International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGGUNAAN PARTIKEL ‘MIN’: SATU ANALISA TERJEMAHAN ALQURAN DI NEGERI SELANGOR. AHMAD ASRI LUBIS FATIN NAZMIN MANSOR Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor.
[email protected] ABSTRAK Kedudukan Kitabullah dalam Islam adalah sesuatu yang paling asas. Bagi penganut Islam ‘Ajam, pendekatan terjemahan adalah satu alternatif awal untuk memudahkan pemahaman orang awam dalam memahami kitabullah. Bidang terjemahan kitabullah dalam masyarakat Melayu telah berusia lebih satu abad. Kajian ini telah menyorot satu padanan partikel min ()من dalam terjemah surah Baqarah (SB). Hal ini bagi melahirkan terjemah komunikatif selaras dengan Bahasa sasaran (BSa) atau bahasa nusantara atau Bahasa Melayu(BM). Kajian ini adalah menggunakan gagasan penteori seperti Larson dan Nida. Objek kajian adalah hasil terjemah yang banyak digunapakai secara meluas di negeri Selangor.Penggunaan partikel min dalam al-Quran telah menimbulkan pelbagai tafsiran dalam terjemahan al-Quran. Hal ini telah menyebabkan berlakunya terjemahan secara tidak terkawal dan boleh menjejaskan pemahaman kitabullah di kalangan orang awam. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan partikel ‘min’ secara benar dan tepat , demi memurnikan terjemahan al-Quran supaya mudah difahami orang awam. Fokus kajian adalah terjemahan al-Quran di negeri Selangor yang dilakukan dengan lewah. Keadaan ini menyukarkan orang awam memahami al-Quran dengan lebih berkesan di samping menjejaskan mesej kalamullah itu sendiri. Penterjemahan al-Quran sharusnya dilakukan berdasarkan teori asas terutamanya yang melibatkan padanan partikel min dalam alQuran. Kajian ini juga berpendapat penterjemah mesti menguasai Bahasa Sumber (BSu) dan Bahasa Sasaran (BSa). Diharapkan kajian ini dapat memberi sumbangan dalam kajian terjemah kitabullah di Nusantara bagi mendekatkan umat Qurani kepada kitab suci yang mereka anuti. () وااله الموفق. Kata Kunci: al-quran, harf jar, terjemahan, bahasa, kitabullah.
1
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGENALAN Al-Qur’an merupakan kitab terakhir yang diturunkan 1400 tahun yang lalu dan menjadi sumber asas dan rujukan utama bagi umat Islam. Bagi orang ‘Ajam, ter pendekatan terjemahan adalah satu alternatif awal untuk memudahkan pemahaman orang awam dalam memahami kitabullah. Bidang terjemahan kitabullah dalam masyarakat Melayu telah berusia lebih satu abad. Sorotan kajian ini adalan berkenaan padanan partikel min ( (منdalam terjemah surah alBaqarah. Partikel min memainkan peranan penting untuk menghubungkan ayat kepada ayat seterusnya bagi melengkapkan proses penyampaian mesej. Dari itu, terjemahan yang teliti dan rapi diperlukan bagi menyempurnakan sesuatu ayat al-Quran supaya mudah difahami dan mudah difahami orang awam. Hal ini bagi melahirkan terjemah komunikatif selaras dengan Bahasa sasaran (BSa) atau bahasa nusantara atau Bahasa Melayu(BM). Kajian ini adalah menggunakan gagasan penteori seperti Larson dan Nida. Objek kajian adalah hasil terjemah yang banyak digunapakai secara meluas di negeri Selangor.
Fokus kajian adalah terjemahan al-Quran di negeri Selangor, iaitu Quran Mushaf Malaysia terbitan Yayasan Restu, yang didapati mengandungi unsur kelewahan. Di samping menjejaskan mesej kalamullah itu sendiri, keadaan ini menyukarkan orang awam memahami al-Quran dengan lebih berkesan. Seharusnya penterjemahan al-Quran dilakukan berdasarkan teori asas terutamanya yang melibatkan padanan partikel min dalam al-Quran. Kajian ini juga berpendapat penterjemah mesti menguasai Bahasa Sumber (BSu) dan Bahasa Sasaran (BSa).
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap teks terjemahan al-Quran, iaitu Terjemahan Mushaf Malaysia oleh Yayasan Restu. Kajian ini tertumpu kepada terjemahan partikel min harf jar yang diterjemah oleh dengan mendatangkan terjemahan asal, kemudian penulis memberi idea terjemahan baru yang lebih sesuai dan tidak lewah. Pembahasan dalam bahagian ini adalah seperti berikut:
PARTIKEL MIN Terdapat dalam Surah Al-Baqarah lebih 200 partikel min (harf jar) pada kebanyakannya diberi padanan dengan baik dalam Quran Mushaf Malaysia. Hanya sebahagian sahaja yang akan disorot dalam kajian ini kerana dianggap kurang selaras dengan Bahasa Sasaran (Bahasa 2
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Melayu) . Ketidakselarasan ini pada umumnya berpunca daripada terjemahan kamusi atau daripada padanan yang dipandang lewah. Hal ini mengakibatkan wacana terasa kurang atau tidak komunikatif.
Kategori Min. Kajian ini akan menumpukan perbahasan terhadap Min al-tabi’idiyah )(من التبعيضية, min albayaniyah ()من البيانية, Min+ duni ()من دون, Min tahti ()من تحت, Min ba’di ( )من بعدdan min qabl ()من قبل, Min lil fasl/من للفصل. Min al-tabi’idiyah)(من التبعيضية Min kategori ini boleh diberi padanan yang merujuk kepada makna sebahagian sepert perkataan Antara, termasuk, seperti, dan sebagainya mengikut konteks ayat. Contohnya: Min Surah Al-Baqarah (2:3) Quran Terjemahan Mushaf Malaysia Surah Al- Baqarah 3-….serta menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. Terjemahan cadangan: dan menginfakkan sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah kepadanya. Partikel min dalam frasa ini diberi padanan sebahagian daripada. Padanan ini dianggap berlebih dan menyalahi padanan kamusi. Hal ini mengakibatkan terjemahan kurang komunikatif kerana terdapat unsur lewah.1 Partikel ini boleh diberi padanan dengan ‘sebahagian’ sahaja. Dalam kamus tidak terdapat padanan sebahagian daripada sebagai padanan min. Antara padanan min yang terdapat dalam kamus adalah sebahagian, daripada atau dari. Mengikut tatabahasa Arab, partikel min di sini mengandungi makna tabi’idiyah yang bererti ‘sebahagian’ sahaja. Sementara daripada adalah padanan bagi min al-ibtida’iyyah ( )من اإلبتدائية. Pada umumnya, kebanyakan penggunaan min adalah bermaksud al-Ibtida’. Dengan demikian perkataan ‘daripada’ dalam frasa dia atas adalah hashw atau lewah. Dalam Bahasa Sasaran padanan daripada frasa di atas lebih baik ditiadakan sahaja. Dalam kebanyakan karya terjemahan Kitabullah di Kepulauan Nusantara partikel ini diberi padanan ‘sebahagian’. Sementara Tafsir Pimpinan Ar-Rahman memberi padanan ‘sebahagian dari’ boleh jadi inilah yang jadi ikutan Quran Mushaf Malaysia. 1
Terdapat juga dalam Quran Mushaf Malaysia ungkapan sebahagian daripada yang dianggap lewah yang bukan merupakan padanan min tab’idiyah, Antara lain dalam ayat SB 36,85,87, 145, 253, . Hal ini disamping penggunaan perkataan daripada secara lewah. Mengikut ahli Bahasa ‘lewah’ ( )الحشوbermaksud ‘Ungkapan yang berlebih yang rendah nilainya yang tidak diperlukan.’( al-Jurjani (a), Sha: 1/28). Malahan Sesuatu yang lewah adalah dibenci, tercela, ditegah , dan ditolak kerana tidak mendatangkan kegunaan dan faedah.’ (al-Jurjani (a) Sha : 1/6)
3
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Min Albayaniyah )(من البيانية Oleh kerana jauhnya perbezaan sejadi Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, maka pada umumnya min al-bayaniyah dalam Bahasa Melayu tidak perlu diberi padanan, terutama sekali yang berpola ma-mausuliyah yang mendahului min al-bayaniyah, ataupun ma+min (من+)ما.
Surah Al-Baqarah 2:159 Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan hidayah Terjemahan cadangan: Pemuka agama yang menyembunyikan keterangan dan hidayah yang kami turunkan.
Dapat diperhatikan dalam contoh di atas bahawa ayat min al-bayaniyah yang berpola ma+min ) من+ (ماjika diberi padanan katawi (kamusi) memang terasa lewah. Maka demi kesesuaian terjemahan dalam Bahasa Melayu fenomena ini perlu ditangani secara dinamis komunikatif (Nur Mufid dan Kaserun, 2007 :94 dan Hilmi, 2008 :105) Min+ duni )(من دون Ayat yang mengandungi pola min +duni ( )من دونtermasuk frasa yang perlu diberi padanan dinamis. Jika frasa seperti ini tidak ditangani secara dinamis maka padanan yang dihasilkan akan terasa lewah, contohnya: Al-Baqarah 23,65 23-serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah )selain daripada Allah Terjemahan cadangan: dan ajaklah siapa sahaja selain Allah sebagai penolong kamu
165. mengambil selain daripada Allah sebagai sekutu-sekutu (bagi Allah) Terjemahan cadangan: menciptakan pelbagai sekutu (sembahan) selain Allah
Dalam petikan di atas didapati frasa ( )من دون اهللdiberi padanan selain daripada Allah. Padanan ini terasa kurang komunikatif kerana mengandungi unsur ‘lewah’. Frasa ini cukuplah diberi padanan selain Allah sahaja. Dalam Bahasa Sasaran kehadiran padanan daripada seperti mana yang dikemukakan Quan Mushaf Malaysia dalam frasa ini tidak diperlukan. Dalam pada itu, perkataan jamak shuhada’ dan andada (أندادا- )شهداءjuga tidak mesti diberi padanan jamak, 4
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
kerana padanan mufrad sudah memadai dalam bahasa sasaran. Pengekalan padanan jamak dalam bahasa sasaran termasuk gejala keterpengaruhan dengan bahasa sumber. Min tahti)(من تحت Bahawa sesungguhnya mereka akan berloleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Terjemahan cadangan: bahawa bagi mereka tersedia pelbagai syurga yang mengalir di dalamnya aneka sungai minuman. Didapati padanan min atau padanan frasa jar-majrur, tidak ada masalah. Permasalahan hanya timbul bila dilihat dari maksud wacana secara keseluruhan, bahawa ‘sungai syurga’ mengalir di ‘bawah syurga’, subhanallah! Ayat ini dalam segi gramatikal memang betul, namun salah dalam segi makna. Oleh itu frasa jar majrur pelu kepada padanan dinamis. Padanan dinamis boleh dibuat ‘mengalir di dalamnya’, atau ‘mengalir di bawah pepohonan dan kamar-kamar syurga’,sepertimana terdapat dalam kitab tafsir (al-tabari, S Min ba’di) (من بعدdan min qabl)(من قبل
51. Kemudian setelah dia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu Terjemahan cadangan: lantas sepeninggalnya dengan kezaliman kamu sendiri, kamu menciptakan (patung) anak lembu. Padanan frasa jar-majrur ( )من بعدهdapat dihalusi dengan pendekatan yang lebih dinamis dan komunikatif, seperti contoh di atas. Min lil fasl/من للفصل Dalam Kitabullah, khasnya dalam Surah Baqarah terdapat beberapa ayat yang mengandungi partikel min li alfasl wa al-tamyiz ( , (من للفصل و التمييزyang bermaksud min yang mengandungi makna pemisahan dan pembezaan. Kategori ini ialah min yang mendahului frasa kedua atau ‘perkataan kedua’ yang berlawanan pengertiannya dengan yang sebelumnya ( الداخلة على ثاني )المتضادين. Min lilfasl mengandungi makna pemisahan atau perbezaan. Dalam memberi padanan min lilfasl perlu dicantumkan makna atau pengertian perbezaan sepertimana dikemukakan oleh ahli tafsir. Berikut ini dikemukakan ayat-ayat Surah Al-Baqarah yang mengandungi min yang bermaksud ‘perbezaan’ ()للفصل.
5
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Quran mushaf Malaysia Surah al-Baqarah 185. menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan Antara yang benar dan yang salah
Terjemahan cadangan: sebagai sumber hidayah bagi umat manusia, dan sebagai pembeza (Antara yang hak dan batil) 143. supaya kami mengetahui siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkan dan siapa pula yang berpaling tadah (kembali kepada kufur)
Terjemahan cadangan: supaya Kami mengenal pasti siapakah yang tetap menuruti Rasul dan siapa yang berpaling tadah. Golongan pengikut yang ‘taat setia’ mendahului golongan yang ‘berpaling tadah.’ Sementara partikel min terletak di tengah-tengah, Antara kedua-dua puak tersebut. DAPATAN KAJIAN
Proses terjemahan al-Quran yang dilakukan dengan teliti dan secara berteori adalah lebih berkesan hasilnya berbanding terjemahan yang dilakukan secara lewah dan terlampau. Hasil terjemahan begitu banyak terdapat pada kebanyakan al-Quran terjemahan di negeri Selangor. Orang awam terutamanya orang ‘ajam sangat memerlukan Bahasa yang mudah dan komunikatif dalam usaha memahami al-Qur’an yang diturunkan dalam Bahasa Arab. Partikel min yang diterjemahkan sesuai dengan ayat didapati lebih komunikatif dan jelas maksudnya serta tidak ada unsur kelewahan berbanding terjemahan terlampau dan menyebabkan proses pemahaman alQuran terganggu terutama di kalangan orang A’jam. Untuk mendapatkan hasil terjemahan yang tepat dan benar, penterjemah haruslah menguasai Bahasa sumber (Bahasa Arab) dan Bahasa sasaran (Bahasa Melayu). PENUTUP Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis menyarankan agar dibuat semakan terhadap partikel min harf jar, yang asalnya diterjemah secara lewah dan berlebihan. Perterjemahan yang dilakukan 6
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
hendaklah menggunakan kaedah terjemah yang sesuai, supaya al-Quran dapat difahami oleh orang awam dengan lebih jelas dan tepat. . RUJUKAN Abdullah, Mohd Hilmi. 2007. Teori & Kaedah penterjemahan Arab –Melayu. Kota Bharu: Pustaka Hilmi Aljazairi, Abu Bakr Jabir, Aysar al-tafasir li kalam al-‘Aliy al-Kabir. Versi maktabah Shamilah. Basmeih, Abdullah. (1400/1980) Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Rahman, Nur Mufid & Kaserun AS (2007). Buku pintar menerjemah Arab-Indonesia. Surabaya: Pustaka Progresif. Ibn ‘Adil, Abu Hafz ‘Umar ibn ‘Ali ibn ‘Adil al-Dimashqi. Tafsir al-Lubab. Versi Maktabah Shamilah. Ibn hisham, Jamal al-Din Abu Muhammad Abd’Llah ibn Yusuf al-Ansari. Mughni al-labib ‘an kutub al-a’rib. Versi al-maktabah al-Shamilah. Ibn Kathir, Abu al-Fida Isma’il ibn Kathir (1983). Tafsir al-Quran al-‘azim. Versi al-maktabah al-Shamilah.
7
Comment [A1]: Rujuk buku asal