qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Guru coklat mag wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui [Type the document subtitle] opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas Edisi 3
Compaq
Edisi 3
Chocolatiers Terbaik Perancis, Patrick Roger
3
Tips untuk membuat Ganache coklat yang sedap
5
Resipi Luxury Almond London Praline
7
Tingkatkan kredibiliti dengan Facebook Profile
9
Doa mohon diberikan rezeki tatkala kesempitan
11
2|Halaman
Edisi 3
Pada tahun 2000, Paris telah digegarkan oleh seorang artisan coklat iaitu Patrick Roger yang telah berjaya menarik perhatian orang ramai dengan penghasilan tugu bersaiz manusia yang diperbuat daripada coklat. Tugu tersebut diberi nama Harold, merupakan seorang peladang koko yang memakai topi sambil duduk mencangkung dan memegang biji koko. Beliau mendapat ilham untuk menghasilkan tugu tersebut berdasarkan peladang koko yang telah beliau jumpa di Colombia pada tahun 1999. Tugu tersebut dihasilkan demi menghargai penat lelah peladang koko dalam mendapatkan biji koko sebelum diproses dan dijadikan coklat yang menjadi kesukaan ramai. Justeru, hasil seni tersebut telah menobatkan Patrick Roger sebagai “Pembuat Coklat Perancis Terbaik”.
Profesion beliau sebagai pembuat coklat bermula selepas beliau di masukkan ke dalam program perantis pastri oleh ibubapanya kerana beliau merupakan pelajar yang kurang pintar di sekolah. Semasa dalam program perantis tersebut, seorang Chef telah meneliti kemahiran dan kreativiti beliau dalam pembuatan pastri dan mendapati Patrick Roger sangat mahir dalam bidang penghasilan coklat. Beliau juga menyedari tentang perkara tersebut dan menjadikan kerjaya pembuatan coklat sebagai profesion.
3|Halaman
Edisi 3
Coklat Patrick Roger bukannya seperti coklat jenama lain yang terkemuka seperti Cadbury dan Hershey yang mana dihasilkan menggunakan mesin. Seluruh proses dalam penghasilan coklat beliau dihasilkan menggunakan tangan. Sudah tentu akan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan coklat dalam kuantiti yang banyak tetapi perkara tersebut tidak menjadi masalah buat Patrick Roger kerana beliau yakin kualiti coklat beliau tiada tandingannya.
Kreativiti yang ada pada Patrick Roger telah membantu beliau dalam menghasilkan keunikkan untuk setiap coklat yang beliau hasilkan. Setiap sambutan hari istimewa seperti perayaan dan sebagainya, pasti ada seni baru yang beliau hasilkan dan dipaparkan pada cermin butik coklat beliau yang sudah pasti dapat menarik perhatian pengunjung. (Kini, beliau sudah ada 8 butik coklat iaitu di Perancis dan Belgium) Antara seni coklat yang telah beliau hasilkan ialah Pokok Krismas yang paling besar didunia yang dihasilkan menggunakan coklat. Sekali gus, telah menyenaraikan nama beliau dalam rekod Guinness dunia (Guinness World Record).
Kesimpulan 1. Kita perlu mengetahui kelebihan yang ada pada diri kita dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian. 2. Minat yang mendalam perlu dalam membangunkan sesuatu perniagaan. Bukan sekadar untuk mendapatkan wang semata-mata. 3. Utamakan kualiti berbanding kuantiti. 4. Kreativiti itu penting dalam menghasilkan keunikkan untuk setiap benda yang kita hasilkan. 5. Harus pandai mengambil peluang untuk berjaya dalam perniagaan. 6. Hasilkan sesuatu yang dapat menarik perhatian ramai dan meningkatkan kredibiliti diri. 4|Halaman
Edisi 3
Pada perkongsian tips pembuatan coklat pada kali ini, saya nak sentuh sedikit tentang pembuatan coklat Ganache. Kepada yang baru bermula dalam seni pembuatan coklat ini pasti ada banyak persoalan tentang coklat Ganache ini. Antara soalan biasa yang bermain di tanya ialah “Apa itu Ganache?”, “Apakah kegunaan coklat Ganache?” dan “Bagaimana cara untuk membuat Ganache?”. Jadi, saya terpanggil untuk kongsikan secara ringkas tentang coklat Ganache.
Apa itu Ganache? Ganache ialah campuran coklat yang telah dicairkan bersama dengan krim (whipping cream dan sebagainya).
Apakah kegunaan coklat Ganache? Kebiasaan Ganache digunakan sebagai topping kek, filling kek dan filling coklat Truffle.
Bagaimanakah cara untuk membuat coklat Ganache? Saya suka untuk pecahkan cara untuk membuat coklat Ganache ini kepada 2 iaitu: I. II.
Coklat Ganache sebagai topping kek Coklat Ganache sebagai filling kek dan Truffle.
5|Halaman
Edisi 3
Coklat Ganache sebagai topping kek Untuk membuat topping kek, pertama sekali kita tidak mahu coklat Ganache tersebut terlalu pekat. Seelok-eloknya biarlah lembut dan mudah cair dalam mulut apabila memakannya. Jadi, rahsianya cuma perlu seimbangkan sukatan coklat dan krim tersebut menjadi sama rata. Contoh, jika sukatan coklat ialah 125 gram, sukatan krim juga perlu 125 gram.
Coklat Ganache sebagai filling kek atau Truffle Jika sukatan untuk membuat coklat Ganache sebagai topping kek ialah sama rata, untuk membuat filling pula kita sekali gandakan lagi sukatan coklat tersebut. Contoh, jika sukatan krim ialah 125 gram, sukatan coklat perlu sekali ganda lagi iaitu 250 gram. Jadi, rasa coklat Ganache tersebut akan jadi pekat sedikit berbanding coklat Ganache yang digunakan untuk buat topping.
Sekian sahaja perkongsian tips ringkas pembuatan coklat pada kali ini. InsyaAllah akan ada lagi tips pembuatan coklat yang akan dikongsikan pada edisi akan datang. Selamat mencuba dan semoga berjaya.
6|Halaman
Edisi 3
Sempena bulan Ramadhan yang menjelang ini, saya ingin kongsikan 1 resipi istimewa bersama anda. Sebelum itu, kita semua tahu antara kuih raya yang popular dan kerap orang hidangkan pada hari raya ialah biskut Almond London. Apa kata raya tahun ini, kita beri sedikit kelainan dengan menghidangkan kepada para tetamu kita sesuatu yang lebih eksklusif dan istimewa. Resipi pada kali ini diberi nama Luxury Almond London Praline. Dari segi konsep memang sama dengan Almond London biasa iaitu biskut yang mengandungi badam dan disalut coklat berserta taburan badam cincang. Cuma yang membeza resipi kali ini dengan Almond London biasa ialah biskutnya kita campurkan dengan koko dan susu tepung. Kemudian, disalut penuh dengan coklat Couverture dan badam kepingan. Hidangan istimewa untuk penggemar coklat dan kekacang.
Bahan-bahan yang diperlukan: 1. 250 g butter 2. 125 g gula halus 3. 1 biji telur 4. 450 g tepung gandum 5. 1 ts baking soda 6. 3 sb serbuk koko 7. 3 sb susu tepung 8. Badam 9. 500 g coklat Couverture 10. Badam kepingan
7|Halaman
Edisi 3
Cara-cara untuk membuatnya: 1. Pukul butter dengan gula sehingga sebati. Kemudian, campurkan dengan telur dan pukul lagi sehingga rata. 2. Campurkan tepung, baking soda, serbuk koko dan susu tepung bersama campuran tadi dan uli sehingga menjadi doh. 3. Ambil sedikit doh, isikan dengan badam dan bentukkan menjadi bujur. 4. Bakar pada suhu 180oC selama 15 minit. Selepas itu, sejukkan biskut. 5. Cairkan coklat Couverture menggunakan kaedah tempering seperti yang diterangkan dalam Pakej Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate (http://gurucoklat.com). 6. Celupkan biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan. 7. Salut dengan badam kepingan. 8. Letakkan di atas dulang dan sejukkan biskut tersebut pada suhu bilik sehingga coklat menjadi keras (boleh sahaja keraskan coklat dengan meletakkannya dalam peti sejuk untuk seketika). 9. Sedia untuk dihidangkan.
Sekian sahaja perkongsian resipi pada kali ini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!
8|Halaman
Edisi 3
Pada edisi yang lepas, saya telah sentuh tentang penggunaan Facebook Pages dalam membina jenama produk anda. Kali ini, saya nak sentuh pula penggunaan Facebook Profile dalam meningkatkan kredibiliti anda dalam perniagaan yang anda ceburi.
Apa kelebihan Facebook Profile berbanding Facebook Pages? 1. Aplikasi chatting – Facebook profile ada fungsi chat yang mana anda boleh berhubung secara terus dengan bakal pelanggan anda. Aplikasi chat ini bagus dalam menguatkan lagi ikatan antara anda dan bakal pelanggan. 2. Lebih bersifat persendirian (personal) – Kebanyakkan orang menggunakan Facebook profile untuk berkongsikan aktiviti seharian mereka. Jarang orang menggunakan Facebook Profile untuk berbincang hal bisnes dan kebiasaannya topik tersebut tidak akan mendapat sambutan. 3. Dapat menjalinkan ikatan yang lebih mesra bersama rakan Facebook – Kebanyakkan pelanggan terdiri daripada orang yang mengenali kita kerana mereka lebih mempercayai kita berbanding orang lain. Jadi, ikatan mesra bersama rakan Facebook adalah penting dalam membangunkan perniagaan.
9|Halaman
Edisi 3
Tips memaksimakan penggunakan Facebook Profile dalam perniagaan 1. Banyakkan bercerita tentang diri anda dan aktiviti seharian anda. Elakkan bercerita tentang perniagaan. Contoh, anda baru selesai membuat coklat, tangkap gambar coklat tersebut dan muatnaik ke Facebook anda. Ceritakan serba sedikit tentang coklat tersebut. Tetapi elakkan daripada memasukkan unsur-unsur jualan yang keras. 2. Santaikan minda anda di Facebook. Elakkan log masuk ke Facebook dan update status baru dengan ayat menggesa orang membeli produk anda. Rakan-rakan Facebook anda lebih suka anda meluahkan emosi anda. Contoh ayat, “Berkobarkobar rasa nak cuba resipi baru ni. ”. Kemungkinan akan ada rakan-rakan Facebook anda menyapa anda dan bertanyakan tentang resipi yang anda nak cuba. 3. Gunakan sahaja gambar sebenar anda sebagai Profile Picture anda di Facebook. Tidak perlu guna gambar orang lain. Tapi gambar tersebut seelok-eloknya menggambarkan profesion anda juga. Contoh, jika anda seorang tukang masak, anda boleh gunakan gambar anda memakai topi chef sebagai Profile Picture. 4. Bertegur sapalah dengan rakan anda di Facebook. Anda boleh sapa rakan anda dengan memberi komen kepada status update rakan anda atau anda boleh sapa rakan anda dengan menggunakan aplikasi chat. Tetapi perlu berhati-hati dengan ayat yang anda gunakan. Jangan gunakan bahasa yang kasar kerana ianya akan menjatuhkan kredibiliti anda. 5. Banyakkan berkongsi informasi berkaitan profesion anda. Jika profesion anda sebagai tukang masak, kongsikan informasi berkaitan masakan. Ianya akan menaikkan lagi kredibiliti anda di kalangan rakan anda.
Sampai disini sahaja tips perniagaan pada kali ini. InsyaAllah akan ada lagi tips pada edisi akan datang. Semoga berjaya!
10 | H a l a m a n
Edisi 3
Surah Hud Ayat 6
ِ َوَما ِم ْن َدابٍَّة فِي ْاْلَ ْر ض إََِّّل َعلَى اللَّ ِه ِر ْزقُ َها َويَ ْعلَ ُم ُم ْستَ َق َّرَها َوُم ْستَ ْو َد َع َها ۚ ُكلٌّ فِي ٍ َكِت }6{ اب ُمبِي ٍن "Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan."
Keterangan ayat: Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W. Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah. Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan. Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud) Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.
Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3510-koleksi-doa-mohon-diberikan-rezekitatkala-kesempitan.html 11 | H a l a m a n
Edisi 3
Oleh Editor Guru Coklat Mag Khairul Akmal Ibrahim (Guru Coklat Enterprise : 002032196-A) http://www.gurucoklat.com http://blog.gurucoklat.com http://facebook.com/GuruCoklat
12 | H a l a m a n