International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENEKANAN TERHADAP AYAT-AYAT MUTASYABIHAT AL-ALFAZ KE ARAH PEMANTAPAN MUTU HAFAZAN AL-QURAN Mahmud Lutfi bin Abd. Hadi Ahmad Shahir bin Masdan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor.
[email protected] [email protected]
ABSTRAK Di antara mukjizat al-Quran, ianya diberi kemudahan untuk dihafaz oleh kebanyakan orang. Namun, dalam proses hafazan dan ulangan al-Quran seseorang pembaca akan menghadapi beberapa keadaan termasuklah cabaran mengingat ayat-ayat yang sama atau lebih kurang sama (mutasyabih). Kesamaran ini mengakibatkan seseorang pembaca atau penghafaz terkeliru sehingga menyebabkan tersilap sambungan, tersalah harakah dan kesilapan-kesilapan lain sehingga boleh membawa kepada terjadinya ayat yang dibaca adalah bukan ayat yang dikehendaki. Gangguan ini sedikit sebanyak akan memanjangkan durasi bacaan ulangan alQuran, sehingga seseorang itu memerlukan lebih masa untuk mengulang juzuk-juzuk yang terlibat sedangkan masa yang ada adalah terhad. Kesedaran yang serius terhadap masalah ini amat diperlukan demi menghargai masa yang amat berharga dan kerana menjaga ayat-ayat Allah yang mulia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui ayat-ayat yang terlibat serta mengetahui cara yang dapat digunapakai untuk memudahkan proses hafazan dan ulangan alQuran. Kajian ini memilih analisis dokumen sebagai rekabentuk kajian. Data dikumpul melalui analisis dokumen yang terdiri daripada kitab-kitab lama dan semasa. Data-data yang diperolehi diproses dan dibuat beberapa kesimpulan seterusnya tindakan ke arah menambah kualiti hafazan. Mudah-mudahan kertas kerja ini menambah keperihatinan dan mutu hafazan ayat-ayat al-Quran, seterusnya dapat mengurangkan kelupaan yang berpunca daripada ketidaktahuan dalam menyelesaikan masalah. Lupa itu suatu fitrah, namun kelupaan terhadap ayat-ayat alQuran adalah suatu perkara yang ama-amat tidak dibolehkan.
Kata kunci: Ayat-ayat mutasyabihat al-alfaz, gangguan dalam hafazan, menambah keperihatinan dan mengelakkan kelupaan.
1
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
PENGENALAN Al-Quran adalah kalamullah, diturunkan kepada nabi kita Muhammad SAW, dan membacanya dikira ibadah. Turunnya dengan maksud supaya menjadi panduan ummah dalam tiap perkara dan memandu kehendak manusia selari dengan kehendak Allah SWT. Ganjaran membacanya besar, seperti apa yang telah dijanjikanNya dalam firmanNya 1 dan hadis baginda yang masyhur. Dalam kalangan sahabat, ada yang menghafaz al-Quran sebilangan surah sahaja dan ada juga yang menghafaz kesemuanya 2 . Begitu juga halnya pada masa sekarang, segolongan yang suka membaca sahaja, ada yang cenderung untuk menghafal surah-surah tertentu dan ada juga yang berminat untuk menghafaz keseluruhannya. Namun cabaran setelah menghafaz ialah untuk mengingat dan menjaga hafazan agar ayat-ayat al-Quran itu melekat dan segar di dalam minda3. Faktor mudah dan sukarnya proses hafazan dan ulangan itu banyak kerana manusia itu dijadikan berbeza kemampuan dan masing-masing mempunyai teknik tersendiri 4 , bergantung kepada bakat, kemampuan, teknik, piawai kesihatan dan sebagainya. Kemudian, dalam menjalani proses hafazan juga terselit masalah kekeliruan yang berpunca daripada kesamaran ayat. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh kurangnya penekanan seseorang pembaca terhadap ayat-ayat begini. Oleh itu, keperihatinan dan ketekunan yang tinggi diperlukan untuk seseorang pembaca mengecam ayat-ayat yang terlibat, sehingga nanti dapat dipastikan di mana sebenarnya tempat ayat-ayat yang menjadi kekeliruan. Hasilnya kelancaran dapat ditingkatkan, masa yang digunakan dapat dioptimumkan.
KELEBIHAN DAN GALAKAN MENGHAFAZ AL-QURAN Al-Quran merupakan kalamullah yang mempunyai nilai dan kehormatan yang tinggi dari sudut akidah dan pengamalannya. Dari sudut akidah ianya termasuk dalam rukun iman yang wajib dipercayai. Mengamalkannya pula adalah suatu ketaatan, samada taat pada perintah untuk ‘melakukan’, atau taat kepada tegahan iaitu suruhan untuk ‘meninggalkan’. Di dalamnya penuh terisi dengan petunjuk, panduan serta pengajaran yang amat bernilai. Oleh sebab itu ianya dihafaz, supaya dapat dibaca ketika diperlukan untuk rujukan atau sebagai bacaan untuk tujuan 1
Al-Quran al-Karim, surah Fathir 29-30, Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian;(29). Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orangorang Yang bersyukur kepadanya).(30). 2
Muhammad cAbdul cAzim al-Zarqani, Manahil al-cIrfan, Dar al-Kitab al-cArabi, Beyrut, 1995 / 1415H, cet. Pertama, jil 1, hlm 199. 3
Arkib Utusan Malaysia, http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm 4
Oleh sebab kemampuan menusia itu berbeza-beza dan ada juga yang tidak mampu untuk menghafaz al-Quran, maka setiap penghafaz atau institusi tahfiz dianjurkan untuk mengadakan proses temuduga.
2
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
ibadah, serta dapat direnung dan diulang-ulang untuk mengubat perasaan ketika lemah dan memerlukan kekuatan. Ketinggian darjat orang-orang yang menanggungnya adalah jelas sepertimana yang masyhur bahawa orang yang melazimi dirinya dengan al-Quran akan dapat memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Bahkan, di dunia lagi keutamaan orang yang menghafal alQuran telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Pernah terjadi kematian pada dua sahabat di zaman baginda dalam peperangan Uhud, ketika hendak dikebumikan baginda s.a.w bertanya kepada yang hadir siapakah di antara mereka berdua yang terlebih banyak menghafal al-Quran. Kemudian setelah diberitahu maka baginda s.a.w mengutamakan orang yang lebih banyak hafalannya untuk diuruskan dahulu sebelum sahabat yang seorang lagi5. Balasan di akhirat pula, sememangnya Allah selayaknya memberi ganjaran kerana Allah sahaja yang mengetahui keikhlasan, baik akhlak dan kecintaan hamba-hamba Allah terhadap al-Quran sehingga ada yang digelar sebagai ()أهل اهلل وخاصته. Banyak lagi kelebihan yang dikhabarkan dalam hadis-hadis baginda s.a.w untuk ahli-ahli al-Quran. Itulah ketinggian dan nilai kehambaan antara seorang hamba dengan Tuhannya, sekiranya melakukan segala sesuatu semata-mata keranaNya, taat kepada perintah dan hanya mengharap keredhaannya.
BEBERAPA KESUKARAN DALAM MENGHAFAZ AL-QURAN Dalam proses menghafaz al-Quran setiap individu mempunyai halangan tersendiri kerana setiap diri insan itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing serta berlainan tahap kebolehan mengatasi masalah. Terdapat masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh huffaz untuk diketahui, antaranya ialah:1. Pengurusan Masa 1.1 Masa yang ada untuk menghafaz adalah sedikit 1.2 Masa untuk murajaah amat terhad, masa lapang telah diisi untuk kerja-kerja yng lain. 2. Kefasihan 2.1 Mempunyai masalah dalam menyebut ayat-aya al-Quran sehingga tidak dapat dibaca lancar. Ketidakfasihan ini akan memanjangkan durasi hafazan dan murajaah. 2.2 Bacaan dengan hafazan hendaklah dirutinkan supaya dapat dihabiskan dalam tempoh tertentu secara istiqamah. Bacaan yang tidak fasih akan memberi kesan pada masa hafazan dan murajacah. 3. Keadaan diri / kebolehan 5
Ahmad bin cAli bin Hajar al-cAsqalani, Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beyrut, 2000 / 1420H, jil 3, Kitab al-Janaiz, bab Man Yuqaddam fi al-Lahd, hadis no 1348, hlm. 575.
3
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3.1
Tidak dijadikan setiap individu mampu untuk menghafaz. Ada yang boleh menghafaz tetapi tidak mampu untuk murajaah kembali. Keadaan ini hendaklah diperbetulkan kerana ayat-ayat al-Quran tidak boleh dihafaz kemudian dilupakan.
3.2
Ada juga manusia yang dijadikan Allah dengan kebolehan untuk menghafaz dengan mudah seperti yang dikurniakan kepada para ulamak silam seperti imam al-Bukhari dan imam Baihaqi. Di kalangan ulama semasa seperti muhaddith imam Anwar Kasymiri dan di kalangan orang bukan Islam seperti Daniel Tammet, Theodre Roosevelt, Kim Peek dan lain-lain.
4. Keadaan ayat 4.1 Dalam proses menghafaz, pembaca atau penghafaz akan menghadapi kesukaran ketika membaca ayat yang mempunyai ayat yang sama atau lebih kurang sama di tempat lain. Kadangkala kesamaran ini akan melencongkan bacaan kepada ayat dalam surah yang lain. Sekiranya latih tubi atau teknik hafazan dilakukan dengan tidak menekankan pengecaman, penghafaz akan menghasilkan hafazan yang tidak mantap dan masa yang terhad tidak dapat digunakan secara optimum. Inilah yang akan dibicarakan dalam pembentangan ini. PERANAN METHODE HAFAZAN Sistem hafazan pada asalnya adalah bebas, iaitu mengikut kesesuaian masing-masing asalkan berhasil kuantiti dan kualiti hafazan yang disasarkan. Sesetengah institusi tidak menerapkan sistem yang khusus bagi pelajarnya 6 . Namun sesetengah yang lain pula sistem digubal demi menjamin piawai para pelajar agar kualiti hafazan dapat dijaga dan kuantiti hafazan dalam tempoh pembelajaran semasa dapat dicapai. Terdapat banyak methode hafazan yang diterapkan dalam p&p sekolah tahfiz dan individu yang menjalani sistem yang digubal untuk diri sendiri, namun untuk menjumpai kaedah yang sudah siap tertulis adalah jarang berlaku. Antara Method Hafazan7 Institut al-Quran Terengganu (IQT). Kaedah Permulaan a. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali. b. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali. c. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali. d. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali e. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali. 6
Tidak semua institusi tahfiz menyediakan kaedah rasmi bagi menghafaz dan mengulang al-Quran. Pelajar yang prihatin terhadap jagaan hafazan mereka akan mencari kaedah yang sesuai untuk diri mereka masing-masing. 7
Zulkifli Remli, Kajian Kaedah Atau Method Hafazan Antara Dua Institusi Tahfiz Al-Quran Di Malaysia,
4
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
f. g. h. i. j.
Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali. k. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya. Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juzuk, kerana akan menyebabkan hafalan bertambah berat dan sukar. Kaedah Menambah Hafalan Jika ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru dengan kaedah yang sebutkan di atas, maka anda harus membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja‟ah) sebanyak 20 kali supaya hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (murajacah) maka memulai hafalan baru dengan kaedah yang disebutkan di atas. Kaedah Menggabungkan Antara (Murajacah) Dengan Menambah Hafalan Baru a. Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini boleh menyebabkan banyak kehilangan hafalan yang pernah dibuat sebelum ini. Oleh itu, kaedah yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajacah (mengulang) dan menambah hafalan baru. b. Bahagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, di mana mana satu bahagian mengandungi 10 juzuk. Jika dalam sehari telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga menyelesaikan 10 juzuk. Jika telah menghabiskan 10 juzuk maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman. c. Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan hafalan 20 juzuk. Jika kamu telah menghafal 20 juzuk maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juzuk, dimana setiap hari hendaklah mengulangi (murajacah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar mengikut kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 halaman sehingga menyelesaikan keseluruhan Al-Qur`an. 5
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
d. Jika telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juzuk pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya mengulangi setengah juzuk. Kemudian pindahlah ke 10 juzuk berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juzuk terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juzuk pertama dan 8 halaman dari 10 juzuk kedua. Kaedah Murajacah Al-Quran (30 Juz) Setelah Menyelesaikan Kaedah Murajacah di Atas. a. Mulailah mengulangi Al-Qur`an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juzuk, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan cara ini, mudah untuk mengkhatamkan Al-Qur`an sekali dalam setiap dua minggu. b. Dengan kaedah seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insyaAllah) telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur`an, dan lakukanlah cara ini selama setahun penuh. Kesimpulannya, kaedah yang dibuat bertujuan untuk menjadikan seseorang penghafaz dapat lancar setiap ayat, mengecam kesamaran dan mampu mengingat dengan baik.
AYAT-AYAT YANG MEMPUNYAI KESAMARAN (MUTASYABIHAT AL-ALFAZ) Dalam al-Quran ayat-ayat yang mengelirukan ada banyak. Sebenarnya ianya juga bergantung kepada individu penghafaz sendiri untuk menekuni masalah tersebut. Ini kerana tanpa usaha ini maka ayat kesamaran baginya bukanlah pada sesetangah ayat bahkan adalah kesemua yang dihafaznya. Dalam surah-surah dalam al-Quran secara umumnya dapat dikategorikan kesamaran itu dalam lima kategori iaitu: 1. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah. Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah pada tempat yang pertama terlibat iaitu ayat 18 iaitu: Ayat ini mempunya kesamaran dengan ayat 171 dalam surah yang sama iaitu firman Allah:
6
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam dua ayat di atas, kesamaran yang ada ialah pada kalimah ( )يرجعونdan ()يعقلون. Huruf ra’ ( )رpada tempat pertama adalah terdahulu susunannya dalam huruf hijaiyyah berbanding dengan huruf ‘ain ()ع. 2. Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang terkemudian dalam susunan huruf hijaiyyah. Contohnya ialah dalam surah al-Baqarah kategori ini pada tempat yang pertama terlibat iaitu ayat 35 iaitu: Dalam ayat di atas, ianya mempunyai kesamaran dengan surah yang sama pada ayat 58 iaitu firman Allah: Dalam dua ayat di atas kesamarannya ialah antara ()رغدا حيث شئتما, yang awal kedudukannya dalam surah al-Baqarah dengan ( )حيث شئتم رغداyang terkemudian. Tempat yang pertama terlibat dimulai dengan huruf ra’ ( )رyang terdahulu dalam susunan hijaiyyah berbanding huruf ha’ ()ح. 3. Kesamaran yang melibatkan tambahan satu huruf atau lebih, atau penambahan satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat. Tempat yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 23 dalam surah al-Baqarah, iaitu firman Allah Taala: Kesamaran yang ada ialah pada surah Yunus ayat 38, iaitu firman Allah Taala:
7
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam dua ayat di atas, ada penambahan perkataan ( )منpada tempat yang terdahulu iaitu pada ayat 35 berbanding tiada penambahan pada tempat yang kedua. 4. Kesamaran yang melibatkan pengurangan satu huruf atau lebih, atau pengurangan satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat (berlawanan dengan kategori ketiga). Tempat yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 36 dalam surah alBaqarah, iaitu firman Allah Taala: Kesamaran yang ada ialah pada surah al-A`raf ayat 24, iaitu firman Allah Taala: Terdapat juga dalam surah Taha ayat 123, iaitu firman Allah Taala: Dalam ayat-ayat di atas, ada penambahan perkataan ( )منها جميعاpada tempat yang ketiga yang tidak terdapat dalam dua tempat sebelumnya. 5. Ayat-ayat yang mempunya persamaan pada awalnya dan berlainan pada akhirnya. Ayat yang pertama terlibat dalam kategori ini ialah ayat 14 dalam surah al-Baqarah, iaitu firman Allah Taala: Ayat di atas bersamaran dengan ayat 76 dalam surah yang sama, iaitu firman Allah Taala:
8
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
KESAMARAN KATEGORI PERTAMA Iaitu ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang awal dalam susunan huruf hijaiyyah. Terdapat 18 tempat yang terlibat kesemuanya dalam surah ini dan penulis hanya mengemukakan beberapa tempat sebagai contoh. 1. Surah al-Baqarah. Dalam surah ini sebanyak 18 tempat yang terlibat. Contoh-contoh adalah seperti berikut: 1.1
Ayat 18 dan 171.
1.2
Surah al-Baqarah ayat 23, surah Yunus ayat 38 dan surah Hud ayat 13.
1.3
Surah al-Baqarah ayat 34, al-A`raf ayat 11, al-Hijr ayat 31 dan Sad ayat 74.
9
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1.4
Surah al-Baqarah ayat 36, al-A`raf ayat 20,dan surah Taha ayat 120. ..
1.5
Surah al-Baqarah ayat 48 dan 123.
1.6
Surah al-Baqarah ayat 49, al-A`raf 141 dan surah Ibrahim ayat 6. 10
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam ayat di atas juga terdapat kesamaran yang lain yang perlu diberi perhatian iaitu penggunaan lafaz ()نجينكم, ( )أنجينكمdan ( )أنجــكمserta penggunaan lafaz ()يذبحون, ( )يقتلونdan ()ويذبحون. 1.7
Surah al-Baqarah ayat 57, al-A`raf ayat 160 dan Taha ayat 8.
Perlu diberi perhatian bahawa terdapat kesamaran lain dalam ayat-ayat di atas iaitu penggunaan lafaz ( )أنزلناdengan ()نزلنا. 1.8
Surah al-Baqarah ayat 58 dan surah al-A`raf ayat 161. 11
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Perlu diberi perhatian terdapat juga kesamaran yang lain dalam kedua ayat di atas iaitu: a. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz ()وإذ قلنا, manakala surah al-A`raf ()وإذ قيل. b. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz ()ادخلوا, manakala surah al-A`raf ()اسكنوا. c. Dalam surah al-Baqarah menggunakan lafaz ()فكلوا منها حيث شئتم رغدا, manakala surah al-A`raf ()وكلما منها حيث شئتم.
KESAMARAN KATEGORI KEDUA Ayat yang mempunyai kesamaran dua perkataan atau lebih, dan ayat tersebut yang tempatnya lebih awal dimulai dengan huruf yang terkemudian dalam susunan huruf hijaiyyah. Contohcontoh ayat yang terlibat adalah berpandukan surah al-Baqarah. 1. Surah al-baqarah ayat 35 dan 58.
2. Surah al-Baqarah ayat 60 dan al-A`raf ayat 160.
3. Surah al-Baqarah ayat 62, al-Maidah ayat 69 dan al-Hajj ayat 17. 12
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Dalam kesemua ayat di atas terdapat kesamaran lain iaitu: a. Pada surah al-Maidah mengguakan lafaz ( )الصبئونmanakala dalam surah al-Baqarah dan al-Hajj mengguakan lafaz ()والصبئين. b. Terdapat tambahan pada surah al-Baqarah iaitu ()فلهم أجرهم عند ربهم. c. Tambahan ()والمجوس والذين أشركوا. 4. Surah al-Baqarah ayat 95, dan al-Jumu`ah ayat 7.
5. Surah al-Baqarah ayat 129 dan 151, Ali `Imran 164 dan al-Jumu`ah ayat 2.
13
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Perlu diperhatikan pada ayat titik kedua dan ketiga dan keempat menggunakan lafaz ()ويزكيهم ويعلمهم. KESAMARAN KATEGORI KETIGA Kesamaran yang melibatkan tambahan satu huruf atau lebih, atau penambahan satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat. 1. Surah al-Baqarah ayat 23, Yunus ayat 38, al-A`raf ayat 43, dan. 2. Surah al-Baqarah ayat 25 dan al-Taubah ayat 100.
3. Surah al-Baqarah ayat 35 dan al-A`raf ayat 19.
KESAMARAN KATEGORI KEEMPAT Iaitu yang melibatkan pengurangan satu huruf atau lebih, atau pengurangan satu kalimah atau lebih pada tempat yang awal terlibat (berlawanan dengan kategori ketiga).
14
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1. Surah al-Baqarah ayat 36, al-A`raf ayat 24 dan Taha ayat 123.
Terdapat kesamaran lain dalam ayat di atas yang patut diberi perhatian iaitu: a. Lafaz yang digunakan dalam surah al-Baqarah ialah ( )وقلناmanakala dalam surah alA`raf dan Taha menggunakan lafaz ()قال. b. Dalam surah al-Baqarah dan al-A`raf menggunakan lafaz ( )اهبطواdan dalam surah Taha dengan lafaz ()اهبطا. 2. Surah al-Baqarah ayat 38, al-A`raf ayat 24 dan Taha ayat 123. 3. Surah al-Baqarah ayat 80 dan Ali `Imran ayat 24.
KESAMARAN KATEGORI KELIMA Ayat-ayat yang mempunya persamaan pada awalnya dan berlainan pada akhirnya. 1. Surah al-Baqarah ayat 14 dan 76. 15
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2. Surah al-Baqarah ayat 16 dan 175.
3. Surah al-Baqarah ayat 146 dan al-An`am ayat 20.
4. Surah al-Baqarah ayat 214 dan Ali `Imran ayat 142.
16
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Kelima-lima kategori ini hanyalah sebagai panduan kepada para penghafaz untuk mengingat dan mengecam ayat-ayat yang akan menjadi punca kekeliruan dalam bacaan. Walaubagaimana pun, pengetahuan semata-mata tidak mencukupi untuk mandapatkan hasil yang memuaskan. Latih tubi dan teknik yang betul adalah jalan termudah untuk kesan yang diharapkan. KESIMPULAN Walaupun segala kesamaran ini dapat dikesan dan dibandingkan, ianya hanyalah sebagai sekadar catatan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat, selagi tiada kesedaran, latih tubi (ulangan yang kerap) dan kesungguhan penghafaz mengharapkan kesan yang maksimum. Kerana tanpa semua itu hafazan akan kelam dan tiada faedah seseorang itu menghafaz kerana apa yang dihafaznya adalah kesamaran. Oleh yang demikian hendaklah seseorang itu mengambil kira perkara berikut: 1. Niatnya menghafaz al-Quran 2. Mendatangkan kecintaannya kepada al-Quran dan kepada yang diturunkan al-Quran, lebih-lebih lagi kepada yang menurunkan al-Quran. 3. Menghargai masa yang ada untuk benar-benar dimanfaatkan. 4. Menyedari bahawa dirinya adalah sebagai seorangyang berkhidmat untuk agamanya, dan meletakkan dirinya dalam keadaan yang bermaruah tinggi yang selayaknya. 5. Menjaga pantang larang yang boleh menjauhkan dirinya daripada Allah, 6. Menjaga pantang larang yang boleh menjejaskan hafazannya. 7. Membanyakkan membaca al-Quran dan biasakan dengan rutin dan jadual diri, dan melatih diri memanfaatkan kesempatan yang ada. 8. Menghargai hafazan yang telah dihafaz dengan menjaganya sebaik mungkin. Penjagaan yang rapi akan memberikan kesempatan untuknya untuk mendalami perkara lain seperti ilmu hadis, fikah dan sebagainya dalam fardu ain dan kifayah. 9. Menyedari kelemahan diri untuk diperbaiki. 10. Bersabar dan bersungguh amat diperlukan kerana itulah kunci kejayaan. RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Abdul Mun`im Kamil Syair, t.tarikh . Dalil al-Hairan fi Mutasyabihat al-Quran, Dar Tair alIlmi, t.tarikh, Cairo Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani. 2000 / 1420H. Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Beyrut. Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah. 2005. Sistem Pembelajaran Dan Kaedah Hafazan Al-Qur’an Yang Efektif: Satu Kajian Di Kuala Lumpur Dan Terengganu, Universiti Teknologi Malaysia.
17
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th – 13th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Mujamma’ Khadim al-Haramayn al-Sharifayn al-Malik al-Fahd Li Tiba’at al-Mushaf al-Sharif. 1413H. Al-Quran al-Karim Wa Tarjamat Ma’anihi Ila al-Lughat al-Indunusiyyah. Madinah alMunawwarah. Mustafa Murad. 2003. Kaifa Tahfaz Al-Quran, Dar Al-Fajr Li Al-Turath, Cairo. Yahya bin Sharafudin al-Nawawi. 1992/1413H. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Dar alNafais. Zulkifli Remli. 2012. Kajian Kaedah Atau Method Hafazan Antara Dua Institusi Tahfiz AlQuran Di Malaysia, Open University Malaysia.
18