SAH 123 : AKHLAK
BAB 8: KERUNTUHAN AKHLAK
DEFINISI KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 1160), keruntuhan membawa maksud perihal runtuh, kejatuhan, kerosakan, kerobohan dan kerosakan. Kamus Za'ba (2000: 982) mendefinisikan keruntuhan sebagai kerosakan dan kejatuhan. Definisi ini hampir sama dengan definisi Kamus Dewan di atas.
Keruntuhan yang dimaksudkan dalam topik ini ialah keruntuhan akhlak masa kini. Keruntuhan akhlak yang dimaksudkan juga meliputi rosaknya akhlak apabila mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyimpang daripada ajaran agama Islam dan budaya masyarakat Timur seperti terlibat dengan seks bebas, berkhalwat, bersekududukan, lari dari rumah, penagihan dadah dan meminum minuman keras, lepak, lumba haram dan penglibatan remaja dalam jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, meliwat dan membunuh.
Akhlak
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000: 21), akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku manusia dan tabiat samada baik atau jahat. Menurut Kamus Za'ba (2000: 20), akhlak memberikan dua pengertian iaitu pengertian yang pertama bermaksud watak dan pengertian akhlak yang kedua boleh ditinjau daripada beberapa aspek samada daripada pandangan ahli falsafah Islam, tokoh-tokoh agama, al-Quran, hadis dan ahli sufi.
Menurut Kamus al-Mawrid (1999:521), akhlak iaitu kalimah al-Khuluq membawa empat pengertian iaitu perangai, tabiat, maruah dan agama. Menurut Abd. Rahman Md. Aroff (1996: 76), akhlak berasal daripada Bahasa Arab iaitu jama' daripada kata 'khuluq' yang membawa maksud kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap, tabiat dan tingkah laku. CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Maksud ini terkandung dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w yang telah dikatakan oleh Aisyah r.a yang bermaksud "Akhlak Rasulullah s.a.w. adalah al-Quran". Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Nabi Muhammad s.a.w. yang semuanya merupakan perlaksanaan ajaran al-Quran.
Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1998: 86), akhlak dari segi istilah membawa maksud segala perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila dilakukan tidak perlu lagi berfikir panjang, tingkah laku yang diamalkan sekian lama dan diterima oleh semua masyarakat sebagai sebahagian daripada cara hidup itu dinamakan akhlak. Akhlak itu perlu dipelajari agar dapat diketahui mana sifat yang baik dan yang buruk, mana yang boleh dikerjakan dan mana yang tidak boleh dikerjakan.
Akhlak menurut istilah Islam ialah sikap keperibadian yang melahirkan perbuatan dan tingkah laku manusia terhadap tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan hadis. Mohd. Sulaiman Hj. Yasin (1992: 20) mengemukakan pengertian akhlak adalah hai'ah atau sifat dalam diri manusia iaitu jiwa manusia yang telah tetap sehingga dengan mudah dan senang mendorong ke arah perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa perlu difikir atau dirancang. Di samping itu akhlak juga mengandungi substanceatau kejiwaan yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan.
Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan atau membentuk hubungan seseorang dengan orang lain sehingga matlamat kewujudannya di dunia ini dicapai secara yang paling sempurna. Sebagai ilmu,akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebaikan, keburukan, kewajipan, hati nurani atau suara hati.
Takrif akhlak menurut Dr. Haron Din (2001: 4), mempunyai dua bentuk iaitu akhlak Islam dan akhlak falsafah atau etika. Menurut beliau, akhlak Islam ialah akhlak yang bersumber kepada wahyu al-Quran dan al-Sunnah. Sementara akhlak falsafah ialah akhlak yang bersumber kepada daya usaha kemampuan pemikiran manusia. CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Berdasarkan pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa akhlak itu ialah kumpulan sifat yang lahir daripada dalam jiwa dan berdasarkan dorongan dan pertimbangan sifat itu, suatu perbuatan itu dapat dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat itu, seseorang dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya. Akhlak yang baik ialah benar, ikhlas, syukur, amanah, menepati janji, sabar, pemaaf, pemurah dan lain-lain manakala akhlak yang tidak baik ialah dusta, sombong, takbur, dengki, dendam, mengumpat, riak, khianat dan lain-lain. Akhlak yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah akhlak buruk yang dimiliki oleh remaja sehingga tercetusnya permasalahan sosial dalam masyarakat dan negara.
ISU-ISU KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA Isu Samseng Jalanan Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).
'Samseng
jalanan'
akan
menggantikan istilah Mat Rempit bagi
mengelak
pembentukan
publisiti identiti
dan kepada
golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kirakira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun. Menurut penulis Al-Islam (Erwanz, 2009) “Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka hanyalah sia-sia?” Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya.
Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.
Remaja
merempit
untuk
mencari
keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan untuk melepaskan diri sementara
dari
tekanan
hidup.
Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini.
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.
Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat.
Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu, berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kaum
Melayu
mendahului
jumlah
tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan),
India
kaum-kaum
lain
(63
tangkapan)
(tujuh
dan
tangkapan).
Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lainlain 214 orang. Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang, diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang.
Isu Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (Collins et al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina. Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
atau gelaran yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan.
Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku aggresif yang cenderung
menyebabkan
ketidak
selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah (mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buli.
Menurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
Bertubuh kecil.
Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
Pelajar baru di sekolah.
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
Mereka pernah menjadi mangsa buli.
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
Akibat perceraian ibu bapa.
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
Sekadar mahu berseronok.
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
untuk menghilangkan perasaan bosan.
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.
Isu Seks Bebas
Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas.
Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat
Malaysia
khususnya.
Remaja
kini
beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi lelaki, CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam, malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman “Janganlah kamu mendekati kepada zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)
Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan. Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095) Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.
Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease, dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus, infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
dan mencegahnya menjangkau $10 Billion. Antara komplilasi yang timbul melalui penyakitpenyakit ini ialah:
mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy
barah kemandulan
sakit jantung
infeksi dan sakit puan Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:
penyakit radang paru-paru
terencat akal
ganguan sistem saraf dan sakit mata
Menurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID) Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam masyarakat. Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal
pasti
terbabit
dengan
masalah
ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki & 3% adalah pelajar perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku di kalangan pelajar sekolah iaitu terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar & sekolah di pinggir bandar. Di antara faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke sekolah, pengaruh rakan sebaya & pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat hiburan, pusat membeli belah & melayari internet di cyber cafe.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Minum Arak & Penyalahgunaan Dadah.
Sikap suka mencuba & menyahut cabaran rakan-rakan antara sebab berlaku gejala ini. Arak boleh dibeli di kedai runcit dijual dengan harga yang murah. Bukan perkara yang pelik jika akhbar ada melaporkan pelajar sekolah rendah juga ada yang membeli minuman keras & berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan. Berdasarkan kajian Yayasan Perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakan penagih dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 13-15 tahun & 71% daripada penagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 19-39 tahun. Dadah bukan terhad kepada jenis dadah yang dikenali umum seperti morfin, heroin, metaphatemin, ganja & pil kuda, ia turut merangkumi jenisjenis ubat yang disalahguna seperti ubat batuk & gejala hidu gam. Tidak kira dadah, arak atau pun hidu gam, ia membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.
Isu Merokok
Merokok di kalangan pelajar sekolah bukanlah satu gejala yang baru. Terdapat banyak kajian yang terperinci yang mengulas sebab-sebab pelajar sekolah, khususnya, di sekolah menengah terlibat dengan gejala merokok. Dalam beberapa kajian tersebut, faktor yang mempengaruhi seseorang remaja untuk merokok adalah pengaruh rakan sekolah, ahli keluarga di rumah yang merokok dan perasaan ingin tahu.
Di kalangan golongan pelajar sekolah rendah pula, masalah utama yang dialami oleh pelajar pelajar tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. Dalam satu kajian rentas sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, hampir 90% dari pelajar tahun 3 hingga tahun 6 mempunyai ahli keluarga yang merokok. Di antara mereka, ada yang mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok. Ini menyebabkan kanak kanak tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit yang berkaitkan dengan rokok terutamanya masalah paru-paru. Golongan pelajar sekolah rendah ini juga didapati mempunyai kecenderungan untuk merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih mudah diperoleh disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok. CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah bahawa kanak pernah
rendah hampir kanak
mendapati
20%
daripada
sekolah
tersebut
merokok
atau
adalah
perokok aktif pada umur 11 tahun. Majoriti
pelajar
tersebut
mempunyai
masalah
mendapatkan
rokok
tidak untuk
walaupun
rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanakkanak sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya. Dalam satu kajian rentas yang dijalankan ke atas 850 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 8 tahun di Kuala Lumpur, Pahang, Kelantan dan Selangor, hanya 50% daripada kanak-kanak tersebut tahu bahawa merokok adalah tidak sihat, 25% tidak tahu tentang masalah yang dialami oleh perokok kronik dan hampir 50% tidak tahu tentang apa yang terkandung di dalam rokok. Lebih membimbangkan ialah hampir 70% daripada kanak-kanak tersebut tidak tahu tentang ketagihan merokok.
Statistik Gejala Sosial Remaja Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Statistik pembabitan kanak-kanak dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan).
Pembabitan mereka yang paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003).
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113 pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.
Pesalah kanak-kanak yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak adalah 198 sehingga September 2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001.
Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada 2001.
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu.
Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003.
Kesan penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak.
Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup kehilangan negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah.
Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu.
Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi muda kita.
Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang kita harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orangorang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
Pengaruh Rakan Sebaya Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Pengaruh Media Massa Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilainilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
Sikap Keluarga Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkaraperkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral. Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
selia anak sepanjang masa.
KESAN DAN CABARAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Kesan Ke atas Individu
Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, terutamanya remaja muslim, mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.
Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri individu.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata–kata hikmah yang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.
Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadap institusi kekeluargaan ialah:
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku. Akhlak yang baik datangnya daripada keluarga yang harmoni dan bahagia.
Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastinya akan wujud penceraian.
Masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara. Anak – anak akan hilang tempat bergantung dan bermanja.
Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu pihak–pihak atau anasir luar akan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri. Namun begitu kesan yang
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dikawal ialah:
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat.
Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti akan berlaku. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.
Kesan Ke atas Negara
Tidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuah negara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Tidak dapat dinafikan lagi, akhlak remaja pada waktu ini berada pada tahap yang membimbangkan. Semua pihak terutamanya kerajaan, badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus berganding bahu untuk menangani gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
Antara kesan yang akan berlaku ialah:
Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.
Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang yang tinggi di kalangan masyarakat.
Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak.
Perbelanjaan kerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalam peningkatan dalam kadar jenayah.
Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk kedalam negara seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.
CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamnya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
CARA MENGATASI MASALAH Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan: Peranan ibu bapa Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Pendekatan akademik Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Penguatkuasaan Undang-Undang Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor
yang
berkelayakan
dan
berpengalaman
dilantik
dalam
memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Peranan PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa CATATAN:
SAH 123 : AKHLAK
akan datang, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
CATATAN: