INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
SABCAH AHRUF DAN IMPLIKASI PENTAFSIRANNYA TERHADAP ASPEK AKIDAH: KAJIAN DALAM KHILAF AL-ITHBAT DAN AL-HADHF Ahmad Shahir bin Masdan (Corresponding Author), Mahmud Lutfi bin Abd Hadi, Muhammad Syafee salihin bin Hasan Hayati bt Husin. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
1065
ABSTRAK Penurunan al-Quran dengan Sabcah Ahruf ataupun tujuh huruf telah dikategorikan mengikut definisi kefahaman para Ulama yang telah disepakati sehingga ke hari ini. Tidak dinafikan ianya memberikan sumbangan penting dalam bidang pentafsiran al-Quran yang boleh memberikan implikasi kepada akidah, fiqh, bahasa dan lain-lain. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada satu kategori sahaja iaitu Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat al-Quran akan dikenal pasti dan dikaji implikasi pentafsirannya dari aspek akidah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu dengan menganalisis hasil-hasil pengumpulan data dari kitab-kitab, buku-buku dan hasil tulisan ilmiah yang berkaitan. Setelah itu dihimpunkan bagi melihat perbezaan pentafsiran dan implikasi yang boleh diberikan. Hasil dapatan penulis mendapati perbezaan makna dalam khilaf tersebut tidak mengubah fakta sebenar dalam pentafsiran al-Quran bahkan saling memperkuatkan pemahaman terhadap ayat tersebut lebih-lebih lagi dapat memperkasakan akidah umat Islam. Justeru, diharapkan artikel ini dapat menonjolkan lagi sumbangan pentafsiran al-Quran melalui kategori-kategori dalam Sabcah Ahruf terutamanya kategori Ithbat dan Hadhf dan menyuburkan lagi budaya keilmuan dalam masyarakat. Kata kunci: Sabcah Ahruf, implikasi pentafsiran, akidah, Ithbat, Hadhf.
1.
PENDAHULUAN
Penurunan al-Qur’an sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk Sabcah Ahruf ( Tujuh Huruf ) mempunyai daya penarik yang kuat kepada manusia untuk mengkaji, meneliti kandungan makna-maknanya dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan. Pendapat Fakhr al-Din al-Razi yang telah direkodkan oleh al-Suyuti di dalam kitabnya al-Itqan fi c
Ulum al-Qur’an1, Sabcah Ahruf bermaksud kepelbagaian kategori yang di dalamnya terdiri
daripada bentuk-bentuk khilaf di dalam Qira’at2. 1
. Al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd al-Rahman al-Suyuti, al-Itqan fi cUlum al-Qur’an, 1987, Dar Ibn Kathir, Bayrut, hlm. 145.
1684
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ilmu Qira’at bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan sahaja, bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa, feqah dan sebagainya. Ulama terdahulu antaranya al-Suyuti (911H) telah meletakkan ilmu Qira’at sebagai
2
Pendapat Fakhr al-Din al-Razi berkenaan dengan maksud Sabcah Ahruf :
.
a)
Perselisihan pada isim (nama), sama ada ia mufrad atau jamac. Contohnya firman Allah s.w.t. :
)
b)
), bacaan adalah dengan mufrad )
(, sementara bacaan lain ialah dengan jamac )
Perselisihan pada wajah Icrab. Contohnya firman Allah s.w.t. : ( dan rafac )
nasab ) )
(.
(, bacaan dengan
(, sementara bacaan yang lain ialah dengan rafac )
( pada dan nasab pada
(.
c) Perselisihan pada wajab tasrif. Contohnya firman Allah s.w.t. : )
(, dibaca dengan nasab Ba’ dan tanpa Alif selepasnya ) )
sukun c
(, kasrah serta bertasydid serta Dal
(, khilaf kedua ialah dengan bacaan rafac Ba’ dan kekal Alif selepasnya )
Ain dan Dal )
( serta fathah
(, sementara khilaf ketiga ialah dengan nasab Ba’ dan kekal Alif selepasnya )
kasrah cAin serta sukun Dal )
(,
(.
d) Perselisihan sama ada mendahulukan atau mengkemudiankan. Contohnya firman Allah s.w.t. :
(
, bacaannya adalah dengan mendahulukan mafcul dan mengkemudiankan facil, sementara bacaan yang lain ialah bacaan sebaliknya
(.
e) Perselisihan pada ibdal (penukaran huruf). Contohnya firman Allah s.w.t. : ) huruf Zai, sementara bacaan lain ialah dengan huruf Ra’)
(, dibaca dengan
(.
f) Perselisihan sama ada ithbat (menambah) atau hadhaf (membuang) huruf. Contohnya firman Allah s.w.t. : ) )
(, dibaca dengan menambah perkataan )
( selepas kalimah )
( menjadikan
(.
g) Perselisihan pada lahjah. Contohnya pada kalimah )
(, dibaca dengan sebutan tebal pada huruf Lam
dan bacaan lain dengan sebutan nipis. Begitu juga kalimah, dibaca dengan imalah,taqlil dan fathah )
1685
(.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
salah satu ilmu yang wajib dikuasai oleh seseorang ahli tafsir untuk menafsirkan ayat al-Qur’an. Ini adalah disebabkan wajah-wajah Qira’at akan mewujudkan pelbagai ragam pada makna ayat tersebut seterusnya memberikan hukum-hakam yang berbeza. Tokoh-tokoh mufassirin terdahulu seperti al-Tabari(310H) di dalam kitabnya Jamic al-Bayan can Tafsir ay al-Qur’an dan Abu alHayyan al-Andalusiy(745H) di dalam al-Bahr al-Muhit telah memberikan mengaplikasikan wajah-wajah Qira’at dalam memberi variasi pentafsiran kepada sesuatu ayat. Kajian ini akan menumpukan kepada satu jenis khilaf sahaja di dalam Sabcah Ahruf iaitu Ithbat dan Hadhf. Beberapa ayat yang terdapat khilaf tersebut akan dikaji dari segi khilaf Qira’at antara bacaan riwayat3 Hafs can cAsim
4
dengan bacaan riwayat yang lain berpandukan Tariq
ataupun kaedah yang disusun oleh Ibn al-Jazari5 ataupun Qira’at sepuluh. Seterusnya, dapatan setiap khilaf akan dikaji implikasinya dari aspek akidah dengan berdasarkan pendapat para mufassirin yang muktabar.
2
Definisi al-Ithbat dan al-Hadhf
2.1
Al-Ithbat dari sudut bahasa:
Perkataan Al-Ithbat (
) dari segi bahasa bermaksud menetapkan ataupun mengekalkan6
yang berasal daripada perkataan (
) yang memberikan maksud tetap7.
3
. Kaedah tertentu yang disepakati yang disandarkan kepada seorang perawi sahaja dan tidak dipengaruhi oleh manhaj Qira’at yang lain. Contohnya bacaan pada perkataan ) (di dalam Surah alc c Ikhlas, ayat 4, Hafs an Asim sahaja yang membaca perkataan tersebut dengan huruf waw. Manakala Qira’at yang lain dibaca dengan huruf hamzah ) (. Lihat al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz cala al-Qur’an al-Karim, Jordan, hlm 255. 4
Beliau ialah Hafs Bin Sulayman Bin al-Mughirah Bin Abi Dawud al-Asadi al-Kufi, Lahir pada tahun 90 H. Beliau adalah perawi kepada Imam cAsim. Wafat pada tahun 180 H. Syacaban Muhammad Ismail, Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah, hlm 61. 5
Beliau ialah Muhammad ibn Muhammad ibn cAli ibn Yusuf al-Jazariy. Lahir pada 25 Ramadhan 751 H di Damsyik. Wafat pada tahun 833 H. Hasil daripada banyak berguru dengan guru-guru yang mursyid, beliau telah mempelepori Qira’at cAsharah ataupun Qira’at sepuluh. Antara karangan beliau yang masyhur ialah Matn Tayyibah al-Nashr fi al-Qira’at al-cAshr. Lihat Nabil Muhammad, Al-Imam Ibn alJazari wa Juhuduh fi cIlm al-Qira’at, 2002M, Dar Ibn Hazm, Bayrut, Hlm. 275-277. 6c Abd al-cAli al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, 2007, Dar al-Salam, Kaherah, hlm.34. 7
Mahmud Yunus, Kamus Arab –Melayu, 2006, Klang Book centre, hlm. 50.
1686
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
2.1.1 Dari sudut istilah: Ianya diberikan contoh di dalam ilmu Qira’at seperti kaedah ya’at al-Zawaid8 iaitu ithbat ataupun dibacakan huruf ya’ pada akhir sesuatu kalimah tetapi tidak ditulis di dalam mashaf Uthmani. Khilaf ini melibatkan sama ada ya’ tersebut dibuang ataupun dikekalkan9.
2.2
Al-Hadhf dari sudut bahasa:
Perkatan al-Hadhf (
) adalah bermaksud membuangkan ataupun mengugurkan10.
2.2.1 Dari sudut istilah: Di dalam ilmu Qira’at, perkataan al-Hadhf dikategorikan kepada tiga makna: Salah satu contoh cara sebutan Tashil11 iaitu sebutan antara al-Badal ataupun al-
i.
hadhf12. ii.
Salah satu daripada cara waqaf di akhir perkataan seperti: a. Hadhf tanwin berbaris marfuc ataupun majrur: 13
ٞ ّمَكۡنُونٞ فِي كِتَٰب, ٞ َكرِيمٞإِ َّنهُۥ لَ ُقرۡءَان
b. Hadhf silah ha‘ damir:
اٞن بِ ِهۦ بَصِير َ بََلىٰٓۚ إِنَ رَ َبهُۥ كَا
14
8
Ya’at al-Zawaid ialah huruf ya’ tambahan yang dibaca tetapi tidak di tulis di dalam kaedah Rasm Uthmani. Lihat Sayyid Lashin cAbd al-Farh, Taqrib al-Macani fi Sharh Hirz al-Amaniy fi al-Qira’at al-Sabc, 1413H, Dar al-Zaman, Madinah al-Munawwarah, hlm. 172. 9c
Abd al-cAli al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, hlm. 34.
10
Mahmud Yunus, Kamus Arab –Melayu, 2006, Klang Book centre, hlm. 69.
11
Tashil ialah perubahan sebutan perkataan disebabkan ada huruf hamzah. Cara sebutan perubahan tersebut sama ada tashil hamzah bayna-bayna atau hadhf ataupun badal. Kesemua cara tersebut adalah untuk meringankan sebutan hamzah. Lihat cAbd al-cAli al-Mas’ul, Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, 2007, Dar alSalam, Kaherah, hlm.135. 12
Abu al-Rida al-Humawi, al-Qawacid wa al-Isharat fi Usul al-Qira’at, 1986, Dar al-Qalam, Dimahsq,
13
Al-Quran, al-Waqicah 56:77-78.
hlm. 46.
1687
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
c. Hadhf silah mim al-jamc:
…ۖۡسكُم َ ُٓيَٰأَ ُيهَا ٱلَذِينَ ءَاّمَنُو ْا عَلَيۡكُمۡ أَّنف
15
d. Hadhf ya‘ al-Zawaid:
َِفَأّمَا ٱلۡإِّنسَٰنُ إِذَا ّمَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَ ُبهُۥ َفأَكۡ َر َّمهُۥ وَ َّن َّع َمهُۥ فَيَقُولُ رَ ِبيٓ أَكۡ َرّمَن
16
iii.
Melibatkan pengguguran huruf tertentu di dalam penulisan al-Quran iaitu huruf alif, waw, ya’, lam dan nun.
Setelah meniliti definisi kedua-dua tajuk di atas, maka fokus perbincangan di dalam kertas kerja ini adalah berkisarkan kepada sejenis khilaf Qira’at yang melibatkan sama ada mengekalkan (ithbat) ataupun membuang (hadhf) satu huruf di dalam satu kalimah iaitu huruf alif. 3.
Implikasi Pentafsiran Khilaf Ithbat dan Hadhf Terhadap Aspek Akidah
Terdapat banyak khilaf Qira’at yang mendatangkan implikasi terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum akidah iaitu yang berkaitan dengan KeEsaan Allah s.w.t, kenabian, perkara-perkara ghaib, hari pembalasan dan pelbagai lagi.
3.1
Firman Allah s.w.t:
17
Maksudnya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah baginda pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri). 14
Al-Quran, al-Inshiqaq 84:15.
15
Al-Quran, al-Maidah 5:105.
16
Al-Quran, al-Fajr 89:15.
17
Al-Quran, al-Baqarah, 2:51.
1688
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Berdasarkan ayat di atas, perkataan () mempunyai dua bentuk bacaan. Bacaan tersebut ialah: Bacaan pertama dengan (), wau baris atas tanpa alif (mad). Bacaan ini
i.
diriwayatkan oleh Imam Abu cAmr, Yacqub dan Abu Jacfar. Bacaan kedua dengan (ا) dengan alif. Ia dibaca oleh imam-imam yang lain18.
ii.
Melalui contah di atas, Kedua-dua bacaan ini sah kerana ianya menepati rukun-rukun yang telah ditetapkan, namun terdapat perbahasan yang perlu dijelaskan. Hujah bagi imam-imam yang membaca dengan (ا) kerana mereka mengatakan bahawa janji yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah janji Allah s.w.t dengan Nabi Musa a.s yang mengandungi maksud kebersamaan19. Allah s.w.t. telah berjanji kepada Nabi Musa a.s. selepas baginda keluar dari negeri Mesir supaya baginda datang ke bukit Tursina setelah bersedia selama 40 malam untuk menemui Allah s.w.t. bagi mendengar perintah-perintah yang akan diwahyukan kepadanya. Ia merupakan perintahperintah yang bersangkutan dengan urusan akidah dan syariat20.
Adapun bacaan () membawa maksud hanya Allah s.w.t memberi janji kepada Nabi Musa. Ini berdasarkan kepada iktikad Ahli Sunnah wa al-Jamaah bahawa perbuatan Allah s.w.t ( )أفّعال اهللhendaklah berbeza daripada perbuatan hambanya () أفّعال الّعِباد. Ianya bermaksud hanya Allah s.w.t. yang boleh mengadakan janji dan menunaikannya secara mutlak. Adapun hamba,
18
Jamal al-Din Muhammad Syaraf, hlm.8.
19
Wazan facala di dalam bahasa arab bermaksud kebersamaan (musharakah).
20
Sayyid Qutb, Tafsir fi Zilal Al-Quran, Dar al-Shuruq, Mesir, Cet: 1, 1418H/1972M, jil. 1, hlm. 71.
1689
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sekalipun Nabi, setiap perbuatannya adalah tercipta daripada kemahuan ( )إرادةserta kekuasaan ( )قدرةAllah s.w.t sahaja21.
Hasil daripada perbezaan dua khilaf Qiraat ini menunjukkan sedikit perbezaan dari sudut iktikad dalam konteks perbuatan hamba dan Tuhannya. Walaupun majoriti imam membaca dengan (ا) yang memberi ruang kepada hamba (Nabi Musa) untuk juga dianggap sebagai pelaku di atas janji di samping penciptaNya, namun mereka tetap beriman bahawa setiap perilaku manusia adalah ciptaan Allah s.w.t. Keharusan bacaan () adalah dalam konteks penggunaan bahasa sahaja, tanpa melibatkan maksud hakikat perbuatan ini22.
3.2
Firman Allah s.w.t:
23
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah s.w.t. itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah s.w.t., (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.
Di dalam ayat ini, perkataan (
) mempunyai dua bentuk bacaan. Bentuk-bentuk bacaan
tersebut ialah: 21
Abu Zarcah cAbd al-Rahman, hlm.96.
22
Muhammad al-Habsy, hlm.141.
23
Al-Quran, al-Tawbah, 9: 18.
1690
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1) Bacaan yang pertama ialah (
). Bacaan ini dibaca oleh jumhur qurra’ dengan lafaz
jamc taksir. 2) Adapun bacaan yang kedua ialah ( c
) bacaan ini dibaca oleh imam Ibn Kathir, Abu
Amr dan Yacqub dengan lafaz mufrad24.
Perbezaan Hukum
Berdasarkan daripada perbezaan khilaf Qiraat tadi, terdapat perbezaan hukum di antara keduanya, bacaan yang pertama iaitu ( ) َّمسَاجِدyang membawa maksud semua masjid-masjid yang terdapat di dunia ini. Adapun Ibn Kathir dan Abu cAmr membaca dengan ( ) َّمسْجِدyang membawa maksud al-Masjid al-Haram25.
Perbincangan
Al-Sabuniy telah membincangkan di dalam kitabnya apakah yang dimaksudkan dengan masjid di dalam ayat ini. Terdapat dua pendapat ulama yang dibawa di dalam tafsir beliau berkaitan maksud masjid. Pendapat-pendapat ini ialah:
Pertama: Sebahagian ulama berpendapat yang dimaksudkan masjid di dalam ayat ini ialah masjid al-Haram. Ini bermakna seseorang itu dianggap benar-benar beriman sekiranya dia memakmurkan26 Masjid al-Haram. Masjid al-Haram merupakan masjid yang paling mulia yang ada di muka bumi ini. Ia juga masjid pertama yang didirikan untuk perlaksanaan ibadat kepada Allah s.w.t. Masjid ini telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan sebab nuzul pada ayat ini yang diriwayatkan oleh cIkrimah27. 24
Ibn al-Jazariy, Sharh Tayyibat al-Nashr fi al-Qiraat Al-cAshr, hlm. 244-245.
25
Al-Sabuniy, Rawaic al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam, jil. 1, hlm.410.
26
Perkataan asalnya adalah cimarah. Para pentafsir berselisih pendapat mengenainya maksudnya. Di antaranya menghidupkan, pembinaan, iktikaf dan sebagainya. 27
Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, jil.2, hlm. 353.
1691
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Apabila diteliti, riwayat cIkrimah ini tidak dapat ditemui di dalam kitab-kitab hadith yang sahih. Riwayat berkaitan Masjid al-Haram yang dinyatakan oleh beliau hanya disebutkan oleh alBukhariy seperti berikut: فأخذ، فاّنطلقا فإذا هو في حائط يصلحه." "اّنطلقا إلى أبي سّعيد فاسمّعا ّمن حديثه: قال لي ابن عباس والبنه علي،عن عكرّمة كنا ّنحمل لبنة وعمار لبنتين لبنتين فرآه النبي صلى اهلل عليه: فقال. ثم أّنشأ يُحدِثنا حتى أتى ذكر بناء المسجد،رداءه فاحتبى أعوذ باهلل: يقول عمار، قال. ويح عمار تقتله الفئة الباغية يدعوهم إلى الجنة ويدعوّنه إلى النار:وسلم فينفض التراب ّمنه ويقول .28ّمن الفتن Maksudnya: “Berkata cIkrimah, bahawa Ibn Abbas r.a. telah berkata padaku dan pada anaknya yang bernama cAli: "Pergilah kamu berdua mendapatkan Abu Sacid dan dengarlah hadith daripadanya". Mereka berdua pun pergi. Didapati Abu Sacid sedang memperbaiki tembok, lalu dia pun (setelah melihat kami) mencapai kain serbannya dan duduk. Abu Sacid mula bercerita kepada kami sehingga sampai kepada kisah pembinaan masjid. Dia berkata: “Kami dulu mengangkat sekeping batu, tetapi cAmmar pula mengangkat dua keping sekaligus. Apabila dilihat oleh Nabi s.a.w. beliau pun mengibas-ngibas habuk dari badannya serta bersabda: Kasihan cAmmar ini, dia akan dibunuh oleh pihak yang zalim. Dia mengajak ke syurga dan mereka mengajaknya ke neraka. Mendengar ungkapan Nabi itu, cAmmar lalu berkata: Aku berlindung dengan Allah s.w.t. daripada terkena fitnah”. Kedua: Sebahagian ulama pula berpendapat yang dimaksudkan masjid di dalam ayat ini ialah semua masjid adalah dikira, termasuklah al-Masjid al-Haram.
Dengan ini sesiapa yang
memakmurkan mana-mana masjid merupakan orang yang benar-benar kuat imannya.
Kesimpulan
Di dalam hal ini, seseorang itu dianggap benar-benar beriman sekiranya dia memakmurkan mana-mana masjid yang terdapat di dunia ini. Jika dilihat maksud imarah itu sendiri di antaranya ialah menghidupkan. Perumpaannya ialah menghidupkan bumi dengan pelbagai jenis tanaman dan tumbuh-tumbuhan. Begitu juga, menghidupkan mana-mana masjid di muka bumi ini dengan menunaikan solat dan berzikir di dalamnya.
28
Al-Bukhariy, Sahih, al-Salah (k), al-Tacawun fi Bina’ al-Masjid, No.Hadith: 428.
1692
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Di samping itu, membangunkan masjid merupakan amalan yang mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini kerana masjid merupakan tempat beribadat bagi umat Islam. Oleh yang demkian, sesesiapa yang membangunkan mana-mana masjid di muka bumi ini, maka Allah s.w.t akan bangunkan baginya suatu bangunan seumpamanya di syurga. Perkara ini jelas berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w: أن عاصم بن عمر بن قتادة حدثه أّنه سمع عبيد اهلل الخوالّني أّنه سمع عثمان بن عفان يقول عند قول الناس فيه حين بنى ّمسجد حسبت أّنه: (قال بكير، ّمن بنى ّمسجدا: إّنكم أكث رتم وإّني سمّعت النبي صلى اهلل عليه وسلم يقول:الرسول صلى اهلل عليه وسلم 29
. بنى اهلل له ّمثله في الجنة،) يبتغي به وجه اهلل:قال
Maksudnya: “Bahawasanya cAsim bin cUmar bin Qatadah memberitakan bahawa dia pernah mendengar cUbaidullah al-Khaulaniy yang mendengar pula daripada cUthman bin c Affan berkata dari hal ramai orang yang sibuk mengatakan tentang dirinya ketika dia ikut membangunkan masjid Rasulullah s.a.w: Kamu sekalian banyak sangat bercakap itu dan ini, dan sesunggguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata: Barangsiapa yang membangunkan masjid, (kata Bukair, aku dengar rasanya Baginda menyebut dengan tujuan keredhaan Allah s.w.t), nescaya Allah s.w.t. akan bangunkan baginya seumpanya suatu bangunan di dalam syurga”. Walaubagaimanapun, perintah tersebut
termasuklah juga al-Masjid al-Haram iaitu
mengimarahkannya dengan menunaikan ibadah haji dan umrah30. Tuntutan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
31
Maksudnya: “Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di 29
Muslim, Sahih, al-Zuhd wa al-Raqaiq (k), Fadl Bina’ al-Masjid, No.Hadith: 5297.
30
Wizarat al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah , al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, jil. 1, hlm. 440.
31
Al-Quran, al-Baqarah, 2: 158.
1693
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah s.w.t. memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui”.
4.
Rumusan
Perselisihan qiraat yang berlaku dalam bacaan al-Quran adalah merupakan rukhsah yang Allah S.W.T berikan kepada seluruh umat Islam dan penurunan al-Quran dengan tujuh huruf telah memberikan sumber ilham yang sangat besar dalam mengkaji rahsia di sebaliknya. Hasil penilitian dan kajian di dalam artikel ini, didapati bahawa khilaf-khilaf yang berlaku tidaklah memberikan perbezaan yang terlalu ketara kerana kebanyakan pandangan yang dikemukakan saling berkaitan dan saling lengkap melengkapi. Ini juga menunjukkan bahawa khilaf ithbat dan hadhf memainkan peranan yang sangat penting di dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an sekaligus memberikan implikasi dari sudut akidah.
Implikasi yang terhasil dari sudut akidah dapat dilihat dari contoh yang pertama iaitu yang melibatkan bagaimana janji Allah s.w.t pasti akan ditunaikan tetapi janji manusia hanya akan bergantung kepada Allah s.w.t sahaja yang dapat menunaikannya. Maka sebagai seorang mukmin yang baik pasti akan meletakkan ucapan InsyaAllah selepas dia berjanji atas sebab Allah s.w.t jualah yang akan membantu seseorang itu menunaikan janjinya. Manakala contoh yang kedua dapat dilihat kesan pengimarahan masjid dapat membentuk keimanan yang kuat kepada seorang muslim. Sekiranya kedua-dua contoh tersebut dapat diterapkan di dalam jiwa seorang muslim, maka akan lahirlah seorang yang bertakwa, sentiasa berusaha menunaikan janji, takut untuk tidak menunaikan janji dan sentiasa mengimarahkan masjid seiring dengan acuan yang dikehendaki oleh Allah S.W.T dan RasulNya.
5.
Rujukan Al-Quran al-Karim
Al-Itqan fi cUlum al-Qur’an, Jalal al-Din cAbd al-Rahman al-Suyuti, 1987, Dar Ibn Kathir, Bayrut.
1694
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Munir Fi Ahkam al-Tajwid, 2010, Jamciyyah al-Muhafiz cala al-Qur’an al-Karim, Jordan. Al-Qira’at ahkamuha wa Masdaruha, Syacaban Muhammad Ismail, 1999, cet kedua, Dar al-Salam, Kaherah. Al-Imam Ibn al-Jazari wa Juhuduh fi cIlm al-Qira’at, Nabil Muhammad, 2002M, Dar Ibn Hazm, Bayrut, Hlm. 275-277. Mucjam Mustalahat cIlm al-Qira’at al-Qur’aniyyah, cAbd al-cAli al-Mas’ul, 2007, Dar alSalam, Kaherah, hlm.34. Taqrib al-Macani fi Sharh Hirz al-Amaniy fi al-Qira’at al-Sabc, Sayyid Lashin cAbd alFarh, 1413H, Dar al-Zaman, Madinah al-Munawwarah. Kamus Arab –Melayu, Mahmud Yunus, 2006, Klang Book centre, hlm. 69. Al-Qawacid wa al-Isharat fi Usul al-Qira’at, Abu al-Rida al-Humawi, 1986, Dar alQalam, Dimahsq. Mashaf Dar al-Sahabah fi al-Qira’at al-cAshr al-Mutawatirah min Tariq Tayyibah alNashr, Jamal al-Din Muhammad Sharaf, Dar al-Sahabah li al-Turath bi Tanta, Mesir. Tafsir fi Zilal Al-Quran, Sayyid Qutb, Dar al-Shuruq, Mesir, Cet: 1, 1418H/1972M. Hujjah al-Qira’at, Abu Zarcah cAbd al-Rahman al-Zanjalah, 1997, Muassasah al-Risalah, Mesir. Muhammad al-Habsy. Sharh Tayyibat al-Nashr fi al-Qiraat Al-cAshr, Ahmad bin Muhammad bin Muhammad Ibn al-Jazariy al-Dimashqi, 2000, Dar al-Kutub al-cIlmiyyah, Bayrut, Lubnan. Rawaic al-Bayan fi Tafsir Ayat al-Ahkam, Muhammad cAli al-Sabuniy,1980, Maktabah al-Ghazali Tafsir al-Qur’an al-cAzim, Abu al-Fida Ismail bin Kathir al-Dimashqi, 2000, Maktabah Awlad al-Shaykh li al-Turath, Kaherah, Mesir. Sahih al-Bukhari, Abi cAbd Allah Ismacil al-Bukhariy, 1998, Bayt al-Afkar al-Dawliyah li al-Nashr, Saudi Arabia. Sahih Muslim, Abu al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi, 2006, Dar al-Tayyibah, Riyadh, Saudi Arabia. al-Mawsucah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiyyah, 1983, Kuwait. 1695
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1696