Kandungan
Pendahuluan
1
Pengertian Kudrat
4
Konsepsi Kudrat Wanita
12
Hak dan Kewajipan Wanita
22
Penutup
36
Latarbelakang Penulis
39
Pendahuluan
Perkataan
‘kudrat’
adalah
satu
istilah
yang
sering
digunakan
untuk
memperkecilkan peranan sosial wanita di dalam masyarakat. Perkataan ‘kudrat’ ini juga sering digunakan untuk menyarankan peranan wanita di sisi agama, agar ia dapat diterima dengan mudah. Istilah ini terus digunakan di dalam masyarakat sehingga kini. Kefahaman yang kurang jelas oleh masyarakat mengenai pengertian kudrat adalah menjadi faktor utama kekalnya budaya patriarki. Kecenderungan wanita untuk menganggap dirinya tidak setaraf dengan lelaki juga sedikit sebanyak adalah berpunca dari kefahaman kudrat yang seperti itu.
1
Untuk memberi kefahaman yang mendalam terhadap makna kudrat, perbahasan mengenai perbezaan lelaki dan wanita perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati, kerana kesimpulan yang keliru tidak hanya akan memberi kesan kepada persoalan ilmu semata-mata, tetapi juga memberi kesan kepada persoalan asasi kemanusiaan.
Dengan memberi kesimpulan bahawa lelaki dan wanita adalah berbeza secara genetik, tanpa memberi penjelasan yang terang, kesimpulan tersebut dapat dijadikan kesahihan terhadap realiti sosial yang menempatkan wanita sebagai jantina kelas kedua (the second sex). Pandangan yang membezakan lelaki dan wanita berdasarkan perbezaan biologi akan memberi kesan dalam kehidupan sosial budaya. Secara tidak disedari, anggapan seseorang mengenai perbezaan biologi yang berupa zakar pada lelaki dan faraj pada wanita, yang merupakan sifat gender, ia sekaligus juga menjadi beban gender yang akan menentukan peranan sosial-budaya di dalam masyarakat. Sedangkan, sifat gender dan beban gender tidak seharusnya ditentukan oleh sifat biologi
Pandangan ‘menganak-tirikan’ terhadap kudrat wanita seringkali dikaitkan dengan norma agama. Agama dianggap telah menetapkan ‘ketempangan’ peranan berdasarkan perbezaan jenis jantina seperti yang berlaku dalam sejarah manusia. Bahkan agama juga dianggap sebagai asal-usul ketempangan tersebut. Norma budaya juga lebih banyak mendokong konsep agama mengenai peranan sosial berdasarkan jenis jantina. Tetapi pada dekad terakhir abad ke 20
2
ini, norma kebudayaan biasanya telah tidak terikat dengan doktrin agama. Kajian yang lebih baik perlu segera dilakukan bagi menyingkap ketempanganketempangan yang terjadi berdasarkan pandangan terhadap kudrat wanita. Kajian tersebut perlu samada terhadap perbezaan lelaki dan wanita secara biologi, mahupun mengenai anggapan sosial-budaya yang sudah meluas di dalam masyarakat.
Pengertian Kudrat
‘Kudrat’ berasal dari perkataan Arab qadara/qadira-yaqduru/yaqdiru-qudratan. Dalam kamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam perkataan ini bersamaan dengan qawiyyun ‘ala al-syai (kuasa mengerjakan sesuatu), ja’alahu ‘ala miqdarih
(pembahagian
menurut
pecahannya),
atau
qash-shara
(memendekkan/membataskan). Dari akar kata qadara/qadira ini juga lahir perkataan
taqdir
(qaddara-yuqaddiru-taqdir)
yang
bererti
menentukan
(ketentuan) atau menetapkan (ketetapan). Kedua-dua perkataan ini, iaitu kudrat (qudrah) dan takdir (taqdir) dalam penggunaan Bahasa Indonesia sering digunakan untuk memberi maksud yang sama dan menunjukkan pada ‘apa yang telah ditentukan oleh Tuhan’. Sehingga perkataan kudrat dan takdir ini bermuara pada kekuasaan (mutlak) Tuhan.
Perkataan ‘kudrat (qudrah)’ dalam erti kemampuan, kekuatan atau sifat menunjukkan adanya kaitan secara aktif antara diri pelaku terhadap apa yang
3
boleh dan dapat dilakukannya sendiri, tanpa bergantung atau berkait dengan perkara lain selain dirinya. Perkataan ‘kudrat’ juga lebih bermakna ‘inner power’, iaitu kemampuan yang berpunca dari dalam diri individu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara. Perkataan ‘takdir (taqdir)’ yang bermakna ketentuan atau ketetapan menunjukkan adanya satu garisan kekuasaan ‘dari atas ke bawah’, di mana yang berada pada garis bawah harus tunduk pada (bahkan tidak mampu mengelak dari) ketentuan yang berasal dari atas. Sebagai contoh, ketetapan atau ketentuan (keputusan) Majlis Perwakilan Rakyat adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh Presiden (eksekutif), atau dalam konteks agama seperti takdir mengenai ajal yang tidak boleh dihindari atau dielakkan oleh sesiapa. Ajal tidak ditentukan oleh seseorang. Dia hanya menerima apa yang telah ditentukan ke atas dirinya.
Melalui pengertian ini adalah jelas bahawa dalam makna ‘takdir’ terdapat dua pelaku serentak. Pertama, mereka yang membuat keputusan, dan kedua, mereka yang menjalankan keputusan. Di sinilah letaknya perbezaan perkataan ‘kudrat’ dan ‘takdir’. ‘Kudrat’, pelaku tidak terkait atau harus tunduk pada perkara lain selain dari kemampuan dirinya sendiri, yang menentukan adalah kemampuannya untuk melakukan sesuatu yang ingin dilakukan. ‘Takdir’, pelaku tidak berkuasa untuk menentukan apa yang diinginkan, kerana dia terikat dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Kerana itulah sebuah aliran teologi yang sangat berpegang teguh pada pendapat bahawa manusia mampu atau memiliki kemampuan untuk melakukan apa sahaja digelar sebagai golongan
4
Qadariyyah dan bukan Taqdiriyyah. Mereka yang mempercayai takdir dan ketidakmampuan manusia untuk melakukan kehendaknya pula digelar golongan Jabariyyah.
Penggunaan bahasa harian kita seringkali mengabaikan perbezaan makna tersebut, sehingga perkataan kudrat dan takdir membawa pengertian yang sama. Perkara ini tentu sahaja memberi kekeliruan kefahaman. Secara tidak disedari perkara inilah yang menyebabkan ‘kudrat wanita’ difahamkan sebagai ‘takdir wanita’. Akibatnya, wanita terperangkap dalam batasan-batasan yang sesungguhnya bukan ketentuan mutlak yang ditentukan ke atasnya dan kemudian mengabaikan untuk melihat secara lebih jauh dan seimbang pada persepsi kemampuan individu wanita. Dari pengertian ini, kudrat wanita tidak semestinya harus dikaitkan dengan sesuatu yang penuh dengan bidang terlarang, yang akhirnya menempatkan wanita pada kedudukan yang lebih rendah dari lelaki dan tersisih dari peranan sosial-budayanya di dalam masyarakat.
Dalam keadaan sosial yang berkembang, kefahaman yang khusus mengenai kudrat, terutamanya ke atas wanita, lebih banyak bersifat larangan atau batasan peranan sosial-budaya wanita. Dengan menggunakan alasan ‘sudah kudratnya’, wanita dianggap sebagai pemikul beban kerja rumahtangga sepenuhnya, dan peluang untuk mereka bekerja secara aktif di dalam sektor awam telah diketepikan. Kudrat wanita telah sarat dengan muatan-muatan budaya tempatan.
5
Kudrat bukan lagi sesuatu yang berdasarkan faktor biologi. Kudrat bukan lagi sesuatu yang diberikan (berkat) Tuhan, tetapi terdapat unsur-unsur pembinaan sosial-budaya masyarakat.
Ketika seorang bayi dilahirkan, pada saat itu juga telah boleh dikenali jantinanya berdasarkan anggota jantina yang dimiliki. Anggota biologi yang membezakan antara bayi lelaki atau perempuan disebut sebagai sifat gender (gender attribute).
Jika sifat gender sudah jelas, contohnya jika seorang anak mempunyai zakar, maka dia akan dianggap sebagai anak lelaki. Dia diberikan pakaian yang mempunyai motif dan bentuk seperti kanak-kanak lelaki lain. Jika dia mempunyai faraj (vagina) maka dia akan dianggap sebagai anak perempuan. Dia akan diberikan pakaian dengan motif dan bentuk seperti kanak-kanak perempuan lain. Pengkhususan yang diberi kepada diri anak itu disebut sebagai identiti gender (gender identity).
Apabila seorang bayi dilahirkan, dia bukan sahaja dijemput dan disediakan dengan identiti budaya tetapi juga dipersiapkan oleh nilai budaya. Jika dia seorang lelaki maka masyarakat yang menganggapnya sebagai lelaki akan menunggu dia menjalankan peranannya sebagai seorang lelaki seperti yang dituntut oleh budaya. Sebaliknya jika dia seorang perempuan maka masyarakat yang menganggapnya sebagai seorang perempuan akan menunggu dia
6
berperanan sebagai seorang wanita seperti yang dituntut oleh budaya. Perbezaan peranan budaya ini biasanya diistilahkan sebagai beban gender (gender assignment).
Kudrat sering dikenalpasti dengan beban gender walaupun ia lebih berkaitan dengan sifat gender. Jika kudrat diertikan sebagai beban gender maka kudrat – yang selama ini mendapat pengesahan agama – akan merugikan wanita. Ini adalah kerana di dalam konteks sosial-budaya yang sedang menantinya, dia sudah ‘dicap’ untuk melakukan peranan suri rumahtangga secara penuh, dan kehidupannya dipenuhi dengan berbagai larangan dan pantang untuk dipatuhi yang akan menyempitkan lagi peluang dan ruang bergerak wanita.
Beban gender seseorang adalah bergantung kepada nilai-nilai budaya yang berkembang di dalam suatu masyarakat. Dalam masyarakat patrilineal dan andocentris – di mana kaum lelaki lebih dominan daripada kaum wanita – sejak dari kecil beban gender seorang anak lelaki lebih dominan dibanding anak perempuan. Sebaliknya dalam masyarakat matrilineal beban gender seorang wanita adalah lebih dominan.
Pola pemberian beban gender dalam lintasan budaya masyarakat (cross cultural society) lebih banyak dibentuk oleh jenis jantina. Penilaian terhadap beban gender yang kurang adil adalah satu tugas yang berat kepada manusia. Mengenalpasti bahawa beban gender adalah lebih dari sekadar pengenalan
7
terhadap anggota jantina, tetapi ia adalah berkaitan dengan nilai-nilai asasi yang telah mempengaruhi nilai budaya masyarakat. Istilah yang lebih tepat dalam masalah tersebut bukan penilaian semula beban gender, tetapi adalah penilaian sistem gender di dalam masyarakat, kerana konsep beban gender pada seorang anak adalah akibat stereotaip gender di dalam masyarakat.
Beban gender sentiasa berkait dengan proses pembentukan identiti gender. Perbezaan kedua ialah, beban gender lebih ditentukan oleh adat masyarakat, sedangkan identiti gender merujuk kepada perasaan yang dimiliki seseorang, samada dia lelaki atau wanita. Identiti gender ialah apa yang dirasakan paling tepat oleh seseorang sebagai identiti dirinya, lelaki atau wanita, dengan mengenepikan sifat gender yang diberikan orang lain kepada dirinya.
Identiti gender tidak semestinya sama dengan sifat gender yang ditampilkan. Seorang anak lelaki boleh hidup bertahun-tahun berwatakan sebagai seorang wanita, tanpa mempunyai sifat gender wanita, walaupun adalah amat sukar menyembunyikan percanggahan di dalam dirinya sebagai seorang yang bersifat lelaki, sebagaimana yang telah dianggap oleh masyarakat dan kecenderungan dirinya yang dipengaruhi oleh identiti gender wanita.
Mereka yang bersifat begini dituntut untuk membuat pilihan samada ingin menjadi lelaki atau wanita. Contoh tersebut tidak sahaja menunjukkan kesulitan menentukan identiti gender seseorang, ia juga menunjukkan betapa berhubung-
8
kait sifat gender yang dianggap orang lain ke atas diri seseorang. Cara terbaik untuk menentukan identiti gender seseorang ialah dengan bertanya kepada yang berkaitan atau menilai aktiviti peranan gender yang bersangkutan.
Kesulitan yang dihadapi dalam menanyakan identiti gender kepada seseorang – contohnya bertanyakan, ‘Apakah kamu seorang lelaki/wanita?’ – ialah selain dari soalan itu sendiri berat sebelah kerana merujuk kepada aspek biologi, jawapan yang sering diberikan ialah ‘saya tidak tahu’, ‘kedua-duanya’ atau ‘bukan keduaduanya’. Pada Januari 1995, penulis telah menyaksikan rancangan yang disiarkan oleh program televisyen London. Sekelompok orang yang ditemuduga telah menyatakan bahawa diri mereka adalah kelompok jenis jantina ketiga, dan dengan bangga dan penuh keyakinan menjawab pertanyaan penemuduga. Mereka tidak mahu disebut sebagai lelaki atau wanita, walaupun mereka mempunyai sifat lelaki dan wanita.
Identiti gender sentiasa mengalami perkembangan. Seorang anak lelaki semasa kecil mungkin mempunyai identiti gender bersamaan dengan sifat gender yang dimilikinya, tetapi setelah dewasa mungkin dia bertukar menjadi lebih kewanitaan, demikian juga sebaliknya. Peranan identiti gender sentiasa mengalami perkembangan. Walaupun peranan identiti gender sering merujuk kepada peranan identiti jantina, namun rujukan utama peranan identiti gender ialah seberapa banyak terlibatnya seseorang dalam mengikuti kecenderungan
9
identiti gender yang dipilihnya (lelaki atau wanita). Oleh itu, peranan identiti gender tidak semestinya selari dengan sifat gender.
Kesulitan dalam mengenalpasti identiti gender adalah kerana tidak semua orang menampilkan diri menurut sifat gender yang lazim dalam masyarakat. Seorang lelaki kadang-kala menampilkan identiti gender wanita. Begitu juga sebaliknya, seorang wanita menampilkan gender lelaki.
Konsep Kudrat Wanita
Adalah menarik untuk dikaji secara mendalam bagaimana sesungguhnya pandangan Islam (al-Quran dan hadith) dalam menempatkan perbezaan jenis gender dalam konsep sosialnya.
Tiada penjelasan khusus yang terperinci mengenai kudrat wanita dalam al-Quran dan hadith. Tetapi, jika kudrat wanita dimaksudkan sebagai keupayaan wanita maka ia terdapat di dalam beberapa ayat dan hadith. Bahkan wanita adalah seharusnya yang pertama untuk bersyukur dengan kedatangan Islam. Betapa tidak, sebelum kedatangan Islam, wanita ditempatkan sebagai objek yang hampir tidak mempunyai hak-hak peribadi. Seorang wanita tidak berhak untuk mendapat harta warisan, bahkan dirinya sendiri menjadi ‘harta warisan’. Dia tidak mempunyai hak-hak politik seperti kaum lelaki. Mereka harus tunduk di bawah
10
tekanan dan keinginan suami, dan berkewajipan untuk mengamankan dan menyempurnakan rumahtangga dan sebagainya. Kehadiran Islam mengangkat darjat wanita kepada tahap yang sepadan dengan lelaki. Al-Quran memberikan pandangan optimis terhadap wanita. Antaranya adalah dengan menekankan bahawa prinsip kemuliaan di sisi Tuhan adalah prestasi dan mutu tanpa perbezaan kaum dan jantina. Al-Quran memandang wanita dalam struktur kesamarataan gender (gender equality) dengan kaum lelaki.
Catatan sejarah mengenai kedudukan wanita dalam struktur sosial, khususnya dalam masyarakat Arab sebelum Islam, adalah sangat menyedihkan. Wanita dipandang tidak lebih dari ‘objek’ perlakuan seks kaum lelaki dan dianggap sebagai beban di dalam strata sosial. Bukan hanya kerana mereka dipandang sebagai tidak dapat mengangkat darjat keluarga, bahkan menjadi beban ekonomi. Ini juga adalah kerana budaya kabilah yang begitu kental dalam masyarakat Arab yang sering berperang di antara kabilah. Keadaan ini memaksa mereka untuk menempatkan lelaki pada darjat yang lebih terhormat dari wanita kerana
mereka
dianggap
sebagai
berkemampuan
untuk
mengangkat
kehormatan kabilah dalam peperangan. Wanita pula ‘dianggap’ tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut.
Oleh kerana itu dalam budaya masyarakat Arab pada masa tersebut adalah bukan satu perkara yang asing untuk ‘menyingkirkan’ wanita dalam kehidupan dan pergaulan mereka. Tidak segan-segan mereka membunuh, bahkan
11
menguburkan hidup-hidup anak perempuan mereka. Al-Quran sendiri secara langsung menyentuh hal ini dan menyindir mereka yang berfikiran cetek yang menganggap anak, khususnya anak perempuan, hanya sebagai beban sosial dan ekonomi.
Surah al-An’am/6:151:
INSERT AYAT
‘…Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak diantaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami(nya).’
Surah al-Isra’/17:31
INSERT AYAT
12
‘Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.’
Secara perlahan tetapi dengan keyakinan, kehadiran Islam mengubah pandangan masyarakat terhadap kaum wanita. Wanita yang sebelumnya hanya ditempatkan sedarjat dengan ‘objek’ yang hampir-hampir tidak memiliki hak dan peranan sosial, telah ditempatkan kembali kepada darjat yang selayaknya. Bahkan dalam teks-teks agama boleh ditemui banyak hadith yang memuliakan wanita. Dengan sendirinya, wanita selain sebagai objek juga lebih dipandang sebagai subjek yang mempunyai hak-hak dan kewajipan.
Ungkapan al-Quran mengenai wanita memang hampir semuanya dalam bentuk dan kedudukan sebagai objek (maf’ul bih) dan umumnya menjadi pihak ketiga (ghaibah), sedangkan kaum lelaki lebih berkedudukan sebagai pelaku (fa’il) dan pihak kedua (mukhathab). Walaupun demikian, ia tidak bererti bahawa al-Quran tidak membantah adanya struktur sosial berdasarkan jenis jantina. Kita harus maklum mengenai struktur bahasa Arab – iaitu bahasa yang dipergunakan untuk memberi makna kepada al-Quran – gender lelaki sememangnya dominan. Malah bukan sahaja dalam bahasa Arab; pada umumnya dalam bahasa-bahasa yang ada di dunia ini, struktur gender lelaki adalah lebih dominan. Walaupun dari segi nahu bahasa terdapat kesan ke atas struktur sosial berdasarkan jantina tetapi prinsip yang lebih popular dalam al-Quran adalah Innaakramakum ‘indallahi
13
atqakum [yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa – tanpa ada perbezaan jantina] (Surah al-Hujurat/49:13).
Sumber ajaran Islam, asal-usul, isi kandungan dan proses kejadian tidak menjelaskan kejadian wanita secara terperinci. Bahkan nama Hawa – yang dianggap sebagai wanita pertama dan sekaligus menjadi isteri kepada Adam – sama sekali tidak pernah disentuh dalam al-Quran. Ini adalah berbeza dari sumber ajaran Kristian (Injil) yang banyak menjelaskan asal-usul wanita (Hawa/Eve), seperti dalam Kitab Kejadian (Genesis) 1:26-27; 2:18-24, Tradisi Immat 2:7, Tradisi Yahwis 2:18-24, Tradisi Imamat 5:1-2. Di antara naskah yang paling berpengaruh ialah Kitab Kejadian 2:21-23 yang menyatakan:
‘Lalu Tuhan membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika tidur, Tuhan mengambil salah satu tulang rusuk daripadanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. (22) Dan dari tulang rusuk yang diambil Tuhan dari manusia itu, dibangunNyalah seorang perempuan, lalu dibawaNya kepada manusia itu (23)’
Dunia Islam banyak terpengaruh dengan anggapan sebegini, seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar :
‘Seandainya tidak tercantum kisah kejadian Adam dan Hawa dalam Kitab Perjanjian Lama (Kejadian 2:21) nescaya pendapat yang keliru (merendahkan wanita) tidak pernah terlintas dalam benak seorang Muslim’
14
Dalam hadith dapat ditemui beberapa riwayat yang menerangkan asal-usul kejadian wanita yang amat mirip dengan Kitab Kejadian dalam Injil, dan hadithhadith tersebut terkumpul dalam kitab tafsir yang mu’tabar.
Di antara hadith-hadith tersebut adalah seperti berikut:
‘Ketika Allah mengusir Iblis keluar dari Taman, lalu di dalamnya ditempatkan Adam. Kerana dia tidak mempunyai teman bermain maka Allah menidurkannya, kemudian mengambil unsur dari tulang rusuk kirinya lalu Dia menggantikan daging di tempat itu semula, kemudian Dia menciptakan Hawa daripadanya. Ketika bangun, Adam bertemu seorang wanita duduk dekat kepalanya. Adam bertanya: ‘Siapa Anda?’ Hawa menjawab: ‘Perempuan.’ Adam bertanya lagi: ‘Kenapa engkau diciptakan?’ Hawa menjawab: ‘Supaya engkau mendapatkan kesenangan dari diri saya.’ Para malaikat berkata: ‘Siapa namanya?’ Dijawab: ‘Hawa.’ Mereka bertanya: ’Mengapa dipanggil Hawa?’ Dijawab: ‘Kerana diciptakan dari sebuah benda hidup.’
Dalam hadith lain dijelaskan:
‘Jagalah wanita itu baik-baik, kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Bahagian tulang rusuk yang paling rapuh adalah di bahagian atas. Jika engkau
15
berusaha meluruskannya, ia akan patah, jika engkau membiarkannya maka ia akan terus bengkok, oleh kerana itu jagalah wanita itu baik-baik.’
Hadith-hadith tersebut ada yang diriwayatkan oleh Bukhari, Tirmidzi, Ahmad ibn Hanbal, dan Ibnu Majah. Akan tetapi, ada ulama yang mempersoalkannya dari segi pengertian kerana ia telah dinilai sebagai tidak selari dengan al-Quran, khususnya dalam surah an-Nisa’/4:1:
INSERT AYAT
‘Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.’
Jumhur mufasir menafsirkan perkataan minha dalam ayat tersebut ‘dari bahagian tubuh (tulang rusuk) Adam’ dengan berdasarkan hadith-hadith di atas walaupun terdapat penafsiran yang berbeza, seperti yang dikemukakan dalam Tafsir arRazi:
‘Yang dimaksudkan dengan ‘dan daripadanya Allah menciptakan zauj-nya’ iaitu dari genetik Adam, sebagaimana firman Allah: Sungguh telah datang dari ‘diri’ kamu sekalian seorang Rasul. Dan Allah menjadikan untukmu sekalian
16
pasangan-pasangan dari kamu. Sekiranya Hawa adalah makhluk pertama (dari tulang rusuk) maka nescaya manusia diciptakan dari dua nafs, bukan dari satu nafs (nafs wahidah). Dapat pula ditegaskan bahawa perkataan ‘min’ pada ayat tersebut (min nafs wahidah) adalah li ibtida al-ghayah, sekiranya ia menunjuk kepada penciptaan awal (ibtida at-takhliq) maka Adam-lah yang sewajarnya disebut sebagai manusia pertama. Jika dikatakan kamu sekalian diciptakan dari nafs yang satu, dan Allah dengan kehendakNya menciptakan Adam dari tanah (turab), maka dengan kehendakNya juga menciptakan Hawa dari turab. Jika demikian adanya maka apa gunanya mengatakan bahawa Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam?’
Dari segi matan (pengertian), hadith di atas adalah sahih, maka ada ulama tertentu, seperti Muhammad Abduh, cenderung menakwilkannya (menafsirkan dengan lebih mendalam). Antara mereka yang cenderung kepada pendapat ini ialah Quraish Shihab, kerana beliau juga menghendaki istilah ‘tulang rusuk yang bengkok’ difahami secara majazi (kiasan), iaitu memperingatkan kepada kaum lelaki agar bijaksana dalam menghadapi kaum wanita, terutama sekali apabila perkataan ‘kiri’ dalam tradisi intelektual Arab berunsur negatif dan sebaliknya perkataan ‘kanan’ berunsur positif. Hadith tersebut dapat memperkecilkan keperibadian (depersonalized) sumber ciptaan kaum wanita, kerana rusuk adalah bukan manusia. Akibatnya kefahaman ini boleh memperkukuhkan kesan androsentrieme – fahaman yang menganggap lelaki sebagai mempunyai peranan utama dalam masyarakat – di kalangan kaum lelaki kerana
17
menganggap wanita sebagai kaum rendah yang berfungsi sebagai pelengkap diri mereka dan dengan demikian akan memberikan perasaan rendah diri kepada wanita.
Konsep teologi lain yang memberi unsur negatif kepada wanita adalah anggapan bahawa Hawa adalah punca terkeluarnya Adam dari syurga ke bumi. Kerana rayuannyalah Adam menjadi cuai dan memakan buah terlarang. Punca kejadian ‘dosa asal’ ini diletakkan kepada Hawa dan ia telah memberi kesan yang sangat mendalam ke atas wanita. Tanpa disedari mereka merelakan diri mereka untuk sentiasa berada di bawah perintah dan penguasaan kaum lelaki.
Dalam Islam, ‘kes’ Adam bukan semata-mata ditimpa kerana Hawa tetapi di atas mereka berdua secara bersama-sama. Ini dapat difahami dari penegasan alQuran yang selalu menggunakan kata ganti (dhamir) huma apabila mengungkap kisah Adam (contohnya, Surah al-Baqarah/2:35-36, al-A’raf/7:20-23). Tiada satu pun ayat atau hadith yang mengisyaratkan Hawa sebagai pelaku utama atau penyebab utama terjadinya kes Adam. Bahkan rasa penyesalan dan taubat mereka kepada Tuhan dinyatakan bersama-sama dan Tuhan mengampuni keduanya
(Surah
al-A’raf/7:23).
Rangkaian
ayat-ayat
al-Quran
yang
menceritakan kisah Adam menegaskan keterlibatan Adam dan Hawa secara bersama dalam drama kosmik yang menyebabkan keduanya terkeluar dari syurga, tempat kehidupan mereka yang pertama, ke bumi tempat mereka berkembang-biak.
18
Perkembangan pendapat di dalam Islam bahawa wanita adalah lebih rendah darjatnya dari lelaki boleh didapati dari sejarah perkembangan agama Islam. Ramai pengikut dan juga tokoh dari ajaran Kristian yang telah memeluk Islam membawa warisan intelektual dari agama sebelumnya. Ajaran lama tidak mudah ditinggalkan, apalagi jika agama yang baru dianutinya mempunyai persamaan dengan ajaran agama sebelumnya.
Samada disedari atau tidak, beberapa mufasir telah banyak mengumpul kisahkisah Israiliyat apabila menjelaskan ayat-ayat mengenai wanita. Begitu juga dengan para fuqaha. Kebanyakan di antara mereka mendapat wawasan intelektual dari Timur Tengah di mana peradaban masyarakatnya mengikuti sistem kekerabatan kebapakan (patriarki) yang sangat kental (mungkin boleh dikatakan melampau).
Hak dan Kewajipan Wanita
Islam mengakui adanya perbezaan di antara lelaki dan wanita tetapi Islam tidak membenarkan diskriminasi di antara mereka. Perbezaan yang ada adalah berdasarkan keadaan fizik-biologi wanita yang ditakdirkan berbeza dari lelaki. Namun perbezaan itu tidak bermakna Islam memuliakan salah satu di antara mereka dan merendahkan yang lain.
19
Ajaran Islam tidak membezakan secara terperinci faktor perbezaan lelaki dan wanita tetapi melihat kedua insan tersebut secara utuh. Kedua-duanya secara biologi dan sosio-peradaban saling memerlukan dan masing-masing mempunyai peranannya sendiri. Sesuatu peranan mungkin boleh dilakukan oleh kedua-dua makhluk seperti kerja pejabat, tetapi peranan tertentu hanya boleh dilakukan oleh satu jantina sahaja, seperti hamil, melahirkan dan menyusui anak yang hanya boleh dilakukan oleh wanita. Terdapat juga peranan yang lebih khusus kepada lelaki iaitu pekerjaan yang memerlukan tenaga otot yang lebih besar.
Islam telah memainkan peranan yang besar dalam menaikkan status dan martabat wanita. Di dalam masyarakat sebelum kedatangan Islam, wanita diperlakukan sebagai ‘barang’ yang hampir-hampir langsung tidak mempunyai hak. Islam pula memperlakukan wanita sebagai ‘manusia’ yang mempunyai hakhak tertentu sebagaimana layaknya kaum lelaki.
Banyak ayat-ayat al-Quran yang menegaskan keseimbangan hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita, contohnya:
Surah an-Nisa’/4:32 :
INSERT AYAT
20
‘Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu, lebih banyak dari sebahagian yang lain (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.’
Surah al-Hujurat/49:13 :
INSERT AYAT
‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.’
Semua
ayat-ayat
yang
menyatakan
ketinggian
darjat
manusia
tidak
membezakan antara kedua jenis jantina, seperti di dalam Surah al-Isra’/17:70 :
INSERT AYAT
21
‘Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan yang telah Kami ciptakan.
Di dalam hadith juga tedapat banyak petunjuk yang memberi hak kepada kaum wanita yang tidak wujud sebelum kedatangan Islam. Contoh kepada hak-hak tersebut adalah:
1. Mahar. Mahar (maskahwin) telah wujud di zaman jahiliyah, lama sebelum kedatangan Islam. Walaubagaimanapun ia tidak diperuntukkan bagi calon isteri, malah diberi kepada bapa atau kerabat lelaki dari pihak isteri. Konsep perkahwinan menurut hukum adat ketika itu samalah dengan proses jual-beli iaitu calon lelaki sebagai pembeli dan bapa atau saudara lelaki terdekat calon isteri sebagai pemilik barang. Apabila al-Quran diturunkan, adat pemberian mahar terus dikekalkan tetapi konsepnya telah diubah. Mahar kini diperuntukkan untuk calon isteri. AlQuran telah mengubah status wanita dari ‘barangan’ kepada pihak yang turut terbabit di dalam satu kontrak.
2. Poligami
22
Poligami (ta’addud az-zaujat) adalah sebahagian dari budaya masyarakat sebelum Islam. Seorang lelaki boleh mengahwini seberapa ramai wanita tanpa batasan, malah jumlah isteri menjadi simbol kehebatan seorang lelaki. Al-Quran dan hadith membatasi poligami dengan memberi isyarat-isyarat dan syaratsyarat yang berat disertai juga had tidak lebih dari empat orang. Dari satu segi, al-Quran memberikan kebenaran berpoligami bagi mereka yang memenuhi syarat, iaitu mampu berkelakuan adil terhadap isteri-isterinya: Fankihu ma thaba lakun mi-nan-nis’a matsna wa tsulatsa wa ruba fa in khiftum alla ta’dilu fa wahidatan [kahwinilah perempuan-perempuan lain yang kamu senangi, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja] (Surah an-Nisa’/4:3). Pada ayat lain, al-Quran telah menyatakan mustahilnya syarat tersebut dipenuhi: Wa lan tastathi u an ta’dlu bai-nan-nisa’ wa lau harashtum [dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteriisterimu, walaupun kamu ingin berbuat demikian] (Surah an-Nisa’/4:129)
3. Talak
Institusi talak juga telah wujud di zaman jahiliyah tetapi ia merupakan hak khusus kepada kaum lelaki. Mereka boleh menceraikan isteri mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Al-Quran mengiktiraf institusi talak ini tetapi dengan batasan. Bahkan secara halus di dalam sebuah hadith Rasulullah mengisyaratkan untuk menghindarinya dengan menyatakan: ‘Talak adalah sesuatu yang halal tetapi dibenci oleh Allah.’ Walaupun talak diharuskan, ia
23
hendaklah dilakukan dengan cara yang baik: Wa idza thallaqtumun-nisa’fa balaghna ajalahun-na fa amsikuhunna bi ma’ruf au sarrihuhunna bima’ruf [apabila kamu mentalak isteri-isteri kamu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang ma’ruf atau lepaskanlah mereka dengan cara yang ma’ruf] (Surah al-Baqarah/2:231). Satu perkara yang membataskan talak ialah terdapatnya tempoh iddah untuk memberi kesempatan kepada suami untuk merujuk kembali isterinya. Wa bu’ulatu hunna ahaqqu bi raddihinna fi dzalika in aradu ishlahan [suami mereka lebih patut kembali kepadanya (rujuk) ketika itu, jika mereka mengkehendaki islah] (Surah alBaqarah 2:228). Seorang isteri berhak untuk mendapat nafkah dari suaminya semasa dalam tempoh iddah. Semasa zaman sebelum kedatangan Islam, tiada batasan di dalam institusi talak.
4. Pusaka
Konsep pusaka sebelum Islam adalah berkait langsung dengan konsep pemilikan dan struktur masyarakat ketika itu. Seperti yang diketahui, masyarakat Arab ketika itu berstruktur masyarakat kabilah yang berpandukan sistem kekerabatan patrilineal yang hanya mengikuti garis keturunan lelaki. Masyarakat kabilah yang selalu dibayangi peperangan di antara kabilah menetapkan bahawa hanya keluarga lelaki yang terdekat dengan si mati boleh mewarisi harta. Turutannya adalah anak (lelaki), bapa, saudara lelaki dan anak lelakinya, datuk dari keluarga bapa dan pakcik serta keturunannya. Bagi anak lelaki kecil yang
24
tidak boleh berperang untuk mempertahankan kabilahnya, dia akan diibaratkan mempunyai kedudukan yang sama dengan wanita. Kedatangan Islam telah memperkenalkan konsep pusaka yang membenarkan wanita mewarisi harta walaupun ia tidak sebanyak yang diterima lelaki: lidz-dzakari mitslu hazhzhiluntsayain [bahagian seorang anak lelaki adalah bersamaan dengan bahagian dua orang anak perempuan] (Surah an-Nisa’/4:11).
Perubahan kepada warisan pusaka yang diperolehi oleh wanita adalah berkaitan dengan konteks sejarah masyarakat Arab yang ketika itu tidak lagi bertumpu kepada kepentingan kabilah dan sedang menuju ke alam masyarakat yang bertumpu pada kepentingan keluarga, seperti yang diperkenalkan oleh Islam. Pada logiknya, pecahan dua berbanding dengan satu dalam hukum pusaka Islam bukanlah muktamad. Ia seperti juga dengan hukum-hukum lain adalah untuk
mewujudkan
keadilan
(al-‘adl)
dan
menegakkan
amanah
dalam
masyarakat (add al-amanah). Dengan kata lain, Islam secara beransur-ansur merubah konsep ekonomi kabilah ke konsep ekonomi keluarga. Dalam Islam, wanita sentiasa diletakkan di tempat yang diuntungkan secara fisik-ekonomi. Sebagai isteri dia adalah di bawah tanggungjawab suami, sebagai anak dia dijaga oleh bapa dan sebagai saudara dia berada di bawah perwalian saudara lelakinya. Oleh itu pandangan stereotaip terhadap wanita yang dikaitkan dengan pembahagian pusaka satu berbanding dua tidak sepatutnya menimbulkan masalah jika pendirian masyarakat Islam selaras dengan keadaan dan sistem sosial dalam Islam.
25
Dalam Islam, wanita mempunyai berbagai hak seperti yang ada pada kaum lelaki. Kita dapat melihat contohnya di dalam beberapa perkara berikut:
1. Hak dalam Bidang Politik
Tiada ayat atau hadith yang melarang wanita untuk aktif di dalam dunia politik. Sebaliknya al-Quran dan hadith banyak mengisyaratkan kebolehan wanita dalam dunia tersebut.
Surah at-Taubah/9:71 menyatakan:
INSERT AYAT
‘Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.’
Perkataan auliya’ dalam ayat tersebut, menurut Dr. Quraish Shihab, ia merangkumi kerjasama, bantuan dan penguasaan; sedangkan ‘menyuruh
26
mengerjakan yang ma’ruf’ merangkumi segala segi kebaikan termasuk memberi kerjasama dan kritikan terhadap kerajaan.
Dalam beberapa riwayat telah disebutkan bagaimana kaum wanita semasa permulaan Islam banyak memegang peranan penting dalam kegiatan politik. Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah/60:12 membenarkan wanita untuk bergiat di dalam politik:
INSERT AYAT
‘Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Isteri-isteri Rasulullah, terutama Aisyah, telah menjalankan peranan yang penting dalam politik. Selain Aisyah, ramai wanita lain yang terlibat dalam politik sebagaimana terlibatnya mereka di medan perang. Ramai dari mereka yang telah gugur di medan perang seperti Ummu Salamah (isteri Rasullulah), Shafiyyah, Lailah al-Ghaffariyah dan Ummu Sinam al-Aslamiyah. Wanita yang
27
turut terlibat dalam dunia politik ketika itu adalah seperti: Fatimah binti Rasulullah, Aisyah binti Abu Bakar, Atika binti Yazid ibn Mu’awiyah, Ummu Salamah binti Ya’qub, al-Khaizaran binti Athak dan sebagainya.
2. Hak untuk Bekerja
Seperti dalam bidang politik, tiada larangan bagi wanita untuk bekerja samada di dalam atau di luar rumah, secara sendiri atau berkumpulan, bersama pejabat kerajaan atau bidang swasta – selagi pekerjaan tersebut dilakukan dalam suasana terhormat, sopan dan memelihara agamanya. Dia juga harus menghindari apa-apa kesan negatif ke atas diri dan persekitarannya.
Islam memberi kaum wanita kebebasan untuk bekerja selagi mereka memenuhi syarat dan mereka mempunyai hak untuk bekerja dalam apa-apa bidang yang halal. Perkara ini adalah terbukti di zaman Rasulullah di mana kaum wanita telah terjun dalam pelbagai bidang pekerjaan. Contohnya Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah) yang dikenali sebagai pengusaha, Zainab binti Jahsy yang bekerja sebagai penyamak kulit binatang, Ummu Salim binti Malhan yang tekun sebagai mak andam, isteri Abdullah ibn Mas’ud dan Qillat Ummi Bani Anmaar yang dikenali sebagai ahli perniagaan yang berjaya, al-Syifa yang bekerja sebagai setiausaha dan pernah diberi tugas oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab sebagai petugas untuk mentadbir pasar kota Madinah dan ramai lagi.
28
Kaum wanita adalah amat aktif di zaman Rasulullah dan Aisyah pernah berkata; ‘Alat pemintal di tangan wanita lebih baik daripada tombak di tangan kaum lelaki.’ Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah mengatakan: ‘Sebaik-baik permainan seorang Muslimah di dalam rumahnya adalah memintal/menenun.’
Pekerjaan yang menjadi kontroversi bagi wanita adalah sebagai pemimpin negara. Sebahagian ulama masih menganggap jawatan ini tidak layak disandang oleh seorang wanita namun kalangan masyarakat yang menyokong pendapat ini semakin berkurangan. Bahkan al-Maududi yang dikenali sebagai ulama yang mempertahankan ajaran Islam secara tekstual telah memberi sokongan untuk wanita menjadi Perdana Menteri di Pakistan.
Aktivis di zaman Rasulullah yang disebut di dalam buku-buku hadith (Kutub asSittah) banyak memasukkan bab-bab khusus mengenai wanita, contohnya dalam kitab Sahih al-Bukhari, mengandungi beberapa bab perbahasan mengenai wanita.
3. Hak Mendapat Pendidikan
Kalimah pertama yang diturunkan dalam al-Quran adalah kalimah perintah, iaitu perintah untuk membaca (iqra’), lalu disusul sumpah pertama Allah dalam alQuran iaitu: Nun wal-qalami wa ma yasthurun [Nun, demi kalam dan apa yang dituliskannya]
(Surah
al-Qalam/68:1).
Perkara
ini
menegaskan
betapa
29
pentingnya ilmu pengetahuan dalam Islam. Perintah untuk menuntut ilmu pengetahuan tidak hanya kepada lelaki tetapi juga kepada kaum wanita. Ini ditegaskan dalam hadith yang popular: ‘Menuntut ilmu pengetahuan difardukan kepada kaum Muslim lelaki dan wanita.’
Al-Quran dan hadith banyak memberikan pujian kepada lelaki dan wanita yang mempunyai prestasi dalam ilmu pengetahuan. Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Rasulullah pernah didatangi sekelompok wanita yang memohon kesediaan Rasulullah untuk memberi mereka masa bagi mengajar mereka. Dalam sejarah Islam klasik juga boleh ditemui beberapa nama yang menguasai ilmu pengetahuan yang penting seperti Aisyah isteri kepada Rasulullah, Sayyidah Sakinah, puteri Husain ibn Ali ibn Abi Thalib, al-Syekhah Syuhrah yang digelari Fikhr an-Nisa’ (kebanggaan kaum wanita) yang juga adalah salah seorang guru Imam Syafi’e, Mu’nisat al-Ayyubi (saudara Salahuddin al-Ayyubi), Syamiyat at-Taimiyah, Zainab (puteri sejarahwan al-Baghdadi), Rabi’ah alAdawiyah dan lain-lain.
Kebebasan wanita untuk menuntut ilmu pengetahuan banyak dijelaskan dalam hadith, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad. Ia menyatakan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang menyerupai lelaki tetapi tidak dilarang mengadakan penyerupaan dalam hal kecerdasan dan amal ma’ruf.
30
Peranan sosial wanita dalam lintasan sejarah Islam mengalami kemerosotan setelah abad kedua, terutama setelah pembukuan kitab-kitab hadith dan kitabkitab fiqah. Penelitian yang lebih jauh jarus dilakukan untuk memastikan samada terdapat kaitan antara pembukuan dan pembakuan kitab fiqah dengan proses penurunan peranan wanita.
Penutup
Al-Quran menempatkan kaum lelaki dan wanita sebagai dua jenis makhluk yang mempunyai martabat yang sama, samada dalam kedudukan dan keupayaannya sebagai pengabdi kepada Allah (‘abid), ataupun sebagai wakil Allah di bumi (khalifah). Tiada keutamaan diberikan kepada salah satu daripada mereka, baik dari segi asal-usul dan proses penciptaan, ataupun dari segi struktur sosial masyarakat Islam. Jika terdapat perbezaan, ia hanyalah dalam bentuk struktur biologi yang memang sudah ditentukan sejak asalnya sebagai identiti gender yang membezakan antara lelaki dan wanita. Perbezaan struktur biologi inilah yang merupakan kudrat, bagi lelaki atau wanita tetapi perkara ini tidak seharusnya melahirkan anggapan negatif yang membatasi peranan sosial wanita dan menjadikan lelaki sebagai pelaku utama (malah ada yang menganggapnya pelaku tunggal) dan pemegang keseluruhan tanggungjawab peranan sosial dan selanjutnya dianggap sebagai ketua kepada wanita.
31
Adanya perbezaan dalam beberapa perkara antara al-Quran dan hadith tidak bererti keduanya tidak seiringan atau bertentangan. Dalam perkara-perkara dasar seperti akidah tiada kemungkinan keduanya berbeza. Di dalam urusan masyarakat
di
masyarakatnya
mana
Rasulullah
berkemungkinan
turut
terdapat
menjadi keputusan
sebahagian yang
anggota
subjektif
dan
berdasarkan keadaan setempat. Dari sinilah munculnya pendapat kontroversi. Adakah pandangan-pandangan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap sesuatu masalah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang Rasul atau sebagai seorang anggota masyarakat (Arab suku Quraisy). Dari segi ini pula terdapat kalangan pemikir kontemporari bukan Arab yang mengasingkan nilai-nilai dari Timur Tengah, mana yang ‘Islam’ dan mana yang ‘Arab’.
Anggapan mengenai kudrat wanita dalam masyarakat adalah amat berkait dengan konsep hubungan kekerabatan yang diikuti oleh masyarakat tersebut. Seandainya al-Quran turun di dalam masyarakat matriarchal, suatu masyarakat yang memberi peranan yang lebih besar kepada wanita, berkemungkinan susunan ayat dan hadith berbeza dengan apa yang ada sekarang. Walaupun susunan tersebut berbeza tetapi intinya adalah untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Perlu dimaklumkan bahawa kenyataan-kenyataan dalam hadith yang banyak menetapkan ‘bidang terlarang’ bagi kaum wanita adalah bukan untuk merendahkan kaum wanita tetapi sebaliknya adalah untuk kebaikan (maslahat)
32
yang lebih luas. Perlu diingat bahawa perbahasan yang paling banyak ‘menyita’ ayat dan hadith adalah mengenai wanita yang telah berkeluarga. Perkara ini adalah kerana prasyarat dalam mewujudkan satu masyarakat ideal harus dimulai dari lingkungan terkecil (keluarga) dan di dalam keluarga, wanita adalah dominan dalam beberapa perkara. Oleh itu adalah wajar jika ayat-ayat al-Quran dan hadith banyak berbincang mengenai wanita.
Kegunaan bahasa yang mencampuradukkan erti kudrat (qudrah) dan takdir (taqdir) juga perlu diperbaiki semula. Setidak-tidaknya perkara ini akan memberi kefahaman yang lebih jernih mengenai kudrat wanita yang selama ini dijadikan alasan untuk merendahkan wanita.
Latarbelakang Penulis
Dr. Nasaruddin Umar, MA menamatkan S1 di IAIN Alauddin Ujung Pandang, S2 dan S3 di IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta. Beliau pernah mengkaji isu gender di Jepun, Korea, Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah, dan menjadi pelajar lawatan di McGill University, Canada, Leiden University dan Paris University. Beliau kini adalah Pembantu Reaktor IV IAIN Jakarta.
33
34