CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
PENTING/PENAFIAN INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG DIKAITKAN DENGAN PRESTASI ASET DASAR, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Akaun Pelaburan Berjangka-i (“akaun TIA-i”) Tidak Layak menerima perlindungan daripada PIDM
1. PRINSIP SHARIAH 1.1 CIMB Islamic Bank Berhad (“Bank”) akan menerima jumlah wang yang dilabur dan sebarang jumlah wang yang selepas itu akan dilabur di dalam akaun TIA-i berdasarkan prinsip Shariah iaitu Mudharabah. Mudharabah Pemegang akaun melabur dan/atau akan melabur di dalam akaun TIA-i dari semasa ke semasa dan Bank sebagai Mudharib (usahawan) menerima wang berdasarkan konsep Mudharabah Mutlaqah (Unrestricted Mudharabah) iaitu pemegang akaun membenarkan Bank melabur modal tanpa sebarang sekatan atau syarat khusus. Bank akan menguruskan jumlah wang di dalam akaun TIA-i termasuk menggunakan atau melabur wang dalam jumlah kredit dalam akaun TIA-i menurut cara yang dianggap wajar oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan pembiayaan. 1.2 Keuntungan yang dijana daripada akaun TIA-i akan dikongsi antara pemegang akaun dan Bank menurut nisbah perkongsian keuntungan (profit sharing ratio, “PSR”) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini. Kerugian kewangan (jika ada) hendaklah ditanggung sematamata oleh pemegang akaun DENGAN SYARAT bahawa kerugian kewangan tersebut tidak diakibatkan oleh kecuaian, penipuan dan keingkaran yang disengajakan oleh Bank. Sebarang kerugian bukan kewangan dari segi usaha dan/atau masa akan ditanggung oleh Bank. 1.3 Akaun TIA-i yang dibuka adalah tertakluk kepada PSR sebanyak 50:50 (pemegang akaun: Bank) seperti yang ditentukan dan dipersetujui terlebih dahulu apabila dana diterima. 1.4 Bank boleh menyemak semula PSR dalam tempoh kontrak Mudharabah tanpa kebenaran pemegang akaun dengan syarat bahawa PSR yang diperuntukkan untuk pemegang akaun dinaikkan daripada PSR yang dipersetujui sebanyak 50:50. Selepas itu, Bank akan memaklumkan pemegang akaun tentang semakan semula tersebut dan sekiranya pemegang akaun tidak menyetujui semakan semula tersebut, pemegang akaun berhak membantah. Apabila menerima bantahan daripada pemegang akaun, peruntukan Klausa 3.5 (d) dan 6 di dalam ini akan dikenakan. PSR yang disemak semula akan diumumkan dan/atau diterbitkan di cawangan Bank, laman web Bank dan/atau apa-apa cara makluman yang dianggap wajar oleh Bank. 1.5 Bank akan menyebut kadar indikatif terhadap potensi pulangan pelaburan pada masa pembukaan akaun dan pada setiap kali pembaharuan selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini. Jika kadar keuntungan sebenar adalah bersamaan dengan atau lebih rendah daripada kadar indikatif, keuntungan akan dibahagikan berdasarkan PSR. Walau bagaimanapun, jika kadar keuntungan sebenar melebihi kadar indikatif, pemegang akaun bersetuju dan memberi kebenaran agar jumlah lebihan disimpan oleh Bank. 1.6 Prestasi pelaburan akan diterbitkan oleh Bank atas dasar suku tahunan di laman web Bank. 2. AM 2.1 Permohonan untuk membuka akaun TIA-i akan dibuat di dalam borang yang disediakan oleh Bank. Muka surat 1 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
2.2 Pemohon hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka akaun TIA-i. Contoh tandatangan penandatangan sah juga hendaklah diberikan kepada Bank. 2.3 Penerimaan dan penerusan akaun TIA-i adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. 2.4 Jumlah minimum pelaburan awal yang dikehendaki untuk membuka akaun TIA-i adalah seperti yang ditetapkan oleh Bank dalam Lembaran Pendedahan Produk bagi akaun TIA-i. Bank berhak menetapkan dan mengubah, dari semasa ke semasa, jumlah minimum pelaburan awal yang dikehendaki untuk membuka akaun TIA-i. 2.5 Apa-apa borang atau resit yang ditandatangani oleh pemegang akaun dan sebarang transaksi yang disahkan, ditentusahkan dan/atau dilaksanakan secara elektronik oleh pemegang akaun berkaitan dengan apa-apa transaksi atau perkara di bawah akaun TIA-i sebelum, semasa atau selepas transaksi atau perkara tersebut dilaksanakan (“transaksi”) akan dianggap muktamad, konklusif dan mengikat pemegang akaun. 2.6 Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, pemegang akaun seterusnya bersetuju bahawa buku dan/atau rekod Bank yang membuktikan transaksi di atas juga akan dianggap muktamad, konklusif dan mengikat pemegang akaun.
3. PENGENDALIAN AKAUN 3.1 Jumlah yang akan ditempatkan di dalam akaun TIA-i hendaklah di dalam Ringgit Malaysia (“RM”) sahaja. Jumlah minimum dan apa-apa tambahannya, dan tempoh pelaburan boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dipersetujui terlebih dahulu oleh pemegang akaun sebelum permulaan akaun TIA-i. 3.2 Tempoh pelaburan adalah antara 1 bulan hingga 60 bulan seperti yang mungkin ditentukan oleh Bank dan dipersetujui oleh pemegang akaun sebelum pelaburan. 3.3 Keuntungan atau kerugian akan terakru setiap hari. Penyatuan dan pelarasan keuntungan atau kerugian akan dilaksanakan menurut sebarang sela masa yang akan ditentukan oleh Bank untuk mengira keuntungan sebenar atau kerugian sebenar. Pembayaran keuntungan atau realisasi kerugian hanya akan dibuat pada tarikh matang atau setiap tahun bagi tempoh melebihi 12 bulan. 3.4 Pengendalian akaun TIA-i akan dibuat melalui nombor akaun khusus bagi setiap akaun dan penyata akaun akan dihantar kepada pemegang akaun atas dasar suku tahunan/separuh tahunan/tahunan. 3.5 Akaun TIA-i akan ditamatkan apabila berlaku sebarang peristiwa berikut (a) kebankrapan dan/atau pembubaran dan/atau likuidasi pemegang akaun; atau (b) penunaian semua atau sebahagian daripada jumlah prinsipal yang dilabur oleh pemegang akaun, atau (c) pemegang akaun memungkiri sebarang terma dan syarat di dalam ini, (d) pemegang akaun tidak menerima apa-apa perubahan dan pindaan terhadap terma-terma dan syaratsyarat, dan peruntukan di bawah Klausa 5.2 akan dikenakan. 3.6 Jika tarikh matang akaun TIA-i jatuh pada hari yang bukan Hari Perniagaan, Bank akan membuat pembayaran pada Hari Perniagaan seterusnya. Pemegang akaun bersetuju bahawa keuntungan tambahan mungkin perlu dibayar oleh Bank untuk hari yang bukan hari perniagaan tersebut. “Hari Perniagaan” bermaksud hari apabila institusi kewangan dibuka untuk perniagaan di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, mengikut keadaan. Muka surat 2 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
3.7 Dalam keadaan di mana cara penempatan pelaburan adalah melalui cek tempatan, Bank boleh membuka akaun TIA-i dan menetapkan nombor akaun TIA-i pada hari cek dideposit. Walau bagaimanapun, jika cek tersebut dikembalikan atau tidak dilayan selepas akaun TIA-i dibuka, Bank berhak menutup akaun TIA-i dan pemegang akaun akan dimaklumkan mengenai penutupan akaun tersebut.
4. PELABURAN 4.1 Semua pelaburan hendaklah dibuat menggunakan borang standard yang disediakan oleh Bank dan arahan yang terkandung di dalamnya hendaklah dipatuhi dengan ketat. Pemegang akaun bersetuju bahawa Bank bebas memperlakukan pelaburan sedemikian selaras dengan kontrak Mudharabah dalam kapasiti Bank sebagai Mudharib. 4.2 Penerimaan cek dan/atau instrumen kewangan untuk dikreditkan ke dalam akaun TIA-i adalah menurut budi bicara Bank. 4.3 Penempatan pelaburan antara cawangan dibenarkan tertakluk kepada caj yang ditetapkan, jika ada.
5. PEMBAYARAN KEUNTUNGAN 5.1 Bank hendaklah membayar kepada pemegang akaun, keuntungan, jika ada, yang dijana daripada akaun TIA-i berdasarkan PSR di bawah perkiraan Mudharabah pada tarikh matang, atau setiap tahun untuk tempoh akaun TIA-i yang melebihi 12 bulan. 5.2 Jika berlaku sebarang peristiwa penamatan yang ditetapkan di dalam Klausa 3.5 atau pemegang akaun menunaikan pelaburan sebelum tarikh matang (“Penunaian Awal”), pemegang akaun bersetuju untuk mengetepikan keuntungan selaras dengan penamatan atau Penunaian Awal seperti yang dinyatakan di dalam Klausa 6.5.
6. PENUNAIAN 6.1 Sebarang penunaian yang ingin dibuat daripada akaun TIA-i mungkin tertakluk kepada sebarang keperluan Bank dan/atau tertakluk kepada amalan semasa Bank, dan/atau tertakluk kepada sebarang bukti identiti yang mungkin dikehendaki oleh Bank. Bank berhak untuk menolak sebarang penunaian jika tandatangan di atas akaun TIA-i berbeza daripada contoh tandatangan dan/atau mandat yang diberikan kepada Bank atau menurut pendapat mutlak Bank mengandungi apa-apa bentuk pindaan sama ada ditandatangan balas oleh pemegang akaun atau tidak. 6.2 Penunaian akaun TIA-i antara cawangan oleh pemegang akaun dibenarkan tertakluk kepada baki yang tersedia dan caj yang ditetapkan, jika ada, seperti yang ditentukan oleh Bank. 6.3 Penunaian sebahagian daripada akaun TIA-i tidak dibenarkan. 6.4 Untuk penunaian akaun TIA-i apabila matang, penunaian hendaklah selaras dengan terma-terma dan/atau syarat-syarat mandat yang diberikan oleh pemegang akaun kepada Bank. 6.5 Sekiranya akaun TIA-i ditamatkan selaras dengan Klausa 3.5 atau pemegang akaun melaksanakan haknya untuk Penunaian Awal akaun TIA-i, pemegang akaun bersetuju dan membenarkan agar 50% daripada keuntungan terakru yang belum dibayar (jika ada) yang dikira sehingga tarikh penamatan atau Penunaian Awal TIA-i, hendaklah diketepikan oleh pemegang akaun.
Muka surat 3 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
6.6 Jika pelaburan menanggung kerugian, jumlah yang akan dibayar kepada pemegang akaun adalah jumlah selepas mengambil kira kerugian yang ditanggung oleh pelaburan.
7. PEMBAHARUAN/PELABURAN SEMULA 7.1 Pemegang akaun hendaklah memberikan arahan untuk pembaharuan/pelaburan semula sebelum permulaan akaun TIA-i atau pada bila-bila masa sebelum matang. Jika arahan pembaharuan/pelaburan semula tidak diberikan atau jika arahan tersebut dibatalkan, dan tertakluk kepada Klausa 7.2, akaun TIA-i akan dibaharui secara automatik pada tarikh atau setiap tarikh matang tertakluk kepada PSR yang dipersetujui terlebih dahulu. 7.2 Bank mempunyai hak (yang boleh dilaksanakan menurut budi bicara tunggal Bank) untuk menamatkan sebarang pembaharuan/pelaburan semula automatik jika terdapat sebarang arahan pembaharuan/pelaburan semula daripada pemegang akaun, jika penamatan sedemikian dianggap perlu oleh Bank untuk manfaat mana-mana pihak.
8. PELABURAN MODAL 8.1 Bank berakujanji untuk menggunakan atau melabur jumlah wang yang dilabur untuk menjana pulangan melalui kemahiran dan usahanya dalam pelaburan dan/atau perniagaan yang dianggapnya wajar dan sesuai, dengan syarat pelaburan dan/atau perniagaan ini tidak bercanggah dengan keperluan Shariah. Pemegang akaun bersetuju untuk tidak menetapkan dan tidak akan campur tangan dengan keputusan pelaburan atau perniagaan Bank sebagai Mudharib. 8.2 Akaun TIA-i adalah akaun pelaburan bertempoh yang diklasifikasi di bawah Akaun Pelaburan Tidak Terhad („Unrestricted Investment Account‟) (URIA) iaitu pemegang akaun memberikan mandat kepada Bank untuk membuat keputusan pelaburan mutlak tanpa menetapkan sebarang sekatan atau syaratsyarat tertentu. Akaun TIA-i diklasifikasi di bawah klasifikasi “Akaun Pelaburan” dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. 8.3 Jumlah wang yang dilabur akan dilabur di dalam portfolio pelaburan patuh Shariah iaitu aset pembiayaan runcit dan tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan dan selaras dengan matlamat pelaburan. 8.4 Matlamat asas portfolio pelaburan adalah untuk menggalakkan pemeliharaan modal dan jaminan kewangan terhadap pelaburan bertempoh. Di samping itu, portfolio pelaburan juga bertujuan menyediakan pulangan yang tetap dengan risiko yang rendah kepada pemegang akaun. 8.5 Bank akan menganggap Akaun TIA-i sebagai akaun berasaskan tempoh dan sebarang dana di dalam akaun TIA-i akan dilabur selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini. Bank akan menentukan pulangan bersih portfolio pelaburan yang juga termasuk sebarang perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan dana pelaburan. 8.6 Bank berhak menggantung sebarang penunaian akaun TIA-i. Walau bagaimanapun, penunaian penggantungan hanya boleh dilakukan dalam keadaan berikut: (a) Keadaan luar biasa, dengan mengambil kira kepentingan pemegang akaun, yang termasuk: (i) kegagalan seluruh pasaran atau krisis kewangan/ekonomi seperti kejatuhan pasaran saham dan kejatuhan aset-harga; (ii) isu operasi seperti putus bekalan atau kerosakan sistem secara besar-besaran; dan (iii) force majeure. (b) Demi kepentingan pemegang akaun, jika: (i) aset dasar tidak dapat dicairkan pada harga dan termaterma yang sesuai untuk melunaskan penebusan. Bagi tujuan ini, harga aset tidak cair akan diperolehi Muka surat 4 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
daripada atau disahkan oleh pihak ketiga bebas, yang mungkin dilakukan sama ada sebelum atau selepas penggantungan tersebut; dan (ii) kepentingan pemegang akaun akan terjejas dalam cara yang material jika urusan tidak digantung. 8.7 Pelaburan akan dinilai atas dasar bulanan dan keuntungan akan dibahagikan apabila matang dan setiap tahun bagi tempoh pelaburan melebihi 12 bulan selaras dengan PSR yang dipersetujui. 8.8 Bank boleh pada bila-bila masa, tanpa liabiliti kepada pemegang akaun, mendedahkan maklumat yang adil, tepat, relevan dan tepat pada masanya mengenai akaun TIA-i kepada pemegang akaun menurut kekerapan dan dalam sebarang cara atau kaedah yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. 9. CAJ PERBANKAN 9.1 Pemegang akaun bersetuju bahawa Bank berhak mengenakan fi dan caj untuk sebarang perkhidmatan yang disediakan kepada pemegang akaun, selaras dengan amalan semasa Bank. Fi dan caj tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai perkhidmatan atau GST) hendaklah ditanggung oleh pemegang akaun. Fi dan caj yang dinyatakan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini adalah termasuk GST, jika berkenaan. 9.2 Jika berlaku sebarang perubahan pada fi dan caj yang dikenakan terhadap akaun TIA-i, makluman tentang perubahan sedemikian hendaklah disampaikan oleh Bank kepada pemegang akaun sekurangkurangnya 21 hari kalendar sebelum berkuatkuasanya tarikh perubahan. Makluman sedemikian hendaklah disampaikan oleh Bank kepada pemegang akaun secara bertulis atau elektronik atau melalui iklan yang dipaparkan di premis atau laman web Bank. Semua fi dan caj boleh didebit daripada sebarang akaun yang dipegang oleh pemegang akaun dengan Bank.
10. PENUTUPAN AKAUN 10.1 Apabila pemegang akaun menunaikan keseluruhan akaun TIA-i, akaun TIA-i akan ditutup pada masa penunaian tersebut. 10.2 Akaun TIA-i boleh ditutup oleh pemegang akaun sendiri atau secara alternatif, Bank juga boleh dimaklumkan secara bertulis mengenai penutupan tersebut oleh pemegang akaun. Untuk akaun bersama, penutupan akaun TIA-i hendaklah selaras dengan terma-terma dan/atau syarat-syarat mandat yang diberikan kepada Bank oleh pemegang akaun. 10.3 Di samping hak pemegang akaun yang terkandung di dalam Klausa 10.2 di atas, pemegang akaun bersetuju bahawa Bank berhak menutup akaun TIA-i pemegang akaun menurut budi bicara mutlak Bank tanpa Bank perlu memberikan apa-apa sebab, dengan memberikan notis selama sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar kepada pemegang akaun. 10.4 Pemegang akaun hendaklah mematuhi semua keperluan Bank, jika ada, bagi penutupan akaun TIAi. Jika Akaun ditutup dengan awal oleh pemegang akaun, pemegang akaun bersetuju untuk mengetepikan bahagian keuntungannya. 11. PENYATA AKAUN 11.1 Penyata akaun bulanan akan dikeluarkan oleh Bank dan disediakan di dalam talian melalui CIMB Clicks dan/atau dihantar melalui pos kepada pemegang akaun, yang menyenaraikan transaksi dalam tempoh tersebut. Apa-apa permintaan oleh pemegang akaun untuk penyata akaun tambahan (dalam salinan cetak) adalah tertakluk kepada fi dan caj standard Bank. 11.2 Pemegang akaun dikehendaki menyemak transaksi yang direkodkan didalam sejarah transaksi atau penyata yang disediakan di dalam talian dan/atau penyata akaun bulanan dan memaklumkan Bank Muka surat 5 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
tentang sebarang kesilapan, keluaraturan, percanggahan, tuntutan atau debit atau perkara yang tidak dibenarkan. Jika pemegang akaun gagal memaklumkan Bank bahawa penyata tidak diterima dan mendapatkan penyata atau tidak memaklumkan Bank tentang sebarang kesilapan, percanggahan, tuntutan atau debit atau perkara yang tidak dibenarkan di dalam sejarah transaksi atau penyata yang disediakan di dalam talian dan/atau penyata akaun bulanan dalam masa 14 hari dari tarikh transaksi dimasukkan di dalam talian atau tarikh penyata, mengikut keadaan, pemegang akaun akan dianggap menerima dengan konklusif semua masukan yang terkandung di dalam penyata yang disediakan di dalam talian dan/atau penyata bulanan, mengikut keadaan, sebagai benar dan tepat dari semua segi. 11.3 Bank mungkin tidak akan mengeluarkan dan/atau menyediakan penyata akaun jika akaun adalah dorman atau tidak aktif bagi tempoh yang ditentukan oleh Bank. Bank juga mungkin berhenti mengeluarkan dan/atau menyediakan penyata akaun jika penyata tidak dituntut atau tidak dapat diserahkan atas apa jua sebab. 12. AKAUN BERSAMA (Dikenakan terhadap akaun bersama dalam nama dua atau lebih daripada dua orang) 12.1 Semua persetujuan, obligasi, kuasa dan liabiliti yang terkandung di dalam Terma-terma dan Syaratsyarat ini akan dianggap bersama dan berasingan. Bank dianggap melaksanakan obligasinya dengan memaklumkan mana-mana orang yang dinamakan di dalam akaun bersama. 12.2 Pemegang akaun bersama hendaklah secara bersama dan berasingan berakujanji untuk menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap kerugian, tuntutan, prosiding, kos, perbelanjaan dan liabiliti lain yang walau bagaimanapun jua ditanggung berbangkit daripada apa-apa pemberikuasaan yang dikeluarkan oleh mana-mana pemegang akaun bersama. 12.3 Jika mana-mana pemegang akaun bersama meninggal dunia, menjadi bankrap atau tidak siuman, sebarang baki kredit di dalam akaun bersama boleh dibayar kepada pemegang akaun bersama yang masih tinggal tertakluk kepada kepatuhan (jika dikehendaki) dengan Undang-undang Islam atau sebarang perundangan / undang-undang lain yang serupa sifatnya.
13. HAK TOLAKAN DAN HAK UNTUK MENDEBIT 13.1 Bank berhak mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada pemegang akaun untuk menggabungkan atau menyatukan akaun TIA-i dengan sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank („Akaun-akaun‟) dan/atau menolak dan/atau memindahkan sebarang baki kredit di dalam Akaun-akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabilti pemegang akaun kepada Bank, sama ada liabiliti kepada Bank tersebut adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai pemegang akaun dan/atau penjamin dan/atau penanggung rugi dan/atau penyedia cagaran, atau dalam mata wang lain („Keberhutangan‟). Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan/atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit Akaun-akaun. Jika pemegang akaun gagal menyelesaikan Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan Bank apabila luput makluman selama 7 hari tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit daripada Akaun-akaun atau sehingga jumlah Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut keadaan). 13.2 Untuk mengelakkan keraguan, pemegang akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk menahan atau menggantung pembayaran dan/atau tolakan akan dikenakan terhadap dan boleh dilaksanakan oleh Bank terhadap atau berhubung dengan (a) akaun TIA-i bersama dan/atau sebarang akaun bersama lain pemegang akaun di mana baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang ditanggung kepada Bank oleh mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama dan/atau oleh mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama dengan mana-mana orang lain dan sama ada keberhutangan yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai pemegang akaun dan/atau penjamin dan/atau penanggung rugi Muka surat 6 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
dan/atau penyedia cagaran; (b) Bank telah dimaklumkan bahawa pemegang akaun dan/atau mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama telah melakukan tindakan kebankrapan dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen untuk kebankrapan atau penggulungan telah difailkan terhadap pemegang akaun dan/atau mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa pemegang akaun atau mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama telah diisytiharkan bankrap atau digulungkan; dan (d) Bank telah dimaklumkan bahawa pemegang akaun atau mana-mana satu atau lebih pemegang akaun bersama telah meninggal dunia. 13.3 Pemegang akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun TIA-i, selepas Bank telah memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kepada pemegang akaun, sebarang jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun TIA i yang diakibatkan atau disebabkan oleh dan/atau berbangkit daripada perkara berikut: a) fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berkaitan dengan akaun TIA-i selaras dengan terma-terma di dalam ini dan/atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan/atau dicaj oleh Bank berkaitan dengan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada pemegang akaun; b) cukai, (termasuk, tanpa had, cukai barangan dan perkhidmatan), duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh pemegang akaun terhadap akaun TIA-i dan/atau sebarang perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat pemegang akaun; c) kerugian dan/atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank semasa melaksanakan sebarang permintaan dan arahan pemegang akaun dan/atau semasa menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan akaun TIA-i seperti yang diperuntukkan di dalam termaterma di dalam ini; d) jumlah yang berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan/atau jaminan yang diberikan oleh pemegang akaun memihak kepada Bank berkaitan dengan penyediaan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada pemegang akaun selaras dengan terma-terma di dalam ini; e) pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam akaun TIA-i disebabkan kesilapan oleh Bank dan/atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah yang berkenaan telah dibayar dengan silap oleh pihak ketiga ke dalam akaun TIA-i dan/atau disebabkan dakwaan oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu atau diperdaya agar membuat pembayaran ke dalam akaun TIA-i dan/atau disebabkan sebarang ralat atau kerosakan operasi dan/atau sistem Bank dan/atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank; f) cek dan/atau sebarang instrumen wang yang selepas itu tidak dilayan atas apa jua sebab dan jika hasil cek dan/atau instrument wang tersebut telah dikreditkan oleh Bank ke dalam akaun TIA-i sebelum itu; g) pembayaran di bawah akaun TIA-i yang diminta agar dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan/atau Polis Diraja Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang semasa yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; h) fi, pembayaran, perbelanjaan, dan kos (atas dasar peguamcara – anakguam dan tanggung rugi penuh) yang ditangung oleh Bank berkaitan dengan sebarang: i. langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau pembiayaan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun; ii. prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan yang mana Bank dinamakan sebagai garnisi berhubung dengan akaun TIA-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank;
Muka surat 7 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
iii. prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank terhadap akaun TIA-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank; iv. Injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap akaun TIA-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak atau tidak; v. prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh pemegang akaun atau sebarang pihak lain melibatkan akaun TIA-i dan/atau sebarang akaun lain pemegang akaun yang dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya dalam pembelaannya terhadap prosiding undang-undang tersebut; dan i) pembayaran terdahulu yang dibayar kepada pemegang akaun dan/atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan pemegang akaun dan/atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada pemegang akaun.
14. PEMBATASAN LIABILITI 14.1 Bank tidak akan bertanggungjawab dan pemegang akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan atas semua kerugian, kos, dan perbelanjaan cukai atau duti yang mungkin ditanggung oleh pemegang akaun atau Bank berhubung dengan mana-mana atau semua akaun pun jua atau pelaksanaan sebarang arahan oleh Bank (meskipun arahan sedemikian mungkin memfraud atau tanpa kebenaran) atau jika mana-mana akaun pemegang akaun atau mana-mana bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh sebarang pihak berkuasa kerajaan atau rasmi, kecuali dan melainkan jika disebabkan secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank. 14.2 Pemegang akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan apa jua barang bernilai dan harta lain kepunyaan pemegang akaun dan dilabur dengan Bank di bawah akaun TIA-i dan atau mana-mana akaun lain pemegang akaun ( 'harta' ) hendaklah secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan Bank berhak untuk (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi tujuan membayar sebarang liabiliti yang ditanggung oleh pemegang akaun kepada Bank seperti yang diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 14 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta dan/atau tidak melayan sebarang cek yang dikemukakan untuk pembayaran di bawah akaun TIA-i sehingga liabiliti pemegang akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini dijelaskan dengan sepenuhnya.
15. KOMUNIKASI 15.1 Sebarang perubahan pada alamat e-mail dan/atau alamat pos dan atau nombor telefon dan atau tandatangan dan/atau butir-butir pemegang akaun yang lain yang direkodkan dengan Bank hendaklah dimaklumkan kepada Bank secara bertulis 15.2 Semua komunikasi yang dihantar oleh Bank melalui mel elektronik, atau perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), melalui laman web dan/atau melalui pos atau ditinggalkan di alamat terakhir pemegang akaun yang didaftarkan dengan Bank, akan dianggap sebagai diserahkan kepada dan diterima oleh pemegang akaun.
16. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL 16.1 Terma-terma & Syarat-syarat ini hendaklah tertakluk kepada, dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia dan kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, garis panduan dan dokumen dasar Bank Negara Malaysia dan badan-badan kawal selia lain yang berkenaan yang mengawal Bank.
Muka surat 8 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
17. ARAHAN 17.1 Sebarang arahan daripada pemegang akaun kepada Bank terhadap akaun hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pemegang akaun. Sebarang arahan sedemikian hanya akan berkuat kuasa apabila diterima oleh Bank. 18. PENYERAHAN HAK ATAU KEWUJUDAN KEPENTINGAN CAGARAN TIDAK DIBENARKAN 18.1 Pemegang akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis daripada Bank menyerah hak dan/atau mewujudkan sebarang kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan akaun TIA-i termasuk tetapi tidak terhad kepada semua wang yang disimpan di dalamnya memihak kepada sesiapa jua kecuali dan melainkan bahawa hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan tersebut boleh diserah hak dan/atau diwujudkan memihak kepada Bank. 19. PENDEDAHAN MAKLUMAT 19.1 Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikatsyarikat Kumpulan jika dibantah oleh pemegang akaun; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada pemegang akaun untuk pendedahan maklumat kepada pihak ketiga bagi tujuan yang dinyatakan, pemegang akaun dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat professionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat-syarikat dalam kumpulan Bank serta syarikat-syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut menetap, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, sebarang maklumat berkaitan dengan pemegang akaun, urusan pemegang akaun dan/atau sebarang akaun yang dipegang oleh pemegang akaun dengan Bank untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau diberikan atau disediakan oleh Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka. Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan adalah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilakukan jika pendedahan dibantah oleh pemegang akaun dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada pemegang akaun): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: 03-6204 7788. Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat pemegang akaun (tidak termasuk maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun pemegang akaun) dengan pihak ketiga bagi tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran pemegang akaun diperolehi. 19.2 Pemegang akaun dengan ini bersetuju dan dengan nyata memberi kuasa dan mempelawa pekerja, kontraktor bebas, wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi pemegang akaun dari semasa ke semasa melalui lawatan peribadi atau komunikasi lisan yang dilaksanakan melalui sebarang bentuk komunikasi termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon berhubung dengan sebarang promosi. 19.3 Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain pemegang akaun yang disimpan atau direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini tanpa boleh dibatalkan, dibenarkan ( tetapi tidak mempunyai kewajipan ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan pemegang akaun melalui pos dan/atau mel elektronik dan/atau telefon dan/atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan/atau perkhidmatan kurier dan/atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya. Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang maklumat atau makluman yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang maklumat tentang akaun TIA-i dan/atau sebarang maklumat berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, Muka surat 9 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
manfaat, promosi, program Bank dan/atau mana-mana pihak lain yang dilaksanakan secara bersama dengan Bank 20. PERIZABAN HAK 20.1 Bank merizab hak, setelah memberikan notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar, untuk menambah, memotong atau meminda sebarang peruntukan yang dinyatakan di dalam ini. Sebarang perubahan, tambahan, pemotongan atau pindaan (“Pindaan”) pada peruntukan di dalam ini hendaklah mengikat pemegang akaun dan Bank dianggap telah membawanya kepada perhatian pemegang akaun apabila (i) Pindaan dipaparkan di premis dan laman web Bank yang mana butir-butir terperinci mengenai Pindaan boleh dinyatakan di dalam notis itu sendiri atau diberikan kepada pemegang akaun apabila diminta; atau (ii) melalui notis yang dihantar oleh Bank ke alamat terakhir pemegang akaun yang diketahui; atau (iii) diiklankan dalam satu akhbar pilihan Bank; atau (iv) melalui mel elektronik atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh Bank dan Pindaan akan dianggap mengikat terhadap pemegang akaun dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang mungkin ditetapkan oleh Bank dalam makluman.
21. PEMBEKUAN AKAUN TIA-i 21.1 Tanpa prejudis terhadap dan tanpa menjejaskan sebarang hak lain yang boleh dilaksanakan oleh Bank untuk membekukan akaun TIA-i pada bila-bila masa selaras dengan atau menurut sebarang undang-undang, perintah mahkamah, peraturan dan/atau enakmen, Bank berhak pada bila-bila masa, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya dan tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada pemegang akaun, menahan diri daripada menguatkuasakan atau melaksanakan sebarang arahan atau transaksi di bawah akaun TIA-i termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana satu atau lebih daripada satu atau semua arahan atau transaksi berikut (a) penunaian cek di kaunter atau pembayaran apa-apa cek atau apa-apa instrumen lain atau pembayaran sebarang wang di bawah atau keluar daripada akaun TIA-i; (b) penerimaan sebarang wang atau pelaburan atau cek atau sebarang instrumen lain untuk pungutan dan atau untuk dikreditkan ke dalam akaun TIA-i (“Pembekuan akaun TIAi”) apabila berlaku mana-mana satu peristiwa berikut:a) Bank dimaklumkan bahawa pemegang akaun telah melakukan suatu tindakan kebankrapan dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen penggulungan dan/atau petisyen pemiutang untuk kebankrapan, mengikut keadaan, telah difailkan atau dikemukakan terhadap pemegang akaun (“hal-hal insolvensi pemegang akaun”); b) Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan lain (“pihak berkuasa relevan”) agar menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah TIA-i seperti yang dinyatakan di atas tidak kiralah sama ada pihak berkuasa berkaitan mempunyai kuasa di sisi undang-undang atau kuasa yang sah untuk membuat permintaan tersebut kepada Bank (“arahan pihak berkuasa berkaitan”). 21.2 Pembekuan akaun TIA-i akan dihentikan atau ditamatkan apabila berlaku mana-mana satu peristiwa berikut:a) Berhubung dengan hal-hal kebankrapan pemegang akaun, pemegang akaun hendaklah mengemukakan bukti yang wajar kepada Bank hingga memuaskan hati Bank, bahawa Notis Kebankrapan atau petisyen pemiutang untuk kebankrapan telah ditarik balik secara sah oleh pempetisyen atau ditolak atau dibatalkan oleh mahkamah atau apabila perintah mahkamah yang suaimanfaat yang membenarkan atau memerintahkan penamatan Pembekuan akaun TIA-i disampaikan kepada Bank; (b) Berhubung dengan pertikaian dalaman pemegang akaun, pertikaian tersebut telah diselesaikan antara semua pihak yang terlibat dan satu kenyataan bertulis yang demikianlah maksudnya yang ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat telah disampaikan kepada Bank meminta penamatan Muka surat 10 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
Pembekuan akaun TIA-i dengan tidak bersyarat atau secara alternatif satu perintah mahkamah telah disampaikan kepada Bank yang membenarkan atau memerintahkan penamatan Pembekuan akaun TIAi; (c) Berhubung dengan arahan pihak berkuasa berkenaan, Bank telah dimaklumkan secara bertulis oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melaksanakan penamatan Pembekuan akaun TIA-i atau secara alternatif, perintah mahkamah yang suaimanfaat yang membenarkan atau memerintahkan penamatan Pembekuan akaun TIA-i telah disampaikan kepada Bank.
21.3 Dengan membekukan akaun TIA-i selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini termasuk sebarang tindakan yang boleh diambil oleh Bank seperti memulangkan mana-mana cek atau instrumen lain sama ada yang dilabur untuk pungutan atau pembayaran seperti yang diperuntukkan di dalam ini, pemegang akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan/atau kemungkiran kontrak dan/atau atas sebarang kerugian, gantirugi, perbelanjaan, kos atau caj pun jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh pemegang akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa jua sebab dan tidak kira apakah kenyataan yang diberikan oleh Bank untuk pemulangan tersebut. Berhubung dengan perkara ini, pemegang akaun selanjutnya bersetuju dan berakujanji untuk menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap sebarang tuntutan untuk gantirugi, kerugian, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin dibuat terhadap Bank oleh mana-mana orang lain. 21.4 Pemegang akaun seterusnya bersetuju bahawa jika Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang Membekukan akaun TIA-i di dalam ini atau jika Bank, sebelum atau selepas Pembekuan akaun TIA-i, memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap mana-mana pihak termasuk pemegang akaun untuk apa-apa relief atau deklarasi yang suaimanfaat yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti, kerugian, gantirugi, tuntutan, perbelanjaan, caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh pemegang akaun. 21.5 Dengan bertindak selaras dengan mana-mana terma, syarat dan peruntukan di dalam ini, pemegang akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, gantirugi, perbelanjaan atau kos pun jua yang boleh dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa Bank belum dimaklumkan tentang peristiwa berkaitan yang disebut dalam Klausa 21.5 ini kerana makluman tersebut adalah tidak teratur, tidak sah, salah, tersilap, batal, tidak berkuat kuasa atau atas sebarang alasan lain. Istilah pemegang akaun di mana jua disebut di dalam ini hendaklah bermaksud mana-mana seorang atau lebih daripada seorang atau semua pemegang akaun jika pemegang akaun adalah lebih daripada seorang.
22. KLAUSA PRIVASI (UNTUK ORANG SEMULAJADI) Jika pemegang akaun adalah individu (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilikan tunggal, perkongsian, perniagaan yang berdaftar dan persatuan) Klausa ini adalah terpakai 22.1 Pemegang akaun dengan ini mengesahkan bahawa pemegang akaun telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang menyentuh pemprosesan maklumat peribadi pemegang akaun. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pemegang akaun bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Terma-terma dan Syaratsyarat ini. 22.2 Sekiranya pemegang akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan dengan waris dekat dan tanggungan pemegang akaun, bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan pemegang akaun dengan Bank atau sebaliknya Muka surat 11 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
melanggan produk dan perkhidmatan Bank, pemegang akaun (a) mengesahkan bahawa pemegang akaun telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat ini; (b) bersetuju memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju memberikan maklumat kemas kini kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku sebarang perubahan material pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk menamatkan akaun TCA-i ini sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut. 22.3 Jika pemegang akaun mengarahkan Bank agar melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana butir-butir ini mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berhubung dengan tugas sah mereka (misalnya pencegahan jenayah). Dengan mengarahkan Bank dan/atau agen Bank untuk memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak pemegang akaun, pemegang akaun menyetujui pendedahan yang disebut di atas bagi pihak pemegang akaun dan orang lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut. 22.4 Bank mungkin pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa kini dan/atau di masa hadapan menjalankan semakan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad semakan pelaporan/rujukan kredit dengan agensi pelaporan/rujukan kredit, termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana agensi lain dan/atau daripada mana-mana institusi kewangan untuk membantu Bank memastikan status pemegang akaun yang diperlukan untuk membuat keputusan, misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir mengenai permohonan bagi kredit dan kemudahan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio pemegang akaun; mendapatkan balik hutang; dan/atau sebarang tujuan yang mempunyai kaitan atau hubungan dengan akaun/kemudahan di bawah Termaterma dan Syarat-syarat ini. Pemegang akaun akan dipautkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada sebarang nama lain yang kini atau pernah digunakan oleh pemegang akaun, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang pemegang akaun dan bagaimana pemegang akaun menguruskan akaun/kemudahan pemegang akaun dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang relevan. 22.5 Meskipun selepas pemegang akaun memberikan sebarang maklumat kepada Bank, pemegang akaun mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian, Bank berhak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan sebarang produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang dipautkan dengan maklumat tersebut. 22.6 Bagi tujuan Klausa 22 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat yang dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB. 22.7 Pemegang akaun selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan walau bagaimanapun pun bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan atau sebaliknya), kecederaan, perasaan malu atau liabiliti yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau sebarang asas (termasuk gantirugi langsung atau tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit atau punitif atau kehilangan keuntungan atau simpanan) berbangkit daripada sebarang ketidaktepatan atau kehilangan, pemadaman atau modifikasi data atau atas sebarang sebab lain pun jua berkaitan dengan apa-apa maklumat yang diberikan oleh Bank kepada agensi pelaporan/rujukan kredit dan/atau pihak lain tersebut, mengikut keadaan, atau berkaitan dengan apa-apa akses atau penggunaan, atau ketidakupayaan untuk mengakses atau menggunakan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit dan/atau pihak lain tersebut atau sandaran terhadap maklumat yang terkandung
Muka surat 12 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (671380-H)
di dalamnya, sama ada diakibatkan oleh sebarang kerosakan teknikal, perkakasan atau perisian tidak kira jenisnya, gangguan, ralat, ketinggalan, kelewatan, virus atau sebaliknya walau apa pun. 22.8 Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang klausa lain dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat. 23. CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN 23.1 Pemegang akaun bertanggungjawab membayar sebarang cukai barangan dan perkhidmatan yang perlu dibayar berhubung dengan atau berbangkit daripada akaun ini atau sebarang perkhidmatan berkaitan dengannya. 24. LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK DIGABUNGKAN 24.1 Lembaran Pendedahan Produk bagi akaun TIA-i akan dianggap digabungkan ke dalam Termaterma dan Syarat-syarat ini dan hendaklah bersama-sama dibaca dan ditafsirkan sebagai satu dokumen. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara peruntukan Terma-terma dan Syaratsyarat ini dan Lembaran Pendedahan Produk akaun TIA-i, peruntukan Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain. 25. LAIN-LAIN 25.1 Sekiranya terdapat aduan berhubung dengan akaun TIA-i, pemegang akaun boleh mengemukakan nota dengan pusat atau cawangan CIMB di mana akaun TIA-i dipegang. Sekiranya penjelasan atau penyelesaian yang diberikan oleh pusat atau cawangan CIMB tersebut tidak memuaskan hati pemegang akaun, pemegang akaun boleh menghubungi „Customer Resolution Unit‟ Bank di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan pemegang akaun): Customer Resolution Unit, Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. No Pusat Panggilan: 03-6204 7788, Fax No: +603 2691 3248, Email:
[email protected] 25.2 Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara teks Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris atau mana-mana versi lain, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Walaupun perkara yang dinyatakan di atas, jika permintaan dibuat oleh pemegang akaun bagi versi terma-terma dan syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya dan membenarkan pemegang akaun melengkapkan borang yang berkaitan dan menandatangani perjanjian dalam Bahasa Malaysia dan borang dan perjanjian tersebut dalam Bahasa Malaysia yang dilengkapkan dan ditandatangani akan menjadi asas kontrak antara Bank dan pemegang akaun. 25.3 Terma-terma dan Syarat-syarat ini dirancang agar benar-benar patuh Shariah. Pemegang akaun dan Bank bersetuju bahawa hak dan obligasi mereka masing-masing di dalam ini dirancang agar dan tertakluk kepada dan mematuhi prinsip Shariah (dan prinsip Shariah tersebut adalah seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Shariah Bank dan seperti yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia). (Terma-terma dan Syarat-syarat Tamat)
AMARAN PULANGAN TERHADAP AKAUN PELABURAN INI AKAN BERGANTUNG KEPADA PRESTASI ASET DASAR. JUMLAH PRINSIPAL DAN PULANGAN TIDAK DIJAMIN DAN PEMEGANG AKAUN MENANGGUNG RISIKO TIDAK MEMPEROLEHI SEBARANG PULANGAN SAMA SEKALI. AKAUN PELABURAN INI TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (“PIDM”). Muka surat 13 daripada 13 (GIB/T&C/TIA-i-ENG/MAY2017)