Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
PERANAN KITAB TA’LIIM AL-MUTA’ALIM TARIQ AL-TA’ALUM DALAM MEMPERKASA SISTEM PENDIDIKAN KONTEMPORARI DI MALAYSIA Abdul Mukti Bin Baharudin1, Hajah Makiah Tussaripah Jamil2 1
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Malaysia
2
E-mal:
[email protected],
[email protected]
Abstrak Sejarah pendidikan di alam Melayu dan nusantara membuktikan bahawa ianya banyak terkesan dengan penulisan kitab-kitab turath Islam oleh ulamak-ulamak silam. Artikel ini bertujuan menyingkap keagungan dan peranan kitab-kitab turath Islam seperti kitab Ta’liim Al-Muta’alim karangan Al-‘Alamah As-Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji, terutama kepada perkembangan intelektual dan keilmuan di nusantara. Kitab Ta’liim Al-Muta’alim merupakan sebuah kitab turath Islam yang amat penting dipelajari terutama bagi para penuntut yang baru masuk belajar di pondok. Kitab ini adalah sebuah kitab yang menjelaskan adab-adab yang membawa kejayaan bagi orang yang menuntut ilmu. Dewasa ini, kita sering mendengar suara-suara yang menggambarkan kerisauan golongan intelektual dan cerdik pandai terhadap keberkesanan sistem pendidikan kontemporari yang dikatakan gagal melahirkan masyarakat yang memiliki modal insan yang benar-benar ampuh dan sempurna dalam semua segi, samada aspek fizikal, spiritual, emosi mahupun intelektual. Kitab ini secara umumnya menekankan bahawa aspek keberkatan ilmu dan kejayaan seseorang penuntut ilmu itu adalah bergantung kepada beberapa pra-syarat adab menuntut ilmu seperti faktor niat, akhlak terhadap mua’lim dan adab semasa belajar yang benarbenar berjaya diamalkan. Secara umumnya, konklusi kertas kerja adalah menggariskan beberapa saranan dan cadangan agar sistem pendidikan kontemporari hari ini kembali kepada kaedahkaedah yang dipraktik dan disarankan oleh ulamak-ulamak silam.
Katakunci: Ta’lim Al-Muta’allim – Ta’dib – Pendidikan kontemporari
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
1.0 PENGENALAN Apabila statistik gejala sosial di kalangan masyarakat awam kian meningkat, khususnya remajaremaja Islam yang masih di alam pengajian, timbul suara-suara yang mempersoalkan adakah sistem pendidikan yang diamalkan selama ini gagal melahirkan seorang manusia muslim yang beriman dan berakhlak mulia. Memang tidak dinafikan, peranan mendidik tidak sepatutnya diletakkan di pundak pihak sekolah atau kerajaan semata. Ia juga merupakan tanggungjawab ibubapa dan masyarakat. Namun mutakhir ini, masa yang diambil ketika berada di sekolah hampir sama dengan masa berada di rumah. Dan masa bersama guru-guru lebih banyak berbanding masa bersama ibubapa di rumah. Maka, difahami bahawa proses pendidikan lebih banyak berlaku di sekolah berbanding di rumah. Oleh kerana itu, suara-suara yang mempersoalkan kelemahan dan kegagalan sistem pendidikan yang ada tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja. Seharusnya ia dinilai dan dimuhasabah kembali, adakah selama ini metode-metode pendidikan yang diimplimentasi di pusat-pusat pendidikan sama ada tadika, sekolah, kolej atau universiti bertepatan dengan apa yang digariskan oleh sistem pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. atau sebahagiannya diceduk daripada barat. Namun kelemahan dan kegagalan yang dihadapi semestinya mempunyai jalan penyelesaian menurut perspektif Islam. Apatah lagi bidang pendidikan yang sememangnya menjadi asas di dalam Islam. Lantaran itulah kertas kerja ini cuba mengupas secara ringkas kitab Ta’alim al-Muta’alim Tariq alTa’alum (Instruction of the Student: The Method of Learning) karangan Al-Allamah Al-Syeikh Burhanuddin Al-Zarnuji yang diyakini mampu memperkasakan sistem pendidikan kontemporari di negara ini.
2.0 BIODATA AL-ALLAMAH AL-SYEIKH BURHANUDDIN AL-ZARNUJI Menurut kebanyakan naskhah sama ada kitab asalnya atau syarah kepada kitabnya, seperti Syarah Ta’lim al-Muta’alim oleh syeikh Ibrahim bin Ismail tidak menyebut nama asal pengarang kitab ini. Beliau hanya dikenali sebagai syeikh al-Zarnuji. Apatah lagi tidak banyak buku yang mengungkap sejarah hidup dan asal-usul beliau. Menurut al-Qurshi, pengarang kitab al-Jawahir al-Mudi’ah, al-Zarnuji dinisbahkan kepada negerinya, Zarnuj daripada negera al-Turk. Manakala ada sumber yang menyebut bahawa ia adalah satu bandar di sebalik sungai Oxus, di negara Turkistan. Namun sebahagian ulama’ menyatakan bahawa nama beliau yang sebenarnya ialah Burhanuddin al-Zarnuji. Berkenaan tarikh lahirnya dan kematiannya, tidak ada riwayat yang jelas menyatakan tentangnya. Cuma ada beberapa riwayat yang menyebut tentang tarikh kematiannya, iaitu sama ada tahun 591 H atau 593 H atau 597 H. Dan ada pendapat yang menyebut beliau meninggal pada tahun 604 H atau 640 H di Bukhara. Namun riwayat-riwayat ini tidak bersandarkan kepada dalil yang sahih dan tepat. Tapi bolehlah disimpulkan bahawa beliau merupakan generasi yang hidup pada kurun yang keenam hijrah, tanpa menentukan tahun kematiannya. Walaupun tidak banyak maklumat yang memperihalkan tentangnya, melalui kitabnya Ta’lim alMuta’allim menjelaskan bahawa beliau bermazhab Hanafi dan boleh dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Ini dipertegaskan oleh Yundri Akhyar bahawa di samping kitab ini mempunyai etika, ia juga mengandungi nilai-nilai falsafah dan pemikiran falsafahnya lebih dekat dengan al-Ghazali (Yundri Akhyar).
2.1 Pendidikan al-Zarnuji dan perkembangan ilmu di zamannya Syeikh al-Zarnuji menuntut ilmu di Bukhara dan Samarkand, iaitu ibu kota yang menjadi pusat perkembangan ilmu ketika itu. Beliau menuntut ilmu daripada ramai guru-guru yang hebat, di antaranya ialah Burhanuddin al-Marginani, Syamsuddin Abdil Wajdi, Muhammad bin Muhammad bin Abdul Satar, Ali bin Abi Bakar bin Abdul Jalil al-Farhani, Ruhnul Islam Muhammad bin Abu
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Bakar, Hammad bin Ibrahim, Fakhuruddin al-Kasyani, Ruhnuddin al-Farhami, Imam Sadiduddin alSyirazi dan lain-lain (Abuddin Nata, 2003). Melihat kepada zaman hidupnya, dapatlah difahami bahawa beliau hidup dan mengarang kitab ini pada zaman kerajaan Abbasiyyah. Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu yang cukup hebat. Contohnya, pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun, kota Baghdad pernah menjadi pusat ilmu pengetahuan yang masyhur. Pembinaan sekolah-sekolah yang menjadi tempat yang lebih khusus untuk belajar dianggap sebagai satu perubahan penting kepada dunia pendidikan pada masa itu. Menurut Mahayudin, walau pun pada zaman pemerintahan kerajaan telah mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan, namun pada peringkat awalnya, kedudukan guru masih belum mendapat pembelaan yang sepenuhnya di sisi kerajaan. Ini kerana golongan guru sendiri menunaikan pekerjaan itu hanyalah semata-mata demi mengharapkan pahala di sisi Allah s.w.t. Mereka juga telah menjadikan segala tingkahlaku Rasulullah s.a.w. sebagai model utama khasnya sebagai guru yang juga merangkap pendakwah bagi menyebarkan Islam kepada seluruh umat manusia. Ramai di antara mereka berjalan untuk menyampaikan dakwah menggunakan perbelanjaan sendiri (Mahayudin 2001). Melihat kepada kenyataan ini, kelahiran kitab Ta’lim al-Muta’allim ini amat tepat dan sesuai dengan masanya. Dalam suasana ilmu yang berkembang pesat dan guru-guru yang kurang mendapat pembelaan, kitab ini memandu penuntut-penuntut ilmu, tatacara dan adab-adab menuntut ilmu mengikut sunnah Nabi s.a.w. dan perilaku ulama’-ulama’ silam.
3.0 PENGENALAN KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM Sebagaimana tajuk kitab ini, pengarang kitab ini menfokuskan perbicaraannya berkenaan adab-adab dalam menuntut ilmu. Ia merupakan garis panduan kepada orang yang menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan yang hakiki, sama ada di dunia dan akhirat. Dalam masa yang sama, ia merupakan nasihat dan tunjuk ajar bagi orang yang menuntut ilmu untuk mencapai maqam barokah, iaitu satu perkara yang paling penting dan amat diperlukan oleh individu yang menuntut ilmu. Kitab ini mengandungi 13 fasal, iaitu: Fasal 1: Hakikat ilmu dan fekah serta kelebihannya. Fasal 2: Niat tatkala hendak belajar dan menuntut ilmu. Fasal 3: Memilih Ilmu, guru dan taulan serta menyatakan ketetapan atas ilmu. Fasal 4: Membesarkan ilmu dan ahlinya. Fasal 5: Bersungguh-sungguh, berkekalan, hemah dan cita-cita. Fasal 6: Permulaan memotongkan bacaan, kadarnya dan aturannya Fasal 7: Tawakkal, yakni berserah kepada Allah s.w.t. Fasal 8: Waktu menghasilkan ilmu dan menuntutinya. Fasal 9: Kasih sayang dan nasihat-menasihati. Fasal 10: Cara mengambil faedah, memperolehi kefahaman dan penggunaannya. Fasal 11: Wara’ ketika menuntut ilmu. Fasal 12: Perkara-perkara yang membawa kepada banyak menghafal dan mengingat serta perkara yang membawa kepada banyak lupa. Fasal 13: Perkara-perkara yang membawa kepada mudah mendapat rezeki dan perkara yang menegah daripada mendapat rezeki.
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Perkara-perkara yang yang menambahkan serta memanjangkan umurnya dan perkaraperkara yang mengurangkan umur. Manakala pada bahagian akhir kitab ini, syeikh al-Zarnuji membicarakan “Hukum mengenai suasa”, ‘Perbicaraan anggota yang tujuh” dan “Maksiat-maksiat hati”. Sememangnya kitab ini merupakan kitab yang amat penting kepada pelajar-pelajar pondok di nusantara ini. Ia menjadi kitab yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar yang baru masuk belajar di pondok-pondok, sebelum mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Memahami, menghayati dan mengamalkan isi kandungnya menjadi titik tolak kepada mereka untuk mencapai kejayaan dalam mengharungi perjuangan menuntut ilmu. Namun, kitab ini terlalu asing bagi pelajar-pelajar di Malaysia yang terlibat dengan sistem pendidikan moden, sama ada di sekolah-sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. Tambahan pula di era globalisasi yang melihatkan cara pengajaran dan pembelajaran (modes of teaching learning) di pusatpusat pendidikan mula bersifat pelbagai. Pendekatan konvensional ke arah digantikan dengan cara pengajaran yang berasaskan kaedah elektronik seperti e-mail, e-learning dan sebagainya. Maka metode-metode pengajaran dan pembelajaran ulama’-ulama’ klasik seumpama diabaikan, sedangkan ia terbukti berupaya melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. Oleh kerana itu, satu kerugian yang amat besar kepada dunia pendidikan moden Malaysia yang tidak memanfaatkan khazanah yang amat bernilai ini untuk diimplementasikan di dalam sistem pendidikan hari ini. Walaupun kitab ini bukanlah kitab yang paling sempurna dan mampu melahirkan sistem pendidikan yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya ia menjadi batu asas dan paduan kepada penuntut-penuntut ilmu untuk memulakan perjalanan, dan seterusnya mengharungi jalan-jalan yang penuh liku dalam menuntut ilmu dengan penuh beradab dan bersopan. Dan sudah pasti sedikit sebanyak ia mampu membaiki kepincangan dan kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada.
4.0 PERANAN KITAB TA’LIM AL-MUTA’ALLIM DALAM MEMPERKASAKAN SISTEM PENDIDIKAN MODEN DI MALAYSIA Di dalam kertas kerja yang ringkas ini tidak akan dibicarakan secara terperinci setiap fasal yang terdapat dalam kitab ini. Hanya fasal-fasal atau perkara-perkara yang dirasakan perlu diberikan penekanan dan diutamakan sahaja yang akan disentuh dan dibahaskan. Di antara perkara-perkara tersebut ialah: 4.1 Niat apabila hendak belajar dan menuntut ilmu Syeikh al-Zarnuji meletakkan asas utama atau muqaddimah kepada menuntut ilmu itu ialah niat. Asas yang diletakkan oleh beliau ini bersandarkan kepada hadith Nabi s.a.w.:
مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه:عن أمري املؤمنني أيب حفص عمر بن اخلطاب رضي اهلل عنه قال فمن كانت هجرته إىل اهلل ورسوله فهجرته, وإمنا لكل امرئ ما نوى, إمنا األعمال بالنيات:وسلم يقول . ومن كانت هجرته إىل دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إىل ما هاجر إليه,إىل اهلل ورسوله Maksudnya: Dari Amir Mu’minin Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya segala amal perbuatan itu dengan niat. Dan hanya bagi tiaptiap seseorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (Bukhari dan Muslim)
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Niat dari segi bahasa bermaksud qasad. Manakala dari segi istilah ialah bermaksud atau bertujuan sesuatu yang disertai dengan melakukannya. Maka difahami daripada hadith Nabi s.a.w. ini bahawa niat adalah sebab pertama untuk mewujudkan atau melahirkan amal perbuatan. Diterima atau tidak sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Oleh kerana itulah beliau meletakkan asas utama dalam menuntut ilmu ialah niat. Dan niat yang perlu dipasang oleh seseorang penuntut ilmu itu ialah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t., bagi negeri akhirat, menghilangkan kejahilan daripada dirinya dan orang-orang jahil yang lain, menghidupkan agama dan mengekalkan Islam serta menunjukkan tanda syukur atas nikmat akal dan kesihatan badan. Seandainya diperhatikan kepada sistem pendidikan moden yang ada pada hari ini, seolah-olah niat yang sepatutnya diqasadkan di dalam hati pelajar-pelajar muslim tidak dititik beratkan. Pelajar-pelajar pada hari ini lebih terdorong mengejar kedudukan dan tempat di dalam peperiksaan sebagai satu pra syarat dan simbolik kejayaan. Sistem pendidikan yang lebih berorientasikan peperiksaan (UPSR, PMR, SPM, STAM dan STPM) menjadikan minda mereka hanya terarah kepada pencapaianpencapaian ini. Tidak kira samada di kalangan ibu bapa, guru, pihak sekolah dan para pelajar itu sendiri, keunggulan dan kecemerlangan yang diperolehi di dalam peperiksaan menjadi satu perkara yang sangat penting. Mereka disogokkan dengan angan-angan dan cita-cita untuk mendapat kerja yang baik dan gaji yang lumayan. Niat asal mencari keredhaan Ilahi secara tidak langsung dikesampingkan. Apabila niat yang menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t. diabaikan, dan niat mengejar dunia diutamakan, pembinaan dan penerapan akidah serta akhlak akan terabai. Mereka tidak akan belajar dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. Apa sahaja tindakan dan perilaku yang berlaku di sepanjang proses pendidikan tidak bertunjangkan kepada takutkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: …Sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 28) Setiap tindak tanduknya tidak dinilai dan dimuhasabah terlebih dahulu. Percampuran di antara yang halal dan haram tidak diambil kisah. Perkara yang utama ialah hasrat dan keinginannya tercapai. Akhirnya, lahirlah individu-individu yang pecah amanah, tidak jujur, rasuah, penipu, pengkhianat dan sebagainya, hasil daripada sistem pendidikan yang tidak menekankan niat yang benar dan ikhlas kerana Allah s.w.t. Oleh kerana itulah syeikh al-Zarnuji tidak lupa memberikan pesanan supaya janganlah seseorang penuntut ilmu itu berniat supaya manusia mengadap (memuliakan) kepadanya, mengambil harta benda dunia daripada tangan-tangan manusia atau mencari kemuliaan di sisi pemerintah. Beliau juga menukilkan syair yang disampaikan oleh al-syeikh al-Imam al-Ajall al-ustaz Qawamuddin Hammad bin Ibrahim bin Ismail al-Shaffar al-Ansari, yang dituliskan untuk Imam Abu Hanifah:
من طلب العلم للمعاد فاز بفضل من الرشاد فياخلسران طالبيه لنيل فضل من العباد Maksudnya:
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Sesiapa yang menuntut ilmu untuk tempat kembalinya (akhirat), nescaya ia akan berjaya dengan kelebihan daripada petunjuk (sebenar-benar atas agamanya) Maka ayuhai kerugian orang-orang yang belajarnya, bagi mencapai kelebihan daripada sesama hamba Allah s.w.t. (al-Zarnuji). Al-Syeikh Ibrahim bin Ismail, dalam mensyarahkan syair ini menyatakan bahawa sesiapa yang menuntut dan belajar ilmu supaya memperolehi pahala akhirat, nescaya ia akan mencapai dan mendapat kelebihan daripada yang sebenar-benarnya atas agama yang betul. Di samping itu, ia akan mendapat kelebihan dan kemuliaan. Betapa tidak ia merupakan satu kelebihan kerana ialah yang menyampaikan kepada peringkat-peringkat yang tinggi di dalam syurga-syurga yang tinggi. Dan apabila orang yang menuntut ilmu bagi menghasilkan pahala akhirat itu menjadi sebab bagi menghasilkan kelebihan, maka lihatlah kepada kerugian orang-orang yang belajar dan menuntut ilmu kerana mencapai kelebihan-kelebihan sesama hamba Allah s.w.t. dengan mengharapkan manusia menghadap kepadanya dan mengharapkan pemberian mereka kepadanya daripada harta benda dunia (Ibrahim). Oleh kerana itulah ibubapa, pendidik mahupun pihak pentadbir pusat-pusat pendidikan perlu menekankan kepada penuntut-penuntut ilmu, niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t. ketika di awal langkah mereka ke pusat-pusat pendidikan lagi, tanpa mengenepikan niat dan cita-cita yang ingin dicapai. Niat ini perlulah sentiasa disemai ke dalam diri, walau di peringkat mana mereka berada. Maka niat ini akan memandu amalan dan perbuatan mereka daripada menyimpang ke arah yang tidak sepatutnya. 4.2 Adab pelajar dengan guru Beliau mengariskan beberapa adab yang perlu ada pada pelajar dalam berhubungan dengan gurunya. Di antaranya ialah: i. Sabar dan tabah Sabar merupakan sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Islam menekankan sifat sabar ini dalam pelbagai aspek kehidupan dan dijanjikan dengan ganjaran yang besar bagi mereka yang memilikinya. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar. (al-Baqarah: 155) Di dalam ayat lain juga, Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali ‘Imran: 200) Seterusnya dalam ayat berikut, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala mereka Dengan tidak terkira". (al-Zumar: 10) Oleh kerana menuntut ilmu itu berhajat kepada kesungguhan dan pengorbanan, sudah pasti ia amat berhajat kepada sifat sabar ini. Syeikh al-Zarnuji dalam membicarakan sifat ini meletakkan bahawa perkara pertama yang memerlukan sifat sabar ialah sabar dengan gurunya, yakni tetap di sisinya dan tidak berpaling darinya (al-Zarnuji).
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Perkara ini dapat dilihat dalam peristiwa Nabi Musa a.s. yang menuntut ilmu daripada Nabi Khaidir. Ia dirakam oleh Allah s.w.t. untuk dijadikan panduan dan pengiktibaran buat penuntut-penuntut ilmu. Firman Allah s.w.t yang bermaksud.: Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah Aku mengikutmu, Dengan syarat Engkau mengajarku dari apa Yang telah diajarkan oleh Allah kepadaMu, ilmu Yang menjadi petunjuk bagiku?" Ia menjawab: "Sesungguhnya Engkau (Wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Dan Bagaimana Engkau akan sabar terhadap perkara Yang Engkau tidak mengetahuiNya secara meliputi? Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang Yang sabar; dan Aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". (al-Kahfi: 66-69) Guru merupakan pengajar, pengasuh, pendidik, mursyid dan murabbi (Kamus Dewan 2007). Ia menyampaikan ilmu dan dalam masa yang sama menta’dib dan mentarbiyyah pelajar-pelajarnya menjadi muslim yang sejati. Peranan yang dimainkannya amat penting dan mempunyai kesan yang besar kepada anak didiknya. Perkara ini dijelaskan oleh Razali Saaran, menerusi apa yang dipetik daripada Abdul Salam Yussof dalam bukunya: “ Guru golongan yang memberi kesan besar terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal dan spiritual manusia. Guru memainkan peranan penting sebagai pengajar, pengurus, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai innovator iaitu orang yang membawa pembaharuan. Menurut beliau lagi, guru merupakan orang yang penting dalam riwayat hidup setiap orang yang bertamadun. Jika diamati sedalam-dalamnya, guru adalah manusia yang hebat kerana bukan sahaja melahirkan golongan yang bertamadun malah turut melahirkan golongan yang membangunkan tamadun (Razali Saaran 2010). Disebabkan peranan guru yang amat besar inilah, maka penuntut-penuntut ilmu perlu bersabar untuk diajar, dididik, diasuh, dipandu dan ditarbiyyah. Sudah pasti dalam proses pendidikan dan tarbiyyah ini akan ada perkara yang tidak digemari dan disukai oleh mereka. Pendidikan bukan hanya mengajar semata-mata. Bahkan ada masanya teguran dan mendenda juga merupakan pendidikan, sebagaimana hadith Nabi s.a.w.:
فعريته بأمه فقال يل النيب صلى اهلل عليه وسلم يا أبا ّ إين ساببت رجال:عن أيب ذر رضي اهلل عنه قال أعريته بأمه إنك امرؤ فيك جاهلية إخوانكم خولكم جعلهم اهلل حتت أيديكم فمن كان أخوه حتت ّ ذر .يده فليطعمه مما يأكل وليلبسه مما يلبس وال تكلفوهم ما يغلبهم فإن كلفتموهم فأعينوهم Maksudnya: Dari Abu Dzar r.a. katanya: Aku telah mencela seorang lelaki, lalu aku memburukburukkannya dengan mengeji ibunya (katanya: wahai anak lelaki perempuan hitam). Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Dzar! Bagaimana boleh engkau memburukkannya dengan ibunya. Sesungguhnya engkau adalah seorang yang mempunyai sifat-sifat jahiliyyah. Saudara-saudara kamu adalah tugas kamu. Allah s.w.t. telah jadikan mereka di bawah tangan-tangan (tangungjawab) kamu. Sesiapa yang mempunyai saudara di bawah tanggungjawabnya, berilah ia makan dengan apa yang ia makan dan berilah ia pakai dengan apa yang ia pakai. Dan janganlah kamu membebankan mereka dengan kerja-kerja yang mereka tidak berdaya melakukannya. Dan sekiranya kamu memberikan mereka tanggungjawab maka bantulah mereka.
مروا أوالدكم بالصالة:عن عمر بن شعيب عن أبيه عن جده أن رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم قال وفرقوا بينهم يف املضاجع ِّ ، واضربوهم عليها وهم أبناء ع ْشر، وهم أبناء سبع Maksudnya: Dari ‘Umar bin Syuib, dari ayahnya, dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka berumur
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
tujuh tahun, dan pukullah ketika mereka itu berumur sepuluh tahun, dan pisahkanlah tempattempat tidur mereka. Teguran dan denda yang dikenakan seharusnya dipandang dari sudut positif. Kesabaranlah menjadi tunjang untuk ia terus tetap istiqamah dalam menuntut ilmu. Lalu syeikh al-Zarnuji mendatangkan kata-kata saidina Ali k.w. sebagai sokongan kepada kata-katanya:
أال التنال العلم إال بستة سأنبِيك عن جمموعها ببيان ٍ ذكاء وحرص واصطبار وبلغة وإرشاد أستاذ وطول زمان Maksudnya: Kamu tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan enam perkara, aku akan beritahu kepadamu himpunannya dengan terang dan nyata. Cerdik, kesungguhan, sabar, cukup belanja, petunjuk dari guru dan panjang masanya (alZarnuji). Mutakhir ini, sifat sabar yang sepatutnya dimiliki oleh penuntut-penuntut ilmu mula terhakis, khususnya sabar terhadap guru. Walaupun tidak banyak, kes pelajar memukul, mengugut dan merosakkan harta benda guru dan pendidik. Ini menjadikan guru-guru berada dalam keadaan dilema. Campur tangan ibubapa yang keterlaluan menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Oleh kerana faktor-faktor kecil sahaja seperti didenda atau dipukul, pelajar-pelajar berdendam dengan guru dan bertindak secara membuta tuli. Terdapat juga kes pelajar yang memohon supaya pendidik tertentu ditukar atau tidak menghadiri kelas atas alasan tidak suka cara pengajaran dan sebagainya. Semua itu lahir daripada sifat kurang sabar yang ada pada mereka. Oleh itu, penuntut-penuntut ilmu perlu dididik dan diasuh dengan sifat sabar dalam berhubungan dengan guru. Kesabaran dan ketekunan terhadap guru yang menyampaikan ilmu akan membuahkan keberkatan dari Allah s.w.t. serta bukti kehebatan dan keberaniannya. Abdul Halim Muhammad dalam kertas kerjanya menjelaskan bahawa hendaklah diingatkan kepada kanak-kanak apabila ia dipukul oleh orang yang mengajarnya supaya janganlah ia melaung kuat dan jangan membuat fitnah kepada gurunya itu. Hendaklah ia bersabar menghadapi itu kerana itu adalah sifat kelakian dan keberanian (Abdul Halim 2003). ii.
Memuliakan guru.
Dalam fasal keempat, iaitu fasl fi ta’zim al-‘ilm wa ahluh (membesarkan ilmu dan ahlinya), beliau menjelaskan bahawa seseorang penuntut ilmu itu tidak akan memperolehi ilmu dan manfaatnya kecuali dia membesarkan ilmu dan ahlinya serta membesarkan guru dan memuliakannya. Kemudian didatangkan kata-kata saidina Ali k.w.:
.اسرتق ّ وإن شاء, وإن شاء أعتق, إن شاء باع,أنا عبد من علم ِن حرفا واحدا Maksudnya: Aku adalah hamba kepada orang yang mengajarkan kepada ku satu huruf. Jika ia menghendaki ia menjualnya, jika ia menghendaki ia membebaskannya dan jika ia menghendaki ia menjadikannya hamba. Seterusnya digariskan beberapa tingkahlaku yang dikira memuliakan guru, di antaranya:
Tidak berjalan di hadapannya. Tidak duduk pada tempt gurunya Tidak memulai percakapan ketika di sisi guru kecuali dengan izinnya. Tidak banyak bercakap ketika di sisinya.
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Tidak meminta sesuatu ketika ia dalam keadaan jemu. Menjaga waktu yang ditetapkan oleh guru kepada pelajar untuk belajar. Jangan diketuk pintu rumah guru, bahkan hendaklah ia bersabar sehingga ia keluar.
Syeikh al-Zarnuji juga mendatangkan beberapa kisah perihal ulama’-ulama silam yang memuliakan guru-guru mereka untuk dijadikan panduan. Di antaranya ialah kisah yang diriwayatkan oleh guru beliau sendiri, al-syeikh al-Islam Burhanuddin, pengarang kitab al-hidayah bahawa terdapat seorang ulama’ Bukhara duduk pada tempat ia mengajar. Kadang-kadang dia berdiri ketika sedang mengajar. Maka orang bertanya kepadanya kenapa dia berkelakuan begitu. Jawabnya: Sesungguhnya anak guruku bermain dengan budak-budak di jalanan. Terkadang-kadang ia datang ke pintu masjid. Maka apabila aku melihat kepadanya, nescaya aku bangun berdiri baginya kerana membesarkan guruku (Qadhi al-Imam Fakhruddin al-Arsabandi). Dalam satu riwayat yang lain, khalifah Harun al-Rashid menghantar anaknya kepada seorang syeikh, iaitu Asmu’i supaya diajarkan kepadanya ilmu dan adab. Pada suatu hari khalifah melihat syeikh alAsmu’i berwudhu dan membasuh kaki, sedang anak khalifah mencurahkan air ke kakinya. Lalu khalifah menegur al-Asmu’i: Sesungguhnya aku menghantar dia kepadamu supaya engkau mengajar dan menta’dibnya. Maka mengapa engkau tidak menyuruhnya menuangkan air dengan salah satu tangannya dan menggosok kakimu dengan tangannya yang satu lagi (al-Zarnuji). Satu fenomena yang menyedihkan di akhir-akhir ini, sikap memuliakan guru kian terhakis daripada pelajar-pelajar muslim. Mereka tidak lagi meletakkan guru di kedudukan yang sepatutnya, iaitu memuliakan dan menghormati guru-guru tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Wee Kah Siong, hanya kira-kira tiga peratus daripada lima juta pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin pada tahun 2010. Tiga peratus itu dipecah-pecahkan mengikut salah laku, dan hasilnya boleh dilihat pada statistik di bawah. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Jenis salah laku disiplin Kekemasan diri Ponteng sekolah Berlaku kurang sopan Tidak mementingkan masa Jenayah Kenakalan Vendalisme Kelucahan
Bilangan (kes) 21,384 19,545 18,346 17,808 17,595 8,563 5,212 3,031 Berita Harian Online 28/12/2010
Jika diperhatikan kepada statistik di atas, perlakuan kurang sopan, yang semestinya melibatkan guruguru berada di kedudukan yang tinggi. Oleh kerana itu, penekanan terhadap sikap memuliakan guru perlu diberikan perhatian. Perkara ini perlu diasuh dan dididik daripada pendidikan peringkat awal lagi. Mengambil pepatah orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, maka bermula daripada pendidikan pra sekolah lagi, kanak-kanak perlu diasuh untuk menghormati dan memuliakan guru-guru. Penghormatan dan memuliakan guru mempunyai hubungkait yang cukup erat dengan keberhasilan ilmu dan barokahnya. Ini dijelaskan Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ bahawa hendaklah seseorang penuntut itu bersikap tawadhu’ dengan gurunya dan mencari ganjaran pahala dan kemulian dengan berkhidmat kepada gurunya. Dan seseorang itu tidak akan memperolehi ilmu kecuali dengan sifat tawadhu’ dan memberikan perhatian tatkala menuntut ilmu (al-Ghazali 1999). Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) Yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa Yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau Yang menggunakan pendengarannya Dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) Dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya. (Qaaf: 37) 4.3 Syafaqah (kasih sayang) dan nasihat
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, syeikh al-Zarnuji menekan juga dua sifat penting yang perlu dimiliki, iaitu kasih sayang dan saling nasihat menasihati. Dan kedua sifat ini seharusnya dimiliki oleh kedua-dua pihak, muaalim dan pelajar. Beliau menyatakan bahawa seharusnya orang yang berilmu mempunyai sifat kasih sayang serta menasihati, dan tidak memiliki sifat hasad dengki. Ini kerana hasad itu memberikan mudarat dan tidak memberikan manfaat. Beliau menukilkan satu kisah bahawa syeikh Burhan al-A’immah menjadikan waktu belajar untuk anaknya, al-Sadr al-Syahid Husamuddin dan al-Sadr al-Sa’iid Taj al-Din pada waktu pagi yang sudah tinggi, iaitu selepas ia mengajar pelajar-pelajarnya. Maka berkatalah kedua-dua anaknya: Sesungguhnya kami benci dan jemu dengan waktu tersebut. Lalu jawab bapa keduanya: Sesungguhnya orang-orang asing dan anak-anak pembesar datang kepadaku dari hujung dunia. Maka tidak dapat tidak bahawa aku mendahulukan bacaan-bacaan mereka. Dengan berkat kasih sayangnya itu, menjadi tinggi dan lebihlah kedua-dua anaknya atas kebanyakan ulama’-ulama’ feqah pada zaman itu (al-Zarnuji). Saranan beliau amat bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dan dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: …dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. (al-‘Asr: 3) Sabda Nabi s.a.w.:
قلنا ملن؟. الدين النصيحة: أن النيب صلى اهلل علىي وسلم قال:عن متيم بن أوس الداري رضي اهلل عنه . هلل ولكتابه ولرسوله وألئمة املسلمني وعامتهم:قال Maksudnya: Dari Tamim bin Aus al-Dari r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Lalu kami bertanya: Untuk siapa? Katanya: Untuk Allah s.w.t., kitabNya, rasulNya, pemimpin umat Islam dan rakyat mereka. Dalam konteks mua’lim dan murabbi, kasih sayang dan menasihati merupakan elemen penting bagi mejayakan proses pendidikan dan pentarbiyahan. Curahan ilmu yang disertai dengan rasa kasih sayang akan menatijahkan penerimaan ilmu yang berkesan di dalam hati pelajar-pelajar, dan seterusnya dijelmakan dalam bentuk tindakan dan praktikal. Menurut Dr. Husain Sulaiman Wurrah, tidak dapat diingkari lagi bahawa guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam sistem pendidikan, bahkan boleh dikatakan guru adalah peneraju sistem pendidikan. Guru melimpahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada padanya kepada pelajarnya. Sekiranya pelajar melakukan tindakan yang melanggar tata susila, gurulah yang akan bertindak membetulkan keadaan tersebut. Guru juga berperanan membaiki akhlak dan personaliti pelajarnya. Namun, dua sifat ini mula menghakis dalam diri pendidik, khususnya di Malaysia. Situasi hadir ke rumah guru atau pensyarah untuk belajar, dijamu dengan makanan, bahkan ke tahap bermalam di rumah mereka untuk menuntut ilmu dan sebagainya kurang dirasai di negara kita, berbanding di barat dan di timur tengah. Perkara ini lebih ketara di pusat-pusat pengajian tinggi. Dengan pelbagai alasan dan faktor, hubungan pendidik dan pelajar-pelajar terhenti di dewan-dewan kuliah sahaja. Pertemuan dan konsultasi dihadkan kepada masa-masa tertentu, hingga terdapat pendidik yang melarang sama sekali pelajar berhubung selepas daripada waktu kerja dan membataskan perbincangan kepada apa yang diajar sahaja. Lebih menyedihkan ‘title’ Professor, Prof. Madya, Doktor (falsafah) dan sebagainya mengukuhkan lagi tembok pemisah di antara pendidik dan pelajar. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran hanya terhad pada masa tertentu sahaja, maka peranan pendidik hanyalah berligar dalam ruang mengajar semata, tidak lebih dari itu. Oleh kerana itulah transformasi yang sedang dilaksanakan oleh KUIS bagi membentuk insan ta’dibi perlu diberikan perhatian. Dalam pembentukan insan ta'dibi, proses pendidikan 24 jam khususnya dalam membina sahsiah warga KUIS harus melalui fasa unlearn, learn dan relearn. Warga KUIS berperanan mendidik dan dalam masa yang sama mampu berlapang dada untuk dididik dan menerima teguran. Pembentukan insan melalui pendidikan tidak terhenti apabila tamat pengajian, tetapi pendidikan
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
dalam Islam bersifat sepanjang hayat dan berterusan. Dalam konteks KUIS, pihaknya berpandangan pendidikan bermula apabila insan melangkahkan kaki ke pintu gerbang atau pintu utama KUIS. Dengan kata lain, pendidikan tidak hanya bermula di dalam dewan kuliah, bilik seminar dan bilik tutorial semata-mata. Maka pihak berwajib sepatutnya menekankan berulangkali peranan sebenar pendidik dan ruang lingkup tugas mereka. Bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu, bahkan lebih daripada itu, iaitu membentuk, memandu dan mentarbiyyah pelajar-pelajar supaya cemerlang di dunia dan di akhirat. 4.4 Wara’ ketika menuntut ilmu Satu sifat yang dilupai oleh ramai penuntut ilmu ialah wara’. Ia juga merupakan salah satu sifat penting yang perlu ada dalam diri setiap mereka. Kepentinganya dapat dilihat daripada kata-kata syeikh al-Zarnuji bahawa sekadar mana penuntut ilmu itu wara’, maka sekadar itulah ilmunya memberi manfaat. Dipermudahkan baginya menuntut ilmu dan ia memperolehi faedah-faedahnya yang banyak lantaran keberkatan yang terhasil dari sifat wara’nya. Di antara sifat wara’ yang disenaraikan oleh beliau ialah:
Terpelihara ia daripada kenyang. Banyak tidur. Banyak bercakap perkara-perkara yang tidak memberi manfaat. Terpelihara ia daripada memakan makanan kedai, jika ia mampu. Ini kerana makanan di kedai-kedai tersebut terlebih hampir kepada najis dan cemar, jauh daripada menyebut nama Allah s.w.t. dan lebih hampir kepada lalai. Ia juga untuk mengelak daripada pandangan mata orang-orang miskin yang tidak mampu membeli makanan dan ini menyakitkan hati mereka. Maka akan hilang barokahnya. Terpelihara daripada mengumpat. Tidak duduk bersama orang-orang yang banyak bercakap. Menjauhi daripada ahli fasad, ahli maksiat dan orang-orang yang mensia-siakan umurnya (melakukan perkara yang tidak berfaedah). Mengadap kiblat ketika menuntut ilmu. Tidak mengambil mudah dengan adab-adab dan yang sunat-sunat (al-Zarnuji).
Seandainya diperhatikan satu persatu sifat wara’ yang dinyatakan oleh beliau, didapati perkara ini tidak diambil berat oleh sebahagian pendidik dan sebilangan besar penuntut-penuntut ilmu. Perkara besar yang dipandang remeh oleh semua pihak ialah pengambilan makanan. Makanan memberikan kesan yang cukup besar kepada pembentukan jiwa dan rohani seseorang individu. Walaupun makanan yang diperolehi daripada rezeki atau sumber yang halal, tapi penyediaannya serta ramuannya tidak halal tetap memberikan kesan kepada hati seseorang. Penekanan tentang perlunya berihtiyaat (berhati-hati) dalam pengambilan makanan telah diutarakan oleh syeikh al-Zarnuji kirakira sembilan kurun yang lampau. Betapa di zaman ini, penekanan ini amat-amat perlu diberikan perhatian oleh semua pihak. Ini kerana lahirkannya makanan fast food, junk food, diperbuat dari pelbagai bahan kimia, adanya campuran unsur-unsur daripada khinzir dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat akta-akta yang diperuntukkan seperti penyediaan makanan di kantin-kantin sekolah dan sebagainya, tapi penguatkuasaannya terlalu lemah dan ada tempat-tempat yang langsung tidak dipantau oleh pihak yang berwajib. Kanak-kanak dihidangkan dengan menu-menu yang tidak jelas kehalalannya, tidak berkhasiat dan sebagainya. Oleh kerana itulah, pihak yang berwajib seperti pihak sekolah dan Kementerian Kesihatan perlu lebih bersungguh-sungguh memantau situasi ini. Adalah sesuatu yang malang, kanak-kanak yang berada dalam marhalah pra pendidikan atau awal pendidikan, yang sepatutnya suci dan bersih daripada unsur-unsur negatif dicemari oleh makanan-makanan yang merosakkan perkembangan jiwa dan rohani mereka. Kesedaran tentang perlunya mengambil makanan yang halalun toyyibun perlu ditekankan kepada pelajar-pelajar muslim. Mereka perlu bijak dalam memilih makanan yang halal dan berkhasiat supaya ia akan membantu perkembangan jiwa dan akal dengan baik.
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin
5.0 Kesimpulan Berdasarkan kajian ringkas ke atas kitab Ta’liim al-Muta’alim, dapatlah disimpulkan bahawa kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan dan disarankan oleh ulama’-ulama’ silam perlu diberikan perhatian yang serius. Tidak dinafikan secara teorinya sistem pendidikan yang sedia ada pada hari ini sewajarnya mampu melahirkan generasi yang berkualiti, namun begitu dari segi implimentasinya, masih banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak yang terlibat. Walaupun aspek-aspek yang digariskan oleh syeikh al-Zarnuji dilihat oleh sesetengah pihak sebagai perkara yang perlu diserahkan kepada individu atau pelajar itu sendiri, tapi sebenarnya ia berhajat kepada peranan yang perlu dimainkan oleh semua pihak. Dan perkara-perkara yang dinyatakan oleh beliau itu seharusnya menjadi tunjang kepada sistem pendidikan pada hari ini kerana kecemerlangan, keberhasilan ilmu dan kelahiran insan yang berjaya di dunia dan di akhirat mesti berteraskannya. Oleh itu, sebagai umat Islam kita seharusnya menjadikan tinggalan ulama’ silam sebagai contoh terbaik bagi menjayakan sistem pendidikan kita kerana apa yang dianjurkan oleh mereka telah terbukti berkesan dan berjaya. Dan yang pastinya, ia berlandaskan al-Quran dan al-sunnah Nabi s.a.w.
RUJUKAN: Abdul Halim Muhammad. 2003. Keberkesanan Pendidikan Islam di Peringkat Rendah dan Pembentukan Peribadi Muslim. Hlm. 61 (Suzalie Mohamad.. Memahami Isu-isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.) Seminar Pendidikan dan Agama di Malaysia. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Abuddin Nata. 2003. Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam. Jakarta: Rajagrafindo Persada. Ahmad Kilani Mohamed. 2003. Pengurusan Pendidikan di Sekolah: Huraian Menurut Perspektif Islam. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Kamus Dewan (edisi keempat). 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahayudin Hj. Yahaya. 2001. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti. Muhammad bin Muhammad al-Ghazali. 1999. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Fikr Muhammad Syafie bin Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Linggi al-Fatoni. t.t. Kitab Pelita Penuntut Terjemahan Daripada Risalah Ta’alim Al-Muta’allim Tariq Al-Ta’alum. Oleh Syeikh AlZarnuji. Fatoni: Matba’ah Ibn Halabi. Razali Saaran. 2010. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam: Syed M.Naquib Al-Attas Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Penerbit Universiti Malaya. Yundri Akhyar. t.t. Metode Belajar dalam Kitab Ta’lim al-Muta’allim Thariqat al-Ta’allum (Telaah Pemikiran Tarbiyah al-Zarnuji. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Zarnuji
Membongkar Rahsia Pendidikan Islam
Abdul Mukti Baharudin