Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
71
BAB A5
PRINSIP-PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL PENGENALAN Kontrak Takaful tidak hanya tertakluk kepada prinsip-prinsip am undang-undang kontrak tetapi juga prinsip undang-undang tertentu yang telah termaktub dalam kontrak Takaful. Berdasarkan kepada ketetapan perundangan konsep fekah, al-Asl fi al-Ashya’ al-Ibahah, kontrak Takaful disesuaikan dengan prinsipprinsip insurans konvensional dalam amalan yang mendokong konsep keadilan dalam urusniaga, seperti yang dijelaskan oleh Syariah. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip tersebut mestilah tidak bercanggah dengan Syari’ah. Prinsip-prinsip khas undang-undang yang terkandung pembentukan kontrak Takaful adalah seperti berikut:
dalam
Kepentingan Boleh Lindung; Penuh Percaya Mutlak; Indemniti; Subrogasi; Perkongsian Sama Rata; Sebab Terhampir; Tabarru’ Waranti;
A5.1
PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL
5.1.1
Prinsip Kepentingan Boleh Lindung
Kepentingan Boleh Lindung merujuk kepada hak di sisi undangundang untuk menyertai skim Takaful yang timbul daripada
72
Amalan Asas Takaful
hubungan kewangan yang diiktiraf di sisi undang-undang di antara peserta dan perkara pokok Takaful, iaitu orang yang diberi perlindungan. Kepentingan Boleh Lindung wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan perkara pokok Takaful, yang biasanya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:
Pemilikan harta - pemilik harta akan menanggung kerugian kewangan sekiranya harta benda miliknya rosak atau musnah. Potensi berhadapan dengan liabiliti undang-undang - Kepentingan Boleh Lindung juga boleh wujud apabila berlaku kerugian kewangan yang timbul daripada liabiliti undang-undang. Sebagai contoh, majikan menanggung liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan kepada pekerja-pekerjanya sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja. Hak perundangan - kepentingan boleh lindung boleh wujud sekiranya terdapat peruntukan dalam kontrak yang menyatakan seseorang itu mempunyai tanggungjawab kewangan atas apa-apa kerugian atau kerosakan kepada harta dan liabiliti pihak ketiga.
Hubungan kewangan di antara peserta dengan perkara pokok insurans perlu memperlihatkan yang peserta akan terus menikmati manfaat ekonomi dan kewangan melalui kesinambungan, kekal kewujudan dan keselamatan; atau sebaliknya akan menanggung kerugian ekonomi & kewangan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan terhadap perkara pokok Takaful. Oleh yang demikian, kepentingan boleh lindung mestilah mampu diukur atau dinilai dari sudut kewangan bagi membolehkannya dilindungi oleh Takaful. Di bawah kontrak Takaful am, kepentingan boleh lindung mesti wujud pada awal dan pada masa berlakunya kerugian - jika tidak, perlindungan Takaful dianggap tidak sah. Contoh: seseorang itu tidak boleh/sah memiliki perlindungan Takaful motor untuk kenderaan yang beluk dimilikinya.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
73
Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi Takaful marin. Dalam Takaful Marin, peserta perlu mempunyai kepentingan boleh lindung pada masa kerugian berlaku bagi membolehkannya membentuk kontrak yang sah. Contoh: Berdasarkan dari keadaan dan sifat perniagaan, pengimport barangan akan mendapatkan perlindungan Takaful terhadap barang dagangan yang ia ada kepentingan keatasnya, iaitu dengan menjadi pemilik kepada barangan berkenaan sebelum bahaya / kerugian yang dilindungi berlaku. Di bawah Pelan Perlindungan Kemalangan Takaful, kepentingan boleh lindung mesti wujud pada masa kontrak itu dikuatkuasakan dan pada masa berlakunya kerugian. Untuk Pelan Takaful Keluarga, kepentingan boleh lindung perlu wujud pada peringkat awal sahaja. Peserta hanya perlu mempunyai kepentingan boleh lindung pada masa kontrak Takaful keluarga itu dikuatkuasakan. Antara contoh seseorang yang mempunyai kepentingan boleh lindung adalah seperti yang dinyatakan di bawah:a) Seorang individu mempunyai kepentingan boleh lindung yang tidak boleh dipertikaikan terhadap anggota badan dan hayatnya sendiri untuk apa-apa amaun yang difikirkan wajar. Kepentingan tersebut tidak mampu dinilai dan sukar dibuktikan yang ianya adalah perlu (Wainwright v. Bland [1835]). b) Seseorang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat dan harta pasangannya (suami / isteri). c) Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap kanak-kanak atau bayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagian daripadanya. d) Pemiutang mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap hayat si penghutang (setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadap hayat si pemiutang.
74
Amalan Asas Takaful
e) Penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung terhadap peminjam. Pemberi pinjaman mungkin tidak berpuashati sepenuhnya dengan jaminan cagaran yang ditawarkan oleh peminjam, tetapi bersedia untuk menerima jaminan seorang penjamin. Dengan memberi jaminan tersebut, penjamin mempunyai kepentingan boleh lindung atas hayat peminjam. f) Majikan, terhadap hayat pekerja-pekerjanya. g) Pemilik / tuan punya (tunggal atau perkongsian), terhadap harta miliknya. h) Penggadai janji (peminjam) & pemegang gadai janji (pemberi pinjam), masing-masing mempunyai kepentingan ke atas harta berkenaan. i) Penyewa & pemberi sewa juga mempunyai kepentingan ke atas harta yang serupa. j) Bailer – contohnya pemilik pajak gadai, pembawa atau tukang membaiki jam mempunyai kepentingan atas barangan / harta milik pelanggan (bailor) kerana harta berkenaan di bawah tanggungjawab / jagaan mereka. k) Ejen – Prinsipal (Pengendali Takaful) mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas ejen dan ia boleh menguatkuasakan pelan perlindungan Takaful bagi pihak ejen. l) Pemegang amanah – mempunyai kepentingan atau hak disisi undang-undang ke atas harta yang diamanahkan kepadanya sekiranya surat ikatan amanah membenarkan atau mengarahkannya. m) Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful Semula – keduaduanya mempunyai kepentingan boleh lindung ke atas hayat peserta-peserta yang menyertai pelan perlindungan Takaful. 5.1.2
Prinsip Tanggungjawab Penuh Percaya Mutlak (Uberrima Fides)
Prinsip Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan positif secara sukarela mendedahkan dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta matan mengenai risiko yang dicadangkan, sama ada ia diminta atau tidak.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
75
Kontrak Takaful Keluarga dan Takaful Am mengikat semua pihak yang terlibat secara penuh percaya mutlak, yang bermaksud keduadua pihak (peserta & pengendali Takaful) perlu mendedahkan semua fakta-fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau tidak, yang dianggap penting kepada pihak yang satu lagi membuat keputusan untuk terikat dengan kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta, memberikan hak kepada pihak yang terkilan untuk menganggap kontrak tersebut sebagai tidak sah dan terbatal. Di bawah doktrin Penuh Percaya Mutlak, kedua-dua pihak bertanggungjawab mendedahkan semua fakta matan dengan lengkap dan benar. Di bawah pelan Takaful kebakaran, antara contoh fakta matan adalah kegunaan dan jenis bahan pembinaan. Sekiranya pencadang (peserta) mengisytiharkan dalam borang cadangan bahawa bangunan itu digunakan sebagai sebuah kedai runcit yang dibina daripada bahan batu bata, dan kemudiannya didapati selepas berlaku kebakaran bahawa premis itu sebenarnya adalah sebuah bangunan kayu yang digunakan sebagai stor menyimpan bahan kimia. Ini secara jelas bertentangan dengan doktrin Penuh Percaya Mutlak dan boleh menyebabkan tuntutan ditolak. Begitu juga, dalam kes Takaful keluarga, contoh-contoh fakta matan ialah umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan. Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga menuntut agar tiada penyembunyian, salah nyata atau penipuan fakta matan. Prinsip Penuh Percaya Mutlak ini perlu terus diamalkan sepanjang tempoh perlindungan Takaful di mana peserta dikehendaki memberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful apa-apa perubahan fakta material yang mungkin meningkatkan risiko. Pengendali Takaful akan membuat keputusan sama ada sebarang peningkatan risiko boleh dikenakan kadar caruman / sumbangan yang lebih tinggi, menguatkuasakan syarat-syarat tambahan, atau menolak terus cadangan berkenaan. Contoh: perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunan daripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.
76
Amalan Asas Takaful
Walau bagaimanapun, pencadang memberitahu perkara-perkara berikut:
atau
peserta
tidak
perlu
Fakta-fakta yang mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful. Sungguhpun demikian, peserta digalakkan untuk memberitahu fakta berkenaan dengan harapan mendapat terma dan syarat kontrak yang lebih baik atau mendapat diskaun premium. Fakta yang menjadi pengetahuan umum. Umpamanya undangundang pematuhan dan keselamatan bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur adalah terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Lumpur. Fakta-fakta dan sumber maklumat yang diperolehi dari peserta yang boleh dibuat kesimpulan. Contohnya: peserta yang mempunyai ketinggian 150 dan berat badan 100 kg boleh disimpulkan sebagai obesiti dan akan tertakluk kepada pengunderaitan perubatan. Fakta-fakta yang tidak diperlukan oleh Pengendali Takaful. Fakta-fakta yang tertakluk di bawah syarat-syarat dalam Sijil Takaful.
Bagi tujuan penguatkuasaan sijil kontrak Takaful, pihak-pihak yang terlibat perlu jujur dan mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tindakan tidak memberitahu fakta penting, penipuan, salah nyata atau memberi kenyataan palsu adalah merupakan elemen-elemen yang boleh membatalkan sijil Takaful. Prinsip Penuh Percaya Mutlak tidak dipenuhi apabila pencadang mengetahui atau sepatutnya mengetahui tentang fakta matan tetapi;
gagal untuk memberitahu atau mendedahkan fakta material berkenaan; atau menyalahnyatakan fakta penting.
Apabila peserta gagal memberitahu fakta material, pelanggaran prinsip penuh percaya mutlak tersebut diklasifikasikan sebagai tidak memberitahu / mendedahkan atau menyembunyikan fakta, iaitu
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
77
penipuan kerana tidak memberitahu. Sekiranya peserta membuat salah nyata fakta, kesalahan tersebut diklasifikasikan sebagai salahnyata tanpa niat atau penipuan kerana salahnyata. Apabila pelanggaran Prinsip Penuh Percaya Mutlak berlaku, kontrak Takaful boleh terbatal tanpa mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan tanpa niat atau dengan niat untuk menipu. Kontrak Takaful mengenakan tanggungjawab uberrima fides atau Penuh Percaya Mutlak kepada pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak Takaful. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memberitahu/ mendedahkan kepada pengendali Takaful tentang semua fakta penting mengenai perkara pokok insurans dan keadaan yang berkaitan dengannya. Fakta matan adalah fakta yang boleh mempengaruhi pertimbangan pengendali / syarikat insurans dalam menetapkan amaun premium / sumbangan atau menentukan sama ada menerima atau menolak risiko yang dicadangkan. (Rivaz v. Gerussi [1880] 6 QBD 222). Sama ada sesuatu fakta itu adalah fakta matan atau sebaliknya, ia bukanlah hak peserta untuk menentukannya. Hakikatnya, keputusan muktamad hanya boleh ditetapkan oleh mahkamah. Fakta matan termasuk perkara-perkara berikut:
Fakta-fakta yang cenderung untuk menyebabkan risiko yang dicadangkan menjadi lebih merbahaya daripada biasa. Kecacatan fizikal seperti kehilangan deria penglihatan atau anggota badan boleh meningkatkan risiko kemalangan dan memberi kesan kepada kesihatan dan tempoh hayat pihak yang dilindungi. Tabiat, aktiviti harian dan sejarah keluarga juga boleh mempengaruhi risiko. Fakta yang difikirkan perlu untuk menjelaskan sifat-sifat luar biasa risiko yang dicadangkan untuk perlindungan Takaful, di
78
Amalan Asas Takaful
mana tanpanya, pengendali Takaful menganggap ia adalah risiko biasa. Contohnya, pekerjaan yang merbahaya. Fakta-fakta yang kelihatan mempunyai motif tertentu. Contohnya perlindungan umum.
Adalah menjadi keperluan undang-undang untuk menyatakan dengan jelas dan nyata di dalam borang cadangan akan perkara-perkara berikut: Mengikut peruntukan Seksyen 28, Akta Takaful 1984; "Pencadang hendaklah memberitahu sepenuhnya dan dengan jujur dalam borang cadangan akan semua fakta yang diketahui atau sepatutnya diketahui, jika tidak, sijil yang dikeluarkan mungkin menjadi tidak sah”. Tanggungjawab memberitahu fakta matan adalah perlu ketika:
Ketika permulaan kuat kuasa sijil Tugas memberitahu fakta matan dianggap selesai apabila rundingan mengenai perlindungan dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, sebelum risiko diterima atau sekiranya peserta masih perlu mendedahkan fakta-fakta tambahan, peserta bertanggungjawab dan perlu memberitahu fakta-fakta tersebut.
Ketika pembaharuan sijil Tanggungjawab memberitahu memainkan pernanan sekali lagi ketika rundingan memperbaharui sijil.
Ketika sijil sedang berkuatkuasa Peserta mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu semua fakta matan yang berkaitan dengan sebarang perubahan terhadap risiko yang dilindungi.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
5.1.3
79
Prinsip Indemniti
Indemniti boleh ditakrifkan sebagai mekanisme yang digunakan oleh pengendali Takaful membayar pampasan dalam usaha untuk meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama seperti yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian. Kontrak Takaful mejanjikan perlindungan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah gantirugi yang boleh dituntut dikenali sebagai ‘ukuran ganti rugi’. Ia bermaksud bayaran gantirugi disebabkan kecederaan atau kerugian yang dialami. Prinsip indemniti memerlukan pengendali Takaful mengembalikan peserta kepada kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian. Semua perlindungan harta dan wang Takaful adalah merupakan kontrak indemniti, iaitu sejumlah amaun yang perlu dibayar apabila berlaku sesuatu kejadian yang dilindungi, terhad kepada setakat amaun kerugian kewangan yang dialami oleh peserta. Oleh itu, apabila berlaku kerugian, tanggungjawab pengendali Takaful adalah meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlakunya kerugian, tertakluk kepada kecukupan jumlah perlindungan dan syarat-syarat polisi lain penggunaan prinsip purata (average), lebihan dan had. Produk Takaful menyediakan pampasan kewangan untuk meletakkan peserta dalam kedudukan kewangan yang sama sebagaimana yang dinikmati sebelum berlaku kerugian. Ia memastikan peserta tidak mendapat lebih daripada jumlah sebenar kerugian dan menghalang peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan itu. Semua kontrak perlindungan harta dan liabiliti Takaful adalah tertakluk kepada prinsip ini. Takaful Keluarga, termasuk pelan perlindungan kesihatan dan kemalangan diri bukan kontrak indemniti kerana kehilangan nyawa tidak boleh dinilai dan diganti dengan ganti rugi kewangan.
80
Amalan Asas Takaful
Prinsip indemniti digunapakai dalam keadaan-keadaan berikut: Peserta perlu membuktikan bahawa mereka telah megalami kerugian akibat kerosakan atau kehilangan perkara pokok (subject matter) yang dilindungi di bawah pelan perlindungan Takaful dan kerugian tersebut boleh dinilai dalam bentuk nilai kewangan. Jumlah pampasan yang dibayar adalah jumlah perlindungan dibawah pelan Takaful di mana jumlah indemiti tidak boleh melebihi jumlah perlindungan. Sekiranya peserta menerima jumlah pampasan yang melebihi jumlah kerugian sebenar, Pengendali Takaful berhak untuk mendapatkan semula amaun lebihan tersebut dari peserta. Begitu juga sekiranya peserta menerima amaun yang melebihi dari kerugian sebenar daripada pihak ketiga selepas ganti rugi sepenuhnya diperolehi dari Pengendali Takaful, Pengendali Takaful mempunyai hak di bawah prinsip Subrogasi untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang dibayar oleh pihak ketiga. Perlu diingat bahawa amaun perlindungan bukanlah ukuran sebenar indemniti tetapi hanya sebagai suatu penetapan had amaun yang boleh dibayar. Amaun ganti rugi sebenar adalah berdasarkan prinsip ‘jumlah perlindungan atau nilai pasaran yang mana lebih rendah’. Dalam amalan Takaful Am, peserta perlu memastikan bahawa dia tidak menilai kurang daripada nilai sebenar perkara pokok insurans semata-mata untuk membayar caruman yang lebih rendah dan mengharapkan bayaran pampasan penuh atas kerugian yanag ditanggung. Perbuatan ini dianggap hina di syarak kerana membuat sumbangan yang tidak setimpal kepada dana Takaful serta membebankan peserta lain. Dalam situasi seperti ini, ‘Klausa Purata’ akan digunakan. Sebagai contoh, peserta yang dilindungi di bawah pelan Takaful motor sebanyak RM30,000 amaun perlindungan mengetahui sepenuhnya bahawa nilai pasaran sebenarnya ialah RM50,000. Apabila berlaku kerosakan akibat kemalangan dan kos pembaikan ialah RM20,000 maka peserta akan menerima bayaran
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
81
ganti rugi yang dikira berdasarkan formula 'Klausa Purata' seperti berikut: Amaun perlindungan X kerugian Nilai pasaran RM 30,000 X RM 20,000 = RM 12,000 RM 50,000 Berdasarkan contoh di atas, Pengendali Takaful hanya perlu membayar RM12,000, sementara baki sebanyak RM8,000 perlu ditanggung sendiri oleh peserta. Peserta boleh membuat tuntutan ganti rugi atas kerugian kewangan yang ditanggung, dan ia tidak termasuk kerugian emosi atau kerugian-kerugian lain yang berkaitan dengannya. Selain dari itu, peserta tidak boleh mengaut keuntungan dari musibah / kerugian yang ditanggung. Sekiranya kerosakan yang berlaku adalah sebahagian sahaja maka peserta tidak berhak menuntut jumlah penuh kerugian. Tuntutan terhad kepada jumlah kerugian sebenar sahaja. Apabila peserta telah menerima bayaran ganti rugi sepenuhnya, peserta dikehendaki memindahkan hak tuntutan terhadap pihak ketiga kepada Pengendali Takaful. Peserta tidak boleh mendapatkan ganti rugi lanjut daripada pihak ketiga atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan hak Subrogasi). Peserta tidak berhak memperolehi bayaran gantirugi lebih daripada sekali, tanpa mengira berapa banyak sijil Takaful yang dimiliki. Peserta tidak boleh menerima bayaran lebih daripada amaun penuh kerugian dari lain-lain pengendali Takaful atas kerugian yang sama. (Ini berkaitan dengan Prinsip Perkongsian Sama Rata). Indemniti menetapkan amaun maksimum yang boleh dibayar di bawah sesuatu pelan Takaful, tertakluk kepada had jumlah perlindungan. Jumlah perlindungan adalah had liabiliti yang perlu ditanggung oleh Pengendali Takaful. Kontrak Takaful Am adalah kontrak indemniti dimana kepentingan boleh lindung boleh diukur; contohnya harta benda, kontrak Takaful
82
Amalan Asas Takaful
kewangan dan liabiliti. Kontrak kemalangan diri dan Takaful keluarga tidak tergolong dalam kontrak indemniti. Ukuran indemniti bergantung kepada jenis-jenis perlindungan Takaful. Secara umumnya, indemniti Takaful harta adalah berdasarkan sama ada kos penggantian selepas ditolak susut nilai atau nilai pasaran; sementara di bawah Takaful liabiliti, indemniti diukur berdasarkan amaun award yang diputuskan oleh pihak mahkamah atau amaun penyelesaian luar mahkamah, termasuk kos dan perbelanjaan yang diluluskan. Indemniti dalam Takaful kewangan diukur berdasarkan jumlah kerugian kewangan yang dialami oleh peserta, sebagai contoh: Skim Takaful Harta benda Liabiliti Kewangan 5.1.4
Ukuran Indemniti Kos Penggantian ditolak susut nilai atau nilai pasaran Award mahkamah + Kos & Perbelanjaan Kerugian kewangan
Prinsip Subrogasi
Subrogasi boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful setelah membayar indemniti di bawah obligasi undang-undang, bertindak menggunakan hak dan remidi peserta, sama ada ia telah dikuatkuasakan atau tidak. Ini adalah turutan dari prinsip indemniti. Subrogasi adalah hak Pengendali Takaful yang telah bersetuju membayar ganti rugi, dan setelah bayaran dibuat maka pengendali mempunyai hak untuk menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang menyebabkan kerugian berkenaan. Prinsip subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful bertindak di tempat peserta selepas penyelesaian tuntutan, untuk membuat tuntutan balas daripada pihak ketiga. Hak subrogasi juga boleh digunakan oleh Pengendali Takaful walaupun bayaran tuntutan belum
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
83
lagi dibuat. Pada dasarnya, doktrin subrogasi digunakan dalam perkara-perkara berikut:
Ia adalah turutan dari prinsip indemniti bagi memastikan peserta tidak meraih keuntungan dari musibah / kerugian yang berlaku. Hak ini boleh digunakan sungguhpun amaun gantirugi belum lagi dibayar kepada peserta. Sekiranya sebahagian bayaran telah dibuat oleh pihak ketiga, pengendali Takaful hanya perlu membayar amaun bakinya sahaja. Amaun tuntutan subrogasi tidak boleh melebihi jumlah tuntutan yang dibayar kepada peserta. Sekiranya Pengendali Takaful menuntut amaun yang lebih tinggi dari apa yang dibayar kepada peserta, lebihan bayaran hendaklah diserahkan kepada peserta. Prinsip ini tidak boleh digunapakai dalam kontrak Takaful Keluarga dan Kemalangan Diri.
Prinsip subrogasi dijelaskan melalui contoh berikut: Rumah kediaman milik peserta A telah musnah dijilat api yang berpunca dari kebakaran disebabkan letupan dikilang berhampiran. Peserta A mengemukakan tuntutan kepada pengendali Takaful sebanyak RM500,000. Apabila pembayaran tuntutan telah dibuat, pengendali Takaful diberikan hak subrogasi untuk menuntut jumlah yang serupa dari pemilik kilang yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran dan kerugian berkenaan. Sebelum hak tersirat Subrogasi yang memihak kepada Pengendali Takaful itu digunakan, dua syarat berikut perlu dipenuhi:i. Kontrak Takaful yang wujud hendaklah merupakan kontrak indemniti. Oleh itu, subrogasi tidak boleh digunapakai untuk kontrak bukan indemniti seperti kontrak Takaful Keluarga dan Kemalangan Diri. ii. Pengendali Takaful hendaklah menyelesaikan bayaran tuntutan terlebih dahulu. Mengikut amalan biasa, pengendali Takaful menyatakan hal ini dengan jelas di dalam sijil Takaful bagi memperolehi hak subrogasi sebelum bayaran ganti rugi dibuat.
84
Amalan Asas Takaful
Subrogasi adalah hak seseorang untuk bertindak bagi pihak orang lain dengan memiliki semua hak dan remedinya, sama ada ia telah berkuat kuasa atau sebaliknya. (Burnard vs Rodocanachi). Prinsip ini bermaksud setelah membayar indemniti, pengendali Takaful berhak untuk menerima kembali apa-apa bayaran yang diterima daripada mana-mana sumber atas tuntutan yang serupa Hak subrogasi di bawah undang-undang lazim tidak diiktiraf selagi Pengendali Takaful tidak memproses, meluluskan dan membayar tuntutan. Disebabkan masaalah yang timbul dari prinsip ini, Pengendali Takaful meletakkan syarat dalam sijil Takaful yang memberikan diri mereka hak subrogasi sebelum bayaran tuntutan dibuat (kecuali Takaful Marin), tetapi Pengendali Takaful perlu bertindak atas nama peserta. 5.1.5
Prinsip Perkongsian Sama Rata
Prinsip ini boleh ditakrifkan sebagai hak Pengendali Takaful untuk meminta Pengendali Takaful lain yang sama-sama menanggung risiko berkenaan supaya membuat sumbangan (bayaran ganti rugi) mengikut bahagian masing-masing. Prinsip tersebut juga adalah satu lagi akibat turutan dari prinsip indemniti. Ia merupakan syarat tersirat dalam kontrak indemniti di mana sekiranya terdapat kontrak indemniti lain yang memberi perlindungan atas perkara pokok dan risiko yang sama, jumlah bayaran ganti rugi kepada peserta hendaklah dibahagikan di kalangan semua pengendali mengikut nisbah masing-masing. Prinsip Perkongsian Sama Rata digunakan di bawah kontrak Takaful Am bagi mengelakkan peserta meraih keuntungan daripada tuntutan berganda atas kerugian yang sama daripada Pengendali Takaful yang berbeza. Di bawah prinsip ini, amaun kerugian hendaklah dikongsi bersama antara Pengendali Takaful mengikut bahagian atau nisbah masing-masing. Amalan ini dapat mengukuhkan prinsip indemniti.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
85
Penjelasan mengenai Prinsip Perkongsian Sama Rata adalah seperti contoh berikut: Peserta B mendapat perlindungan Takaful untuk rumahnya bernilai RM1 juta dengan pengendali Takaful X, Y dan Z dengan harapan untuk membuat keuntungan dengan membuat tuntutan daripada semua Pengendali Takaful bagi jumlah sebanyak RM3 juta (RM1 juta dari setiap pengendali Takaful) sekiranya rumah miliknya itu musah akibat kebakaran. Apabila rumah tersebut musnah dijilat api, peserta B mengemukakan tuntutan kepada semua Pengendali Takaful seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, apabila hal tersebut telah diketahui, setiap pengendali Takaful hanya akan membayar bahagian masing-masing iaitu sebanyak RM333,333 untuk jumlah keseluruhan RM1 juta. Prinsip Perkongsian Sama Rata hanya boleh diguna pakai dalam kontrak indemniti sahaja. Pengendali-Pengendali Takaful yang terlibat mestilah telah memberi perlindungan kepada:
Kepentingan yang sama (iaitu peserta yang sama, melindungi kepentingan yang sama dengan lebih dari satu pengendali Takaful). Perkara pokok yang sama (iaitu kesemua sijil Takaful yang dikeluarkan melindungi perkara pokok yang sama) Peril yang sama (di mana prinsip perkongsian sama rata akan digunakan sekiranya semua sijil melindungi peril yang sama yang mengakibatkan berlakunya kerugian).
Dengan menyatakan syarat-syarat sumbangan secara terang dan nyata di dalam sijil Takaful, pengendali tidak akan bertanggungjawab untuk membayar atau menyumbang lebih daripada nisbah sepatutnya atas jumlah keseluruhan bayaran pampasan. Jika syarat ini tidak dinyatakan dalam sijil perlindungan, peserta mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana pengendali. Seterusnya, pengendali yang telah membayar ganti rugi akan membuat tuntutan bahagiannya dari pengendali Takaful lain.
86
Amalan Asas Takaful
Di bawah undang-undang lazim, apabila peserta mempunyai lebih daripada satu sijil Takaful, dia hanya boleh membuat tuntutan kepada salah satu pengendali sahaja. Pengendali Takaful perlu membayar gantirugi, terhad kepada jumlah liabilitinya sahaja, kemudian barulah boleh menuntut sumbangan daripada pengendali lain selepas dia telah membayar bahagiannya. Prinsip Perkongsian Sama Rata boleh digunakan hanya apabila syarat-syarat berikut dipenuhi. Sijil Takaful tidak semestinya melindungi kepentingan, peril atau perkara pokok yang sama, tetapi hendaklah terdapat pertindihan sijil di mana: a) Terdapat dua atau lebih sijil indemniti yang berkuatkuasa. b) Sijil-sijil berkenaan melindungi kepentingan yang sama. c) Sijil-sijil tersebut melindungi peril yang sama yang menyebabkan berlakunya kerugian. d) Setiap sijil mestilah bertanggungjawab atas kerugian yang berlaku. Untuk mengatasi kesulitan ini, kebanyakan sijil Takaful Bukan Marin mengandungi klausa perkongsian sama rata. Ia menyatakan bahawa Pengendali Takaful hanya bertanggungjawab atas nisbah atau bahagiannya sahaja. Pengendali Takaful bertanggungjawab atas bahagiannya sahaja, dan peserta boleh membuat tuntutan berasingan terhadap PengendaliPengendali Takaful yang lain. Tujuan diadakan fasal sumbangan ini adalah untuk menghalang peserta daripada membuat tuntutan terhadap satu pengendali sahaja sehingga menyebabkan pengendali tersebut terpaksa menanggung jumlah penuh kos tuntutan, walaupun kemudiannya ia berhak meminta / menuntut pengendali lain membuat sumbangan atas kerugian yang sama. Pengendali Takaful bersetuju bahawa kaedah pengiraan kadar sumbangan tidak tertakluk kepada klausa purata (average clause) adalah seperti berikut:
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
87
a. Amaun perlindungan dari setiap Pengendali Takaful ------------------------------------------Amaun perlindungan dari semua Pengendali Takaful
X
kerugian = liabiliti
Contoh A B Rugi
: RM6,000 : RM4,000 : RM1,000
x
RM1,000 = RM600
A bayar : RM6,000 RM10,000
x
RM1,000 = RM600
B bayar : RM4,000 RM10,000
x
RM1,000 = RM400
b. Perlindungan harta lain (kaedah lebih kerap digunakan) Sekiranya sijil perlindungan tertakluk kepada fasal purata atau had kerugian individu dikenakan atas amaun perlindungan, kaedah “liabiliti bebas” akan digunakan. Liabiliti bebas ialah jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh pengendali sekiranya ia adalah antara Pengendali Takaful yang menawarkan perlindungan. Liabiliti pengendali bebas x kerugian = pengendali bebas Jumlah liabiliti dari semua Pengendali Takaful i)
A B Rugi
: RM2,000.00 : RM1,000.00 : RM 450.00
88
Amalan Asas Takaful
A bayar : RM2,000 RM4,500
x
RM450 = RM200
B bayar : RM1,000 RM4,500
x
RM450 = RM100
ii) Sekiranya A melindungi RM4,500 A bayar : RM4,500 RM4,500
x
RM450 = RM450
B bayar : RM100 RM550
x
RM450 = RM100 = RM550 ======
Dalam kes ini, jumlah liabiliti pengendali bebas adalah melebihi amaun kerugian dan nisbah pembayaran ialah: A bayar
: RM450 RM550
x
RM450 = RM368.20
B bayar
: RM100 RM550
x
RM450 = RM 81.80 RM450.00 ========
Prinsip ini tidak boleh digunakan di bawah kontrak Takaful kemalangan diri. Oleh yang demikian, seseorang itu boleh menuntut jumlah ganti rugi penuh di bawah beberapa sijil Takaful yang dikeluarkan oleh Pengendali Takaful yang berbeza (kecuali perbelanjaan perubatan). Walau bagaimanapun, semua pengendali menetapkan peraturan agar pencadang memberitahu penanggung akan polisi / sijil perlindungan kemalangan diri lain yang dimilikinya. Terdapat Pengendali Takaful yang menetapkan syarat dalam sijil perlindungan iaitu sijil Takaful akan terbatal sekiranya peserta menguatkuasakan sijil Takaful yang baru tanpa kebenaran bertulis dari Pengendali Takaful terdahulu.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
5.1.6
89
Prinsip Sebab Terhampir (Proximate Cause)
Ia ditakrifkan sebagai punca atau sebab paling efektif yang mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas. Pepatah Latin menyebutnya sebagai sed causa Proxima non-remota spectature (tumpukan kepada sebab hampiran dan bukan sebab terpencil). Sebab-sebab berlakunya kerugian perlu dikenalpasti kerana hanya risiko tertentu yang dilindungi sahaja (tidak dikecualikan risiko seperti yang dinyatakan dalam sijil Takaful) yang boleh dibayar ganti rugi. Kerugian yang berlaku mungkin bukan disebabkan dari peril atau peristiwa tunggal. Mungkin ada sebab-sebab serentak atau rantaian sebab-sebab yang mungkin berlaku dalam turutan peristiwa atau dalam rantaian peristiwa yang berasingan. Doktrin sebab terhampir boleh dijelaskan secara tepat dengan merujuk kepada satu kes perundangan yang berlaku di United Kingdom, di mana seorang pemegang polisi mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika memburu. Dia tidak dapat berjalan selepas kemalangan dan terpaksa berbaring di atas tanah basah dan menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan seterusnya meninggal dunia. Terdapat rantaian sebab-sebab yang tidak putusputus yang menyebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian. Mahkamah memutuskan bahawa punca atau sebab terhampir yang membawa kepada kematian adalah kemalangan, bukan sakit radang paru-paru. Beban untuk membuktikan kerugian ditanggung oleh peserta. Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab peserta ialah untuk membuktikan bahawa kerugian yang membawa kepada tuntutan ganti rugi adalah disebabkan oleh peril yang dilindungi. Sekiranya kerugian berlaku berpunca dari satu sebab sahaja, tiada kesukaran yang timbul untuk menentukan liabiliti.
90
Amalan Asas Takaful
5.1.6.1 Pengendali Takaful tidak bertanggungjawab atas peril yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan Pengendali Takaful bertanggungjawab ke atas kerugian yang disebabkan oleh peril atau bahaya yang dilindungi. Sebaliknya, Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab keatas kerugian yang disebabkan peril yang tidak dilindungi atau peril yang dikecualikan. Peril yang dilindungi ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil Takaful bahawa ia diberi perlindungan. Peril yang tidak dilindungi ialah peril yang tidak dinyatakan dalam sijil dan oleh itu tiada perlindungan diberikan, kecuali ia berlaku akibat dari peril yang dilindungi. Contoh peril yang tidak dilindungi di bawah sijil Takaful kebakaran ialah asap dan kerosakan disebabkan air. Peril yang dikecualikan ialah peril yang dinyatakan secara jelas dalam sijil bahawa ia tidak dilindungi. Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh dua atau lebih sebab-sebab yang terjadi serentak atau pun berturutan. Masalah timbul apabila dua atau lebih sebab-sebab tersebut melibatkan peril yang dilindungi dan juga peril yang dikecualikan. Dalam keadaan yang sedemikian, ia menjadi sukar bagi peserta untuk menentukan punca sebenar kerugian. Untuk menyelesaikan kesukaran ini, undangundang memperkenalkan doktrin Sebab Terhampir berdasarkan perumpamaan Latin ‘maxim causa proxima non remota spectatur’ yang bermaksud tumpukan kepada sebab hampiran, bukan sebab terpencil. Oleh itu, sekiranya kerugian berlaku disebabkan oleh beberapa sebab hampiran, sebab yang paling unggul atau efektif perlu dikenalpasti dan disahkan sebagai punca kepada kerugian. Sebab Terhampir ialah punca atau sebab paling efektif dan berkesan yang mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada kerugian. Sekiranya Sebab Terhampir itu merupakan peril yang dilindungi, maka ganti rugi akan dibayar. Tiada pampasan untuk peril yang tidak dilindungi. Perlu diambil perhatian bahawa mesti ada hubungan langsung antara sebab dan akibat, di mana ia mestilah merupakan sebab hampiran yang paling efektif dan berkesan, walaupun tidak pada masa berkenaan. Doktrin ini digunapakai
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
91
terutamanya apabila kerugian berlaku disebabkan oleh sebab-sebab yang berturutan. 5.1.6.2 Pengendali Takaful bertanggungjawab atas kerugian akibat Sebab Terhampir bagi peril yang dilindungi sahaja. Dalam kes Pawsey & Company v Scottish Union & National Insurance Company (1907), mahkamah mendefinisikan sebab terhampir sebagai “sebab paling efektif dan berkesan yang mengungguli rantaian kejadian / peristiwa yang membawa kepada kerugian, tanpa dicemari oleh mana-mana punca lain yang bermula dan berfungsi secara aktif dari punca yang baru dan bebas”. Biasanya terdapat rantaian kejadian atau sebab-sebab yang membawa kepada kerugian, bukan kerana satu sebab sahaja. Sekiranya kerugian berlaku disebabkan secara langsung oleh peril yang dilindungi maka tuntutan ganti rugi akan dibayar, dengan syarat ia tidak melibatkan peril yang tidak dilindungi / dikecualikan yang menjadi punca utama dalam rantaian peristiwa yang menggerakkan peril yang dilindungi. Doktrin ini sangat penting kerana lebih daripada satu sebab yang boleh dikaitkan sehingga menyebabkan terjadinya keadaan yang membawa kepada tuntutan kerugian. Oleh itu, perlu dikenalpasti samada sebab efektif dan berkesan itu adalah peril yang dilindungi atau dikecualikan dari kontrak perlindungan. Contoh:1. Seorang peserta pelan Takaful yang menghidap penyakit batu karang telah dirempuh oleh sebuah kereta dan kemudiannya meninggal dunia. Penyakit batu karang yang dihidapinya tidak menyebabkan kematian. Sebab kematian beliau tidak termasuk peril seperti yang dinyatakan dalam polisi. (Louden v British Merchants Ins. Co. Ltd [1961]).
92
Amalan Asas Takaful
2. Seorang peserta jatuh dari tangga dan patah kaki, dan kemudiannya dibawa ke hospital. Di hospital, beliau dijangkiti sakit kerongkong dari salah seorang pesakit di katil sebelah. Peserta kemudiannya meninggal dunia. Kemalangan yang berlaku tidak menyebabkan kematian. Sakit kerongkong bukanlah punca yang menyebabkan patah kaki. 3. Sungguhpun demikian, sekiranya terdapat rantaian penyebab kerugian yang tidak terputus, sebab yang paling awal adalah merupakan sebab hampiran. Seorang peserta secara tidak sengaja telah mencalarkan kakinya, menyebabkan erysipelas; kemudiannya merebak menjadi septicemia, diikuti dengan septik neumonia dan akhirnya meninggal dunia. Calar adalah sebab hampiran yang membawa kematian. Setiap jenis penyakit yang dialami adalah dianggap normal atau semulajadi, yang berkemungkinan mempunyai kaitan / rantaian antara calar dan kematian.(Mardorf v Accident Insurance Co [1903]). Contoh-contoh lain ialah:
Sekiranya peserta telah menghidap penyakit sebelum terlibat dalam kemalangan, penyakit dan kemalangan itu dianggap sebagai sebab yang berasingan dan bebas dari sebarang pengaruh. Contohnya, sakit yang dihidapi oleh peserta tidak menghalangnya untuk pergi ketempat kerja. Semasa dalam perjalanan, peserta terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Sebab kematian adalah kemalangan, bukan sakit kerana sakit dianggap sebagai sebab yang berasingan. Sekiranya kesan dari kemalangan telah mendedahkan kewujudan sesuatu penyakit yang merupakan punca tunggal / awal yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya, peserta tidak dilindungi oleh sijil Takaful. Sekiranya selepas berlaku kemalangan, peserta membuat tuntutan atas alasan kemalangan telah menyebabkan tulang retak. Kemalangan tidak menyebabkan sebarang kecederaan,
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
93
Sekiranya seseorang itu didapati menghidap penyakit setelah berlaku kemalangan, sebab hampiran tidak semestinya bebas dan berasingan sehingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, walaupun mungkin sebab langsung kematian ialah kerana penyakit, namun mungkin juga akibat semula jadi disebabkan kemalangan - penyakit menjadi sebahagian dari rantaian penyebab dan kemalangan menjadi sebab hampiran, bukan sebab terpencil.
Oleh itu, kematian disebabkan sakit burut setelah jatuh akibat “kemalangan” adalah menepati peruntukan yang dinyatakan dalam sijil Takaful, kecuali sekiranya dinyatakan secara jelas bahawa sakit burut tidak dilindungi. Sekiranya berlaku kerugian, beban untuk membuktikan bahawa kerugian yang berlaku disebabkan peril yang dilindungi adalah ditanggung oleh peserta. Sebaliknya, beban untuk membuktikan bahawa kerugian yang berlaku tidak dilindungi kerana terdapat pengecualian tertentu adalah ditanggung oleh Pengendali Takaful. 5.1.7
Prinsip Tabarru’ (Derma)
Tabarru’ atau derma, bermaksud prinsip berkongsi tanggungjawab dan saling menjamin antara satu sama lain yang secara jelas menyatakan bahawa derma atau caruman yang dikutip akan digunakan untuk membantu “peserta yang memerlukan bantuan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui selagi syarat-syarat tersebut tidak bercanggah dengan Syariah”. Dalam perniagaan Takaful Am dan Takaful Keluarga, tabarru' (derma Takaful) adalah suatu kontrak di mana peserta bersetuju menderma ke dana Takaful mengikut kadar tertentu, dan dana itu digunakan untuk membantu peserta yang memerlukannya. Dengan cara ini, peserta telah memenuhi tanggungjawab saling membantu dan menjamin apabila peserta lain mengalami kerugian. Penerapan konsep derma dapat menghapuskan unsur gharar dalam kontrak Takaful.
94
Amalan Asas Takaful
Dengan mengambil kira konsep-konsep asas Takaful, pengamal Takaful telah mengambil langkah kehadapan demi mengembangkan model Takaful sedia ada ke model perniagaan yang lebih berdaya maju dan bernilai komersil. Apabila seseorang itu membuat tuntutan yang sah, pengendali akan membayar gantirugi dengan menggunakan wang dari dana/derma terkumpul. Dalam masa yang sama, dana terkumpul juga akan dilaburkan dalam portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah serta tidak mendedahkan pemegang sijil/polisi kepada sebarang risiko yang merugikan. Agama Islam menerima baik prinsip saling membantu dan menunaikan tanggungjawab bersama. 5.1.8
Prinsip Waranti
Satu lagi prinsip yang digunapakai dalam urusniaga Takaful ialah waranti. Waranti adalah “jaminan yang biasanya dibuat secara bertulis tentang integriti sesuatu produk dan tanggungjawab pengeluar untuk membaiki atau mengganti barangan yang rosak”. Waranti yang terdapat dalam perlindungan Takaful ialah janji oleh pihak peserta bahawa kenyataan yang menentukan kesahan sesuatu kontrak itu adalah benar. Kebanyakan kontrak Takaful mengkehendaki peserta membuat waranti tertentu. Contohnya, untuk mendapatkan pelan perlindungan Takaful kesihatan, peserta mungkin perlu memberi jaminan bahawa dia tidak menghidap sebarang penyakit merbahaya. Jika jaminan atau waranti yang dibuat oleh peserta ternyata tidak benar, Pengendali Takaful boleh membatalkan sijil / pelan perlindungan dan menolak sebarang tuntutan. Tidak semua salah nyata yang dibuat oleh peserta memberi hak kepada Pengendali Takaful untuk membatalkan sijil atau perlindungan Takaful atau menolak tuntutan. Hanya salahnyata berkaitan syarat dan waranti dalam kontrak sahaja yang memberi hak berkaitan kepada pengendali. Untuk melayakkannya menjadi suatu syarat atau waranti, kenyataan hendaklah dibuat dengan jelas dan dicatatkan dalam kontrak. Peruntukan syarat hendaklah secara jelas menunjukkan semua pihak bersetuju bahawa hak-hak peserta dan
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
95
pengendali adalah tertakluk kepada sejauhmana kebenaran kenyataan yang dibuat. Waranti dalam kontrak Takaful boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
Perakuan; dan Akujanji
Jenis Waranti Waranti Perakuan
Keterangan Waranti perakuan ialah suatu kenyataan pengakuan mengenai fakta yang dibuat ketika kontrak dibuat. Waranti perakuan yang tidak benar akan menjadikan kontrak Takaful terbatal ketika perlindungan mula berkuatkuasa.
Waranti Akujanji
Waranti akujanji ialah suatu kenyataan mengenai fakta masa akan datang atau fakta yang akan terus kekal kebenarannya sepanjang tempoh perlindungan.
Sebagai contoh, peserta membuat perakuan / waranti bahawa harta miliknya yang dilindungi dibawah sijil Takaful kebakaran tidak akan digunakan sebagai tempat menyimpan bahan letupan. Pengendali Takaful boleh membatalkan perakuan itu jika peserta membuat keputusan untuk memulakan aktiviti pencampuran bahan letupan dipremis berkenaan. Peruntukan waranti perlu menggunakan bahasa yang menyatakan secara jelas sama ada ia adalah Perakuan atau Akujanji. Kontrak Takaful adalah satu perjanjian yang menyatakan Pengendali Takaful akan membayar ganti rugi kepada pemegang sijil atas kerugian yang berlaku disebabkan oleh peril / bahaya yang dilindungi. Sijil Takaful ‘tidak menjamin integriti produk’, seperti rumah, kereta, bot dan sebagainya. Ia juga tidak menjamin bahawa jika sesuatu yang buruk berlaku keatas harta berkenaan (atau kepada
96
Amalan Asas Takaful
peserta), ia akan dilindungi. Sijil Takaful menetapkan kategori khusus apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi. A5.2
DANA TAKAFUL
Pengendali Takaful dikehendaki mewujudkan dan mengurus tiga kategori dana iaitu:
Dana Takaful Am Dana Takaful Keluarga Dana Pemegang Saham
Peruntukan undang-undang berkaitan dana Takaful yang terdapat dalam Akta Takaful 1984 adalah seperti yang dinyatakan di bawah: Seksyen 16 – Penubuhan dan penyelenggaraan dana Takaful, dan peruntukan surplus. (1) Setiap pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini hendaklah menubuhkan dan menyelenggara mengikut seksyen ini, suatu kumpulan wang Takaful berkenaan dengan kelas atau setiap kelas perniagaan Takaful yang dijalankan oleh pengendali di Malaysia, sebagai perniagaan yang berkaitan dengan sijil Malaysia. (2) Semua penerimaan (wang) pengendali yang boleh diagihkan kepada perniagaan yang berkaitan dengan dana (termasuk pendapatan dana) hendaklah dimasukkan ke dalam dana Takaful, dan aset yang terkandung dalam dana itu hendaklah digunakan hanya untuk memenuhi apa-apa bahagian liabiliti dan perbelanjaan pengendali sebagaimana yang sepatutnya diagihkan. A5.3
JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL
Operasi kendalian Takaful dalam sektor tijari (komersil) boleh dibahagikan kepada beberapa model perniagaan seperti yang ditunjukkan dibawah:
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
97
Model Wakalah Model Mudharabah Model Mudharabah + Wakalah (model hibrid) Model Waqaf
Apa yang penting ialah teras pada mana-mana model seperti yang dinyatakan dalam kontrak masing-masing adalah berdasarkan Syariah. Pilihan model oleh Pengendali Takaful menunjukkan fleksibiliti Syariah. Sesungguhnya, objektif yang perlu dicapai ialah pencapaian umat manusia kearah kesempurnaan seperti yang digariskan dalam Maqasid (objektif) Syari’ah. 5.3.1
Model Wakalah
Istilah wakalah dalam Bahasa Arab bermaksud agensi. Oleh itu, di bawah struktur agensi, hubungan agensi telah dipersetujui antara dua pihak untuk menjalankan perniagaan tertentu. Berdasarkan dari pengertian tersebut, model ini menerangkan suatu perjanjian agensi antara pengendali yang bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak sebagai prinsipal, untuk menguruskan penyertaan prinsipal dalam urus niaga pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh pengendali. Sebagai balasan atas perkhidmatan agensi yang diberikan, pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian itu. Bayaran diperolehi melalui sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah model ini, perbelanjaan pengurusan dikenakan atas dana Takaful sebagai bayaran pendahuluan. Melalui model ini, pengendali memperolehi pendapatan dari yuran agensi dan juga keuntungan dari pelaburan dana pemegang saham. Sungguhpun demikian, terdapat Pengendali Takaful yang mengamalkan model perniagaan ini dengan mengenakan yuran prestasi atas perkhidmatan dan peranan yang dimainkan dalam mengurus pelaburan dana Takaful. Sekiranya berlaku pembatalan atau penyerahan sijil, baki bersih sumbangan / derma (jika ada) akan dipulangkan kepada peserta, selepas ditolak semua caj seperti yuran wakalah dan perbelanjaan pengurusan lain.
98
Amalan Asas Takaful
Carta Aliran Model Wakalah Takaful Am
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
Carta Aliran Model Wakalah Takaful Keluarga
99
100
5.3.2
Amalan Asas Takaful
Model Mudharabah
Pada asasnya, Mudharabah ditakrifkan sebagai satu prinsip perkongsian keuntungan yang biasanya digunakan dalam perniagaan atau kontrak komersial di antara pihak yang menyediakan dana / modal dan pihak yang menguruskan perniagaan. Bagi Takaful, ia bermaksud kontrak perkongsian keuntungan antara peserta-peserta Takaful dan pengendali atas keuntungan (jika ada) perniagaan Takaful. Di bawah perjanjian ini, kontrak perkongsian keuntungan yang ditandatangani oleh pengendali, sebagai usahawan atau yang dipanggil mudharib yang diamanahkan untuk mengurus perniagaan Takaful dan para peserta sebagai pemodal, yang dipanggil sahib almal - pihak yang bertanggungjawab membayar sumbangan / derma Takaful sebagai modal atau ra'sul-mal. Kontrak yang ditandatangani akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah keuntungan untuk dikongsi bersama di antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30. Pada dasarnya, keuntungan dalam perniagaan Takaful ditakrifkan sebagai pulangan keatas pelaburan dan lebihan dari pengunderaitan yang berkaitan dengan dana Takaful sahaja. Oleh itu, ia tidak termasuk keuntungan yang dicatatkan oleh dana pemegang saham. Bagi perniagaan Takaful keluarga, ia termasuk lebihan kemortalan (mortality) yang diperuntukkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari setiap akhir tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak Mudharabah bagi produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam Takaful akan hanya dilaksanakan selepas semua obligasi Takaful telah diambil kira - obligasi terbesar ialah membayar tuntutan. Sekiranya urus niaga mengalami kerugian atau dana Takaful mengalami defisit, kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta sebagai pemberi modal. Meskipun demikian, adalah menjadi tanggungjawab utama pengendali untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha memastikan perniagaan tidak akan terjejas oleh kerugian yang mungkin menjejaskan kewibawaan dan keyakinan Takaful secara keseluruhan. Atas sebab ini, amalan tadbir urus yang betul, berhemat dan profesionalisme dalam menguruskan perniagaan adalah penting.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
101
Sekiranya perniagaan mencatatkan kerugian, ia adalah tanggungjawab pengendali untuk mengatasinya, umpamanya dengan membuat pinjaman (Qard) dari pemegang saham. Antara ciri-ciri penting di bawah model Mudharabah yang perlu diberi perhatian ialah perbelanjaan pengurusan tidak dikenakan keatas dana Takaful, sebaliknya ia ditanggung oleh dana pemegang saham. Perolehan pedapatan dana pemegang saham ialah dari sebahagian perkongsian keuntungan daripada dana Takaful dengan peserta, dan semua pulangan atas pelaburan para pemegang saham dana itu sendiri.
102
Amalan Asas Takaful
Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Am
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
Carta Aliran Model Mudharabah Takaful Keluarga
103
104
5.3.3
Amalan Asas Takaful
Model Hibrid
Seperti yang difahami melalui namanya, model perniagaan ini adalah kombinasi kedua-dua model yang diterangkan sebelum ini. Di bawah model hibrid ini, hubungan antara pengendali yang menggabungkan peranan sebagai usahawan atau mudharib serta ejen atau wakil kepada peserta; manakala peranan kedua ialah mempunyai kapasiti sebagai pemberi modal atau sahib al-mal dan prinsipal kepada ejen. Sebagai Pengendali Takaful melalui ketetapan ini, yuran agensi boleh dibayar sebagai caj pendahuluan dari dana Takaful dan dalam masa yang sama pengendali mempunyai hak untuk berkongsi keuntungan pelaburan dana Takaful seperti yang dinyatakan dalam kontrak Mudharabah. Di bawah model ini, kontrak Mudharabah digunakan bagi tujuan aktiviti pelaburan sahaja. Keuntungan dana diperolehi dari lebihan / surplus pengunderaitan serta pulangan ke atas pelaburan secara keseluruhan. Disamping bayaran yuran wakalah, model ini membenarkan pengendali menggunakan budi bicara untuk mengenakan yuran prestasi keatas lebihan dana Takaful, sebagai balasan khidmat menguruskan perniagaan Takaful secara keseluruhan. Keseluruhannya, Pengendali Takaful mempunyai tiga sumber pendapatan: yuran wakalah dan perkongsian keuntungan daripada pulangan pelaburan dana Takaful; dan pulangan ke atas pelaburan dana pemegang saham. Bagi peserta, mereka mempunyai hak untuk berkongsi lebihan pengunderaitan bersih serta perkongsian keuntungan pelaburan dana Takaful. Model ini menyokong kerjasama perkongsian risiko yang diamalkan di kalangan peserta manakala pengendali memperolehi bayaran atas perkhidmatan yang diberikan sebagai ejen atau wakil kepada peserta. Dalam erti kata lain, sebahagian dari pendapatan pengendali diperolehi dari yuran pendahuluan atas caruman. Tidak seperti model Mudharabah, model ini membolehkan pengendali yang menggunakan sistem agensi mengenakan bayaran perkhidmatan kepada dana
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
105
Takaful bagi menampung perbelanjaan pengurusan serta kos agensi. Di samping itu, terdapat perkongsian keuntungan mudharabah atas pelaburan dana Takaful, tetapi sebarang lebihan pengunderaitan dana Takaful akan hanya dikongsi di kalangan peserta sahaja.
106
Amalan Asas Takaful
Carta Aliran Model Hibrid Takaful Am
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
Carta Aliran Model Hibrid Takaful Keluarga
107
108
5.3.4
Amalan Asas Takaful
Model Wakaf
Istilah wakaf yang disebut untuk model ini menjelaskan kontrak Takaful yang menggariskan perjanjian atau persetujuan peserta bahawa sumbangan Takaful yang dibayar sebagai balasan untuk menyertai produk Takaful dikreditkan oleh pengendali ke dalam dana Takaful mengikut prinsip wakaf atau endowmen. Pengendali Takaful perlu mewujudkan akaun wakaf dalam dana Takaful dan untuk mengaktifkan akaun berkenaan, pengendali disyaratkan untuk menyerahkan sesuatu (wang) sebagai wakaf bagi memperolehi keberkatan akaun berkenaan. Akaun wakaf yang berfungsi di bawah dana Takaful ini akan dilaburkan sama seperti pelaburan dalam ketiga-tiga model perniagaan yang dibincangkan sebelum ini. Dana Wakaf diwujudkan untuk mencapai objektif berikut: a) untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada peserta yang ditimpa musibah atau kesusahan. b) untuk menyediakan suatu bentuk manfaat / ganjaran kepada peserta mengikut apa yang dinyatakan dalam surat ikatan wakaf. Semua perbelanjaan yang berkaitan dengan pengunderaitan dan kos operasi Takaful hendaklah dicaj kepada dana wakaf. Sebagai pengurus, pengendali Takaful akan melaksanakan semua fungsi yang diperlukan bagi operasi wakaf dengan yuran wakalah yang ditolak dari sumbangan peserta. Sebagai Mudarib, pengendali akan menguruskan pelaburan dana Takaful termasuk akaun wakaf dalam portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Syariah dan akan berkongsi pulangan pelaburan pada nisbah yang telah dipersetujui, iaitu sama dengan struktur perkongsian keuntungan di bawah kontrak Mudharabah. Perlu ditegaskan bahawa prinsip-prinsip Syariah yang berbeza digunakan dalam kontrak Takaful untuk mendapatkan persetujuan peserta agar sumbangan mereka dimasukkan ke dalam dana Takaful bagi tujuan melaksanakan konsep jaminan bersama sebagaimana yang terkandung dalam kontrak Takaful. Berbeza dengan model wakaf, tiga model lain menggunakan prinsip tabarru’ dalam kontrak mereka.
Prinsip dan Modal Perniagaan Takaful
109
Di antara ciri-ciri asas model perniagaan ialah dana wakaf akan menggariskan peraturan pengagihan prosid kepada benefisiari dan menentukan berapa banyak pampasan akan dibayar kepada peserta. Di samping itu, wakaf berfungsi sebagai pemilik sumbangan dan mempunyai hak untuk bertindak sebagai sebuah entiti yang sah dalam menguruskan surplus atau lebihan. Pengendali Takaful, selain mengurus dana wakaf, ia juga akan berfungsi sebagai pengurus dan juga mudharib atau usahawan.
110
Amalan Asas Takaful