MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TASK FORCE LAND DISPUTE SAHABAT 1, SAHABAT 2 & SAHABAT 55 Bilangan Tarikh Masa Tempat
: : : :
01/2015 24 Julai 2015 09:30 Pagi Bilik Mesyuarat Tingkat 34, Menara FELDA
HADIR
Tn. Hj Ab. Ghani Mohd Ali En. Shahrizal Bin Mohd Saleh Datuk Juany Bin Salleh En. Shaharudin Bin Hassan
Timb. Pengarah Besar Pembangunan Ekonomi FELDA Pengarah Jabatan Tanah Felda Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat Ketua Unit Komunikasi Korporat Felda
Pn. Siti Nurbaiyah Nadzmi
Pengurus Khidmat Korporat, FGVHB
Norazam Bin Abdul Hameed Anthonius Sani
Ketua Jabatan PSQM Pengurus Kanan Unit RSPO, PSQM
TURUT HADIR
En. Ahmad Shahrir Ismail En Ahmad Syaarani Azulan
Eksekutif Kanan SPO, FGVPM Penolong Pengarah Jabatan Tanah FELDA
MANGKIR DENGAN MAAF
En. Deny Bin Vitus Kasimon Salleh
Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat Konsultan Felda
AGENDA 1.
PEMBUKAAN MESYUARAT
Pengerusi, Tn. Hj. Ab. Ghani Mohd Ali memaklumkan : i.
Semua yang dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini ada dengan rasmi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Taks Force Land Dispute. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Task Force ini telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pandu RSPO FELDA.
ii.
Tujuan pembentukan Jawatankuasa Task Force ini bagi menbincangkan dan menyelesaikan semua isu tuntutan tanah di Sabah dan Sarawak.
iii.
Isu tuntutan tanah di Sahabat 1 dan Sahabat 2 perlu diselesaikan dengan segera kerana penuntut dari kaum Dusun Begahak yang diketuai oleh Robin Balud telah membuat aduan kepada Pihak RSPO dan meminta agar pihak RSPO menarik balik sijil RSPO kompleks Baiduri Ayu atas alasan isu tuntutan tanah yang masih belum diselesaikan. Jumlah tuntutan melibatkan 6,600 ekar.
iv.
Kronologi tuntutan seperti dilampirkan (Lampiran 1) .
2.
PERBINCANGAN ISU TUNTUTAN En. Anthonius Sani memaklumkan ; i.
Pembentangan berkenaan Isu tuntutan oleh En. Anthonius dari Jabatan PSQM. Maklumat pembentangan dilampirkan (Lampiran 2).
ii.
Isu tuntutan ini telah dibincangkan dalam Panel Aduan Sekretariat RSPO. Sekiranya masih tiada penyelesaian, pihak RSPO akan melibatkan diri sebagai perantara bagi membantu menyelesaikan dan risikonya adalah perkara akan di masukkan dalam laman sesawang RSPO. Pihak PSQM telah meminta Sekretariat RSPO memberi ruang kepada pihak Felda untuk menyelesaikan isu ini dan tidak dihebahkan dahulu dalam laman sesawang RSPO kerana ianya boleh menjejaskan nama baik Felda dan FGVPM.
iii.
Tuntutan ini perlu cuba diselesaikan di luar mahkamah terlebih dahulu sebelum diselesaikan di dalam mahkamah melalui peruntukan undang-undang.
Datuk Juany Salleh memaklumkan ;
i.
Tuntutan ini dilihat lebih kepada agenda peribadi Robin Balud kerana pada peringkat awal tiada sokongan daripada masyarakat Dusun Begahak.
ii.
Pihak Felda tiada kuasa untuk mengubah hak milik tanah. Kuasa pemilikan tanah adalah dibawah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah. Pihak Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah perlu dilibatkan dalam membincangkan dan menyelesaikan isu ini. Dipersetujui : Jabatan Tanah Felda perlu keluarkan surat kepada Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah untuk temujanji bagi membincangkan isu tuntutan tanah di Sabah.
iii.
Pada dasarnya kawasan tuntutan ini secara sah diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Felda dan pihak Felda telah membayar premium tanah dan Cukai Tanah.
En. Shahrizal Mohd Saleh memaklumkan ; i.
Mencadangkan agar wakil dari Unit Tanah FGVPM dan Unit Undang-Undang Felda dilantik untuk turut sama menyertai Jawatankuasa Task Force ini. Dipersetujui : En Faizan Sarijo dari Unit Tanah FGVPM dan Pn. Helwani Lukman dari Unit Undang-Undang Felda dimasukkan dalam Jawatankuasa Task Force dan akan dipanggil untuk menghadiri mesyuarat akan datang.
ii.
Semua dokumen dan fakta-fakta asas tuntutan perlu dikumpul serta Peta kawasan tuntutan perlu didapatkan terlebih dahulu daripada pihak yang menuntut. Dipersetujui : Datuk Juany Salleh selaku Pengurus Besar Felda Wilayah Sahabat perlu mengumpul semua dokumen dan fakta-fakta asas berkaitan dengan tuntutan untuk disemak dan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang sebelum dibawa berbincang dengan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah.
Tn. Hj Ab. Ghani Mohd Ali memaklumkan : i.
Sebelum ini pihak Felda pernah memperuntukan sebanyak RM 50 juta untuk tujuan CSR bagi seluruh Sabah. Tetapi CSR ini telah diberhentikan bermula tahun 2012. Dicadangkan bahawa, CSR perlu diadakan semula bagi mengeratkan hubungan antara pihak Felda dengan kerajaan Negeri Sabah. Dipersetujui : Pn. Siti Nurbaiyah Nadzmi akan membawa perkara ini untuk dibincangkan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah FGV.
3.
PERBINCANGAN ISU TUNTUTAN Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran. Diharapkan dengan penubuhan jawatankuasa ini akan dapat menyelesaikan isu tuntutan tanah di Sabah. Mesyuarat ditangguh pada jam 12.00 tengahari.
Disediakan Oleh,
Lampiran 1
KRONOLOGI TUNTUTAN TANAH ADAT OLEH EN. ROBIN B. BALUD DI RANCANGAN FELDA SAHABAT 1 DAN 2 1. Pada tahun 1979, En. Batulatung Begkang , ibubapa En. Robin Balud dan 82 orang peserta yang berasal daripada Ulu Tungku, Lahad Datu telah memohon tanah seluas 1,260 ekar (509.92 hektar) @ 15 ekar/seorang dalam kawasan terlibat dan diluluskan rujukan surat Setiausaha Hasil Bumi MNR. 114/22/11175/15 bertarikh 21.01.1981. 2. Pada masa yang sama, kawasan yang terlibat juga diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada pihak FELDA. Rujuk Warta Kerajaan serta Surat Perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah dan FELDA. 3. Walaubagaimana pun disebabkan desakan oleh pemohon-pemohon pada masa itu, Setiausaha Hasil Bumi dalam surat kepada Pengarah Tanah dan Ukur ruj. MNR.133/130/7/139 bertarikh 18.10.1980 telah mengarahkan supaya kawasan-kawasan dibawah “Customary Right” (Tanah Adat) harus dikeluarkan daripada kawasan FELDA. 4. Pemeriksaan di lapangan telah dibuat oleh unit merinyu PPHT Jabatan Tanah dan Ukur Lahad Datu dimana satu laporan telah disediakan untuk dikemukakan kepada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. 5. Berikutan dengan laporan tersebut, pihak FELDA telah mengeluarkan kawasan seluas 916 ekar daripada kawasan tersebut kepada pengadu, rujukan surat ( 11 ) 3333/ 1-71 bertarikh 25.05.1982. 6. Surat PPHT rujukan. DOLD(L)58/79/35 bertarikh 30.04.1982 telah memaklumkan pengeluaran kawasan seluas 916 ekar tersebut kepada ketua pemohon En. Batulatung b. Begkang. Kawasan yang dikeluarkan hanya melibatkan kawasan-kawasan yang telah diusahakan oleh pemohon sahaja. 7. Juruukur Daerah telah membuat pengukuran dan telah memaklumkan melalui surat rujukan DSLD.1101.1.6.Vol.V/33 bertariikh 10.01.1996 serta mengemukakan kepada pejabat PPHT Lahad Datu salinan pelan-pelan ukur yang menunjukkan kawasan yang telah dikeluarkan dan diukur berpandukan kepada Hak Anak Negeri yang sedia ada sewaktu pengukuran. 8. Jabatan Tanah dan Ukur Sabah pada ketika itu berpendapat isu yang ditimbulkan bahawa pihak FELDA telah mengambil tanah yang diluluskan kepada pihak pengadu telah selesai kerana tiada Bantahan daripada pengadu selepas pengeluaran 916 ekar. 9. Pihak FELDA telah mengusahakan tanah dengan tanaman kelapa sawit selepas kawasan yang dituntut dikeluarkan dan diperuntukan untuk penempatan peneroka Felda Sahabat 1 dan 2 pada tahun 1981.
10. Terdapat tanah perkuburan yang mereka dakwa milik keluarga mereka di rancangan Felda Sahabat 2 dan kawasan tersebut telah pun diukur keluar daripada kawasan tanaman Felda seluas 3.06 ekar.
TUNTUTAN SEMULA DIBUAT 11. Selepas lebih 28 tahun, pihak pengadu mula membuat tuntutan semula berdasarkan Tanah Adat “Customary Rights” dan merujuk Hak Asasi Penduduk Pribumi pada 30 Oktober 2010. Kawasan yang dituntut adalah kawasan yang telah diperuntukan kepada peneroka Felda Sahabat 1. 12. Kerja-kerja Tanam Semula Sawit dimulakan pada awal tahun 2010 di rancangan Felda Sahabat 1. 13. Tuntutan secara aggresif terus dibuat termasuk menanda kawasan, memasang papan tanda sebagai Hak Milik Tanah Dusun Begahak, mengalih tanaman pokok sawit serta merosakkan tanaman. Mereka turut memberi amaran serta ugutan kepada pekerja Felda sehingga menjejaskan kerja-kerja tanam semula. 14. Laporan polis telah dibuat tetapi tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa. 15. En. Batulatung b. Begkang dan En. Robin Balud telah menubuhkan Jawatankuasa Badan Bertindak Menuntut Tanah Adat Etnik Dusun Begahak sebagai badan untuk menguruskan tuntutan tanah yang terlibat. 16. Pengadu telah mengemukakan tuntutan tanah tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) selepas tuntutan mereka tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur. 17. Pihak FELDA telah dipanggil untuk memberi keterangan semasa Program Pendengaran Awam Nasional Inkuiri Mengenai Hak Tanah Orang Asal Di Malaysia pada 15 Jun 2012 dan diwakili oleh En. Deny b. Vitus, Penolong Pengurus Besar Wilayah Sahabat. Keterangan telah diberikan berdasarkan kepada fakta seperti perkara 1 hingga 9 dan pada masa yang sama Jabatan Tanah dan Ukur Lahad Datu turut memberi keterangan yang sama. 18. Sehingga kini, tiada tindakan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana tanah tersebut telah diberi Hak Milik kepada FELDA. 19. Pihak pengadu masih tidak berpuashati dan terus membuat tuntutan melalui YB. ADUN dan Ahli Parlimen yang terlibat. Mereka masih menganggu kerja-kerja pengurusan kebun di kawasan terlibat. Pihak pengurusan rancangan terpaksa menggunakan khidmat Polis Bantuan FELDA (FSSSB) untuk mengawal kawasan tersebut daripada pencerobohan.
PERJUMPAAN ISU RSPO 20. Pihak Jabatan PSQM FGVPMSB telah mengadakan perjumpaan bersama pengadu yang kini diwakili oleh En. Robin Balud pada 4 Jun 2015 di pejabat Ladang FELDA Sahabat 55. Beberapa ketua-ketua keluarga pemohon tanah turut serta dalam perjumpaan tersebut. 21. Perjumpaan tersebut dibuat oleh unit PSQM FGVPMSB selepas En. Robin Balud menulis surat kepada RSPO untuk memohon pembatalan lesen. 22. Pada perjumpaan tersebut, En. Robin Balud tidak lagi meneruskan tuntutan terhadap 1,260 ekar seperti tuntutan lalu sebaliknya membuat tuntutan baru dengan keluasan 6,000 ekar. Surat tuntutan rasmi beliau masih belum diterima oleh pejabat Felda Wilayah Sahabat. 23. Semasa perjumpaan tersebut, pihak FGVPMSB dan FELDA telah menyatakan bahawa perjumpaan tersebut BUKAN penyelesaian kes tuntutan tanah tetapi hanya berkaitan dan isu RSPO. 24. Dalam kenyataan ringkas, pihak FELDA memohon agar En. Robin Balud mempertimbangkan untuk mengugurkan tuntutan pembatalan RSPO kerana ianya turut menjejaskan aktiviti pembangunan kelapa sawit di kawasan mereka yang berhampiran dan menghantar/menjual buah sawit di kilang Felda Baiduri Ayu.
FAKTA PENOLAKAN TUNTUTAN TANAH ADAT 25. Pihak Robin Balud tidak berhak untuk menunutut kawasan tersebut kerana tanah tersebut telah diberi Hak Milik kepada FELDA melalui Geran Tanah CL 115410403 dan telah didaftarkan secara resminya pada 15 April 2013. 26. Menurut Jabatan Tanah dan Ukur, jika sekiranya tanah tersebut telah dibayar premium, percukaian yang terlibat dan telah didaftarkan, maka tanah tersebut tidak lagi terlibat dengan tuntutan Tanah Adat “Customary Rights”. 27. Untuk mendapatkan Fakta yang lebih jelas, dicadangkan agar pihak FELDA mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
Lampiran 2