Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
PERTENTANGAN NILAI DAN PSIKOLOGI ORANG TUA DALAM SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG Tengku Intan Martina ht. Tengku Mohd. Ali Pendahuluan N ama Azizi Haji Abdullah memberikan gambaran tentang seorang penulis yang prolifik di Malaysia. Beliau merupakan antara penulis yang tidak berhenti di tengah jalan dalam penulisan kreatif, terutama di kalangan teman-teman seperjuangannya yang mulai menulis pada tahun-tahun 1960-an. Nama-nama samaran yang pernah digunakan oleh Azizi ialah Anita, Ibnu Abdullah Alhaj, ]among, Qalam Adly, Shahrulmanjarishah, Susilawati dan Tukya. Azizi mula meceburkan diri dalam bidang penulisan pada sekitar tahun 1960-an. Tulisannya meliputi rencana, berita, drama pentas, drama televisyen, drama radio, cerpen dan novel. Novel pertamanya ialah Garis Lintang Anak Haram (1968) merupakan novel bercorak keagamaan. Kemudian menyusul pula novelnya yang berjudul Ser!fa Be/um Berakhir (1971). Novel ini memenangi Hadiah Katya Sastera pada tahun 1971 dan pernah dijadikan skrip televisyen dalam siri Panggung RTM (1983). Selepas itu terbitlah beberapa buah novel Azizi yang lain. Tetapi
307
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
kemuncak kepada pencapaiannya dalam bidang penulisan novel boleh dikatakan terpancar melalui novel Seorang Tua di Kaki Gunung (selepas ini ditulis sebagai STdKG) pada tahun 1982. Novel-novel beliau yang lain termasuklah Sami Mekong (1976), Bila Hujan Ma/am (1976), Tini (1977), Ayah Bonda (1978), Di Ko/am Mu/ha/mah (1978), Gadis Itu Bernama Ina (1978), Rindu Bonda (1980), Debu Takdir (1982), Songsang (1984), Pertiwi (1985), Dee (1986), A.ryraq (1987) - hadiah penghargaan dalam Sayembara Menulis Novel Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri, Marduduah (1987), Bibit Cinta (1989), Istiqamah (1989), Juak (1989), Menebus Maruah (1991), Tukcai (1991), Anak Kampung Kuala Raga (1991), Anak Belantara Tropika (1992), Dunia Bukan Syurga (1993), Sinappapal (1993), Hoi! (1994), Wi & William (1995), Melukut Kota (1995), Buih (1995), Ateik Putriba (1996), Pencinta Alam (1998), Kawinkawin (2002) - memenangi tempat pertama Hadiah U tusan Pubilication (Hadiah Pak Sako yang kedua).
STdKG (1982) memaparkan kisah kehidupan masyarakat Melayu yang tegas dan gigih serta penuh dengan nilai-nilai kehidupan tradisi yang murni. Ia mengemukakan kisah perjuangan Tukya terhadap keluarga dan masyarakat kampung yang menganggapnya sudah tidak ada tenaga untuk bekerja kuat, serta harapannya sebagai orang tua yang inginkan nilai-nilai warisan tradisinya berterusan. Novel ini pernah terpilih memenangi hadiah kedua dalam Seyembara Menulis Novel anjuran Yayasan SabahGAPENA (1981). Novel ini kemudiannya telah terpilih sebagai teks sastera peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama tiga tahun berturut-turut (1982-1985).
308
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Sinop sis ST dKG Novel STdKG mengandungi 165 halaman, diterbitkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1982. Novel ini mengandungi enam belas bah, mengemukakan persoalan pokok mengenai rasa kecintaan seorang lakilaki tua yang amat mendalam terhadap kampung halamannya di kaki Gunung Bongsu. Melalui watak Tukya, Azizi cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang teguh mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu. Fikri, satu-satunya anak Tukya dan Besah dan menjadi anak kebanggaan mereka kerana berjaya dalam pelajaran dan bekerja di Kuala Lumpur. Fikri tinggal di sana bersama isterinya, Fatimah dan dua orang anak lelaki mereka, iaitu Lamin dan Farid. Fikri telah berkali-kali mengajak kedua-dua orang tuanya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur tetapi Tukya menolaknya. Bagi Tukya, mereka lebih betah tinggal di desa dan hidup bergantung kepada hasil huma serta hutan rimba. Antara Lamin dan Farid, kasih sayang Tukya lebih tercurah kepada Lamin. Ini disebabkan kepandaian Lamin mengambil hatinya, dan gemar menghabiskan waktu cuti sekolahnya bersama datuk dan neneknya di desa. Tukya juga mahu agar cucunya itu mengenali tempat tumpah darah mereka dan dunia hutan rimba. Oleh itu, Tukya banyak mengajar Lamin tentang selok-belok hutan. Tukya pernah mengajak Lamin mengambil madu lebah di hutan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Tukya disengat oleh ribuan lebah pada seluruh tubuhnya hingga bengkakbengkak, manakala Lamin berjaya menyelamatkan diri. Selepas peristiwa Farid jatuh berguling ketika berlari-lari di tengah huma, Fikri dan Fatimah semakin kerap mengeluarkan kata-kata yang menghiris dan mencabar perasaan Tukya. Cucunya, Farid pula mengatakan bahawa rumah Tukya buruk dan bergoyang, berbanding
309
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
dengan rumah batu mereka di Kuala Lumpur. Perbandingan seperti ini semakin menghiris perasaannya. Tambahan pula Fikri seperti mengugutnya, iaitu sekiranya Tukya tidak mahu tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur, mereka empat beranak tidak akan menjejakkan lagi kaki mereka di kampung. Tukya kemudian berazam untuk menebang pokok cengal untuk membina menggantikan kayu rumahnya yang buruk, pendek kata Tukya mahu membina rumah baru. Dengan segala kudrat yang ada, dia menggagahkan diri menebang pokok cengal. Lebih setengah bulan dia mengerjakannya seorang diri. Pada hari "upacara rasmi" untuk menumbangkan pokok cengal itu, Tukya menjemput Fikri sekeluarga dan beberapa orang kampung datang melihatnya. Tukya hampa apabila tidak ada seorang pun yang datang, Dengan ditemani oleh isterinya, dia menjalankan 'upacara rasmi' itu. Tukya seperti dirasuk ketika menebang pokok itu dan akhirnya pokok itu tumbang. Malangnya pokok itu menghempap tubuh Tukya. Satu lagi peristiwa tragis terjadi apabila Tukya meminta isterinya menggergaji pehanya untuk menamatkan penderitaannya. Sekali lagi malang menimpa apabila batang cengal itu bergolek, rupa-rupanya kedudukan tadi tidak begitu mantap disebabkan oleh benjolan akar yang terdapat di bawah batang cengal itu. Akhirnya Tukya meninggal dunia. Selepas kematian Tukya, Fikri mula sedar bahawa azam dan semangat ayahnya sukar digoyah, malah ia merupakan suatu perasaan yang sukar ditafsirkan. Fikri tidak menyangka bahawa perasaan ayahnya tercuit melalui kata-kata mereka dahulu. Ibunya pula mengambil keputusan untuk terns tinggal di kaki Gunung Bongsu. Kata-kata Besah ini jelas menunjukkan bahawa dia juga seperti Tukya, tegas dalam pendiriannya: "Jangan salahkan orang tua, kalau kau boleh membenarkan pendapat mudamu, apakah aku yang tua tidak boleh berdiri atas pendapatku?" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 164).
310
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Daripada keseluruhan sinopsis STdKG itu, plot dalam novel ini berkisar di sekitar watak Tukya yang terpaksa menghadapi berbagai-bagai konflik lahir batin dalam menghadapi hari-hari tuanya. Plot dalam novel ini juga tersusun dengan begitu mudah dan menarik. Konflik-konflik berkembang secara tersusun rapi, berturutan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku mempunyai sebab akibat yang munasabah seperti yang dialami oleh watak Tukya. Ini bermakna plotnya disusun mengikut urutan waktu atau kronologi. Pengarang memperkembangkan plot dengan mengemukakan pelbagai konflik yang ditimpakan keatas Tukya, iaitu Tukya berhadapan dengan sikap anak cucu, menantu, masyarakat dan alam sekitar yang ternyata tidak memihak kepada cara kehidupannya (Othman Puteh, Mac 1985: 40). Pengarang berjaya menonjolkan watak dan perwatakan Tukya dengan jalinan plot cerita yang kemas dan terancang dengan baik. Ini terlihat dengan adanya unsur-unsur ketegangan akibat pelbagai konflik yang dihadapi oleh Tukya. Peristiwa dan konflik ini semuanya berkembang menuju ke klimaks. Ketegangan terakhir adalah sewaktu Tukya berjaya menumbangkan pokok cengal batu, tetapi nasibnya malang apabila ditimpa pokok tersebut. Pengarang berjaya menimbulkan unsur suspend dan ngeri dalam peristiwa Tukya ditimpa pokok cengal ini. Pengarang menjadikan kematian tragis Tukya sebagai suatu penyelesaian cerita yang menyayat hati pembaca. Azizi dapat mengusai bahasa dengan baik. Kata-kata yang dipilih untuk membangun keseluruhan novel ini disesuaikan dengan tema dan persoalan yang diungkapkan. Misalnya, perasaan cinta terhadap kehidupan kampung yang dipertahankan, digambarkan melalui kata-kata yang ada hubungan dengan sikap Tukya - yang sedar akan dirinya, rasa syukurnya terhadap Tuhan dan segala sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan petani, pencari rotan, pencari madu lebah dan penebang pokok cengal batu (Othman Puteh, Jun 1996: 40).
311
Jurna/ Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Pengarang turut memasukkan kata-kata yang mempunyai pengaruh Arab/Islam seperti selawat, aral dan akidah. Terdapat juga beberapa perkataan lnggeris seperti bulldozer dan hotdivision. Perkataanperkataan yang merupakan dialek Kedah banyak termuat dalam novel ini. Malah penggunaan dialek Kedah sering ditemui dalam setiap karya Azizi. Contohnya pungkur, melilau, berkelun-kelun, terkerisin, terkenyih, dikalih. Begitu juga dengan nama-nama watak seperti Tukya, Lebai Ca, Lebai 'At dan Taha. Tarikh novel ini diterbitkan, iaitu pada tahun 1982 jelas menunjukkan novel ini ditulis selepas 25 tahun merdeka. Pada tahun tersebut, pembangunan pesat dijalankan terutamanya di bandar-bandar besar. Semua orang tertumpu di bandar-bandar besar kerana terdapat banyak peluang pekerjaan dan kemudahan lain seperti pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Berdasarkan STdKG, pengarang mengemukakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Pengarang memberi tumpuan kepada empat watak, iaitu Tukya, Besah, Fikri dan Lamin, dan tumpuan penuh diberikan kepada watak Tukya. Pemusatan terhadap watak Tukya jelas digambarkan bukan sahaja tentang sifat-sifat fizikalnya, tetapi juga pergolakan jiwa Tukya. Misalannya pergolakan jiwa Tukya semasa menerima kata-kata sindiran daripada Fikri, Fatimah dan kata-kata daripada Farid yang memperkecil-kecilkan kebolehannya mengambil madu lebah. Pengarang bersifat serba tahu dalam mengembangkan watak Tukya, tetapi pengarang kurang menekankan sifat serba tahu ini pada watak Besah, Fikri dan Lamin. Pelukisan watak-watak lain seperti Lebai 'At, Lebai Ca, Taukeh Cin Hong, Awang Lazim, Taha, Farid dan Fatimah amat sedikit. Mereka muncul dalam beberapa peristiwa sahaja dan mereka ialah watak-watak sampingan atau pembantu. Tukya juga digambarkan sebagai watak bulat dalam karya sastera. Di samping sikap Tukya yang penyayang dan lemah lembut terhadap anak
312
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
cucu, dia juga mempunyai sifat degil atau keras hati. Tukya tidak mudah dipujuk atau dicabar sikap clan pendiriannya. Gambaran watak sedemikian lebih menghampiri kehidupan manusia biasa yang mempunyai nilai-nilai baik clan buruk. (Othman Puteh, Dewan Siswa, April 1985: 41) Dalam novel ini, pengarang memaparkan latar tempat di sebuah desa yang terletak di kaki Gunung Bongsu. Gambaran tentang kehidupan desa amat jelas dipaparkan. Kecintaan pengarang terhadap desa tersorot menerusi suasana desa yang aman damai clan sikap masyarakat kampung yang kaya dengan budi bahasa clan sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain. Cita-cita clan pandangan hidup pengarang merupakan tema dalam novel ini. Ia disampaikan dengan cara istimewa clan kadangkadang pengarang "menyembunyikan" cita-cita itu, iaitu disampaikan secara implisit (S. Othman Kelantan, 1987: 20). Jika diteliti dalam STdKG, jelas menunjukkan Azizi lebih cenderung ke arah kehidupan masyarakat Melayu di desa yang mengamalkan nilai-nilai hidup tradisional. Latar tempat dalam STdKG terlihat menerus1 perincian dalam memaparkan suasana desa clan hutan rimba. Walaupun latar tempat berkisar di sekitar desa clan hutan rimba, namun pengarang berjaya menghidupkan cerita dalam latar yang terhad ini. Latarnya juga bersesuaian dengan perjalanan cerita.
Perbincangan Teks STdKG dikupas melalui sudut pertentangan nilai antara golongan tua yang tinggal di desa dengan golongan muda yang tinggal di bandar. Selain dilihat dari sudut pertentangan nilai, STdKG juga dilihat dari sudut psikologi orang tua.
313
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Nilai ialah sifat ketinggian sama ada dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain (Kamus Dewan, 1996: 930), Nilai merupakan gagasan mengenai "yang diingini", atau "yang dimahukan", atau memilih mana yang bernilai; dan ia berfungsi untuk menggerak tanggapan, tindakan dan dorongan (Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan, 1996; Wan Abdul Kadir Wan Yusoff (peny.): 28). Oleh yang demikian, dengan erti kata lain nilai ialah maksud suatu pemikiran yang menjadi pilihan dalam kehidupan manusia di dunia. Nilai dan sistem nilai itu disosialisasikan ke dalam diri individu, kelompok, komuniti masyarakat dan budaya (Ibid.). Keseluruhan orientasi nilai itu adalah bersumberkan agama dan kepercayaan; tradisi budaya yang wujud dalam ruang masa; persekitaran sosial dan alamiah; pengaruh asing atau luaran (Ibid.). Nilai inilah yang disoroti dalam STdKG, iaitu melihat pertentangan nilai antara nilai tradisi (desa) yang diwakili oleh golongan tua dengan nilai moden (bandar) yang diwakili oleh golongan muda. Psikologi orang tua dalam STdKG dilihat melalui psikologi perkembangan hasil kajian Elizabeth B. Hurlock (1996). Dalam buku ini, perkembangan psikologi dilihat dari perubahan manusia dari seawal usia bayi, dewasa sehinggalah orang tua. Dalam erti kata lain mencakupi perubahan dalam perkembangan kehidupan manusia dari peringkat awal sehinggalah akhir hayat. Psikologi perkembangan merupakan cabang ilmu psikologi yang menelaah perubahan-perubahan yang dialami oleh intra-indiviual dan inter-individual (Elizabeth B.Hurlock, 1996: 2). Dalam psikologi perkembangan oleh Elizabeth B.Hurlock (1996) ada menjelaskan tentang penyesuaian peribadi dan sosial di kalangan orang tua yang berusia lanjut. Bukunya membincangkan perkembangan, perubahan dan penyesuaian terhadap kehidupan pada usia lanjut. Dalam proses perkembangan pada tahap usia lanjut ini, pelbagai perubahan terjadi terutamanya dari sudut kejiwaan mereka. Inilah yang hendak
314
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Da/am Seorang Tua Di Kaki Gunung
disorot pada watak Tuk Ya clan isterinya, Besah berdasarkan psikologi perkembangan oleh Elizabeth B.Hurlock. Buku yang digunakan adalah hasil terjemahan Dra. Istimidayanti clan Drs. Soedjarwo (1996), cetakan kelima Penerbit Erlangga, Jakarta.
Pertentangan Nilai dalam STdKG STdKG tidak banyak mengemukakan watak dalam usaha memperkembangkan cerita. Namun daripada jumlah watak yang sedikit ini, pengarang berupaya menampilkan pelbagai konflik dalam diri watak. Watak-watak dalam STdKG terdiri daripada watak Tukya clan ahli keluarganya yang lain, iaitu Besah, Fikri, Fatimah, Lamin clan Farid. Beberapa watak yang terdiri daripada penduduk sekampung ialah Lebai Ca, Lebai 'At, Awang Lazim, Cin Hong clan Taha. Tukya clan Besah bukan sahaja berperanan sebagai orang tua, malah sebagai mertua Fatimah, serta datuk clan nenek kepada Lamin clan Farid. Tukya clan Besah mewakili golongan tua di desa yang mempunyai gaya kehidupan tersendiri, manakala keluarga Fikri-Fatimah mewakili golongan muda yang berasal dari desa, tetapi lebih tertarik kepada kehidupan kota. Keluarga Fikri-Fatimah dikatakan sebegai golongan muda yang berasal dari desa yang berhijrah ke bandar. Mereka mendapat status kehidupan yang lebih baik melalui pendidikan clan mereka cenderung kepada kehidupan kota yang lebih kepada individualistik. Golongan tua ioi sering berkonflik dengan golongao muda. Golongao tua lebih menyenangi corak kehidupan di desa, sedangkan golongan muda di kota sebaliknya. Masing-masing bersungguh-sungguh mempertahankan cara clan gaya kehidupan yang mereka senangi. Tukya berasa hairan dengan sikap anaknya yang seakan-akan lupa bahawa di kaki Gunung Bongsu itulah tempat Fikri dilahirkan clan dibesarkan. Ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:
315
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
"Tukya sungguh merasa hairan, mengapa Fikri yang besar, yang belajar, yang tidur, yang jaga, yang bermain berkubang di sini dahulu, tiba-tiba bila sudah dapat kerja bergaji besar seperti mahu melupakan semuanya? Sudahlah itu, berkahwin pula dengan orang lain. Sudahlah itu, anakanaknya pula jadi seperti itu. Mereka seperti lupa, bahawa rimba belukar itulah tempat tumpah darah bapa mereka." (Azizi Hqji Abdullah, 1982: 17) Bagi Fikri yang berpelajaran tinggi itu, dia merasakan dirinya sudah tidak sesuai lagi tinggal di desa. Fikri pernah mengatakan kepada ayahnya; "Kerja makan gaji tak boleh tinggal di tepi rimba macam 'ni"' (Azizi Haji Abdullah, 1982: 17). Fikri dilambangkan sebagai seorang anak muda yang tidak betah tinggal di desa, mahu meninggalkan cara hidup tradisional clan menerapkan nilai-nilai hidup bandar kepada anggota keluarganya (Othman Puteh, April 1985: 40). Oleh sebab rasa kecintaan yang mendalam terhadap kehidupan tradisi, Tukya cuba berusaha agar anak cucunya ikut menyedari clan menyenangi cara clan gaya kehidupannya. Inilah yang menimbulkan suasana ketegangan Tukya dengan anak menantunya. Tukya cuba mengajar cucunya Lamin mengenali kampung halamannya dengan lebih dekat lagi. Dia mengajar Lamin tentang selok-belok hutan rimba dengan penuh semangat. Lamin diajak masuk ke dalam hutan untuk mencari madu lebah, mengenali jenis-jenis pokok kayu, cara memanggil pelanduk menggunakan daun damar siput clan sebagainya. Konilik bermula selepas peristiwa Tukya disengat tebuan ketika bersama-sama Lamin mengambil madu lebah di hutan. Sejak itu, Tukya terasa dirinya semakin berjauh hati dengan anak cucunya. Lebih-lebih lagi apabila diejek oleh cucunya Farid; "Dari Atuk cari madu lebah, lebih baik Atuk tebang pokok. Lebih baik Atuk buat rumah lain. Rumah 'tu' dah
316
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Da/am Seorang Tua Di Kaki Gunung
senget. Sekali Farid tolak terbalik" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 91). Bagi Tukya, kata-kata tersebut bukan setakat mengejek kegagalannya, tetapi juga menghina rumah yang didudukinya sejak dahulu lagi. Konflik semakin hebat apabila kaki Farid terseliuh ketika berlari-lari di tengah huma. Fikri dan Fatimah menggunakan peluang ini untuk menyatakan perasaan tidak suka mereka terhadap sikap Tukya. Kata-kata Fatimah, menantu Tuk Ya jelas menggambarkan perasaan tidak suka ini: "Tengok 'tu, Farid tak pasal-pasal 'dah tergeliat. Macam mana kalau lamalama tinggal di sini" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 93). Kemarahan Fatimah turut tergambar dalam petikan berikut: "Kami tak benci pada ayah dan mak. Tapi ayah manjakan Lamin rnisalnya, sampai nak terheret pada petaka, "Fatimah mula membongkar sesuatu yang tidak diduga oleh Tukya, "Tinggallah sampai beberapa bulan pun, karni tak kisah, tapi membawa budak-budak ke tengah rimba, gunung bukan caranya. Ayah sendiri pun 'dah tua, 'dah mengah mendaki gunung." (Azizi Ha;iAbdullah, 1982: 94) Fikri dan Fatimah sebenarnya tidak suka dengan kebiasaan Tukya yang sering masuk ke dalam hutan dan mendaki gunung dalam usianya yang telah tua. Tambahan pula apabila Tukya membawa Lamin turut serta dalam aktivitinya itu. Perbandingan tempat tinggal di bandar yang jauh lebih selesa dibandingkan dengan rumah kampung turut disentuh dalam novel ini. Rumah Tukya jelas menunjukkan identiti rumah kampung yang beratapkan bertam, berdinding dan berlantaikan buluh daan papan. Sikap Fikri yang tidak suka tinggal di desa dapat dikesan menerusi percakapan Larnin dengan Tukya. Tukya cuba menyuruh Lamin minta daripada
317
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
bapanya untuk tinggal bersamanya di kampung, tetapi Lamin menjawab: "Bapa tak bagi. Di sini hutan katanya. Rumah atuk buruk. Rumah atuk nak runtuh" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 95). Oleh sebab itulah Fikri sekeluarga jarang-jarang pulang ke kampung, kalau pulang pun hanya beberapa hari. Konflik semakin memuncak apabila Fikri memberi kata putus kepada orang tuanya; "Kalau mak dan ayah masih berdegil juga, tak taulah. Jangan salahkan kami kalau kami tak balik ke rumah buruk 'ni ... " (Azizi Haji Abdullah, 1982: 96). lni sebenarnya suatu gertakan kepada mereka dengan harapan mereka akan mengikutnya ke bandar. Namun Tukya tetap dengan keputusannya untuk terns menetap di desa. Keputusannya adalah muktamad kerana baginya hidup dan matinya adalah di situ. Melalui persoalan pertentangan nilai ini, jelas tergambar kehidupan masyarakat kampung. Keadaan kehidupan di kaki Gunung Bongsu adalah ketinggalan, miskin dan mundur. Tidak terdapat sebarang kemudahan asas seperti insfrastruktur, bekalan air paip, elektrik, pusat-pusat kesihatan seperti klinik atau hospital dan sekolah. Mereka mendapatkan air dari gunung dan telaga, manakala lampu minyak tanah digunakan untuk menerangi kediaman. Walaupun perkampungan itu dikelilingi hutan belukar, hutan rimba dan pokok-pokok balak, tidak sedikit pun mengancam kehidupan mereka. Para penduduk kampung di situ masih mengusahakan kerja-kerja seharian yang bersifat tradisional seperti menanam padi huma, bertani dan mencari hasil hutan seperti jering, petai, rotan, damar dan manisan lebah sebagai sara hidup. Pekerjaan ini dilakukan pada setiap hari, bermula daripada matahari terbit hinggalah menjelang senja. Masyarakat kampung di kaki Gunung Bongsu juga berpegang kuat kepada agama 9dan menjadikan surau sebagai tempat mengerjakan ibadah sembahyang secara berjamaah. Selain Tukya, ia juga jelas dilihat melalui watak-watak lain seperti Lebai Ca, Lebai 'At dan Awang Lazim.
318
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Penduduk kampung percaya kepada petua-petua mendirikan rumah dan pantang larang serta hari-hari tertentu untuk memulakan sesuatu kerja. Satu sikap terpuji masyarakat kampung ialah semangat bergotongroyong dan saling bantu-membantu di kalangan mereka. Taha, seorang anak muda di kampung itu sering menolong Tukya menulis surat untuk Fikri yang tinggal di bandar kerana Tukya buta huruf. Sewaktu Tukya sakit disengat lebah, penduduk kampung seperti Lebai Ca, Lebai 'At, Awang Lazim datang menziarahinya. Malah mereka turut bersusah payah menyewa kereta Taukeh Cin Hong untuk menghantar Tukya ke hospital yang terletak di Kulim.
Psikologi Orang Tua dalam STdKG Tukya yang berusia 73 tahun, menunjukkan suatu peringkat umur yang sudah lanjut. U sia lanjut dimulai pada tujuh puluh tahun hingga akhir hayat seseorang (Elizabeth B.Hurlock, 1966: 381). Pada permulaan cerita, teknik imbas kembali banyak digunakan oleh pengarang, iaitu menceritakan kehidupan Tukya pada masa lalu. Dia terkenangkan kecerdikan Fikri pada tiga puluh tahun yang lalu sehingga membawa kepada kejayaannya di menara gading. Tukya juga mengenangi perkongsian hidup Besah yang hanya dikurniakan seorang anak. Dalam hatinya berdetik; "Alangkah bagusnya kalau mempunyai anak lima atau enam? Alangkah untungnya kalau Besah beranak sampai lima enam dan jadi pula macam Fikri. Alangkah ... " (Azizi Haji Abdullah, 1982: 5). Sebenarnya kecenderungan orang yang berusia lanjut untuk mengenang sesuatu yang terjadi pada masa lalu merupakan suatu perubahan mental yang normal. Pada peringkat usia sebegini, kecenderungan ini semakin tajam seiring dengan bertambahnya usia mereka. (Elizabeth B.Hurlock, 1966: 394) Tukya juga seorang yang taat beragama. Kekerapan berulang alik ke surau menunjukkan dia seorang yang patuh dengan ajaran agama. Namun semasa dia sakit disengat tebuan, dia tidak dapat mengerjakan
319
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
dua waktu sembahyang. "Sejak berusia dua puluh satu tahun hingga kini, malam itulah pertama kalinya Tukya tidak sembahyang Maghrib clan kemudiannya disambung hingga ke Isyak pula" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 70). Sakitnya akibat sengatan tebuan telah melumpuhkan seluruh tenaga Tukya. Dalam buku Psikologi Perkembangan (Elizabeth B.Hurlock, 1996: 401), suatu analisis tentang sikap orang yang berusia lanjut terhadap kegiatan agama. Terdapat fakta yang menunjukkan menurunnya minat terhadap agama pada usia tersebut. Sikap sebahagian besar orang yang berusia lanjut terhadap agama lebih dipengaruhi oleh corak kehidupan mereka, bagaimana mereka dibesarkan, kepercayaan clan kebiasaan yang mereka lakukan pada awal kehidupannya. Dalam hal ini, jelas menunjukkan sikap Tukya yang masih berpegang teguh kepada ajaran agama yang dianutinya sejak kecil clan diwarisi turun temurun. Suatu hal yang jelas bagi orang-orang tua yang berusia lanjut ialah mereka jarang-jarang mahu mempelajari bahasa. Mereka biasanya menggunakan sebahagian besar daripada kata-kata yang pernah mereka pelajari semasa mereka kanak-kanak clan remaja. Namun, perbendaharaan kata yang dimiliki oleh golongan ini adalah sangat kecil (Elizabeth B.Hurlock, 1966: 394). Dalam STdKG, biasanya dialog-dialog yang diucapkan oleh Tukya clan Besah adalah berupa ayat-ayat ringkas clan pendek. Contohnya:
ContohA "Besah! Besah! tiba-tiba dia melaung ..... "Apanya?" "Bancuh air sebotol" "Nak buat apa? Nak kemana pula?" "Ke rimba!" .....
320
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Contoh B "Kapak mana?" tanyanya pada Besah. "Bawah rumah, atas tong padi huma,: Besah menyuakan sebotol air teh yang dibancuhnya, "Tak mahu bawa nasi bekal?" "Tak payahlah." "Balik awal?" "Tak tentu," kata Tukya menoleh lagi pada Bes ah
(Azizi Ha;i Abdullah, 1982: 105) Dialog tersebut jelas dituturkan oleh orang tua yang berpendidikan rendah dan mengamalkan cara hidup masyarakat kampung. Perkataanperkataan yang dituturkan itu bersesuaian dengan kebolehan dan cara berfikir orang tua yang hidupnya dalam masyarakat yang agak tertutup dari pengaruh luar. Prinsip hidup Tukya terpahat teguh sebagai seorang anak Melayu yang bangga dengan corak kehidupan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. Pegangan hidup Tukya terhadap nilai tradisi jelas diamalkan oleh Tukya. Salah satunya ialah kepercayaannya kepada petua-petua mendirikan rumah dan pantang larang untuk memulakan sesuatu kerja. Contoh petua tentang mendirikan tiang rumah jelas dipaparkan dalam kitab lama yang dirujuk oleh Tukya. Antara isi kandungannya ialah: "Hendaklah menebang dia pagi-pagi hari jangan tengah naik tiada baik jika tengah hari tengah turun atau petang baik menebangnya dan jika akar mati jangan diambil tiada baik kayu itu adanya"
(Azizi Haji Abdullah, 1982: 112)
321
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 1'1, 2006
Watak Tukya dapat dihubungkan dengan kekerasan mental dalam psikologi perkembangan orang tua. Mental yang keras semasa usia mudanya menyebabkan ia cenderung menjadi semakin meningkat sifat kekerasannya seiring dengan bertambahnya usia. Hal ini kerana orang yang berusia lanjut lebih lambat dan sulit dalam mempelajari sesuatu. Mereka percaya bahawa nilai-nilai dan cara-cara lama dalam melakukan sesuatu adalah lebih baik daripada cara dan nilai lama (Elizabeth B.Hurlock, 1966: 398). Tukya tetap memperjuangkan nilai-nilai warisan tradisinya. Selepas peristiwa Tukya disengat tebuan, Tukya berasa amat malu dan kesal atas kegagalannya kerana itulah pertama kali dalam sejarah hidupnya dia gagal. Dia juga berasa sangat malu kepada Lamin, Fikri, Fatimah dan Farid. Semasa dia berada di hospital, jiwanya turut tersentuh apabila ada pelawat yang mempersendakannya dengan katakata: 11 ••• dah tua-tua pun masih mahu madu lebah ... 11 (Azizi Haji Abdullah, 1982: 83). Begitu juga dengan segelintir jururawat yang turut ketawa apabila mendengar cerita tentang diri Tukya disengat tebuan. Bagi Tukya: 11 Kata-kata itu bagi Tukya samalah seperti memperkecil-kecilkan usahanya. Samalah seperti tidak menghargai pergorbanannya terhadap seorang kanak-kanak yang perlu diterapkan dengan suasana kehidupan hutan rimba. Semua itu memedihkan telinganya. Semua itu melukakan jiwanya. 11 (Azizi Hqji Abdullah, 1982: 83)
Jiwa Tukya memberontak kerana mereka tidak faham tentang tujuan murninya yang mahu memperkenalkan dunia rimba kepada cucunya. Malah baginya kata-kata sindiran itu seperti merendah-rendahkan khasiat madu yang dijadikan oleh Allah.
322
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Tukya amat pantang dirinya direndah-rendahkan. Sesungguhnya dia tidak dapat menerima kata-kata yang mengatakan dirinya telah tua. Tukya menganggap tenaganya masih kuat: "Berhenti ketika masih kuat bererti menghina tenaga yang ada, fikir Tukya" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 85). Kata-kata yang mempermainkan usia tuanya telah menyebabkan dirinya tercabar. Selama berpuluh-puluh tahun dia hidup di kaki gunung itu tetapi tidak pernah dirinya disindir tentang usianya. Sindiran-sindiran ini menyemarakkan lagi semangat Tukya untuk menjadikan Gunung Bongsu sebagai 'rakan karibnya'. Hati Tukya bertambah parah apabila Fikri dan Fatimah mengatakan bahawa dirinya masih tidak sedar dirinya walaupun usia sudah tua. Katakata daripada Farid juga telah mengeruhkan lagi suasana, iaitu memperkecil-kecilkan kebolehannya dan membanding-bandingkan rumah tuanya dengan rumah batu di bandar. Malah kata-kata daripada Farid juga telah mengeruhkan lagi suasana, iaitu memperkecil-kecilkan kebolehan Tukya dan membandingkan-bandingkan antara rumah Tukya dengan rumahnya. Bukan setakat itu sahaja, selepas terluah segala perasaan tidak puas hati Fikri dan Fatimah terhadap sikap Tukya, Fikri telah memberi kata putus: "Kalau mak dan ayah masih berdegil juga, tak tahulah. Jangan salahkan kami kalau kami tak balik ke rumah buruk'ni ... " (Azizi Haji Abdullah, 1982: 96). Fikri berharap agar gertakan itu membuatkan hati ayahnya lembut dan menurut. N amun Tukya tetap dengan pendiriannya. Selepas peristiwa-peristiwa yang menghiris perasaan Tukya itu, Tukya berazam mahu membuktikan bahawa dirinya masih kuat dan berguna. Petikan berikut menggambarkan hati Tukya yang terluka di samping semangat yang berkobar-kobar untuk mendirikan rumah: "Alangkah retak hatinya. Alangkah hancur perasaan. Tetapi keputusannya tetap satu walaupun Besah tidak bersetuju. Biarlah mati
323
Jurnal Pengajian Melavu, Ji/id 17, 2006
hidup di situ, Dan kemudian, akan dibuktikan di satu hari nanti bahawa rumah buruk itu akan digantikan dengan kayu-kayu kukuh, banir dan balak, temperak dan teras, Akan dibuktikan pada Fikri, pada Fatimah bahawa dalam usia tuanya dia masih mampu untuk menegakkan sebuah rumah yang kukuh di kaki gunung itu." (Azizi Hqji Abdullah, 1982: 97) Kata-kata Fikri, sindiran Fatimah dan Farid bagaikan menuntut agar Tukya segera berbuat sesuatu. Suara-suara itu menjadikan Tukya berasa tercabar dan dia membuat keputusan untuk menebang pokok cengal batu dengan kudrat tuanya, Dengan pokok itu dia berazam untuk mendirikan rumah barn yang kukuh dan selesa. Lagipun Tukya mahu agar anaknya akan sering pulang ke kampung apabila rumah barunya siap nanti. "Aku sakit, Besah!" Katanya dengan sebak. "Apakah yang kaurasa sekiranya anak sendiri tidak mahu balik ke rumah tempat tumpah darahnya, kalau dengan alasan rumah yang buruk ini? Apakah yang kau rasa, kalau kerana buruknya rumah ini, kita tak boleh lagi menumpang kasih sayang dengan anak cucu? Cubalah kau fikir Besah! Selain dari anak cucu dalam dunia ini, siapa lagi yang boleh curahkan kasih sayang?" (Azizi Haji Abdullah, 1982: 129) Dari sudut psikologi, perasaan orang-orang yang berusia lanjut bersikap lebih emosional. Sebagai contoh, mereka mudah marah, suka bertengkar, berfikiran aneh dan tidak dapat akur. Perasaan-perasaan
324
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaid Gunung
ketakutan clan kecemasan, ketidakpuasan clan kekecewaan, serta perasaan tersiksa merupakan hal yan lebih umum terjadi daripada perasaanperasaan yang lebih menyenangkan (Elizabeth B.Hurlock, 1996: 440). Jiwa Tukya amat sensitif clan emosional jelas terlihat dalam peristiwaperistiwa yang berlaku, seperti marah kepada Fikri, Fatimah clan Farid kerana memperkecil-kecilkan kebolehannya mengambil madu lebah clan membandingkan rumah tuanya dengan rumah mereka di bandar, serta marah kepada pelawat clan jururawat yang menyindir tentang usia clan kebolehannya. Jiwanya turut tersentuh apabila Fikri mengatakan bahawa dia tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke kampung jika Tukya clan Besah tidak mahu tinggal di bandar. Fikri mengajak kedua-dua orang tuanya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur, tetapi ajakan itu sia-sia sahaja. Jiwa clan jasad Tukya sudah sebati dengan kehidupan desa itu membuatkan pelawaan anaknya ditolak. Petikan ini menjelaskan lagi perasaan Tukya terhadap kehidupan di desa: "Bunyi cengkerik, bunyi kuang, lotong clan burung hantu yang memecah kesepian malam, adalah nyayian rimba yang tidak pernah ada di kota. Tukya seperti mahu menempik jika Fikri ada di depannya ketika itu, bahawa kehidupan di sini kehidupan tersendiri. Bersih clan damai. Ketenangan itulah kebahagiaan. Apakah kau sedar Fikri?"
(Azizi Hqji Abdullah, 1982: 49) Tukya lebih gemar menghabiskan us1a tuanya di kampung halamannya sendiri. Orang tua berusia lanjut dari kelompok "kebanyakkan", biasanya akan terus melakukan keinginan yang telah dikembangkan pada peringkat awal kehidupannya (Elizabeth B.Hurlock, 1996: 394). Ini juga merupakan salah satu faktor Tukya menolak
325
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
Besah diteruskan sama seperti dahulu, iaitu berhuma, mencan rotan, menjerat pelanduk clan sebagainya. Dalam tempoh sebulan atau lima belas hari sekali, semuanya akan dijual di bandar clan dengan wang itulah mereka dapat membeli barang-barang keperluan. Jelas menunjukkan bahawa apabila mereka tinggal di rumah mereka sendiri, maka aktiviti yang menjadi kebiasaan bagi mereka dapat diteruskan dibandingkan sekiranya mereka tinggal bersama anak mereka (Elizabeth B, Hurlock, 1996: 395), Malahan selepas kematian Tukya juga, Besah tetap berkeras tidak mahu tinggal bersama-sama anaknya di Kuala Lumpur. Bagi Besah jika Tukya dapat hidup bersama-samanya selama berpuluh-puluh tahun di kaki Gunung Bongsu, maka dia juga harus meneruskan kehidupannya di kaki gunung ini walaupun bersendirian. Perjalanan hidupnya diteruskan tanpa mengubah apa-apa rutin yang dilakukan ketika Tukya masih hidup suaminya dahulu. Cuma apa yang perlu ditambah dalam rutin tersebut ialah menziarahi kubur Tukya pada setiap hari Jumaat, Sikap Tukya yang berkeras untuk terus menetap di kaki Gunung Bongsu memperlihatkan bahawa dia tidak bersedia dengan cara hidup kota. Dia masih mahu mempertahankan cara hidup kampung yang tenang, mudah clan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam kehidupan bermasyarakat. Keputusannya itu menyebabkan dia terpaksa bekerja untuk menyara hidup bersama-sama isterinya, Besah. Tukya tidak mengharapkan bantuan atau kiriman wang daripada Fikri (Othman Puteh, Oktober 1985: 40). Sebenarnya bagi orang-orang tua yang berusia lanjut, minat mereka terhadap wang semakin berkurang. Apa yang mereka inginkan daripada wang tidak lagi berorientasikan kepada apa yang ingin mereka beli clan untuk membayar simbol status yang biasa dilakukan pada awal tahun kehidupan. Mereka mencari wang sekadar untuk menjaga agar mereka tetap dapat 'mandiri'. Apa yang mereka fikirkan ialah bagaimana mereka dapat tinggal, di mana clan bagaimana mereka tidak bergantung kepada bantuan orang lain (Elizabeth B.
326
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Hurlock, 1996: 396). Jelas di sini bahawa Tukya tidak mahu menyusahkan Fikri, seboleh-bolehnya dia mahu menyara hidupnya clan Besah dengan hasil titik peluhnya sendiri. Sikap degil Tukya itu diwarisi oleh Besah. Besah juga memperlihatkan ketegasannya tidak mahu bergantung kepada anaknya selepas kematian Tukya. Walaupun Tukya sudah meninggal dunia, clan kematian Tukya itu bermakna dia harus meneruskan kehidupannya bersendirian, namun ia tidak sedikitpun mematahkan niatnya untuk meneruskan kehiduapannya di desa. Sama seperti tukya, dia masih teguh mempertahankan nilai-nilai tradisi di kampungnya clan percaya dengan nilai-nilai tersebut, kehidupannya dapat diteruskan sama seperti dahulu.
Kesimpulan Pertentangan nilai antara golongan tua dengan golongan muda terlihat secara tidak lansung dalam novel ini terjadi akibat golongan muda yang tidak betah dengan nilai-nilai tradisi yang diamalkan dalam kehidupan golongan tua. Golongan muda banyak terdedah kepada cara clan gaya kehidupan moden yang ternyata sudah melupakan nilai-nilai hidup lama clan lebih cenderung tehadap dunia kehidupan bandar yang moden. Manakala golongan tua pula berpegang teguh kepada nilai-nilai kehidupan tradisi yang diwarisi turun-temurun. Penyorotan terhadap psikologi orang tua memperlihatkan bahawa golongan ini mempunyai beberapa ciri yang penting dalam perkembangan psikologi mereka. Mereka gemar mengenang peristiwa silam, lebih berminat dalam keagamaan, tetapi kurang berminat mempelajari bahasa. Golongan ini juga mempunyai perasaan sensitif yang mudah terguris dalam persekitaran hidup mereka. Kepercayaan terhadap nilai-nilai tradisi dalam kehidupan mereka juga tinggi clan ini menyebabkan mereka mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan
327
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
seharian. Di samping itu, mereka juga lebih gemar menjalankan aktiviti yang biasa mereka lakukan seharian.
Rujukan Azizi Haji Abdullah, 1982. Seorang Tua di Kaki Gunung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. B.Hurlock, Elizabeth, 1996. Psikologi Perkembangan: Suatu Pendekatan Separ!Jang Rtntang Kehidupan. Diterjemah oleh Dra. Istimidayanti dan Drs. Soedjarwo. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Ensiklopedia Se;arah dan Kebudayaan Melayu Gil. 1), 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahaasa dan Pustaka. Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan, 1996. Pantun Budi: Satu Analisis Nilai. Dlm. Wan Kadir Wan Yusoff. Pantun: Menifestasi Minda Masyarakat, hlm. 28-47. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. Sastroamidjojo, Dr. Sena, 1996 (Cetakan Kelima). Masalah Masa Tua dan Ilmu Pet!fakit di Alasa Tua: Gerontologi dan Geriatria. Jakarta: P.N Balai Pustaka.
Wajah Biografi Penulis (Edisi Kedua), Bahasa dan Pustaka
1988.
Kuala Lumpur: Dewan
Othman Puteh, 1985. "Terna dan Persoalan" dlm. Dewan Siswa, Februari.
328
Pertentangan Nilai Dan Psikologi Orang Tua Dalam Seorang Tua Di Kaki Gunung
Othman Puteh, 1985. "Plot Itu Apa?" dlm. Dewan Siswa, Mac. Othman Puteh, April.
1985.
"Peranan dan Sifat Watak" dlm. Dewan Siswa,
Othman Puteh, 1985. "Sudut Pandangan Pencerita" dlm. Dewan Siswa, Mei. Othman Puteh, 1985. "Gaya Bahasa dalam STdKG" dlm. Dewan Siswa, Jun. Othman Puteh, 1985. Julai. Othman Puteh, Oktober.
1985.
"Jenis Soalan Bakal Keluar" dlm. Dewan Siswa,
"Kegigihan Watak Tukya" dlm Dewan Siswa,
329