanikal, (c) berlanggar atau terbalik akibat haus dan lusuh, (d) rosak akibat dihempap oleh objek yang jatuh, dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah ataupun gegaran semula jadi yang lain, (e) kebakaran, letupan atau kilat, (f) pecah-masuk, pecah rumah atau kecurian, (g) perbuatan berniat jahat, (h) semasa dalam transit (termasuk semasa punggah memunggah) melalui: i) jalan raya, rel, laluan air pedalaman ii) laluan laut terus merentasi selat antara Pulau Pinang dengan Semenanjung. Liabiliti terhadap Pihak Ketiga Pihak Syarikat akan membayar jumlah yang Peserta Takaful atau Pemandu yang Diberi Kuasa oleh Peserta Takaful perlu bayar mengikut undang-undang (termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut) bagi: (a) kematian atau kecederaan anggota kepada mana-mana orang kecuali yang dinyatakan secara khusus di bawah Pengecualian kepada Seksyen B.
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL_0317_v3
1
(b) kerosakan kepada harta akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Peserta Takaful dengan syarat Pemandu yang Diberi Kuasa oleh Peserta Takaful juga mematuhi semua terma dan syarat Sijil Takaful seperti yang dikenakan ke atas Peserta Takaful. Manfaat Pilihan Manfaat pilihan yang anda boleh anda pilih untuk melanjutkan perlindungan dengan membayar Sumbangan Takaful tambahan: (a) Mogok, rusuhan dan kekecohan awam. (b) Kerosakan kaca cermin depan/belakang, tingkap atau tingkap bumbung. (c) Kerosakan akibat daripada banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah ataupun gegaran semulajadi lain. (d) Perlindungan liabiliti penumpang. (e) Aksesori kenderaan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil Takaful. (f) Pampasan diskaun tanpa tuntutan semasa. Tempoh perlindungannya ialah selama satu (1) tahun. Anda dikehendaki membaharui Sijil Takaful anda setiap tahun. 4)
Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Jumlah Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung kepada faktor-faktor penilaian dalam mempertimbangkan harga. Beberapa faktor risiko termasuk umur, pembuatan kenderaan, umur kenderaan anda, Amaun Perlindungan yang diperlukan untuk melindungi dan kelayakan diskaun tanpa tuntutan (NCD) anda. Perlindungan Takaful Sumbangan Takaful Asas Diskaun Tanpa Tuntutan (25%) Jumlah Sumbangan Takaful CBP (6%) Duti Setem Jumlah Perlu Dibayar
Komprehensif (RM) 2,000.00 -500.00 1,500.00 90.00 10.00 1,600.00
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Soalan Lazim yang disertakan di laman sesawang kami (www.takaful-ikhlas.com.my) 5)
Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar? Berikut adalah yuran dan bayaran yang dikenakan: Bayaran yang perlu dijelaskan disamping jumlah Sumbangan Takaful : CBP : 6% dari Sumbangan Takaful Duti Setem : RM10.00 Bayaran lain yang termasuk dalam jumlah Sumbangan Takaful Yuran Wakalah Komisen : sehingga maksima 10% dari Sumbangan Takaful Perbelanjaan Pengurusan : 20% dari Sumbangan Takaful Bayaran yang perlu dijelaskan jika anda membatalkan Sijil Takaful ini : Yuran Pembatalan : RM10.00 + CBP
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL_0317_v3
2
6)
Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu diketahui? Kepentingan Pendedahan Anda dikehendaki mendedahkan semua fakta material seperti kemalangan lalu dan pengubahsuaian pada enjin. Sijil Takaful ini tertakluk kepada syarat mutlak bahawa jumlah Sumbangan Takaful telah diterima sepenuhnya oleh pihak Syarikat pada atau sebelum tarikh efektif Sijil Takaful. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas Sijil Takaful ini melainkan Sumbangan Takaful telah dijelaskan pada atau sebelum tarikh perlindungan. Anda digalakkan untuk membayar Sumbangan Takaful terus kepada kami, sama ada secara tunai, kad kredit atau cek (cek hendaklah dinamakan ke atas pihak Syarikat sahaja). Jumlah untuk Dilindungi Anda harus memastikan kenderaan anda dilindungi pada jumlah yang berpatutan. Ekses semua tuntutan, ialah jumlah kerugian yang harus anda tanggung jika kenderaan anda mengalami kerugian atau kerosakan: RM (seperti di dalam Jadual Sijil Takaful). Ekses wajib, ialah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung jika kenderaan anda dipandu oleh seseorang yang tidak dinamakan di dalam Sijil Takaful, dan/atau di bawah umur 21 tahun dan/atau memegang lessen memandu Sementara (P) atau Percubaan (L) anda: RM400. Lebihan Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada lebihan boleh-agih kasar dari Dana Risiko pada setiap akhir tahun. Walau bagaimanapun, Pihak Syarikat boleh, mengenakan caj SAC kurang daripada 50% daripada lebihan boleh-agih kasar mengikut budi bicara dan kesesuaian. Sebarang lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan seluruhnya (100%) kepada Peserta Takaful. Sekiranya jumlah untuk Peserta Takaful kurang daripada RM30 untuk setiap Sijil Takaful, jumlah tersebut akan terus disimpan di dalam Dana Risiko.
7)
Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? Pihak Syarikat tidak akan membayar bagi tuntutan berikut yang khusus untuk kerugian atau kerosakan bagi kenderaan anda sendiri: (a) Kerugian Turutan Apa-apa jenis kerugian langsung atau tidak langsung yang terbit turutan dari sebarang Kejadian selain yang diberikan di bawah Seksyen A2 di dalam Sijil Takaful. (b) Hilang Kegunaan Kenderaan Anda Apa-apa perbelanjaan atau kerugian kewangan sampingan yang Anda tanggung kerana tidak dapat gunakan Kenderaan Anda contohnya kos menyewa kereta gantian, tambang pengangkutan dsb. (c) Susut Nilai Penurunan nilai Kenderaan Anda akibat kerosakan yang dialami atau jangka masa yang diambil untuk membaiki Kenderaan, dan/atau sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan haus dan lusuh, karat dan hakisan kerana telah melalui jangka masa umur. (d) Kerosakan pada Tayar Sebarang kerosakan pada tayar Kenderaan Anda kecuali jika bahagian-bahagian lain Kenderaan Anda juga turut rosak pada masa yang sama. (e) Penipuan atau Jenayah Pecah Amanah Apa-apa kerugian atau kerosakan, termasuk kecurian yang disebabkan oleh atau berpunca daripada perbuatan Penipuan atau Jenayah Pecah Amanah oleh sesiapa sahaja.
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL_0317_v3
3
(f) (i)
Ekses Amaun Ekses yang dinyatakan di dalam Jadual Sijil. Amaun inilah yang Anda perlu tanggung terlebih dahulu bagi setiap tuntutan di bawah Sijil ini.
(g) Kehilangan Data Elektronik Kehilangan data elektronik dan sebarang akibat yang timbul daripada keadaan itu, secara langsung atau tidak langsung kerana disebabkan atau berkaitan dengan virus komputer. Ini termasuk keadaan di mana ia tidak boleh digunakan, fungsinya berkurangan atau apa-apa kerugian atau perbelanjaan yang berkaitan dengan data elektronik. Pengecualian ini menyenaraikan keadaan yang tidak dilindungi oleh Sijil ini ketika berlaku Kejadian: (a) Liabiliti Berkontrak Tiada sebarang bayaran bagi apa-apa liabiliti yang berbangkit daripada sesuatu perjanjian, jika tanpa perjanjian tersebut Kami tidak bertanggungjawab. (b) Penggunaan Kereta secara Menyalahi Undang-undang Sijil ini tidak memberi perlindungan jika Anda atau Pemandu Dibenarkan menggunakan Kenderaan Anda untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau cuba menyalahi undangundang, iaitu, melanggar undang-undang jenayah atau undang-undang yang diiktiraf oleh negara di mana Kenderaan Anda digunakan. Nota:
8)
Senarai ini bukannya senarai yang lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai penuh bagi pengecualian di bawah Sijil Takaful ini.
Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful ini? Anda boleh membatalkan Sijil Takaful ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pulangan Sumbangan Takaful untuk kadar pro rata bagi tempoh Sijil Takaful yang belum luput, tertakluk kepada Sumbangan Takaful minimum sebanyak RM50.00 yang diperlukan oleh pihak kami. Tiada pulangan Sumbangan Takaful dibenarkan jika ada sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini.
9)
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan pihak kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.
10)
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan informasi tambahan mengenai “Motor Takaful”, sila rujuk kepada buku panduan info insurans mengenai “Motor Takaful”. Anda boleh dapatkan satu salinan daripada pengantara Takaful anda atau layari laman web www.insuranceinfo.com.my Sekiranya anda memerlukan informasi tambahan mengenai “IKHLAS Private Car Takaful”, sila hubungi kami di: Takaful Ikhlas Berhad Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8 Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Tel: 03-2723 9696
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL_0317_v3
4
Faks: 03-2723 9998 Laman sesawang : www.takaful-ikhlas.com.my Emel:
[email protected] 11)
Produk seumpama yang boleh didapati?
IKHLAS Motorcycle Takaful IKHLAS Vehicle Takaful IKHLAS Motor Trade Vehicle Takaful IKHLAS Special Type Vehicle Takaful
NOTA PENTING: ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN KENDERAAN ANDA DILINDUNGI PADA JUMLAH YANG BERSESUAIAN. SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA BERURUSAN DENGAN BENGKEL-BENGKEL YANG DILULUSKAN. JIKA ANDA MEMPUNYAI PERLINDUNGAN YANG KOMPREHENSIF DAN ANDA TIDAK BERSALAH, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN ANDA KEPADA PENGENDALI TAKAFUL ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT. MENURUT PERENGGAN 5 DARIPADA JADUAL 9 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013, JIKA ANDA MEMOHON PRODUK TAKAFUL INI SEPENUHNYA UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BERKAITAN PERDAGANGAN, PERNIAGAAN ATAU PROFESION ANDA, ANDA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJAGAAN MUNASABAH UNTUK TIDAK MEMBUAT SALAH NYATAAN SEMASA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI). ANDA DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALANSOALAN DENGAN LENGKAP DAN TEPAT. KEGAGALAN UNTUK MENGAMBIL PENJAGAAN MUNASABAH DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN MUNGKIN MENGAKIBATKAN PEMBATALAN SIJIL TAKAFUL ANDA, PENOLAKAN ATAU PENGURANGAN TUNTUTAN, PERUBAHAN TERMA ATAU PENAMATAN SIJIL TAKAFUL ANDA. KEWAJIPAN PENDEDAHAN DI ATAS ADALAH BERTERUSAN SEHINGGA SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI. SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA SOALAN-SOALAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI), ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENDEDAHKAN APA-APA PERKARA LAIN YANG ANDA TAHU SEBAGAI BERKAITAN KEPADA KEPUTUSAN KAMI UNTUK MENERIMA ATAU TIDAK RISIKO INI DAN MENENTUKAN KADAR TERMA YANG HENDAK DIPAKAI. ANDA JUGA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK SEGERA MEMBERITAHU KAMI SEKIRANYA SETELAH SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH, ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI, APA-APA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI) TIDAK TEPAT ATAU TELAH BERUBAH. Informasi yang disediakan dalam helaian keterangan produk ini adalah sah pada dd/mm/yyyy
IKHLAS PRIVATE CAR TAKAFUL_0317_v3
5