Isi Kandungan Tajuk Disclaimer Penghargaan Pengenalan Cara mencairkan coklat Couverture Cara membuat coklat berwarna-warni Cara Membuat Coklat Oreo Cara Membuat Lolichoc Idea kejayaan perniagaan Handmade Chocolate
Muka Surat 3 4 5 6 12 16 21 25
Disclaimer U
ntuk pengetahuan anda, e-book ini ditulis berdasarkan
pengalaman penulis sendiri. E-book ini ditulis khas untuk anda bagi mendedahkan teknik – teknik yang betul dan mudah untuk membuat ‘Handmade Chocolate’. E-book ini akan mendedahkan beberapa teknik pemasaran khusus kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan ‘Handmade Chocolate’.
Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membaca e-book ini • Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana – mana bahagian didalam e-book ini. • Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana – mana pihak tanpa melalui laman web http://www.gurucoklat.com • Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma. • Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda.
Penghargaan E
-book Cara Membuat Handmade Chocolate ( Couverture ) ini
didedikasikan khusus kepada : • Semua yang berminat untuk mempelajari Cara Membuat Handmade Chocolate. • Semua usahawan yang ingin melakukan perniagaan Handmade Chocolate. • Ibu dan abang atas sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. • Rakan – rakan seperjuangan yang banyak memberi galakan dan semangat untuk meneruskan pembuatan e-book ini. • Rakan perniagaan yang banyak membantu dalam mempromosikan e-book ini.
Pengenalan C
oklat Couverture ialah coklat yang diperbuat daripada Mass Cocoa dan
lemak koko. Coklat Couverture juga dikenali sebagai coklat tulen. Kualiti coklat Couverture lebih bermutu tinggi jika dibandingkan dengan coklat Compound. Kebanyakan kompani coklat yang besar seperti pengeluar coklat Cadbury, Ferrero Rocher dan Hershey menggunakan coklat Couverture.
Ciri – ciri coklat Couverture yang kebiasaannya disukai oleh peminat coklat ialah : 1. Rasa yang lebih sedap berbanding coklat Compound. 2. Tidak rasa kehausan apabila dimakan. 3. Mudah cair apabila berada didalam mulut.
Coklat Couverture kebiasaannya digunakan oleh golongan professional. Pelbagai masalah akan dihadapi oleh pembuat coklat yang masih baru. Masalah yang kerap dihadapi ialah coklat mudah cair dan tidak stabil pada suhu bilik. Masalah tersebut berlaku kerana pembuat coklat yang baru melakukan kesalahan dalam proses Tempering (Penyepuhan Coklat). Tidak seperti coklat Compound, coklat Couverture perlu melakukan proses Tempering dalam proses mencairkan coklat. Proses Tempering dilakukan dengan menyejukkan coklat Couverture yang cair kepada suhu tertentu sebelum dinaikkan semula suhu coklat tersebut. Proses Tempering perlu dilakukan untuk menstabilkan lemak koko yang terkandung didalam coklat Couverture.
S
eperti yang dikatakan sebelum ini, coklat Couverture perlu melalui proses
Tempering dalam proses mencairkan coklat. Sebelum melakukan proses tersebut, anda perlu mengetahui suhu stabil untuk setiap jenis coklat.
Jenis Coklat
Suhu Stabil
Coklat Susu (Milk Chocolate) dan Coklat Putih (White Chocolate) Coklat Gelap (Dark Chocolate)
27oC – 28oC 30oC – 31oC
Dalam proses Tempering ini, anda perlu menyukat suhu coklat dengan menggunakan Thermometer.
Peringatan : Semasa proses mencairkan coklat Couverture, anda dinasihatkan untuk memotong coklat Couverture kepada kepingan kecil dahulu supaya coklat mudah dicairkan dan tiada berlaku konflik dalam mendapatkan suhu stabil bagi coklat tersebut.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk mencairkan coklat Couverture : 1. Coklat Couverture (Untuk latihan, anda boleh menggunakan coklat Cadbury – Dairy Milk.(Coklat Cadbury yang tidak mempunyai apa – apa inti didalamnya. ) ) 2. Periuk Aluminium 3. Flask Air 4. Spatula 5. Air panas (Sekitar 65oC – 70oC) 6. Pisau 7. Thermometer
Cara mencairkan coklat Couverture adalah seperti berikut : 1. Potong coklat Couverture kepada 2 bahagian (Lebih kurang ½ setiap bahagian. )
2. Masukkan satu bahagian coklat kedalam periuk aluminium yang telah diletakkan di atas flask air yang mengandungi air panas.
3. Kacau coklat tersebut sehingga cair.
4. Setelah cair, angkat periuk aluminium tersebut dari flask air. (Semasa mengangkat periuk aluminium tersebut, lap bahagian bawah periuk aluminium tersebut untuk mengelakkan kawasan membuat coklat dicemari air.)
5. Masukkan sebahagian coklat yang lebih tadi kedalam coklat yang telah dicairkan. Kemudian kacau sehingga keseluruhan coklat menjadi cair dan mencapai suhu stabil bagi coklat tersebut. (Tips : Jika semasa anda melakukan langkah ini, coklat yang bahagian selebihnya tidak sempat cair keseluruhan dan anda merasakan coklat semakin keras dan meliat, letakkan semula diatas flask yang mengandungi air panas. Kacau sehingga kurang liat coklat. Kemudian, alihkan semula dari flask air dan kacau coklat tersebut sehingga cair.)
6. Selesai proses mencairkan coklat Couverture.
A
sas untuk membuat coklat yang berwarna – warni ialah dengan
mewarnakan coklat putih yang dicairkan dengan pewarna yang diingini. Pewarna yang digunakan terdiri daripada jenis serbuk atau minyak. Saya lebih menggalakkan anda menggunakan pewarna jenis minyak kerana ianya lebih mudah disekatakan bersama coklat putih.
Idea dekorasi bagi coklat yang berwarna – warni, contoh jika anda menggunakan acuan bunga mawar seperti gambar diatas, anda boleh menjadikan coklat tersebut seperti sejambak bunga mawar iaitu dengan menjadikan coklat tersebut seperti coklat Lolichoc dan kemudiannya dicucuk diatas polistrin yang tebal dan dikumpulkan sehingga menjadi sejambak bunga mawar.
Coklat berwarna – warni sesuai dijadikan hantaran pertunangan/perkahwinan dan ‘Door Give’ untuk pelbagai majlis.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat yang berwarna – warni boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Berwarna – warni : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Coklat susu/gelap yang telah dicairkan Coklat putih yang telah dicairkan Pewarna (Serbuk/Minyak) Acuan coklat Perata Sudu Peti sejuk
Cara membuat coklat Berwarna-warni adalah seperti berikut : 1. Masukkan beberapa titis pewarna yang anda inginkan kedalam coklat putih yang telah dicairkan.
2. Kemudian, kacau coklat tersebut sehingga warna menjadi sekata.
3. Masukkan coklat yang telah diwarnakan kedalam acuan sehingga memenuhi ½ acuan. Hentak acuan tersebut sehingga coklat memenuhi keseluruhan acuan.
4. Sejukkan coklat tersebut ke dalam peti sejuk sehingga coklat tersebut menjadi sedikit keras. Kemudian, keluarkan dan penuhi ruangan acuan tersebut dengan coklat susu/gelap. 5. Hentakkan acuan dan ratakan coklat dipermukaan acuan dengan perata. 6. Selepas itu, sejukkan coklat selama ½ jam. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan acuan. Kemudian, hidangkan. 7. Selesai.
C
oklat Oreo ialah sejenis coklat yang berintikan biskut Oreo. Coklat Oreo
dapat dihasilkan dengan menyalut biskut Oreo dengan coklat susu/gelap. Acuan yang digunakan untuk membuat coklat Oreo ialah berbentuk bulat dan kebiasaannya boleh didapati di kedai – kedai yang menjual peralatan membuat Handmade Chocolate.
Idea dekorasi untuk coklat Oreo ialah dengan meletakkan coklat Oreo kedalam bekas yang hanya boleh dimuatkan untuk satu coklat Oreo sahaja. Kemudian, hiasi bekas tersebut dengan reben mengikut warna tema majlis.
Coklat Oreo sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk tetamu semasa majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Oreo boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat coklat Oreo : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Coklat susu/gelap yang telah dicairkan Coklat putih yang telah dicairkan dan diwarnakan Acuan coklat Oreo Perata Sudu Piping bag Peti sejuk
Cara membuat coklat Oreo adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat putih yang telah diwarnakan kedalam piping bag dan potong hujung piping bag sehingga boleh mengeluarkan coklat seperti di dalam gambar.
2. Warnakan acuan seperti didalam gambar dengan warna yang anda inginkan.
3. Hentak acuan sehingga coklat memenuhi ruangan didalam acuan.
4. Masukkan biskut oreo kedalam acuan.
5. Masukkan coklat susu/dark sehingga memenuhi ruangan didalam acuan. Hentakkan acuan dan ratakan coklat di permukaan acuan dengan perata.
6. Sejukkan coklat selama ½ jam. Keluarkan coklat dari acuan dan sedia untuk dihidangkan.
C
oklat Lolichoc ialah coklat yang diadaptasi dari gula – gula lollipop iaitu
dihasilkan bersama – sama stik kayu/plastik. Perbezaan yang ketara antara Lolichoc dan lollipop ialah strukturnya yang mana Lolichoc berasaskan coklat manakala lollipop berasaskan gula – gula.
Cara penghasilan coklat Lolichoc juga amat mudah. Hanya perlu memenuhi coklat kedalam acuan Lolichoc dan menenggelamkan stik kedalam coklat sahaja.
Coklat Lolichoc juga boleh menjadi lebih menarik jika diwarnakan. Untuk menghasilkan coklat Lolichoc yang berwarna – warni, anda boleh menggunakan teknik yang digunakan dalam mewarnakan coklat Oreo iaitu dengan memasukkan coklat putih yang telah diwarnakan didalam ‘piping bag’ dan mewarnakan acuan mengikut warna yang anda ingini.
Coklat Lolichoc sesuai dijadikan ‘Door Give’ untuk kanak – kanak semasa majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.
Teknik yang digunakan untuk membuat coklat Lolichoc boleh juga diaplikasikan dengan menggunakan coklat Compound. Ianya tidak terhad kepada coklat Couverture.
Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat Lolichoc : 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Coklat susu/gelap yang telah dicairkan Acuan Lolichoc Perata Sudu Stik lolichoc/lolipop Peti sejuk
Cara membuat Lolichoc adalah seperti berikut : 1. Masukkan coklat susu/dark yang telah cair ke dalam acuan Lolichoc sehingga memenuhi acuan tersebut. Hentakkan acuan tersebut sehingga memenuhi ruangan acuan tersebut.
2. Letakkan stik lolichoc/lollipop diruangan stik di acuan lolichoc dan tenggelamkan stik tersebut kedalam coklat.
3. Sejukkan coklat tersebut dalam ½ jam. Kemudian, keluarkan coklat tersebut dari acuan dan sedia untuk dihidangkan.
P
erniagaan Handmade Chocolate mungkin menjadi sumber pendapatan
sampingan bagi segelintir rakyat Malaysia. Pesaingan perniagaan Handmade Chocolate di Malaysia juga semakin hari semakin sengit. Bagaimanakah caranya yang boleh anda lakukan untuk menyaingi pesaing – pesaing anda? Jadi, dalam ebook ini, saya ingin memberi idea kepada anda cara untuk mengatasi pesaing – pesaing Handmade Chocolate yang lain sekali gus melariskan jualan Handmade Chocolate anda berlipat kali ganda walaupun anda masih baru dalam perniagaan Handmade Chocolate.
1. Cipta Coklat Yang Unik Untuk merealisasikan idea ini, anda memerlukan daya pemikiran yang kreatif. Jika dilihat coklat – coklat yang telah terkenal, semuanya ada keunikkannya tersendiri. Sebagai contoh, coklat Ferrero Rocher terkenal dengan coklatnya yang berbentuk bulat dan bersalut dengan coklat yang ditabur dengan badam yang telah dicincang halus. Coklat Cadbury pula terkenal dengan coklat berbentuk bar dan rasa coklat yang enak. Coklat Hershey’s Kisses pula terkenal dengan coklat yang berbentuk kon kecil dan dibalut dengan kertas aluminium. Rasanya yang enak dan lembut juga adalah antara faktor penggemar coklat menyukainya.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk menghasilkan coklat yang unik? • Dapatkan idea dari coklat – coklat yang telah berada di pasaran. Sebagai contoh, coklat Cadbury. Coklat Cadbury tidak mempunyai coklat Praline yang berintikan strawberry dan blueberry. Jadi, idea disini anda cipta coklat yang mempunyai rasa ala – ala coklat Cadbury kemudian masukkan inti strawberry/blueberry. Mungkin juga anda boleh buat coklat Praline yang mempunyai rasa seperti coklat Cadbury dan berintikan strawberry/blueberry tetapi mempunyai bentuk yang belum pernah dikeluarkan Cadbury seperti bentuk Hati dan sebagainya. Cara untuk dapatkan rasa coklat ala – ala coklat Cadbury ialah dengan membeli coklat Cadbury sendiri. Beli coklat Cadbury Dairy Milk (Coklat yang tidak mempunyai apa – apa inti.) kemudian cairkan dengan menggunakan teknik mencairkan coklat Couverture dan cipta coklat yang unik seperti idea yang saya berikan diatas. • Buat coklat yang mempunyai bentuk yang belum pernah lagi ada orang menggunakannya seperti coklat berbentuk peralatan muzik, bunga yang unik (Seperti bunga Rafflesia dan Orkid), buah – buahan tempatan dan sebagainya. Untuk merealisasikannya, anda perlu mengeluarkan sedikit modal untuk mengupah orang membuat acuan sedemikian untuk anda.
2. Pilih 1 bentuk/corak sebagai ‘Trademark’ untuk coklat jenama anda.
Jika dilihat dari pengeluar coklat terkenal seperti pengeluar coklat Cadbury, Ferrero Rocher, Vochelle dan Kit – Kat, semuanya mempunyai ‘Trademark’ untuk coklat mereka sendiri. Teknik ‘Trademark’ jika anda praktikkan, akan memberi peningkatan dalam penjualan coklat anda. Trademark juga akan membuat coklat anda terkenal dimata peminat coklat. Pastikan ‘Trademark’ yang anda pilih ialah unik.
Idea ‘Trademark’ untuk coklat anda ialah memilih 1 bentuk/corak untuk jenama coklat anda. Jika anda pilih corak bunga sebagai ‘Trademark’ coklat anda, hasilkan coklat yang mempunyai corak bunga yang berbeza – beza. Setiap corak juga mempunyai rasa yang berbeza – beza.
3. Buat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif untuk coklat anda. Jika anda pernah pergi ke Pulau Langkawi, mungkin anda pernah terbeli coklat yang mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif dengan harga RM10 tetapi mempunyai rasa yang kurang enak. Bayangkan dalam 1 hari ada 500 orang pengunjung unik yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan 50 orang membeli coklat tersebut dimana setiap seorang membeli 5 kotak coklat untuk diberikan kepada sanak – saudara mereka. Berapa banyak keuntungan yang diperolehi pemilik coklat tersebut?
Harga coklat : RM10 Pembeli 50 orang. Setiap seorang membeli 5 kotak coklat.
50 X 5 = 250
250 kotak coklat terjual dalam 1 hari. Pendapatan yang diperolehi pemilik coklat : 250 X RM10 = RM2500. Kemungkinan modal yang dikeluarkan : RM500. Keuntungan yang diperolehi pemilik coklat : RM2500 – RM500 = RM2000.
RM2000 keuntungan yang diperolehi pemilik coklat dalam masa 1 hari dengan hanya menjual coklat yang mempunyai bungkusan/dekorasi coklat yang cantik dan eksklusif walaupun mempunyai rasa yang kurang enak.
Cuba anda bayangkan jika coklat yang dijual pemilik coklat tersebut sedap dan mempunyai bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif, pasti jualan coklatnya akan berlipat kali ganda.
Anda ada 2 tugasan perlu dilakukan untuk merealisasikan idea ini.
1. Membuat coklat yang sedap. Untuk tugasan ini saya anggapkan anda sudah selesaikan kerana coklat Couverture/Compound yang anda gunakan untuk membuat Handmade Chocolate sudah tentu coklat yang sedap.
2. Membuat Bungkusan/Dekorasi yang cantik dan eksklusif. Bagaimana cara untuk membuat bungkusan/dekorasi yang cantik dan eksklusif? Untuk menyelesaikan tugasan ini, anda perlu mempunyai sedikit kreativiti. Idea dekorasi untuk coklat anda, saya galakkan anda lihat coklat Ferrero Rocher.
Coklat Ferrero Rocher dibalut dengan kertas aluminium berwarna emas. Kertas aluminium yang berwarna emas membuatkan coklat Ferrero Rocher nampak eksklusif. Anda boleh mengambil idea dekorasi coklat Ferrero Rocher iaitu membalut coklat anda dengan kertas aluminium berwarna emas.
Bekas yang digunakan Ferrero Rocher juga ada pelbagai bentuk seperti segi empat, bujur dan bentuk hati. Ianya memudahkan pembeli untuk terus menjadikan coklat Ferrero Rocher tadi sebagai hadiah kepada yang tersayang
tanpa perlu membalut bekas coklat Ferrero Rocher dengan pembalut hadiah. Anda boleh mengambil idea dekorasi tersebut untuk diaplikasikan ke coklat jenama anda. Pesanan saya, jangan tiru bulat – bulat dekorasi coklat Ferrero Rocher. Ubah suai sedikit supaya nampak lebih unik dan boleh dijadikan juga ‘Trademark’ untuk coklat anda.
Tambahan untuk Handmade Chocolate juga, kebiasaan pelanggan membuat tempahan untuk dijadikan hantaran dan door give. Untuk dijadikan coklat hantaran, mungkin anda harus pandai padankan dengan bunga – bungaan dan manik – manik. Kepada yang tidak pandai menghias coklat menjadi hantaran, mungkin anda boleh upah orang untuk membuat tugas berikut. Kemudian, tinggikan sedikit harga kepada pembeli. Asalkan tidak terlalu mahal dan tidak merugikan anda.