PENGUCAPAN AWAM Prof. Madya Dr. Supyan Hussin Blog: supyanhussin.wordpress.com E-mail:
[email protected]
Supyan © 2012
PENGENALAN Apakah aspek yang anda perlu tahu? Ilmu/Pengetahuan Kemahiran Pengalaman Keupayaan Pembaikan keupayaan secara berterusan
Supyan © 2012
FORMAT UCAPAN
Spontan
Ekstemporanas
Ucapan terancang; guna nota; cth – ceramah, kuliah, taklimat
Manuskrip
Ucapan bersahaja, tiada persiapan awal; bidan terjun; cth kenalkan diri, wakil tuan rumah; taklimat, alu-aluan
Ucapan bertulis; dibaca dari A – Z; cth – ucaptama, plenari, ucapan dasar, qutbah
Hafalan
Ucapan yang dihafal; ucapan ringkas; cth – majlis-majlis tertentu spt hari jadi; perpisahan dll
Supyan © 2012
PERBANDINGAN UCAPAN Jenis
Kebaikan
Kelemahan
Atasi Kelemahan
Spontan
• Temuan mata • Ringkas
• Tiada persiapan • Tidak terkawal isi dan retorik • Gugup, gementar
• Pengalaman • Catit/ hafal segera
Ekstemporanas
• • • • •
• Bahasa tidak konsisten
• Guna nota, slaid, APD • Berlatih awal
Manuskrip
• Persiapan awal • Terkawal bahasa • Terkawal isi
• Kurang temuan mata • Kurang guna bahasa badan • Tidak terkawal masa
• Guna APD • Berlatih awal
Hafalan
• Persoapan awal • Nyatakan apa yang dirancang sahaja; • Berfokus
• Terlupa • Jumud; terhad bahasa dan kandungan
• Berlatih awal
Persiapan awal Temuan mata Berfokus Terkawal isi Guna bahasa badan yang aktif
Supyan © 2012
TUJUAN UCAPAN
Menerang
Memujuk
Bertukar pandangan. Cth: forum, simposium, usrah
Syarahan umum
Menarik perhatian, mempengaruhi khalayak untuk bertukar fikiran, mendapat sokongan, dan bertindak. Cth: jualan produk, ceramah politik, motivasi, doktrinasi
Berbincang atau derdebat
Menjelas, mendidik, memaklum khalayak mengenai sesuatu. Cth: ceramah, taklimat, kuliah
Syarahan umum. Cth: Ucaptama, qutbah, pidato
Mengibur
Menglipulara khalayak. Cth: lawak, cerita, pengkisahan Supyan © 2012
ANALISA AWAL
Supyan © 2012
PERSIAPAN AWAL Analisa majlis Analisa topik Analisa khalayak
Supyan © 2012
ANALISA MAJLIS Penganjur Tujuan Tema Tarikh, hari tertentu Masa Tempat Jangkaan bilangan hadirin
Supyan © 2012
ANALISA TOPIK Tema majlis Topik yang diberikan Keyakinan diri terhadap topik Skop kandungan topik Bahan untuk topik
Supyan © 2012
BAGAIMANA MENGUMPUL MAKLUMAT?
Mencari maklumat
Mengumpul data
Perpustakaan, internet; media cetak dan elektronik (maklumat biblio perlu tepat). www.google.com Kajian pustaka, soalselidik, ujian, pemerhatian, temubual
Menyusun dan mengolah maklumat dan data
Sintesis, analisis, dan pengolahan maklumat serta data
Supyan © 2012
ANALISA PENDENGAR
Latar
Umur Jantina Etnik Status sosio-ekonomi Tahap pemikiran Sikap Profesion, kerja, aktiviti Keadaan sosio-budaya setempat Keanggotaan dalam badan tertentu Kecenderungan: sosial, politik, ekonomi
Jenis
Sukarela (voluntary) Terpaksa (captive)
Supyan © 2012
PENYEDIAAN KANDUNGAN
Supyan © 2012
MENGUMPUL DAN MENYUSUN ISI
Mengumpul maklumat dan bukti
Menyusun kandungan
Bacaan latar Mencari maklumat; perpustakaan, Internet Susun idea mengikut keutamaan
Menyediakan alat-padang dengar (APD)
Slaid, foto, audio, video, transparensi dll
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 1: PENYAMPAIAN
Supyan © 2012
URUTAN PENYAMPAIAN
Aspek permulaan
Aspek isi
Bagaimana menarik perhatian? Bagaimana mulakan ucapan? Bagaimana susunatur isi? Bagaiamana menyampaikan isi?
Aspek penutup
Bagaimana mengakhiri ucapan?
Supyan © 2012
permulaan
isi
penutup
BAGAIMANA TANGANI HADIRIN?
Menawan hati hadirin
Berinteraksi dengan hadirin
Memberi ruang untuk soalan, kemusykilan, komen yang mungkin timbul
Menangani maklumbalas dari hadirin
Kenalpasti persamaan nilai, harapan, cita-cita, dan pandangan Meraikan kehadiran hadirin Melibatkan hadirin
Prihatin terhadap bahasa badan; positif, negatif
Menangan gelagat hadirin
Budi bicara dalam mengambil tindakan Supyan © 2012
ASPEK PERMULAAN
Ucapan salam Protokol sebutan Tarikan
Nyatakan tujuan Pantun Petikan kata-kata, ucapan Cerita Tanya soalan Penghargaan Hubungkait khalayak dengan majlis/topik Gambaran isi ucapan
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam majlis yang dihadiri majoriti orang Islam, ucapan salam diikuti dengan pujipujian kepada Allah, selawat atas nabi, menyatakan kesyukuran kepada Allah, dan memohon petunjuk) disusuli dengan alu-aluan kepada tetamu, tuan rumah, penganjur, dan para hadirin dengan mengikut protokolnya.
Selamat malam, salam sejahtera, salam hormat, salam persaudaraan dan seumpamanya.
Tetapi sekiranya boleh menyebut ucapan salam dalam bahasa lain yang boleh difahami oleh hadirin maka ia adalah suatu penghargaan.
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Atau boleh juga dimulakan dengan ucapan penghormatan di susuli dengan ucapan salam Yang berusaha saudara Pengerusi Majlis, Yang diraikan Tuan Haji …..Yang dihormati Pengerusi Persatuan….dan seterusnya mengikut protokol masing-masing
Supyan © 2012
STATUS
PENGHORMATAN
Raja Sultan
Duli Yang Maha Mulia…
Tengku Ampuan Raja yang menjadi Ahli Parlimen/ Dewan Undangan Negeri
Yang Berhormat Mulia
Yang bergelar Raja, Tengku, Ungku
Yang Mulia
Kerabat Di Raja/ Bangsawan
Yang mulia
Tengku Raja
Perdana Menteri Menteri Besar Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin
Menteri Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri Ahli Majlis Mesyuarat Negeri
Yang Berhormat
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin
Orang kenamaan
Yang berbahagia
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin
Isteri Pembesar
Yang Amat Berbahagia
Tun, Toh Puan
Supyan © 2012
PANGKAT
Naib Canselor Timbalan Naib Canselor Ahli Akademik
Yang berbahagia
…Prof…..Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin ….Dr. ……..
Ketua Hakim Negara Hakim Besar
Yang amat Arif
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin
Hakim
Yang Arif
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin
Pesuruhjaya Tinggi, Duta
Tuan Yang Terutama
Ketua Polis Negara Ketua Turus Angkatan Tentera (Darat, Laut, Udara)
Yang amat Setia
Tun, Tan Sri/Puan Sri, Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin (mengikut pangkat dalam pasukan polis dan tentera)
Pegawai Kanan Polis dan Tentera
Yang Setia / Yang Berusaha
Dato’ Seri/Datin Seri, Datuk, Dato’/Datin (mengikut pangkat dalam pasukan polis dan tentera)
Mufti
Sahibul Samahah
Dato’ Ustaz
Kadhi
Sahibul Fadzilah
Dato’ Ustaz
Lain-lain
Yang berbahagia Yang dihormati Yang dimuliakan Yang diraikan (tetamu) (atau kombinasi di atas) Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Atau boleh dimulakan dengan petikan ayat-ayat suci, sabda Nabi, atau kata-kata mutiara dan ikuti dengan ucapan salam dan penghormatan. Firman Tuhan.... Nabi s.a.w. pernah bersabda…. Seorang pujangga terkenal pernah berkata.... Obama ada mengatakan
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Atau dimulakan dengan anekdot ringkas dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
Dalam perjalanan saya ke sini tadi, saya terserempak dengan… Dua tahun yang lalu, saya pernah melawat bukit ini….
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Atau dimulakan dengan soalan dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan. Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin tahu berapa ramaikah dari kita yang di sini mempunyai minat untuk…. Siapakah di antara kita yang ....
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Atau dimulakan dengan pantun dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan. Kalau roboh kota Melaka Papan di jawa saya dirikan Kalau benar bagai dikata Jiwa dan raga saya korbankan
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Ucapan seterusnya ialah mewujudkan pertalian atau hubungan yang harmoni di antara hadirin dengan topik atau risalah yang akan diperkatakan atau menjelaskan kenapa topik yang ingin disampaikan itu adalah penting.
Saya percaya perjumpaan kita kali ini adalah amat penting bagi membicarakan satu agenda yang hangat diperbincangkan dalam masyarakat dewasa ini.
Berdirinya saya di sini bukan untuk mengajar saudarasaudari mengenai cara bagaimana tetapi saya ingin berkongsi pengalaman.
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya untuk….
Saya berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan….
Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan tuan-tuan dalam menjayakan program ini….
Saya tumpang gembira di atas kejayaan saudara pada hari ini….
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Ucapan ini diikuti dengan penyataan objektif ceramah yang ingin disampaikan
Tujuan kita berkumpul hari ini ialah untuk merakamkan penghargaan kita kepada … Ceramah kita bertujuan…. Perjumpaan kita adalah diharapkan/bertujuan…… Ceramah saya kali bertajuk …..Saya mengharapkan mudahmudah dengan pembentangan pada pagi ini…. Topik yang diberikan kepada saya ialah …… Topik ucapan saya ialah…..
Supyan © 2012
….ASPEK PERMULAAN
Kemudian ucapan ini disusuli dengan menyatakan susunan isi kandungan penyampaian yang akan dibuat.
Saya akan mengemukakan beberapa fakta mengenai masalah ini, kemudian memberi ulasan mengenainya, dan akhir sekali saya akan memberi peluang pada tuan-tuan untuk mengajukan soalan dan respons.
Pada kali ini saya akan menjelaskan bagaimana gempa bumi boleh berlaku, kemudian kita akan menonton video mengenai gempa bumi yang berlaku di beberapa buah negara, dan selepas itu saya akan memberikan lima soalan bagi menguji kepintaran anda. Supyan © 2012
ASPEK ISI
Sampaikan idea mengikut keutamaan Sokong idea dengan bahan atau bukti termasuk fakta, objek, hasil kajian, pendapat orang berautoriti, logik Gunakan retorik yang sesuai: naratif; deskriptif,demonstrasi, proses, perbandingan, sebabakibat, analisis, persuasif, argumentatif, humor Gunakan APD (alat pandang dengar) yang sesuai
Supyan © 2012
….ASPEK ISI
Sebutkan penanda ayat pada idea-idea atau hujahhujah anda dengan menggunakan alat penyambung ayat: pertama, kedua, ketiga, dan seumpamanya Sebutkan idea atau hujah anda satu persatu Sokong idea atau hujah anda dengan fakta, bukti, dan contoh-contoh Simpulkan idea atau hujah anda
Supyan © 2012
….ASPEK ISI
Apakah idea atau hujah pertama anda? Apa yang anda akan perkatakan? Apakah bahan sokongan anda? Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang pertama?
Apakah idea atau hujah kedua anda? Apa yang anda akan perkatakan? Apakah bahan sokongan anda? Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang kedua?
Apakah idea atau hujah ketiga anda? Apa yang anda akan perkatakan? Apakah bahan sokongan anda? Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang ketiga?
Supyan © 2012
ASPEK PENUTUP
Penanda penutup (frasa) Rumus Harapan Petikan kata-kata Pantun Peribahasa Panghargaan Doa
Supyan © 2012
….ASPEK PENUTUP
Bagi memudahkan hadirin memahami bahawa anda telah sampai ke penghujung ucapan, anda boleh berikan petanda, misalannya: Sebagai kesimpulan, saya kira beberapa perkara dilihat… Akhir sekali, saya ingin menegaskan…… Sebagai penutup bicara, marilah kita……. Sebagai penutup...
Supyan © 2012
….ASPEK PENUTUP
Anda harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara-perkara tersebut yang telah disampaikan, misalannya:
Saya akhiri ucapan saya dengan sekali lagi saya menekankan betapa pentingnya….
Sebentar tadi saya telah mengemukakan kepada tuan-tuan mengenai 5 perkara pokok bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Pertama…, kedua…(secara ringkas)
Supyan © 2012
….ASPEK PENUTUP
Kemudian, anda mengingatkan hadirin supaya mengambil langkah-langkah yang perlu setelah selesai mereka mendengar ucapan anda, contohnya:
Saya mengharapkan tuan-tuan akan bersama dengan saya dalam bertindak menangani hal ini seberapa segera. Semoga ucapan tadi dapat dimanfaatkan oleh tuan-tuan. Apa yang saya sampaikan hanyalah pengalaman saya berkhidmat dalam organisasi ini selama 30 tahun. Saya berdoa semoga tuan puan akan memelihara nama baik organisasi ini.
Supyan © 2012
….ASPEK PENUTUP
Anda mengakhiri ucapan dengan petikan kata-kata hikmat, peribahasa atau seumpamanya.
Sebelum saya berundur izinkan saya bacakan satu petikan kata-kata oleh……. Sebagai peringatan akhir, saya ingin bacakan suatu ayat suci… Keputusan di tangan anda... Anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa perubahan di tempat, bukan saya.
Supyan © 2012
….ASPEK PENUTUP
Akhir sekali, anda menutup ceramah atau syarahan dengan rasa rendah diri; memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, dan ditutup dengan memberi salam atau ucap selamat serta terima kasih.
Bagi penceramah Muslim, elok disebutkan bahawa yang baik dan benar itu dari Allah, manakala yang salah dan lemah itu adalah dari diri sendiri dalam menyampaikan risalah, berdoa memohon keampunan, petunjuk dan rahmat dari Allah untuk diri sendiri dan hadirin seluruhnya.
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 2: BAHASA LISAN DAN BAHASA BADAN
Supyan © 2012
BAHASA LISAN
Nahu Struktur Gaya dan lenggok Perkataan yang sesuai Pantun, seloka, gurindam Ungkapan: peribahasa, simpulan, metafora, bidalan, kiasan Penanda sambungan idea Retorik dan logik Kesesuaian dengan tahap dan jenis hadirin
Supyan © 2012
....BAHASA LISAN
Penceramah harus bijak memilih gaya bahasa apabila berucap di khalayak ramai. Dalam ucapan spontan dan ekstemporanas, kebiasaannya penceramah akan menggunakan bahasa percakapan yang formal dan bujukan bahasa buku atau bahasa penulisan. Manakala dalam ucapan hafalan dan manuskrip pula, penceramah lazimnya akan menulis ucapannya dalam bentuk bahasa buku atau bahasa penulisan sebelum menyampaikannya.
Supyan © 2012
MENYATAKAN PENDIRIAN Pandangan dan pendirian diri yang jelas lagi yakin
Pandangan yang ringan tetapi tidak komited
Pandangan tidak pasti
Saya yakin Saya percaya Saya mahukan Saya akan Saya amat bersetuju
Saya rasa Saya fikir Pad pandangan saya/pendapat saya Saya cadangkan
Saya tidak berani mengatakan Saya bimbang/khuatir Saya ragu-ragu Saya tidak pasti
Supyan © 2012
TINGKATKAN KUALITI GAYA BAHASA
Ayat-ayat yang pendek adalah lebih mudah diikuti aliran idea yang ingin dikemukakan dari ayat-ayat yang panjang dan kompleks.
Digalakkan lebih banyak menggunakan ayat aktif dan mengurangkan ayat pasif kerana ayat aktif lebih dinamis dan mudah difahami pembuatnya berbanding dengan bahasa penulisan yang banyak menggunakan ayat pasif.
Elakkan dari menggunakan bahasa yang cenderung atau menyebelahi satu jantina: saudara-saudara; tuan-tuan;hadirin Supyan © 2012
TINGKAT KUALITI GAYA BAHASA
Perbanyakkan penggunaan sifatnama dan sifatkata kerana ia dapat membantu hadirin membayangkan visual atau gambaran peristiwa atau keadaan yang dimaksudkan dengan lebih jelas seolah-olah ianya berlaku di hadapan mata mereka Gunakan frasa penyambung idea yang menjadikan aliran ide atau hujah sentiasa kelihatan bertautan di antara satu sama lain. Saya ingin mengajak saudara melihat 3 perkara penting …. Sebentar tadi saya telah pun memberi huraian mengenai…. Apa yang menarik dalam hal ini ialah… Sekarang kita akan teliti pula Sebelum saya meneruskan hujah-hujah saya,
Supyan © 2012
6. Gunakan elemen penyambung perenggan dan ayat iaitu dengan menggunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagai penyambung antaranya ialah: Fungsi
Elemen
Menunjukkan urutan
Pertama , Kedua, Ketiga, Kemudian, Selepas itu, Seterusnya
Menunjukkan perbandingan
Walau bagaimanapun, Tetapi, Sekalipun, Meskipun, Berbeza dari …, ...lebih besar daripada.... Sebaliknya
Menunjukkan ide tambahan
Dan. Bukan…sahaja…malah…, Bukan sahaja..tetapi..juga.. Begitu juga, Tambahan pula, Begitu juga, Sekali lagi
Menunjukkan masa
Tidak lama selepas itu. Tiba-tiba, Tidak lama kemudian. Kemudian, Selepas itu
Menunjukkan penekanan
Malah, Justeru, Tidak dapat dinafikan, Perlu ditekankan di sini
Menunjukkan kesimpulan
Akhir sekali, Sebagai kesimpulan, Sebagai penutup, Ringkasnya, Sebagai rumusan Supyan © 2012
Kurangkan perkataan atau frasa yang membawa konotasi negatif dan promosikan perkataan atau frasa yang membawa maksud positif, misalnya:
Negatif
Positif
Saya tidak dapat menyokong permohonan anda untuk pindah ke tempat lain.
Sekiranya terdapat jawatan kosong di sana, permohonan akan dipertimbangkan.
Saya tidak dapat terima jemputan anda pada bulan Ogos ini.
Saya sedia menerima jemputan anda untuk berucap pada bulan Ogos sekiranya saya tidak mendapat pengesahan mengenai program di Johor pada akhir minggu ini.
Saya tidak setuju dengan pandangan tuan.
Pendapat tuan mungkin ada benarnya tetapi tuan perlu mempertimbangkan keperluan masyarakat masa kini.
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Sirih berlipat sirah pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara
Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap sepatah Jangan disimpan di dalam hati
Yang korek itu kendi Yang merah itu saga Yang cantik itu budi Yang indah itu bahasa
Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur panjang Boleh kita berjumpa lagi
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Simpulan Bahasa
Ada angin Air mati Bertemu bahu Makan hati
Perumpamaan
Bagai melukut di tepi gantang Ibarat bunga, sedap dipakai, layu dibuang Laksana pungguk rindukan bulan
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Bidalan ialah bahasa kiasan
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras Alah membeli menang memakai Biar lambat asal selamat Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Ringan tulang berat perut Siapa makan cili dia terasa pedas
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Perbilangan ialah susunan kata-kata yang berkeratkerat
Alam beraja, luak berpenghulu, suka bertua, anak buah beribu bapa, orang semenda bertempat semenda, dagang bertempatan, perahu bertambatan. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Hutang darah dibalas darah, hutang nyawa, nyawalah padahnya. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu menguak
Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Pepatah ialah susunan kata yang terhasil dari sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan rutin hidupan harian atau bermasyarakat. Ada padang adalah belalang Ada air adalah ikan Ada batang, adalah cendawan tumbuh. Bawa resmi padi Main berisi semakin tunduk Bagai pucuk dilancarkan Bagai kumbang putus tali
Supyan © 2012
Bagai belut digetil ekor Bagai kilat pantasnya Hilang bini boleh dicari Hilang budi badan celaka Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati
LANKSAP BAHASA
Kiasan (metafora atau metaphor)
Bebas seperti burung di angkasa Berkilat seperti cermin Mencuba bagai nak gila Anjing kurap Ada ubi ada batas Ada hari boleh balas Bunting kerbau Abu Nawas Dahulu parang sekarang besi Idaman hati Dahulu sayang sekarang benci Sambutan raksasa Hitam-hitam si tampuk manis Mabuk cendawan Sungguh hitam dipandang manis Ada ubi ada batas Sebab pulut santan binasa Sebab mulut badan merasa Supyan © 2012
LANKSAP BAHASA
Kata-kata hikmat ialah koleksi uacapan atau kata-kata orang yang terkenal
Tiga perkara yang membinasakan manusia: kikir yang dipatuhi, hawa nafsu yang dituruti, dan ketakjuban kepada diri sendiri. (Hadis Nabi Muhammad s.a.w. riwayat At-Tabarani).
Ilmu lebih baik dari harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta itu terhukum. Harta itu berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah dengan dibelanjakan. (Syaidina Ali Abi Talib)
Memberi seseorang itu pancing adalah lebih baik dari memberikannya seekor ikan. (Confucious)
Supyan © 2012
PENDEKATAN LOGIK Deduktif
Spesifik
Umum
Umum Spesifik
Induktif Supyan © 2012
BAHASA BADAN
Kelakuan tangan (gestures) Kelakuan badan (postures) Memek muka (facial expressions) Temuan mata (eye contact) Penggunaan ruang (proximity) Kejelasan suara (clarity) Kelancaran: bahasa dan idea (fluency) Pakaian (attire) Hiasan (jewelry, cosmetics)
Supyan © 2012
TEKNIK SEMASA BERUCAP 3: PENGGUNAAN APD
Supyan © 2012
OBJEKTIF APD
Menjelaskan, Mengukuhkan, Memberi penekanan, Mengingatkan hadirin tentang isi kandungan ucapan, dan Meningkatkan minat serta tumpuan hadirin terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.
Supyan © 2012
ALAT PANDANG DENGAR
APD bukan elektronik
Objek (botol, senapang, kerusi) Papan putih/hitam/hijau Carta singkap Bahan bercetak
APD elektronik
OHP LCD projector Pita Audio, pita Video TV Radio Perakam keset Visualizer Kamera Digital
Supyan © 2012
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Apa yang anda nampak? Supyan © 2012
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Apa yang anda nampak? Supyan © 2012
PERSEPSI MANUSIA BERBEZA
Supyan © 2012
PERSEPSI KEFAHAMAN Perkataan
Abstrak
Gambarajah Peta Gambar Slaid Filem Model
Objek
Konkrit
Membuat/Melakukan Situasi Menyeluruh
Supyan © 2012
Peranan Teknologi APD Lebih banyak deria digunakan lebih cepat dan lebih mudah pendengar memahami apa yang disampaikan
DAYA INGATAN
10 % apa yang dilihat selepas ceramah, 20 % dapat diingat dari apa yang didengar 50 % dapat diingat dari apa yang didengar dan dilihat 80 % dapat diingat dari apa yang dilihat, didengar, dan dibuat
Begley, Newsweek, May 31, 1994, p. 47).
Supyan © 2012
KEBERKESANAN APD
Kesan yang positif dalam pengucapan awam
Proses pembelajaran bertambah baik 200% (kajian di University of Minnesota), kemampuan untuk mengingat bertambah 38% (kajian di University of Wisconsi), Kadar masa bagi menerangkan mengenai sesuatu produk dapat dikurangkan dari 25% kepada 40% (kajian di Wharton School of Business (Peoples, 1992:5).
Tahap komitmen pelanggan terhadap pengenalan produk baru (University of Minnesota)
lebih ramai pelanggan (peningkatan dari 26% kepada 43% sebelumnya) sanggup membayar lebih daripada harga asal apabila penceramah yang memberi penerangan mengenai produk tersebut menggunakan APD (Peoples, 1992:5).
Supyan © 2012
KEPERLUAN DAN KESESUAIAN
Tujuan Suasana majlis dan tempat Bilangan hadirin Waktu Kemudahan APD Penggunaan APD yang sesuai
Supyan © 2012
BAHAN UNTUK APD
Grafik Foto Lukisan Gambarajah Carta Animasi Poster Objek Tulisan Artifak Slaid Edaran *
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK UNTUK PENYEDIAAN SLAID
Supyan © 2012
REKABENTUK ARAHAN Persembahan Kandungan Jumlah maklumat Tahap kepentingan
Supyan © 2012
REKABENTUK ARAHAN Mengurus Persembahan
Jenis fon: 1 Saiz: 2 – 3 jenis Format: seimbang Mudah difahami
Supyan © 2012
Elemen sokongan Lokasi grafik Latar Tidak lebih 3 warna Melintang
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN Mengurus maklumat: Kandungan
1 konsep 1 idea Dalam bentuk point, frasa, bukan ayat Guna elemen lain untuk ganti perkataan spt bold, italic, garis Guna warna atau fetur untuk penekanan sesuatu yang penting
Supyan © 2012
REKABENTUK ARAHAN Mengurus Maklumat: Baris Ayat
Tidak lebih 6 perkataan satu baris Tidak melebihi 6 baris satu slide Maklumat penting sahaja Maklumat tidak terlalu padat
Supyan © 2012
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN Mengurus Maklumat: Tahap Kepentingan Yang mana mudah dibaca?
A
HURUF BESAR UNTUK TOPIK UTAMA HURUF KECIL UNTUK SUBTAJUK KONSISTEN DENGAN REKABENTUK MENURUT URUTAN DAN LOGIK LAZIM KOMBINASI WARNA YANG SESUAI Supyan © 2012
B Huruf besar untuk topik utama Huruf kecil untuk subtajuk Konsisten dengan rekabentuk Menurut urutan dan logik lazim Kombinasi warna yang sesuai
PRINSIP REKABENTUK ARAHAN Mengurus Maklumat: Memilih warna yang sesuai
Supyan © 2012
Padanan wana Kontras Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
Adakah kombinasi warna ini sesuai?
abc
LAIN-LAIN
Jadual: ketetapan/pertukaran Masa: ketepatan/kesesuaian Gangguan: fizikal, mental, emosi, fisiologi Kejutan: langkah persediaan
Supyan © 2012
PANTANG LARANG
Ketrampilan tidak meyakinkan Kaku, takut, gemuruh Terlalu apologetik Takabbur, ujub, riya’ Tidak tepati masa Bahasa yang lemah Utamakan “politik” dari profesional Supyan © 2012
KEJUTAN
Kabel tidak ada, kabel rosak Thumbdrive rosak, tidak boleh baca Perisian rosak, tidak boleh guna Perisian tidak ada Cahaya terlalu cerah Soket tidak cukup Model LCD tidak sama Bekalan letrik terputus Bilik terlalu kecil Pembesar suara tidak berfungsi
Supyan © 2012
KESIMPULAN Pengucapan awam perlu kepada pendedahan, latihan, dan pemantapan Pengalaman masa lalu menjadi guru penting Pembaikan berterusan perlu dijadikan satu strategi pemantapan diri Setiap orang boleh menjadi pengucapan awam yang baik dan berkesan
TERIMA KASIH
Supyan © 2012