Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja USAHAWAN MUSLIM: ISU DAN CABARAN Oleh: Mohammad Noorizzuddin Nooh Kolej Universiti Islam Malaysia Wan Rasyidah Wan Nawang Kolej Universiti Islam Malaysia PENGENALAN
Keusahawanan adalah satu medan dakwah yang penting di dalam Islam. Dengan hasil keusahawanan jugalah Islam tersebar ke pelusuk dunia. Islam amat menggalakkan umatnya untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana hampir keseluruhan rezeki itu berpunca dari perniagaan. Sebagaimana maksud hadith: “Perniagaan itu adalah sembilan persepuluh dari rezeki...”
Dalam menuju era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, isu dan cabaran dalam keusahawan semakin mencabar. Oleh yang demikian, usahawan muslim amatlah dituntut supaya sentiasa berpegang kepada ajaran Allah yang terkandung di dalam AlQuran dan Hadith. “Aku tinggalkan kamu dua perkara; kamu tidak akan sesat selamanya selagi mana kamu berpegang kepada kedua perkara ini: Al-Qurah dan Sunnah RasulNya”
Bidang keusahawan adalah satu bidang yang mulia di sisi agama. Umat Islam amatlah dituntut untuk menjadikan bidang ini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan taraf hidup. Bidang keusahawanan juga merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Graduan digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Era dunia sekarang semakin global dan semakin mencabar menuntut graduan supaya lebih berdikari dan berdaya kreatif, lebi-lebih lagi keadaan pasaran kerjaya yang semakin tidak menentu dan terhad. Disebabkan keadaan inilah graduan menganggur di negara semakin meruncing dan membimbangkan. Oleh sebab itu, graduan haruslah berani menceburkan diri dalam bidang ini. Bidang keusahawanan mengalakkan para graduan untuk berdikari tanpa mengharapkan mana-mana pihak untuk menampung kehidupan.
1
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja Bidang ini juga dapat mendidik graduan supaya lebih berdaya kreatif dalam membuat keputusan dengan berpandukan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
Selama empat tahun menuntut ilmu di universiti graduan sepatutnya mempunyai pelbagai kemahiran. Kemahiran dari segi pengurusan perniagaan, pentadbiran, pemasaran, komunikasi dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini sedikit sebanyak dapat membantu para graduan dalam menguruskan bidang keusahawanan yang dipilih.
Penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan amatlah disokong oleh pihak kerajaan sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara. Ini terbukti di mana pihak kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai kursus dan latihan bagi usahawan muda dengan tujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ini. Bukan itu sahaja, dana dan tabung pinjaman juga diwujudkan untuk mengalakkan penglibatan graduan dalam bidang ini. Sebagaimana yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan bajet 20061 dalam usaha untuk membantu graduan kerajaan akan melaksanakan:
1. Skim Usahawan Muda Di bawah Kementerian Usahawan dan Koperasi dalam bidang
ICT,
pelancongan,
produk
halal
serta
pemperosesan
dan
pembungkusan makanan. 2. Pusat Latihan Kemahiran Negeri menambah pengambilan pelatih dan memperkenalkan kursus baru di bawah Program Peningkatan Kemahiran Perindustrian. Sebanyak 100 juta ringgit diperuntukkan untuk melatih 4,800 pelatih, dan 3. Program PROSPER siswazah akan dilaksanakan untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan. Untuk permulaan seramai 200 graduan akan dibantu memulakan perniagaan pada tahun 2006, dengan pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit setiap usahawan.
1
Ucapan Bajet Tahun 2006 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan
2
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja Pihak kerajaan sentiasa memandang serius penglibatan graduan dalam bidang ini. Oleh yang demikian sepatutnya graduan tidak mempunyai masalah dalam usaha untuk mencari modal pusingan dan kursus serta latihan keusahawan.
Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluar produk halal dalam beberapa tahun yang akan datang. Peluang ini perlulah diambil oleh usahawan muda untuk mempelopori bidang ini. Graduan perlulah mempersiapkan diri dalam pelbagai kemahiran terutamanya kemahiran bahasa. Dalam beberapa tahun akan datang, Malaysia akan menjadi tumpuan dunia dalam menghasilkan produk halal. Oleh yang demikian kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dapat membantu menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara kita sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Walau bagaimanapun adalah penting bagi setiap graduan untuk menanamkan dalam diri masing-masing nilai dan etika keusahawan Islam. Sebagaimana yang telah ditekankan, Islam sememangnya menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Akan tetapi penglibatan umatnya dalam bidang ini hendaklah selari dengan ajaran Islam yang digariskan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Misi setiap muslim yang diserapkan dengan tauhid iaitu untuk melaksanakan perintah Allah dalam setiap aspek kehidupan adalah wajib. Dengan cara ini umat Islam akan memperolehi matlamat yang unggul iaitu “Al-Falah”, kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, kegiatan rasuah semakin menjadi-jadi di negara kita. Lebih memalukan apabila ramai orang atasan yang beragama Islam terjerumus dalam kegiatan ini. Ini disebabkan oleh sifat tamak dan pentingkan diri sendiri.
Oleh yang demikian, graduan muslim perlulah melengkapkan diri dengan nilai dan etika Islam sepanjang masa dan ketika. Ini penting untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kegiatan yang tidak diredhai Allah.
Kertas kerja ini membincangkan isu-isu dan cabaran usahawan muslim dalam menunaikan kewajipan kepada Allah, diri sendiri dan masyarakat umumnya dari konteks penglibatan remaja. 3
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja DEFINASI
Pendefinisian usahawan muslim merupakan satu ungkapan yang ideal dan komprehensif. Ia boleh dijadikan sebagai satu “role-model” yang berupaya membuat trasformasi senario peradaban umat Islam pada masa sekarang. Kesinambungan dari pemerintahan kegemilangan Islam yang lalu perlu didalami untuk mencari kunci kejayaan mereka. Namun begitu, para cendiakawan pada abad ini, perlu membuat analisis dalam memberikan konotasi usahawan muslim yang tepat.
Secara dasarnya, usahawan muslim ialah mereka dikalangan umat islam yang menjalankan aktiviti perniagaan dengan produk yang halal. Namun begitu, mereka juga terikat dengan etika dan ruh perundangan syariah agar sentiasa dipatuhi secara total bersumberkan al-quran dan as-sunnah.
Oleh yang demikian, sentrik ilmu
berpaksikan naqli perlu diasimilasikan untuk mewujudkan ikon usahawan muslim yang ideal.
Kesannya, bagi menjenamakan identiti sebagai usahawan muslim, sifat-sifat yang baik perlu dihadiri dalam jiwa seseorang peniaga. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. boleh dijadikan sebagai teladan dan ikutan dalam aspirasi lakuan usahawan muslim. Ini dibuktikan apabila semasa Rasulullah s.a.w. mengatur perniagaannya, baginda telah meletakkan beberapa prinsip akhlak, dan mengemukakan suatu contoh aktiviti yang bersifat kemanusiaan yang cenderung ke arah mengeratkan hubungan sesama insan, memelihara keutuhan persaudaraan yang sudah terjalin. Sekiranya kesemua sifat yang dinyatakan tadi dapat diadaptasikan, maka reality usahawan muslim akan terjawab.
Jika disingkap dari peradaban tarikh Islam pula, kita dapati bahawa kewujudan para usahawan dari kalangan umat Islam telah menjangkau ke dunia Afrika. Malah telah tertubuh beberapa buah jajahan Islam baru di benua Afrika seperti di Somalia, Nigeria, Mali, Guinea dan lain-lain tanpa melalui peperangan atau penaklukan. Secara umumnya, senario transaksi perdagangan yang pada ketika itu telah berjaya menarik kepercayaan penduduk tempatan kerana mereka menunjukkan adab sopan Islam yang
4
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja tinggi ketika berurusan dengan mereka, khasnya peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan2.
Kita tidak perlu melahirkan satu ideologi atau sistem usahawan muslim yang baru. Bahkan teori berkaitan usahawan yang dikemukan oleh pemikir barat boleh dijadikan sebagai sokongan kepada pemantapan sistem pembudayaan ussahawan muslim. Yang jelas ialah setiap lakuan hendaklah berpaksikan kepada sumber akidah islam. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran iaitu :Terjemahan : Surah alMaidah : 15-16. “Sesungguhnya telah datang kepada kamu hidayat dan kitab yang terang daripada Allah, dengan itu, Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang mahu mengikut perintahNya akan jalan yang selamat serta mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang dengan izinNya jua dan seterusnya menunjukkan mereka ke arah jalan yang benar”
PENJENAMAAN Dalam arus perubahan globalisasi yang semakin terasa, banyak perubahan telah dan sedang kita lalui lebih-lebih lagi dalam menjalani kehidupan seharian sebagai pengguna. Rata-rata kita sering mendengar istilah penjenamaan semula yang semakin sinonim dengan kehidupan seharian bermula dari stesen radion, syarikat telekomunikasi malahan istilah ini digunakan oleh sesiapa sahaja baik individu, kerajaan, mahupun pihak swasta. Pendek kata, Malaysia kini dilanda demam penjenamaan semula. Dalam kata lain kalau fenomena ini tidak dibendung kelak negara kita juga akan dijenamakan semula. Layakkah aktiviti penjenamaan semula yang diwar-warkan di dalam pelbagai media ini dipanggil penjenamaan? Adakah ianya merupakan penamaan semula produk atau perkhidmatan lapuk, pemposisian semula perkhidmatan yang sudah dilupakan atau hanya satu gimik pemasaran? Pengguna di Malaysia seharusnya menjadi lebih bijak dalam mendalami isu ini memandangkan peningkatan sistem pendidikan kita yang berhasrat bukan sahaja melahirkan individu berketerampilan dan beretika tinggi tetapi juga melahirkan golongan pengguna yang lengkap. 2
Abdul Sami’ al-Misri, Terjemahan: Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. Cetakan Pertama. M/s:18. 5
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja
Selain itu, sejak kebelakangan ini, isu globalisasi dan daya saing memainkan peranan yang penting dalam membentuk IKS di Malaysia. Banyak telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai agensi dalam menerapkan elemen daya saing ke dalam industri berkaitan. Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub pengeluaran produk Halal global telah menyediakan satu ruang penglibatan usahawan IKS Muslim secara menyeluruh. Demi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah hub pengeluaran bertaraf dunia bagi produk halal, industri pemakanan negara melalui penglibatan IKS perlu diperkuatkan. Makanan Halal telah menerima sambutan luar jangkaan di seluruh dunia dan fenomena ini bukan berpunca daripada bilangan penganut agama Islam yang semakin bertambah tetapi ini adalah kerana makanan Halal telah diiktiraf sebagai kayu pengukur dari segi kebersihan dan pengurusan kualiti yang menyeluruh dan tersusun. Terdapat segelintir usahawan yang berpendapat bahawa penggunaan makanan Halal hanya tertumpu kepada pengguna beragama Islam dan persepsi ini akan menyempitkan lagi ruang lingkup pasaran dan menyebabkan usahawan IKS terpinggir dalam persaingan yang semakin mencabar.
Kita lupakan isu penjenamaan dalam mencapai status hub pengeluaran produk Halal dan fokuskan perhatian kita kepada isu yang lebih ringan seperti perkara yang perlu diambil kira oleh pihak swasta mahupun kerajaan dalam menangani arus penjenamaan semula yang boleh dikatakan umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang utama perlu dilakukan ialah memahami produk dan perkhidmatan yang ingin kita sampaikan kepada pengguna. Jika elemen ini tidak kita kenalpasti maka kita akan kehilangan fokus seumpama si buta kehilangan tongkat. Fahami elemen-elemen ini bukan dan segi teknikal tetapi dari pelbagai segi dan jiwai kesemuanya ini dan kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan itu amat mencabar dan penuh dengan muslihat. Aspek ini yang selalu golongan ‘penjenama semula’ di Malaysia lupakan. Perubahan boleh berlaku tetapi jangan senantiasa mengharap bahawa ianya akan berlaku dengan cepat dan juga akan membawa keuntungan yang besar.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah kuantiti yang banyak tak semestinya dapat memberikan pulangan yang baik. Memang tidak dapat dinafikan di dalam istilah kewangan wujudnya frasa pengagihan risiko tetapi apakah gunanya jika untuk mengagih risiko, sesuatu syarikat penyiaran terpaksa melahirkan sehingga 6
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja berpuluh puluh stesen radio. Maka pemantauan dari aspek kualiti terpaksa dipertingkatkan seterusnya mempertingkatkan kos operasi. Selain dari itu agensi tidak kira kerajaan mahupun swasta perlu menjauhkan diri dari mendasarkan objektif berasaskan nombor. Ini adalah kerana ianya akan menyebabkan produktiviti penghasilan dan pengeluaran terbantut dan akan hanya berpuas hati jika objektif tersebut dapat dicapai tanpa ada apa-apa usaha untuk menambahbaik keadaan yang ada.
Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa membezakan atau memposisikan organisasi mereka lain daripada pencabar terdekat akan mendatangkan hasil yang positif tetapi rata-rata organisasi di Malaysia mempunyai perbezaan yang kabur. Dalam kata lain, perbezaan sesuatu organisasi dengan organisasi lain adalah pada tahap minima dan menyebabkan mereka terpaksa bersaing dalam menetapkan harga dan perkara ini sebenarnya amat merugikan organisasi dan percaturan ini banyak diaplikasikan di Malaysia terutamanya oleh syarikat penyedia talian mudah alih. Memang tidak dinafikan pada akhirnya ramai yang mengatakan bahawa pengguna adalah golongan yang akan mengaut keuntungan pada akhirnya tetapi apakah gunanya kita untuk dari segi fiskal tetapi pada masa yang sama kita rugi dari segi kualiti dan juga elemen nilai tambah terhadap produk atau perkhidmatan tersebut. Akhir kata sebagai organisasi tidak kira milik kerajaan atau swasta perlulah berhati-hati dengan isu penjenamaan semula kerana sudah banyak organisasi gergasi di luar negara yang punah disebabkannya dan kepada para pengguna kita perlu lebih bijak untuk menilai keuntungan yang kita kaut kerana murah belum bererti ianya menepati aspek kualiti yang kita ingin pertekankan.
KEUSAHAWANAN SEBAGAI OPSYEN KERJAYA Sejak kebelakangan ini kita dapat lihat bahawa ramai yang mengeluh jika kita memperkatakan mengenai peluang untuk mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi dalam keadaan harga minyak yang semakin melonjak. Jika kita semak dan teliti iklaniklan pekerjaan di dada akhbar lebih cenderung untuk mengambil pekerja di dalam bidang pemasaran dan ini menyebabkan graduan yang mempunyai kemahiran khusus susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ini bermakna peluang adalah sama rata iaitu tidak kira samada seseorang itu berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan,
7
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja perniagaan, dan mungkin komunikasi. Kesemua mereka ini berada di laman permainan yang rata dan pada ketika itu ianya adalah bergantung keseluruhannya kepada kelebihan berkomunikasi dan juga dalam bidang penulisan resume. Ada calon yang menyatakan bahawa beliau sudah pergi ke beratus temuduga tetapi satu pun tidak memanggil beliau kembali dan menawarkan pekerjaan. Ini secara tidak lansung bermakna kemahiran berkomunikasi beliau adalah pada tahap yang lemah. Satu titik persamaan yang ditemui ialah kegagalan para calon untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Perlu ditekankan bahawa untuk bekerja di syarikat swasta, penguasaan Bahasa Inggeris perlulah berada di tahap yang baik kerana sekecil-kecil memo di syarikat swasta kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Kita ketepikan persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan cara-cara mendapatkan pekerjaan kerana yang pastinya peluang pekerjaan adalah amat sedikit berbanding dengan calon yang benar-benar berkelayakan berdasarkan latarbelakang pendidikan dan juga kmahiran berkomunikasi. Ianya adalah diibaratkan seribu kumbang merebut sekuntum bunga di celah lalang. Apa yang penting sekarang adalah para graduan mencari alternatif lain untuk mencari rezeki. Salah satu alternatifnya adalah melalui bidang keusahawanan. Keusahawanan memberikan kebebasan berfikir, menggalakkan percambahan kreativiti, dan boleh menjadi suber rezeki yang produktif.
Ramai ibubapa yang tidak mempunyai kepercayaan seratus peratus apabila mendengar bahawa anak-anak mereka ingin menceburkan diri ke bidang keusahawanan. Sebenarnya keusahawanan adalah satu bidang yang murni dan jika kita baca di dalam akhbar, banyak anak mudah yang berjaya jika dibekalkan dengan semangat, ilmu, dan galakan dari ibubapa mereka. Memang ramai yang menyatakan bahawa untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan faktor utama yang perlu diberi perhatian selain dari ilmu ialah faktor kewangan. Faktor tersebut sebenarnya berkait rapat dengan nafsu seseorang tersebut. bila kita berbincang mengenai keusahawanan, ramai yang mengimpikan pejabat yang mewah, kereta menjalar, dan lain-lain lagi tetapi sebenarnya sebagai usahawan yang terbaik, kita mempunyai sistem perbelanjaan yang berhemah. Modal pertama selalunya boeh didapati melalui pinjaman peribadi daripada ibubapa jika perniagaan itu tidak memerlukan modal yang banyak. Apakah produk ataupun perkhidmatan yang boleh 8
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja dijual atau disediakan? Bagaimana untuk mencari dan memilih produk atau perkhidmatan tersebut? Perkara yang pertama ialah seseorang individu tersebut mestilah berani menerima risiko. Perkara yang paling senang ialah mencari produk pelengkap terhadap produk yang sedia ada dan yang kedua ialah dengan mencari barang yang tiada di Malaysia. Orang tua-tua sering berkata, “Jauh berjalan, luas pandangan”. Sebagai contoh kita berasal dari Kuala Lumpur dan bercuti di Kelantan. Cuba lihat apakah benda yang ada di Kelantan yang tiada di Kuala Lumpur dan cuba perkenalkan di sana. Selain dari itu cuba kita layari laman web luar negara kerana mungkin ada produk yang murah dan tiada di pasaran Malaysia. Selain itu dengan skim galakan keusahawanan dalam bidang pertanian yang baru dilancarkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini diharap dapat membuka mata dan peluang kepada graduan kita agar lebih cenderung untuk meneceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan.
Apapun perkara yang ingin dilakukan, pastikan bahawa ilmu dan pengalaman sudah lengkap di dada untuk mengelakkan graduan dari ditipu. Ambillah masa untuk berbincang dan belajar dari orang yang berpengalaman dan lebih tahu. Belajar mengenai persekitaran perniagaan, cara-cara pemasaran dan yang paling penting ialah kemahiran berkomunikasi dan menghormati pelanggan.
RASUAH Rasuah merupakan satu cabaran yang paling berat dalam bidang keusahawanan. Ramai usahawan yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan, walaupun mereka menyedari kesan-kesan negatif rasuah. Rasuah, samaada penerima, pemberi, peminta, penyalahguna kuasa dan walau apapun namanya adalah haram dari sisi Islam dan hendaklah dijauhkan. Sebagaimana firman Allah:Al-Baqarah:188 “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
9
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja Senario politik dan kepimpinan di negara kita sedang rancak dilanda arus pembersihan rasuah yang dilaungkan di bawah panji pemerintahan YAB Perdana Menteri kita. Sejak kebelakangan ini kita sering mendapati ada sahaja golongan yang digelar pemimpin, dihukum kerana terbabit dalam politik wang. Kini masanya adalah bukan untuk kita menuding jari dan mencari serta memperbesarkan kesalahan manamana pihak tetapi mencari jalan tengah untuk sama-sama mengatasi permasalahan yang telah menghantui kepimpinan sejak dulu lagi. Jika dulu tidak ramai yang ingin menjadi pemimpin hinggakan terpaksa ditarik ke atas untuk memperjuangkan hak dan keadilan tetapi kini ramai yang berebut-rebut dan rata-rata mempunyai latarbelakang politik yang kuat dan teguh. Maka persaingan mula ditambatkan melalui pembabitan politik wang.
Kini ramai pemimpin yang bepasakkan idealogi-idealogi asing dalam menerap serta membangkitkan ciri-ciri kepimpinan peribadi. Usaha kerajaan sejak dari tahun 80an lagi di mana penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran telah dialu-alukan tetapi kempen itu hanya tinggal pada nama. Kini hanya tinggal unsur penerapan tanpa diketahui dimanakah hilangnya elemen nilai apatah lagi elemen nilai-nilai Islam ke dalam jati diri pemimpin di Malaysia. Tidak perlu kita pergi jauh dalam mendalami aspek atau ciri-ciri apakah yang perlu dalam diri seorang pemimpin demi memerangi gejala rasuah dan politik wang dengan membelek buku-buku penulisan Covey mahupun buku Sun Tzu The Art of War. Sebagai individu Muslim kita perlu menggunakan pendekatan yang menyeluruh dengan mendalami sifat keperibadian dan kepimpinan nabi Muhammad S.A.W dalam memimpin ummatnya iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatanah.
Siddiq secara umumnya bolehlah ditafsirkan sebagai benar. Walaupun ianya dirangkumkan dengan satu perkataan tetapi maksudnya perlulah diperhalusi dengan lebih mendalam. Benar dalam konteks ini ialah benar secara menyeluruh bukan hanya tertakluk kepada tuturkata tetapi juga merangkumi perbuatan seharian. Dalam konteks masyarakat moden pendekatan yang digunakan hendaklah telus dalam apa jua yang dilakukan. Apakah yang perlu kita takutkan jika kita berlandaskan dengan sesuatu yang benar? Motif utama seseorang individu itu menjadi pemimpin adalah sematamata untuk menjadi khalifah di muka bumi ini di samping mencari keredhaan Allah. Apa yang dapat kita lihat kini hanyalah wang, pangkat, kedudukan dan harta menjadi 10
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja motif utama dalam perjuangan. Jika perjalanan kita telah dimulakan dengan langkah yang salah, sampai bilakah kita akan sampai ke destinasi yang sepatutnya? Al-Ahzab:70 “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara)”
Sifat yang kedua adalah amanah dan ianya merupakan perkataan yang paling senang dilupakan oleh para pemimpin. Sepatutnya pemimpin tidak perlu menekankan bahawa mereka hanyalah menjalankan tugas mereka. Sebaliknya mereka perlu menekankan bahawa mereka berdiri di sana di atas tiket sebagai pemegang amanah rakyat. Bagaimanakah seorang penjawat jawatan ingin merasakan bahawa dirinya itu bertanggungjawab jika beliau hanya merasakan bahawa dirinya hanya memikul tugas yang dianggap sebagai beban. Jika kita melakukan tugasan harian kita berdasarkan sifat amanah, saya rasa tidak akan wujudnya kakitangan atasan yang bermain golf pada pukul 4 petang dan kakitangan bawahan yang duduk di warung-warung pada pukul 3 petang. Sebenarnya sifat amanah ini jika diperhalusi dapat membawa semua orang tidak kira samada kakitangan atasan mahupun bawahan ke arah satu matlamat yang sama iaitu untuk mencapai objektif organisasi. An-Nisa’:58 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Sifat ketiga adalah Tabligh iaitu menyampaikan. Tidak dinafikan masyarakat Malaysia memang hebat dalam mendalami sifat ketiga ini tetapi melalui pendekatan yang songsang. Masyarakat kita memang pakar dalam menyampaikan berita seperti gosip dan khabar angin yang tidak berasas yang kadangkalanya dapat membawa kepada kejatuhan sesebuah organisasi. Sifat menyampaikan di sini dapatlah disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat yang berkesan dengan sifat mendorong ke arah kebaikan yang akhirnya dapat membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi itu. Al-Maidah:67
11
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja “Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang kafir.
Akhir sekali sifat Fatanah iaitu bijaksana yang amat diperlukan oleh para pemimpin kita pada masa ini. Bijaksana tidak bermaksud kepandaian kognitif seseorang individu tetapi kebijaksanaan yang berasaskan pendidikan selaras dengan pengalaman yang dapat mendorong seseorang terus maju sejajar dengan matlamat memperbaiki diri sendiri dan golongan yang dipimpin.
Secara ringkasnya, jika seseorang individu itu ingin menjadi seseorang pemimpin dan tidak dapat mengaplikasikan keempat-empat sifat ini adalah dinasihatkan agar berhentilah menjadi pemimpin dan jadilah orang yang dipimpin. Mudah-mudahan melalui pengalaman dipimpin, pemimpin tersebut akan bangkit kembali berbekalkan kebijaksanaan dan pengalaman untuk terus menerajui dan memimpin masyarakat Malaysia untuk menongkah arus pembangunan globalisasi.
KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan keusahawanan adalah bidang kerja yang penting dan dimuliakan dalam Islam. Umat Islam amat digalakkan menceburi bidang keusahawanan supaya umat Islam sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dan bukan bersandar kepada orang lain dalam menikmati rezeki kurniaan Allah. Sebagaimana maksud hadith: (Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya orang yang membawa tali, lalu dia memikul seberkas kayu, lantas menjualnya, (dengan usaha itu Allah menjaga dirinya)adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang, baik mereka yang dipinta itu memberinya atau menghalangnya”
Cabaran dalam bidang keusahawanan menuntut usahawan Islam untuk lebih bersedia dan maju ke hadapan. Islam tidak menghalang umatnya untuk mengejar keuntungan
12
Seminar Pembudayaan & Pendidikan Keusahawanan Remaja walaupun keuntungan di dunia supaya umat Islam dapat hidup sempurna dan dapat beribadat kepadaNya dengan hati yang gembira. Akan tetapi keuntungan yang diperolehi hendaklah melalui jalan yang betul dan mengikut syarak. Keuntungan dari perniagaan itu juga hendaklah dikongsi dengan masyarakat melalui pembayaran zakat. Dengan cara ini usahawan Islam bukan sahaja akan dapat memelihara diri sendiri, malahan agama dan masyarakat Islam umumnya.
RUJUKAN
Abdul Sami’ Al-Misri, Terjemahan:Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka:Kuala Lumpur.
Dato’ Seri Abdul rahman Maiden, 2003. Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektif Islam. Kertas Kerja dibentangkan diMuzakarah Pakar, Dewan Besar IKIM, 29-30 April 2003.
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam Perniagaan dan Keusahawanan
Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Pelanduk Publications.
Prof. Madya Syed Omar Bin Syed Agil, Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam Dalam Perniagaan
13