UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI
www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU
Edisi Kedua
Kad Caj
TRANSAKSI KAD DA N A N DA
Kad Caj
Program pendidikan pengguna oleh:
kandungan
1
Pengenalan
2
Apakah yang dimaksudkan dengan kad caj? Bagaimana pula tatacaranya?
3
Perbandingan di antara kad caj dan kad kredit
4
Memohon kad caj
6
Memahami syarat-syarat pemegangan kad
7
Memahami yuran dan caj
9
Memilih kad caj yang sesuai
11
Mencegah penipuan kad caj
14
Peringatan
15
Ringkasan perbandingan di antara kad kredit dan kad caj
16
Soalan-soalan lazim
20
Glosari
Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 15 Februari 2007
Pengenalan
Kad caj menyediakan suatu kaedah yang
mudah dan cekap untuk pembelian barangan dan perkhidmatan
Seperti mana kad-kad bayaran lain, kad caj menyediakan suatu kaedah yang mudah dan cekap untuk pembelian barangan dan perkhidmatan. Buku panduan ini memaparkan maklumat mengenai kad caj yang perlu anda ketahui sebelum memohon atau menggunakan kad caj. Maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini merangkumi aspek-aspek seperti: perbandingan di antara kad caj dan kad kredit, keperluan asas untuk memohon kad caj, memahami syarat-syarat pemegangan kad, memahami kadar yuran dan caj yang dikenakan, memilih kad caj yang sesuai, tip-tip untuk mencegah penipuan dan soalan-soalan lazim ditanya.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KAD CAJ?
Kad caj ialah kad bayaran dengan had yang telah ditetapkan terlebih dahulu yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan di kedai peniaga yang terlibat, baik di dalam mahupun di luar negara. Ia adalah satu instrumen bayaran yang mudah untuk tujuan membeli-belah, menjamu selera, melancong, membayar bil dan sebagainya. Penggunaan kad caj adalah sama seperti kad bayaran yang lain seperti kad kredit dan kad debit, di mana ia boleh digunakan di mana-mana kedai peniaga yang mempamerkan jenama kad caj anda. Di Malaysia, kad caj yang dikeluarkan adalah berasaskan konsep konvensional ataupun prinsip Islam. Contoh-contoh kad caj ialah kad American Express, kad Diners Club International dan kad HSBC Amanah MasterCard.
BAGAIMANA PULA TATACARANYA?
Apabila anda membuat pembelian, peniaga hendaklah meleretkan atau memasukkan kad caj anda ke dalam alat pembaca kad untuk mendapatkan kelulusan pengeluar kad caj. Kebanyakan peniaga menghendaki anda menandatangani slip pembayaran sebagai bukti pembelian, di mana ianya akan dibandingkan dengan contoh tandatangan di belakang kad caj anda. Anda mungkin tidak perlu menandatangani slip pembayaran jika anda membuat urus niaga di alat pembaca kad layan diri seperti alat pembaca kad layan diri di stesen-stesen minyak. Bagi setiap pembelian, pengeluar kad caj akan membuat pembayaran kepada peniaga bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda kemudian. Pengeluar kad caj akan menghantar kepada anda penyata bulanan yang mengandungi maklumat mengenai urus niaga kad caj anda seperti butir-butir pembelian, tarikh tamat tempoh dan denda bayaran lewat, jika ada.
Bagi setiap pembelian,
pengeluar kad caj akan membuat pembayaran kepada peniaga bagi pihak anda dan menghantar bil kepada anda kemudian
2
PERBANDINGAN DI ANTARA KAD CAJ DAN KAD KREDIT
Sementara kad caj dan kad kredit membolehkan anda menjalankan transaksi tanpa tunai, terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis kad tersebut. Perbezaan utama di antara kad caj dan kad kredit ialah jumlah yang perlu dibayar sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Untuk kad caj, baki belum jelas perlu dibayar sepenuhnya sebelum atau pada tarikh tamat tempoh dan tiada faedah akan dikenakan. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan caj bayaran lewat jika gagal menjelaskan baki belum jelas anda sepenuhnya sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Caj bayaran lewat adalah antara 3% hingga 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42% setahun) atas baki belum jelas. Untuk kad caj Islam, caj ganti rugi akan dikenakan setakat jumlah maksimum yang dibenarkan, iaitu kebiasaannya sebanyak RM70 sebulan. Lazimnya, pengeluar kad caj akan membatalkan perkhidmatan kad
3
caj anda jika anda memungkiri jadual pembayaran balik untuk beberapa bulan (tempoh berbeza-beza bergantung kepada polisi dalaman pihak pengeluar). Bagi kad kredit, anda boleh membayar baki belum jelas sepenuhnya pada atau sebelum tarikh tamat tempoh, ataupun membuat pembayaran bulanan minimum, yang biasanya 5% daripada baki belum jelas. Sungguhpun kad kredit menawarkan kaedah pembayaran balik yang fleksibel, kosnya mungkin agak mahal. Pengeluar kad kredit biasanya mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun atas baki belum jelas, dan caj bayaran lewat dikenakan jika anda gagal menjelaskan sekurang-kurangnya jumlah bayaran minimum bulanan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.
Terdapat juga kad bayaran yang menggabungkan kemudahan-kemudahan kad kredit dan kad caj. Kemudahan kad caj akan diaktifkan sekiranya nilai urus niaga melebihi had kredit bagi kemudahan kad kredit. Jumlah yang melebihi had kredit tersebut hendaklah dibayar sepenuhnya mengikut syaratsyarat kemudahan kad caj tersebut. MEMOHON KAD CAJ
• Adakah Kad Caj Sesuai untuk Anda? Jika anda merupakan seorang yang menjelaskan baki dengan sepenuhnya bila tiba waktunya dan anda memerlukan instrumen pembayaran yang mudah dalam menguruskan pembayaran harian anda, kad caj mungkin sesuai untuk anda. Jika tidak, anda mungkin ingin mempertimbangkan kad pembayaran lain seperti kad debit dan kad simpan nilai (atau dompet elektronik) di mana anda hanya boleh berbelanja setakat baki di dalam akaun anda (untuk kad debit) atau nilai wang yang ditambah nilai dalam kad simpan nilai.
• Kelayakan Anda layak untuk memohon kad caj jika anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad caj. Lazimnya, syarat-syarat kelayakan termasuk berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan berpendapatan minimum sebanyak RM18,000 setahun. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad caj mungkin mengenakan syaratsyarat yang lebih ketat.
• Permohonan Anda perlu menyediakan dokumendokumen berikut ketika membuat permohonan: – Salinan Kad Pengenalan atau MyKad – Penyata bank untuk bulan-bulan terdahulu (akaun simpanan atau semasa) – Slip gaji untuk bulan-bulan terdahulu – Surat perlantikan/pengesahan jawatan daripada majikan
4
– Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin di negara ini, anda mungkin perlu mengemukakan salinan pasport anda – Jika anda bekerja sendiri, anda mungkin perlu menyediakan butirbutir pendaftaran perniagaan atau dokumen-dokumen lain seperti yang diperlukan oleh pengeluar kad caj Pengeluar kad caj memerlukan dokumendokumen tersebut untuk membuat penilaian kredit dan menetapkan had kredit dalaman kad caj, sekiranya anda layak. Pengeluar kad caj yang dibenarkan juga boleh merujuk kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) untuk mengesahkan kedudukan kredit pemohon. Masa yang diambil oleh pengeluar kad untuk memproses setiap permohonan adalah berbeza-beza tertakluk kepada prosedur dalaman masing-masing.
5
• Kad Tambahan Anda boleh memohon kad tambahan untuk isteri/suami, ahli keluarga ataupun rakan-rakan karib anda. Anda perlu merujuk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad caj untuk maklumat lanjut mengenai kad caj tambahan.
Pemegang kad caj akan diberi
had
kredit dalaman oleh pengeluar kad caj apabila permohonan mereka diluluskan
MEMAHAMI SYARAT-SYARAT PEMEGANGAN KAD
akan meminta anda mengemukakan notis bertulis untuk tujuan tersebut.
Jika permohonan kad caj anda diluluskan, anda akan diberikan kad caj yang tertera dengan nama anda, nombor kad dan sebagainya, berserta dengan terma dan syarat penggunaan kad caj. Anda harus meminta sesalinan terma dan syarat pemegangan kad sebelum menerima kad caj yang ditawarkan. Anda harus meneliti dan memahami sepenuhnya kandungan terma dan syarat pemegangan kad tersebut memandangkan anda dan pengeluar kad caj akan terikat dengannya.
Secara amnya, terma dan syarat pemegangan kad memperuntukkan perkara-perkara berikut:
Anda boleh menghubungi pengeluar kad caj jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut mengenai terma dan syarat pemegangan kad. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat pemegangan kad tersebut, anda boleh membatalkan kemudahan kad caj tersebut dengan mengembalikannya kepada pengeluar kad caj terbabit dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad caj mungkin
• Maklumat mengenai yuran dan caj • Syarat-syarat pembayaran • Liabiliti bagi urus niaga tanpa kebenaran atau penipuan
• Prosedur untuk membuat aduan atau pertanyaan mengenai penyata bulanan
• Notis pemberitahuan mengenai perubahan terma dan syarat pemegangan kad
• Hak-hak dan tanggungjawab pemegang kad
• Kerahsiaan maklumat
6
MEMAHAMI YURAN DAN CAJ
Yuran dan caj yang dikenakan atas penggunaan kad caj mungkin berbeza mengikut pengeluar kad caj. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk memahami pelbagai caj yang dikenakan dalam penggunaan kad caj untuk membantu anda memilih kad caj yang sesuai. Berikut adalah caj-caj yang lazim dikenakan:
• Yuran Penyertaan Pengeluar kad caj mungkin akan mengenakan yuran penyertaan yang dikenakan sekali sahaja. Yuran ini juga dikenali sebagai yuran kemasukan ataupun yuran keahlian. Yuran penyertaan ini mungkin perlu dibayar berserta dengan yuran tahunan bagi tahun pertama. Yuran penyertaan ini mungkin berbeza mengikut pengeluar kad caj. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad caj mungkin memansuhkan yuran penyertaan ini.
• Yuran Tahunan Ini ialah yuran tetap yang wajib dibayar setahun sekali, walaupun anda tidak pernah
7
Memahami yuran dan caj yang dikenakan boleh membantu anda memilih kad caj yang sesuai
menggunakan kad caj tersebut. Yuran tahunan biasanya dalam lingkungan RM80 hingga RM160 untuk pemegang kad utama (kad klasik) dan antara RM40 hingga RM125 untuk pemegang kad tambahan. Walau bagaimanapun, pengeluar kad caj mungkin akan memansuhkan yuran tahunan bagi tahun pertama sebagai promosi untuk menarik pemohon kad baru.
• Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan caj bayaran lewat jika anda gagal untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya sebelum atau pada tarikh tamat tempoh atau hanya membayar sebahagian daripada baki belum jelas anda. Bergantung kepada pengeluar kad caj, caj bayaran lewat lazimnya adalah di antara 3% hingga 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42% setahun) daripada jumlah baki belum jelas atau caj minimum sebanyak RM15 hingga RM50, mengikut nilai mana yang lebih tinggi. Sesetengah pengeluar kad caj mungkin mengenakan caj tambahan di
samping caj bayaran lewat jika anda gagal untuk menjelas baki anda sepenuhnya pada bulan kedua dan seterusnya. Bagi kad caj yang berlandaskan prinsip Islam, anda akan dikenakan caj ganti rugi setakat tahap maksimum yang dibenarkan, biasanya sebanyak RM70 sebulan.
• Yuran Pendahuluan Wang Tunai Sesetengah pengeluar kad caj mungkin juga menyediakan kemudahan pendahuluan wang tunai. Jika anda menggunakan kemudahan ini, anda akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai, lazimnya di antara 3% hingga 4% daripada jumlah wang tunai yang dikeluarkan ataupun caj minimum sebanyak RM15 hingga RM30, mengikut nilai mana yang lebih tinggi. Jumlah pendahuluan wang tunai perlu dibayar balik sepenuhnya sebelum tarikh tamat tempoh. Beberapa had mungkin dikenakan terhadap kemudahan pendahuluan wang tunai, seperti had maksimum pengeluaran.
8
Bagi kad caj yang berlandaskan prinsip Islam, anda akan dikenakan yuran tetap untuk pendahuluan wang tunai, lazimnya sebanyak RM15 untuk setiap urus niaga. Anda dinasihatkan agar peka terhadap yuran dan caj yang mungkin dikenakan ke atas anda seperti mana yang terkandung di dalam terma dan syarat pemegangan kad. Anda harus berhubung dengan pengeluar kad caj untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai yuran dan caj berkenaan, jika perlu. MEMILIH KAD CAJ YANG SESUAI
Anda dinasihatkan agar membuat perbandingan yang sewajarnya dalam memilih kad caj yang bersesuaian dengan anda dengan mempertimbangkan faktorfaktor berikut:
9
• Hadiah Promosi dan Tawaran Istimewa Pengeluar kad caj mungkin menawarkan pelbagai hadiah promosi yang menarik untuk setiap permohonan yang berjaya termasuklah "discman", kamera, jam dan beg pakaian. Terdapat juga pertandingan yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan kepada pemegang kad yang membuat jumlah pembelian tertentu menggunakan kad caj mereka. Pengeluar kad caj juga mungkin menawarkan yuran tahunan atau yuran penyertaan permulaan yang amat rendah ataupun memansuhkannya terus pada tahun pertama. Adalah penting bagi anda untuk membaca dan memahami terma dan syarat pemegangan kad yang berkaitan dengan hadiah promosi dan tawaran istimewa berkenaan. Perhatikan tempoh tawaran, syarat-syarat yang ditetapkan dan denda jika tidak mematuhi syaratsyarat tersebut.
Pastikan anda benar-benar
memahami terma dan syarat pemegangan kad yang berkaitan dengan hadiah promosi dan tawaran istimewa
• Yuran dan Caj Ada pelbagai kombinasi yuran dan caj yang akan dikenakan dalam menggunakan kad caj. Pengeluar kad caj mungkin memansuhkan yuran penyertaan dan yuran tahunan tetapi mengenakan caj bayaran lewat yang lebih tinggi. Apabila membandingkan yuran dan caj yang dikenakan, perbandingan hendaklah pada asas yang sama, misalnya mengikut kadar bulanan atau tahunan dan dalam tempoh masa yang lebih lama setelah mengambil kira kadar faedah istimewa yang dipromosikan.
• Liabiliti Terhad Pengeluar kad caj mungkin menghadkan liabiliti anda setakat jumlah maksimum bagi urus niaga tanpa kebenaran akibat kehilangan atau kecurian kad caj. Anda mungkin bertanggungjawab sepenuhnya atas semua kerugian, atau pada tahap maksimum, selagi anda tidak memaklumkan pengeluar kad caj mengenai kehilangan kad tersebut. Sesetengah pengeluar kad caj mungkin tidak menghadkan liabiliti anda untuk urus niaga tanpa kebenaran, dengan itu anda haruslah memilih kad caj yang mempunyai peruntukan liabiliti terhad.
• Tempoh Tanpa Faedah Pengeluar kad caj menawarkan tempoh tanpa faedah bermula dari tarikh urus niaga direkodkan atau tarikh penyata, sehingga ke tarikh tamat tempoh berakhir. Anda harus memilih kad caj yang menawarkan tempoh tanpa faedah yang lebih panjang untuk membayar baki belum jelas anda tanpa menanggung caj tambahan.
10
• Khidmat Pelanggan Anda juga mungkin ingin mengambil kira tahap khidmat pelanggan yang disediakan oleh pengeluar kad caj sebelum mengemukakan sesuatu permohonan kepada institusi berkenaan. MENCEGAH PENIPUAN KAD CAJ
Seperti mana kad bayaran lain, penggunaan kad caj melibatkan risiko. Menjaga keselamatan kad caj adalah menjadi tanggungjawab anda sebagai pemegang kad caj. Anda mungkin dipertanggungjawabkan atas urus niaga yang dibuat tanpa kebenaran anda jika anda tidak mematuhi terma dan syarat pemegangan kad anda. Oleh itu, anda haruslah meneliti terma dan syarat pemegangan kad, terutamanya mengenai hak-hak dan tanggungjawab anda. Perhatikan prosedur untuk melaporkan kehilangan ataupun kecurian kad caj anda dan implikasinya jika tidak mematuhi prosedur tersebut. Sebagai pemegang kad caj, anda boleh mengambil beberapa langkah untuk meminimumkan risiko menjadi mangsa penipuan. Berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk melindungi diri anda daripada gejala penipuan kad caj: 11
• Melindungi Kad Caj Anda: – Tandatangani kad caj anda sebaik sahaja ianya diterima – Jangan pinjamkan kad caj anda kepada sesiapa pun – Hafal nombor PIN anda dan jangan catatkan nombor PIN tersebut di belakang kad, menyimpannya di dalam dompet atau mendedahkannya kepada orang lain – Pastikan kad caj yang telah luput dipotong dua apabila anda menerima kad baru
• Apabila Menjalankan Urus Niaga: – Perhatikan kad caj anda ketika membuat urus niaga dan dapatkannya semula dengan secepat mungkin – Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip pembayaran sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga
Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip pembayaran sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga
12
– Apabila menandatangani slip pembayaran, gariskan pada ruang kosong di atas jumlah yang perlu dibayar atau bulatkan jumlah yang perlu dibayar – Jangan menandatangani slip pembayaran yang kosong – Apabila menempah atau membuat pembelian melalui telefon, jangan berikan butir-butir kad caj anda seperti nombor kad dan tarikh luput kecuali anda membuat urus niaga dengan pihak yang anda kenali – Jangan berikan butir-butir kad caj anda kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka mungkin menggunakannya untuk membuat pembelian menerusi telefon, mel ataupun Internet
• Mengawasi dan Memeriksa Urus Niaga Anda: – Simpan semua slip pembayaran anda dan bandingkan dengan penyata bulanan kad caj anda sebaik sahaja ianya diterima
13
– Maklumkan pengeluar kad caj anda dengan serta-merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran berkaitan kad caj anda dengan diikuti oleh laporan bertulis – Musnahkan semua slip pembayaran sebelum anda membuangnya
• Persediaan Diri Jika Kad Caj Anda Hilang ataupun Dicuri: – Simpan kad caj anda di tempat yang sama di dalam dompet supaya anda akan menyedarinya dengan serta-merta jika ianya hilang atau dicuri – Simpan nombor telefon pengeluar kad caj anda supaya anda dapat menghubunginya dengan serta-merta untuk melaporkan sebarang kehilangan/kecurian kad, urus niaga tanpa kebenaran atau pendedahan nombor PIN kepada pihak ketiga – Rekodkan nombor kad caj anda dan tarikh luputnya di tempat yang selamat dan berasingan daripada dompet anda
PERINGATAN
Anda harus sentiasa berhemat apabila menggunakan kad caj dan tidak berbelanja melebihi kemampuan anda. Yuran dan caj yang dikenakan ke atas baki belum jelas boleh menjadi amat tinggi. Yang paling penting, pengeluar kad caj mungkin akan mengambil tindakan undang-undang ke atas anda jika anda mungkir dalam membuat pembayaran.
Anda harus sentiasa berhemat apabila menggunakan kad caj dan tidak berbelanja melebihi kemampuan anda
14
RINGKASAN PERBANDINGAN DI ANTARA KAD KREDIT DAN KAD CAJ
Di antara ciri-ciri utama kad kredit dan kad caj adalah seperti berikut: Ciri – ciri
Kad Kredit
Kad Caj
Had Kredit
Had maksimum ditetapkan bagi setiap pemegang kad
Lazimnya, had perbelanjaan yang ditetapkan oleh pengeluar kad tidak dimaklumkan kepada pemegang kad, melainkan pemegang kad sendiri memohon untuk mengetahuinya. Walau bagaimanapun, nilai urus niaga yang melebihi had maksimum mungkin dibenarkan, bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad
Bayaran Minimum
Bayaran minimum sebanyak 5% atas baki belum jelas
Baki belum jelas perlu dibayar sepenuhnya sebelum tarikh tamat tempoh
Yuran Penyertaan
Bayaran dikenakan sekali sahaja. Yuran berbeza-beza bergantung kepada pengeluar kad atau dimansuhkan
Bayaran dikenakan sekali sahaja. Yuran berbeza-beza bergantung kepada pengeluar kad atau dimansuhkan
Caj Kewangan
Caj maksimum sebanyak 18% setahun atas baki belum jelas
Tidak berkaitan kerana baki belum jelas harus dibayar sepenuhnya sebelum tarikh tamat tempoh
Yuran Tahunan
Lazimnya di antara RM60 hingga RM90 untuk kad klasik
Lazimnya di antara RM80 hingga RM160 untuk kad klasik
Caj Bayaran Lewat
Caj maksimum sebanyak 1% sebulan atas baki belum jelas atau RM5, mengikut mana yang lebih tinggi
Lazimnya di antara 3% dan 3.5% sebulan (atau 36% hingga 42% setahun) atas baki belum jelas atau jumlah tetap minimum, mengikut mana yang lebih tinggi. Lazimnya, kad caj berasas prinsip Islam mengenakan jumlah tetap maksimum sebanyak RM70 sebulan
Yuran Pendahuluan Wang Tunai
Lazimnya di antara 3% hingga 5% atas pendahuluan wang tunai sebagai tambahan kepada caj kewangan
Lazimnya 3% hingga 4% bergantung kepada pengeluar kad caj. Sesetengah pengeluar kad caj tidak menyediakan kemudahan pendahuluan wang tunai. Bagi kad caj berasas prinsip Islam, jumlah tetap tidak melebihi RM15 lazimnya dikenakan
15
S&J SOALAN-SOALAN LAZIM
Apakah jenis-jenis kad bayaran lain yang terdapat di Malaysia?
Selain daripada kad caj, kad-kad bayaran yang lain ialah kad kredit, kad debit dan kad simpan nilai. Kad debit adalah sejenis kad bayaran di mana baki di dalam akaun simpanan atau akaun semasa anda akan dikurangkan dengan serta-merta mengikut jumlah urus niaga yang dibuat, setelah kelulusan diperolehi. Kemudahan ini juga terdapat pada Bankcard yang dikeluarkan oleh kebanyakan institusi perbankan tempatan. Terdapat juga kad debit antarabangsa seperti VISA Electron dan MasterCard Electronic yang boleh digunakan di premis perniagaan yang mempamerkan logo yang berkaitan. Kad simpan nilai ialah sejenis kad prabayar yang mengandungi nilai wang yang telah ditambah nilai terlebih dahulu oleh pengeluar kad. Sesetengah skim kad simpan nilai mungkin membenarkan pemegang kad untuk menambah semula nilai wang ke dalam kadnya dan nilai tersebut akan ditolak secara automatik daripada jumlah yang tersimpan di dalam kad tersebut apabila pembelian dibuat. Kad simpan nilai yang biasanya terdapat di Malaysia ialah MEPS Cash, iaitu skim dompet elektronik seluruh bank (“bank-wide e-purse scheme”) yang terdapat pada Bankcard yang dikeluarkan oleh institusi perbankan tempatan dan Touch ‘n Go yang lazimnya digunakan secara meluas untuk tujuan pembayaran tol dan kemudahan meletak kereta.
Adakah sesiapa sahaja boleh memohon kad tambahan?
Pemegang kad utama boleh mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemegang kad tambahannya, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad caj.
16
Sebagai pemegang kad tambahan, adakah saya akan diberi penyata bulanan?
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak berpuas hati dengan barangan yang saya beli dengan menggunakan kad caj?
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembelian yang dibuat melalui kad tambahan?
17
Lazimnya, maklumat mengenai urus niaga kad caj oleh pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan akan disatukan dalam satu penyata bulanan dan dihantar kepada pemegang kad utama sahaja. Penyata bulanan mungkin juga disediakan secara berasingan kepada pemegang kad utama dan pemegang kad tambahan, tertakluk kepada polisi dalaman pengeluar kad caj.
Kad caj hanya memudahkan anda untuk membuat pembayaran. Anda harus mengetahui dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh peniaga ketika membuat pembelian barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, seperti polisi pemulangan barangan. Pengeluar kad caj tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan barangan atau perkhidmatan yang telah dibeli dengan menggunakan kad caj. Tuntutan atau pertikaian di antara peniaga dan pemegang kad tidak memberi hak kepada pemegang kad untuk menangguh pembayaran.
Pemegang kad utama adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjelaskan pembelian yang dibuat oleh pemegang kad tambahan dan juga pembeliannya sendiri. Walau bagaimanapun, anda perlu meneliti terma dan syarat yang dikenakan sama ada pemegang kad tambahan turut bertanggungjawab ke atas hutang-hutang kad caj tersebut.
Perlukah saya membayar kos tambahan kepada peniaga jika saya menggunakan kad caj untuk membuat pembelian?
Tiada kos tambahan dikenakan jika membeli dengan kad caj. Sekiranya anda dikenakan caj tambahan oleh peniaga, sila hubungi pengeluar kad caj anda untuk mendapatkan penjelasan.
Bagaimana kadar pertukaran wang asing ditentukan apabila saya membuat pembelian di luar negara?
Jumlah urus niaga yang dilakukan di luar negara dengan menggunakan mata wang asing akan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menggunakan kadar pertukaran mata wang asing yang ditentukan oleh skim pengeluar kad caj (seperti American Express, Diners Club International dan MasterCard International) ditambah dengan komisen penukaran atau caj pentadbiran. Penukaran mata wang asing akan dilakukan secara automatik semasa urus niaga dibuat.
Adakah saya bertanggungjawab ke atas urus niaga penipuan selepas kad caj saya didapati hilang ataupun dicuri?
Anda hendaklah sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya untuk melindungi kad caj anda. Sesetengah pengeluar kad caj mungkin menghendaki anda mengemukakan pengesahan bertulis dan/atau laporan polis kepada mereka apabila kad anda hilang atau dicuri. Jika berlaku sebarang urus niaga tanpa kebenaran dengan menggunakan kad caj anda sebelum laporan dibuat, anda mungkin bertanggungjawab sehingga jumlah tertentu, tertakluk kepada terma dan syarat pengeluar kad caj.
18
Adakah saya perlu menyemak penyata kad caj saya?
Ya, jadikan satu amalan biasa untuk sentiasa menyemak penyata kad caj anda bagi mengesan sebarang percanggahan atau urus niaga tanpa kebenaran. Meluangkan masa beberapa minit untuk meneliti maklumat-maklumat di dalam butiran pada penyata bulanan kad caj anda adalah penting dan berkesan untuk mengesan penggunaan kad caj anda tanpa kebenaran.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kesilapan pada penyata kad caj saya?
Anda hendaklah memaklumkan pengeluar kad caj anda secara lisan dengan segera jika terdapat sebarang kesilapan pada penyata bulanan kad caj anda atau kemungkinan berlakunya urus niaga tanpa kebenaran yang melibatkan kad caj atau nombor PIN anda, disusuli dengan laporan secara bertulis secepat mungkin. Bagi kad caj yang dikeluarkan oleh institusi perbankan, maklumat untuk menghubungi pegawai atau alamat emel boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, www.bnm.gov.my. Selain itu, jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberi oleh institusi perbankan, anda boleh menghubungi Biro Pengantaraan Kewangan: Pengantara Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03-2272 2811 Fax: 03-2274 5732 Laman Web: www.fmb.org.my Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atas pengeluar kad caj di kalangan institusi perbankan, sila rujuk kepada buku kecil "Membuat Aduan Perihal Perbankan".
19
GLOSARI Pengeluar Kad Caj Institusi yang diberi kebenaran untuk mengeluarkan kad caj sama ada menggunakan satu jenama yang seragam atau menggunakan jenamanya sendiri. Skim Pembayaran Kad Caj Institusi atau persatuan (misalnya American Express, Diners Club International dan MasterCard International) yang menyediakan infrastruktur bagi kemudahan memperolehi kelulusan dan penyelesaian urus niaga kad caj. Peniaga Sebarang perniagaan yang menerima kad caj sebagai salah satu alat pembayaran untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan mereka. Urus Niaga Penipuan Urus niaga yang tidak mendapat kebenaran pemegang kad. Urus niaga ini mungkin berlaku akibat kehilangan atau kecurian kad, kad tidak diterima oleh pemohon, kad dikeluarkan berdasarkan permohonan palsu, penipuan atau situasi-situasi penipuan seperti yang ditakrifkan oleh pengeluar kad caj.
20
Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.