KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII UiTM KEDAH 2015
SILAT SENI 1.0
PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0
JENIS PERTANDINGAN Pertandingan secara individu dan berkumpulan.
3.0
PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 3.2 3.3
3.4 3.5 3.6
Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) adalah dirujuk. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari dua (2) penyertaan bagi setiap kategori. Borang Pendaftaran Penyertaan, Borang Jaminan Diri dan Borang Pemeriksaan Kesihatan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan semasa pendaftaran. Setiap pesilat hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja. Pesilat Kategori Silat Seni tidak dibenarkan untuk bertanding bagi kategori Silat Olahraga. Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak membatalkan penyertaan peserta jika didapati berlaku perlanggaran syarat-syarat penyertaan dan pertandingan.
1
4.0
KATEGORI PERTANDINGAN Kategori yang di pertandingkan adalah:4.1 Kategori Jurus Wajib ( Regu ) 4.1.1 4.1.2 4.1.3
Diwakili oleh TIGA (3) peserta. Acara Putera & Puteri. Mengikut Jurus yang ditetapkan oleh PERSILAT.
4.2 Kategori Jurus Tunggal 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5
4.2.6 4.2.7
Persembahan solo oleh PERSILAT. Acara Putera & Puteri. Pesilat mengayakan jurus yang diperkenalkan oleh PERSILAT. Jumlah masa adalah TIGA (3) minit. Ukuran senjata yang dibenarkan bagi parang, mata parang adalah 30 hingga 40 cm dan bagi tongkat ialah 150 hingga 180 cm serta diameter 2.5 cm hingga 3.5 cm. Sebarang senjata yang ingin digunakan mesti ditunjuk dan diluluskan oleh wasit terlebih dahulu. Mengikut undang – undang yang ditetapkan oleh PERSILAT
4.3 Kategori Tempur ( Ganda ) 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4
4.3.5
4.3.6 4.3.7
Seni tempur kategori Putera & Puteri. Merangkumi dua (2) peserta untuk setiap kategori Putera dan Puteri. Masa diperuntukkan adalah selama TIGA (3) minit. Menggunakan tiga (3) jenis senjata sahaja. Senjata wajib adalah parang / golok, tongkat dan satu senjata nusantara iaitu keris, pisau, celurit atau tekpi sahaja. Ukuran senjata yang dibenarkan bagi parang, mata parang adalah 30 hingga 40 cm, tongkat ialah 150 cm hingga 180 cm serta diameter 2.5 cm hingga 3.5 cm, keris ialah 30 cm hingga 40 cm, pisau ialah 15 cm hingga 20 cm, celurit/sabit ialah 30 cm hingga 40 cm dan tekpi ialah 30 cm hingga 40 cm. Sebarang senjata yang ingin digunakan mesti ditunjukkan dan diluluskan oleh wasit juri terlebih dahulu. Syarat pertandingan hendaklah dirujuk kepada PERSILAT
2
6.0
BANTAHAN / TATATERTIB Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan Am
7.0
MASA Bagi setiap kategori diperuntukkan masa selama tiga (3) minit sahaja.
8.0
PAKAIAN 8.1 8.2 8.3
9.0
Bagi seni tunggal dan ganda, pakaian berwarna polos bagi seluar dan baju dan hendaklah bersamping yang mana dibenarkan bercorak. Pesilat juga dimestikan bertengkolok. Bagi acara regu, ketiga-tiga pesilat mestilah berpakaian hitam dan berbengkung putih yang berukuran sepuluh (10) sentimeter lebar.
KELEWATAN Sebanyak tiga (3) panggilan akan diberikan kepada pesilat yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
10.0
PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
3
KARNIVAL SUKAN MAHASISWA XXII UiTM KEDAH 2015
SILAT OLAHRAGA 1.0
PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Peraturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA)
2.0
JENIS PERTANDINGAN Pertandingan secara individu.
3.0
PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 3.2 3.3
3.4
4.0
Perkara 5.0. di dalam Perarturan Am Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) adalah dirujuk. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai tidak lebih dari dua (2) orang pesilat bagi setiap kategori. Borang Pendaftaran Penyertaan, Borang Jaminan Diri dan Borang Pemeriksaan Kesihatan hendaklah diserahkan kepada penyelaras permainan semasa pendaftaran. Peserta kategori silat olahraga tidak dibenarkan untuk beraksi bagi kategori silat seni.
SISTEM PERTANDINGAN 4.1 4.2 4.3 4.4
Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Pesilat-pesilat yang pernah mewakili UiTM di dalam Kejohanan Sukan MASUM akan diberi keutamaan sebagai pesilat pilihan. Pesilat-pesilat yang pernah mewakili negeri atau negara atau mempunyai rekod cemerlang juga akan diberi keutamaan. Pasukan yang menghantar DUA (2) pesilat bagi setiap kategori, kedudukan pertandingan akan diasingkan (satu di atas dan satu di bawah)
4
4.0
KATEGORI PERTANDINGAN Kategori yang di pertandingkan adalah:-
Kategori Kelas Putera (kg)
Kategori Kelas Puteri (kg)
Kelas A 45 - 50
Kelas A 45 - 50
Kelas B 50 - 55
Kelas B 50 -55
Kelas C 55 - 60
Kelas C 55 - 60
Kelas D 60 - 65
Kelas D 60 - 65
Kelas E 65 - 70
Kelas E 65 - 70
Kelas F 70 - 75
Kelas F 70 - 75
Kelas G 75 - 80 Kelas H 80 - 85 Kelas I 85 - 90 Kelas J 90 - 95 5.0
MASA Masa bagi setiap pusingan adalah selama dua (2) minit dan tiga (3) pusingan akan diperuntukkan (2,1,2,1,2) untuk setiap perlawanan. Bagaimanapun tertakluk kepada sebarang perubahan semasa pertandingan
6.0
BANTAHAN / TATATERTIB Sila rujuk Perkara 14.0, 16.0 dan 17.0 Peraturan AM
5
7.0
SESI TIMBANG Sesi timbang akan dijalankan sehari sebelum hari pertandingan dan timbang ulang tidak dijalankan. Berat timbangan +/- 1 kg.
8.0
PAKAIAN 8.0 Setiap pesilat hendaklah memakai pakaian seragam silat berwarna hitam dengan potongan baju melayu. 8.1 Setiap pesilat hendaklah memakai pelindung badan dan kemaluan yang diperbuat daripada bahan plastik. 8.2 Pelindung sendi hendaklah nipis dan bersesuaian dengan fungsinya.
9.0
PERALATAN Pihak penganjur akan menyediakan peralatan bagi pertandingan walau bagaimanapun, setiap pasukan digalakkan membawa peralatan sendiri.
10.0
KELEWATAN Sebanyak TIGA (3) panggilan akan diberikan kepada pesilat yang lewat dan selepas masa itu pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma.
11.0
PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) yang berkenaan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
1.0
6