KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Pendidikan Kesenian Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Tahun 1 Terbitan Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum Oktober 2015
Terbitan 2015 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 48, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
ISBN: 978-967-420-109-8
KANDUNGAN Rukun Negara ................................................................................................................................
v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
.............................................................................................
vi
..........................................................................................................................
vii
..............................................................................................................................
1
......................................................................................... ..........................................
2
.......................................................................................................................................
2
Kata Pengantar Pendahuluan Matlamat Objektif
Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah Fokus
....................................................................
3
........................................................................................................................................
4
Kemahiran Abad Ke-21
..............................................................................................................
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
..................................................................................................
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
9
......................................................................................................
11
................................................................................................................................
14
Organisasi Kandungan
..............................................................................................................
17
Modul Bahasa Seni ...........................................................................................................
18
Modul Kemahiran Seni
21
....................................................................................................
Modul Kreativiti dan Inovasi
............................................................................................
25
......................................................................................................
29
......................................................................................................................................
32
Modul Apresiasi Seni Glosari
8
.....................................................................................
Elemen Merentas Kurikulum Pentaksiran
6
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi
individu
secara
menyeluruh
dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
melahirkan
warganegara
berketerampilan, berkeupayaan sumbangan
Malaysia
berakhlak mencapai
terhadap
Usaha
ini
yang
mulia,
kesejahteraan
keharmonian
adalah
dan
bertujuan
berilmu
pengetahuan,
bertanggungjawab diri
serta
untuk dan
memberikan
kemakmuran
keluarga,
masyarakat dan negara” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
vi
KATA PENGANTAR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 supaya kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
dan nilai, serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi menjayakan pelaksanaan KSSR, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Usaha memasukkan Standard Prestasi di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenalpasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSR. Semoga pelaksanaan KSSR akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.
DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSR, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
vii
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENDAHULUAN Pendidikan Kesenian merupakan komponen penting dalam
Contohnya, pengetahuan dan kefahaman yang diperoleh melalui
kurikulum kebangsaan di peringkat sekolah rendah. Mata
Modul Bahasa Seni diaplikasikan dalam aktiviti penghasilan
pelajaran
karya seni dan permainan alat muzik.
ini
menyumbang
kepada
usaha
Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membentuk kemenjadian murid yang holistik dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Pendidikan Kesenian memberikan pengalaman yang unik kepada
Kebangsaan. Menerusi kurikulum ini, murid didedahkan dengan
murid untuk mengeksplorasi potensi diri, membina kemahiran
disiplin ilmu seni visual dan muzik. Murid melalui pelbagai aktiviti
generik dan sosial bagi melahirkan insan yang kreatif dan
seni yang membolehkan mereka berfikir aras tinggi, membina
inovatif. Selain itu, murid juga akan bergiat aktif dalam
kemahiran
pengkaryaan
seni,
serta
mengaplikasi
pengetahuan
dalam
menzahirkan idea kreatif.
seni
serta
berkeyakinan
apabila
membuat
persembahan. Kesemua pengalaman ini merupakan suatu pembudayaan kepada murid untuk menuju kearah pembentukan
Kurikulum
Pendidikan
Kesenian
dibina
dengan
memberi
insan yang berliterasi seni untuk menghadapi cabaran abad ke-
penekanan kepada empat modul kurikulum iaitu Bahasa Seni,
21.
Kemahiran Seni, Kreativiti dan Inovasi, serta Apresiasi Seni. Setiap modul kurikulum mengandungi ilmu pengetahuan dan kemahiran kesenian yang diperlukan oleh murid untuk membolehkan mereka berkarya dan menghayati nilai estetik seni. Kandungan modul tersebut adalah saling melengkapi supaya murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari daripada satu modul kepada modul yang lain.
1
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
MATLAMAT Pendidikan
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 Kesenian
sekolah
rendah
bermatlamat
untuk
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Kesenian Tahun 1 bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Mengetahui dan memahami bahasa seni; 2. Menguasai kemahiran asas dalam lakaran, membentuk serta mencipta; 3. Mengaplikasikan kemahiran asas dan pengetahuan bahasa seni visual untuk menghasilkan karya yang kreatif; 4. Menghasilkan karya seni dengan menggunakan pelbagai sumber dan teknologi; 5. Menyanyikan lagu dengan sebutan dan pic yang betul mengikut tempo; 6. Memainkan corak irama, corak irama melodi dan detik lagu mengikut tempo; 7. Memainkan perkusi berdasarkan skor ikon; 8. Membuat pergerakan berdasarkan lirik, detik, pic dan tempo; 9. Menghasilkan pelbagai bunyi; 10. Mencipta corak irama mudah berdasarkan ikon; 11. Mengenal pasti jenis muzik daripada muzik yang didengar; 12. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti kesenian; 13. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air; dan 14. Mengamalkan nilai murni semasa aktiviti kesenian.
melahirkan murid berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESENIAN SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Kesenian bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut: 1. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi aktiviti kesenian; 2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran seni visual dan muzik dalam menjayakan persembahan; 3. Menghasilkan karya seni dengan menggunakan pelbagai sumber dan teknologi; 4. Menghayati dan menghargai nilai estetik seni dari pelbagai karya; dan 5. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti kesenian. 2
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina berasaskan
Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang
enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;
menghayati
Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan
berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan
Estetika;
kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan seperti
serta Sains dan Teknologi.
Enam tunjang tersebut
merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain
nilai-nilai
Rajah 1.
dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.
Rajah 1 : Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah 3
murni
berteraskan
keagamaan,
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
FOKUS
Modul Bahasa Seni (10%) Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman seni
Kurikulum Pendidikan Kesenian sekolah rendah memberi fokus
sebagai panduan kepada mereka untuk berkarya. Bahasa seni
kepada pemahaman elemen seni sebagai asas untuk membina
merupakan asas kepada pengetahuan seni bagi membolehkan
kemahiran seni, penjanaan idea kreatif, penghayatan seni visual
murid mengaplikasikannya apabila menjalankan aktiviti amali dan
dan muzik. Tumpuan utama Pendidikan Kesenian merangkumi
penghayatan seni.
empat modul kurikulum seperti Rajah 2.
Modul Kemahiran Seni (40%) Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni dalam aktiviti amali seperti menggambar, membuat binaan dan
memainkan
alat
muzik.
Menerusi
modul
ini,
murid
didedahkan kepada pelbagai media, teknik, proses, elemen dan sumber menerusi penerokaan, eksperimentasi serta pengalaman dalam pelbagai aktiviti kesenian untuk membina kemahiran seni. Modul Kreativiti dan Inovasi (40%) Murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menjana serta menzahirkan idea kreatif dalam menghasilkan karya seni yang inovatif. Menerusi bidang ini, murid dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari pembelajaran
Rajah 2 : Model Kurikulum Pendidikan Kesenian KSSR
bahasa seni dan kemahiran seni untuk berkarya. Seterusnya, murid juga berpeluang untuk mempersembahkan setiap hasil karya mereka semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. 4
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Modul Apresiasi Seni (10%) Murid menghayati dan menghargai nilai estetik karya sendiri,
Antara persembahan yang boleh dijalankan oleh murid ialah
rakan, tempatan dan luar negara. Aktiviti ini boleh dijalankan
mereka dikehendaki merancang satu projek kesenian seperti
secara lisan, penulisan, persembahan dan pameran. Menerusi
sketsa muzikal, persembahan boneka dan nyanyian. Kesemua
modul ini, murid memberi fokus kepada aktiviti pendengaran dan
persembahan menggunakan hasil kerja yang dipelajari dalam
pemerhatian secara aktif seterusnya memberi respon terhadap
seni visual untuk disepadukan dalam persembahan yang akan
karya tersebut secara kritis. Murid dapat membuat perkaitan
dijayakan.
antara kesenian yang dipelajari dengan disiplin ilmu yang lain. Guru boleh merancang supaya murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan kecil, kemudian meminta setiap kumpulan
Projek Kesenian
membuat
Projek kesenian merupakan aktiviti yang dijalankan setelah murid
murid
muzik. Projek ini merupakan gabungan aktiviti yang dirancang sesuatu
pengetahuan
seni
tema.
visual
dan
Murid muzik
akan bagi
Selain
itu,
guru
juga
boleh
mewujudkan satu kumpulan sahaja dan melibatkan semua
melalui satu proses pembelajaran dalam disiplin seni visual dan berdasarkan
persembahan.
untuk
bersama-sama
menjayakan
persembahan
tersebut.
mengaplikasi menjayakan
Dalam kurikulum kesenian ini, setiap projek akan berdasarkan
persembahan kesenian. Menerusi aktiviti ini, murid akan
suatu tema. Contoh tema adalah seperti, Seni di Sekeliling Ku
dibimbing oleh guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti
dan Seni Menceritakan Sesuatu. Projek ini akan dijalankan
berkumpulan. Murid akan bersama-sama rakan dan guru
sebanyak 2 kali setahun. Jadual 1 menunjukkan cara
merancang dan memikirkan idea bagi menyelesaikan tugasan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran projek kesenian.
yang diberi. Projek kesenian yang dicadangkan adalah berskala kecil iaitu yang dijayakan dalam bilik darjah.
5
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
KEMAHIRAN ABAD KE- 21
Jadual 1: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Projek Kesenian Projek:
Satu
Tema:
Seni di Sekeliling Ku
Satu daripada hasrat KSSR adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran Abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
Minggu 1
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad
Minggu 2
ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai
Minggu 3
ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti Jadual 2,
Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7
supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan Pengajaran dan pembelajaran Seni Visual
SK dan SP dalam kurikulum Pendidikan Muzik juga turut
Pengajaran dan pembelajaran Muzik
menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid.
Minggu 8
Jadual 2: Profil Murid Abad Ke-21
Minggu 9 Minggu 10
Profil Murid
Penerangan
Berdaya Tahan
Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi, dan empati
Mahir Berkomunikasi
Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13
Merancang dan membuat persediaan
Minggu 14
Latihan persembahan
Minggu 15
Persembahan
6
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Profil Murid Pemikir
Kerja Sepasukan
Bersifat Ingin Tahu
Penerangan
Profil Murid
Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru. Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka mengalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik. Mereka membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Mereka mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Mereka menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.
7
Penerangan
Berprinsip
Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.
Bermaklumat
Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika/undangundang berkaitan maklumat yang diperoleh.
Penyayang/ Prihatin
Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.
Patriotik
Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkan
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan
dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran
KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti
berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.
Jadual 3. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai
Jadual 3: KBAT Tahap Pemikiran Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Mencipta
sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan
Penerangan
bukti yang munasabah.
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Kemahiran
kreatif
adalah
kemampuan
untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. Menghasilkan idea atau produk kaedah yang kreatif dan inovatif.
berfikir
Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
atau
8
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
berfokus untuk menyelesaikan masalah. Secara amnya, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
Kesenian adalah berlandaskan kepada aktiviti amali yang
berbentuk
dilakukan secara hands-on seperti dalam bidang nyanyian,
menaakul,
pembelajaran
inkuiri,
penyelesaian
masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat
bermain alat muzik,
menggambar dan membuat binaan.
berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan
Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam
aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.
merangka pengajaran bagi mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan tersebut merupakan strategi guru bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam Pendidikan Kesenian adalah seperti berikut: Pembelajaran Secara Inkuiri Suatu pendekatan yang akan menjadikan murid berdikari dalam menimba ilmu. Pertanyaan dan pencarian jawapan terhadap perkara
yang
dipelajari
merupakan
aspek
utama
dalam
pendekatan ini. Dalam konteks Pendidikan Kesenian murid akan menimbulkan pelbagai soalan contohnya, semasa mempelajari modul apresiasi seni. Antaranya seperti, “Apakah media atau instrumen yang digunakan dalam karya seni ini?,” “Mengapa karya seni ini mempunyai ciri-ciri kesenian Timur Tengah?,” dan sebagainya. 9
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Guru membimbing murid untuk mencari jawapan kepada soalan-
Pendekatan Bertema
soalan mereka menerusi pelbagai sumber seperti internet dan
Dalam pendekatan ini guru boleh merangka pengajaran dengan
kajian lalu di perpustakaan. Murid akan kembali ke kelas dengan
menggunakan pelbagai tema bagi membantu murid menguasai
maklumat yang diperolehi untuk dikongsikan.
ilmu dengan membuat perkaitan secara kontekstual terhadap tema yang digunakan. Contoh tema yang boleh digunakan ialah,
Pembelajaran Secara Projek
Seni di Sekeliling Ku dan Seni Menceritakan Sesuatu.
Pendekatan pembelajaran secara projek boleh dijalankan bagi menambah kefahaman murid tentang apa yang dipelajari dalam
Pendekatan Berkonsep
Pendidikan Kesenian. Guru berperanan sebagai fasilitator
Menerusi
kepada murid untuk membentuk suatu permasalahan atau isu.
berdasarkan konsep-konsep kesenian bagi mencapai standard
Seterusnya, guru memberikan tugasan kepada murid untuk
pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan ini akan memberi
mereka menyelesaikan permasalahan atau isu tersebut. Guru
fokus kepada pengetahuan dan kefahaman murid terhadap
juga membimbing murid dari aspek perkembangan pengetahuan
konsep yang diperkenalkan.
pendekatan
ini,
guru
merancang
pengajaran
dan kemahiran sosial dan akhir sekali mentaksir apa yang telah dipelajari murid menerusi pengalaman pembelajaran tersebut.
Pendekatan Antara Disiplin
Contoh persoalan atau isu ialah, “Adakah seni boleh menyatukan
Pendekatan ini membolehkan guru merangka pengajaran
masyarakat?” atau “Mengapakah masyarakat Baba Nyonya di
dengan menggabungkan pengajaran kesenian dengan disiplin
Melaka
ilmu yang lain. Sebagai contoh guru boleh mengajar nyanyian
boleh
menyanyikan
lagu
dondang
sayang
dan
berpakaian kebaya?”
yang mempunyai lirik mengenai kecintaan alam sekitar dan menterjemahkannya secara visual. Dengan ini murid akan mendapat ilmu dan kemahiran seni muzik dan seni visual.
10
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Terdapat banyak pendekatan yang boleh digunakan oleh guru
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
sebagai strategi dalam menyampaikan ilmu kepada murid. Pendekatan
yang
disebutkan
di
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah
atas merupakan contoh
yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendekatan yang boleh digunakan dalam Pendidikan Kesenian.
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
Perkara penting yang perlu dilakukan oleh guru ialah, memilih
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
pendekatan yang sesuai mengikut tajuk yang ingin diajar bagi
keterampilan
memastikan keberkesanannya terhadap pembelajaran murid.
modal insan
yang
dihasratkan
serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemenelemen di dalam EMK adalah seperti berikut:
Amalan Nilai Murni Pendidikan Kesenian mementingkan pengamalan nilai murni
1. Bahasa
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Amalan nilai murni
diberi penekanan semasa menjalankan aktiviti kesenian secara
Penggunaan
bahasa
pengantar
yang
betul
perlu
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
individu atau berkumpulan. Menerusi mata pelajaran ini, murid
akan dipupuk dengan nilai murni seperti, kerjasama dalam
Semasa pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah
kumpulan semasa latihan, bertanggungjawab terhadap tugas
dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu
atau peranan yang diberi, menepati masa serta mematuhi arahan
murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
dan menghormati guru, konduktor, ketua. 2. Kelestarian Alam Sekitar
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa
murid
perlu
dipupuk
melalui
pengajaran
dan
pembelajaran semua mata pelajaran.
Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk menghargai alam.
11
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
iii) Sikap
3. Nilai Murni
Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya
murid
sedar
akan
kepentingan
(seperti
ketepatan,
kejujuran,
keselamatan); dan
dan
iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan
mengamalkannya.
saintifik
pembelajaran
Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan
yang
menjadi
amalan
5. Patriotisme
dalam
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata
kehidupan harian.
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat. Semangat
4. Sains dan Teknologi
patriotik
dapat
melahirkan
murid
yang
Menambahkan minat terhadap Sains dan Teknologi dapat
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga
meningkatkan
sebagai rakyat Malaysia.
literasi
Sains
serta
Teknologi
dalam
kalangan murid.
6. Kreativiti dan Inovasi
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap
dan berkesan.
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta
Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam pengajaran
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
dan pembelajaran merangkumi empat perkara iaitu:
idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
i) Pengetahuan Sains dan Teknologi (fakta, prinsip,
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
konsep yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi);
Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
manipulatif tertentu);
menghadapi cabaran Abad 21.
12
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
TMK
pengajaran dan pembelajaran.
diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.
7. Keusahawanan Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran. 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penerapan
elemen
TMK
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
menjadi
kreatif
malah
menjadikan
pengajaran
dan
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
13
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENTAKSIRAN
Penilaian Projek Kesenian Panduan Penilaian Projek Kesenian telah disediakan sebagai
Pentaksiran dalam Pendidikan Kesenian melibatkan pengujian
instrumen kepada guru untuk menentukan pencapaian murid
dan pengukuran secara holistik dan berterusan. Pentaksiran secara
keseluruhan
membolehkan
murid
dalam aktiviti ini. Murid akan dinilai dari aspek penglibatan,
menggabungkan
kreativiti dan amalan nilai murni. Kriteria pencapaian kepada
kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan
setiap aspek ini dinyatakan sebagai cemerlang, baik dan
afektif. Secara tidak langsung, pentaksiran menitikberatkan pada
memuaskan seperti Jadual 5.
perlakuan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu menzahirkan idea yang kreatif
Dengan adanya Standard Prestasi Pendidikan Kesenian dan
dan inovatif.
Panduan Penilaian Projek Kesenian ini, diharapkan guru dapat mentaksir murid dengan penuh yakin, fleksibel, berakauntabiliti
Standard Prestasi Pendidikan Kesenian
dan berintegriti. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk
Standard Prestasi Pendidikan Kesenian diwujudkan sebagai
melaksanakan pentaksiran secara individu atau berkumpulan.
instrumen untuk guru mentaksir penguasaan murid dalam mata
Guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis tahap
pelajaran ini. Standard Prestasi ini mengandungi 6 Tahap
penguasaan tersebut serta membuat laporan dan tindakan
Penguasaan yang merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan
susulan.
nilai. Tahap Penguasaan ini disusun secara hierarki bermula pada Tahap Penguasaan 1 yang menunjukkan penguasaan terendah
sehingga
penguasaan
tertinggi
iaitu
Tahap
Penguasaan 6. Setiap Tahap Penguasaan mengandungi tafsiran secara umum seperti Jadual 4. Tahap penguasaan umum pula telah diperincikan secara khusus dalam setiap modul kurikulum.
14
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Jadual 4: Pernyataan Umum Tahap Penguasaan Pendidikan Kesenian
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1
Murid tahu perkara asas kesenian atau boleh melakukan kemahiran asas seni atau memberi respon terhadap perkara asas dalam kesenian.
2
Murid menunjukkan kefahaman tentang kesenian untuk melakukan kemahiran seni.
3
Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang kesenian untuk melaksanakan sesuatu kemahiran seni.
4
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kesenian untuk melaksanakan sesuatu kemahiran seni pada situasi baharu.
5
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kesenian untuk melaksanakan sesuatu kemahiran seni pada situasi baru secara sistematik dan konsisten.
6
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kesenian untuk melaksanakan sesuatu kemahiran seni pada situasi baru secara sistematik dan konsisten serta boleh menunjuk cara kepada rakan yang lain. 15
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
Jadual 5: Penilaian Projek Kesenian KRITERIA ASPEK YANG DINILAI
PENGLIBATAN
KREATIVITI
AMALAN NILAI MURNI
CEMERLANG
BAIK
Semua ahli memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan.
Beberapa ahli memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan.
Setiap ahli memainkan peranan dengan kurang cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan.
Menterjemahkan idea secara kreatif dan inovatif dalam persembahan.
Menterjemahkan idea secara kreatif dalam persembahan.
Menterjemahkan idea dalam persembahan.
Semua ahli mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
Beberapa ahli mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
Setiap ahli kurang mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
16
MEMUASKAN
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
ORGANISASI KANDUNGAN Dokumen Pendidikan
Standard Kesenian
Kurikulum sekolah
dan
Pentaksiran
rendah,
(DSKP)
Jadual 6: Organisasi DSKP
diorganisasikan
Standard Kandungan
berasaskan modul kurikulum seperti berikut: 1. Bahasa Seni
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2. Kemahiran Seni 3. Kreativiti dan Inovasi 4. Apresiasi Seni Guru boleh menggabung jalin kandungan antara bidang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap modul pula mempunyai tiga lajur utama iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi seperti Jadual 6.
17
Standard Pembelajaran Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard Prestasi Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid (indicator of success)
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
1.0 MODUL BAHASA SENI STANDARD KANDUNGAN
1.1 Bahasa Seni Visual
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh: 1.1.1 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam menggambar. i. Capan ii. Lukisan iii. Renjisan dan percikan iv. Gosokan 1.1.2 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam membuat corak dan rekaan. i. Ikatan dan celupan ii. Tiupan 1.1.3 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam membentuk dan membuat binaan. i. Boneka ii. Arca mobail iii. Model 1.1.4 Mengenal, memahami, dan menamakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam mengenal kraf tradisional. i. Batik ii. Alat perhiasan diri
18
CATATAN
Murid bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada karya 2 dimensi dan 3 dimensi Bahasa Seni Visual: Unsur Seni: - Garisan - Rupa - Bentuk - Warna - Jalinan - Ruang 2. Prinsip Rekaan - Imbangan - Ritma dan Pergerakan - Kesatuan - Kontra - Penegasan - Harmoni - Kepelbagaian
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN
1.2 Elemen Seni Muzik
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh: 1.2.1 Mengenal, memahami, dan membezakan pic tinggi dan pic rendah. 1.2.2 Mengenal, memahami, dan membezakan dinamik kuat dan dinamik lembut. 1.2.3 Mengenal, memahami, dan membezakan warna ton suara dan alat muzik.
19
CATATAN
Cadangan Aktiviti: Mendengar dan mengajuk pic.
Mendengar dan mengaplikasikan dinamik kuat dan lembut menerusi aktiviti muzik.
Mengenal dan meneroka ton suara manusia: - suara bercakap - suara bernyanyi - suara memanggil - suara berbisik - suara lelaki dan perempuan - suara lembut - suara serak - suara nyaring - suara halus - suara nasal
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENTAKSIRAN MODUL BAHASA SENI STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Mengenal bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar atau membuat corak dan rekaan
1
atau membentuk dan membuat binaan atau kraf tradisional. Mengenal pic tinggi dan rendah atau dinamik kuat dan lembut atau warna ton suara manusia dan muzik. Mengenal dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar atau membuat
2
corak dan rekaan atau membentuk dan membuat binaan atau kraf tradisional. Mengenal dan memahami pic tinggi dan rendah atau dinamik kuat dan lembut atau warna ton suara manusia
dan muzik. Mengenal, mengetahui dan membezakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar
3
4
5
6
atau membuat corak dan rekaan atau membentuk dan membuat binaan atau kraf tradisional. Mengenal, mengetahui dan membezakan pic tinggi dan rendah atau dinamik kuat dan lembut atau warna ton suara manusia dan muzik. Mengenal, mengetahui dan membezakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar atau membuat corak dan rekaan atau membentuk dan membuat binaan atau kraf tradisional dengan betul. Mengenal, mengetahui dan membezakan pic tinggi dan rendah atau dinamik kuat dan lembut atau warna ton suara manusia dan muzik dengan betul. Mengenal, mengetahui dan membezakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar atau membuat corak dan rekaan atau membentuk dan membuat binaan atau kraf tradisional dengan betul dan konsisten. Mengenal, mengetahui dan membezakan pic tinggi dan rendah atau dinamik kuat dan lembut atau warna ton suara manusia dan muzik dengan betul dan konsisten. Mengenal, mengetahui dan membezakan bahasa seni visual yang ada pada karya dalam bidang mengambar , membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional secara betul dan konsisten. Mengenal, mengetahui dan membezakan pic tinggi dan rendah, dinamik kuat dan lembut serta warna ton suara manusia dan muzik secara betul dan konsisten. 20
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
2.0 MODUL KEMAHIRAN SENI
STANDARD KANDUNGAN
2.1 Kemahiran Seni Visual
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh: 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang menggambar. i. Capan ii. Lukisan iii. Renjisan dan percikan iv. Gosokan 2.1.2 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang mencorak dan membuat rekaan. i. Ikatan dan Celupan ii. Tiupan 2.1.3 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang membentuk dan membuat binaan: i. Boneka ii. Arca Mobail iii. Model
CATATAN
Memperkenalkan pelbagai media
serta teknik dan proses dalam penghasilan karya. Contoh: Menggambar Bahan: Warna pensel, oil pastel, dan cat air Alatan: berus lukisan, palet Teknik: capan, lukisan, renjisan dan percikan, gosokan Mencorak dan Membuat Rekaan Bahan: Warna pensel, oil pastel, dan cat air Alatan: berus lukisan, palet dan gelang getah, penyedup minuman Teknik: Ikatan dan celupan, tiupan
21
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1.4 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya bidang mengenal kraf tradisional: i. Batik ii. Alat Perhiasan Diri
CATATAN
Membentuk dan Membuat Binaan Bahan: kotak, kad bod, Kad manila, kain Alatan: gunting dan alat lain yang sesuai Teknik: binaan Mencorak dan Membuat Rekaan Bahan: warna pensel, oil pastel, cat air dan arang. Alatan: gunting Teknik: resis, binaan
Murid menganalisa media, teknik
dan proses yang akan digunakan dalam penghasilan karya. - penerokaan - aplikasi
22
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN
2.2 Kemahiran Seni Muzik
STANDARD PEMBELAJARAN
2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6
Bernyanyi dengan sebutan yang betul. Bernyanyi dengan pic yang betul. Bernyanyi mengikut tempo. Memainkan alat perkusi mengikut tempo. Memainkan alat perkusi mengikut detik lagu. Memainkan alat perkusi mengikut corak irama melodi. 2.2.7 Memainkan alat perkusi berdasarkan skor ikon. 2.2.8 Membuat pergerakan berdasarkan lirik lagu. 2.2.9 Membuat pergerakan berdasarkan detik lagu. 2.2.10 Membuat pergerakan mengikut tempo.
CATATAN
Cadangan Aktiviti: Memperkenalkan alat perkusi serta cara untuk memainkannya: Contoh alat perkusi: - Rhythm stick - Kerincing - Loceng - Kayu tik tok - Tamborin
Memberikan penekanan pada detik tertentu. Contoh: - detik pertama - detik pertama dan ke-3
Cadangan Aktiviti: Melakukan Pergerakan asas mengikut detik contoh: - berlari - melompat - berjalan Merancang Pergerakan dengan mengabungkan beberapa Pergerakan asas.
23
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENTAKSIRAN MODUL KEMAHIRAN SENI STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Menunjukkan kemahiran seni visual yang terhad dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan,
1
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional . Mengajuk pic atau corak irama atau meniru pergerakan. Menunjukkan kemahiran seni visual yang minimum dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan,
2
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Mengajuk pic dan corak irama serta meniru pergerakan. Menunjukkan kemahiran seni visual yang sederhana dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan,
3
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Bernyanyi mengikut tempo atau memainkan detik lagu mengikut tempo atau melakukan pergerakan mengikut tempo berdasarkan lirik lagu. Menunjukkan kemahiran seni visual yang baik dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan,
4
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Bernyanyi dengan sebutan yang betul mengikut tempo atau memainkan detik dan corak irama melodi
mengikut tempo atau melakukan pergerakan mengikut tempo berdasarkan detik dan lirik lagu. Menunjukkan kemahiran seni visual yang cemerlang dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan,
5
6
membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional . Bernyanyi dengan sebutan dan pic yang betul mengikut tempo, memainkan corak irama mengikut tempo berdasarkan skor ikon dan melakukan pergerakan dengan membuat interpretasi berdasarkan muzik yang didengar. Menunjukkan kemahiran seni visual yang sangat cemerlang dalam bidang mengambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional . Bernyanyi dengan sebutan dan pic yang betul mengikut tempo, memainkan corak irama mengikut tempo berdasarkan skor ikon dan melakukan pergerakan dengan membuat interpretasi berdasarkan muzik yang didengar secara ekspresif. 24
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
3.0 MODUL KREATIVITI DAN INOVASI
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
CATATAN
3.1 Seni Visual
Murid boleh: Cadangan Aktiviti: 3.1.1 Menzahirkan idea melalui pelbagai sumber dan Menghasilkan karya mengikut teknologi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kreativiti. kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual - penjanaan idea dalam menghasilkan karya. - pelaksanaan proses i. Memilih dan memanipulasi media secara kreatif - kemasan karya ii. Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya iii. Membuat kemasan pada hasil karya
3.2 Muzik
3.2.1 Menghasilkan pelbagai bunyi. 3.2.2 Mencipta corak irama mudah mengunakan ikon mewakili nilai
25
Cadangan Aktiviti: Meneroka pelbagai medium yang boleh menghasilkan bunyi seperti: - meniru bunyi menggunakan suara - perkusi badan - alat muzik perkusi - bahan improvisasi Mengajuk corak irama yang didengar. Menyusun ikon dan menepuk mengikut ikon yang telah disusun. Rhythmic chants
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN
3.3 Projek Kesenian
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.1 Mempamerkan hasil karya untuk persembahan 3.3.2 Membuat persembahan kumpulan.
CATATAN
Mengumpul karya kreatif untuk
dipamer dan dipersembahkan. Menggunakan kreativiti dalam
merancang persembahan seni - merancang dan membuat persediaan - latihan persembahan - persembahan
26
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENTAKSIRAN MODUL KREATIVITI DAN INOVASI STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
1
2
3
4
5
TAFSIRAN
Menghasilkan karya yang menunjukkan pengolahan idea dengan bimbingan. Mengajuk corak irama yang didengar atau mengenalpasti bunyi yang didengar.
Menghasilkan karya yang menunjukkan pengolahan idea dengan bimbingan yang minimun. Mengajuk corak irama yang didengar dan mengenalpasti bunyi yang didengar.
Menghasilkan karya yang menunjukkan pengolahan idea yang baik tanpa bimbingan. Menghasilkan pelbagai bunyi atau corak irama.
Menghasilkan karya kreatif yang menunjukkan pengolahan idea yang inovatif. Menghasilkan pelbagai bunyi dan corak irama.
Menghasilkan karya kreatif yang menunjukkan pengolahan idea yang inovatif dan konsisten. Merancang dan menghasilkan karya muzik.
6
Menghasilkan karya kreatif yang menunjukkan pengolahan idea yang inovatif dan konsisten serta menjadi contoh. Merancang, menghasilkan karya muzik dan mempersembahkan karya tersebut. 27
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PANDUAN PENILAIAN PROJEK KESENIAN KRITERIA ASPEK YANG DINILAI CEMERLANG
BAIK
MEMUASKAN
PENGLIBATAN
Semua ahli memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan
Beberapa ahli memainkan peranan dengan cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan
Setiap ahli memainkan peranan dengan kurang cemerlang sebelum, semasa dan selepas persembahan
KREATIVITI
Menggunakan imaginasi yang tinggi dan menterjemahkan idea secara kreatif dalam persembahan.
Menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan.
Kurang menggunakan imaginasi dan menterjemahkan idea dalam persembahan.
Semua ahli mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
Beberapa ahli mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
Setiap ahli kurang mempamerkan amalan nilai murni untuk menjayakan persembahan.
AMALAN NILAI MURNI
28
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
4.0 MODUL APRESIASI SENI
STANDARD KANDUNGAN
4.1 Menghayati Karya Seni
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid boleh: 4.1.1 Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual , teknik dan proses.
CATATAN
Cadangan Aktiviti: Murid membuat apresiasi terhadap karya i. Mempamerkan karya yang dihasilkan ii. Menceritakan karya sendiri secara lisan iii. Menceritakan kegunaan karya dalam persembahan iv. Menghargai karya sendiri dan rakan
29
Guru membimbing murid dalam membuat apresiasi terhadap: - karya sendiri dan rakan - penggunaan bahasa seni visual dalam pengkaryaan - Penggunaan teknik dan proses penghasilan karya. - karya digunakan dalam Persembahan
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
STANDARD KANDUNGAN
4.2 Menghayati Muzik daripada pelbagai repertoir
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.1 Mengenalpasti muzik Tradisional Malaysia yang didengar. i. Jenis muzik ii. Masyarakat yang mengamalkan muzik tersebut
CATATAN
Cadangan Aktiviti: Contoh: Jenis Muzik: - Dondang Sayang Masyarakat yang mengamalkan
muzik tersebut: - Masyarakat Baba Nyonya dan Melayu di Melaka Unsur penting dalam genre
tersebut: - Lirik lagu yang dinyanyikan merupakan ungkapan pantun
30
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PENTAKSIRAN MODUL APRESIASI SENI STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN
1
2
3
TAFSIRAN
4
5
6
Membuat ulasan terhadap hasil karya sendiri. Mengecam jenis muzik yang didengar.
Membuat ulasan terhadap hasil karya sendiri dan rakan. Mengecam dan menyatakan jenis muzik.
Membuat ulasan terhadap hasil karya seni dengan menghubungkaitkan bahasa seni. Mengecam dan menyatakan jenis muzik serta masyarakat yang mengamalkan muzik tersebut. Membuat ulasan terhadap hasil karya seni dengan menghubungkaitkan bahasa seni, serta teknik dan proses. Menghuraikan jenis muzik yang didengar. Membuat ulasan terhadap hasil karya seni dengan menghubungkaitkan budaya. Menghuraikan jenis muzik pilihan sendiri yang didengar. Membuat ulasan terhadap hasil karya seni dengan menghubungkaitkan seni visual dengan budaya dan disiplin ilmu yang lain. Menghuraikan jenis muzik pilihan sendiri yang didengar dengan menyatakan unsur penting yang terdapat dalam genre tersebut. 31
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
GLOSARI PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (SENI VISUAL) PERKATAAN
PENERANGAN
Alat perhiasan diri
Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai.
Alatan
Alat yang digunakan untuk membantu menghasilkan sebuah karya. Kebiasaannya alat yang digunakan ‘tidak luak’.
Arca Mobail
Arca yang digantung dan boleh bergerak.
Bahan
Bahan digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya dan ianya ada pada hasil akhir karya.
Bahasa Seni Visual
Unsur seni dan prinsip rekaan dalam pengkaryaan.
Batik Resis
Proses menghasilkan gambar atau corak menggunakan lilin dan pewarna batik.
Boneka
Objek yang dibina menyerupai manusia atau haiwan yang digunakan sebagai alat permainan dan persembahan.
Capan
Proses penerapan imej yang serupa dengan menggunakan bahan berjalinan sebagai alat mengecap.
32
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PERKATAAN
PENERANGAN
Gosokan
Teknik menekap permukaan berjalinan ke atas permukaan kertas.
Ikatan dan Celupan
Proses menghasilkan corak kesan ikatan pada kain yang dicelup ke dalam pewarna.
Lukisan
Penghasilan imej 2D menggunakan media kering.
Membentuk dan Membuat Binaan.
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Membuat Corak dan Rekaan.
Bidang ini merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil.
Mengenal Kraf Tradisional.
Bidang ini boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun temurun.
Menggambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi, kemahiran dan kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
33
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PERKATAAN
PENERANGAN
Media
Media adalah alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya.
Model
Objek yang dibina menyerupai objek yang sebenar menggunakan skala .
Renjisan dan Percikan
Renjisan dan percikan adalah cara menghasilkan corak dengan merenjis atau memercikkan warna pada permukaan dengan menggunakan alat-alat.
Tiupan
Proses meniup warna yang cair untuk menghasilkan karya.
34
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
GLOSARI PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1 (MUZIK) PERKATAAN
PENERANGAN
Dinamik (Dynamic)
Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut
Irama (Rhythm)
Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.
Melodi (Melody)
Melodi ialah susunan pic yang disusun secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi :
Muzik Tradisional Malaysia (Malaysian Traditional Music)
Muzik yang berindentitikan masyarakat melayu di Malaysia. Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit dan dikir barat.
Perkusi (Percussion)
Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin.
35
KSSR PENDIDIKAN KESENIAN TAHUN 1
PERKATAAN
PENERANGAN
Pic (Pitch)
Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
Repertoir Lagu (Repertoire)
Koleksi lagu.
Skor Ikon
Notasi muzik yang menggunakan gambar untuk mewakili notasi standard. Contoh Ikon:
Tempo (Tempo)
Kelajuan sesuatu karya muzik. Contoh: Tempo cepat atau lambat.
Warna Ton (Tone Colour)
Kualiti sesuatu bunyi. Contoh : warna ton suara lelaki - garau atau kasar warna ton suara perempuan - lembut atau halus
36
2
Semakan DSKP KSSR Tahun 1 Sesi 2017 | Rehost by Raimi Syazwan (SOKESTO) | Credit: KPM & Rozali Hussin