PROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK ( Edisi 2005 Dengan Pindaan Baru )
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
PROGRAM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK ( Edisi 2005 Dengan Pindaan Baru )
Diterbitkan oleh : Bahagian Latihan dan Program, Pesekutuan Pengakap Malaysia Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur
(Hak Penerbit Terpelihara) KANDUNGAN Muka Perutusan Pesuruhjaya Latihan Negara Pendahuluan 2 Lencana Keahlian
2
Lencana Wajib
3
Lencana Keris Gangsa 1.
Kesetiaan
4
2.
Kesihatan dan Keselamatan
3.
Kecekapan
5
4.
Penyertaan
5
5.
Perkhidmatan
4
6
Lencana Keris Perak 1.
Kesetiaan
7
2.
Kesihatan dan Keselamatan
3.
Kecekapan
8
4.
Penyertaan
8
7
1
5.
Perkhidmatan
9
Lencana Keris Emas 1.
Kesetiaan
9
2.
Kesiahatan dan Keselamatan
3.
Kecekapan
10
4.
Penyertaan
11
5.
Perkhidmatan
11
Rambu Pengakap Kanak-kanak Lencana Kepandaian Cara Memakainya
10
12
12
12
Muka Lencana Wajib Ahli Renang 13 Penunggang Basikal
13
Lencana Kegemaran Ahli Koleksi Hobi 14 Ahli Kraftangan
15
Peladang Kecil
16
Pelukis
17
Pembaca Buku Penghibur
19
20
Lencana Pengetahuan Ahli Olahraga
21
Ahli Pasukan Permainan 21 Ahli Sains
22
Ahli Pencinta Alam Semulajadi 23 Ahli Pembaca Peta 24 Ahli Pemeliharaan Alam Sekitar
24
Ahli Pengembaraan 27 Ahli Komputer Lencana Perkhidmatan Pekerja Am
28
Pengurus Rumah
29
Penyelamat Nyawa
29
Ahli Pertolongan Cemas 30 Cara-cara Mendapatkan Lencana 32 PERUTUSAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK ini digubal berdasarkan yang telah disediakan pada tahun 1976 dan edisi 1992. Skim Baru ini memberi penekanan yang lebih kepada kemahiran asas dengan isi kandungannya ditokok tambah di mana perlu. Dalam kebanyakan topik Skim Latihan Baru ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Kanak-kanak dapat mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran Pengakap Kanak-kanak diberi program latihan, pengkayaan, pengetahuan dan pelbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian, keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan. Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut dengan hal ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke semasa dan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Setelah Pengakap Kanak-kanak melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti pengkayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program berbagai aktiviti yang disediakan ini, adalah diharapkan pada akhir latihan ini ia akan dapat memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama. Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kerja Persekutuan Pengakap Malaysia, Pesuruhjaya Program, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Unit Pengakap Kanak-kanak, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Tugas Khas dan Jurulatih jemputan kerana atas dorongan dan toleransi mereka semasa berbincang menggubal Skim Latihan ini hingga siap tersusun buku ini.
3.0
LENCANA KERIS GANGSA
3.1 Kesetiaan 1. Menyanyi Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2.
Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada .
3.
Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.
4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap kanak-kanak kumpulannya. 5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya. 3.2
Kesihatan Dan Keselamatan
1.
Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.
2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali. 3.
Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam.
4.
Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan
seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, Doktor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.
3.3
Kecekapan
1.
Mengetahui Latihan Asas Kawat Kaki.
2.
Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter).
3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, kereta api, teksi, balai bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dll. 4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri. 5. Mengetahui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti ”ikut arah ini”, ”jangan ikut arah ini”, ”di sini ada air”, ”tunggu di sini” dan ”saya sudah pulang”. 6. 3.4
Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya. Penyertaan
1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada pemimpin pengakapnya. 2.
Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang.
3.
Menjalankan SATU daripada aktiviti di bawah : 3.1 Mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah.
Atau 3.2
3.5
Membuka akaun simpanan.
Perkhidmatan :
1. Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).
2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru/kakitangan sekolah dalam buku log).
4.0
LENCANA KERIS PERAK
4.1
Kesetian
1. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 2.
Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya.
3.
Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing.
4.2
Kesihatan dan Keselamatan
1.
Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
2.
Mengetahui faedah senaman.
3.
Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
4. Mengetahui bahaya aliran letrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 5.
4.3
Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas.
Kecekapan
1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawat kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan : 4.1.1
Buka Barisan
4.1.2
Tutup Barisan
2. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaannya. 3. 4.4
Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. Penyertaan
1.
Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya.
2.
Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan.
3.
Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar.
4.
Mengetahui asas penggunaan komputer.
5. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang siling / kad telefon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon. 4.5
Perkhidmatan
1.
Mengetahui dan memahami isyarat wisel.
2.
Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan.
3. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan mengguna peralatan. (Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)
5.0 LENCANA KERIS EMAS 5.1
Kesetiaan.
1.
Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patrioktik.
2.
Mengenali Jata Negara Malaysia dan negeri masing-masing.
3.
Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan.
4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 5. 5.2
Mengamalkan ajaran agama masing-masing. Kesihatan dan Keselamatan
1.
Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia.
2.
Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.
3.
Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan.
4. Mengetahui bagaimana membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej; Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. 5.3
Kecekapan
1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah ”Langkah ke Sebelah”, Cepat Jalan”, ”Berhenti” dan ”Hormat”.
2. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaring / jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 3. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 4. 5.4 1.
Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan. Penyertaan Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaanyan kepada manusia
2. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri : 2.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. ATAU 2.2 Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet. ATAU 2.3
Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara. ATAU
2.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. 3. 5.5
Menyanyi sekurang-kurang DUA lagu pengakap Malaysia Perkhidmatan
1. Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. 3. 6.0
Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK
Pengakap Kanak-kanak setelah mendapat : Lencana Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu Lencana Wajib, dua Lencana Kegemaran, dua Lencana Pengetahuan dan dua Lencana Perkhidmatan. Ia layak memakai Rambu Pengakap Kanak-kanak dengan syarat : 6.1
Pemegang Lencana Keris Emas selama 1 bulan.
6.2
Berkelakuan baik.
6.3 Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 6.4
Dicalonkan oleh pemimpin PEK.
Catatan: Rambu PKK boleh dipakai sehingga pengakap mendapat anugerah rambu pengakap muda. Anugerah Sijil Rambu dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Negeri. 7.0
LENCANA KEPANDAIAN
7.1 Selain daripada lencana yang disebutkan dalam fasal 1.0, 2.0 dan 3.0 beberapa Lencana Kepandaian ada juga ditetapkan mengikut peraturan yang tertentu. 7.2 Cara memakai : Lencana kepandaian ini dipakai di atas lengan baju disebelah kiri dan kanan di bahagian ruang segi di antara bahu dengan siku seperti ditunjukkan di muka sebelah ini :-
7.3 Ahli Renang (Wajib) 1.
Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
2. Menunjukcara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada penilai / pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori). ATAU 3.
Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori).
4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 7.
Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air.
7.4 Penunggang Basikal (Wajib) Lakukan Semua Bahagian 1.
Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal.
2. Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal. 3.
Menunjukcara memberi isyarat tangan semasa berbasikal:
4.
Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
5.
Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya.
6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh penilai / pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan sempang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. 7.5 Ahli Koleksi Hobi (Kegemaran) Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya. Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh pemimpinnya). Pilih satu hobi seperti contoh di bawah : 1.
Lima belas jenis setem Malaysia yang berbeza
:-
2. Menghasilkan buklu skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan / bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu) 3.
Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis).
4.
Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis).
5.
Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 15 jenis).
6. Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 7.
Rantai kunci (key Chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 15 jenis).
8. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana pengakap antarabangsa dan alin-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis) 9.
Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya
10.
Lain-lain hobi yang sesuai.
7.6 Ahli Kraftangan (kegemaran) 1. Mengetahui asas kraf tradisional : Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan : Kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastic dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru. ATAU 2. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 3.
Membuat rekaan dari kertas
(a) Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain-lain. (b)
Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga ”Mowgli”.
(c) Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.
7.7 Peladang Kecil (Kegemaran) Lakukan LIMA sahaja 1. Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 2. Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 3. Menunjukcara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 4. Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 5. Tunjukkan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kank-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa / ahli keluarga sendiri. 6.
Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada
menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 7. (a) Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas. ATAU (b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawat di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. 8. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan. 9. Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. 9.1
Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai;
9.2
Kesuburan tanah;
9.3 Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. 9.4
Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu.
9.5 Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah. 10. Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:10.1
Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara.
10.2 Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.
7.8 Pelukis (Kegemaran) Ingatan : Pilih 4 sahaja. 1. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba ”The Jungle Book” karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanak-kanak. Buat SATU watak Watak Akela Bagheera Baloo
Marga
Perwatakan
Serigala Tunggal Pemimpin bijaksana Harimau Kumbang Jurulatih mahir Beruang Guru undang-undang
Adek Kelabu Anak Serigala Keluarga Angkat Mowgli Budak Lelaki Kawan Marga Mysa Seladang Pendengar baik Shere Khan Harimau Belang Pembuli Banderlog Monyet Pembohong Buldeo Pemburu Samseng Jakala Buaya Pura-pura Sahi Landak Penulis Hathi Gajah Tokoh hormat Kaa Ular Sawa Pemanjat Tabaqui Rubah Pengampu Messua Wanita Ibu angkat White hood Ular senduk Penjaga 2. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel). 3. Mengetahui warna yang dikatakan ’primary colours’, dan ’secondary colours’ serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll. 4. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas 25 cm x 30 cm. 5. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. 6.
Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:-
7.1 Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. 7.2 Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. 7.3 Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar. 7. Menunjukkan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis.
7.9 Pembaca Buku (Kegemaran) Pilih EMPAT sahaja. 1.
Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang telah dibaca serta faham
melalui bahan sastera berikut : (a)
Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah.
(b) Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. (c) Puisi tradisional seperti pantun, seloka, guridam, syair, dan bahasa berirama (klasik). (d)
Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden.
(e)
Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris / Bahasa Ibunda.
2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 4. Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan. 5.
Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa.
6. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 7. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.
7.10 Penghibur (Kegemaran) Pilih LIMA sahaja. 1.
Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut :-
(a)
Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik.
(b) Lagu Tradisi Masyarakat : Lagu setempat seperti ”Rasa Sayang” atau lagu asing seperti ”Red River Valley” dan sebagainya. (c)
Lagu Tarian Asli.
(d)
Lagu Pengakap.
2.
Boleh menyanyi dua buah lagu : Satu patriotik dan lagi satu lagu.
3.
Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-kanak.
4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra.
5. 6.
Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset. Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan.
7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu tok-tok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai. 7.11 Ahli Olahraga (Pengetahuan) 1. Mengetahui apakah MSSMD / MSSM / SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak-kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 2.
Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan.
3.
Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan :4.1
Lari 100 meter
20
saat
4.2
Lari 200 meter
50
saat
4.3
Lompat tinggi
0.8
meter
4.4
Lontar peluru 6 paun
5
meter
Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini.
7.12 Ahli Pasukan Permainan (Pengetahuan) 1. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut : bola sepak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring. 2. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua permainan pasukan. 3. Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah / negerinya. 4. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencotohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainannya. 5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permaian pasukannya setelah digunakan. 6.
Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
7.13 Ahli Sains (Pengetahuan) (Pilih Empat sahaja)
1.
Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara.
2.
Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra.
3. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke bateri dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 5.
Membuat teropong intip yang mudah dengan menggunakan dua kepaing cermin.
6. Membuat elektro – magnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 7.
Membuat arus elektrik yang mudah didapati dari bateri.
8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 9.
Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.
7.14 Pencinta Alam Semulajadi (Pengetahuan) Pilih TIGA sahaja. 1. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini :(a)
Tumbuh-tumbuhan
(b)
Kehidupan burung
(c)
Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai.
(d)
Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar.
(e)
Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga.
(f)
Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun.
(g)
Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.
2. Memlihara binatang belaan dan ternakan sekurang-kurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan pemerhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih satu sahaja) : 3.1 Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU
3.2 Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah. 4. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadaan tumbuhan dan alam sekitar terlibat dengan cuaca. 5.
Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
7.15 Pembaca Peta (Pengetahuan) (Pilih TIGA sahaja dari Bahagian 1 hingga 5) 1. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukkan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. 2. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. 2.1
Jalan raya,
jambatan
2.2
Jalan kereta api
2.3
Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong, kuil).
2.4
Sungai dan tali air
2.5
Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan).
3. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 4. Mencari sudut bearing : Melukis dengan menggunakan alat geometri : sudut 075°, 025°, 120° dan 245° dan lain-lain. 5. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran; sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. Pemeliharaan Alam Sekitar (Pengetahuan) Pilih TIGA sahaja. 1.
Jawab satu sahaja dari (a) (b) dan (c) :-
(a)
Menyatakan kepada Penilai / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis
dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan ”Alam Sekitar”. (b)
Apakah yang dikatakan ”Kitaran Oksigen” (Oxygen Circle).
(c)
Menyatakan apakah yang dikatakan ”Kitaran Air” (Water Circle).
2. Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galian) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. 3. (a) Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi. (b) Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam pek atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temui (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, reptilia, burung / unggas dan moluska. (Karangan laut seperti kerang, siput, lintah, tiram dan lain-lain). (c) Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patrol Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. 4. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurang-kurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu ; menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam sekitar di tempat sendiri. 5. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurang-kurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 6.
Buat buku skrap mengenai satu daripada perkara berikut : 6.1
Pembuangan bahan sisa kilang
6.2
Pembuangan sampah-sarap
6.3
Pembuangan bangkai
6.4
Pembuangan atau tumpahan minyak.
Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan. 7.
Mengambil bahagian dalam satu aktiviti berikut :-
7.1 Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. 7.2 Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. 8. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam Buku Log. Dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan.
9. Menyenaraikan di dalam Buku Log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. 9.1
Bagi diri sendiri
9.2
Bagi Keluarga
9.3
Bagi masyarakat
7.17 Pengembaraan (Pengetahuan) Pilih LIMA sahaja. 1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung : membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai, alas kaki, bekalan peribadi, lain-lain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanakkanak.). 3. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas. 4. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 5. Mengetahui cara mengisi borang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa di jalan raya dan peraturan berjalan kaki.
7.18 Ahli Komputer (Pengetahuan) Pilih LIMA sahaja. 1.
Mengenali komponen utama komputer.
2.
Boleh membuka dan menutup komputer.
3.
Boleh menaip mengunakan komputer.
4.
Boleh melukis mengguna perisian komputer (Paint Brush).
5.
Boleh membuka dan menyimpan fail.
6.
Boleh melayari internet.
7.
Boleh menggunakan e-mail.
7.19 Pekerja Am (Lencana Perkhidmatan) Pekerja Am (Ingatan : Lakukan 5 bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan) 1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skutar dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2.
Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal.
3.
Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai.
4. Menunjukkan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan. 5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak 7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna. 8.
Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah.
9. Menunjukkan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan. 10.
Mencuci dan menggosok baju dengan seterika.
11. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 12. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan / stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 7.20 Pengurus Rumah (Perkhidmatan) Pilih LIMA sahaja. 1. Menyediakan satu jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu. 2. Menyediakan satu jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.
3. Menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. 4.
Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang.
5. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang. 6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belangga dan lain-lain. 7.
Menyapu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur.
8. Mencuci pakaian seragam pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain.
7.21 Penyelamat Nyawa (Perkhidmatan) 1.
Pemegang lencana Ahli Renang.
2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan pengajar diperlukan semasa tunjukcara ini dan berenang sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada di dalam air. 4.
Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara :
(a)
Memegang rambut si malang dari belakang ;
(b) (c)
Mengangkat kepala si malang dari belakang ; Memegang baju si malang ;
(d)
Menyelamat menggunakan tali ;
(e)
Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu.
5. Menunjukkan cara dua memulihkan penafasan dari mulut ke mulut dan cara penafasan kaedah ’Holger-Nielsen’. 6. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki gas yang beracun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 7. Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api ; Memahami isyarat kebakaran dibangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran. 8.
Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran.
7.22 Ahli Pertolongan Cemas (Perkhidmatan) 1.
Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti
pertolongan cemas. 2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. 3. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa / Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. 4.
Menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung.
5. Mengetahui sekurang-kurang 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara menahan darah yang keluar daripada badan pesakit. Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arteri paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala. 6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalutan tiga segi dan membuat anduh. 7. Menunjukkan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 10. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik. 11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.
Jawatankuasa Panel Penyemakan 1 Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak
1.
En. Khoo Hock Hoi – Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengerusi Unit PKK – Penolong Pesuruhjaya MPKLM / BPG Zon Timur
2. En. Norjamalullail b. Mohd Nor Terengganu Unit Program
–
3. En. Mohd Fadli b. Sidik Terengganu
Setiausaha Latihan Pengakap Negeri
–
Penolong Pesuruhjaya Negeri
4.
En. Che Yusoff b. Awang Unit PKK
–
Penolong Pesuruhjaya Negeri Terengganu
5.
En. Zuber b. Embong – Penolong Pesuruhjaya Negeri Terengganu Unit PKK Pengakap Khas / Istimewa
6. Kaptain Osman b. Mohamad MPKLM / BPG. (Protokol)
–
7. En. Jamaludin b. Alias – MPKLM / BPG (Penolong Pesuruhjaya KLM – 30)
Penolong Pesuruhjaya Negeri
8.
Penolong Pesuruhjaya Negeri
En. Tae Peng Hoi – Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM / BPG (Penolong Pesuruhjaya KLM – 30)
Tarikh Tempat
: 22 Jun 2005 : Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit 21030 Kuala Terengganu
Jawatankuasa Panel Penyemakan 2 Program Latihan Pengakap Kanak-Kanak
1.
En. Khoo Hock Hoi Pengerusi Unit PKK 2.
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
En. Abu Bakar bin Awang Melaka -
-
Penolong Pesuruhjaya Negeri
3.
En. Rohim bin Mohamed Perlis
Penolong Pesuruhjaya Negeri
4.
Haji Azkiah bin Haji Nor Selangor
-
Penolong Pesuruhjaya Negeri
5.
En. Hamdah bin Mohd. Nor Pulau Pinang
-
Penolong Pesuruhjaya Negeri
6.
En. Rosli bin Abdullah Melaka
Penolong Pesuruhjaya Negeri
7. En. Mohamed @ Mahmood bin Haji Saad Kelantan
-
Penolong Pesuruhjaya Negeri
8. En. Ahmad Azam Shah bin Abd. Majid Perak
Penolong Pesuruhjaya Negeri
Tarikh Tempat :
: 28 – 30 April 2006 Rumah B-P, Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur.