Topikȱ X Penilaian
4
Sekuriti
HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Memberi takrifan terma „nilai‰ seperti yang digunakan dalam konteks berbeza;
2.
Menerangkan ciri-ciri dan jenis bon;
3.
Mengira nilai bon dan kadar hasil hingga matang bagi bon;
4.
Mentakrifkan hubungan yang wujud dalam penilaian bon; dan
5.
Mengira nilai saham biasa berdasarkan pertumbuhan sifar, kadar pertumbuhan malar dan perbezaan pertumbuhan dividen.
X PENGENALAN Penilaian adalah konsep yang sangat penting dalam kewangan. Beberapa faktor spesifik diambil kira dalam proses penilaian yang akan mempengaruhi nilai. Topik ini membincangkan tentang konsep am penilaian dan proses penilaian bon. Topik perbincangan akan menyentuh ciri-ciri bon, penarafan bon, jenis bon, penilaian bon, kadar hasil apabila matang dan hubung kait antara nilai dan kadar hasil apabila matang. Dalam Topik 4, anda akan didedahkan dengan konsep asas penilaian. Dalam topik ini, kita akan membincangkan nilai intrinsik atau nilai ekonomi yang telah dikenal pasti sebagai nilai kini aliran tunai yang dijangka akan dijana pada masa hadapan oleh pelaburan atau aset.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
129
Seterusnya, kita akan sambung perbincangan berkaitan dengan penilaian aset kewangan dengan memfokus terhadap penilaian saham. Dalam topik ini, kita akan membincangkan dua jenis saham iaitu saham biasa dan saham keutamaan. Seperti yang anda sedia maklum, objektif pengurus kewangan adalah untuk memaksimumkan nilai saham biasa sesuatu syarikat. Oleh itu, anda mesti faham bagaimana untuk mengenal pasti nilai saham.
PENILAIAN
4.1
SEMAK KENDIRI 4.1 Terangkan perbezaan antara nilai buku, nilai likuidasi, nilai pasaran dan nilai intrinsik. Penilaian ke atas aset adalah perkara subjektif. Setiap individu mempunyai persepsi berbeza ke atas nilai aset spesifik. Terma penilaian juga digunakan dalam konteks yang berbeza. Sesetengah individu menilai nilai aset dengan merujuk kepada kunci kira-kira syarikat. Nilai yang diperoleh melalui cara ini dikenali sebagai nilai buku. Bagaimanapun, sekiranya penilaian itu dibuat berdasarkan harga aset yang sama yang ditemui di dalam pasaran, maka ia dikenali sebagai nilai pasaran. Apabila perniagaan melalui proses likuidasi dan kebanyakan aset akan dilelong dengan ditawarkan pada harga yang rendah bagi memastikan ia dapat dijual, maka harga jualan ini dikenali sebagai nilai likuidasi. Aset boleh dinilai berdasarkan manfaat yang boleh diperoleh daripada aset. Nilai ini dikenali sebagai nilai intrinsik atau nilai ekonomi.
4.1.1
Definisi Nilai
Beberapa definisi nilai yang digunakan dalam konteks berbeza diterangkan seperti berikut: (a)
Nilai Buku Nilai buku adalah nilai aset sebgaimana yang tercatat di dalam kunci kirakira syarikat. Ia juga dikenali sebagai nilai sejarah. Contohnya, anda membeli satu perniagaan dua tahun lalu pada harga RM100,000. Nilai buku adalah nilai sebenar yang telah dibayar kepada aset pada waktu ia dibeli iaitu RM100,000. Nilai ini mungkin tidak sama dengan harga pasaran semasa. Aset seperti mesin dan kenderaan akan mengalami pengurangan dalam nilai dan nilai buku adalah harga aset pada masa ia dibeli tolak pengurangan terkumpul.
130
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
(b)
Nilai Likuidasi Nilai likuidasi adalah nilai yang akan diperoleh apabila aset dijual berasingan dan syarikat digulungkan. Contohnya, jika syarikat tidak lagi beroperasi dan perlu dilikuidasi, maka aset akan dijual berasingan dan harga jualan adalah nilai kecairan aset.
(c)
Nilai Pasaran Nilai pasaran adalah nilai aset yang berada dalam pasaran yang ditentukan oleh kuasa permintaan dan bekalan di pasaran. Contohnya, nilai pasaran saham yang biasa terdapat di Bursa Malaysia adalah nilai jual dan beli yang telah dipersetujui antara para pelabur melalui perantara seperti broker.
(d)
Nilai Intrinsik Nilai intrinsik juga dikenali sebagai nilai ekonomi dan jumlah keseluruhan aliran tunai yang berpotensi untuk diperoleh melalui aset selepas pendiskaunan pada kadar pulangan yang dikehendaki oleh pelabur. Jumlah yang diperoleh dianggap sebagai nilai wajar berdasarkan jumlah, masa dan tahap risiko semua aliran tunai yang dijangka. Nilai ini biasanya dibandingkan dengan nilai pasaran. Jika nilai intrinsik lebih tinggi daripada nilai pasaran, maka pada pendapat para pelabur, aset adalah terkurang nilai. Bagaimanapun, jika nilai intrinsik adalah rendah daripada nilai pasaran, ia dianggap terlebih nilai. Sekiranya pasaran adalah cekap, nilai intrinsik dan nilai pasaran akan sama seperti nilai sekuriti yang didagang dan akan sentiasa menggambarkan semua maklumat yang sedia ada.
4.1.2
Proses Penilaian
Proses penilaian adalah proses untuk menentukan nilai aset pada tempoh masa tertentu dengan menggunakan teknik nilai masa wang. Sepertimana yang dinyatakan, nilai intrinsik sesuatu aset adalah jumlah aliran tunai dijangka terdiskaun pada kadar pulangan yang dikehendaki oleh para pelabur. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi nilai aset iatu: (a)
Jumlah Aliran Tunai (Pulangan) Nilai aset bergantung kepada jumlah aliran tunai yang dijangka. Untuk memperoleh nilai pulangan, ia tidak hanya melibatkan aliran tunai tahunan tetapi aliran tunai tunggal untuk tempoh masa tertentu. Contohnya, anda sebagai pelabur, anda dijangka akan memperoleh dividen RM0.30 sesaham setiap tahun untuk tempoh masa 5 tahun sekiranya anda melabur dalam Syarikat Antah.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
131
(b)
Pemasaan Bagi menganggar aliran tunai, anda perlu tahu pemasaan setiap aliran tunai. Sebagai contoh, anda akan melabur selepas anda menjangka bahawa anda akan memperoleh RM2,000 pada tahun 1, RM4,000 pada tahun 2 dan RM5,000 pada tahun 3.
(c)
Kadar Pulangan Diperlukan Tahap risiko boleh mempunyai kesan langsung ke atas nilai. Secara amnya, semakin tinggi risiko aliran tunai, semakin rendah nilainya. Menurut model CAPM, semakin tinggi risiko yang diukur oleh beta (), semakin besar pulangan (k). Semakin tinggi risiko bermaksud semakin besar kadar pulangan dan semakin rendah risiko bermaksud semakin kecil kadar pulangan. Penentuan kadar pulangan yang diperlukan oleh para pelabur mengambil kira pertimbangan sikap para pelabur terhadap risiko dan persepsi para pelabur ke atas tahap risiko bagi aset. Rajah 4.1 menunjukkan faktor asas yang menentukan nilai sesuatu aset.
Rajah 4.1: Faktor asas dalam menentukan nilai aset Peraturan am terhadap aliran tunai dan penilaian: (a)
Jumlah – Semakin tinggi jumlah aliran tunai, lebih baik;
(b)
Pemasaan – Semakin cepat diterima, lebih baik; dan
(c)
Risiko – Semakin rendah risiko, lebih baik.
132
X
4.1.3
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Model Asas Penilaian
Proses penilaian adalah proses yang memberi nilai kepada aset dengan mengira nilai semasa semua aliran tunai yang dijangka daripada aset. Ia menggunakan kadar pulangan yang diperlukan oleh pelabur pada kadar diskaun. Tiga langkah asas dalam proses penilaian adalah: (a)
Menganggarkan jumlah dan masa aliran tunai yang akan diterima (CFt);
(b)
Menentukan kadar pulangan yang dikehendaki oleh para pelabur. (k); dan
(c)
Mengira nilai intrinsik aset iaitu nilai kini semua aliran tunai yang diterima daripada aset (V).
Dalam topik sebelum ini, anda telah mempelajari bahawa nilai kini diperoleh daripada formula berikut:
Pn 1
F
n
(1 i)n
Dengan menggantikan: (a)
Pn–1 kepada Vn–1;
(b)
Fn kepada CFt; dan
(c)
i kepada k;
Kita akan memperoleh formula ini: Vt 1
CFt (1 k)t
Sekiranya tempoh penilaian adalah lebih daripada setahun (t > 1), formula di atas boleh dikembangkan seperti berikut:
V0
CF1 1
(1 k) n
(1 k)
2
...
CFn (1 k)n (4.1a)
CFt
¦ (1 k)t t=1
CF2
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
133
Di mana: CFt = Aliran tunai dijangka diterima pada masa t. V0 = Nilai intrinsik/nilai kini aset yang akan menjana aliran tunai dari tempoh 1 kepada n. k
= Kadar pulangan diperlukan (kadar diskaun).
n
= Tempoh aliran tunai dijangka akan diterima.
Formula 4.1a mengukur nilai kini untuk aliran tunai masa depan dan ia adalah asas kepada proses penilaian. Ia sangat penting kerana semua formula dalam unit ini adalah berasaskan persamaan ini.
AKTIVITI 4.1 Sekiranya anda ingin membeli tanah di Putrajaya, nilai apakah yang akan anda gunakan? Kenapakah anda menggunakan nilai tersebut?
LATIHAN 4.1 1.
Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian dan kenapa ia penting untuk pengurus kewangan memahami proses penilaian?
2.
Apakah tiga elemen penting dalam proses penilaian aset?
4.2
BON
Bon adalah nota jaminan jangka panjang yang dikeluarkan oleh peminjam. Pemegang bon akan menerima faedah pada kadar tetap untuk tempoh yang telah ditentukan. Pada tarikh kematangan, pemegang bon akan menerima faedah dan jumlah prinsipal. Bayaran faedah tetap ke atas setiap tempoh adalah konsep asas anuiti yang telah kita bincangkan dalam topik sebelum ini. Rajah 4.2 menunjukkan konsep bon dalam bentuk grafik. Berdasarkan contoh dalam Rajah 4.2, bon ini mempunyai tempoh matang 5 tahun. Faedah dibayar sebanyak RM100 setiap tahun dan mempunyai nilai muka RM1,000.
134
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Rajah 4.2: Konsep bon dalam grafik
4.2.1
Ciri-ciri Bon
Bon adalah tuntutan tetap ke atas syarikat dan kegagalan untuk memenuhi tuntutan oleh pengeluar boleh mengakibatkan firma mengalami kebankrapan. (a)
Tuntutan ke atas Aset dan Pendapatan Pemegang bon mempunyai keutamaan dalam tuntutan ke atas perolehan dan aset syarikat berbanding dengan pemegang saham keutamaan dan pemegang saham biasa. Sekiranya syarikat gagal menyelesaikan faedah, pemegang bon boleh mengisytiharkan syarikat itu sebagai muflis atau tidak mampu untuk membayar hutang dan boleh mendesak syarikat menjadi muflis.
(b)
Nilai Tara Nilai tara atau nilai muka adalah nilai yang dinyatakan dalam dokumen bon. Ia adalah jumlah yang akan dibayar balik kepada pemegang bon pada tarikh matang. Kebiasaannya, nilai par bon di US adalah USD1,000 seunit, manakala di Malaysia, nilai tara adalah RM100 seunit.
(c)
Kadar Kupon Kadar kupon merujuk kepada peratusan nilai tara yang akan dibayar kepada pemegang bon (pelabur) sebagai faedah ke atas kekerapan yang telah ditetapkan. Kadar ini ditetapkan sepanjang hayat bon itu dan jumlah faedah yang perlu dibayar adalah sama bagi setiap tempoh.
(d)
Indentur Indentur adalah kontrak perundangan antara pemegang amanah yang mewakili pemegang bon dengan syarikat yang mengeluarkan bon. Indentur menetapkan terma dan syarat yang berkaitan dengan penerbitan bon.
TOPIK 4
4.2.2
PENILAIAN SEKURITI
W
135
Penarafan Bon
Penerbitan bon diberi penarafan berdasarkan potensi risiko yang berkaitan dengan bon tersebut. Penarafan adalah penilaian ataupun penggredan yang dilakukan oleh agensi tertentu untuk menentukan kualiti bon dalam aspek ingkar. Sekiranya penarafan bon adalah tinggi, ini bermakna bahawa kemungkinan ingkar adalah rendah. Di Malaysia, ada dua agensi penarafan iaitu Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC). Kedua agensi ini memainkan peranan penting dalam penarafan semua bon dan nota komersial yang dikeluarkan terutamanya dalam pasaran sekuriti hutang swasta. Penilaian oleh RAM dinyatakan dalam bentuk simbol abjad. Untuk pinjaman jangka panjang yang melebihi setahun, penilaian „AAA‰ membawa maksud paras tinggi kredit amanah manakala paras pinjaman antara „AA‰ dan „BBB‰ biasanya dianggap sebagai gred pelaburan yang berhemat. Pinjaman jangka panjang yang ditaraf sebagai „BB‰ atau lebih rendah diklasifikasikan sebagai gred spekulatif. Penilaian oleh MARC dinyatakan dalam bentuk simbol dan simbol bernombor. Untuk pinjaman jangka panjang, penilaiannya adalah antara julat AAA – D. Untuk pinjaman jangka pendek, penilaian dalam julat MARC-1 – MARC-4. Penarafan dilakukan melalui analisis nisbah kewangan dan analisis aliran tunai dengan melihat kepada keupayaan syarikat untuk memenuhi tanggungjawab tertentu dalam bon. Selain itu, faktor lain akan menyebabkan kesan positif ke atas penarafan bon. Contohnya, tahap pembiayaan dengan ekuiti, pengendalian yang menguntungkan, tahap rendah pemboleh ubah dalam pulangan terdahulu dan saiz syarikat. Penilaian yang diberikan ke atas bon akan mempengaruhi pulangan yang diperlukan oleh pelabur. Semakin rendah penarafan bon, semakin tinggi kadar pulangan yang dikehendaki oleh bon dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, pengurus kewangan harus berjaga-jaga dengan penarafan yang diberikan kerana ia akan memberi kesan ke atas kadar pulangan yang harus dibayar kepada pelabur.
136
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
AKTIVITI 4.2 Layari laman web RAM di http://www.ram.com.my dan MARC di http://www.marc.com.my dan lihat bagaimana sekuriti kewangan diberi penarafan oleh kedua-dua agensi.
4.2.3
Jenis Bon
Bon adalah terma am kepada sekuriti hutang. Ia dikeluarkan dalam pelbagai jenis dengan ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, ada beberapa nama untuk bon. Antaranya adalah: (a)
Bon Gadai Janji Bon gadai janji adalah bon bercagar yang bersandar pada aset ketara seperti bangunan dan tanah. Kebiasaannya, nilai cagaran yang dicagarkan adalah lebih tinggi daripada nilai bon yang dikeluarkan. Jika syarikat mengeluarkan bon tidak boleh membayar semula pinjaman pada tarikh matang, aset yang dicagarkan akan dijual untuk membayar pinjaman kepada pelabur melalui tabung amanah.
(b)
Debentur Debentur merujuk pada pinjaman jangka panjang yang tidak dicagar dengan aset tetapi bergantung pada keupayaan syarikat pengeluar bon untuk memperoleh pendapatan. Bon jenis ini mempunyai risiko yang tinggi kepada pelabur berbanding dengan bon bercagar. Oleh itu, kadar pulangan yang dikehendaki oleh pelabur adalah tinggi. Bon jenis ini memberi kelebihan kepada syarikat yang mengeluarkan bon kerana tiada harta dicagarkan. Ini membolehkan syarikat yang mengeluarkan bon untuk memelihara peluang bagi membuat pinjaman tambahan pada masa hadapan.
(c)
Bon Kadar Hasil Tinggi Bon kadar hasil tinggi merujuk pada bon yang membayar faedah apabila syarikat yang mengeluarkan bon mempunyai lebihan pendapatan. Kebiasaannya, ia dikeluarkan melalui penstrukturan semula syarikat yang gagal membayar hutang. Apabila sampai tarikh matang, pengeluar masih perlu membayar nilai muka bon berkenaan.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
137
(d)
Bon Boleh Tukar Bon boleh tukar merujuk kepada bon yang boleh ditukarkan oleh pemegangnya kepada saham biasa pada harga dan nisbah pertukaran yang telah ditentukan oleh syarikat pengeluar apabila bon dikeluarkan. Melalui cara ini, pelabur diberikan hak untuk menukar statusnya daripada pemiutang kepada pemilik apabila hak pertukaran dilaksanakan.
(e)
Bon Kupon Sifar Bon kupon sifar adalah bon yang tidak perlu membayar faedah dan dikeluarkan pada harga yang rendah daripada nilai tara. Pemegang bon akan menerima pulangan sebagai keputusan perbezaan harga semasa pembelian dibandingkan dengan nilai muka yang akan dibayar pada tarikh matang.
(f)
Bon Euro Bon euro adalah bon yang pada permulaannya dikeluarkan oleh negara Eropah menggunakan mata wang Amerika (USD) oleh syarikat asing. Sekarang, sebarang bon yang dikeluarkan di dalam negara yang menggunakan mata wang berbeza daripadanya dikenali sebagai bon euro. Sebagai contoh, bon yang dikeluarkan di Eropah atau Asia oleh syarikat Amerika tetapi faedah dan jumlah prinsipal dibayar di dalam nilai dolar Amerika.
(g)
Bon Mata Wang Asing Tidak seperti bon euro, bon mata wang asing dikeluarkan dalam pasaran kewangan negara menggunakan mata wang negara tersebut oleh penghutang ataupun syarikat pengeluar dari negara asing.
AKTIVITI 4.3 Layari laman web http://rmbond.bnm.gov.my bagi mendapatkan maklumat yang lebih tentang bon di Malaysia. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, senaraikan jenis bon yan ditemui di dalam negara kita dan bandingkannya dengan jenis bon yang telah dibincangkan.
SEMAK KENDIRI 4.2 Senaraikan jenis bon dan ciri-cirinya.
X
138
4.3
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
PENILAIAN BON
Dalam subtopik 4.1.2 – Proses Penilaian, kita telah membincangkan tiga faktor utama yang mempengaruhi nilai aset iaitu aliran tunai keseluruhan, masa dan kadar pulangan yang dikehendaki. Dalam penilaian bon, tiga elemen penting yang mempengaruhi penilaian adalah (lihat Rajah 4.3): (a)
Jumlah dan Pemasaan Aliran Tunai yang Akan Diterima oleh Para Pelabur Ini merujuk kepada bayaran faedah tahunan dan nilai muka atau nilai prinsipal.
(b)
Tarikh Matang Bon Ini merujuk kepada tarikh pengeluar bon harus membayar nilai muka bon kepada pemegang bon.
(c)
Kadar Keuntungan yang Diperlukan oleh Pelabur Kadar pulangan jenis ini mengambil kira penilaian tahap risiko ke atas aliran tunai dan sikap pelabur terhadap pengambilan risiko. Ini juga satu bentuk pulangan kepada pelabur disebabkan peluang kos yang dihadapi oleh pelabur.
Rajah 4.3: Penilaian bon menggunakan garis masa
SEMAK KENDIRI 4.3 Apakah tiga elemen penting yang mempengaruhi proses penilaian sesuatu bon? Jelaskan.
TOPIK 4
4.3.1
PENILAIAN SEKURITI
W
139
Penilaian Asas Bon
Nilai bon adalah jumlah nilai kini bayaran yang perlu dibayar oleh pengeluar kepada pemegang bon dari sekarang hingga tempoh matang. Dalam subtopik 4.1.3 – Model Asas Penilaian, kita telah mempelajari formula asas untuk penilaian aset iaitu:
Vb
CF1 (1 k) n
CF2
1
(1 k)
2
...
CFn (1 k)n
(4.1b)
CFt
¦ (1 k)t t 1
Kita juga tahu bahawa bon mempunyai tarikh matang dan ia perlu membayar faedah pada kadar tetap untuk tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, formula untuk penilaian bon diperoleh dengan menambah baik formula di atas seperti berikut:
Vb
i 1
(1 k b )
i (1 k b )
2
i (1 k b )
3
...
i (1 k b )
n
M (1 k b )n
(4.2)
Atau n
Vb
I
¦ (1 k t=1
t b)
M
(4.2a)
(1 k b )n
Oleh kerana bon membayar faedah pada kadar tetap untuk tempoh yang ditentukan, kita juga boleh menggunakan jadual faktor faedah nilai kini anuiti (PVIFA) untuk mengira nilai bon. Formula untuk penilaian bon menggunakan jadual PVIFA diperoleh dengan menambah baik formula asas nilai kini anuiti. Berikut adalah formula untuk penilaian bon menggunakan jadual PVIFA:
Vb =I (PVIFAkb, n ) + M (PVIFkb, n )
(4.2b)
140
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Di mana: Vb
= Nilai intrinsik atau harga semasa bon
I
= Bayaran kupon
n
= Tempoh bon sehingga matang
kb
= Kadar pulangan diperlukan untuk bon
M
= Nilai tara atau nilai muka bon
PVIF
= Faktor faedah nilai kini
PVIFA = Faktor faedah nilai kini anuiti Contoh 4.1 Bon A mempunyai tempoh matang 10 tahun. Kadar kupon adalah 10% setahun dan faedah dibayar setiap tahun. Nilai tara bon adalah RM1,000. Pulangan yang dikehendaki adalah 8% setahun. Apakah nilai bon ini? Langkah 1: Anggarkan jumlah dan pemasaan aliran tunai yang dijangka. Langkah 2: Tentukan kadar pulangan yang dikehendaki untuk menilai risiko aliran tunai bon pada masa hadapan. Andaikan kadar pulangan diperlukan adalah 10%. Langkah 3: Kira nilai intrinsik bon iaitu faedah nilai kini yang dijangka akan diterima pada masa hadapan dan bayaran prinsipal pada tarikh matang, kadar pulangan terdiskaun yang diperlukan oleh pelabur. Nilai bon adalah:
Vb
100 100 100 100 100 1,000 ... (1.08) (1.08)2 (1.08)3 (1.08)4 (1.08)10 (1.08)10 92.59 85.73 79.37 73.53 68.03 63.01 58.38 54.02 50 46.32 463.18 RM1,134.16
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
141
Atau Vb = PV (bayaran kupon) + PV (nilai tara) = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb, n) = 100 (PVIFA 8%, 10) + 1,000 (PVIF8%,10) = 100 (6.710) + 1,000 (0.463) = 671 + 463 = RM1,134 (Nota: Perbezaan dalam jawapan yang dikira menggunakan formula dan jadual PVIFA adalah kecil dan adalah disebabkan oleh titik perpuluhan. Kedua-dua jawapan boleh diterima.) Keputusan pengiraan di atas boleh diilustrasi melalui Rajah 4.4. Kita menemui nilai intrinsik atau nilai sebenar untuk bon adalah RM1,134.21. Jika kadar pulangan diperlukan adalah 8%, maka harga adalah berpatutan. Jika harga pasaran bon dijual pada harga tinggi daripada RM1,134.21, maka dari perspektif pelabur, ia adalah mahal. Sebaliknya, jika harga pasaran adalah kurang daripada nilai sebenar bon, maka ia adalah pelaburan yang baik.
Rajah 4.4: Pengiraan nilai bon menggunakan garis masa
142
X
4.3.2
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Nilai Bon pada Kadar Pulangan yang Berbeza
Apabila kadar pulangan diperlukan adalah berbeza dengan kadar kupon bon, nilai bon akan berbeza dengan nilai tara. Perubahan kepada pulangan dikehendaki disebabkan oleh: (a)
Perubahan dalam situasi ekonomi yang menyebabkan kos dana jangka panjang turut berubah; atau
(b)
Perubahan dalam risiko syarikat.
Peningkatan di dalam kos dana jangka panjang atau risiko akan menaikkan kadar pulangan yang dikehendaki. Sebaliknya, penurunan di dalam kos dana jangka panjang atau risiko akan mengurangkan kadar pulangan yang dikehendaki. Terdapat tiga situasi berbeza yang boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara kadar pulangan yang dikehendaki dan nilai bon. (a)
Kadar Pulangan yang Dikehendaki adalah Lebih Besar daripada Kadar Faedah Kupon (kb> i) Contoh 4.2 Bon A mempunyai tempoh matang 10 tahun dengan kadar faedah kupon 10% setahun dan faedah berbayar setiap tahun. Nilai muka adalah RM1,000. Pulangan yang dikehendaki untuk bon ini adalah 12% setahun. Vb = PV (bayaran kupon) + PV (nilai tara) = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n) = 100 (PVIFA12%,10) + 1,000 (PVIF12%,10) = 100 (5.650) + 1,000 (0.322) = RM887.00 V
= Nilai kini bon
M = Nilai muka/Nilai tara V
< M
Dalam situasi ini, nilai bon (Vb) adalah kecil daripada nilai tara, M (Vb < M). Jika bon ini didagangkan, transaksinya akan berada pada harga lebih rendah daripada nilai tara. Oleh itu, ia boleh dipanggil sebagai urus niaga pada harga terdiskaun.
TOPIK 4
(b)
PENILAIAN SEKURITI
W
143
Kadar Pulangan yang Dikehendaki adalah Lebih Rendah daripada Kadar Faedah Kupon (kb< i) Contoh 4.3 Bon A mempunyai tempoh matang 10 tahun dengan kadar faedah kupon 10% setahun dan faedah berbayar setiap tahun. Nilai muka adalah RM1,000. Pulangan dikehendaki untuk bon ini adalah 8% setahun. Vb = PV (bayaran kupon) + PV (nilai tara) = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n) = 100 (PVIFA8%,10) + 1,000 (PVIF8%,10) = 100 (6.7101) + 1,000 (0.4632) = RM1,134.21 Dalam situasi ini, nilai bon (Vb) adalah lebih besar daripada nilai tara (Vb > M). Jika bon ini didagangkan, urus niaga akan berada pada harga lebih tinggi daripada nilai tara. Oleh itu, ia boleh dipanggil sebagai urus niaga pada harga premium.
(c)
Kadar Pulangan yang Dikehendaki adalah Sama Nilai dengan Kadar Faedah Kupon (kb = i) Contoh 4.4 Bon A mempunyai tempoh matang 10 tahun dengan kadar faedah kupon 10% setahun dan faedah berbayar setiap tahun. Nilai muka adalah RM1,000. Pulangan dikehendaki untuk bon ini adalah 10% setahun. Vb = PV (bayaran kupon) + PV (nilai tara) = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n) = 100 (PVIFA10%,10) + 1,000 (PVIF10%,10) = 100 (6.1466) + 1,000 (0.3855) = RM1,000.16
Dalam situasi ini, nilai bon (Vb) adalah sama dengan nilai tara (Vb = M). Jika bon ini dijual atau dibeli, urus niaga berada pada harga yang sama dengan nilai tara. Oleh itu, ia dipanggil transaksi pada nilai tara.
144
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Jadual 4.1 menunjukkan kesimpulan tentang perhubungan antara nilai bon dengan kadar pulangan yang diperlukan. Nilai bon mempunyai hubungan songsang dengan kadar pulangan diperlukan iaitu jika pelabur mengkehendaki pulangan yang lebih tinggi, nilai bon akan menyusut. Jadual 4.1: Nilai Bon pada Kadar Pulangan Diperlukan yang Berbeza Kadar Pulangan Diperlukan, kd(%)
Kadar Faedah Kupon, i (%)
Nilai Bon, Vb (RM)
Status
12
10
887.00
Diskaun
10
10
1,000.00
Nilai tara
8
10
1,134.21
Premium
Seperti di dalam contoh 4.2 hingga 4.4, apabila para pelabur mengkehendaki pulangan 12% berbanding kadar kupon 10%, nilai bon akan jatuh di bawah tara, iaitu turun ke RM887 dan dijual pada diskaun. Sebaliknya, penurunan kadar pulangan diperlukan iaitu 8% dibandingkan dengan kadar kupon 10% akan menyebabkan kenaikan dalam nilai atau harga bon kepada RM1,134.21 dan ia dijual pada harga premium. Apabila kadar pulangan diperlukan adalah sama dengan kadar kupon, nilai bon adalah sama dengan nilai tara. Kadar faedah semasa digunakan sebagai asas kepada kadar pulangan diperlukan oleh para pelabur. Oleh itu, ia mempunyai hubungan songsang dengan nilai atau harga bon.
4.3.3
Bayaran Faedah Dua Kali Setahun
Proses penilaian bon yang membayar faedah dua kali setahun adalah sama dengan konsep pengiraan faedah yang terkompaun melebihi sekali setahun. Perbincangan berkenaan faedah terkompaun lebih dari sekali dalam setahun telah dibincangkan dalam Topik 3. Formula untuk faedah terkompaun melebihi sekali setahun adalah seperti berikut:
PV=
FV (1+i/m)nm
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
145
Di mana: PV = Nilai kini FV = Nilai masa depan i
= Kadar faedah
m
= Kekerapan pengkompaunan atau pendiskaunan
n
= Tempoh
Untuk mengira nilai bon yang membayar faedah dua kali setahun, (a)
Tukar faedah tahunan (I) kepada faedah dua kali setahun dengan membahagikan (I) dengan 2;
(b)
Tukar bilangan tempoh matang, n, kepada setiap 6 bulan dengan menggandakan n dengan 2 (n u 2); dan
(c)
Tukar kadar pulangan tahunan diperlukan, kb, kepada setiap setengah tahun dengan membahagi kb kepada 2 (kb/2).
Oleh itu, formula penilaian untuk bon dengan bayaran kupon dua kali setahun adalah: 2n
Vb
I/2
¦ (1 k t 1
b /2)
t
M (1 k b /2)2n
(4.3)
atau Vb = I (PVIFAkb/2,2n) + M (PVIFkb/2,2n) Di mana: I
= Kadar kupon u Nilai tara
n = Tempoh kb = Kadar pulangan diperlukan
(4.3a)
X
146
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Contoh 4.5 Syarikat Maya Enterprise telah mengeluarkan bon yang mempunyai tempoh matang selama 8 tahun dengan kadar kupon 8% yang dibayar setiap 6 bulan. Nilai tara bon adalah RM1,000. Jika kadar pulangan diperlukan adalah 10%, apakah nilai bon?
Vb
I (PVIFA kb/2,2N ) M(PVIFkb/2,2N ) 2 RM80 (PVIFA10%/2,8u2 ) RM1,000(PVIF10%/2,8u2 ) 2 RM40(PVIFA 5%,16 ) M(PVIF5%,16 ) RM40 (10.8378) RM1,000 (0.4581) RM891.61
AKTIVITI 4.4 „Jangan melaburkan wang anda sehingga anda faham sepenuhnya semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan‰. Beri pendapat anda berhubung dengan kenyataan ini.
LATIHAN 4.2 1.
Kira nilai bon yang mempunyai tempoh matang 12 tahun dengan nilai muka RM1,000. Kadar kupon adalah 8% dan kadar pulangan diperlukan adalah 13%.
2.
Kira nilai bon yang mempunyai tempoh matang 7 tahun dengan nilai tara RM1,000. Kadar kupon adalah 12% dibayar dua kali setahun dan kadar pulangan diperlukan adalah 10%.
3.
Bagaimana pembayaran kupon lebih daripada sekali setahun memberi kesan kepada nilai bon?
TOPIK 4
4.4
PENILAIAN SEKURITI
W
147
HASIL MATANG
Setiap individu yang melabur mempunyai kadar pulangan dijangka yang minimum daripada setiap pelaburan. Ia dikenali sebagai kadar pulangan diperlukan dan berbeza untuk setiap pelabur. Pengurus kewangan akan hanya tertarik dengan kadar pulangan yang tinggi. Ini kerana harga semasa bon menggambarkan kadar pulangan dijangka yang akan diterima oleh pelabur. Hasil matang atau YTM adalah kadar atau pulangan yang akan diperoleh oleh para pelabur sekiranya bon dipegang sehingga matang. Kadar pulangan dijangka ini juga dikenali sebagai hasil kematangan jika pelabur memegang bon sehingga tempoh matang. Oleh itu, sekiranya kita merujuk kepada bon, terma kadar pulangan dijangka dan hasil kepada kematangan saling diguna pakai. Hasil matang adalah kadar diskaun yang sama nilai dengan nilai semasa untuk semua bayaran faedah dan bayaran prinsipal untuk bon dengan nilai semasa bon. Ia boleh dikira menggunakan formula asas untuk penilaian bon. (formula 4.3b) Vb = I (PVIFAkb,n) + M (PVIFkb,n)
(4.3b)
Kadar diskaun ini boleh dikira menggunakan jadual PVIF dengan kaedah cuba dan ralat. Melalui kaedah cuba dan ralat, kadar diskaun berbeza, k, akan diaplikasikan dalam formula untuk penilaian bon sehingga nilai kini aliran tunai bon adalah sama dengan nilai pasaran. Jika kadar ini diletakkan antara kadar yang ditemui dalam jadual, kaedah interpolasi akan digunakan untuk mendapatkan nilai tepat. Untuk penerangan lebih lanjut, mari kita lihat contoh 4.6. Contoh 4.6 Orlid Bhd mengeluarkan bon yang mempunyai nilai tara RM1,000 dengan kadar kupon 10% setahun dan tempoh matang 10 tahun. Harga semasa bon adalah RM1,080. Disebabkan harga bon lebih tinggi daripada nilai tara (P0 > M), maka kadar hasil kepada kematangan adalah lebih kecil daripada kadar faedah kupon (k < I). Ini menunjukkan bahawa kadar yang mesti ditemui harus lebih rendah daripada 10%. Bagi memulakan proses mencari untuk kadar diskaun, kadar 9% akan digunakan. RM1,080 = I (PVIFAk,n) + M (PVIFk,n) = 100 (PVIFA9%,10) + 1,000 (PVIF9%,10) = 100 (6.4177) + 1,000 (0.4224) = RM1064.17
148
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Apabila kita menggunakan kadar diskaun 9%, nilai bon diperoleh iaitu RM1,064.17 adalah rendah daripada nilai pasaran iaitu RM1,080. Untuk meningkatkan nilai yang kita cari, kadar diskaun mesti diturunkan kepada 8%. RM1,080 = I (PVIFAk,n) + M (PVIFk,n) = 100 (PVIFA8%,10) + 1,000 (PVIF8%,10) = 100 (6.7101) + 1,000 (0.4632) = RM1,134.21 Apabila kita menggunakan kadar diskaun 8%, nilai bon yang diperoleh adalah lebih daripada nilai pasaran itu sendiri. Ini menunjukkan bahawa kadar hasil kepada kematangan antara 8% dan 9% seperti diilustrasikan dalam Jadual 4.2. Jadual 4.2: Mencari Nilai Bon Menggunakan Kaedah Cuba dan Ralat Kadar
Nilai
8%
RM1,134.21
YTM
RM1,080.00
9%
RM1,064.17
Seterusnya, guna kaedah interpolasi untuk mendapatkan kadar hasil kepada kematangan dengan lebih tepat. Langkah 1: Kira perbezaan antara nilai bon pada kadar 8% dan 9%. Perbezaan nilai = RM1,134.21 – RM 1,064.17 = RM70.04 Langkah 2: Kira perbezaan antara nilai dikehendaki iaitu kadar hasil matang dengan nilai bon pada kadar diskaun yang lebih rendah iaitu 8% (abaikan simbol – atau +). Perbezaan nilai = RM1,134.21 – RM1,080.00 = RM54.21
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
149
Langkah 3: Bahagi nilai diperoleh dalam Langkah 2 dengan keputusan yang diperoleh dalam Langkah 1. Nisbah diperoleh = RM54.21/RM70.04 = 0.774 Langkah 4: Tambah kepada nilai yang dikira dengan kadar diskaun yang lebih rendah dan darab dengan jurang dalam kadar diskaun untuk mendapatkan kadar hasil apabila matang. Kadar Hasil Matang = 8% + [0.774 u (9% – 8%)] = 8.774% Kadar (%)
Nilai (RM)
Nilai (RM)
8
1,134.21
1,134.31
YTM
1,080.00
9
1,064.17
Perbezaan
RM54.21
RM70.04
§ 54.21 · u (9% 8%) ¸ YTM 8% ¨ 70.04 © ¹ 8% (0.774 u 1%) 8.774% Selain kaedah interpolasi, anda boleh menggunakan kaedah anggaran untuk mengira kadar hasil apabila matang dengan menggunakan formula berikut:
YTM
§ M P0 · i¨ ¸ © n ¹ M P0 2
(4.4)
150
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Di mana: i
= Kadar kupon
M = Nilai tara P0 = Pasaran nilai bon n = Bilangan tahun bon untuk matang Tambahan pula, dengan menggunakan persamaan 4.4, anda boleh memperoleh kadar hasil matang seperti berikut:
YTM
§ 1,000 1,080 · 100 ¨ ¸ 10 © ¹ 1,000 1,080 2 0.0885 8.85%
Melalui kaedah anggaran, kita mendapati bahawa kadar hasil matang adalah 8.85%. Jawapan ini tidak tepat seperti apabila kita menggunakan kaedah cubacuba (trail and error) dan kaedah interpolasi iaitu 8.774%.
LATIHAN 4.3 Bon A mempunyai nilai tara RM1,000 dan membayar faedah RM82 setahun. Tempoh matang Bon A adalah 5 tahun dan harga pasaran semasa adalah RM720. Berapakah kadar hasil matang untuk Bon A? Guna kaedah cuba-cuba (trail and error) serta kaedah anggaran untuk mendapatkan hasil matang.
TOPIK 4
4.5
PENILAIAN SEKURITI
W
151
HUBUNGAN ANTARA NILAI DAN HASIL MATANG
Apabila kadar pulangan diperlukan berbeza dengan kadar faedah kupon dan ia dijangka berterusan sehingga tempoh matang, nilai pasaran bon akan mendekati nilai tara apabila semakin hampir dengan tempoh matang. Rajah 4.5 menunjukkan pergerakan nilai bon berdasarkan pengiraan daripada Jadual 4.1. Kadar pulangan diperlukan adalah 12%, 10% dan 8%, dijangka malar sepanjang tempoh 10 tahun kematangan bon dan nilai tara dijangka sama iaitu RM1,000. (a)
Apabila kadar pulangan diperlukan adalah sama dengan kadar kupon bon iaitu 10%, nilai bon dan masih berterusan atau tempoh matang, iaitu RM1,000;
(b)
Apabila kadar pulangan diperlukan adalah 12%, nilai bon naik daripada RM887 kepada RM1,000 apabila masa melepasi dan menghampiri tempoh matang; dan
(c)
Akhirnya, apabila kadar pulangan diperlukan adalah 8%, nilai premium bon menurun daripada RM1,134.21 kepada RM1,000 pada tempoh matang.
Ini menunjukkan bahawa apabila kadar pulangan diperlukan dijangka malar hingga matang, nilai bon akan mencapai nilai tara RM1,000 pada tarikh matang.
Rajah 4.5: Tempoh sehingga matang dan nilai bon
152
X
4.5.1
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Perubahan ke atas Pulangan Diperlukan
Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.5, nilai bon mempunyai hubungan songsang dengan perubahan terhadap kadar pulangan yang dikehendaki oleh pelabur. Secara umum, kenaikan pada kadar faedah akan menyebabkan penurunan dalam nilai bon. Sebaliknya, penurunan dalam kadar faedah akan menyebabkan kenaikan dalam nilai bon. Ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kadar pulangan diperlukan oleh pelabur, semakin rendah nilai bon. Ini kerana kenaikan dalam kadar faedah akan menyebabkan pemegang bon mengalami kerugian dalam nilai pasaran; pelabur bon akan terdedah kepada risiko kadar faedah. Oleh itu, pemegang bon selalu berhati-hati terhadap kenaikan kadar faedah. Semakin pendek tempoh matang bon, semakin rendah tindak balas nilai pasaran ke atas perubahan terhadap kadar pulangan diperlukan. Secara ringkas, tempoh matang yang pendek akan mempunyai risiko kadar faedah yang rendah berbanding bon jangka panjang dengan andalan bahawa kadar kupon, nilai tara dan kekerapan bayaran faedah adalah sama. Jadual 4.3 menunjukkan nilai bon dengan perbezaan kadar pulangan diperlukan dan perbezaan tempoh matang (ringkasan contoh 4.2 dan 4.3). (a)
Apabila kadar pulangan yang dikehendaki menurun daripada 10% kepada 8%, nilai bon dengan tempoh matang 10 tahun akan meningkat sebanyak RM134.21, manakala nilai bon dengan tempoh matang 5 tahun hanya akan meningkat sebanyak RM79.87; dan
(b)
Apabila kadar pulangan yang dikehendaki meningkat daripada 10% kepada 12%, nilai bon dengan tempoh matang 10 tahun akan menurun sebanyak RM113. Manakala nilai bon untuk 5 tahun akan menurun sebanyak RM72.18. Jadual 4.3: Kesan Tempoh Matang Bon ke atas Kadar Pulangan Berbeza Kadar Pulangan Diperlukan (%) 8 10 12
Nilai Bon 10 Tahun (RM)
Nilai Bon 5 Tahun (RM)
1,134.21 1,000.00 887.00
1,079.87 1,000.00 927.82
Berdasarkan jadual dan penerangan di atas, ia jelas bahawa perubahan kepada kadar faedah memberi kesan besar ke atas bon yang mempunyai tempoh matang yang lama berbanding dengan bon yang mempunyai tempoh matang yang pendek.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
LATIHAN 4.4 1.
2.
Hasil matang (YTM) adalah _______________. A.
rendah untuk bon dengan risiko tinggi
B.
pulangan yang diperlukan ke atas bon
C.
sama dengan kadar kupon bon
D.
tetap sepanjang jangka hayat bon
Kadar diskaun yang digunakan untuk menilai bon adalah ________________. (i)
kadar kupon bon tersebut
(ii)
kadar faedah dalam pasaran
(iii) kadar yang ditentukan oleh syarikat (iv) kadar tetap untuk seluruh jangka hayat bon
3.
A.
i
B.
ii
C.
i dan ii
D.
iii dan iv
Bon yang telah dijual pada _________ apabila kadar faedah (kupon) adalah lebih daripada kadar pulangan diperlukan; dijual pada _________ apabila kadar faedah lebih rendah daripada kadar pulangan yang diperlukan; dan telah dijual pada _________ apabila kadar faedah adalah sama dengan kadar pulangan diperlukan. A.
premium; diskaun; sama dengan nilai tara
B.
premium; sama dengan nilai tara; diskaun
C.
diskaun; premium; sama dengan nilai tara
D.
sama dengan nilai tara; premium; diskaun
153
154
4.
5.
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Yang manakah antara pernyataan berikut adalah benar? A.
Bon jangka pendek mempunyai risiko kadar faedah yang tinggi berbanding dengan bon jangka panjang
B.
Bon jangka panjang mempunyai risiko kadar faedah tinggi berbanding dengan bon jangka pendek
C.
Semua bon mempunyai kadar faedah yang sama
D.
Semua pernyataan di atas tidak benar
Pilih pernyataan yang salah berkaitan bon. (i)
Bon bercagaran adalah bon yang dicagarkan dengan harta di mana nilai harta adalah melebihi nilai bon
(ii)
Indentur adalah jenis bon yang mempunyai tahap tuntutan keutamaan yang rendah
(iii) Bon Euro adalah bon yang dikeluarkan oleh satu negara menggunakan matawang negara asal pengeluar bon di mana bayaran prinsipal dan faedah adalah mengikut mata wang negara asal (iv) Nilai tara adalah nilai aliran tunai yang dijangka diterima oleh pemegang bon setiap tahun A.
iv sahaja
B.
i dan ii sahaja
C.
ii dan iv
D.
i, iii dan iv
6.
Berapakah nilai bon dengan nilai tara RM1,000, bayaran faedah RM80 setahun dan matang dalam tempoh 11 tahun? Anggap bahawa kadar pulangan diperlukan adalah 12%.
7.
Indah Air Berhad terbitkan bon yang akan matang dalam tempoh 10 tahun. Bon ini membayar faedah dua kali setahun pada kadar 8% dan nilai tara bon adalah RM1,000. Jika kadar pulangan tahunan diperlukan oleh pelabur setiap tahun sebanyak 6%, apakah nilai pasaran semasa bon tersebut?
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
8.
Bon dengan nilai tara RM1,000 telah dikeluarkan oleh Syarikat KEE dan mempunyai 15 tahun lagi sebelum mencapai tempoh matang. Kadar kupon yang dijanjikan adalah 5% setahun, dibayar dua kali setahun. Kadar faedah pasaran bon dengan tahap risiko yang sama dengan bon syarikat ialah 6%. Apakah nilai pasaran semasa bon tersebut?
9.
Cik Nadia telah membeli bon dengan nilai tara RM1,000 pada harga RM950 setiap saham. Bon ini membayar kadar kupon 9% setahun, dibayar tahunan dan akan matang dalam tempoh 2 tahun lagi. Kira hasil matang bon ini.
10.
Syarikat X telah mengeluarkan bon dengan nilai tara RM1,000 dan tempoh matang 3 tahun. Kadar kupon tahunan yang ditawarkan adalah 10%. Rating Agency Malaysia Berhad (RAM) telah memberi penarafan AAA terhadap bon Syarikat X. (a)
Sekiranya kadar pulangan diperlukan adalah 13%, apakah nilai pasaran bon ini?
(b)
Sekiranya bon dijual pada harga RM975.98, apakah hasil kematangannya (YTM)?
11.
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar hasil matang bon?
12.
Sebagai pelabur yang mengelak risiko, adakah anda pilih bon jangka panjang atau bon jangka pendek untuk melindungi kesan kadar faedah ke atas bon?
155
X
156
4.6
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
SAHAM BIASA
Saham biasa adalah sekuriti yang mewakili pemilikan syarikat. Pemegang bon boleh digambarkan sebagai pemiutang, manakala pemegang saham biasa adalah pemilik sebenar syarikat. Semakin banyak saham dipegang oleh pelabur, semakin besar bahagian pemilikan dalam syarikat. Pemegang saham biasa juga dikenali sebagai pemilik ekuiti. Saham biasa tidak mempunyai tempoh matang, ia akan kekal selamanya selagi syarikat masih beroperasi. Ia juga sama dari aspek pembayaran dividen, ia adalah tidak terhad. Sebelum dividen dibayar, ia mesti diumumkan lebih awal oleh lembaga pengarah syarikat. Sekiranya syarikat muflis, pemegang saham biasa iaitu pemilik syarikat, tidak boleh membuat sebarang tuntutan ke atas aset sebelum pemiutang membuat tuntutan (termasuk pemegang bon) dan pemegang saham keutamaan diselesaikan.
4.6.1
Ciri-ciri Saham Biasa
Sebelum membuat penilaian ke atas saham biasa, perlu untuk kita faham ciri-ciri saham biasa. (a)
Tuntutan Pendapatan Sebagai pemilik syarikat, pemegang saham biasa mempunyai hak untuk lebihan perolehan, selepas faedah bagi pemegang bon dan dividen untuk pemegang saham keutamaan dibayar. Perolehan yang telah diterima, boleh jadi secara langsung atau tidak langsung. Di sini, pendapatan langsung datang dalam bentuk dividen tunai, manakala pendapatan tidak langsung datang daripada penerapan perolehan. Penerapan perolehan adalah perolehan tidak langsung kerana perolehan yang telah diterima tidak diagih kepada pemegang saham biasa tetapi digunakan untuk pelaburan semula dengan harapan untuk meningkatkan nilai syarikat.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
157
Menerima lebihan perolehan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pemegang saham biasa. Kebaikannya adalah tiada had terhadap perolehan yang diterima. Manakala keburukan menerima lebihan pendapatan adalah pemegang saham mungkin tidak menerima apa pun sekiranya semua pendapatan digunakan untuk memenuhi tuntutan daripada pemiutang dan juga pemegang saham keutamaan. Apabila syarikat mengalami penyusutan dalam perolehan, pemegang saham biasa akan menanggung kesannya. (b)
Tuntutan ke atas Pendapatan dan Aset Sekiranya likuidasi terjadi, pemegang saham biasa akan menjadi orang terakhir untuk menuntut pendapatan dan aset syarikat selepas pemegang bon dan pemegang saham keutamaan membuat tuntutan.
(c)
Hak Mengundi Pemegang saham biasa mempunyai hak memilih lembaga pengarah syarikat. Saham biasa adalah sekuriti yang diberikan hak untuk mengundi dan hak untuk meluluskan perubahan ke atas memorandum penubuhan terhadap pemegangnya. Mengundi dijalankan semasa mesyuarat agung tahunan syarikat. Ia boleh dilakukan secara individu ataupun secara proksi. Kebanyakan pengundian biasanya dilakukan oleh proksi. Proksi bermaksud memberi hak kepada pihak ketiga untuk mengundi bagi pihak yang tidak dapat hadir mesyuarat agung tahunan syarikat. Prosedur mengundi melibatkan dua kaedah iaitu undi majoriti dan oleh pemegang saham bersama. Undi majoriti adalah undi di mana setiap saham dimiliki diberi satu hak mengundi dan setiap kedudukan di dalam lembaga pengarah akan diundi secara berasingan. Oleh itu, sebahagian besar pemegang saham akan mempunyai peluang untuk memilih semua ahli lembaga pengarah. Melalui pengundian kolektif, setiap saham diberi hak mengundi bersamaan dengan jumlah kedudukan yang dipertandingkan. Pemegang saham akan memilih untuk menggunakan semua hak mengundi untuk calon tertentu atau membahaginya antara beberapa calon yang terpilih. Kaedah ini memberi peluang kepada pemegang saham minoriti untuk melantik ahli lembaga pengarah yang akan mewakili mereka.
X
158
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
(d)
Hak Beli Dahulu Hak beli dahulu membenarkan pemegang saham untuk mengekalkan pemilikan dalam tangan sekiranya syarikat berniat untuk mengeluarkan saham baru. Sijil akan dihantar kepada pemegang saham yang masih ada untuk membeli beberapa saham yang telah ditentukan terlebih dahulu pada harga dan tempoh masa tertentu. Pemegang saham mempunyai pilihan untuk melaksanakan hak tersebut, membiarkan sehingga akhir tempoh atau menjualnya dalam pasaran terbuka.
(e)
Liabiliti Terhad Sekiranya likuidasi terjadi, liabiliti pemegang saham biasa adalah terhad kepada jumlah pelaburan dalam syarikat.
SEMAK KENDIRI 4.4 Jelaskan lima ciri asas saham biasa.
4.7
PENILAIAN SAHAM BIASA SEMAK KENDIRI 4.5
Apakah tujuan utama pemilik syarikat menjual saham syarikat mereka di pasaran saham?
Sama seperti bagaimana bon bernilai, nilai saham biasa juga adalah sama dengan nilai kini semua aliran tunai yang akan diterima oleh pemegang saham. Bagaimanapun, pemegang saham biasa tidak dijanjikan dengan pendapatan tetap atau bayaran tertentu apabila tiba tempoh matang seperti bon dan saham keutamaan. Pemegang saham biasa akan menerima pulangan dalam dua bentuk iaitu: (a) Dividen – Keuntungan yang diagihkan kepada pemegang saham; atau (b) Keuntungan modal – Perbezaan antara harga jualan dan harga belian saham.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
159
Dividen yang diterima bergantung kepada keuntungan syarikat dan keputusan pihak pengurusan untuk membayar dividen atau untuk menahan pendapatan bagi tujuan pelaburan semula. Jumlah dividen yang diterima adalah tidak sama, ia bergantung kepada keuntungan syarikat dan kadar pertumbuhan. Secara am, pertumbuhan syarikat mempunyai implikasi langsung ke atas dividen berbayar dan nilai saham. Pertumbuhan syarikat dapat dicapai melalui pelbagai cara. Contohnya, melalui pinjaman, pengeluaran saham baru atau penggabungan dengan syarikat yang lebih besar dan lebih kukuh. Kebiasaannya, syarikat akan mengalami pertumbuhan dengan menggunakan dana baru seperti pengeluaran bon dan saham biasa. Pertumbuhan syarikat boleh dicapai melalui pertumbuhan dalaman; dengan menahan satu bahagian atau semua keuntungan syarikat bagi tujuan pelaburan semula. Menahan keuntungan adalah satu bentuk pelaburan oleh pemegang saham biasa. Untuk memberi gambaran lebih jelas terhadap pertumbuhan dalaman, bayangkan bahawa pulangan atas ekuiti Syarikat Meru adalah 18%. Sekiranya pengurusan membuat keputusan untuk membayar semua keuntungan sebagai dividen kepada pemegang saham, ia bermakna tiada pertumbuhan dalaman untuk syarikat. Sekiranya syarikat mengekalkan semua keuntungannya, maka pelaburan pemegang saham dalam syarikat akan berkembang dalam jumlah yang sama untuk keuntungan tertahan iaitu 18%. Jika syarikat hanya mengekalkan keuntungan 50% untuk tujuan pelaburan, maka pertumbuhan syarikat akan menjadi setengah iaitu 9%. Secara am, hubungan ini boleh dirumuskan seperti berikut: g = ROE u r (4.5) Di mana: g
= Kadar pertumbuhan pendapatan pada masa hadapan dan pertumbuhan dalaman pelaburan pemegang saham dalam syarikat
ROE = Pulangan ke atas ekuiti (keuntungan selepas cukai/jumlah ekuiti) r
= Peratusan keuntungan tertahan oleh syarikat
160
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Oleh itu, jika syarikat menahan 25% daripada keuntungan, maka nilai saham akan meningkat kepada 4.5%. g = 0.18 u 0.25 = 0.045 atau 4.5%
4.7.1
Penilaian Saham Biasa – Satu Tempoh Pegangan
Dalam topik sebelum ini, kita telah diberitahu bahawa nilai saham biasa adalah sama dengan nilai semua aliran tunai yang akan diterima oleh pemegang saham. Untuk pelabur yang memegang saham biasa dalam satu tempoh, sebagai contoh satu tahun, nilai saham adalah bersamaan dengan nilai kini dividen yang akan diterima dalam tempoh satu tahun (D1) dan harga jualan saham pada penghujung tempoh. (P1). Ini kerana, kedua-dua aliran tunai berlaku pada masa yang sama iaitu pada penghujung tempoh. Proses penilaian saham biasa melibatkan tiga langkah: Langkah 1: Bayangkan aliran tunai dijangka akan diterima pada masa hadapan iaitu jumlah dividen dan harga jualan saham pada penghujung tempoh; Langkah 2: Anggarkan aliran tunai dikehendaki oleh pelabur dengan mengambil kira risiko aliran tunai dijangka; dan Langkah 3: Diskaun dividen yang dijangka diterima dan harga saham pada akhir tempoh pada nilai kini dengan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur. Contoh 4.7 Bayangkan seorang pelabur merancang membeli saham Syarikat Meru. Dia menjangka bahawa dividen berbayar adalah RM0.15 pada penghujung tahun. Dia percaya bahawa saham boleh dijual pada harga RM2.40 selepas saham dipegang selama setahun. Apakah nilai saham Meru jika kadar pulangan yang diperlukan adalah 12%?
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
161
Dengan menggunakan formula asas nilai kini dan mengikuti langkah di atas, nilai saham adalah:
Fn
P
(1 i)n RM0.15 1
(1 0.12)
RM2.40 (1 0.12)1
RM0.13 RM2.14 RM2.27 Formula di atas boleh dirumuskan seperti berikut:
Vcs
Nilai kini dividen yang diterima dalam tahun 1 (D1 ) + Nilai kini harga jualan yang diterima dalam tahun 1 (P1 ) D1 P1 1 (1 k cs ) (1 k cs )1
Di mana: Vcs = Nilai kini saham biasa D1 = Dividen tunai yang dijangka diterima pada penghujung tempoh P1 = Harga saham dijangka pada hujung tempoh Kcs = Kadar pulangan diperlukan untuk saham
4.7.2
Penilaian Saham Biasa – Tempoh Pelbagai Pegangan
Saham biasa tidak mempunyai tempoh matang dan biasanya dipegang selama beberapa tahun. Oleh itu, penilaiannya lebih kompleks daripada yang kita bincangkan dalam topik sebelum ini. Aliran tunai dijangka akan berbeza sepanjang tempoh pegangan. Dividen yang telah diterima sepanjang tempoh pegangan adalah tidak tetap. Ini bermakna, aliran tunai dikurangkan untuk tempoh tidak tentu atau sehingga infiniti.
162
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Sekiranya tempoh pegangan adalah lebih daripada satu atau infiniti, dengan sedikit pembaikan kepada formula 4.2, penilaian model saham biasa adalah seperti berikut: Vcs
D1 D2 Dn Df ... 1 2 n (1 k cs ) (1 k cs ) (1 k cs ) (1 k cs )f f
Dt
¦ (1 k t 1
cs )
t
(4.7) Dividen adalah sebahagian daripada perolehan syarikat. Apabila perolehan syarikat tidak menentu sepanjang tempoh operasi, risiko akan meningkat dan mempengaruhi harga saham syarikat. Untuk mengurangkan risiko yang diandaikan oleh pelabur, syarikat biasanya membayar dividen berdasarkan pertumbuhan jangka panjang syarikat. Model penilaian saham biasa di atas boleh diaplikasikan dalam tiga tahap pertumbuhan iaitu: (a)
Pertumbuhan Sifar Pertumbuhan sifar bermaksud dividen tidak dijangka mengalami pertumbuhan tetapi pada kadar g = 0. Ini bermakna, dividen yang diterima pada masa hadapan adalah sama dengan dividen yang diterima pada tahun sebelumnya iaitu D1 = D2 = = Dn. Oleh itu, nilai saham biasa mengalami pertumbuhan sifar boleh dinyatakan seperti berikut:
Vcs
D1 D2 Dn ... (1 k cs )1 (1 k cs )2 (1 k cs )n
(4.8)
Apabila D1 = D2 = = Dn, ini menunjukkan aliran tunai adalah berkekalan disebabkan oleh aliran tunai yang diperoleh adalah jumlah yang sama untuk tempoh yang tidak tentu. Dengan pertumbuhan sifar, nilai saham biasa adalah sama dengan nilai semasa berkekalan untuk D1. Dengan menggunakan formula asas berkekalan sebagai petunjuk, persamaan 4.8 boleh dirumuskan seperti berikut:
Vcs =
D1 k cs
(4.9)
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
163
Contoh 4.8 Syarikat Rias telah beroperasi untuk tempoh masa yang lama dalam industri makanan ringan. Kebelakangan ini, syarikat telah membayar dividen sebanyak RM0.20 sesaham untuk pemegang saham biasa. Berdasarkan jualan dan pendapatan semasa syarikat, pengurusan menjangkakan bahawa dividen akan kekal pada masa hadapan. Sekiranya kadar pulangan diperlukan adalah 12%, apakah nilai saham untuk Syarikat Rias? Vcs
D1 k cs RM0.20 0.12 RM1.67
(b)
Kadar Pertumbuhan Malar Walaupun model pertumbuhan sifar boleh digunakan ke atas beberapa syarikat, kebanyakan syarikat akan mengalami kenaikan dalam perolehan dan dividen dari semasa ke semasa. Sebahagian akan menjangkakan untuk mengalami pertumbuhan dengan dividen tetap atau dividen malar. Jika pertumbuhan adalah malar, dividen yang bakal diterima pada tahun berikutnya (Dt) adalah bersamaan dengan: D1 = Dt-1 (1+g)
atau
Dt = D0 (1+g)t
(4.10)
Di mana: Dt
= Dividen untuk tempoh t
Dt–1 = Dividen yang telah dibayar pada tahun terdahulu g
= Kadar pertumbuhan dividen
Dengan menggunakan formula 4.10, kita boleh mencari dividen bagi sebarang tahun yang diberikan. D1 = D0 (1+g) D2 = D1 (1+g) = D0 (1+g) (1+g) = D0 (1+g)2
164
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
D3 = D2 (1+g) = D0 (1+g)2 (1+g) = D0 (1+g)3 D4 = D3 (1+g) = D0 (1+g)3 (1+g) = D0 (1+g)4 Dengan menggunakan kaedah asas untuk menganggarkan dividen pada masa depan, kita akan memperoleh nilai kini saham (Vcs) dengan menggunakan formula 4.6. Langkah 1: Cari aliran tunai dijangka yang akan diterima pada masa depan (dividen); Langkah 2: Kira nilai kini untuk semua bayaran dividen dan nilai kini dividen yang dijangka diterima pada masa depan. Disebabkan pertumbuhan (g) adalah malar, persamaan 4.6 boleh ditambah baik seperti berikut: Vcs
D 0 (1 g) D0 (1 g)2 D 0 (1 g)t ... (1 k cs ) (1 k cs )2 (1 k cs )t
(4.11)
Seterusnya, persamaan di atas boleh dipermudahkan kepada persamaan berikut, sekiranya tempoh pegangan adalah infiniti:
Vcs =
D1 k cs g
(4.12)
Formula 4.12 juga dikenali sebagai Model Gordon yang dinamakan sempena Myron J. Gordon, individu yang mencipta dan mempopularkan formula itu. Formula 4.12 digunakan untuk mencari nilai kini saham biasa yang mengalami kadar pertumbuhan malar. Teorinya, kadar pulangan diperlukan (kcs) mesti lebih besar daripada kadar pertumbuhan dividen (g). Jika kadar pulangan diperlukan adalah lebih rendah daripada kadar pertumbuhan dividen, anda akan mendapat dividen negatif dan nilai
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
165
saham tidak dapat ditentukan. Dalam situasi sebenar, jika pelabur menjangka dividen akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi, maka kadar pulangan diperlukan akan menjadi lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan dividen. Contoh 4.9 Syarikat BBB membayar dividen RM0.20 pada akhir tahun lepas dan dijangka akan membayar dividen tunai setiap tahun bermula dari sekarang dan selama-lamanya. Kadar pertumbuhan setiap tahun adalah 10%, manakala kadar pulangan adalah 15%. Langkah 1:
Kira dividen yang akan diterima D1 = D0 (1+g) = 0.20 (1+0.10) = RM0.22
Langkah 2:
Kira nilai kini saham Vcs
D1 k cs – g 0.22 0.15 – 0.10 RM4.40
(c)
Pertumbuhan Dividen Berbeza Syarikat berkembang mengikut pusingan hayat produk yang diniagakan. Kadangkala terdapat syarikat yang akan mengalami pertumbuhan yang laju pada permulaan, dibandingkan dengan situasi ekonomi secara keseluruhan. Maka, terdapat kemungkinan ia akan tumbuh malar dengan pertumbuhan ekonomi dan akhirnya, pertumbuhan semakin perlahan daripada pertumbuhan ekonomi. Syarikat yang menghadapi situasi ini dikenali sebagai syarikat yang mempunyai pertumbuhan tidak malar atau pertumbuhan turun naik. Rajah 4.6 menunjukkan gambaran pertumbuhan tidak malar dibandingkan dengan pertumbuhan malar dan pertumbuhan sifar.
166
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Rajah 4.6: Ilustrasi kadar pertumbuhan dividen
Rajah 4.6 menunjukkan dividen bagi syarikat yang mengalami pertumbuhan tidak malar. Dividen dijangka meningkat 25% untuk tiga tahun pertama di mana selepas itu, kadar pertumbuhan dijangka jatuh 6% setahun untuk tempoh yang agak panjang. Nilai saham syarikat ini adalah sama dengan nilai kini dividen yang dijangka pada masa depan seperti yang ditunjukkan dalam persamaan 4.6. Ia melibatkan tiga langkah: (i)
Kira nilai kini dividen untuk tempoh keseluruhan pertumbuhan tidak malar;
(ii)
Kira harga saham pada akhir tempoh yang tidak malar di mana pada tahap ia berubah menjadi pertumbuhan malar, kemudian pendiskaunan harga ini pada nilai kini; dan
(iii) Tambah nilai kini yang diperoleh daripada Langkah 1 dan Langkah 2 untuk memperoleh nilai intrinsik, Vcs.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
167
Contoh 4.10 Dengan menggunakan illustrasi di dalam Rajah 4.6, kira nilai kini saham biasa yang mengalami pertumbuhan tidak malar. Bayangkan bahawa lima maklumat berikut diberikan: Kcs = Kadar pulangan diperlukan oleh para pelabur (12%) n
= Tempoh pertumbuhan tidak malar (3 years)
gs = Kadar pertumbuhan dividen sepanjang tempoh pertumbuhan tidak malar (25%) gn = Kadar tetap (6%) D0 = Jumlah penghabisan yang dibayar oleh syarikat (RM0.20 sesaham) Pengiraan: Langkah 1: Kira dividen dijangka pada akhir setiap tahun sepanjang tempoh pertumbuhan tidak malar. Kadar pertumbuhan tidak malar, gs, untuk tempoh tiga tahun adalah 25%. D1 = D0 (1+g) = RM0.20 (1+0.25) = RM0.25 D2 = RM0.25 (1+0.25) = RM0.3125 D3 = RM0.3125 (1+0.25) = RM0.3906 Langkah 2: Harga saham adalah nilai kini dividen dari tahun 1 hingga infiniti. Oleh itu, ia perlu untuk mendapatkan nilai dividen tahun 4, D4, dengan menggunakan kadar pertumbuhan malar gn = 6%. D4 = RM0.3906 (1+0.06) = RM0.414
168
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Seterusnya, kita akan menggunakan formula untuk kadar pertumbuhan malar bagi mencari harga pada tahun ke-3 iaitu nilai semasa dividen dari tahun ke-4 hingga infiniti. P3
D4 k cs g n RM0.414 0.12 0.06 RM6.90
Langkah 3: Diskaun aliran tunai bagi tahun 1 hingga 3 dan nilai kini dividen pada tahun ke-4 dengan kadar pulangan diperlukan, kcs = 12%, bagi mendapat nilai intrinsik untuk saham biasa.
Vcs
RM0.25(PVIF12%,1 ) RM0.3125(PVIF12%,2 ) RM0.3906(PVIF12%,3 ) RM6.90(PVIF12%,3 ) RM0.223 RM0.249 RM0.278 RM4.911 RM5.66
Proses penilaian di atas boleh ditunjukkan dengan menggunakan garis masa seperti dalam Rajah 4.7.
Rajah 4.7: Proses mencari nilai saham syarikat yang mengalami pertumbuhan tidak malar
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
169
Nilai RM6.90 yang dinyatakan dalam Rajah 4.7 adalah aliran tunai kedua pada tahun ke-3. Pemegang saham boleh menjualnya pada tahun ke-3 dengan harga RM6.90 atau dengan kata lain, ia adalah nilai semasa dividen aliran tunai dari tahun ke-4 hingga infiniti.
4.7.3
Kadar Pulangan Diperlukan bagi Saham Biasa
Seperti yang telah diterangkan, kadar pulangan yang diperlukan untuk bon adalah pulangan yang dijangka terima oleh pemegang bon ke atas pelaburan. Kadar pulangan dijangka untuk saham biasa adalah kadar pulangan dijangka oleh pemegang saham biasa ke atas pelaburan mereka. Pengurus kewangan mengunakan kadar pulangan dijangka untuk saham biasa bagi menilai kesan saham biasa ke atas kos dana baru untuk syarikat. Kadar pulangan dikira berdasarkan nilai atau harga saham dan dividen diterima. Persamaan penilaian saham masih boleh digunakan untuk menjangka kadar pulangan dijangka untuk saham biasa. Walau bagaimanapun, persamaan ini perlu diubah suai kerana nilai yang diperlukan adalah kadar pulangan yang diperlukan atau kadar pulangan yang digunakan untuk mendiskaunkan aliran tunai. Kadar pulangan dijangka ditunjukkan dalam tiga aspek pertumbuhan: (a)
Pertumbuhan Sifar Bagi mencari kadar pulangan dijangka untuk dividen yang mengalami tiada pertumbuhan, kita boleh menggunakan formula 4.13.
Vcs
D k cs
(4.13)
Disebabkan kita mencari nilai untuk kadar pulangan, formula di atas boleh ditambah baik seperti berikut:
K cs
D Vcs
(4.14)
170
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Contoh 4.11 Syarikat Cergas Maju telah menjual saham biasa pada harga RM2.30 sesaham. Tahun lepas, syarikat telah membayar dividen RM0.25. Berdasarkan situasi ekonomi dan perkembangan semasa syarikat, pengurusan menjangka syarikat tidak akan mengalami pertumbuhan untuk tempoh masa yang panjang. Apakah kadar pulangan dijangka bagi Syarikat Cergas Maju?
K cs
D Vcs RM0.25 RM2.30 10.87%
(b)
Kadar Pertumbuhan Malar Bagi mencari kadar pertumbuhan dijangka untuk dividen pada kadar pertumbuhan malar, kita boleh menggunakan formula 4.15.
Vcs
D1 K cs g
(4.15)
Disebabkan kita mencari nilai untuk kadar pulangan yang diperlukan, formula di atas boleh ditambah baik seperti berikut:
K cs
D1 g Vcs
(4.16)
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
171
Berdasarkan persamaan di atas, kadar pulangan yang diperlukan oleh pemegang saham biasa adalah bersamaan dengan kadar pulangan untuk dividen, ditambah dengan faktor pertumbuhan. Walaupun kadar pertumbuhan (g) digunakan dengan kadar pertumbuhan dividen syarikat, andaikan nilai saham dijangka untuk meningkat pada kadar yang sama. Ini kerana (g) mewakili peratusan kadar pertumbuhan tahunan untuk nilai saham. Dengan kata lain, kadar pulangan diperlukan oleh pelabur ditentukan oleh dividen yang diterima termasuk keuntungan modal, seperti yang ditunjukkan oleh kadar pertumbuhan peratusan dijangka dalam harga saham. Contoh 4.12 Saham biasa Syarikat Maju Jaya baru sahaja dijual pada harga RM3.38. Syarikat telah membayar dividen RM0.30 sesaham dan dijangka mengalami pertumbuhan malar sebanyak 8.5%. Jika anda membeli saham ini di pasaran, apakah pulangan yang anda jangka akan terima? K cs
D1 g Vcs RM0.30 (1 0.085) 0.085 RM3.38 0.1813 atau 18.13%
AKTIVITI 4.5 Berdasarkan formula g = ROE u r, apakah faktor yang mempengaruhi nilai saham biasa?
X
172
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
LATIHAN 4.5 1.
Apakah dua bentuk pulangan yang akan diperoleh oleh pemegang saham biasa dalam pelaburan mereka?
2.
Syarikat Litar dijangka membayar dividen RM0.18 kepada pemegang saham syarikat pada tahun depan dan pertumbuhan telah ditetapkan iaitu 5% setahun. Harga pasaran saham dijangka bernilai RM4.25 pada akhir tahun depan. Jika kadar pulangan diperlukan adalah 11%, apakah nilai kini saham? Jika anda memiliki saham dalam Syarikat Litar, adakah anda akan menjual saham? Kenapa?
3.
Syarikat TAB telah membayar dividen RM0.50 kepada pemegang saham. Syarikat menjangka dividen akan mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 15% untuk tempoh tiga tahun mulai sekarang dan seterusnya, akan mengalami pertumbuhan malar pada kadar 4%. Kadar pulangan diperlukan adalah 12%. Apakah harga saham Syarikat TAB?
4.
Apakah yang anda faham berkenaan dengan kadar pulangan dijangka oleh para pelabur?
5.
Saham biasa Syarikat Mesra telah dijual pada harga RM2.30 seunit. Syarikat menjangka akan mengalami pertumbuhan malar pada kadar 10.5% dan dividen pada hujung tahun dijangka bernilai RM0.25. (a)
Apakah kadar pulangan yang dijangka untuk saham Syarikat Mesra?
(b)
Jika kadar pulangan diperlukan adalah 17%, adakah anda akan membeli saham tersebut?
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
173
SAHAM KEUTAMAAN
4.8
SEMAK KENDIRI 4.6 Kenapakah saham keutamaan kurang popular berbanding dengan saham biasa? Saham keutamaan juga dikenali sebagai sekuriti hibrid disebabkan mereka mempunyai ciri-ciri bon dan juga saham biasa. Jadual 4.4 menyenaraikan persamaan dan perbezaan saham keutamaan dengan saham biasa dan bon. Jadual 4.4: Persamaan dan Perbezaan antara Saham Keutamaan dengan Bon dan Saham Biasa Item
Bon
Saham Keutamaan
Saham Biasa
Dividen
Pemegang bon menerima faedah pada kadar dan tempoh yang tetap
Bayaran dividen adalah pada kadar dan tempoh yang tetap
Bayaran dividen tidak terhad tetapi ia mesti diisytihar oleh lembaga pengarah syarikat
Tuntutan ke atas perolehan dan aset
Mempunyai keutamaan untuk menuntut pendapatan dan aset berbanding dengan saham keutamaan dan saham biasa
Mempunyai keutamaan untuk menuntut perolehan dan aset berbanding dengan saham biasa tetapi hanya selepas tuntutan daripada pemegang bon selesai
Jika likuidasi terjadi, pemegang saham biasa menjadi individu terakhir dapat membuat tuntutan perolehan dan aset syarikat selepas pemegang bon dan pemegang saham keutamaan
Tempoh matang
Bon mempunyai tempoh matang
Saham keutamaan tidak mempunyai tempoh matang. Pemilikan kekal selagi syarikat masih beroperasi
Saham biasa tidak mempunyai tempoh matang. Pemilikan kekal selagi syarikat masih beroperasi
Hak mengundi
Pemegang bon tidak mempunyai hak untuk mengundi ahli lembaga pengarah
Pemegang saham keutamaan mempunyai hak mengundi untuk melindungi hak mereka
Pemegang saham biasa mempunyai hak mengundi sebagai pemilik syarikat
174
X
4.8.1
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
Ciri-ciri Saham Keutamaan
Sebelum kita membincangkan bagaimana saham keutamaan dinilai, kita mesti memahami ciri-ciri saham keutamaan. (a)
Pengeluaran Beberapa Kelas Saham Keutamaan Biasanya, syarikat akan mengeluarkan beberapa kelas saham keutamaan yang mempunyai ciri-ciri dan tahap keutamaan yang berbeza dalam aspek tuntutan sekiranya likuidasi berlaku.
(b)
Tuntutan ke atas Aset dan Pendapatan Saham keutamaan mempunyai keutamaan dari aspek tuntutan ke atas aset dan perolehan berbanding dengan saham biasa. Bagi syarikat yang mengeluarkan beberapa kelas saham keutamaan, keutamaan untuk menuntut akan ditentukan berdasarkan ciri-ciri saham keutamaan. Oleh itu, dari segi aspek risiko, risiko saham keutamaan lebih rendah berbanding dengan risiko saham biasa tetapi lebih tinggi berbanding dengan risiko bon.
(c)
Dividen Terkumpul Sekiranya terdapat dividen tertunggak, syarikat mesti membayar dividen tersebut dahulu sebelum bayaran dividen diisytihar kepada pemegang saham biasa. Ciri-ciri ini adalah untuk melindungi kepentingan pemegang saham keutamaan.
(d)
Peruntukan untuk Perlindungan Peruntukan untuk perlindungan adalah satu peruntukan yang biasanya dimasukkan dalam syarat pengeluaran saham keutamaan. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan saham keutamaan. Contohnya, hak mengundi diperuntukkan dan sekiranya gagal membayar dividen atau dengan menyekat bayaran dividen saham biasa, jika bayaran untuk dana terikat tidak dibuat.
(e)
Saham Keutamaan Boleh Tukar Pemegang saham keutamaan mempunyai pilihan mengubah saham keutamaan sedia ada kepada beberapa unit saham biasa mengikut nisbah yang telah diberikan apabila saham dikeluarkan. Ini adalah tarikan kepada pelabur dan dapat mengurangkan kos kepada pengeluar saham keutamaan.
TOPIK 4
(f)
PENILAIAN SEKURITI
W
175
Saham Keutamaan Boleh Tebus Syarikat yang mengeluarkan saham keutamaan biasanya akan menyediakan kaedah bagi tujuan untuk menebus semula saham keutamaan yang dikeluarkan. Sekiranya tiada kaedah penebusan semula, syarikat tidak akan mendapat manfaat daripada pengurangan kadar faedah. Apabila kadar faedah menurun, syarikat akan menebus semula saham keutamaan yang ada sekarang dan mengeluarkan saham keutamaan yang baru pada kadar rendah. Ada dua kaedah untuk menebus semula saham keutamaan yang biasanya digunakan iaitu: (i)
Peruntukan Opsyen Panggilan Kaedah ini membolehkan syarikat pengeluar membeli semula saham keutamaan pada harga yang telah ditetapkan dan dalam tempoh yang telah ditentukan.
(ii)
Peruntukan Dana Terikat Kaedah ini memerlukan syarikat pengeluar untuk membahagikan sejumlah wang secara berkala bagi tujuan untuk menebus semula saham keutamaan. Jumlah yang terkumpul akan digunakan untuk membeli saham dengan menggunakan opsyen panggilan atau kaedah lain yang lebih murah.
AKTIVITI 4.6 Dividen saham keutamaan harus dibayar sebelum dividen saham biasa pada jumlah dan tempoh yang ditetapkan. Pada pendapat anda, perlukah dividen ini dikategorikan sebagai liabiliti kepada syarikat seperti hutang. Kenapa?
X
176
4.9
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
PENILAIAN SAHAM KEUTAMAAN SEMAK KENDIRI 4.7
Saham keutamaan membolehkan pemegangnya menerima dividen tetap. Bagaimanakah dividen tetap dibayar? Seperti yang telah diterangkan, pemilik saham keutamaan secara amnya menerima dividen tetap daripada pelaburan bagi setiap tempoh. Ia tidak mempunyai tempoh matang atau dengan kata lain, ia kekal. Seperti penilaian saham biasa, proses penilaian saham keutamaan melibatkan tiga langkah seperti berikut: (a)
Andaikan jumlah dan pemasaan aliran tunai yang akan diterima daripada pelaburan saham keutamaan;
(b)
Kira paras risiko aliran tunai yang dijangka akan diterima dan kemudian tentukan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur; dan
(c)
Kira nilai intrinsik saham keutamaan dengan mengurangkan semua aliran tunai yang dijangka akan diterima dengan menggunakan kadar pulangan diperlukan.
Memandangkan saham keutamaan tidak mempunyai tempoh matang, dividen dijangka diterima secara berterusan sehingga infiniti. Oleh itu, formula untuk mengira nilai saham keutamaan seperti berikut: Nilai Saham =
Dividen tahunan Kadar pulangan diperlukan
D Vps = k ps
(4.17)
Contoh 4.13 Dividen tahunan yang dijangka akan diterima adalah RM0.36 sesaham. Kadar pulangan yang diperlukan oleh para pelabur adalah 7%. Kira nilai saham keutamaan ini.
Vps
RM0.36 0.07 RM5.14
TOPIK 4
4.9.1
PENILAIAN SEKURITI
W
177
Kadar Pulangan Dijangka bagi Saham Keutamaan
Tujuan mencari kadar pulangan dijangka untuk saham keutamaan adalah sama dengan tujuan mencari kadar pulangan dijangka untuk saham biasa dan bon iaitu untuk menilai kesan saham keutamaan ke atas kos dana yang baru untuk syarikat. Untuk mengira kadar pulangan dijangka bagi pemegang saham keutamaan, formula 4.17 perlu ditambah baik seperti berikut:
k ps
D Vps
(4.18)
Contoh 4.14 Syarikat Cher Mate telah menjual saham keutamaan pada harga RM5.50 dan membayar dividen sebanyak RM0.25 sesaham. Apakah kadar pulangan dijangka sekiranya anda membeli saham pada harga pasaran? k ps
D Vps RM0.25 RM5.50 4.54%
AKTIVITI 4.7 1.
Ada beberapa jenis pelaburan seperti saham, hartatanah, bon, ekuiti dan amanah saham. Yang manakah lebih sesuai untuk anda atau anda akan membuka akaun simpanan di bank?
2.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan saham di Malaysia melalui laman web Bursa Malaysia di http://www.klse.com.my
X
178
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
LATIHAN 4.6 1.
Pemegang saham biasa adalah ____________. (i)
pemilik syarikat
(ii)
pengurus syarikat
(iii) pemiutang syarikat
2.
3.
A.
i
B.
i, ii
C.
ii, iii
D.
i, ii, iii
Semua di bawah mempunyai kesan ke atas nilai saham biasa kecuali: A.
nilai tara
B.
kadar bebas risiko
C.
pertumbuhan dividen pada masa depan
D.
dividen pada masa hadapan
Sekiranya seorang pelabur percaya bahawa saham adalah ____________, dia patut ____________ saham untuk menerima keuntungan yang lebih. A.
turun nilai; beli
B.
kurang nilai; jual
C.
dinilai dengan betul; beli
D.
dinilai dengan betul; jual
TOPIK 4
4.
PENILAIAN SEKURITI
W
Saham keutamaan bermaksud __________________ (i)
keutamaan ke atas saham biasa dari aspek tuntutan ke atas aset
(ii)
keutamaan ke atas saham biasa dari aspek bayaran dividen
(iii) keutamaan ke atas saham biasa dari aspek hak mengundi
5.
A.
i
B.
i, ii
C.
ii, iii
D.
i, ii, iii
Saham keutamaan mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan bon kerana ___________. A.
mempunyai kadar tetap bulanan
B.
mempunyai jumlah tetap dividen
C.
mewakili pemilikan sesuatu syarikat
D.
semua di atas
6.
Mengapa saham keutamaan dinyatakan sebagai sekuriti hibrid?
7.
Apakah nilai saham keutamaan sekiranya kadar dividen adalah 16% dan nilai tara RM10? Kadar pulangan diperlukan adalah 12%.
8.
Anda memiliki 150 unit saham keutamaan dalam Syarikat Mapa. Saham ini telah dijual pada harga RM3.85 sesaham dan dividen tahunan adalah RM0.35. (a)
Apakah kadar pulangan dijangka?
(b)
Jika kadar pulangan diperlukan adalah 18%, adakah anda akan menjual atau membeli saham?
179
180
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
9.
Syarikat Maju telah membayar dividen RM1.32. Jika kadar pertumbuhan dijangka adalah sentiasa 7% dan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur adalah 11%, berapakah harga saham Syarikat Maju?
10.
Chips Computer Sdn Bhd baru sahaja membayar dividen untuk saham biasa sebanyak RM1.15. Untuk dua tahun seterusnya, syarikat dijangka akan mengalami pertumbuhan besar setinggi 15% dan 13% untuk tahun ketiga serta seterusnya pada kadar tetap 6%. Kadar pulangan diperlukan untuk saham syarikat adalah 12%. Kirakan nilai saham untuk Chips Computer Sdn Bhd.
11.
Kebelakangan ini, Syarikat Tenun baru sahaja mengeluarkan saham biasa pada harga RM4.05 sesaham. Dividen sebanyak RM0.24 dijangka akan dibayar pada akhir tahun dan dijangka akan mengalami kadar pertumbuhan tetap sebanyak 7% setahun. Apakah kadar pulangan yang diperlukan untuk saham ini?
12.
Tahun lepas, Syarikat Primax telah membayar dividen RM0.40 dan tahun ini dividen dijangka akan mengalami kadar pertumbuhan 10%. Syarikat baru sahaja membayar dividen RM0.44. Melalui teknik baru dalam menghasilkan produknya, Primax menjangka akan memperoleh pencapaian tinggi dalam jangka pendek iaitu 25% setahun untuk tempoh tiga tahun pertama. Selepas itu, pertumbuhan dijangka kembali sediakala untuk tempoh panjang iaitu 10% dan seterusnya. Jika pelabur memerlukan 15% kadar pulangan, apakah harga saham syarikat hari ini?
13.
Jika Syarikat Cabin membayar dividen sebanyak RM1 setahun kepada saham keutamaan dan kadar pulangan diperlukan adalah 12%, apakah nilai saham keutamaan ini?
14.
Apakah kadar pulangan diperlukan oleh saham keutamaan sekiranya dividen berbayar setiap tahun adalah RM0.15 dengan nilai tara adalah RM4.00? Saham ini telah dijual pada harga RM5.
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
W
181
x
Penilaian adalah proses yang penting dalam bidang kewangan. Ini kerana dalam kewangan, nilai aset diukur berdasarkan faktor pemasaan dan risiko, bukannya berdasarkan nilai sejarah.
x
Memahami konsep nilai dan mempunyai kemahiran dalam membuat penilaian adalah sangat penting untuk membantu pengurus membuat keputusan kewangan bagi syarikat. Ia selari dengan objektif syarikat iaitu untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham.
x
Bon adalah salah satu sumber jangka panjang bagi pembiayaan yang menjadi semakin penting dalam pasaran modal.
x
Dalam membuat penilaian bon, anda akan memperoleh nilai intrinsik iaitu nilai sebenar aset dan ia ditekankan dalam bidang kewangan.
x
Nilai ini akan dibandingkan dengan harga jualan bon dalam pasaran.
x
Jika harga jualan bon dalam pasaran lebih tinggi daripada nilai intrinsik, bon dikatakan terlebih nilai dan jika sebaliknya terjadi, bon dikatakan terkurang nilai.
x
Hasil matang (YTM) adalah asas untuk membuat keputusan pelaburan kerana kadar pulangannya boleh dijangka, sekiranya anda memegang bon sehingga tarikh matang. Kadar ini akan dibandingkan dengan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur. Jika kadar ini tinggi daripada kadar pulangan diperlukan, maka pelaburan itu adalah pelaburan yang baik.
x
Saham biasa dan saham keutamaan adalah sumber pembiayaan jangka panjang.
x
Saham biasa adalah sumber yang lebih penting untuk pembiayaan dan penggunaannya adalah lebih meluas daripada saham keutamaan.
x
Objektif penilaian saham biasa dan saham keutamaan adalah sama dengan objektif menilai bon iaitu mencari nilai intrinsik atau nilai sebenar saham bagi membantu membuat keputusan terhadap pembiayaan atau pelaburan.
182
X
TOPIK 4
PENILAIAN SEKURITI
x
Proses penilaian saham biasa memerlukan anda untuk menjangka dividen bagi tahun mendatang terlebih dahulu.
x
Dividen adalah komponen penting dalam penilaian saham biasa dan saham keutamaan kerana aliran tunai yang perlu didiskaunkan bagi mendapatkan nilai saham.
x
Kadar pulangan dijangka melibatkan pulangan yang akan diterima daripada pelaburan saham biasa dan saham keutamaan. Mengetahui kadar pulangan dijangka akan diterima adalah sangat penting kerana ia mempengaruhi pembiayaan dan pelaburan syarikat.
Bon
Nilai buku
Dividen
Nilai intrinsik
Hak beli dahulu
Nilai likuidasi
Hasil matang (YTM)
Nilai pasaran
Indentur
Nilai tara
Kadar kupon
Pertumbuhan dividen berbeza
Kadar pertumbuhan malar
Pertumbuhan sifar
Kadar pulangan dijangka
Saham biasa
Kadar pulangan diperlukan
Saham keutamaan
Keuntungan modal
Tempoh matang
Liabiliti terhad