Pengenalan kepada penulisan ilmiah
Sinopsis:
Pengenalan kepada penulisan ilmiah merupakan sebuah karya yang memerihalkan tentang konsep, pendekatan dan tatacara penulisan secara ilmiah. Karya ini merupakan hasil gagasan dan gabungan idea lapan orang tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia yang berpengalaman dalam pengajaran penulisan ilmiah pada peringkat pengajian tinggi. Karya seumpama ini amat penting untuk dijadikan panduan serta rujukan pensyarah dan pelajar agar mutu penulisan ilmiah dapat dikawalselia dan dipelihara. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah. Namun begitu, penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajarannya di universiti. Oleh itu, penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap, keindahan dan kualiti pemikiran ilmiah yang dimilikinya. Kertas kerja ilmiah, laporan industri, projek sarjana muda dan tesis merupakan tugasan yang mesti dihasilkan oleh pelajar di sepanjang pengajiannya di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, pada tahap awal kesemua tugasan tersebut menghendaki pelajar untuk memahami tatacara asas untuk menghasilkan suatu teks penulisan ilmiah yang bermutu. Keseluruhan bab dalam karya ini telah digarap dan dicerakinkan secara komprehensif dan bersistem bagi memudahkan pembaca memahami secara mekanis dan teknikal tatacara penulisan ilmiah yang bermutu. Selain itu, contoh sebuah penulisan ilmiah turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pembaca. Akhirnya, karya ini amat sesuai di baca oleh semua pelajar di institusi pengajian tinggi, maktab perguruan dan sesiapa saja yang berminat untuk memperbaiki mutu penulisan ilmiah. Semoga karya ini dapat mencetuskan budaya berfikir, berbicara dan menulis secara ilmiah dalam komuniti institusi pengajian tinggi dan masyarakat amnya.
Pengenalan kepada penulisan ilmiah
Kandungan:
Prakata Pendahuluan
Bab 1 Penulisan ilmiah: Suatu pengenalan Penulisan ilmiah: Klasik ke Pascamoden Paradigma penulisan ilmiah Wacana ilmiah dan institusi pengajian tinggi Definisi penulisan ilmiah
Bab 2 Pendekatan penulisan Pendekatan penulisan Pendekatan Epistemik dalam penulisan ilmiah Langkah-langkah penulisan ilmiah mengikut pendekatan Epistemik Kemahiran asas penulisan ilmiah
Bab 3 Rampai penulisan ilmiah Bahasa Bukti Grafik Penyelidikan
Bab 4 Pola penulisan ilmiah
Naratif Deskriptif Eksposisi Argumentatif
Bab 5 Pedoman Tatabahasa Melayu dalam penulisan Tatabahasa Peranan tatabahasa Pemilihan kata Pembentukan ayat
Bab 6 Laras bahasa ilmiah Gaya dan laras bahasa Laras bahasa ilmiah Ciri-ciri laras bahasa ilmiah Beberapa contoh laras ilmiah
Bab 7 Penomboran dan Susunan Definisi Cara menulis penomboran
Bab 8 Pemerengganan dalam penulisan ilmiah Definisi perenggan Fungsi perenggan dalam penulisan ilmiah Jenis-jenis perenggan Ciri-ciri perenggan
Bab 9 Kutipan dalam penulisan ilmiah Definisi Format MLA Format APA Format CBE
Bab 10 Ejaan dalam penulisan Pedoman umum ejaan bahasa Melayu Sistem keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris Pengejaan di dan ke sebagai Awalan dan Kata Sendi
Bab 11 Tanda baca Titik/noktah (.) Tanda koma (,) Tanda Sempang/sengkang (-) Titik bertindih (:)
Bab 12 Bibliografi dalam penulisan ilmiah Definisi bibliografi Fungsi bibliografi Struktur bibliografi Cara menyusun bibliografi
Bab 13 Penyuntingan
Struktur dan format Isi kandungan Laras bahasa dan gaya bahasa Konsistensi
Model penulisan ilmiah Bibliografi Indeks