Status Pemilikan Aset Dalam Kontrak Istiṣnāʿ Sebelum Penyerahan Lokmanulhakim Hussain International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
ABSTRAK Dalam kontrak-kontrak pembiayaan secara Islam, status pemilikan aset yang terlibat adalah sangat penting kerana ia memberi kesan ketara terhadap hak-hak dan liabiliti pihak-pihak yang berkontrak. Ini kerana status pemilikan dan kategori pemilikan sesuatu aset mendasari beberapa isu lain seperti kebebasan taṣarruf dan ḍamān terhadap aset. Dalam pembiayaan projek yang melibatkan pembinaan dan pembuatan yang berasaskan kontrak istiṣnāʿ, isu pemilikan aset istiṣnāʿ ketika tempoh pembinaan iaitu sebelum aset diserahkan kepada pelanggan kerap menjadi polemik terutama apabila berlaku kes-kes kemungkiran pemaju. Kertas kajian ini meninjau pandangan ulama tentang isu pemilikan aset istiṣnāʿ sebelum penyerahan dengan mengetengahkan dua asas yang menjadi sandaran dalam penetapan status pemilikan, iaitu takyīf fiqhī terhadap kontrak istiṣnāʿ dan status akad istiṣnāʿ adakah akad lāzim atau jā’iz. Kertas kajian ini merumuskan bahawa status pemilikan aset istiṣnāʿ dapat ditentukan berdasarkan kepada dua asas tersebut. Kata kunci: pemilikan, istiṣnāʿ, takyīf fiqhī
Pengenalan Istiṣnāʿ merupakan salah satu instrumen kewangan yang dikenali sejak zaman dahulu lagi. Dalam sesetengah kitab-kitab fiqah klasik, istiṣnāʿ dibicarakan dalam tajuk yang khusus. Semenjak industri kewangan Islam mula berkembang, perbincangan tentang istiṣnāʿ mula rancak apabila institusi-institusi kewangan Islam memilih istiṣnāʿ sebagai salah satu kaedah dalam pembiayaan. Banyak kertas kajian mula ditulis berkenaan dengan istiṣnāʿ. Pada 1992, Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam persidangan kali ke-7 di Jeddah telah membincangkan secara panjang lebar berkenaan dengan istiṣnāʿ, di mana sebanyak 12 kajian tentang istiṣnāʿ dalam pelbagai aspek dibentangkan. Sehingga kini masih terdapat isu-isu fiqah berkaitan dengan istiṣnāʿ yang memerlukan kepada kajian dan penelitian. Antara isu yang perlu kepada kajian dan penelitian ialah status pemilikan aset istiṣnāʿ (maṣnūʿ) sebelum ia diserahkan kepada pembeli (mustaṣniʿ). Istiṣnāʿ Sebagai Instrumen Kewangan Islam Istiṣnāʿ merupakan satu instrumen kewangan Islam yang berkonsepkan muʿāwaḍah (akad pertukaran/ exchange-based contract). Akad ini boleh digunakan dalam penghasilan produk atau aset yang yang hendak dibangunkan dengan spesifikasi tertentu. Sebagai contoh, kontrak istiṣnāʿ boleh diaplikasi dalam pembangunan rumah, pembinaan pesawat, kereta, kapal, peralatan kilang dan seumpamanya. Dari sudut Bahasa Arab, perkataan istiṣnāʿ membawa maksud permintaan untuk membuat sesuatu (Ibn Manẓūr, 1414H, 8:2019). Manakala dari sudut istilah fiqah, terdapat beberapa definisi diberikan oleh fuqaha. 245
Fuqaha mahab Hanafi memberikan definisi khas terhadap istiṣnāʿ. Al-Samarqandī mendefinisikannya sebagai:
ِّ ُهو عقد على َمبِيع ِِف الصانِع َّ الذ َّمة َوشرط عمله على َ “Akad ke atas suatu yang dijual secara dhimmah (dalam tanggungan) dan disyaratkan pembuatannya dilakukan oleh ṣāniʿ (pembuat)” (Al-Samarqandī, 1414H, 2:362). Ibn ʿĀbidīn pula mendefinisikannya sebagai: ص ْ الصانع) فِي ش:هو طَلَبُ ْال َع َم ِل ِم ْنه (أي ٍ َي ٍء َخاصٍّ َعلَى َوجْ ٍه َم ْخصُو “Permintaan terhadap pihak pembuat untuk melakukan pembuatan pada suatu yang tertentu dengan sifat tertentu” (1412H, 5:223). Manakala majoriti ulama dari kalangan mazhab Maliki, mazhab Syafie, dan mazhab Hanbali tidak membicarakan kontrak istiṣnāʿ secara khas sebagai satu kontrak tersendiri. Tetapi ia dibicarakan bersama-sama dengan akad lain iaitu akad salam sebagai salah satu bentuk daripada akad tersebut (Al-Nashawī, 2005, 109). Oleh itu, definisi akad istiṣnāʿ serta-syarat-syaratnya secara umum bagi ketiga-tiga mazhab tersebut adalah sama dengan definisi dan syarat-syarat akad salam. Pensyariatan istiṣnāʿ disandarkan kepada beberapa dalil. Antaranya hadis Anas ibn Mālik r.a.:
ِ ِ ٍِ ِ ِ أَنَّه رأَى ِِف ي ِد رس ِ َّ ِ َّ َ ول اللَّ ِه يم ْ َا َُ َ َُ َ ِاصََنَ ُُوا اَخََوا َ َّ ُُثَّ إ َّن الن،صلى اهللُ َعلَْيه َو َسل َم َخاَتًَا م ْن َورق يَ ْوًما َواح ًدا ِ ٍ ِ َّ ِ َّ َ ول اللَّ ِه يم ُه ْم ُ فََََر َح َر ُس،وها َ م ْن َوِرق َولَبِ ُس َ َِّاَ َخ َوا ُ فََََر َح الن،ُصلى اهللُ َعلَْيه َو َسل َم َخاَتََه Maksudnya: Beliau melihat pada tangan Rasulullah S.A.W. terdapat sebentuk cincin daripada perak pada suatu hari, kemudian orang ramai membuat cincin-cincin mereka daripada perak dan memakainya. Lalu Rasulullah S.A.W. membuang cincin baginda, lantas orang ramai juga membuang cincin-cincin mereka. (Diriwayatkan oleh alBukhārī, 1422H, 7:156, No. 5868; Muslim, t.t., 3:1657, No. 2093). Hadis Anas di atas menunjukkan bahawa para sahabat menjalankan akad istiṣnāʿ dalam pembuatan cincin pada zaman Rasulullah S.A.W. tanpa terdapat larangan daripada baginda, sekaligus menunjukkan bahawa istiṣnāʿ adalah diharuskan (al-Nashawī, 2005, 211). Pensyariatan istiṣnāʿ juga disandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W.:
ِ َ يا رس:َن امرأَةً قَالَت ِ َّ ِ ِ ِ ِِ َّارا َ ََج َُ ُل ل ْ ول اللَّه أَالَ أ َُ َ ْ ً ََ فَ َّن ِِ َُُاًَما،ك َشْيئًا َِ ْق ُُ ُد َعلَْيه َ ْ َّ أ:َع ْن َجابر بْ ِن َعْبد الله ِ َت» فَُ ِمل ِ «إِ ْن ِشْئ:ال ت املِْنبَ َر َ َق َ Maksudnya: Daripada Jābir bin ʿAbdillāh, seorang wanita telah berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku buatkan sesuatu untuk engkau duduk di atasnya, sesungguhnya aku mempunyai seorang hamba yang pandai bertukang”. Sabda Nabi Sallallahu Alahi Wasallam, “Buatlah sekiranya engkau mahu”. Maka wanita itu pun membuat mimbar tersebut (Al-Bukhārī, 1422H, 1:97, No. 449). 246
Walau bagaimanapun, fuqaha mazhab Hanafi seperti al-Sarakhsī (1414H, 12:139), AlSamarqandī (1414H, 2:363), al-Kāsānī (1406H, 5:2) dan al-Zaylaʿī (1313H, 4:123) menyandarkan pensyariatan istiṣnāʿ kepada dalil istiḥsān, kerana akad istiṣnāʿ dianggap mengandungi elemen yang menyalahi qiyās. Ini kerana dalam akad istiṣnāʿ, aset belum wujud ketika akad dimeterai, sedangkan antara syarat jual beli ialah barang yang dibeli hendaklah wujud ketika akad dimeterai. Walau bagaimanapun, akad istiṣnāʿ dibenarkan sekalipun menyalahi salah satu prinsip umum dalam akad jual beli, disebabkan wujud keperluan terhadap akad tersebut. AlKāsānī (1406H, 5:3) menjelaskan, “keharusan akad istiṣnāʿ adalah disebabkan tuntutan ḥājah, kerana seseorang manusia mungkin memerlukan kepada khuf (sejenis kasut yang diperbuat daripada kulit) atau selipar daripada satu jenis tertentu, dengan bentuk tertentu, ukuran tertentu dan spesifikasi tertentu. Mungkin jarang untuk dijumpai dengan memenuhi semua kriteria tersebut. Justeru dia perlu untuk melakukan istiṣnāʿ. Jika ia tidak harus, nescaya manusia akan ditimpa kesukaran”. Kepentingan Status Pemilikan Dalam Kontrak Kewangan Penentuan status pemilikan sesuatu aset atau manfaat dalam kontrak-kontrak kewangan adalah sangat penting. Kepentingannya dimanifestasi dengan kewujudan kesan-kesan yang signifikan dalam penentuan hak-hak pihak yang berkontrak hasil daripada pemilikan sesuatu aset yang menjadi subjek dalam kontrak. Kesan-kesan adanya pemilikan dapat didapati dalam definisi-definisi fuqaha terhadap pemilikan. Pemilikan atau dalam bahasa Arab disebut al-milk memberi maksud memperoleh sesuatu dengan kemampuan untuk menguasainya (Ibn Sīdah, 1421H, 7:54; Al-Fayrūz Ābādī, 1426H, 954). Makna pemilikan dalam istilah syarak juga tidak jauh bezanya dari sudut bahasa Arab. Al-Qarāfī mendefinisikan pemilikan sebagai:
والُوض عنه، يقتضي َتكن من يضاف إليه من انتفاعه باململوك،حكم شرعي يقدر ِف الُني أو املنفُة من حيث هو كذلك Maksudnya: “Suatu hukum syarak yang diandaikan ada pada barang (ʿayn) atau manfaat, yang membolehkan orang yang dinisbahkan kepadanya untuk mengambil manfaat daripada sesuatu yang dimiliki serta mengambil bayaran pertukaran (ʿiwaḍ) daripadanya, dari sudut ia sendiri (t.t., 3:208-209)”. Definisi yang hampir sama juga dinukilkan oleh al-Suyūtī daripada Ibn al-Subkī (AlSuyūṭī, 1411H, 316). Daripada definisi di atas, kesan syarak daripada wujudnya pemilikan ialah orang yang memiliki boleh mengambil manfaat daripada aset milikan dan boleh mengambil ʿiwaḍ (pertukaran) daripadanya. Al-Zarkashī pula mendefinisikan pemilikan sebagai:
القدرة على التصرفات اليت ال ِتُلق هبا ِبُة وال ُرامة دنيا وال آخرة Maksudnya: “Kemampuan untuk taṣarruf (mengendalikannya dengan cara jual beli dan lain-lain) tanpa memberikan sebarang kesan dan hukuman sama ada di dunia dan juga di akhirat (1405H, 3:223).” 247
Definisi ini pula memberikan penekanan kepada salah satu kesan pemilikan iaitu kebebasan pemilik untuk melakukan segala taṣarruf seperti menjual, menyewa, memberi hibah dan lain-lain. Al-Jurjānī mendefinisikan pemilikan sebagai:
وحاجزا عن ِصرف ُريه فيه ،اِصال شرعي بني اإلنسان وبني شيء يكون مَلقا لتصرفه فيه ً Maksudnya: “Suatu hubungan secara sharʿī antara manusia dengan sesuatu, yang memberikan kebebasan kepadanya untuk taṣarruf (mengendalikan dengan cara menjual dan lain-lain) padanya, dan menghalang orang lain daripada taṣarruf padanya (1403H, 229)”. Menurut definisi al-Jurjānī, selain daripada menyebut berkenaan kebebasan pemilik untuk taṣarruf (mengendalikan) pada aset yang dimiliki, beliau juga menyebut tentang halangan terhadap orang lain untuk taṣarruf pada aset milikan seseorang. Kesan-kesan Pemilikan Daripada definisi-definisi pemilikan (al-milk) yang dikemukakan di atas, pemilikan seseorang terhadap sesuatu aset akan memberi beberapa kesan, iaitu: i-
Pemilik bebas mengambil manfaat daripada aset yang dimiliki, sebagaimana dinyatakan dalam definisi Al-Qarāfī (t.t., 3:208-209) dan Ibn al-Subkī (Al-Suyūṭī, 1411H, 316).
ii-
Pemilik boleh mengambil bayaran pertukaran (ʿiwaḍ) daripada aset yang dimiliki seperti memperoleh harga jika dijual dan mendapat bayaran sewa jika disewakan, sebagaimana dalam definisi Al-Qarāfī (t.t., 3:208-209) dan Ibn al-Subkī (Al-Suyūṭī, 1411H, 316).
iii-
Pemilik bebas melaksanakan segala bentuk taṣarruf terhadap aset seperti menjual, menyewa, menghadiahkan dan mewaqafkan sebagaimana difahami dalam definisi Al-Zarkashī (1405H, 3:223) dan Al-Jurjānī (1403H, 229).
iv-
Wujud halangan terhadap orang lain yang bukan pemilik untuk melaksanakan taṣarruf terhadap aset sebagaimana dinyatakan dalam definisi Al-Jurjānī (1403H, 229).
Kategori Pemilikan Pemilikan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis kategori berdasarkan beberapa sudut. Untuk tujuan penentuan status pemilikan aset (maṣnūʿ) dalam kontrak istiṣnāʿ, kajian ini mengetengahkan dua jenis pengkategorian yang perlu diambil kira sebagaimana di bawah:
i. Pemilikan Sempurna dan Pemilikan Tidak Sempurna Jika ditinjau dari sudut sempurna atau tidak sempurna sesuatu pemilikan, ia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu (i) pemilikan sempurna dan (ii) pemilikan tidak sempurna.
248
Pemilikan sempurna memberi kesan bahawa pemilik boleh menjalankan segala bentuk taṣarruf terhadap milikannya. Manakala dalam pemilikan tidak sempurna, hanya sebahagian bentuk taṣarruf sahaja yang boleh dilakukan oleh pemilik (Al-Zarkashī, 1405H, 3:238). Sebahagian ulama mazhab Hanafi memperincikan perbezaan antara pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna dengan mengatakan bahawa pemilikan sempurna ialah pemilikan secara raqabah (keempunyaan sesuatu aset) dan juga yad (kebebasan taṣarruf), manakala pemilikan tidak sempurna ialah pemilikan dari sudut raqabah sahaja (Al-Kāsānī, 1406H, 2:313). Pemilikan secara raqabah ialah apabila terhasilnya suatu pemilikan atau keempunyaan terhadap sesuatu aset tanpa mengambil kira sama ada pemiliknya mempunyai kebebasan atau tidak untuk melakukan taṣarruf terhadap asetnya, seperti pemilikan terhadap barang yang sudah dibeli tetapi belum diserahkan kepada pembeli. Manakala pemilikan secara yad/pegangan ialah apabila pemiliknya bebas taṣarruf terhadap aset milikannya, seperti pemilikan terhadap barang belian yang sudah diserahkan (qabḍ) kepada pembelinya. Pemilikan secara / yad pegangan adalah lebih kuat daripada pemilikan secara raqabah semata-mata. Al-Taftāzānī menjelaskan, “Dan pemilikan secara yad/pegangan adalah lebih kuat daripada pegangan secara raqabah kerana memperoleh manfaat dan juga taṣarruf merupakan maksud daripada pemilikan. Pemilikan secara raqabah adalah wasilah kepadanya” (t.t., 2:345). Antara kesan pemilikan sempurna ialah, “harta itu berada di tangannya, ia tidak berkaitkaitan dengan hak orang lain, pemiliknya bebas taṣarruf pada harta tersebut dengan pilihannya, dan faedah-faedah yang terhasil adalah untuknya” (Al-Qarḍāwī, 1393H, 130). ii. Pemilikan Tetap dan Pemilikan Tidak Tetap Pemilikan jika ditinjau dari sudut kemungkinan gugur dibahagikan kepada dua kategori, iaitu (i) pemilikan tetap, dan (ii) pemilikan tidak tetap. Pemilikan tetap (mustaqirr) ialah yang tidak berkemungkinan gugur walaupun berlaku kemusnahan terhadap aset milikan atau terhadap tukarannya, seperti pemilikan pihak penjual terhadap bayaran harga sesuatu barang yang dijual selepas berlakunya penyerahan barang jualan tersebut. Manakala pemilikan tidak tetap ialah pemilikan yang berkemungkinan gugur (Al-Zarkashī, 1405H, 3:240). Status Pemilikan Maṣnūʿ Sebelum Penyerahan Status pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada mustaṣniʿ dapat ditentukan dengan melihat kepada dua perkara utama yang memberi kesan kepada pemilikan, iaitu: i-
Takyīf fiqhī akad istiṣnāʿ
ii-
Status istiṣnāʿ adakah akad lāzim atau jā’iz.
249
i. Takyīf Fiqhī Akad Istiṣnāʿ Takyīf fiqhī terhadap suatu permasalahan ialah proses memperhalusinya dan menghubungkannya kepada suatu asas yang muktabar (Qalʿajī, 1408H, 143). Walaupun akad istiṣnāʿ dianggap oleh sebahagian ulama sebagai satu akad khas, tetapi disebabkan wujudnya perselisihan tentang hakikat akad tersebut, maka perbincangan tentang takyīf fiqhī bagi akad istiṣnāʿ adalah perlu. Terdapat beberapa pandangan ulama dalam menentukan takyīf fiqhī bagi akad istiṣnāʿ. Takyīf Fiqhī Pertama: Waʿd Istiṣnāʿ dianggap sebagai wa’d (janji) dan bukan sebagai satu kontrak atau akad. Antara yang memilihi pandangan ini ialah al-Ḥākim al-Shahīd sebagaimana dinukilkan oleh Al-Zaylaʿī (1313H, 4:123), Muḥammad ibn Salamah, al-Ṣaffār dan lain-lain dari kalangan ulama mazhab Ḥanafī (Al-Nashawī, 2005M, 265-266). Mereka menganggap bahawa istiṣnāʿ hanya satu janji dan bukannya akad jual beli. Akad jual beli dalam istiṣnāʿ hanya berlaku selepas selesai pembuatannya dan diserahkan kepada mustaṣniʿ. Oleh sebab ia sekadar waʿd (janji) dan bukannya akad jual beli, maka kedua-duanya mempunyai khiyār (pilihan) (Al-Zaylaʿī, 1313H, 4:123). Status Pemilikan Sebelum Penyerahan: Jika mengambil kira takyīf fiqhī istiṣnāʿ sebagai waʿd ataupun muwāʿadah, maka tidak ada pertikaian bahawa mustaṣniʿ tidak mempunyai apa-apa pemilikan terhadap maṣnūʿ sebelum penyerahan maṣnūʿ kerana tidak ada sebarang akad dimeterai antara ṣāniʿ dan mustaṣniʿ. Hanya selepas akad jual beli maṣnūʿ terjadi kemudiannya, barulah pemilikan berpindah milik kepada mustaṣniʿ. Takyīf Fiqhī Kedua: Jual Beli Istiṣnāʿ adalah kontrak jual beli, tetapi ia tidak menyamai sepenuhnya jual beli normal kerana ia adalah kontrak jual beli yang disyaratkan ada unsur pembuatan. Ini sebagaimana dijelaskan oleh al-Sarakhsī ketika membahagikan akad jual beli kepada empat kategori, antaranya: ٌ ا ْعلَ ْم بِأ َ َّن ْالبُيُو َع أَ ْن َوا … َوبَ ْي ُع َعي ٍْن ُش ِرطَ فِي ِه ْال َع َم ُل َوهُ َو ِاِل ْستِصْ نَا ُع.. ٌع أَرْ بَ َعة Maksudnya: “Ketahuilah bahawa jual beli mempunyai empat kategori;… dan jual beli ʿayn dengan disyaratkan pembuatan padanya, iaitu istiṣnāʿ” (Al-Sarakhsī, 1414H, 15:84). Berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, maka istiṣnāʿ adalah satu akad jual beli khas kerana terdapat perbezaan dengan jual beli normal dalam beberapa sudut, iaitu: i-
Terdapat khiyār al-ru’yah dalam jual beli tersebut, sedangkan dalam jual beli biasa tidak ada khiyār al-ru’yah kecuali dengan pensyaratan.
ii-
Disyaratkan dalam jual beli ini ada proses pembuatan, sedangkan dalam jual beli biasa tidak ada pensyaratan tersebut (Al-Sarakhsī, 1414H, 15:84; AlNashawī, 2005, 278).
Status Pemilikan Sebelum Penyerahan: 250
Pandangan yang mengatakan takyīf fiqhī bagi istiṣnāʿ adalah jual beli dalam bentuk yang khas adalah hampir menyamai takyīf fiqhī bahawa istiṣnāʿ adalah akad salam. Ini kerana salam merupakan salah satu bentuk jual beli (Al-Shāfiʿī, 1410H, 3:94). Tetapi ia mempunyai perbezaan daripada jual beli biasa dalam beberapa perkara. Maka begitu juga istiṣnāʿ adalah satu bentuk jual beli tetapi mempunyai beberapa perbezaan daripada jual beli biasa. Justeru, berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, status pemilikan sebelum penyerahan adalah sama dengan status pemilikan sebelum penyerahan dalam akad salam yang akan dinyatakan dalam takyīf fiqhī keempat. Takyīf Fiqhī Ketiga: Akad Ijārah dan Jual Beli Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa istiṣnāʿ merupakan kontrak ijārah pada permulaan dan jual beli pada pengakhiran. Kontrak jual beli maṣnūʿ terjadi sebelum penyerahannya kepada mustaṣniʿ. Ini dinyatakan oleh sebilangan fuqaha Ḥanafiyyah antaranya: Di dalam Tabyīn al-Ḥaqā’iq:
ِ ِ ِ ِ َّسلِي ِم َ يَْن َُق ُد:يل ْ إج َارًة ابْت َداءً َوبَْي ًُا انْت َهاءً قُبَ ْي َل الت َ َوق Maksudnya: “Dikatakan bahawa akadnya terjadi sebagai ijārah pada permulaan, dan jual beli pada pengakhiran sejurus sebelum penyerahan” (Al-Zaylaʿī, 1313H, 4:124). Ibn Nujaym juga menyatakan:
ِ هو إجارةٌ ابتِداء ب يع انْتِهاء لَ ِكن قَبل الت ِ َّسلِي ِم ْ َّسلي ِم َال عْن َد الت ْ َ ْ ْ ً َ ٌ َْ ً َ ْ َ َ َ ُ “Ia (istiṣnāʿ) adalah ijārah pada permulaan, dan jual beli pada pengakhiran tetapi sebelum penyerahan bukannya ketika penyerahan” (t.t., 6:186). Yang dimaksudkan dengan unsur ijārah di sini ialah ijārah ʿala al-ʿamal iaitu upah melakukan sesuatu perkhidmatan, dan dalam konteks istiṣnāʿ ialah upah melakukan pembuatan. Setelah selesai pembuatan, barulah berlakunya akad jual beli iaitu sebelum penyerahan kepada mustaṣniʿ. Hujah mereka yang berpendapat demikian ialah jika sekiranya ṣāniʿ meninggal dunia ketika tempoh istiṣnāʿ iaitu sebelum selesai pembuatan, maka akad istiṣnāʿ dikira terbatal. Mereka berhujah bahawa jika sekiranya istiṣnāʿ adalah akad jual beli sejak permulaan hingga pengakhiran, sudah pasti akad tersebut tidak terbatal disebabkan kematian, sebagaimana dalam jual beli biasa dan jual beli salam (Ibn Māzah, 1424H, 7:135). Status Pemilikan Sebelum Penyerahan: Berdasarkan kepada takyīf fiqhī ini, status pemilikan maṣnūʿ dapat ditentukan dalam dua peringkat. Peringkat Ijārah Ketika peringkat pertama iaitu dalam tempoh istiṣnāʿ dianggap sebagai ijārah, status maṣnūʿ adalah di bawah pemilikan ṣāniʿ, kerana ijārah ‘ala al-ʿamal tidak memberi 251
kesan kepada pemindahan pemilikan. Inilah yang dinyatakan oleh kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah bahawa sebelum mustaṣniʿ melihat maṣnū, dia berhak untuk menjualnya kepada orang lain. Ibn Nujaym menyatakan:
ِ َّ ِل ِ صنِ ُع َ ُصن ْ َوع قَ ْب َل أَ ْن يََراهُ الْ ُم ْست ْ يع الْ َم َ لصان ِع أَ ْن يَب Maksudnya: “(Harus) bagi ṣāniʿ menjual maṣnūʿ (kepada orang lain) sebelum mustaṣniʿ melihatnya (t.t., 6:186)”. Al-Sarakhsī secara jelas mengemukakan ʿillah bahawa ṣāniʿ berhak menjual maṣnūʿ kepada orang lain adalah kerana maṣnūʿ merupakan miliknya sebelum mustaṣniʿ melihat maṣnūʿ tersebut. Katanya:
ِ ِ ِ َالصانِع قَبل أَ ْن ي راه الْمست ك نَ ْف ِس ِه َ اع ِم ْل َ َصن ُع فَبَ ْي ُُهُ َجائٌز؛ ِلَنَّهُ ب َ ََوإِ ْن ب ْ ْ ُ ُ ََ َ ْ ُ َّ ُاعه “Jika ṣāniʿ menjualnya sebelum mustaṣniʿ melihatnya, maka jual belinya itu adalah harus, kerana dia menjual sesuatu miliknya (Al-Sarakhsī, 1414H, 15:90)”. Peringkat Jual Beli Manakala pada peringkat kedua istiṣnāʿ iaitu selepas selesai proses pembuatan yang mengambil hukum ijārah, dan sebelum ṣāniʿ menyerahkan maṣnūʿ, maka terjadi akad jual beli. Pada peringkat ini, pemilikan maṣnūʿ berpindah kepada mustaṣniʿ berasaskan kepada akad jual beli. Namun terdapat perbahasan berkenaan status pemilikan mustaṣniʿ pada ketika itu adakah ia jatuh dalam ketagori pemilikan lāzim atau pemilikan tidak lāzim. Perkara ini akan dibincangkan dalam tajuk ‘Status Istiṣnāʿ Adakah Akad Lāzim Atau Jā’iz’.
Takyīf Fiqhī Keempat: Salam Istiṣnāʿ merupakan akad salam. Ini adalah pandangan majoriti ulama selain Ḥanafiyyah. Mereka (Mālikiyyah, Shāfiʿiyyah dan Ḥanābilah) membicarakan istiṣnāʿ di bawah tajuk salam, dan hukum-hakam serta syarat-syarat salam juga terpakai kepada istiṣnāʿ (Al-Zarqā’, 1412H, Bil. 7, 2:234). Status Pemilikan Sebelum Penyerahan: Berdasarkan kepada takyīf fiqhī bahawa istiṣnāʿ adalah akad salam, maka status pemilikan maṣnūʿ sebelum penyerahan juga sama seperti status pemilikan muslam fīh sebelum penyerahannya kepada pembeli dalam akad salam. Dalam akad salam, apabila kontrak telah dimeterai dengan cukup segala syaratsyaratnya, maka bayaran (ra’s māl al-salam) berpindah milik kepada penjual (muslam ilayh). Perkara ini tidak diperselishkan oleh ulama. Begitu juga muslam fīh akan berpindah milik kepada pembeli (muslim). Cuma pemilikan dalam tempoh tersebut adalah pemilikan yang tidak tetap (Nazīh Ḥammād, 1417H, Bil. 9, 1:587). Al-Suyūṭī menjelaskan: 252
ِ مستَ ِقَّرةٌ َّإال دي نًا و:ض الْم َقابِ ِل ََلا ِ ِ ِّ ون الَِّيت ِِف ِ ِ َجيع الدُّي َّ ُه َو َديْ ُن:اح ًدا ُالسلَ ِم فَِنَّه ُ ُ َ َو َ َْ ُْ َ ُ ِ الذ َّمة بَ ُْ َد لُُزوم َها َوقَ ْب ِ ِ ِوإِ ْن َكا َن َال ِزما فَهو َُي ر مست ِقٍّر وإََِّّنَا َكا َن َُي ر مست ِقٍّر ; ِِلَنَّه ب اع الْ ُم ْسلَ ِم فِ ِيه َْ ُ َْ ُ ََص َدد أَ ْن يَََْرأَ انْق َ ُ َ َْ ُ ُْ َُ ً َ “Semua dayn yang dalam tanggungan (dhimmah) selepas ia dikira lāzim dan selepas diserahkan muqābilnya, adalah dayn yang tetap kecuali satu jenis dayn sahaja iaitu dayn salam. Walaupun akad tersebut sudah lāzim, dayn tersebut tidak tetap. Ia tidak tetap kerana ia terdedah kepada kemungkinan ketidakwujudan muslam fīh. (1411H, 326)”. Berdasarkan kepada status pemilikan tidak tetap ini, majoriti ulama tidak membenarkan iʿtiyāḍ atau istibdāl dengan barangan lain, dan tidak membenarkan pembeli (muslim) menjualnya kepada orang lain sebelum muslam fīh itu diserahkan kepadanya. Terdapat pandangan minoriti bahawa harus bagi pembeli (muslim) menjual muslam fīh sebelum ia diserahkan kepadanya. Ia adalah satu riwayat dalam mazhab Ḥanbalī dan dipilih oleh Ibn Taymiyyah. Kata Ibn Taymiyyah:
ِ ِ ِ ِّ وََيوز ب يع الدَّي ِن ِِف ََْ َد ْ السلَ ِم َو َُ ِْريِه َوُه َو ِرَوايَةٌ َع ْن أ َّ ني َديْ ِن َ ْ َالذ َّمة م ْن الْغَ ِرِمي َو َُ ِْريه َوَال فَ ْر َق ب ْ ُ َْ ُ ُ َ “Harus menjual dayn yang dalam tanggungan kepada penghutang dan kepada selainnya, tidak ada beza antara dayn salam dan lain-lain jenis dayn. Ia adalah satu riwayat daripada Aḥamd (1408H, 5:393)”. Berdasarkan kepada perbahasan ulama mengenai pemilikan muslam fīh selepas akad dan sebelum diserahkan kepada muslim, maka dapat disimpulkan bahawa dalam konteks istiṣnāʿ yang mencukupi segala syarat salam, maṣnūʿ dikira berpindah milik kepada mustaṣniʿ, cuma terdapat perselisihan adakah pemilikan tersebut dikira pemilikan yang tetap atau pemilikan yang tidak tetap. Majoriti berpandangan ia adalah pemilikan yang tidak tetap, di mana mustaṣniʿ dalam tempoh tersebut tidak berhak untuk taṣarruf terhadapnya. Manakala segelintir berpandangan ia adalah pemilikan yang tetap. ii. Status Istiṣnāʿ Adakah Akad Lāzim Atau Jā’iz. Status sesuatu akad sama ada ia lāzim atau tidak lāzim mempunyai kesan dalam perbahasan tentang pemilikan sesuatu yang dikontrakkan. Dalam isu ini, hanya takyīf fiqhī kedua iaitu istiṣnāʿ sebagai jual beli dan takyīf fiqhī ketiga iaitu istiṣnāʿ sebagai ijārah beserta jual beli sahaja yang akan dibincangkan. Manakala takyīf fiqhī lain tidak dibincangkan dalam isu ini. Ini kerana dalam waʿd sebagaimana takyīf fiqhī pertama, tidak ada apa-apa akad terjadi, maka perbincangan lāzim dan tidak lāzim sesuatu akad adalah tidak relevan. Ini kerana jika istiṣnāʿ dianggap sekadar janji maka ia tidak dianggap sebagai akad lāzim kecuali selepas ia diserahkan dan pembeli (mustaṣniʿ) menerimanya (Al-Qaradaghī, 1412H, 343). Manakala salam pula sebagaimana takyīf fiqhī ketiga, tidak perlu kepada perbincangan lāzim atau tidak lāzim akad tersebut, kerana tidak ada khilaf di kalangan fuqaha bahawa akad salam yang mencukupi syarat-syaratnya adalah akad lāzim. Cuma persoalan di sana adakah ia membawa kepada pemilikan lāzim atau tidak sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini. 253
Berkenaan isu lāzim atau tidak lāzim akad istiṣnāʿ sebagaimana diperbahaskan terutama oleh fuqaha Ḥanafiyyah, terdapat beberapa pandangan yang secara ringkasnya boleh dibincangkan berdasarkan kepada peringkat-peringkat dalam istiṣnāʿ: Peringkat Pertama: Selepas dimeterai akad istiṣnāʿ, tetapi ṣāniʿ belum memulakan apaapa pekerjaan. Peringkat Kedua: Selepas ṣāniʿ memulakan pekerjaan dan sebelum selesai pembuatan maṣnūʿ. Peringkat Ketiga: Selepas selesai pembuatan maṣnūʿ dan sebelum dilihat oleh mustaṣniʿ. Peringkat Keempat: Selepas dilihat oleh mustaṣniʿ. Pandangan-pandangan ulama Ḥanafiyyah tentang lāzim dan tidak lāzim akad istiṣnāʿ boleh diringkaskan kepada dua pendapat (dengan setiap pendapat ada perincian tersendiri). Dua pendapat yang diberikan penekanan di sini adalah seperti berikut: (a) Pandangan Majoriti Ḥanafiyyah: Kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah berpendapat secara umumnya bahawa istiṣnāʿ adalah akad jā’iz, bukannya lāzim. Pada peringkat pertama iaitu sebelum ṣāniʿ memulakan apa-apa pekerjaan pembuatan, status akad istiṣnāʿ adalah jā’iz dan tidak lāzim. Bahkan sebilangan mereka menukilkan kesepakatan, seperti dinyatakan oleh Al-Kāsānī:
ٍ ٍ بََِا ِخ ََا،َجيُا ِ ِ اْلانِب ف ْ َ َْ أَنَّهُ َع ْق ٌد َُْي ُر َال ِزم قَ ْب َل الْ َُ َم ِل ِِف ً َ ني “Ia adalah akad yang tidak lāzim sebelum pembuatan, iaitu bagi kedua-dua pihak, tanpa khilaf (1406H, 5:3)”. Manakala selepas proses pembuatan dimulakan oleh ṣāniʿ sehingga selesai peroses pembuatan maṣnūʿ, tetapi sebelum ia diperlihatkan kepada mustaṣniʿ, ia juga masih dalam kategori akad tidak lāzim di sisi kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah. Maka pada peringkat Kedua dan Ketiga, kedua-dua pihak sama ada ṣāniʿ atau mustaṣniʿ mempunyai khiyār untuk rujūʿ daripada akad mereka. Al-Kāsānī menyatakan:
ِ ِ ِ َّ ِ ح ََّّت َكا َن ل،ك ِ َوأ ََّما ب ُ َد الْ َفر ِاغ ِمن الُْم ِل قَبل أَ ْن ي راه الْمست ْ ْ ُ ُ ََ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ لصان ِع أَ ْن يَبِي َُهُ ِم َ َ فَ َك َذل،صن ُع ََّن َشاء “Manakala selepas selesai pembuatan, sebelum dilihat oleh mustaṣniʿ, maka begitu juga (sifatnya adalah ia akad tidak lāzim), sehingga harus bagi ṣāniʿ menjualnya kepada sesiapa yang dikehendakinya (1406H, 5:3)”. Daripada kenyataan tersebut, didapati bahawa pemilikan maṣnūʿ dalam tempoh tersebut (Peringkat Kedua dan Peringkat Ketiga) adalah di bawah pegangan ṣāniʿ. Manakala selepas maṣnūʿ diperlihatkan kepada mustaṣniʿ, pada masa tersebutlah dikira berlaku akad jual beli, tetapi kebanyakan fuqaha Ḥanafiyyah masih memberikan khiyār ru’yah kepada mustaṣniʿ. Dengan adanya khiyār bagi mustaṣniʿ, sekalipun akad jual 254
beli telah berlaku, tetapi pemilikannya adalah pemilikan yang tidak tetap, sehinggalah mustaṣniʿ menerimanya. (b) Pandangan Kedua: Akad istiṣnāʿ dikira akad lāzim bermula daripada termeterainya akad, sekalipun sebelum ṣāniʿ memulakan apa-apa pekerjaan pembuatan. Ini adalah salah satu riwayat Abū Yūsuf sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Māzah dalam al-Muḥīṭ al-Burhānī:
ُث رجع، َيرب املستصنع دون الصانع وهو رواية عن أصحابنا رْهم اهلل:ًوقال أبو يوسف رْه اهلل أوال ال خيار لواحد منهما بل َيرب الصانع على الُمل وَيرب املصنوع على القبول:أبو يوسف عن هذا وقال “Abu Yūsuf -rahimahullah- berpendapat pada mulannya bahawa mustaṣniʿ diwajibkan dan ṣāniʿ tidak diwajibkan, dan ini adalah satu riwayat daripada ulama-ulama kami, kemudian Abū Yūsuf menarik balik pendapatnya itu dan mengatakan bahawa tidak ada khiyār bagi setiap daripada kedua-duanya, maka ṣāniʿ diwajibkan melakukan pembuatan, dan mustaṣniʿ diwajibkan menerimanya. (1424H, 7:136)”. Pandangan inilah yang diambil oleh Majallah al-Aḥkām al-ʿAdliyyah:
ِ إ َذا انُْ َق َد ِاالستِصنَاع فَلَي وع ُّ َح ِد الْ َُاقِ َديْ ِن ُ الر ُج َ َ س ِل َ ْ ُ ْ ْ Maksudnya: “Apabila termeterainya akad istiṣnāʿ maka tidak harus bagi seseorang antara kedua-dua yang berakad untuk rujuk daripadanya ( t.t., 76). Kecuali sekiranya setelah maṣnūʿ diperlihatkan kepada mustaṣniʿ dan didapati bahawa ia tidak menepati ciri-cirinya seperti yang diakadkan, maka dia mempunyai khiyār, sama ada khiyār ʿayb ataupun khiyār al-waṣf (mengikut yang berkenaan) (ʿAlī Ḥaydar, 1411H, 425). Pandangan ini juga diambil oleh Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī dalam Resolusi No. 65 (3/7) yang memutuskan bahawa:
ملزم للَرفني إذا ِوافرت فيه اِلركان-وهو عقد وارد على الُمل والُني ِف الذمة- إن عقد االستصناع .والشروط “Bahawa akad istiṣnāʿ -iaitu akad yang dimeterai terhadap pembuatan dan barangan secara dalam tanggungan- adalah lāzim bagi kedua-dua pihak sekiranya mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya”. Kesan Status Lāzim atau Jā’z terhadap pemilikan maṣnūʿ sebelum diserahkan kepada mustaṣniʿ. Jika mengambil pandangan majoriti Ḥanafiyyah, bahawa istiṣnāʿ adalah akad jā’iz dan bukannya akad lāzim, maka pemilikan maṣnūʿ sebelum diterima oleh mustaṣniʿ adalah di bawah pegangan ṣāniʿ. Justeru dia bebas untuk menjualnya kepada pihak lain sekiranya dia kehendaki. Tetapi dari sudut pemilikan dalam tanggungan (milk fi al-dhimmah), maka pemilikan tersebut telah berpindah kepada mustaṣniʿ, secara pemilikan yantg tidak tetap. 255
Ini dinyatakan oleh al-Kāsānī:
ِ ِ ِ ِ ِ ِ وأ ََّما حك ِ وثُبوت الْ ِم ْل،الذ َّم ِة ِ ْ َُ ْصنِ ِع ِِف ال لصانِ ِع َّ ِك ل ُ ُ َ ِّ ني الْ َمبِ َيُة ِِف ُ ُ فَ ُه َو ثُب:صنَ ِاع ْ َوت الْم ْلك ل ْل ُم ْست ْ ْم اال ْست ُ ُ َ ٍِِف الثَّم ِن ِم ْل ًكا ُي ر َال ِزم َ َ َْ “Manakala hukum istiṣnāʿ, ialah sabitnya pemilikan bagi mustaṣniʿ terhadap ‘ayn yang dijual pada dhimmah, dan sabitnya pemilikan bagi ṣāniʿ terhadap harga secara pemilikan yang tidak lāzim. (Al-Kāsānī, 1406H, 5:3)”. Jika mengambil pandangan minoriti yang mengatakan bahawa akad istiṣnāʿ adalah akad lāzim semenjak ia dimeterai lagi, penulis tidak menjumpai perbincangan khusus fuqaha berkenaan dengan status pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada mustaṣniʿ dengan mengambil kira pandangan terpencil ini. Pada pandangan penulis -Wallahu A’lam- berdasarkan kepada kaedah-kaedah umum dan naẓā’ir fiqhiyyah dalam bab-bab lain, jika pandangan ini diambil, maka: i-
Mustaṣniʿ dikira sudah memiliki maṣnūʿ, tetapi pemilikan dalam dhimmah, sebagaimana dalam bab salam. Adalah suatu yang tidak menepati prinsip syarak untuk mengatakan bahawa mustaṣniʿ telah memiliki ʿayn maṣnūʿ secara tertentu bermula daripada termeterainya akad istiṣnāʿ, kerana maṣnūʿ belum lagi wujud ketika akad dimeterai. Maka pemilikannya terhadap maṣnūʿ adalah pemilikan dalam dhimmah, sebagaimana dalam bab salam.
ii-
Pemilikan mustaṣniʿ terhadap maṣnūʿ (secara dalam dhimmah) adalah pemilikan yang tidak tetap, sebagaimana dalam bab salam, pemilikan muslim terhadap muslam fīh adalah pemilikan yang tidak tetap, sekalipun akad salam adalah akad lāzim. Ini kerana adanya kebarangkalian ṣāniʿ tidak mampu menyelesaikan pembuatan maṣnūʿ, sebagaimana dalam bab salam, adanya kebarangkalian tersebut.
Justeru, berdasarkan kepada pandangan kedua ini iaitu istiṣnāʿ adalah akad lāzim sejak daripada akad dimeterai, mustaṣniʿ dikira memiliki maṣnūʿ secara dalam dhimmah dan pemilikan tersebut adalah pemilikan yang tidak tetap, sehinggalah ia diserahkan kepadanya. Kesimpulan Isu pemilikan maṣnūʿ sebelum ia diserahkan kepada mustaṣniʿ berhubung rapat dengan takyīf fiqhī terhadap akad istiṣnāʿ dan juga isu adakah ia akad lāzim atau jā’iz. Jika istiṣnāʿ dianggap sebagai waʿd, maka maṣnūʿ dalam tempoh sebelum diserahkan adalah di bawah pemilikan ṣāniʿ. Jika istiṣnāʿ ditakyīf sebagai jual beli, ataupun sebagai ijārah yang diakhiri dengan jual beli, dan pandangan bahawa ia adalah akad lāzim yang diambil, maka sebelum pembuatan bermula sehingga selesai pembuatan sebelum diserahkan kepada mustaṣniʿ, mustaṣniʿ dikira sudah memiliki maṣnūʿ, tetapi pemilikan secara dhimmah dan pemilikan tersebut adalah pemilikan yang tidak tetap.
256
Manakala jika istiṣnāʿ dianggap sebagai salam, maka pemilikan maṣnūʿ juga dikira berpindah kepada mustaṣniʿ secara dhimmah dan ia juga dianggap pemilikan yang tidak tetap. Sekian.
Rujukan Al-Bukhārī. (1422H). Ṣaḥīḥ al-Bukhārī. Dār Ṭawq al-Najāh. Al-Fayrūz Ābādī. (1426H). Al-Qāmūs al-Muḥīṭ. Beirut: Mu’assasah al-Risālah. Al-Jurjānī. (1403H). Al-Taʿrīfāt. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Al-Kāsānī. (1406H). Badā’iʿ al-Ṣanā’iʿ. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Al-Nashawī, Nāṣir Aḥmad Ibrāhīm. (2005M). Aḥkām ʿAqd al-Istiṣnāʿ fī al-Fiqh alIslāmī. Al-Iskandariah: Ḍar al-Jāmiʿah al-Jadīdah li al-Nashr. Al-Samarqandī, ʿAlā’ al-Dīn, Muḥammad ibn Aḥmad. (1414H). Tuḥfah al-Fuqahā’. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Al-Sarakhsī, Muḥammad ibn Aḥmad ibn Abī Sahl. (1414H). Al-Mabsūṭ. Beirut: Dār al-Maʿrifah. Al-Shāfiʿī, Muḥammad ibn Idrīs. (1410H). Al-Umm. Beirut: Dār al-Maʿrifah. Al-Suyūṭī. (1411H). Al-Ashbāh wa al-Naẓā’ir. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Al-Taftāzānī. (t.t.). Sharḥ al-Talwīh ʿAlā al-Tawḍīḥ. Egypt: Maktabah Ṣubayḥ. Al-Qarāfī. (t.t.). Al-Furūq. ʿĀlam al-Kutub. Al-Qarḍāwī. (1393H). Fiqh al-Zakāh. Beirut: Mu’assasah al-Risālah. Al-Qaradaghī. (1412H). ʿAqd al-Istiṣnāʿ. Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. Bil. 7.
Al-Zarkashī. (1405H). Al-Manthūr fi al-Qawāʿid al-Fiqhiyyah. Wizārat al-Awqāf alKuwaytiyyah. Al-Zarqā’, Muṣṭafā Ahmad. (1412H). ʿAqd al-Istiṣnāʿ wa Madā Ahammiyyatihī fī alIstithmārāt al-Islāmiyyah al-Muʿāṣirah. Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. Bil. 7. Al-Zaylaʿī, Uthmān ibn ʿAlī. (1313H). Tabyīn al-Ḥaqā’iq Sharḥ Kanz al-Daqā’iq. Cairo: Al-Maṭbaʿah al-Kubrā al-Amīriyyah. ʿAlī Ḥaydar. (1411H). Durar al-Ḥukkām fī Sharḥ Majallah al-Aḥkām. Dār al-Jayl. Ibn ʿĀbidīn, Muḥammad Amīn ibn ʿUmar. (1412H). Radd al-Muḥtār ʿalā al-Durr alMukhtār. Beirut: Dār al-Fikr. Ibn Manẓūr, Jamāl al-Dīn, Abu al-Faḍl. (1414H). Lisān al-ʿArabī. Beirut: Dār Ṣādir. 257
Ibn Māzah, Burhān al-Dīn. (1424H). Al-Muḥīṭ al-Burhānī fī al-Fiqh al-Nuʿmānī. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Ibn Nujaym, Zayn al-Dīn ibn Ibrāhīm ibn Muḥammad, al-Miṣrī. (t.t.). Al-Baḥr al-Rā’iq. Dār al-Kitāb al-Islāmī. Ibn Sīdah. (1421H). Al-Muḥkam wa al-Muḥīṭ al-Aʿẓam. Beirut: Dār al-Kutub alʿIlmiyyah. Ibn Taymiyyah, Taqiyy al-Dīn Aḥmad ibn ʿAbd al-Ḥalīm. (1408H). Al-Fatāwā alKubrā. Dār al-Kutub al-ʿIlmiyyah. Muslim. (t.t.). Ṣaḥīḥ Muslim. Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-ʿArabiy. Nazīh Ḥammād. (1417H). Al-Salam wa Taṭbīqātuhū al-Muʿāṣirah. Majallah Majmaʿ al-Fiqh al-Islāmī. Bil. 9. Qalʿajī, Muḥammad Rawwās. (1408H). Muʿjam Lughah al-Fuqahā. Dār al-Nafā’is.
258