SKIM PINJAMAN PELAJARAN TINGGI FELDA
LATAR BELAKANG
1.
Tabung ini adalah untuk membantu anak peneroka mendapat sumber
kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Kemudahan skim ini dibuka untuk anak peneroka yang berkelayakan.
2.
Skim ini dikeluarkan kepada mereka yang mengikuti kursus Ijazah dan
kursus Diploma di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja. Pinjaman diberi untuk selama tempoh kursus yang diikuti dan dikeluarkan mengikut penggal semester pengajian institusi di mana peminjam pelajaran tinggi dibuat kepada pelajar-pelajar melalui Bendahari Universiti/Institusi Pengajian Tinggi.
SYARAT PINJAMAN
1.
Peminjam yang layak ialah:
i.
Anak peneroka.
ii.
Anak tiri atau anak angkat peneroka yang didaftarkan yang bersama memasuki rancangan atau yang dipelihara dari kecil oleh peneroka.
iii.
Warganegara Malaysia
iv.
Tidak menerima sebarang bantuan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak. Sekiranya peminjam didapati telah menerima bantuan daripada pihak lain, Felda berhak menarikbalik pinjaman pada bila-bila masa tanpa memberi notis dan pinjaman hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. 1
v.
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.
Keutamaan pemberian Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi berasaskan kepada:
i.
Kelulusan pelajaran
ii.
Kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat SPM/SPMV.
iii.
Kelulusan tambahan
iv.
Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau IPTS yang mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.
v.
Kegiatan luar
vi.
Pendapatan bapa/penjaga
vii.
Bilangan tanggungan ibu bapa
viii.
Pengalaman dan latar belakang
ix.
Kecerdasan dan pengetahuan
3.
Memenuhi had umur seperti berikut: i.
Program Lepasan SPM – 19 tahun ke bawah
ii.
Program Ijazah Pertama – tidak melebihi 30 tahun.
BENTUK DAN JUMLAH PINJAMAN
i.
Pinjaman ini tidak dikenakan faedah.
ii.
Pinjaman ini dikeluarkan kepada calon-calon yang mengambil jurusan pilihan masing-masing di peringkat Diploma atau Ijazah.
Diploma
RM4,500
Ijazah
RM6,000
2
BAYARAN KEMBALI
1.
Bayaran kembali pinjaman dibuat selepas dua bulan pinjaman dikeluarkan
dan dibayar oleh penjaga sama ada melalui pembayaran tunai atau potongan daripada paysheet sebanyak RM50 sebulan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar yang baru.Tempoh bayaran kembali pinjaman dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman telah dikeluarkan.
Kriteria
bayaran kembali pinjaman adalah seperti berikut:
2.
Jumlah
Tempoh Bayaran Kembali
RM4,500 - RM5,000
36 bulan
RM5,100 - RM7,000
48 bulan
RM7,100 - RM9,000
60 bulan
RM9,000 dan ke atas
70 bulan
Peminjam yang gagal menamatkan pengajiannya atas apa jua sebab,
bayaran kembali pinjaman hendaklah dijelaskan selepas enam bulan kegagalan disahkan. Jika peminjam gagal berbuat demikian, penjamin bertanggungjawab menjelaskan apa-apa jua baki pinjaman.
Jika peminjam meninggal dunia
pinjaman akan terhapus.
3.
Permohonan mestilah dibuat
melalui borang yang boleh didapati dari
Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ibu Pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. Borang permohonan yang telah diisi hendaklah disokong oleh Timbalan Pengerusi JKKR Rancangan, Pengurus Rancangan dan Pengurus Besar Wilayah. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran.
3
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMINJAM
1.
Pinjaman hendaklah dibayar selepas 6 bulan menamatkan pengajian atau
apabila mendapat pekerjaan tetap mengikut mana yang terdahulu. Notis tuntutan akan dikemukakan kepada peminjam bagi maksud ini. Peminjam dinasihatkan menghubungi SPPTF sekiranya tidak memnerima notis bayaran balik selepas 6 bulan tamat pengajian.
2.
Peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada SPPTF jika terdapat
sebarang perubahan alamat termasuk alamat-alamat penjaminnya beserta dengan nombor telefon (rumah & pejabat) serta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan.
3.
Felda akan mengenakan tindakan kepada peminjam yang tidak membayar
pinjamannya dalam masa yang ditetapkan tanpa sebarang alasan, dengan memotong pendapatan bulanan bapa atau penjaganya, atau penjaminnya. CARA MEMBUAT BAYARAN SPPTF
4.
Pembayaran boleh dibuat mengikut cara berikut: i.
Tunai
Bayaran tunai boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Tingkat Dua, Jabatan Kewangan, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur atau di mana-mana Pejabat Wilayah Felda yang berhampiran. Bayaran tunai juga boleh dibuat di mana-mana pejabat pos berkomputer di seluruh Negara. ii.
Cek / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos
Cek / Bank Draf / Kiriman Wang / Wang Pos hendaklah ditulis atas nama Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda dan berpalang. Catitkan Nombor Akaun pelajar dan nama peminjam di belakang cek. Bayaran hendaklah dialamatkan terus kepada Pengarah, Bahagian Kewangan, Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. 4
iii.
Potongan Gaji
SPPTF akan mengeluarkan surat arahan potongan kepada majikan peminjam berdasarkan kepada borang yang dilengkapkan oleh peminjam. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi SPPTF melalui telefon atau e-mail kepada Bahagian Pinjaman Pelajaran Felda. iv.
Arahan kepada Bank (Standing Instruction).
Peminjam
perlu
memaklumkan
kepada
bank
masing-masing
yang
menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Pengarah Bahagian Kewangan, Tingkat 2, Wisma Felda, Jalan Gurney, 54000 Kuala Lumpur.
5.
Pemohon-pemohon dikehendaki menghantar perkara-perkara berikut
bersama borang permohonan:
6.
i.
Salinan kad pengenalan pemohon
ii.
Salinan sijil-sijil persekolahan.
iii.
Salinan Surat Tawaran Masuk Universiti.
iv.
Salinan keputusan peperiksaan semester atau penggal (jika ada).
v.
Salinan pendapatan ibubapa / penjaga.
vi.
Salinan pendapatan penjamin.
vii.
Salinan buku akaun simpanan bank.
Semua permohonan hendaklah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan
Masyarakat, Ibu Pejabat Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur. SURAT PERJANJIAN
7.
Pemohon dimestikan menandatangani dan mengesahkan empat (4)
salinan surat perjanjian dengan dua orang peneroka sebagai penjamin. Salah seorang daripada dua orang penjamin ialah bapa atau penjaga peminjam atau penjaga pusaka pemohon. 8.
Selepas permohonan diluluskan bayaran akan dibuat melalui Pejabat
Bendahari universiti / institusi pengajian tinggi masing-masing. 5