Piawai Tatalaku ZF TRW
Integriti... Kepimpinan Kenyataan Dasar Pembelajaran Dalam Talian
Memimpin kita ke arah yang betul Pesanan daripada Franz Kleiner Pencapaian wawasan kita sebagai peneraju global dalam sistem keselamatan aktif dan pasif dibina di atas dasar kepercayaan – kepercayaan terhadap produk kita, para pekerja kita dan integriti mereka. Pemandu dan penumpang bergantung pada kita dan produk kita setiap hari di jalan raya serata dunia bagi membantu melindungi hak milik mereka yang paling berharga – nyawa mereka dan juga nyawa keluarga mereka. Keyakinan terhadap produk kita seiring dengan kepercayaan kepada tenaga kerja kita. Kepercayaan tersebut menjangkau kepada kita semua yang mewakili ZF TRW dan ia mesti dihormati dengan menempatkan diri kita di tahap piawai tata undang-undang dan etika yang paling tinggi. Reputasi yang berasaskan integriti yang bertahun lamanya boleh musnah akibat satu pertimbangan lemah atau niat jahat. Setiap daripada kita mesti sentiasa beriltizam untuk melakukan perkara yang betul. Pastinya, melakukan perkara yang betul itu tidak selalunya begitu mudah. Kebiasaannya agak sukar untuk menimbangkan apa yang boleh diterima atau sebaliknya. Oleh itu kita perlu memastikan yang kita mengetahui peraturan. . . untuk keadaan yang nampak nyata dan juga untuk waktu apabila melakukan perkara yang betul itu sesuatu yang sememangnya samar-samar. Piawai Tatalaku ini, seiring dengan kenyataan dasar, bimbingan kepimpinan, sesi latihan interaktif berasaskan Internet kita yang sedia ada dan buletin undang-undang kita yang mendasari, direka untuk membantu setiap daripada kita mengenal pasti dan menangani isu-isu etika penting serta membantu mengekalkan budaya integriti, kejujuran dan kebertanggungjawapan. Sila baca Piawai Tatalaku dengan teliti dan turut serta bersama saya beriltizam menegakkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Sentiasa: meneroka fakta, bertanya apabila berasa ragu-ragu dan bertindak dalam tahap piawai tata undangundang dan etika yang paling tinggi. Dengan cara itu, kita akan terus mendukung reputasi ZF TRW sebagai peneraju dalam sistem keselamatan dan integriti automotif.
Franz Kleiner Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ZF TRW
Kandungan
1
Gambaran Keseluruhan ......................................................................................................................................... 3 Penggunaan & Panduan Tambahan ........................................................................................................................ 3 Talian Bantuan Integriti............................................................................................................................................. 4 Melaporkan Pencabulan ........................................................................................................................................... 4 Tiada Tindakan Balas ............................................................................................................................................... 5 Siasatan .................................................................................................................................................................... 5 Apa yang Pekerja dan Pengurus Mesti Lakukan ..................................................................................................... 6
2
Integriti Dalam Urusan Perniagaan Kami ............................................................................................................. 7 Urus Niaga Adil ......................................................................................................................................................... 7 Percanggahan Kepentingan ..................................................................................................................................... 7 Hadiah & Budi Bahasa Lain ..................................................................................................................................... 7 Persaingan Adil ........................................................................................................................................................ 8
3
Tanggungjawab Terhadap Pemegang Saham ..................................................................................................... 9 Rekod Tepat ............................................................................................................................................................ 9 Pendedahan Maklumat............................................................................................................................................. 9 Perdagangan Orang Dalam .................................................................................................................................... 9
4
Tanggungjawab Terhadap Syarikat .................................................................................................................... 10 Perlindungan Kerahsiaan dan Aset ........................................................................................................................ 10 Komunikasi Elektronik ............................................................................................................................................ 10 Peluang Korporat.................................................................................................................................................... 11 Pengurusan Rekod ................................................................................................................................................. 11
5
Rasa Hormat Dalam Persekitaran Kerja Kita .................................................................................................... 12 Persekitaran Kerja .................................................................................................................................................. 12 Privasi Data Peribadi .............................................................................................................................................. 12
6
Pematuhan Undang-Undang Dan Iltizam Kita Terhadap Masyarakat Kita ..................................................... 13 Siasatan Badan Kerajaan ....................................................................................................................................... 13 Pematuhan Undang-undang dan Peraturan Mengeksport dan Mengimport ......................................................... 13 Dasar Anti Rasuah ................................................................................................................................................. 14 Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran ................................................................................................................ 15
2
1
GAMBARAN KESELURUHAN
Piawai Tatalaku ini, yang merupakan komponen penting program pematuhan keseluruhan ZF TRW, menyatakan bahawa kami akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang dan tata perniagaan kami menurut tahap piawai undang-undang dan etika yang paling tinggi. Noktah. Apa yang kurang daripada itu tidak boleh diterima. Pematuhan Piawai ini bermaksud bukan setakat mematuhi undang-undang sahaja tetapi juga peka terhadap semua tanggungjawab warga korporat yang baik. Pematuhan terhadap semangat Piawai ini memerlukan darjah integriti yang tinggi dalam semua interaksi dengan pelanggan, pembekal, pemegang saham, pekerja, masyarakat setempat. semua peringkat kerajaan dan orang awam. Secara khususnya, Piawai ini direka untuk mempromosikan: Integriti dalam cara kita menjalankan perniagaan; Jujur dalam laporan kewangan dan komunikasi ; Patuh kepada undang-undang, syarat dan peraturan yang berkaitan; Melaporkan sebarang pencabulan Piawai yang disyaki; dan Kebertanggungjwapan terhadap kepatuhan kepada Piawai. Penggunaan. Piawai ini diguna pakai di seluruh dunia untuk semua pegawai dan pekerja ZF TRW Automotive Holdings Corp. dan subsidiarinya serta usaha sama yang dikawal (secara kolektif, “ZF TRW”). Penggunaan Piawai tersebut mungkin terjejas oleh kedudukan ZF TRW dalam organisasi yang lebih luas, termasuk ZF Friedrichshafen AG dan semua subsidiarinya serta usaha sama yang dikawal (semua entiti sebegitu, selain daripada ZF TRW, adalah secara kolektif dirujuk dalam dokumen ini sebagai “ZF”). Diberikan kedudukan ZF TRW dalam organisasi ZF, Prinsip-prinsip Rakan Niaga ZF terpakai kepada penyedia perkhidmatan dan rakan niaga di luar ZF TRW semasa menjalankan perniagaan bagi pihak ZF TRW. Jika undang-undang atau dasar awam setempat mandatori bercanggah dengan dasar ZF TRW, undang-undang setempat mandatori akan diberi keutamaan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang sama ada wujud percanggahan, hubungi Jabatan Undang-undang ZF TRW. Panduan Tambahan. Kadang-kadang, jawapan kepada isu undang-undang atau etika adalah amat jelas sekali. Tetapi sering kali pilihan yang jelas mungkin tiada. Apabila berasa ragu-ragu, tanya! Piawai ini, seperti kod etika yang lain, hanya memberikan panduan am untuk tatalaku yang diharapkan semasa bekerja di ZF TRW. Bukan mustahil untuk menjangkakan semua cabaran yang bakal kami hadapi atau pertanyaan yang mungkin timbul. Itulah sebabnya sumber tambahan disediakan; Dasar. Kenyataan Dasar Syarikat dan buletin undang-undang merupakan tempat yang baik untuk bermula apabila anda mempunyai soalan tentang topik tertentu. Ianya tersedia dalam pelbagai bahasa di Intranet ZF TRW di bawah “Undang-undang & Etika”. Bahagian yang menyediakan panduan tambahan tentang topik yang dinyatakan dalam Piawai ini dirujuk keseluruhannya pada halaman berikut. Latihan. ZF TRW menyediakan latihan dalam talian dan bersemuka bagi membantu pekerja memahami dan mengamalkan amalan perniagaan yang bersesuaian. Melengkapkan sesi latihan yang diperlukan dipantau berkaitan dengan setiap penilaian prestasi pengurus setiap tahun. Berbincang dengan Yang Lain. Jika anda mempunyai soalan tentang tanggungjawab anda di bawah Piawai atau mana-mana dasar kami, atau jika anda mengesyaki pencabulan undang-undang atau etika, anda digalakkan untuk mendapatkan panduan daripada penyelia anda terlebih dahulu. Jika anda tidak selesa bercakap dengan penyelia anda, bercakap dengan pengurus lain, wakil Sumber Manusia anda atau ahli Jabatan Undang-undang. Jika anda tidak pasti tentang bagaimana untuk menggunakan Piawai ini atau mana-mana dasar untuk keadaan tertentu, anda sentiasa boleh menghubungi Jabatan Undang-undang ZF TRW.
3
Talian Bantuan Integriti. Jika untuk sebarang sebab anda berasa tidak selesa bercakap secara terus dengan kakitangan ZF TRW yang dikenal pasti di atas atau kebimbangan anda seolah-olah tidak ditangani, anda digalakkan untuk 1 menyerahkan kebimbangan anda, tanpa nama jika anda ingini, melalui Talian Bantuan Integriti ZF TRW:
Melalui E-mel
[email protected]
Melalui Telefon
+1 734.855.2900, atau bebas tol di 1 800.753.6393 (A.S.), 0800.182.0839 (Jerman), 001.888.594.9133 (Mexico) atau 0808.234.2746 (U.K.)
Melalui Pos
Pejabat Etika ZF TRW 12001 Tech Center Drive Livonia, MI 48150 USA
Melalui Faksimili
+1 734.855.3250 Untuk Perhatian: Pejabat Etika
PERHATIKAN TANDA AMARAN Jika anda mendengar atau menyebut mana-mana daripada yang berikut, anda mungkin melampaui batas atau hampir-hampir berbuat demikian: “Semua orang lain pun buat begitu” “Ia tidak akan mencederakan sesiapa” “Mungkin sekali ini saja... ” “Tiada siapa akan tahu” “Tidak kira bagaimana ia dilakukan, asalkan ia dilakukan” “Apa yang saya dapat? ” INGAT: MELAKUKAN SESUATU YANG ANDA FIKIR AKAN MEMBANTU ZF TRW BUKAN ALASAN UNTUK BERTINDAK DI LUAR ETIKA! Melaporkan Pencabulan. Sebagai kakitangan ZF TRW setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk melakukan perkara yang betul. . . dan bertanggungjawab melaporkan salah laku. Kami faham yang anda mungkin kurang senang atau tidak selesa melaporkan rakan sekerja. Bagaimanapun, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan pencabulan undang-undang, Piawai Tatalaku atau dasar ZF TRW yang lain yang dicurigai, dan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan siasatan undang-undang dan etika. Kegagalan melaporkan pencabulan itu sendiri adalah pencabulan Piawai dan dasar ZF TRW. Membawa pencabulan yang disyaki kepada perhatian kedua-dua Penyelia anda (atau pengurus ZF TRW yang lain) dan peguam ZF TRW. Pencabulan yang disyaki boleh juga diserahkan melalui Talian Bantuan Integriti (tanpa nama, jika anda mahu) atau, jika kebimbangan anda melibatkan hal perakaunan atau audit dan anda berasa tidak selesa melaporkannya kepada Jabatan Undang-undang atau melalui Talian Bantuan Integriti, anda boleh menghantar kebimbangan anda secara terus kepada ZF Talian Dipercayai di https://www.bkms-system.net/ZF. Berikan penerangan lengkap mengenai perkara tersebut, orang(-orang) yang terlibat, tarikh(-tarikh) kejadian, orang lain yang mungkin menyaksikan kejadian tersebut dan sebarang maklumat yang akan membantu dalam siasatan.
4
Sementara anda kekal tanpa nama apabila anda melaporkan pencabulan yang disyaki, perlu diingat bahawa ia mungkin menyukarkan kami menyiasat isu yang anda perkatakan tanpa mengetahui identiti anda. Sudah tentu ketanpa-namaan juga menghalang ZF TRW daripada menghubungi anda untuk maklumat susulan, jika diperlukan. Sila pertimbangkan perkara ini apabila anda memutuskan sama ada untuk kekal tanpa nama. Di beberapa negara keperluan pelaporan berbeza disebabkan oleh perbezaan undang-undang. Contohnya, di Perancis, individu boleh melaporkan pencabulan, tetapi tidak diperlukan berbuat demikian. Berunding dengan pejabat undangundang setempat anda jika anda mempunyai soalan. Tiada Tindakan Balas. Anda tidak perlu takut akan tindakan balas apabila melaporkan kemungkinan pencabulan. ZF TRW melarang sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan balas terhadap pekerja yang berniat baik yang melaporkan kemungkinan pencabulan. Berniat baik tidak bermaksud yang anda perlu betul, tetapi ia bermaksud bahawa anda memberikan semua maklumat yang anda ada dan bahawa anda percaya sejujurnya yang anda tepat dalam menilai keadaan yang anda laporkan. Jika anda rasa yang anda telah dibalas kerana melaporkan kemungkinan pencabulan atau bekerjasama dalam siasatan, hubungi Jabatan Undang-undang ZF TRW atau Talian Bantuan Integiti ZF TRW dengan segera. 1
Laporan yang diserahkan dalam bahasa selain bahasa Inggeris lebih baik disampaikan melalui e-mel atau faks. Bagaimanapun, jika anda memilih untuk bercakap dengan seseorang dan tidak boleh berbahasa Inggeris, kami akan menyediakan penterjemah.
S
Apakah perkara yang perlu saya lakukan sebelum melaporkan sesuatu isu melalui saluran rasmi?
A
ZF TRW menggalakkan pekerja untuk menyampaikan kebimbangan mereka dengan rakan sekerja mereka sebelum ia menjadi masalah nyata. Ini bukan cadangan untuk anda menjalankan siasatan anda sendiri. Bagaimanapun, kadang-kadang adalah lebih sesuai untuk mendekati seseorang secara terus mengenai kebimbangan anda, memberikan mereka peluang untuk menjelaskan tingkah laku mereka bagi mengelakkan salah faham. Namun begitu, jika pekerja berasa tidak selesa menangani keadaan bersendirian, mereka harus berunding dengan penyelia mereka atau mana-mana sumber yang dikenal pasti dalam Piawai ini. Jika pekerja tidak dapat menyelesaikan kebimbangan menggunakan cara ini, pekerja tersebut boleh melaporkan perkara itu melalui Talian Bantuan Integriti ZF TRW.
Siasatan. Talian Bantuan Integriti ZF TRW dijawab oleh pembantu undang-undang di Jabatan Undang-undang ZF TRW. Panggilan tidak pernah direkodkan atau dijejaki. Mesej mel suara diringkaskan dan kemudian dipadamkan. Semua soalan dan kebimbangan dianggap serius dan ditangani secara sulit. Dakwaan yang mewajarkan siasatan dirujuk kepada, dan disiasat oleh, kakitangan yang bersesuaian. Siasatan ditangani dengan adil, disampaikan dengan teliti dan diselesaikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Laporan bertulis disimpan di tempat berkunci dan maklumat dikeluarkan hanya atas dasar perlu tahu sahaja. Perlu diingat bahawa maklumat Talian Bantuan Integriti ZF TRW dianggap sulit ke takat yang paling mungkin. Anda boleh bantu mengekalkan kerahsiaan tersebut dengan tidak membincangkan panggilan dan dengan rakan sekerja atau kawan. Jika pencabulan disahkan, tindakan yang bersesuaian akan diambil. Di samping tindakan disiplin yang mungkin diambil oleh ZF TRW, sehingga dan termasuk pemecatan, pekerja juga tertakluk kepada hukuman sivil atau jenayah untuk pencabulan undang-undang. Disebabkan oleh keperluan kerahsiaan, kami mungkin tidak dapat memberikan butiran untuk orang yang melaporkan tentang (i) bagaimana siasatan dijalankan, (ii) tindakan(-tindakan) yang diambil, atau (iii) jika/bagaimana mendisiplinkan orang yang melakukan kesalahan. Jika anda tidak menerima jawapan yang anda mahukan, tidak bermaksud mekanisme pelaporan kami tidak berfungsi. Kadang-kadang bukti tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan salah laku. Ini sepatutnya tidak melemahkan anda daripada melaporkan kemungkinan pencabulan pada masa hadapan.
SESIAPA YANG MELANGGAR PIAWAI TATALAKU ATAU DASAR ZF TRW INI MUNGKIN DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN, YANG MUNGKIN MERANGKUMI AMARAN, TEGURAN, TEMPOH PERCUBAAN, PENGURANGAN PAMPASAN, TURUN PANGKAT, PENGGANTUNGAN ATAU PEMECATAN.
5
Apa Yang Mesti Dilakukan Oleh Semua Pekerja Elakkan sebarang penglibatan dalam tindakan yang tidak sah, tidak beretika atau tidak senonoh Mempunyai pengetahuan praktikal yang berfungsi tentang keperluan undang-undang dan dasar ZF TRW yang berkaitan dengan kerja anda Apabila berasa ragu-ragu, dapatkan panduan daripada mana-mana sumber yang dikenal pasti dalam dokumen ini Laporkan kemungkinan pencabulan Apa Yang Mesti Dilakukan Oleh Pengurus Mengambil langkah untuk memastikan pekerja memahami Piawai dan dasar serta tanggungjawab mereka Laksanakan proses yang direka untuk menyampaikan bidang berisiko yang berkaitan Memberikan latihan yang bersesuaian Galakkan perbincangan terus-terang dan terbuka tentang kemungkinan pencabulan Mengkaji semula pematuhan PEPOHON KEPUTUSAN: Tanya diri anda sendiri -Adakah tindakan saya mematuhi dasar ZF TRW? Adakah ini jujur? Adakah in sah? Adakah ia tindakan yang betul? Apa yang rakan sekerja dan penyelia saya akan fikirkan? Apakah akibatnya? Apa keluarga saya akan fikir apabila mereka mendengar tentang perkara ini? Bagaimana perasaan saya bila membaca mengenainya dalam berita? INGAT: APABILA BERASA RAGU-RAGU, TANYA! RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 1 – Tatalaku Undang-undang dan Etika
6
2
INTEGRITI DALAM URUSAN PERNIAGAAN KAMI
Urus Niaga Adil. Objektif ZF TRW adalah untuk bersaing dalam pasaran atas dasar produk, teknologi, mutu, perkhidmatan, harga dan faktor persaingan yang serupa. ZF TRW tidak berusaha mendapatkan sebarang kelebihan tidak wajar melalui manipulasi, penyembunyian, salah guna maklumat istimewa, salah memberi gambaran tentang fakta bahan, atau sebarang amalan urus niaga tidak adil yang lain. Semua orang dikehendaki berurusan secara adil dengan pelanggan, pembekal, pesaing dan pekerja. Mencuri atau mengambil maklumat proprietari secara tidak sah, memiliki maklumat rahsia perdagangan yang diperoleh secara tidak wajar atau menyebabkan pendedahan yang seperti itu dari bekas pekerja atau pekerja sekarang dari syarikat lain adalah dilarang sama sekali. Percanggahan Kepentingan. Setiap daripada kita mesti mengelakkan sebarang keadaan yang mungkin melibatkan percanggahan kepentingan. Percanggahan kepentingan berlaku apabila kepentingan peribadi individu, terutama ekonomi, mengganggu dalam apa juga cara – bahkan kelihatan seperti mengganggu - kepentingan ZF TRW atau ZF. Percanggahan kepentingan boleh menjejaskan pertimbangan perniagaan, mengancam reputasi ZF TRW, ZF dan pekerja mereka serta mengakibatkan risiko undang-undang yang tidak diperlukan. Bahkan hanya tanggapan percanggahan kepentingan sahaja boleh mengakibatkan motivasi anda dipersoalkan. Dedahkan sebarang kemungkinan percanggahan kepentingan kepada penyelia anda. Penyelia anda kemudiannya akan mengumpulkan fakta dan membincangkannya, jika perlu, dengan Jabatan Undang-undang ZF TRW. Urus niaga atau hubungan tidak akan dianggap pencabulan Piawai ini atau dasar ZF TRW jika ia diputuskan tidak mewujudkan percanggahan. Keputusan ini mesti dibuat di peringkat pengurusan yang bersesuaian (atau, untuk pegawai eksekutif , oleh Lembaga Pengarah ZF TRW). PERHATIKAN TANDA AMARAN Beberapa contoh kemungkinan percanggahan kepentingan termasuk: Kerja luar untuk pelanggan, pembekal, rakan kongsi atau pesaing ZF TRW atau ZF Pelaburan kewangan yang menjejaskan kesaksamaan Menerima hadiah yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan Menjalankan perniagaan dengan syarikat di mana ahli keluarga mempunyai percanggahan kepentingan (melalui pemilikan atau pengurusan syarikat tersebut atau sebaliknya) Melabur dalam hartanah, perniagaan atau item lain yang dibeli atau dijual oleh ZF TRW atau ZF Mendapat pinjaman atau jaminan tanggungjawab peribadi daripada ZF TRW, ZF atau pelanggan mereka, pembekal atau pesaingnya Hadiah & Budi Bahasa Lain. Menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan dan pembekal adalah penting untuk kejayaan ZF TRW. Bagaimanapun, hubungan tersebut mesti berlandaskan prestasi, bukan berat sebelah. Kita mesti menggunakan pertimbangan yang baik apabila menentukan sama ada hadiah, hidangan makanan, hiburan atau budi bahasa lain adalah bersesuaian. Hadiah yang bersesuaian mungkin mengandungi, atau kelihatan seperti mengandungi objektiviti penerima. Penawaran yang tidak sesuai boleh mendatangkan keburukan kepada anda dan ZF TRW serta boleh merosakkan reputasi ZF TRW dan ZF. Anda tidak boleh menerima sebarang hadiah atau budi bahasa lain daripada pembekal jika, disebabkan oleh sifat hubungan tersebut, ia boleh dianggap sebagai mempengaruhi pertimbangan anda dalam berurusan dengan pembekal. Sebaliknya, hadiah atau budi bahasa lain secara amnya boleh ditawarkan kepada pelanggan dan diterima daripada pembekal jika ia: Biasa dan lazim, Untuk tujuan berkaitan perniagaan bona fide Munasabah dan mengikut kadar dari segi konteks dan tidak mewah, Dilaporkan dalam akaun perbelanjaan yang bersesuaian dan boleh dibayar balik oleh ZF TRW (jika anda yang memberi hadiah), dan Tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang atau peraturan yang bersesuaian, atau dasar atau amalan pelanggan atau pembekal yang termaklum. 7
Contoh hiburan, ganjaran dan budi bahasa lain yang secara amnya dibenarkan adalah bayaran makanan berkaitan dengan mesyuarat perniagaan dan pemberian item dengan nilai nominal seperti rantai kunci, koleh minuman, pen dsb., dengan nama atau logo syarikat tertera. Bagaimanapun, pengurus ZF TRW boleh mewujudkan peraturan yang lebih ketat untuk penerimaan atau pemberian hadiah. Sebagai contoh, dengan pengecualian terhad, pekerja Pembelian ZF TRW tidak boleh menerima sebarang hadiah, walaupun jika nilainya nominal. Jika anda menerima hadiah yang bertentangan dengan dasar ZF TRW, maklumkan penyelia anda dengan segera. PERHATIKAN TANDA AMARAN Beberapa contoh hadiah atau budi bahasa lain adalah tidak dibenarkan termasuk: Pemberian atau penerimaan hadiah yang bernilai seperti barangan peribadi yang mewah, percutian dan perbelanjaan perjalanan atau penginapan. Memberikan pekerja pihak pelanggan tiket untuk acara sukan tempatan apabila pelanggan mempunyai dasar menghalang hadiah seperti itu. NOTA: Pengeluar kenderaan tertentu mempunyai larangan maya ke atas hadiah daripada pembekal. Dalam apa pun keadaan pekerja tidak dibenarkan untuk menawarkan, menjanjikan, atau meluluskan dorongan langsung atau tidak langsung untuk memperoleh faedah tak saksama. Begitu juga, seseorang pekerja tidak boleh meminta, dijanji, atau menerima dorongan yang diberikan untuk memperoleh faedah tak saksama. Rujuk bahagian “Pematuhan dengan Undang-undang dan Iltizam terhadap Masyarakat kita” Piawai ini untuk perbincangan tentang dasar Anti Rasuah ZF TRW untuk memastikan sebarang tindakan bermaksud tidak diertikan sebagai rasuah yang dilarang. Persaingan Adil. ZF TRW percaya sepenuhnya bahawa pasaran bebas yang kompetitif amat sesuai dengan kepentingannya dan juga kepentingan masyarakat seluruhnya. Objektif ZF TRW adalah untuk bersaing secara sihat dalam bidang kuasa undang-undang atas dasar produk, teknologi, mutu, perkhidmatan, harga dan faktor persaingan yang serupa. Dasar ZF TRW adalah untuk mematuhi sepenuhnya, bukan dengan sekadar bertulis tetapi juga dengan semangat undang-undang persaingan (juga dikenali sebagai undang-undang antitrust) di semua negara di mana perniagaan kita dijalankan. Amalan gerbang ZF TRW adalah untuk membuat keputusan secara unilateral dan tiada kaitan dengan pesaing. Kita mesti mengelakkan sebarang perjanjian, persetujuan dan perbincangan dengan pesaing berkenaan isu persaingan yang sensitif. Setiap pertukaran maklumat yang membolehkan kesimpulan dibuat mengenai tingkah laku pasaran masa depan ZF TRW dan/atau ZF mesti dielakkan. PERHATIKAN TANDA AMARAN Beberapa urusan dengan syarikat lain yang boleh melanggar undang-undang pertandingan termasuk: Berkongsi dengan pesaing maklumat tentang harga, bida, syarat penjualan atau pembelian, pelanggan atau pasaran Menasihati pesaing sama ada ZF TRW membida suatu program atau tidak Mengagih-agihkan pasaran, kawasan atau pelanggan Berbincang mengenai sebarang penolakan untuk berurusan dengan pelanggan atau pembekal Menetapkan harga penjualan semula minimum untuk produk Memukal produk RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 1 – Tatalaku Undang-undang dan Etika Kenyataan Dasar No. 5 – Percanggahan Kepentingan Kenyataan Dasar No. 12 – Berkhidmat di Lembaga Organisasi Komersial dan Sivik Kenyataan Dasar No. 8 – Pelanggan dan Pembekal: Hiburan, Ganjaran dan Budi Bahasa Lain Kenyataan Dasar No. 23 – Dasar Antiamanah Berhubung Interaksi dengan Pesaing Kenyataan Dasar No. 24 – Gambaran Keseluruhan Antiamanah
8
3
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PEMEGANG SAHAM
Rekod Tepat . ZF membentangkan maklumat kewangan dan maklumat lain kepada umum dan pemegang bonnya secara berkala menurut peraturan dan komitmen kontrak. Kami beriltizam untuk membantu menjadikan pembentangan ini tepat dan lengkap. Kami mempunyai kawalan dan prosedur untuk membantu mencapai matlamat ini dan adalah penting untuk kita semua mematuhi prosedur tersebut. Di samping itu, memandangkan laporan berdasarkan buku dan rekod ZF, setiap daripada kita mesti berusaha mengekalkan integriti buku, rekod dan akaun, termasuk buku, rekod dan akaun ZF TRW ZF. Kita mesti merekodkan semua maklumat secara jujur dan tepat. Ini termasuk bukan sahaja data kewangan tetapi juga data operasi. Mematuhi kaedah perakaunan yang betul adalah penting. Apabila berasa ragu-ragu, hubungi pengarah kewangan bahagian anda untuk bertanyakan sebarang soalan mengenai kemasukan akaun yang betul. Pendedahan Maklumat. Secara am, dalam urusan perniagaan kita dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain, kita tidak berkongsi maklumat “bukan umum” sama ada ZF TRW atau ZF. Sebarang permintaan untuk maklumat yang belum lagi dibentangkan secara umum mesti diluluskan melalui saluran yang betul. Bawa semua permintaan seperti itu kepada perhatian penyelia anda. Perdagangan Orang Dalam. Sewaktu kita menjalankan tugas kita, kita mungkin dari semasa ke semasa mempunyai masa untuk mengakses maklumat mengenai ZF TRW atau ZF (atau mengenai syarikat lain yang berurusan dengan kita) yang tidak tersedia kepada pelabur secara amnya. Ini dianggap sebagai maklumat “bukan umum” atau “dalaman”. Semua maklumat bukan umum seperti itu mesti dianggap sebagai maklumat sulit, dan penggunaan maklumat seperti itu mesti dihadkan untuk menjalankan perniagaan ZF TRW. Secara amnya, adalah salah di sisi undang-undang untuk seseorang yang mempunyai maklumat bukan umum mengenai syarikat tersebut untuk membeli atau menjual sekuriti (saham, opsyen, bon, dsb.) syarikat tersebut atau memberikan maklumat tersebut kepada orang lain yang mungkin akan melakukan sedemikian (juga dikenali sebagai “tipping”). Ini dikenali sebagai “perdagangan orang dalam” dan pencabulan yang serius terhadap undang-undang sekuriti. Maklumat adalah “penting” jika pelabur menganggapnya penting. Lebih khusus lagi, maklumat adalah “penting” jika terdapat kemungkinan besar bahawa pelabur yang waras akan menganggapnya penting dalam membuat keputusan pelaburan dalam syarikat tertentu atau jika maklumat mengubah dengan ketara jumlah gabungan maklumat yang tersedia mengenai syarikat tersebut. Ini disebabkan perdagangan akan dinilai selepas fakta dengan manfaat pengalaman, soalan tentang kepentingan mesti diselesaikan secara konservatif dengan menyokong maklumat sebagai penting, dan perdagangan mesti dielakkan.
RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 6 – Pendedahan Umum Maklumat Syarikat
9
4
TANGGUNGJAWAB TERHADAP SYARIKAT
Perlindungan Kerahsiaan dan Aset. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi aset ZF TRW dan memastikan yang ia digunakan dengan betul untuk tujuan perniagaan ZF TRW dan menurut dasar ZF TRW. Kecurian, kehilangan, kerosakan dan pembaziran aset menjejaskan keuntungan kita secara terus. Aset Maklumat ZF TRW adalah bernilai dan mesti dipelihara dan dilindungi. “Aset Maklumat” merujuk kepada semua maklumat sulit, Harta intelek dan data atau maklumat lain yang, jika dimusnahkan atau didedahkan di luar ZF TRW, boleh mendatangkan keburukan kepada ZF TRW. Contoh maklumat sulit termasuk maklumat harga, kaedah pengeluaran, data kewangan dan rancangan pemasaran dan penjualan. Harta intelek merujuk kepada antara lain, ciptaan, rekaan, pengetahuan, tanda dagangan, paten dan rahsia perdagangan. Kita menggunakan semua jenis maklumat dan dalam semua bentuk dalam kerja seharian kita. Kegagalan untuk melindungi Aset Maklumat boleh mengakibatkan pendedahan yang tidak betul. Pendedahan Aset Maklumat yang tidak betul boleh mengakibatkan ZF TRW dan/atau ZF kerugian kewangan, menjejaskan kedudukan persaingan atau operasi perniagaan kita. Dengan penggunaan komputer yang meluas dan kepelbagaian peralatan komunikasi yang tersedia sekarang, perlindungan maklumat dalam format elektronik menjadi kebimbangan khusus. Walaupun selepas meninggalkan pekerjaan di ZF TRW, tanggungjawab kerahsiaan kita berterusan dan kita tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat sulit kepada pihak lain. Komunikasi Elektronik. Maklumat komputer dan elektronik memainkan peranan yang semakin tinggi dalam urusan perniagaan kita. ZF TRW menyediakan perkakasan dan sistem yang membolehkan setiap daripada kita mengambil peluang sepenuhnya terhadap media komunikasi elektronik, termasuk e-mel, Intranet ZF TRW, dan Internet, untuk memajukan lagi tujuan perniagaan ZF TRW. Adalah menjadi dasar ZF TRW menggunakan sistem komunikasi elektronik dengan cara yang cekap, profesional, mengikut undang-undang dan beretika. Setiap daripada kita yang mempunyai akses untuk sistem seperti itu mesti memastikan yang teknologi digunakan untuk tujuan perniagaan yang betul dan dengan cara yang tidak mengkompromikan kerahsiaan maklumat. Sebagai contoh, kita tidak boleh menghantar kepada sesiapapun atau menerima (muat turun) bahan yang dilindungi hak cipta, rahsia perdagangan, maklumat kewangan proprietari atau bahan yang serupa yang dimiliki oleh orang lain atau menghantar maklumat mengenai ZF TRW, ZF atau produk atau perkhidmatan mereka kepada sesiapa tanpa mendapatkan kebenaran yang betul. Tiada siapa sepatutnya menghantar data teknikal teknologi atau maklumat sulit ZF TRW atau ZF tanpa terlebih dahulu mengambil langkah untuk melindungi bahan tersebut seperti yang dikehendaki oleh garis panduan keselamatan ZF TRW (dan kumpulan khusus anda). Di samping itu, peraturan mengeksport mungkin boleh diguna pakai oleh mesej elektronik ZF TRW yang mengandungi jenis data teknikal tertentu. Dalam kes tersebut mungkin terdapat pengehadan dalam menghantar atau perkongsian data teknikal ini dengan orang asing atau menghantarnya ke destinasi asing, termasuk lokasi ZF TRW atau ZF (“asing” untuk tujuan ini bermaksud dari negara selain negara asal). Sebelum menghantar data teknikal, selaraskan dengan wakil Majlis Pematuhan Perdagangan ZF TRW anda. Juga, disebabkan mesej elektronik adalah rekod perniagaan, ia mesti tepat, berdasarkan fakta dan lengkap serta mesti dikarang dengan perhatian teliti sama seperti dokumen perniagaan yang lain. Berkomunikasi dengan bahasa perniagaan yang jelas. Elakkan tokok tambah, sindiran dan bahasa lain yang, apabila di keluarkan dari konteks, boleh menyampaikan maklumat yang tidak tepat atau pun mendatangkan keburukan kepada penghantar atau ZF TRW. Tiada siapa di antara kita mesti mengarang, menghantar, menerima atau memuat turun sebarang mesej atau bahan yang bersifat cabul, lucah, memfitnah, mendiskriminasikan, mengancam, menyinggung atau mengganggu atau pun tidak konsisten dengan sebarang dasar ZF TRW. Sementara ZF TRW cuba mematuhi undang-undang setempat yang bersesuaian, anda sepatutnya tidak mengharapkan privasi melangkaui undang-undang setempat berkaitan dengan penggunaan e-mel, Intranet ZF TRW, Internet atau komputer ZF TRW. ZF TRW boleh memantau penggunaan semua aspek sistem komunikasi elektroniknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang bersesuaian. PERHATIKAN TANDA AMARAN Beberapa penggunaan sistem komunikasi elektronik ZF TRW yang tidak dibenarkan termasuk: Penggunaan bukan perniagaan aplikasi media aliran Internet Membebankan sistem dengan mel sarap atau surat berantai Memuat turun bahan dilindungi hak cipta atau maklumat proprietari yang lain Menghantar data teknikal terkawal kepada orang atau lokasi asing (walaupun kepada pekerja atau tapak ZF TRW) tanpa terlebih dahulu mendapatkan sebarang lesen yang diperlukan 10
Mengakses bahan lucah Menyiarkan maklumat sulit pada papan mesej Internet atau membincangkan maklumat seperti itu dalam bilik sembang dalam talian Peluang Korporat. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab terhadap ZF TRW untuk melanjutkan kepentingan sahnya apabila peluang tersebut muncul. Dari semasa ke semasa, melalui kedudukan kita dengan ZF TRW atau melalui penggunaan harta atau maklumat ZF TRW, kita mungkin menyedari terdapat peluang untuk membuat pelaburan atau untuk mendapatkan beberapa perniagaan yang mungkin menarik minat ZF TRW atau ZF. Kita dilarang dari mengambil kesempatan atas peluang ini untuk faedah peribadi (termasuk untuk faedah ahli keluarga atau rakan). Maklumkan penyelia anda mengenai peluang tersebut untuk membenarkan ZF TRW menilai sama ada untuk mengejar atau tidak peluang tersebut. Begitu juga, kita dilarang dari menggunakan harta, maklumat atau kedudukan ZF TRW untuk keuntungan peribadi dan dari bersaing dengan ZF TRW atau ZF, iaitu percanggahan kepentingan. Pengurusan Rekod. ZF TRW memerlukan pembentukan dan pengurusan rekod yang betul untuk beroperasi dengan jayanya dan, oleh itu, bergantung pada kita untuk mewujudkan, menyenggara dan melupuskan rekod dengan betul. Adalah menjadi dasar ZF TRW untuk menguruskan rekodnya menurut amalan perniagaan, undang-undang dan etika yang kukuh. Kita perlu menyimpan rekod hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan pengawalan, dasar pengurusan dan keperluan perniagaan. Semua rekod ZF TRW hendaklah disimpan dan dilupuskan dalam cara yang sistematik, tepat pada masa, ekonomi dan sah di sisi undang-undang. “Rekod” terdiri daripada apa jua benda dari laporan rasmi hingga nota yang diambil semasa mesyuarat malah rekod telefon dan juga perancang peribadi. Keperluan rekod diguna pakai untuk semua media yang digunakan untuk mencipta dan menyenggara rekod, termasuk kertas, pita elektronik, mikrofilem dan mikrofis serta cakera optik. Ia juga diguna pakai untuk semua rekod ZF TRW, tanpa mengira lokasi (termasuk yang disimpan di luar tapak, pada peranti elektronik peribadi kita malah pada komputer rumah kita. Setiap daripada kita mesti membiasakan diri dengan Manual Pengurusan Rekod dan Jadual Pengekalan Rekod yang diwujudkan untuk rekod ZF TRW yang berkaitan dengan kerja kita. Ia boleh didapati di Intranet ZF TRW dengan mengetik pada pautan di akhir dasar Pengurusan Rekod. Dari semasa ke semasa Jabatan Undang-undang atau Kewangan mungkin memaklumkan pekerja atau jabatan yang terjejas mengenai arahan penggantungan untuk rekod tertentu. Arahan penggantungan dilaksanakan apabila terdapat tuntutan mahkamah yang mengancam atau belum selesai atau siasatan kerajaan. Arahan penggantungan menggantung Jadual Pengekalan Rekod yang berkaitan dan memerlukan dokumen yang berkaitan tersebut disimpan. Sebaik sahaja arahan penggantungan dikeluarkan, anda mesti menganggap bahawa ia kekal berkuat kuasa sehingga anda menerima pemberitahuan dari Jabatan Undang-undang atau Kewangan yang mengatakan arahan tersebut tidak lagi dikuatkuasakan. PENUNJUK AMALAN Amalan pengurusan rekod yang baik termasuk: Membuat rekod yang tepat yang mendokumenkan dengan betul aktiviti yang diterangkan Membuang draf sebaik sahaja setelah dokumen dimuktamadkan Menyimpan rekod supaya mudah mendapatkannya semula Mematuhi prosedur dalam Manual Pengurusan Rekod untuk mengelakkan kos yang tidak diperlukan untuk menyimpan rekod yang melebihi tempoh pengekalannya, menyalin dengan berlebihan atau tidak lagi perlu dikekalkan. Memindahkan tanggungjawab untuk rekod kepada orang lain apabila tugasan anda berubah atau apabila anda meninggalkan ZF TRW Menyemak secara tetap (sekurang-kurangnya sekali setahun) rekod di bawah kawalan anda untuk dilupuskan menurut dasar ZF TRW dan prosedur yang berkaitan RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 2. – Perlindungan Aset Maklumat Buletin Undang-undang tentang Perlindungan Perisian Komputer - Hak Cipta Dasar/Peraturan Komputer dan Keselamatan Rangkaian (tersedia di Intranet ZF TRW di bawah [“Piawai dan Dasar”])Kenyataan Dasar No. 6 – Pendedahan Umum Maklumat Syarikat Kenyataan Dasar No. 3 – Pematuhan Undang-undang dan Peraturan Mengeksport dan Mengimport Kenyataan Dasar No. 4 – Komunikasi Elektronik Kenyataan Dasar No. 5 – Percanggahan Kepentingan Kenyataan Dasar No. 15 – Pengurusan Rekod Kenyataan Dasar No. 19 – Kawasan Kerja dan Bahan Pekerja 11
5
RASA HORMAT DALAM PERSEKITARAN KERJA KITA
Persekitaran Kerja. Satu daripada sumber paling berharga ZF TRW adalah tenaga kerjanya. Dasar ZF TRW bertujuan untuk mengekalkan persekitaran kerja yang adil dan produktif untuk semua pekerjanya. Amalan pekerjaan adil bukan sahaja dari segi pematuhan undang-undang bahkan juga untuk menyokong persekitaran rasa hormat. Adalah menjadi dasar ZF TRW untuk menggaji, melatih, memampasi, menggalakkan dan menyediakan syarat pekerjaan yang lain tanpa mengambil kira bangsa, warna kulit, agama, negara asal, jantina, umur, ketakupayaan, status veteran, maklumat genetik, orientasi seksual, identiti jantina seseorang atau sebarang sifat lain yang dilindungi oleh undang-undang yang diguna pakai. Prinsip peluang pekerjaan saksama ini diguna-pakai oleh ZF TRW di seluruh dunia, tertakluk kepada undang-undang, adat dan amalan yang bersesuaian dalam setiap negara. Di samping itu, setiap daripada kita berhak untuk persekitaran kerja yang bebas dari gangguan. ZF TRW tidak bertolak ansur terhadap gangguan seksual dan gangguan-gangguan lain yang berdasarkan bangsa, warna kulit, agama, negara asal, jantina, umur, ketakupayaan fizikal atau mental, status veteran, orientasi seksual, identiti jantina atau sebarang sifat lain yang dilindungi oleh undang-undang yang diguna-pakai. Gangguan seperti itu datang dalam berbagai bentuk, termasuk komen yang merendah-rendahkan atau penghinaan, gambar yang menjelikkan dan jenaka etnik. Prinsip ini diguna-pakai oleh semua pekerja di seluruh dunia, tertakluk kepada undang-undang, adat dan amalan yang bersesuaian dalam setiap negara. Tiada di antara kita diminta untuk bertolak ansur dalam sebarang gangguan daripada sesiapa semasa bekerja atau semasa terlibat dalam perniagaan ZF TRW atau ZF. Prinsip ini diguna-pakai dalam semua acara tajaan ZF TRW- dan ZF, di dalam atau luar tapak (seperti mesyuarat atau percutian syarikat), dan semasa perjalanan perniagaan. Tatalaku tidak semestinya berubah hanya disebabkan persekitaran ini mungkin lebih santai dari tempat kerja tipikal anda. Perlu diingat bahawa, dengan sebarang gangguan, tidak penting apa tujuannya, tetapi bagaimana ia diamati. Seseorang yang kelihatan seperti menerima tatalaku tersebut (dengan mendiamkan diri atau pun dengan menyertai dalam perbualan) tidak semestinya mahu tatalaku itu terjadi. Di samping itu, hanya disebabkan bangkangan tidak diutarakan terhadap kelakuan yang serupa pada masa lalu, tidak bermaksud anda diminta untuk mengulangi kelakuan tersebut. Kita mesti berusaha untuk melayan orang lain dengan rasa hormat yang kita sendiri inginkan sebagai balasan. Privasi Data Peribadi. ZF TRW menghormati kerahsiaan maklumat peribadi yang ia kumpulkan dan gunakan berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran hubungan sebelum pengambilan bekerja, semasa bekerja dan selepas tamat bekerja. Banyak negara mengawal pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi individu ini. ZF TRW beriltizam untuk mematuhi semua peraturan yang berkenaan yang berkaitan dengan pengumpulan, penggunaan dan pemindahan maklumat peribadi tentang pekerja masa akan datang, semasa, dan yang lepas dan ahli keluarga mereka. Setiap daripada kita yang mempunyai akses untuk maklumat peribadi juga mesti mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi dari hilang atau disalahgunakan dan dari akses, pendedahan, perubahan dan kemusnahan yang tidak dibenarkan. PEPOHON KEPUTUSAN: Sebelum mengumpul atau mengeluarkan maklumat peribadi, tanya diri anda sendiri -Adakah sebarang undang-undang atau syarat kontrak yang melarang pengumpulan, penggunaan atau pendedahan maklumat ini? Adakah dasar Privasi Data Peribadi Pekerja ZF TRW melarang apa yang saya ingin lakukan? Adakah orang yang meminta maklumat tersebut memerlukannya untuk alasan perniagaan yang sah? RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 16 – Peluang Pekerjaan Sama Rata Kenyataan Dasar No. 17 – Gangguan yang Dilarang Buletin Undang-undang tentang Gangguan yang Dilarang Buletin Undang-undang tentang Gangguan Seks Kenyataan Dasar No. 20 – Privasi Data Peribadi Pekerja 12
6
PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN ILTIZAM KITA TERHADAP MASYARAKAT KITA
Siasatan Badan Kerajaan. Dasar ZF TRW adalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan dalam prestasi fungsi mereka yang betul dalam menjalankan siasatan ke atas ZF TRW atau pihak ketiga atau dalam mengumpulkan maklumat dalam persediaan untuk membuat keputusan sama ada untuk menjalankan siasatan atau tidak. Untuk tujuan ini “siasatan” bermaksud sebarang pertanyaan bukan rutin mengenai kemungkinan pencabulan undang-undang, termasuk sebarang audit bukan rutin, semakan atau pertanyaan yang bertujuan untuk memastikan pematuhan peraturan, walaupun tidak dilabelkan sebagai “siasatan” oleh kerajaan. Adalah penting untuk perkara seperti itu diselaraskan dengan betul di dalam ZF TRW dan sebarang pertanyaan berkaitan dengan siasatan ditangani dengan cara yang teratur. Sebarang hubungan yang mungkin anda terima daripada mana-mana agensi kerajaan mesti dirujuk kepada Jabatan Undang-undang ZF TRW dengan segera. Pematuhan Undang-undang dan Peraturan Mengeksport dan Mengimport. ZF TRW beroperasi dalam banyak negara di seluruh dunia. Peraturan kerajaan yang meluas wujud di negara-negara ini berkaitan dengan mengimport dan mengeksport barangan, perkhidmatan dan teknologi merentasi sempadan mereka. ZF TRW beriltizam untuk mematuhi semua peraturan seperti itu. Eksport. Memindahkan barangan fizikal, maklumat (data teknikal atau teknologi), atau program komputer dari satu negeri ke negeri yang lain adalah contoh “eksport.” Ini termasuk membuat data dan perisian teknikal tersedia di Internet atau melalui e-mel. Membekalkan barangan atau maklumat terkawal kepada orang asing (“asing” untuk tujuan ini bermaksud dari negara selain negara asal barangan), walaupun orang tersebut berada dalam negara yang sama atau pekerja ZF TRW atau ZF, boleh juga dianggap sebagai eksport. Secara amnya, jika aktiviti dikawal di bawah peraturan mengeksport, lesen atau kelulusan yang lain diperlukan dari agensi kerajaan yang berkenaan melainkan pengecualian diguna-pakai. Kategori am barangan yang mungkin dikawal termasuk: Item yang telah direka atau diubahsuai secara khusus untuk kegunaan ketenteraan (termasuk kenderaan) dan komponennya dan Item dwi-penggunaan (yang boleh digunakan untuk tujuan awam atau ketenteraan) yang mematuhi piawai teknikal tertentu, dan komponennya serta teknologi dan perisian yang berkaitan, walaupun dengan tujuan untuk kegunaan awam sahaja. Jangkauan kawalan eksport dalam beberapa bidang kuasa (seperti A.S.) yang mengawal penghantaran produk dan data teknikal ke lokasi asing atau orang asing adalah amat luas. Ini termasuk memindahkan maklumat atau produk ke kemudahan ZF TRW di negara lain. Anda perlu menyemak terlebih dahulu dan mendapatkan semua lesen yang diperlukan sebelum membuat sebarang eksport. Di samping itu, banyak negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dan negara ahlinya melarang perdagangan dengan negara tertentu dan dengan individu, kumpulan atau organisasi tertentu yang dikenal pasti pada senarai kerajaan sebagai terlibat dengan keganasan, pencucian wang atau aktiviti jenayah yang lain. Kita mesti berhati-hati dalam menyaring urus niaga dan rakan perniagaan terhadap semua peraturan dan senarai pemerhatian kerajaan yang berkaitan. Import. Mengimport item yang tersedia secara komersial tidak memerlukan lesen. Bagaimanapun, dokumen kemasukan mesti difailkan dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan duti mungkin dinilai. Walaupun pihak berkuasa kastam menjadi semakin kurang menahan penghantaran semasa ketibaan, mereka sering memerlukan pengimport menyediakan dokumen dan menjawab soalan tidak berapa lama kemudian. ZF TRW beriltizam untuk menggunakan perhatian yang sewajarnya dalam aktiviti mengimportnya, yang termasuk mengklasifikasikan dan menilai barangan, melengkapkan dan mengekalkan dokumen mengimport dan membayar duti, yuran dan cukai nilai ditambah yang berkaitan. Undang-undang Anti Pemulauan. ZF TRW tidak terlibat dalam sebarang pemulauan perdagangan yang tidak disekat secara rasmi oleh kerajaan A.S., seperti pemulauan Liga Negara-negara Arab terhadap Israel. Undang-undang anti pemulauan A.S. diguna-pakai oleh semua gabungan ZF TRW, sama ada yang terletak di A.S. atau tidak, berkaitan dengan aktiviti mereka dalam dagangan antara negeri atau dagang asing Amerika Syarikat. Bahasa pemulauan mungkin muncul dalam pelbagai dokumen perdagangan termasuk arahan pembelian, surat kredit dan bil muatan, Peraturan A.S. bukan sahaja melarang tindakan pemulauan tertentu tetapi juga memerlukan sesiapa yang menerima permintaan untuk pemulauan yang tidak disekat, walaupun permintaan tersebut ditolak, mesti melaporkannya kepada kerajaan A.S.
13
PERHATIKAN TANDA AMARAN Beberapa contoh isu pematuhan eksport/import yang berkemungkinan termasuk: Menghantar data teknikal terkawal kepada orang atau lokasi asing (walaupun kepada pekerja atau tapak ZF TRW atau ZF) tanpa terlebih dahulu mendapatkan sebarang lesen yang diperlukan Menggunakan klasifikasi import yang tidak menerangkan barangan dengan betul Mengisytiharkan nilai import selain apa yang telah didokumenkan dengan betul dalam buku dan rekod ZF TRW Menggunakan program duti pilihan (seperti NAFTA, GSP, EU-KOR, dll.) tanpa dokumentasi sokongan Jawapan yang mengelak dan tidak lengkap oleh pelanggan terhadap soalan mengenai lokasi penghantaran, penggunaan akhir atau pengguna akhir Melihat bahasa pemulauan dalam sebarang dokumen perdagangan Dasar Anti Rasuah. Sebagai warga korporat yang baik, ZF TRW berusaha untuk mematuhi sepenuhnya semua undang-undang yang mengawal operasinya dan menjalankan perniagaannya menurut tahap piawai undang-undang dan etika yang paling tinggi. Undang-undang ini termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (juga dikenali sebagai “FCPA”), Akta Rasuah U.K 2010 (“UKBA”), Kanun Jenayah Jerman (“StGB”) dan undang-undang negara lain yang melarang pemberian rasuah.. Walaupun negara di mana bayaran kepada pegawai kerajaan kelihatan seperti sebahagian daripada urus niaga yang biasa akan terdapat undang-undang yang melarang pemberian rasuah dan undang-undang ini secara amnya menjadi lebih ketat dari semasa ke semasa. ZF TRW tidak bertolak ansur terhadap sebarang rasuah kepada pihak umum atau orang persendirian. Kami juga tidak memberi atau menerima hadiah yang tak sesuai. Lihat seksyen “Integriti dalam Urusan Perniagaan kami” dari Piawaian ini untuk perbincangan dasar ZF TRW selanjutnya berkenaan pemberian dan penerimaan hadiah. Oleh sebab rasuah tidak semestinya dalam bentuk wang tunai, tiada siapa boleh menawarkan atau memberi sesuatu yang bernilai, termasuk duit, hadiah, hiburan , perjalanan, atau berbentuk kewangan atau lain-lain faedah, kepada atau untuk: •
Mana-mana pegawai kerajaan bertujuan untuk mempengaruhi peranan pegawai tersebut atau menjamin keuntungan yang tidak wajar, dalam usaha untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau keuntungan dalam menjalankan perniagaan; atau
•
Sesiapa yang menyebabkan, atau memberi ganjaran kepada seseorang akan menjejaskan prestasi kerjanya dan tanggungjawab pekerjaannya :
Di samping itu, tiada sesiapa yang bertindak bagi pihak ZF TRW boleh memohon atau menerima sesuatu barangan yang bernilai yang mengakibatkan prestasi yang tidak wajar kepada ZF TRW atau penerimaan ganjaran akan menjejaskan prestasi. Item promosi dan hadiah ZF TRW yang nilainya nominal (selain dari wang) boleh diberikan dan hidangan atau hiburan yang sederhana boleh diberikan kepada pegawai kerajaan bukan A.S. dan kepada orang yang diambil bekerja oleh rakan kongsi perniagaan ZF TRW, di bawah keadaan terhad yang tertentu jika dibenarkan di bawah undang-undang setempat bertulis. Di samping itu, ZF TRW boleh membayar perbelanjaan, termasuk hidangan atau hiburan yang sederhana untuk individu seperti itu jika perbelanjaan yang wajar,mengikut kadar dan tulen yang berkaitan secara langsung dengan promosi, pertunjukan atau penerangan produk atau perniagaan atau penyempurnaan atau pelaksanaan kontrak ZF TRW, dan tidak ditawarkan atau diberikan dengan niat mendapatkan sebarang kelebihan yang tidak betul. ZF TRW tidak boleh membuat bayaran pemudah kepada pegawai kerajaan bukan A.S. “Bayaran Pemudah” adalah bayaran kepada pegawai kerajaan tidak diwajibkan oleh undang-undang, dengan tujuan mendorong pegawai kerajaan untuk mempercepat atau menjalankan tindakan rasmi di mana hak terutamanya wujud. Di bawah undang-undang anti rasuah, ZF TRW boleh dipertanggungjawabkan untuk bayaran tidak sah yang dibuat melalui orang perantaraan dan orang lain yang berkait. Atas alasan ini, apabila memilih rakan usaha sama, pengedar, ejen dan pembekal perkhidmatan yang lain, menyaring dan menjalankan siasatan yang sewajarnya berkenaan kelayakan, kemahiran, integriti dan hubungan pihak tersebut dengan pegawai kerajaan. Pertimbangkan juga kewajaran dan ketelusan yuran dan perbelanjaan yang dikenakan. Penyiasatan mestilah termasuk usaha wajar yang sesuai dan peruntukan kontrak yang sesuai dengan pihak ketiga. Hubungi Bahagian Undang-Undang untuk peruntukan kontrak yang berkaitan. Selanjutnya, kita mesti menyimpan rekod yang tepat dan benar-benar mencerminkan semua urus niaga dan bayaran yang dibuat. Jika anda rasa tidak selesa merekodkan butiran urus niaga tertentu, anda mesti mengelakkannya!
14
Terdapat peningkatan yang ketara dalam penguatkuasaan undang-undang ini dan kerjasama yang meningkat di antara agensi kerajaan dari negara yang berlainan dalam menyiasat aktiviti ini. Di samping risiko terhadap reputasi ZF TRW dan ZF, pencabulan undang-undang ini boleh dikenakan hukuman denda yang tinggi (seperti yang telah dibuktikan oleh tajuk berita baru-baru ini) bahkan juga hukuman penjara di sesetengah negara. PEPOHON KEPUTUSAN: Sebelum memberikan hadiah kepada pegawai kerajaan bukan A.S. atau wakil rakan kongsi perniagaan, tanya diri anda sendiri -Adakah hadiah saya nilainya nominal? Adakah hadiah saya jarang-jarang sekali? Adakah saya memberinya secara terbuka dan bukan secara rahsia? Adakah niat saya untuk mendapatkan kelebihan yang tidak betul? Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran. ZF TRW menumpukan kepada daya tahan - dalam produk, dalam reka bentuk dan proses kejuruteraan, dalam pembuatan kita dan juga dalam pentadbiran operasi kita. Daya tahan dalam semua aspek perniagaan menjadi topang kejayaan perniagaan yang berterusan. ZF TRW mencapainya melalui usaha Cemerlang HS&E (“HS&E merujuk kepada kesihatan, keselamatan dan persekitaran), yang menyepadukan program HS&E ke dalam semua aspek peniagaan. Ringkasnya, daya tahan bermaksud reka bentuk produk yang inovatif, tenaga kerja yang sihat dan proses pembuatan yang berfungsi mengurangkan penggunaan sumber asli dan meminimumkan penjanaan bahan buangan. Adalah menjadi wawasan ZF TRW bahawa sistem dan prestasi HS&E akan diiktiraf oleh pekerja, pelanggand an masyarakat kita di mana kira beroperasi sebagai melindungi pekerja dan masyarakat kita dan pada masa yang sama menambah nilai perniagaan kita. Untuk mencapai wawasan ini, ZF TRW mesti menguruskan HS&E untuk: Mematuhi semua peraturan HS&E dan keperluan pelanggan Mengurangkan kesan kesihatan dan keselamatan yang berkaitan dengan kerja ke atas pekerja Mengurangkan kesan persekitaran yang buruk Mencapai keadaan operasi yang meminimumkan kos dan risiko HS&E Mengurangkan kesan HS&E ke atas seluruh rantaian nilai Menimbangkan kesan kitaran HS&E apabila mereka produk Memastikan tenaga dibeli dan digunakan dengan cara berdaya tahan Mempertingkatkan dan mengukur sistem dan prestasi HS&E ZF TRW secara berterusan Mengekalkan keselamatan pekerja dan kemudahan Untuk menghargai iltizam ini, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk memahami kesan kesihatan, keselamatan dan persekitaran ke atas pekerjaan kita. Kita semua mesti memikul tanggungjawab peribadi untuk perlindungan kesihatan dan keselamatan semasa bekerja. Semua pengurus diminta mengawasi kebimbangan kesihatan, keselamatan dan persekitaran di kemudahan mereka. PENUNJUK AMALAN Petua untuk mewujudkan amalan HS&E yang baik: Mendekati HS&E di tempat kerja sebagai nila teras Mematuhi semua prosedur dan keperluan HS&E yang berkaitan pada setiap masa Bertindak dalam lingkungan pengetahuan, kecekapan dan bidang kuasa anda Mengenal pasti peluang untuk menyingkirkan atau mengurangkan bahan buangan dan meminimumkan risiko HS&E Melaporkan sebarang pembebasan persekitaran, bahaya atau amalan tidak selamat yang tidak dibenarkan Rancang dan bersedia untuk menguruskan perubahan tempat kerja dengan selamat Menyampaikan jangkaan HS&E dengan jelas dan berkesan
15
RUJUKAN: Kenyataan Dasar No. 7 – Siasatan Kerajaan Kenyataan Dasar No. 3 – Pematuhan Undang-undang dan Peraturan Mengeksport dan Mengimport Buletin Undang-undang tentang Pematuhan Eksport A.S. – Orang Asing Kenyataan Dasar No. 21 – Dasar Anti Rasuah Dasar Kesihatan, Keselamatan, Persekitaran dan Kesejahteraan ZF TRW Automotive Buletin Undang-undang tentang Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran Dasar Tenaga ZF TRW Automotive
16
Kita semua di ZF TRW mesti berusaha untuk mengekalkan budaya integriti, kejujuran dan kebertanggungjawapan. Sentiasa: meneroka fakta, bertanya apabila berasa ragu-ragu dan bertindak dalam tahap piawai tata undang-undang dan etika yang paling tinggi.
**Piawai Tatalaku ini dan dasar yang menyokong serta buletin yang dirujuk dalam dokumen ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Anda bertanggungjawab mengetahui dan mematuhi keperluan undang-undang, piawai dan prosedur semasa yang berkaitan dengan kerja anda. Versi terkini dokumen ini boleh didapati pada Intranet ZF TRW di bawah “Undang-undang & Etika”. Tiada apa dalam dokumen ini berperanan sebagai kontrak atau jaminan pekerjaan, gaji atau pampasan, atau mengubah hubungan pekerjaan di antara ZF TRW (atau sebarang subsidiarinya) dengan mana-mana pekerjanya. **
Versi September 2015
17