SAINS MAJOR KDPM SABK 12 BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
HJ SHAARI HJ OMAR KJ JABATAN SAINS
MONOMER Molekul-molekul ringkas yang boleh digabungkan bersama untuk membentuk polimer. Contohnya glukosa.
POLIMER Molekul rantai panjang yang terdiri daripada gabungan secara kimia sebilangan besar monomer yang sama jenis. Contoh; Kanji (Karbohidrat) Monomer + monomer = polimer Glukosa + glukosa = maltosa
POLIMER DAN MONOMER POLIMER
MONOMER
Protein
Asid amino
Kanji
Glukosa
Getah asli
Isoprena
Politena
Etena
Neoprena
Kloroprena
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
Polimer dan monomer
POLIMER
POLIMER ASLI[ORGANIK]
POLIMER SINTETIK
POLIMER ASLI • Wujud secara semulajadi seperti getah asli, protin, kanji , kapas dan sutera.
POLIMER SINTETIK • Polimer buatan manusia seperti plastik, getah sintetik , termoplastik, plastik termoset dan gentian sintetik.
GETAH
GETAH ASLI
GETAH SINTETIK
GETAH TERVULKAN
Sifat-sifat Getah Asli • • • •
mudah terbakar dan takat lebur yang rendah (50°C) kenyal dan boleh diregang reaktif kepada agen kimia seperti minyak, gris dan petrol fleksibel kerana ia adalah satu termoplastik yang lembut dan mengeras bila berlaku pemanasan, boleh cair dan terbentuk semula untuk diguna pakai semula. • tidak telap air. Ini menjadikannya suatu penghalang yang sangat baik terhadap patogen seperti virus HIV yang menyebabkan AIDS. • Peka kepada penipisan ozon disebabkan oleh kehadiran ikatan berganda dalam setiap unit berulang
SIFAT GETAH SINTETIK • Dibuat drp hidrokarbon (hasil penyulingan petroleum melalui proses polimeran). • Lebih kenyal • Lebih tahan kpd tindakan pelarut dan agen pengoksidaan • Lebih tahan haba • Tidak mudah terbakar • Boleh divulkan
GETAH TERVULKAN • Pemvulkanan ialah proses memanaskan getah asli dengan sulfur supaya terbentuk rangkai silang antara polimer-polimer getah. • Rantai silang sulfur ini mencegah polimerpolimer getah daripada menggelonsor di atas satu dengan yang lain. • Ini menyebabkan getah tervulkan lebih kenyal, lebih kuat dan lebih tahan.
KEGUNAAN GETAH TERVULKAN Digunakan untuk membuat objek seperti: alas kereta tayar kenderaan hos radiator pengelap cermin kereta penyumbat dan pengalas pengantungan (Seals and suspension mountings)
KEGUNAAN GETAH TERVULKAN
CONTOH GETAH SINTETIK
GETAH SINTETIK
STIRENABUTADIENA
NEOPRENA
TIOKOL
BUTIL
STIRENA-BUTADIENA [ SBR] • Terdiri drp monomer stirena dan butadiena • Mpunyai sifat yang hampir-hampir sama dengan getah asli tetapi kurang tegar. • Mudah divulkan • Kegunaan; Buat tayar dan tapak kasut.
NEOPRENA [POLIKLOROPRENA] • Terdiri drp monomer kloroprena yang digabungkan melalui proses pempolimeran. • Kekuatan tegangan yang tinggi, tahan kakisan, kenyal, tahan haba dan tahan tindakan pelarut. • Kegunaan neoprena termasuklah dibuat barangan kenderaan, penebat dawai elektrik, pembinaan jalan dan bangunan.
TIOKOL • Terdiri daripada monomer 1,2-dikloroetena. • Divulkan dengan sulfur supaya mempunyai rintangan yang amat tinggi terhadap minyak dan pelarut. • Kegunaan tiokol termasuklah dibuat pelapik tangki menyimpan minyak dan saluran yang membawa pelarut.
GETAH BUTIL • Terdiri daripada monomer 2-metil-propena dan metilbuta-1-3-diena • Mempunyai sifat tahan panas, tidak telap kepada gas dan rintangan tinggi terhadap minyak dan asid. • Kegunaan getah butil adalah untuk membuat tayar, hos dan tapak kasut.
PLASTIK • Plastik adalah bahan polimer sintetik yang boleh diacu dengan menggunakan haba dan tekanan. • Plastik mengandungi unsur karbon, hidrogen dan unsur-unsur lain seperti klorin, flourin dan nitrogen.
PLASTIK
PLASTIK TERMOSET
TERMOPLASTIK
POLIVINIL KLORIDA [PVC]
POLITENA
PERSPEKS
PELEKAT EPOKSI
BAKELIT
TERMOPLASTIK • TP boleh menjadi lembut dan melebur apabila dipanaskan dan menjadi keras semula apabila disejukkan. • Proses melebur dan memejal boleh dilakukan berulang-ulang kali dan boleh diacukan kpd pelbagai bentuk • Kelemahan TP- tidak tahan haba kerana takat leburnya rendah • Contohnya; PVC, Politena dan Perspeks.
POLIVINIL KLORIDA [PVC] • Digunakan utk buat piring hitam, pembalut kabel elektrik, dan penebat dawai elektrik.
POLITENA • Digunakan utk membuat beg plastik, bekas makanan, barang permainan dan bahan penebat elektrik.
PERSPEKS • Plastik lutsinar yang boleh menggantikan penggunaan kaca sebagai skrin keselamatan, kanta plastik dan bumbung lutsinar.
PLASTIK TERMOSET • Plastik termoset tidak mudah dilembutkan apabila dipanaskan atau dikeraskan semula. • Lebih tahan haba dan tidak larut dalam pelarut. • Contoh; pelekat epoksi dan bakelit.
PELEKAT EPOKSI • Digunakan sebagai pelekat dan pembuat acuan.
BAKELIT • Digunakan untuk membuat suis, palam, rangka radio dan alat telefon.
PEMBUANGAN BAHAN PLASTIK DAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR • Bahan plastik tidak mudah terbiodegrasi atau diuraikan oleh mikroorganisma. • Pembakaran bahan plastik secara terbuka membebaskan gas toksik dan jelaga hitam yang membahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.
PEMBUANGAN PLASTIK DAN KESANNYA • Merosakkan keindahan alam sekitar kerana timbunan sampah sarap yg tdk terurai akan mengotorkan persekitaran serta menyebabkan bau busuk. • Menyekat pengaliran sungai dan longkang. Menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mikroorganisma. • Menimbus plastik ke dalam tanah. Tanah menjadi kurang sesuai utk tanaman kerana plastik menghalang penyerapan air dan pertumbuhan sistem akar tumbuhan.
CARA ATASI • Kitar semula bahan-. Bahan plastik terpakai diproses semula untuk buat barangan plastik lain. • Menggunakan bahan plastik terbiodegradasi yang boleh diuraikan kepada bahan tidak berbahaya secara semulajadi atau oleh bakteria atau mikroorganisma.
CARA ATASI [SAMB] • Tidak membakar plastik ditempat terbuka. Bakar dalam logi atau insenerator supaya gas toksik tidak terbebas ke persekitaran. • Memberi pendidikan utk mengubah sikap semua orang tentang kesan buruk pembuangan bahan plastik yang tidak terkawal . • Sentiasa bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan diri.