PANDUAN SKIM FELO PAKAR
KANDUNGAN
i
KATA PENGANTAR
iii
PRAKATA
iv
KELULUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI
v
PENDAHULUAN
Sejarah Penubuhan UTM
1
Latar Belakang Universiti
2
Sejarah Pentadbiran Universiti
3
Falsafah Universiti
4
Struktur Organisasi Universiti
5
Objektif Penerbitan
5
Punca Kuasa
6
BAHAGIAN 1
LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR
1.1
Tujuan Pewujudan Skim
7
1.2
Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan
7
BAHAGIAN 2
PELANTIKAN FELO PAKAR
2.1
Tujuan Pelantikan
9
2.2
Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar
9
2.3
Tugas dan Tanggungjawab
9
2.4
Insentif dan Kemudahan
10
2.5
Tempoh Pelantikan
10
BAHAGIAN 3
PENUTUP
12
LAMPIRAN 1
Proses Kerja Pengurusan Pelantikan Felo Pakar
13
LAMPIRAN 2
Format Kertas Kerja Untuk Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU)
14
LAMPIRAN 3
Format Surat Pelantikan Felo Pakar
16 ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
KANDUNGAN
i
SETULUS PENGHARGAAN
21
JAWATANKUASA PENGGERAK
22
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ KANDUNGAN
ii
KATA PENGANT TAR
Assalamu ualaikum wr. w wbt dan Salam Seja ahtera, Saya ingin mengucapk S m kan syukurr ke hadratt Allah S.W W.T kerana dengan lim mpah kurnia dan izin-N Nya buku Panduan P S Skim Felo Pakar P Univ versiti Tekn nologi Mala aysia dapat diiterbitkan. Penerbitan buku ini adalah P a berrtujuan un ntuk memb beri maklum mat yang jelas j mengenai proses dan d prosed dur pelantikan Felo Pakar P yang g sedang be erkuatkuas sa di uku pandua an ini seca ara tidak langsung akan a UTM. Selain itu, dengan terrbitnya bu memuda ahkan kese emua pihak k yang terllibat untuk k mengetah hui langkah h-langkah yang y perlu dia ambil di da alam mengu uruskan pe elantikan Felo F Pakar. Kepada pih K hak pentadbiran yang g bertindak k sebagai urus setia a dalam prroses pelantik kan Felo Pa akar, buku ini akan menjadi m ruju ukan dan panduan p un ntuk mengu urus dan men ngawal selia semua prroses dan prosedur p ya ang telah ditetapkan. d S Saya amat berharap dengan te erbitnya bu uku ini ak kan dapat meningka atkan pengetahuan serta a memberii manfaat yang besa ar kepada semua sta af yang terrlibat secara la angsung mahupun m tid dak. Sekian, terima kas sih.
Wan Mo ohd. Zawaw wi bin Wan n Abd. Rahm man Pendafta ar Universiiti Teknolog gi Malaysia a 2010
‐Kembali Kee Halaman Kandun ngan‐ KANDUNGAN N
iii
PRAKATA
Panduan Urusan Pelantikan Felo Pakar ini merupakan salah satu inisiatif Seksyen Dasar dan Peraturan, Bahagian Pengurusan Modal Insan untuk menyokong visi Universiti di dalam mengejar status APEX University. Adalah tidak dinafikan bahawa pandangan serta khidmat nasihat profesional daripada pakar menjadi medium yang semakin penting di dalam membantu meningkatkan pencapaian Universiti. Melalui skim Felo Pakar ini juga, pihak Universiti berpeluang untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran yang dikenalpasti mampu menyumbang kepada kejayaan Universiti. Diharapkan supaya dengan terbitnya buku panduan ini, semua staf dan pihak yang terlibat mampu menjalankan fungsi dan peranan di dalam urusan ini dengan lebih jelas.
Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar UTM, Johor
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ KANDUNGAN
iv
SKIM FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA INI TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI YANG DIBUAT SECARA EDARAN PADA 25 OKTOBER 2010 (DISAHKAN KELULUSANNYA OLEH JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BIL. 21/2010 DI DALAM MESYUARATNYA PADA 4 NOVEMBER 2010)
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ KANDUNGAN
v
PENDAHULUAN
PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi ini bermula pada tahun 1904 sebagai sebuah kelas pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Pada tahun 1906, kelas teknik telah dijadikan Sekolah Teknik, bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke Bangunan Muzium, di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah
untuk
melatih
tenaga
pekerja
bagi
mengendalikan
pembangunan
prasarana seperti jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar persisiran Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai Ujung. Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan Brickfields (Jalan Tun Sambathan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi, Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, pada tahun 1930, Sekolah Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High Street, iaitu kini di Jalan Bandar. Pada tahun 1941, sekolah Teknik ini telah disyorkan agar dinaik taraf ke peringkat maktab. Namun ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946, dengan dikenali sebagai Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Bidang yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan Ukur Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak),
Kuala Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan
pada bulan Mac 1955. Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan mengendalikan kursus kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Pelajar yang mengikuti kursus ini mengambil peperiksaan ikhtisas yang dianjurkan oleh Institution of ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
1
Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers, United Kingdom. Kursus ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar sangatlah menggalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi telah memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan
taraf
sebagai
sebuah institusi bertaraf Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun, perakuan tersebut hanya terlaksana tiga tahun kemudian,
iaitu
dengan
tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972, di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975, nama institut ini telah ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Latar Belakang Universiti Bermula daripada Sekolah Teknik dan dinaik taraf kepada Maktab Teknik pada tahun 1946, perjalanan dari sebuah sekolah ke Universiti akhirnya sempurna apabila institusi ini menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975. Semenjak penubuhannya, UTM telah diamanahkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dan sehingga ke hari ini UTM kekal sebagai sebuah institusi terkemuka dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, inovasi dan pencapaian. Kini UTM merupakan Universiti yang unggul dan ternama di rantau ini dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi. UTM berhasrat untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia, dan untuk menjadikan matlamat ini satu kenyataan, UTM telah merintis jalan ke arah menjadi organisasi pembelajaran yang menyemai dan memupuk budaya cemerlang dan terbilang. Dalam
usahanya,
UTM
terus
mencetuskan
dan
mengukuhkan
kecemerlangannya dengan memastikan kualiti menerusi: •
Sistem tadbir urus yang berkesan yang disokong oleh staf pentadbiran (Pengurusan dan Sokongan) yang berkompetensi dan dinamik.
•
Staf yang berwibawa dengan kelulusan terbaik, dedikasi dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi untuk penambahbaikan berterusan dalam disiplin atau bidang pengkhususan masing-masing.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
2
•
Staf yang berwibawa dengan reputasi tersohor dan kredibiliti terkemuka yang diiktiraf dan dikenali ramai atas kecemerlangan dalam penyelidikan dan budaya inovasi.
•
Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan staf sokongan yang kompeten.
•
Pengambilan pelajar yang berkualiti tinggi dan melahirkan graduan dengan pencapaian yang seimbang antara akademik dengan penglibatan kokurikulum untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan berkualiti.
•
Perkongsian bestari dan jalinan strategik dengan pihak industri dan berkepentingan menghasilkan kerjasama dan sinergi yang bermakna.
Sejarah Pentadbiran Universiti Selaras Universiti
dari
dengan
perkembangan
semasa
ke
semasa
pesat telah
Universiti, membuat
pihak
pengurusan
penyelarasan
semula
pentadbiran berikutan bilangan pelajar, kursus, staf, dan fakulti yang bertambah. Atas keperluan ini, Universiti telah memperkenalkan sistem pengurusan berpusat kepada sistem pengurusan modular bermula pada tahun 1993. Asas ini telah diteruskan sehingga ke hari ini dan adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Ini dapat mengurangkan karenah birokrasi dan
menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus lebih mantap dan berkesan.
Sistem modular ini dilaksanakan bagi mengambil kira usaha untuk
menyediakan pelan strategik ke arah Universiti Bertaraf Dunia.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
3
Falsafah UTM
Menjana Minda Kreatif dan Inovatif FALSAFAH UNIVERSITI Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat sesuai dengan kehendak-Nya.
VISI Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.
MISI Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara.
COGANKATA UNIVERSITI “KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
4
Struktur Organisasi Universiti
Objektif Penerbitan Objektif
penerbitan
Panduan
Skim Felo
Pakar Universiti
Teknologi
Malaysia (UTM) ini adalah mencakupi aspek berikut: (a)
Menerangkan proses dan prosedur pelantikan Felo Pakar yang sedang berkuatkuasa dan diguna pakai di UTM;
(b)
Memberi panduan
kepada Pemohon (Fakulti/Bahagian) tentang
langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat permohonan. (d)
Menjadi sumber rujukan kepada Urus Setia dalam mengurus dan mengawal selia semua proses pelantikan Felo Pakar. ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
5
Punca Kuasa Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, UTM berperanan sebagai Urus Setia Pusat di dalam proses pelantikan Felo Pakar. Urus setia mendapat kuasa untuk menjalankan proses ini daripada : a)
Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (Secara Edaran) pada 25 Oktober 2010 (Disahkan kelulusannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.21/2010 pada 4 November 2010).
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
6
BAHAGIAN 1
LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR 1.1
Tujuan Pewujudan Skim Felo Pakar
1.2
Peranan dan Tanggungjawab
BAHAGIAN 1 LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR 1.1
Tujuan Pewujudan Skim Felo Pakar Tujuan utama pewujudan skim Felo Pakar ini adalah untuk menjemput pakar-pakar
daripada
luar
UTM
untuk
memberi
khidmat
nasihat
profesional yang diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai visi dan objektif yang telah ditetapkan.
1.2
Peranan dan Tanggungjawab (a)
Pemohon Pemohon bertanggungjawab
untuk
mengemukakan
permohonan
kepada Urus Setia dengan cara: (i)
Mengenalpasti calon Felo Pakar yang ingin dilantik.
(ii)
Mengemukakan kertas kerja berserta lampiran kepada Urus Setia sebelum dipanjangkan ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti
untuk
kelulusan.
Lampiran-lampiran
yang
diperlukan adalah seperti berikut :
(iii)
•
Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan;
•
Curriculum Vitae ; dan
•
Senarai Tugas.
Membuat
rekod
memastikan
dan
pemantauan
kelancaran
aktiviti
yang atau
berkala
bagi
projek
yang
dilaksanakan; (iv)
Menguruskan pembayaran serta insentif yang layak diperolehi oleh Felo Pakar yang dilantik;
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
7
(v)
Mengemukakan laporan kepada Urus Setia setelah tamat tempoh lantikan Felo Pakar berkaitan.
(b)
Urus Setia Urus Setia di dalam urusan pelantikan Felo Pakar ini adalah Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar yang bertanggungjawab untuk: (i)
Mengawal dan memantau kriteria dan kelayakan calon yang ingin dilantik oleh Pemohon;
(ii)
Menyediakan Pakar
ke
kertas
kerja
Jawatankuasa
perakuan
Pengurusan
pelantikan Felo Universiti
untuk
mendapatkan kelulusan; (iii) Mengeluarkan
surat
lantikan
kepada
Felo
Pakar
yang
ditandatangani oleh Pendaftar serta memberikan salinan kepada Pemohon dan Pegawai Kanan Universiti Teknologi Malaysia. (c)
Jawatankuasa Pengurusan Universiti Jawatankuasa
Pengurusan
Universiti
adalah
bertanggungjawab
untuk : (i)
Membuat pertimbangan untuk meluluskan pelantikan Felo Pakar yang telah dikemukakan oleh Urus Setia dan Pemohon.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
8
BAHAGIAN 2
PELANTIKAN FELO PAKAR 2.1 Tujuan Pelantikan 2.2 Ciri-ciri Felo Pakar 2.3 Tugas dan Tanggungjawab 2.4 Insentif dan Kemudahan 2.5 Tempoh Pelantikan
BAHAGIAN 2 PELANTIKAN FELO PAKAR 2.1
Tujuan Pelantikan Tujuan pelantikan Felo Pakar memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai visi dan objektif yang telah ditetapkan.
2.2
Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar Felo Pakar yang ingin dilantik haruslah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti seperti berikut : (i)
Mempunyai kepakaran di dalam satu-satu bidang yang berkaitan (tidak semestinya mempunyai gelaran Profesor atau berdasarkan kelayakan Ph.D); dan
(ii)
2.3
Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang berkaitan.
Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar Antara tugas dan tanggungjawab Felo Pakar yang telah dikenalpasti adalah : (i)
Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran;
(ii)
Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian);
(iii)
Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran; ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
9
(iv)
Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan kepentingan dan kemajuan Universiti.
2.4
Insentif dan Kemudahan Setiap Felo Pakar yang diperakukan dan dilantik secara rasmi oleh pihak Universiti adalah layak menerima insentif dan kemudahan seperti berikut :
(i)
Menerima elaun tetap sebanyak RM 1,000 setiap bulan sepanjang dilantik sebagai Felo Pakar;
(ii)
Menerima elaun sebanyak RM 500 bagi setiap kali kehadiran di dalam mesyuarat;
(iii)
Menerima kadar bayaran saguhati Penceramah/Fasilitator mengikut kelayakan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 dan Pekeliling Pentadbiran Bil. 31/2010 sekiranya terlibat sebagai Penceramah/Fasilitator;
(iv)
Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertama jika ada urusan yang berkaitan; dan
(v)
2.5
Bayaran hotel mengikut kadar kelayakan.
Tempoh Pelantikan Tempoh pelantikan bagi satu-satu jawatan Felo Pakar adalah seperti berikut :
(i)
Tempoh minimum pelantikan di dalam satu-satu masa adalah satu (1) tahun;
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
10
(ii)
Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan perkhidmatan Felo Pakar pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab;
(iii)
Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh pelantikan Felo Pakar dengan kelulusan Jawatankuasan Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
11
BAHAGIAN 3
PENUTUP
BAHAGIAN 3 PENUTUP 3.1
Buku Panduan Skim Felo Pakar ini merupakan sebuah rujukan yang telah menggaris serta menetapkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua pihak yang terlibat di dalam melantik Felo Pakar Universtiti Teknologi Malaysia. Adalah diharapkan supaya melalui buku panduan ini, semua staf dapat memanfaatkan satu lagi kemudahan dan galakkan daripada Universiti di dalam mencapai visi yang telah ditetapkan.
3.2
Kesemua permohonan untuk melantik Felo Pakar perlu dibuat melalui Urus Setia seperti berikut : Seksyen Perjawatan, Bahagian Pengurusan Modal Insan , Pejabat Pendaftar, UTM, Johor Bahru. (u/p : Puan Siti Hawa Binti Man)
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
12
LAMPIRAN
Lampiran 1
PROSES KERJA PROSEDUR PELANTIKAN FELO PAKAR Standard
Carta Alir
Dikembalikan untuk dilengkapkan dan penambahbaikan
Tanggungjawab
Mula
1.1
Pemohon Mengenalpasti Calon
Fakulti/Bahagian terlibat
1.2
Kemukakan untuk Kelulusan Unversiti melalui Pejabat Pendaftar • Kertas Kerja JPU • CV • Senarai Tugas • Tempat dan Tempoh Lantikan • Peruntukan/Bajet
Fakulti/Bahagian terlibat
Kelulusan JPU
Jawatankuasa Pengurusan Universiti
Tidak Lulus
Lulus
1.3
Keluarkan Surat Lantikan yang ditandatangani oleh Pendaftar (s.k kepada Pemohon dan Pegawai Kanan)
Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar
1.4
Tanggungjawab Pemohon • Rekod & Pemantauan • Uruskan Pembayaran • Laporan setelah tamat tempoh lantikan
Fakulti/Bahagian terlibat
Selesai
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
13
Lampiran 2 FORMAT KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CADANGAN PELANTIKAN FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1.0
TUJUAN 1.1
Tujuan
kertas
kerja
ini
ialah
untuk
mendapatkan
kelulusan
Jawatankuasa Pengurusan Universiti berhubung cadangan untuk melantik Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia.
2.0
LATAR BELAKANG 2.1
3.0
Latar Belakang Projek
CADANGAN FELO PAKAR 3.1
Nama Calon 3.1.1 Latar Belakang Calon 1 (CV Calon seperti di Lampiran A) 3.2.2 Latar Belakang Calon 2 (CV Calon seperti di Lampiran B)
3.2
Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar 3.2.1 Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran; ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
14
3.2.2 Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian); 3.2.3 Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran; 3.2.4 Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan kepentingan dan kemajuan Universiti. 3.5
Tempoh Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Felo Pakar 3.5.1 Tempoh pelantikan adalah satu (1) tahun. 3.5.2 Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan perkhidmatan
Felo
Pakar
pada
bila-bila
masa
tanpa
memberikan sebarang sebab. 3.5.3 Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh pelantikan
Felo
Pakar
dengan
kelulusan
Jawatankuasan
Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia.
4.0
IMPLIKASI KEWANGAN 4.1
Bagi tujuan bayaran kepada Felo Pakar ini, sumber kewangan yang akan
digunakan
adalah
dari
sumber
kewangan
peruntukan
pengurusan Universiti. Anggaran kos bagi elaun tetap yang ditanggung bagi pelantikan seorang Felo Pakar mengikut tempoh pelantikan minimum (1 tahun = 12 bulan) adalah seperti berikut:-
RM 1,000 X 12 bulan = RM 12,000
5.0
KEPUTUSAN 5.1
Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah dipohon untuk menimbangkan cadangan pelantikan skim Felo Pakar Universiti Teknologi Malaysia seperti yang dicadangkan di perenggan 3.0. ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
15
Lampiran 3 FORMAT SURAT PELANTIKAN FELO PAKAR NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN
TARIKH
NAMA JAWATAN ALAMAT Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Dengan segala hormatnya Universiti dengan sukacitanya melantik Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
sebagai
Felo
Pakar
Universiti
Teknologi
Malaysia mulai ________________ hingga ________________. 2.
Sebagai Felo Pakar, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berperanan
dan bertanggungjawab di dalam perkara seperti berikut: i.
Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran.
ii.
Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian).
iii.
Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran.
iv.
Memberi ceramah atau taklimat berkaitan bidang kepakaran.
v.
Lain-lain tugas yang dirasakan perlu dan sesuai untuk dilaksanakan dari
semasa
ke
semasa
yang
berunsurkan
kepentingan
dan
kemajuan Universiti. 3.
Dalam tempoh pelantikan ini, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan diberikan kemudahan: i)
Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertama jika ada urusan yang berkaitan. ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
16
ii)
Bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kelayakan yang bersesuaian;
iii)
Elaun mesyuarat sebanyak RM 500.00 bagi setiap kehadiran di dalam mesyuarat yang dianjurkan; dan
iv) 4.
Elaun tetap sebanyak RM 1000.00 sebulan.
Syarat-syarat perkhidmatan sebagai Felo Pakar, Universiti Teknologi
Malaysia adalah seperti di Lampiran A. Pelantikan ini ialah untuk jangkamasa satu (1) tahun dan ia boleh diperbaharui mengikut keperluan. 5. Y.
Saya bagi pihak Universiti penuh yakin bahawa kepakaran dan pengalaman Bhg.
Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
dapat
dimanfaatkan
untuk
meningkatkan kecemerlangan dan prestasi Universiti ini. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang benar, PROF. DATO’ DR. ZAINI BIN UJANG Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia s.k
-
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Johor Bahru
-
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Johor Bahru
-
Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) UTM, Johor Bahru
-
Pendaftar UTM, Johor Bahru
-
Bahagian Berkaitan (Pemohon)
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
17
NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN LAMPIRAN A
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DR. ABU HASAN BIN ISMAIL
1.
Tempoh
: Tempoh perkhidmatan Felo Pakar ialah untuk tempoh (1) tahun mulai dari tarikh pengesahan persetujuan pelantikan. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Teknologi Malaysia boleh menyambung perkhidmatan pegawai dari masa ke semasa tertakluk kepada keperluan Universiti Teknologi Malaysia.
2.
Elaun
: Felo Pakar akan dibayar : a) Elaun tetap sebanyak RM1000.00 sebulan; b) Elaun mesyuarat sebanyak RM500.00 bagi setiap kali kehadiran ke mesyuarat yang dianjurkan.
3.
Kemudahan Hotel
: Universiti Teknologi Malaysia akan memberi kemudahan penginapan hotel sekiranya perlu berdasarkan kelayakan yang bersesuaian.
4.
Tambang Kapal terbang
: Kemudahan tambang percuma pergi/ balik kelas pertama untuk datang
ke Universiti Teknologi
Malaysia, Kampus Skudai, Johor/International Campus, Kuala Lumpur. Tambang bagi maksud ini ialah perjalanan paling dekat dan yang ditetapkan Universiti. 5.
Rawatan Perubatan
: Dalam tempoh perkhidmatan, felo pakar layak menerima rawatan
kemudahan gigi)
di
atau Doktor Panel
perubatan
(kecuali
Hospital/ Klinik
Kerajaan
Universiti Teknologi
Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat
yang
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
18
ditetapkan
dari masa ke semasa. Felo pakar
dikehendaki membuat bayaran wad hospital mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan sekiranya dimasukkan ke wad hospital Kerajaan. 6.
Penerbitan
: Universiti Teknologi Malaysia boleh membiayai penerbitan yang diterbitkan oleh felo pakar atas nama Universiti Teknologi Malaysia.
7. Kewajipan Pegawai
: Felo pakar pada setiap masa adalah tertakluk kepada
Akta Universiti Teknologi Malaysia dan
Kolej
Universiti Teknologi Malaysia 1971,
Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 1976, Kaedah-kaedah
UTM (Tatatertib Staf) 1979,
Statut, Akta, Peraturan, peraturan
yang
Pekeliling dan lain-lain
berkuatkuasa
di
Universiti
Teknologi Malaysia. 8. Pemberhentian Perkhidmatan
: Universiti masa
Teknologi
boleh
Malaysia
memberhentikan
pada
bila-bila
perkhidmatan
pegawai dengan memberi sebulan notis secara bertulis dan begitu juga felo pakar boleh pada bilabila masa berhenti dari perkhidmatan dengan memberi sebulan notis.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
19
LAMPIRAN B
Pendaftar Pejabat Pendaftar Bahagian Pengurusan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM, Skudai Johor Tuan, PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Saya
......................................................
No.
Kad
Pengenalan
……….…………………. *bersetuju /tidak bersetuju untuk menerima tawaran jawatan sebagai Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor selama satu (1) tahun mulai …………………… sehingga ....................... 2.
Saya juga *bersetuju/ tidak bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan
seperti yang ditetapkan di Lampiran A dalam tawaran tersebut. Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………........………………....... DR. ABU HASAN BIN ISMAIL s.k
-
Dato’ Naib Canselor Universti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
-
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
-
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
-
Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
-
Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
(* Potong mana yang tidak berkenaan) ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
20
SETULUS PENGHARGAAN
Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia
Y. Bhg. Prof. Dr. Marzuki Bin Khalid Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Azraai Bin Kassim Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Md. Ninggal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
Y. Bhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi Bin Wan Abd. Rahman Pendaftar
Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar
Dan
Semua Pihak Yang Terlibat Dalam Menjayakan Buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia.
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
21
JAWATANKUASA PENGGERAK
Tuan Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman (Pendaftar) Tuan Haji Hassan bin Husin (Timbalan Pendaftar Kanan) Encik Khairull Azmi bin Ishak (Timbalan Pendaftar) Puan Nurulhuda Binti Abu Talib (Penolong Pendaftar) Cik Nurrul Ain binti Yaacop Cik Noreha binti Mat Isa @ Abd. Rahman Cik Siti Aishah binti Md. Johari
‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐
22