PENGESAIIAN I'EN YE LI A
"Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah mcmadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)".
Tandatangan
r
'..A
Nama Penyelia : TUAN I/IAJl ALI BIN SURADIN Tarikh
: 14 September 2001
SU.MBANGAN LATIHAN INDUSTRITERHADAP SEKTOR PERUNCITAN
I.MAN HAZLINA BT. A YOB
Kajian Kes Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER 2001
1'ENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan Nama Penulis
INT AN HAZLINA BT. A YOB
Tarikh
14 September 2001
ISTIMEWA BUAT,
A y a h E m m k
SJin
( f f i o h e & m I f f l m t i
O t h m c m )
<£ A d e k - f c
Kasih di afc&s Fesigorfoasianj, Dorosigasi dan Doa Kalian.
iv
PENGHARGAAN
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya penulis berjaya menyiapkan kajian kes ini. Di sini penulis ingin mengambil kesempatan untuk menghargai dan mengalungkan ucapan terima kasih kepada individu dan pihak-pihak yang telah terlibat dalam memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, bantuan dan sokongan dalam usaha menghasilkan dan menyempurnakan kajian kes ini.
Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pensyarah-pensyarah dan staf di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, terutama kepada pensyarah pembimbing kajian kes penulis iaitu Tuan Haji Ali B. Suradin.
Terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada pengetua, pensyarahpensyarah, pelajar dan staf di Politeknik Shah Alain (PSA) Selangor di atas kerjasama dalam memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan bagi tujuan kajian ini.
Akhir sekali penulis merakamkan penghargaan ini buat keluarga penulis yang sentiasa mendoakan kejayaan penulis. Di samping itu, penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sepeijuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi bantuan dan sokongan dalam segala aspek yang berkaitan dengan penghasilan kajian kes ini.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui keberkesanan sumbangan latihan industri terhadap sektor peruncitan. Berdasarkan perkembangan dalam industri agihan khususnya peruncitan, maka jelaslah latihan dan kemahiran amat diperlukan untuk berjaya dalam bidang perniagaan tersebut. Para peruncit tidak boleh lagi memandang ringan terhadap latihan dan kemahiran yang berkaitan dengan perniagaan peruncitan. Begitu juga dengan usaha-usaha pihak tertentu sama ada kerajaan atau pihak swasta, tidak seharusnya berhenti setakat memberi bantuan pinjaman kewangan mahupun setakat memberi latihan sahaja. Usaha perlu dijalankan bagi membangunkan lebih ramai peruncit generasi baru. Sehubungan dengan perkembangan teknologi maklumat, para peruncit perlu didedahkan kepada penggunaan komputer, internet dan perisian penting yang lain berkaitan perniagaannya. Latihan sambil bekeija atau "on-lhe-jobtraining" adalah penting sebelum seseorang memulakan perniagaan sendiri untuk memastikan keberjayaannya. Berdasarkan keperluan inilah, maka pelajar atau graduan jurusan peruncitan perlu menjalani latihan praktikal di gedung-gedung runcit yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang akan diceburinya kelak. Bagi memastikan kejayaan, pihak yang berkenaan perlu memberi peluang kepada bakal peruncit ini dalam menyediakan tempat untuk mereka mencari pengalaman bermiaga dalam bidang yang akan mereka ceburi.
Vll
KANDUNGAN
BAB
BAB I
PERKARA
MUKASURAT
HA LAM AN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI
iii
HALAMAN PENGIIARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
JUDUL KANDUNGAN
vii
SENARAIJADUAL
xiii
SENA RAJ LAMPIRAN
xv
PENGENALAN
1
1.0
Pendahuluan
1
1.1
Latar Belakang Masalah
2
1.2
Pernyataan Masalah
5
1.3
Soalan Kajian
6
1.4
Objektif Penyeiidikan
7
1.5
Kerangka Teori
8
1.6
Kepentingan Kajian
9
1.7
Skop Kajian
10
1.8
Definisi Istilah
11
1.8.1
Peruncitan
11
1.8.2
Latihan Industri
12
1.8.3
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
12
1.8.4
E-Commerce
13
1.8.5
K-Ekonomi
13
1.8.6
Just In Time
14
IX
BABll
SOROTAN PENlJLISAN
15
2.0
Pengenalan
15
2.1
Kepentingan Latihan dan Kemahiran Dalam Sektor Peruncitan
2.2.1
16
Peru bah an Ekonomi yang Tidak Menentu
17
2.2.2 Perkembangan Teknologi
18
2.2.3
20
Perkembangan Kaedah Peruncitan
2.2.4 Perubahan Di segi Pengguna
2.2
!tu Sendiri
21
2.2.5
Pentadbiran Kewangan
22
2.2.6
Pentadbiran lnventori
?"' -.)
2.2.7 Pembangunan Diri Usahawan
23
Memperbanyakkan Kursus Peruncitan Di Universiti-universiti Tempatan
24
BAB III
BAB IV
METODOLOGIPENYELIDIKAN
26
3.0
Pengenalan
26
3.1
Reka Bentuk Kajian
26
3.2
Responden / Sumber Data
28
3.3
Instrumentasi
28
3.4
Kaedah Analisis Data
30
3.5
Batasan Kajian
32
3.6
Andaian
32
ANALISIS DATA
33
4.0
Pengenalan
33
4.1
Analisis Data Bahagian A
34
4.1.1
Jantina
34
4.1.2
Keturunan
35
4.1.3
Pengalaman Bekerja
4.1.4
Jenis Firma Ketika Menjalani Latihan Industri
4.2
BAB V
35
37
Analisis Data Bahagian B
38
4.2.1
Analisis Data Soalan Kajian Satu
38
4.2.2
Analisis Data Soalan Kajian Dua
41
4.2.3
Analisis Data Soalan Kajian Tiga
44
RUMUSAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
48
5.0
Pengenalan
48
5.1
Rumusan
49
5.2
Cadangan
50
5.2.1
Saranan Kajian
50
5.2.2
Saranan untuk Kajian Lanjutan
51
5.3
Kesimpulan
51
lUlil.lOfiKM |
I.AMIMRAN
l.innpiran A
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
1.1
TAJUK
MXJKA SURAT
Peningkatan bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hinggatahun 1998
2
4.1
Jumlah bilangan responden mengikut jantina
34
4.2
Jumlah bilangan responden mengikut keturunan
35
4.3
Jumlah bilangan responden yang mempunyai pengalaman bekeija
4.4
Jumlah bilangan responden yang mempunyai pengalaman bekeija di beberapa jenis
4.5
36
firma
36
Bilangan responden mewakili jenis organisasi di mana latihan industri dijalankan
37
XIV
4.6
Latihan industri mcnyumbang kepada tahar persediaan pelajar Diploma Pengajian Pemiagaan dalam menghadapi alam pekeIjaan
4.7
39
Bidang pekerjaan yang menjadi pilihan pelajar Diploma Pengajian Pemiagaan apabila ingin menceburkan diri dalam alam pekerjaan
4.8
42
Perkaitan di antara tahap persediaan pelajar Diploma Pengajian Pemiagaan dan bidang kerjaya yang menjadi pilihan pelajar ini apabila menceburkan diri dalam alam pekeIjaan
44
XV
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A
TAJUK
Borang Soal Selidik
MUKA SURAT
56
BAB I PENGENALAN
BAB I
PENGENALAN
1.0
Pendahuluan
Sektor peruncitan memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi Malaysia. Chow Chee Ming (2000) inemberitahu, industri runcit tempatan telah menyumbang sebanyak 27.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 7.6 peratus daripada keseluruhan tenaga keija telah diserapkan ke dalam industri tersebut yang mana ia merupakan majikan kelima terbesar di negara ini.
Industri runcit Malaysia pada keseluruhan tahun 2000 telah mencatat kadar pertumbuhan yang membanggakan iaitu selcurang-kurangnya 11.5 peratus dengan nilai RM 39.9 bilion berbanding 7.4 peratus pada tahun sebelumnya (Utusan Malaysia, 2000).
Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor perniagaan yang paling mudah untuk diceburi. Jenis perniagaan yang paling popular diceburi adalah perniagaan groseri atau perniagaan yang melibatkan pembekalan makanan.
2
Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir dalam aliran produkproduk daripada pengeluar kepada pengguna. Maka ianya amat penting dalam ekonomi sesebuah negara. Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan dan keberkesanai) institusi peruncitan secara amnya memerlukan kepada institusi pemborongan.
1.1
Latar BelakangMasalah
Satu penganalisisan telah dijalankan oleh Perbadanan UsahawanNasional Berhad (PUNB) mengenai perubahan angka organisasi runcit untuk tahun 1981, 1990 dan 1998. Berdasarkan Jadual 1.1, sepintas lalu angka ini menunjukkan peningkatan bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun 1998.
Jadual 1.1 : Peningkatan bilangan organisasi runcit dari tahun 1981 hingga tahun 1998. Tahun
Bilangan Organisasi Runcit
1981
117 793
1990
124 104
1998
177 448
Sumber : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), 2000.
3
Walau bagaimanapun, dalam jangka masa tersebut terdapat sebanyak 63 866 organisasi runcit telah menamatkan perniagaan, 70 177 merupakan organisasi runcit baru dan yang kekal sehingga tahun 1990 adalah sebanyak 53 927 buah organisasi runcit sahaja. Kegagalan atau penutupan organisasi runcit ini memberi implikasi terhadap keperluan kemahiran dalam bidang perniagaan sektor ini (Zainal Abidin Mohd. Said, 1993 memetik Osman Md. Zain, 1997).
Kini, latihan menjadi semakin penting kepada para pemcit. Berdasarkan situasi yang telah, sedang dan akan berlaku dalam industri runcit di Malaysia, jelas menunjukkan kepentingan latihan kepada para peruncit untuk memantapkan kemahiran bagi membolehkan mereka terus kekal dan berdaya saing dalam sektor ini. Kalau dahulunya sektor ini tidak memerlukan latihan dan kemahiran, sekarang sektor ini sudah melalui banyak perubahan (Ahmad Zukni Johari, 2000).
Sebagai sebuah pusat yang berkonsepkan pendidikan vokasional dan teknikal, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia turut mengembelingkan usaha untuk menghasilkan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran tenaga keija.
Politeknik merupakan Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan pelajaran peringkat diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kejuruteraan, perakaunan dan perdagangan. Objektif penubuhannya ialab mengeluarkan tenaga keija separuh mahir seperti juruteknik dan eksekutif rendah (Sufean Hussin, 1993).
Matlamat pusat pengajian di Malaysia bukan setakat untuk menghasilkan graduan yang hanya tahu teorinya sahaja, bahkan turut menyediakan pelajar dengan kemahiran amali (Sufean Hussin, 1993). Tnilah yang ditekankan dalam konteks pendidikan di Politeknik.
4
Latihan industri yang perlu dijalani oleh pelajar Politeknik bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan dengan keadaan sebenar di sektor industri. Latihan industri adalah diwajibkan kepada semua pelajar yang telah lul us peperiksaan akhir semester kedua bagi kursus sijil dan lulus semester ketiga bagi kursus diploma. Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh para pelajar ini ialah selama enam bulan (Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Merujuk kepada skop kajian, semasa latihan industri, pelajar jurusan Perdagangan termasuklah pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada Politeknik Shah Alain ditempatkan di firma-firma atau organisasi-organisasi untuk menjalani latihan sebagai Pelatih Eksekutif Rendah. Pelajar dikehendaki lulus dalam latihan industri untuk dianugerahkan diploma.
Dalam konteks latihan industri di Politeknik, para pelajar akan diletakkan di bawah pengawasan pegawai yang berkaitan di institusi yang dihadiri oleh pelajarpelajar tersebut. Pensyarah-pensyarah yang berkenaan akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat latihan industri yang terbabit untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak penganjur latihan industri dari semasa ke semasa.
Program latihan industri ini adalah berdasarkan kepada kurikulum-kurikulum yang menjurus kepada pembinaan graduan bagi pasaran tenaga kerja. Memandangkan terdapatnya keperluan guna tenaga yang tinggi dalam bidang peruncitan di Malaysia, maka Politeknik yang meaipakan sebuah pusat pendidikan vokasional dan teknikal diharap dapat mewujudkan program-program keusahavvanan. Sebagai contohnya, mewujudkan Kursus Diploma Peruncitan di Politeknik atau menghantar lebih ramai pelajar Diploma Pengajian Perniagaan untuk menjalani latihan industri di organisasiorganisasi runcit di Malaysia.
5
Kewujudan Kursus Peruncitan dan latihan industri dalam bidang peruncitan ini akan dapat menyediakan graduan yang memenuhi kehendak pasaran tenaga keija serta mampu memikul cabaran 'ekonomi baru' memandangkan sektor peruncitan di Malaysia telah menjadi semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara (Jabatan Perdana Menteri: Unit Perancang Ekonomi, 2000).
1.2
Pernyataan Masalah
Pada tanggapan umum, universiti ditubuhkan untuk melahirkan pekerja, bukannya usahawan. Setiap tahun, ribuan pelajar berusaha mendapatkan tempat untuk menyambung pelajaran mereka di universiti bagi mendapatkan ijazah yang menjadi 'batu loncatan' untuk meTeka mendapat pekeijaan yang baik.
Sehingga April 2000, kita dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa seramai 39 000 graduan universiti dan kolej masih menganggur kerana bidang pengajian mereka tidak memenuhi kehendak pasaran tenaga kerja (Utusan Malaysia, 2000). Situasi ini turut melibatkan graduan bidang perniagaan daripada mana-mana universiti tempatan.
Persoalannya, kenapa mereka harus menganggur? Mungkin ilmu yang mereka miliki membuatkan mereka gerun untuk memasuki bidang perniagaan runcit yang sedia ada di negara ini atau menjadi usahawan. Mungkin juga mereka takut menghadapi risiko dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.
6
Seharusnya graduan bidang perniagaan yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian Tinggi tempatan perlu lebih berorientasikan keusahawanan, berinovasi dan mempunyai daya kreatif yang tinggi yang tidak dapat dinafikan ketika dunia sedang dilanda kevvujudan 'ekonomi baru' yang berlandaskan teknologi maklumat.
'Ekonomi baru' ini memerlukan ramai usahawan baru yang berinovasi yang bersedia untuk mewujudkan model-model perniagaan baru. Graduan yang dilahirkan negara ini haros bersedia memikul cabaran sedemikian.
Tambahan pula, antara cabaran utama yang dihadapi oleh graduan bidang perniagaan daripada universiti tempatan ialah persaingan daripada graduan bidang perniagaan yang dihasilkan oleh universiti luar negeri. Graduan tempatan ini terpaksa bersaing untuk menempatkan diri dalam industri runcit di Malaysia dengan graduan luar negeri yang mempunyai kesediaan yang tinggi dari segi teknologi maklumat dan kreativiti.
Melihat kepada permasalahan yang timbul, maka dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui 'Apakah Sumbangan Latihan Industri dalam Sektor Peruncitan Terhadap Profesion yang Bakal Diceburi oleh Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan daripada Politeknik Shah Alam, Selangor?'
1.3
Soalan Kajian
Persoalan yang ingin dijawab dalam kajian ini ialah :
i.
Adakah latihan industri menyumbang kepada tahap persediaan pelajar Diploma
Pengajian Perniagaan dalam menghadapi alam pekerjaan?