TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG PENYELIDIKAN SAINS POLITIK ISLAM: PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Oleh Dr Bharuddin bin Che Pa1 dan Afriadi Sanusi2 Pendahuluan Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang fiqh yang kini lebih dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam atau Islamic political Sciences. Aspek utama yang menjadi teras kepada bidang siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad ulama yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (selepas ini disebut APIUM) sebagai sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan dalam bidang politik Islam. Penyelidikan merupakan salah satu visi dan misi utama penubuhan Jabatan Siasah Syar‘iyyah, di APIUM. Sebahagian dari aspek penyelidikan di Jabatan berkenaan adalah berteraskan disiplin ilmu siasah syar‘iyyah dan sebahagian lagi berteraskan ilmu politik dan pentadbiran moden barat. Ada juga bidang penyelidikan yang berbentuk perbandingan antara teori-teori Islam dan teori sekular barat. Berlakunya kolonisasi dalam penyelidikan Ijazah Tinggi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah adalah sesuatu yang dibimbangi. Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan yang terdapat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah APIUM. Bagi mengelakkan berlakunya kolonisasi ilmu, keseluruhan penyelidikan yang dibuat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah mestilah berada di atas landasan dan konsep Islam yang kukuh. Pengertian Siasah Dari Segi Bahasa Perkataan siasah syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siasah dan al-Syar‘iyyah. Kedua-dua perkataan tersebut perlu diperjelaskan sebagai kunci bagi memahami konsep siasah syar‘iyyah yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan pengertiannya dari segi bahasa. Kemudian pengertian kedua-dua perkataan tersebut secara gandingan akan diperjelaskan pula dari segi istilah. Mengikut Kamus Arab, perkataan siasah adalah kata terbitan (masdar) daripada kata dasar sasa – yasusu - siasatan. Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan dan sebagainya dengan baik.3 Menurut Ibn Manzur kata dasarnya sasa atau sawasa adalah jelas menunjukkan perkataan siasah adalah istilah yang berasal dari perkataan arab. Sebab itu beliau menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal dari bahasa Farsi atau Monghul.4 Dalam penggunaan istilah bahasa Arab perkataan siasah memberi maksud yang sangat umum termasuklah mengendalikan urusan yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan pelbagai urusan yang lain.5 Jika disebut sasa al-dabbah misalnya, ia memberi maksud seseorang itu menjaga atau memelihara binatang. Selain itu siasah juga diertikan sebagai arahan dan larangan serta tugas mendidik yang menjadi sebahagian dari usaha mentadbir.6 1
Perkataan siasah boleh digunakan dalam pelbagai aspek, namun demikian semua maksudnya tidak terkeluar dari maksud asalnya iaitu melakukan sesuatu tindakan yang menguntungkan atau mendatangkan kebaikan.7 Keuntungan dan kebaikan tersebut diperolehi dengan pelbagai cara seperti dengan cara memimpin, merancang, mengurus, mentadbir, mengendalikan urusan, mejaga keperluan, membantu dan sebagainya.8 Oleh itu siasah adalah satu istilah yang sangat berkaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat, skopnya ialah bagaimana pihak kerajaan mengendalikan hal-ehwal kenegaraan yang memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat. Pengertian Syar‘iyyah Dari Segi Bahasa Perkataan Syar‘iyyah diambil dari lafaz syara‘( ) شرع. Ia sebagai menjelaskan atau membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘ dan menerimanya sebagai sesuatu yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi syarak.9 Namun dari segi bahasanya ia bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Tempat laluan air itulah yang disebut alSyar’. Selain itu ia juga disamakan dengan perkataan al-Din dan al-Millah10. Di dalam pengajian Ilmu Fiqh para Fuqaha mentakrifkan al-Syariah sebagai hukum-hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya. Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana ia suatu ajaran yang lurus dan disamakan kedudukannya seperti tempat aliran air kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia sebagimana air menghidupkan tubuh badan.11 Dari segi kaedah Bahasa Arab perkataan syar‘iyyah menunjukkan sesuatu yang disandarkan (dinisbahkan) kepada syarak dan syarak menerimanya sebagai sesuatu yang sah, atau secara literalnya perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang sesuatu yang sah di sisi hukum syarak.12 Apabila Syariah dinisbahkan kepada agama, maka ia adalah suatu perkara yang disyarakkan oleh Allah. Atau dengan kata lain perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukumhukum Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.13 Definisi Siasah Syar‘iyyah Menurut Istilah Penggunaan istilah siasah syar‘iyyah dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi melalui penulisan para ulamak Silam. Para ulamak telah mengemukakan pelbagai definisi terhadap istilah siasah syar‘iyyah mengikut kefahaman dan persepsi masing-masing. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan oleh mereka ianya boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu: Pertama: Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam.
2
Kedua: Siasah Syar‘iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa kerajaan Islam. Dalam kertas kerja ini penulis akan membincangkan siasah syar‘iyyah mengikut pengertian pertama iaitu; Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif Islam. Siasah dalam konteks ini menekankan kepada maksud pengendalian urusan pemerintahan negara mengikut landasan syarak samada berpandukan kepada al-Qur’an, al-Sunnah atau Ijtihad bagi menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Ianya merangkumi seluruh aspek pentadbiran dan pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan, ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.
Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama silam Para Ulama silam telah memberikan pelbagai definisi terhadap siasah syar‘iyyah mengikut pandangan masing-masing, yang sesuai dengan realiti pada zaman mereka. Di antara ulama yang memberikan definisi tersebut ialah: i.
Ibn Aqil menyatakan siasah syar`iyyah ialah : Suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.14
ii.
Ibn Nujaim berpendapat: Siasah syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke atas perbuatan itu.15
iii.
Ibn Abidin menegaskan: Siasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.16
iv.
Al-Bujairimi menyatakan: Siasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka.17
v.
Al-Nasafi pula berpendapat: Siasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau kekerasan.18
Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama Kini Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama terdahulu. Di antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah: i. Riqz Muhammad al-Zalbani di mana beliau menjelaskan: Siasah Syar‘iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan hikmat yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.19 3
ii. Fathi Ahmad al-Durayni pula berpendapat: Siasah ialah menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal ehwal dalam negara atau luar negara berpandukan maslahah.20
iii. Dr. Muhammad Na‘im Yasin menjelaskan: Siasah ialah pentadbiran hal ehwal rakyat yang dijalankan oleh pemimpin Islam atau pembantunya berdasarkan maqasid al-Ammah.21 walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.22 iv. Syeikh Abd al-Rahman Taj mendefinisikan siasah syar‘iyyah sebagai: Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.23 v. Syeikh Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan: Siasah Syar‘iyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.24 Berdasarkan beberapa pandangan di atas bolehlah dirumuskan bahawa siasah syar‘iyyah merupakan sistem politik yang mentadbir kerajaan Islam, yang mengurus urusan kerajaan dan rakyat dalam setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini dipetik dari nas-nas syariah yang terdiri dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang ditafsirkan oleh para ulama. Jika sekiranya kaedah pengurusan itu tidak disebut oleh nas al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah diambil daripada pendapat imam mujtahid. Dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan ketetapan-ketetapan umum dan kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh syariah Islam. Begitu juga secara dasarnya ia tidak boleh bercanggah dengan dalil-dalil yang nyata serta semangat perundangan Islam. Oleh itu siasah syar`iyyah adalah suatu istilah yang digunakan membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin dengan berpandukan sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk sistem politik Islam. 25 Hasil rumusan ijtihad mereka dalam pelbagai bidang dan sektor inilah membentuk polisi– polisi kerajaan bagi memandu bidang-bidang yang berkaitan. Rujukan Utama Dalam Penyelidikan Bidang Siasah Syar‘iyyah Sumber utama bagi pengajian dan penyelidikan siasah syar‘iyyah ialah kitab-kitab turath (buku-buku klasik) yang ditulis oleh para ulama Islam yang terkenal. Sebahagian besar buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Arab dan di terbitkan di negara-negera Timur Tengah seperti di negara Lubnan, Mesir, Syaria, Jordan dan lain-lain. Sebagai contoh di sini disenaraikan beberapa judul buku yang telah diterbitkan sebagaimana berikut: i.
Al-Farabi (m. 339 H.), Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad, Kitab Ara’ Ahl alMadinah al-Fadilah, Beirut: Al-Matba‘ah al-Katulikiyah, 1959. 4
ii.
iii. iv.
v. vi. vii. viii.
ix.
x.
xi. xii. xiii.
Al-Mawardi (m. 450 H.), Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri alBaghdadi, al-Ahkam al-Sultaniyyah Wa al-Wilayah al-Diniyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t. Abu Ya‘la (458 H.), Muhammad Ibn al-Husayni al-Farra’, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Kaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, cet. kedua, 1966. Al-Juwayni (m. 478 H.), Abdul Malik Ibn Abdullah Ibn Yusuf Ibn Muhammad Ibn Hayyuyah al-Juwayni al-Naisaburi, Ghiath al-Umam Fi Iltiyath al-Zalam, Iskandariyyah, t.t. Abu Yusuf, Ya‘qub Ibn Ibrahim, Al-Kharaj, Kaherah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah, cet. ke 6, 1997. Al-Ghazali (m. 505 H.), Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad, al-Iqtisad Fi alI‘tiqad, Kaherah: Maktabah Wa Matba‘ah Muhammad ‘Ali Sabih Wa Awladuh, 1981. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams alDin, A‘lam al-Muwaqqi‘in, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, 1968. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams alDin, Al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, 1995. Ibn Taymiyyah (m. 782 H.), Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn ‘Abd al-Salam Ibn ‘Abd Allah Ibn Abi al-Qasim Abu al-‘Abbas, al-Siyasah al-Syar‘iyyah Fi Islah al-Ra‘i Wa al-Ra‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t. Ibn Khaldun (m. 808 H.), ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Tarikh al‘Allamah Ibn Khaldun, Beirut: Maktabat al-Madrasah Wa Dar al-Kitab al-Lubnani, j. I, cet. kedua, 1961. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Abu al-A‘la, Nizam al-Hayah Fi al-Islam, al-Ittihad alIslami al-‘Alami Li Munazzamah al-Tullabiyyah, 1981. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Nazariyyat al-Islamiyyah al-Siyasiyyah, Damsyiq: Dar alFikr, 1968. Khallaf, ‘Abd al-Wahhab, Dr., Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah alIslamiyyah Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut: Muassasah al-Risalah, 1984.
Kolonisasi Dalam Bidang Pendidikan Kolonisasi dalam bidang pendidikan bermaksud proses menjadikan pendidikan itu dikuasai oleh pengaruh-pengaruh tertentu, contohnya dipengaruhi oleh pemikiran barat. Kolonisasi dalam pendidikan berlaku tahap demi tahap sehinggalah pengaruh barat berlaku secara terang-terangan dalam pendidikan. Hal ini dapat disedari melalui method pembelajaran yang memisahkan nilai-nilai keagamaan dan keduniaan. Penjajah barat memberi perhatian yang serius dalam bidang pendidikan di negara-negara yang mereka jajah. Lord Macaulay ketika memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris di India pernah berkata: Kita harus berusaha sedapat mungkin membentuk satu golongan yang boleh menjadi perantaraan antara kita dengan jutaan rakyat pribumi yang kita perintah. Segolongan orang (rakyat) masih India dari sudut kulit dan darahnya, tetapi sudah di Inggeriskan citarasa, pemikiran, moral dan inteleknya.
5
Kata-kata di atas jelas menunjukkan pihak penjajah berusaha bersungguh-sungguh menerapkan sistem pendidikan barat kepada penduduk sesebuah negara supaya orang-orang yang terdidik boleh menjadi perantaraan untuk meneruskan proses kolonisasi di negara berkenaan. Melalui proses kolonisasi pendidikan, penjajah barat sentiasa berusaha melahirkan anak-anak pribumi yang berfikiran penjajah. Perkara ini jelas sebagaimana penegasan dibuat oleh Lord Cromer dalam bukunya “Modern Egypt”: England bersedia memberi kemerdekaan politik sepenuh kepada tanah jajahannya sebaik saja tersedianya jenerasi intelek dan ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendukung nilainilai Inggeris. Tetapi kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka.26 Kolonisasi telah berlaku serentak dengan proses modernisasi dan westernisasi. Modernisasi ialah nama bagi pandangan hidup keduniaan. Ia bersifat anti tradisi, sekular, progresif, humanis, rasionalis, meterialist, experimental, individualis, menyamaratakan, berfikiran bebas dan sentimental atau lebih tepat lagi amat dipengaruhi oleh hawa nafsu.27 Westernisasi pula bermaksud gerakan pembaratan atau menjadikan sistem sesebuah negara itu sama seperti sistem yang diamalkan dinegara barat. Gerakan membaratkan negara Islam adalah satu gerakan yang berusaha an mengubah pengertian nilai-nilai Islam dan memutuskan hubungan umat Islam dengan dengan zaman lampau mereka yang gilang gemilang. Ia juga usaha untuk meleburkan nilai-nilai hidup Islam dengan menimbulkan benih-benih keraguan terhadap agama, bahasa, sejarah, fikiran dan kepercayaan kaum Muslimin.28 Akibat proses kolonisasi dan pengaruh modernisasi serta westernisasi umat Islam tidak lagi memahami pengertian Islam secara tepat. Lebih menyedihkan apabila umat Islam berpecah kepada dua golongan iaitu lahirnya golongan agama dan golongan sekular. Mereka saling bercakaran di antara satu sama lain dan amat merugikan masa depan umat Islam. Dekonolisasi Pendidikan Sains politik Islam Di APIUM Pendidikan siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan oleh Akademi Pengajian Islam sejak Akademi tersebut mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 haribulan April 1981. Dibawah struktur lama sebelum 1996, Akademi Pengajian Islam dikenali dengan nama Akademi Islam. Terdapat dua fakulti yang ada di Akademi Islam pada masa itu iaitu fakulti Syari‘ah dan fakulti Usuluddin. Pada peringkat awal di kedua-dua fakulti tersebut tidak terdapat jabatan-jabatan seperti yang ada sekarang. Kursus Siasah Syar‘iyyah dan politik Islam ada ditawarkan untuk pelajar-pelajar di Fakulti Syariah. Cuma sebahagian dari kursus tersebut sahaja dikira sebagai kursus wajib dan sebahagian yang lain pula dianggap sebagai kursus elektif untuk pelajar-pelajar Syariah. Manakala kursus-kursus pentadbiran pula ditawarkan secara elektif bagi pelajar-pelajar dari fakulti Usuluddin dan fakulti Syariah. Penubuhan Jabatan Siasah Syari’yyah adalah hasil daripada penstrukturan semula antara Jabatan pengajian Islam dan Akademi Islam pada 15 Januari 1996, yangmana kedua-duanya sebelum ini merupakan dua komponen yang terpisah.29 Ini bertujuan supaya kursus-kursus dalam bidang sains politik Islam dapat diajar secara lebih mendalam dan lebih berkesan.30 Daripada penstrukturan semula inilah nama asal Akademi Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Jabatan Siasah Syar‘iyyah di APIUM juga merupakan satusatunya jabatan politik dan pentadbiran Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Di bawah strukturnya 6
yang baru selepas tahun 1996 Akademi Pengajian Islam dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian Pengajian Syariah, Bahagian Pengajian Usuluddin dan Bahagian Pengajian Bersama. Setiap bahagian mengandungi beberapa jabatan. Jabatan Siasah Syar‘iyyah telah diletakkan di bawah program pengajian Syariah dimana ianya merupakan salah satu daripada lima jabatan yang baru ditubuhkan di Bahagian Pengajian Syariah. Penubuhanya adalah selari dengan penubuhan jabatan-jabatan lain di Bahagian Pengajian Syariah. Objektif umum penubuhannya ialah supaya kursus-kursus dapat ditawar dan diajar dengan lebih mendalam dan berkesan serta lebih mudah difahami, tersusun dan mudah untuk dikuasai oleh pelajar dengan berkesan, di samping bagi melahirkan ilmuan agama yang pakar di dalam bidang masing-masing. Sumber rujukan utama dalam bidang Sains Politik Islam ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijma` Ulama’ dan Qiyas. Program yang dikendalikan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada masa itu lebih dikenali sebagai Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar‘iyyah) atau ijazah yang dianugerahkan ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah, Siasah Syar‘iyyah (Major).31 Sebelum semakan semula kurikulum dilakukan pada tahun 2009, bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Syariah seseorang pelajar hanya perlu menyelesaikan sebanyak 102 jam kredit atau dalam tempoh pengajian selama 6 semester sahaja.32 Pada tahun 2009 usaha penyemakan semula kurikulum telah dilakukan di Jabatan Siasah. Tujuan semakan tersebut ialah bagi memenuhi keperluan Kerangka kelayakan Malaysia yang menggariskan supaya jumlah kredit bagi program sarjana muda mesti sekurangkurangnya mengandungi 120 jam kredit pembelajaran dan memberi penekanan kepada hasil pembelajaran. Semakan Kurikulum itu juga merupakan salah satu mekanisme untuk mengukur dan sebagai penanda aras (benchmark) serta memastikan kursus yang ditawarkan dalam program adalah relevan kepada perkembangan ilmu dan kehendak pasaran samada di peringkat tempatan atau di peringkat antarabangsa.33 Program Sarjana Muda Syariah (Sains Politik Islam) yang baru diperkenalkan mulai semester 1 sesi pengajian 2010/2011 merupakan program pengajian dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan jam kreditnya telah ditetapkan sebanyak 125, dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya 7 semester dan maksimum 11 semester. Visi utama Program Sains Politik Islam di APIUM ialah untuk melahirkan program cemerlang dan terkemuka dalam bidang Sains Politik Islam yang mendapat pengiktirafan di peringkat global. Misinya pula ialah untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains Politik Islam dengan menyediakan program pengajian terkini. Objektif kurikulum pula ialah untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains Politik Islam yang memiliki nilai, etika, integriti dan profesionalisme yang tinggi agar dapat berdaya saing dalam persekitaran kompetitif, dan dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara dan global. Dari segi hasil pembelajaran program (programme outcome) adalah diharapkan para siswazah dapat : i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Politik Islam. ii. Menggunakan kemahiran perisian komputer untuk memahami dan menganalisis isu politik Islam. iii. Menunjukkan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab terhadap persekitaran ketika melibatkan diri dalam bidang politik dan pentadbiran Islam. iv. Mengamalkan nilai-nilai positif, sikap terpuji dan profesionalisme dalam bidang politik dan pentadbiran Islam. v. Mengamalkan komunikasi berkesan, bekerja secara berpasukan dan memiliki sifat-sifat kepimpinan semasa melibatkan diri dalam masyarakat. vi. Menggunakan keupayaan saintifik dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang berkaitan dengan politik dan pentadbiran Islam. 7
vii. viii.
Memiliki dan menguruskan maklumat dan pengetahuan yang relevan dengan politik dan pentadbiran Islam, serta mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam kerjaya politik dan pentadbiran Islam.
Dekolonisasi Bidang Penyelidikan Di APIUM Berlakunya kolonisasi dalam penyelidikan Ijazah Tinggi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di APIUM adalah sesuatu yang dibimbangi. Satu aspek yang mempengaruhi banyak perkara dalam penyelidikan ialah perspektif atau sudut dari mana penyelidikan itu dilaksanakan. Sesuatu masalah itu boleh dikaji dari perspektif yang berbagai-bagai-bagai yang melahirkan rumusan yang tidak semestinya sama, malah mungkin bertentangan.34 Misalnya seorang penyelidik yang mengkaji tentang etika seseorang pemimpin dari perspektif barat akan melahirkan rumusan yang berbeza dengan rakannya yang melihat masalah itu dari perspektif Islam. Bagi penyelidik pertama yang dikatakan etika ialah cabang kepada ilmu falsafah yang membincangkan mengenai apakah perkara yang baik dan apakah perkara yang buruk, betul atau salah yang dikenali sebagai falsafah moral. Beliau berpendapat etika yang baik itu ditentukan oleh manusia berasaskan akal fikiran mereka. Ini bermakna akal yang baik pada seseorang manusia itu mampu menentukan sesuatu itu baik atau buruk. Neraca kepada timbangan tersebut ialah akal yang dibekalkan kepada manusia dan ianya suatu yang berubah mengikut perubahan manusia dan masa. Kemungkinan juga beliau berpendapat seorang pemimpin yang baik itu pemimpin yang bermoral. Kayu ukur bagi moral pula ialah adat dan kebiasaan setempat. Jika masyarakat setempat menganggap seseorang pemimpin itu baik maka dari sudut moralnya ia diterima sebagai baik. Sebaliknya jika orang ramai menganggap beliau buruk maka dari sudut moralnya ia adalah dianggap buruk. Oleh itu konsep moral dianggap sebagai lebih praktikal berbanding dengan konsep etika kerana konsep etika merupakan teori yang lahir dari pemikiran manusia sedangkan moral lebih bersifat praktis yang lahir dari amalan masyarakat setempat. Bagi penyelidik kedua yang membuat kajian menurut perspektif Islam pula berpendapat istilah etika dan moral menurut perspektif barat adalah memberi pengertian yang berbeza dengan konsep etika dan moral dari perspektif Islam. Dari perspektif Islam perkataan moral dan etika masih boleh digunakan tetapi ia memberi maksud akhlak. Moral dan etika dalam Islam adalah akhlak dalam Islam.35 Akhlak mempunyai hubungankait yang sangat rapat dengan konsep ketuhanan. Dengan kata lain konsep akhlak yang terdapat dalam Islam mestilah merujuk kepada sumber akhlak yang dijelaskan oleh Tuhan (Allah) melalui dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Sebab itu penyelidik akan merumuskan ilmu akhlak ialah suatu ilmu yang membahaskan perbuatan manusia dan mengajar manusia tentang bagaimanakah perbuatan baik yang sepatutnya dikerjakan oleh mereka. Begitu juga ia menjelaskan apakah perbuatan buruk dan jahat yang sepatutnya dihindarkan oleh manusia terhadap Tuhannya, dalam pergaulannya dengan manusia, dengan makhluk-makhluk lain dan alam sekeliling yang berkaitan dengan kehidupannya. Oleh itu pemimpin yang beretika menurut pengkaji kedua ialah para pemimpin yang berakhlak dengan akhlak Islam. Sumber rujukan kepada kajian mereka ialah sumber hukum dalam Islam iaitu al-Quran, al-Sunah, Ijma‘ Ulama dan al-Qiyas. 8
Penyelidikan merupakan salah satu visi dan misi utama penubuhan Jabatan Siasah Syar‘iyyah, di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Sebahagian dari aspek penyelidikan di Jabatan berkenaan adalah berteraskan disiplin ilmu siasah syar‘iyyah dan sebahagian lagi berteraskan ilmu politik dan pentadbiran moden barat. Ada juga bidang penyelidikan yang berbentuk perbandingan antara teori-teori Islam dan teori sekular barat. Dua bidang penyelidikan utama terdapat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah, APIUM iaitu bidang politik dan bidang pentadbiran. Penyelidikan dalam bidang politik Islam ialah seperti; Prinsip-prinsip Siasah Syar‘iyyah, Sejarah Politik Islam, Institusi Politik Islam, Perhubungan Antarabangsa Islam, Kepimpinan Islam, Etika Berpolitik Dalam Islam, Pemikiran Politik Islam Perbandingan, Islam dan Ideologi Moden serta lain-lain. Manakala penyelidikan dalam bidang pentadbiran pula merangkumi beberapa bidang seperti; Pentadbiran Awam di Malaysia, Pentadbiran Islam, Etika Islam Dalam Pentadbiran Awam, Pengurusan Kualiti Perbandingan, Pentadbiran Politik Masyarakat Malaysia serta Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi. Penjelasannya adalah seperti berikut:
1. Institusi Politik Islam Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk mengkaji institusi-institusi politik yang terdapat dalam sistem kerajaan Islam serta fungsi institusi tersebut dalam membangunkan masyarakat dan negara. Bidang-bidang yang akan diteliti ialah konsep pengagihan kuasa kepada legislatif, eksekutif dan judikatif menurut perspektif Islam. Selain itu aspek lain yang perlu diteliti ialah perbahasan tentang konsep al-Dawlah, al-Khilafah, al-wizarah, al-Imamah dan pertubuhan politik yang lain sebagai sebuah institusi utama dalam sistem politik Islam. 2. Perhubungan Antarabangsa Islam Penyelidikan dalam bidang ini akan meneliti aspek perhubungan antarabangsa dalam Islam dan peraturan yang mengawal masyarakat antarabangsa. Ianya akan meliputi : Konsep perhubungan Islam Antarabangsa dan sejarah perkembangannya, serta sumber-sumbernya. Turut dikaji ialah Negara, termasuk persoalan-persoalan mengenai rakyat, negeri dan kedaulatan. Begitu juga persoalan-persoalan tentang kelahiran dan pengiktirafan terhadap kewujudan sesuatu negara itu, hak-hak dan segala kewajipannya di peringkat antarabangsa. Penelitian yang sangat penting ialah bentuk-bentuk perhubungan Antarabangsa Islam yang meliputi konsep perdamaian dan peperangan. Konsep diplomasi menurut perspektif Islam juga akan dikaji. 3. Kepimpinan Islam Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk meneliti tentang konsep kepimpinan serta sumber kuasa politik dalam sistem pemerintahan sebuah negara menurut perspektif Islam. Konsep kepimpinan Islam mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah perlu diteliti. Selain itu ia juga membincangkan persoalan penyerahan kuasa politik kepada pihak pimpinan dan peranan Majlis al-Syura dalam kerajaan Islam. 4. Etika Berpolitik Dalam Islam Aspek yang difokaskan dalam bidang penyelidikan ini ialah adab-adab dan peraturan yang digariskan oleh Islam dalam menjalankan kegiatan politik dan pentadbiran. Etika merupakan satu elemen yang amat penting dalam politik kerana ia dapat memimpin ahli politik dan masyarakat kepada kegiatan politik yang sihat dan membina. Perkara utama yang perlu ditekankan ialah etika ahli politik dan etika-etika berpolitik seperti ikhlas, amanah, bertanggungjawab, 9
bersungguh-sungguh, istiqamah, tidak khianat, berani, tegas dan sebagainya. Contoh-contoh amalan etika politik dalam sejarah pemerintahan Islam perlu diteliti. Penilaian terhadap amalan etika politik semasa juga perlu diteliti. 5. Pemikiran Politik Islam Perbandingan Bidang ini secara umumnya mengkaji pemikiran Islam secara topikal yang menyentuh tentang pemikiran tokoh, aliran tradisi dan moden melalui perbandingan. Faktor-faktor yang mempunyai kesan terhadap lahirnya kepelbagaian politik juga akan dikaji. Selain itu, turut diselidik ialah aliran pemikiran politik yang dibawa oleh tokoh atau aliran tertentu. Pelajar juga akan mengkaji pemikiran politik yang diketengahkan dalam topik tertentu secara perbandingan. 6. Prinsip Siasah Syar‘iyyah Penumpuan bidang ini ialah meneliti tentang konsep Siasah Syar‘iyyah dan juga metode-metode yang digunakan dalam Siasah Syar‘iyyah. Ia juga mengkaji tentang aplikasi penggunaan Siasah Syar‘iyyah dalam bidang politik, terutama untuk menyelesaikan permasalahan semasa.
7. Sejarah Politik Islam Bidang ini bertujuan untuk meneroka perkembangan politik Islam dalam sejarah pemerintahan negara-negara Islam di zaman lampau. Ini termasuklah di zaman Rasullullah, zaman sahabat, tabi‘in dan seterusnya. Penelitian dalam bidang ini dijalankan dalam bentuk analisis dan perbincangan secara kritis terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini termasuklah menilai sumber-sumber sejarah dan kaedah mengambil pengajaran darinya. 8. Islam dan Ideologi Moden Dalam bidang ini penyelidikan ditumpukan kepada berbagai-bagai ideologi moden dan menganalisa perbezaan-perbezaan atau persamaannya dengan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh. 9. Pentadbiran Awam Di Malaysia Bidang ini akan menumpukan kajian tentang teori pentadbiran awam dan perlaksanaannya dalam konteks Malaysia. Ia juga akan mengkaji perkembangan dan gaya Pentadbiran Awam di Malaysia dari sebelum hinggalah selepas kemerdekaan. Selain itu penelitian ditumpukan kepada beberapa perubahan yang berlaku dalam pentadbiran awam di Malaysia berasaskan perubahan dan tuntutan masyarakat. 10. Pentadbiran Islam Perkara utama yang diteliti ialah konsep pentadbiran dalam Islam serta perkembangannya di zaman kegemilangan Islam. Antaranya di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa’ al-Rasyidin. Selain dari itu, ia juga bertujuan mengenalpasti struktur, sistem serta peranan para pentadbir pada ketika itu. Sistem-sistem utama seperti syura, khilafah dan wizarah juga akan diteliti. 11. Etika Dalam Pentadbiran Awam Penelitian bidang ini bertujuan untuk memahami aspek etika Islam dalam berorganisasi bagi mencapai matlamat melahirkan bakal-bakal penjawat awam Islam yang berakhlak mulia. Fokas utamanya ialah konsep-konsep penting tentang etika kerja dalam pentadbiran Islam, contohcontoh etika dalam sejarah Islam, kepentingan beretika dalam perkhidmatan awam dan kajian kes-kes semasa yang memaparkan isu etika penjawat awam. 10
12. Pengurusan Kualiti Perbandingan Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk meneliti konsep dan ciri-ciri pengurusan kualiti secara perbandingan dengan konsep Islam. Pendapat guru-guru kualiti juga akan diteliti. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) juga akan diteliti secara perbandingan dengan konsep Islam. Suatu cadangan perlu dibuat ke arah mengintegrasikan pengurusan kualiti konvensional dengan menyuntik elemen-elemen pengurusan Islam terhadap pengurusan kualiti masa kini. 13. Pentadbiran Politik Dan Masyarakat Malaysia Penyelidikan bidang ini bertujuan mengkaji konsep pentadbiran politik serta latar belakang pentadbiran politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia melibatkan secara ringkasnya sejarah politik di Malaysia. Penelitian diberi terhadap struktur pentadbiran politik Malaysia (seperti perlembagaan, parlimen, birokrasi, parti-parti politik dan pilihanraya) dan peranan masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan. Penggubalan dasar yang melibatkan elemen etnisiti dan komunalisme serta kaitannya dengan sistem politik negara. Akhirnya meninjau kesan pentadbiran politik dengan budaya politik masyarakat. 14. Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi Kajian bidang ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek utama dan masalah-masalah mengenai pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi. Antara perkara-perkara yang akan dikaji termasuklah kepentingan pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi . Selain itu, konsep-konsep utama, isu, cabaran dan teknik-teknik utama pentadbiran kakitangan. Beberapa aspek kelakuan organisasi akan turut dikaji. Metodologi Penyelidikan Bagi menjamin ketulinan kajian dan dekolonisasi dalam bidang penyelidikan para mahasiswa APIUM dipersiapkan dengan ilmu kaedah dan metodologi Penyelidikan. Perkataan metodologi berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu "metodos" yang bermakna jalan atau cara. Sedangkan kalimat "logos" memberi pengertian sebagai ilmu.36 Metodologi adalah ilmu tentang cara penyelidikan. Oleh kerana itu, metodologi kajian atau penyelidikan merupakan asas penting dalam sesebuah penyelidikan ilmiah, khususnya penyelidikan dalam bidang keilmuan Islam. Metode juga merupakan suatu teknik terpenting untuk mendapatkan fakta dan data. Sebuah kajian yang dijalankan dengan menggunakan metodologi yang sesuai dan tepat dapat menghasilkan natijah yang bermutu dan berkualiti. Maka dari itu, metodologi kajian ialah suatu cara atau usaha yang sistematik dan objektif dengan maksud untuk memperoleh dan mengumpulkan data-data yang relevan dan berkesan yang berkaitan dengan tujuan kajian. Bagi mencapai objektif kajian ini, para penyelidik di APIUM biasanya mengguna pakai dua kaedah kajian. Pertama kaedah kajian perpustakaan (library research). Kaedah ini digunakan oleh para penyelidik untuk meneliti buku-buku dan bahan-bahan penerbitan yang bersumberkan perpustakaan. Kaedah kedua ialah kaedah kajian lapangan (field research). Teknik ini digunakan oleh pengkaji dengan cara melakukan observasi langsung di lapangan atau menggunakan teknik Questionary dan Interview. Teknik questionary ialah dengan membuat soal selidik dengan pihak yang berkait langsung atau tidak langsung dengan objek kajian, misalnya membuat soal selidik dalam bentuk choose; (a ,b, c, atau d). Soal selidik juga dibuat dalam bentuk essay, agar responden dapat memberikan jawabannya secara bebas. Sementara teknik interview ialah melakukan temu bual dengan sumber yang berkaitan langsung dengan tajuk yang dikaji. Biasanya setelah proses pengumpulan data selesai dijalankan, data-data yang dikumpul tadi perlu menjalani satu lagi proses untuk menjadikan ia suatu maklumat yang asli 11
dan tepat. Proses ini dinamakan sebagai analisis data. Ada beberapa metode dalam menganalisis data tersebut, antaranya ialah; metode induktif, deduktif dan metode Komperatif. Menggunakan pendekatan induktif ialah penyelidik mengumpulkan maklumat secara berterusan bagi menjelas atau menghuraikan fenomena yang dikaji. Secara generatif juga beliau akan mencari hubungan-hubungan antara fakta-fakta atau keteranganketerangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran.37 Dalam pendekatan deduktif pula penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada atau dibentuknya sendiri berasaskan pemikiran atau pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku. Beliau akan menggunakan teori atau gagasan fikiran itu samada untuk membantunya dalam mengumpul data dan menjelaskan fenomena yang dikaji atau membandingkannya dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat, atau pun untuk mengaplikasikan teori itu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan antara pendekatan deduktif dengan pendekatan induktif ialah pergerakannya dari yang bersifat umum menuju kepada yang lebih khusus, iaitu apa yang digagas atau diteorikan dengan keadaan yang sebenar berlaku dalam situasi yang dukaji. Metod Komperatif pula adalah cara membuat kesimpulan dengan melakukan perbandingan pada data yang diperolehi. Penggunaan kaedah ini adalah amat penting kerana ia dapat mengungkap persoalan masalah utama kajian. Selain itu kaedah ini adalah penting dalam menilai pendapat sarjana Islam yang berautoriti sahaja ketika wujudnya percanggahan pendapat dalam beberapa aspek tertentu. Dalam penyelidikan Islam banyak terdapat perbandingan sanad tentang periwayatan sesuatu hadith seperti hadith Muslim, Bukhari, Abu Dawud, al-Baihaqi dan sebagainya.38 Kesimpulan Kesimpulannya, bidang siasah syar‘iyyah yang kini lebih dikenali dengan Ilmu Sains Politik Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pengajian Islam. Ilmu ini sentiasa relevan sepanjang masa kerana ia sentiasa sesuai dengan perubahan masa dan keadaan. Oleh itu penyelidikan dalam bidang siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam sepatutnya terus dilakukan di pusat-pusat Pengajian tinggi Islam. Tanggungjawab utama penyelidik Muslim hari ini ialah melakukan penyelidikan secara berkesan sehingga dapat melahirkan hasil penyelidikan yang bermutu tinggi. Berbekalkan metod penyelidikan Islam yang tersusun dan berdisiplin diharapkan tidak berlaku kolonisasi dalam bidang penyelidikan di APIUM. Para pensyarah sudah tentu memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan hala tuju masa depan yang gemilang kepada para pelajar bimbingannya. Para mahasiswa pula perlu menerima segala cadangan yang baik untuk kemajuan diri mereka dalam bidang penyelidikan. Dengan ini dekolonisasi dalam bidang penyelidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
12
Nota Hujung 1
Dr Bharuddin Che Pa merupakan pensyarah dan Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Aras 3 Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Email:
[email protected]. Tel: +603 79676005. 2
Calon PhD, Jabatan Siasah Syar`iyyah, Aras 3 Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Email:
[email protected]. Tel +6012 2955829. 3
Al-Muqirri (1994), al-Misbah al-Munir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 295.
4
Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, Beirut, j. 6, h. 108. Lihat juga al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad Ibn ‘Umar Ibn Hussin (1992), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: t. pt., h. 135. 5
Al-Zubaydi (t.t.), Taj al-‘Arus Min Jawahir al-Qamus, Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah, j. 4, h. 169; Lihat juga Ibrahim Anis (t.t.), al-Mu‘jam al-Wasit, t.tp., h. 462. 6
7
Al-Tahir, Ahmad al-Zawawi (t.t.), Tartib al-Qamus al-Muhit, Beirut, j. 2, h. 646. Ibn Manzur (1990), op.cit., j. 7 h. 413.
8
Shukeri Mohammad (1999), Siasah Syar`iyyah dan kedudukannya Sebagai Metod Penentuan hukum. Dalam Abdul Karim Ali dan Raihanah Hj. Azhari (ed.) (1999), Hukum Islam Semasa bagi Masyarakat Malaysia yang Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 99. 9
Ibrahim Anis dan lain-lain (t.t.), t.tp., Al-Mu‘jam al-Wasit, c. 2, j. 1, h. 681.
10
Badran Abu al-‘Ayn (t.t) al-Syari‘ah al-Islamiyyah. Iskandariyyah: Mu’assasah Syabab al-Jami‘ah, h. 27.
Yusuf Hamid al-‘Alim (Dr.), (t.t.), al-Maqasid al-‘Ammah Li al-Syari‘ah al-Islamiyyah, Khartoum: Dar alSudaniyyah Li al-Kutub, h. 19-21. 11
Ahmad al-‘Ayid (t.t.), Mu‘jam al-Asasi, t.tp., al-Munazzamah al-Arabiyyah Li al-Tarbiyyah Wa al-Thaqafah wa al-‘Ulum: Jami‘ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, Larus, h. 681. 12
13
Haji Said Haji Ibrahim (1997), Manhaj Ilmu Fiqh, Kuala Lumpur: Dar al-Ma‘rifah, h. 3833.
13
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.), al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah, h. 11. 14
15
Zainuddin Ibn Nujaim (t.t.), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanzu al-Daqa’iq, c. ke 3, Dar al-Kitab al-Islami, j. 5. h. 11.
Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (1966), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘Ala al-Durr al-Mukhtar, c. 3, Beirut: Dar alFikr, j. 4, h. 15. 16
Sulayman Ibn ‘Umar Ibn Muhammad al-Bujayrimi (1965), Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala al-Manhaj, Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, j. 2, h.178. 17
Najm al-Din Ibn Hafs al-Nasafi (1311 H.), Talabah al-Talabah Fi al-Istilah al-Fiqhiyyah, Baghdad: Maktabah alMuthna, h.167. 18
Rizq Muhammad al-Zalbani (t.t.), Mudhakkirah Fi Maddah al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Kaherah: Matba‘ah alSyarq, h. 19. 19
20
Fath al-Durayni (1987), Khasa’is al-Tasyri‘ al-Islami Fi al-Siyasah Wa al-Hukm, Beirut, h. 189.
21
Muhammad Na‘im Yasin, Dr. (1992), Muzakkirah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Amman: Jami‘ah al-Urduniyyah.
22
Abd al-Wahab Khallaf (1988) al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi al-Syu’un al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa alMaliyyah. Kuwait: Dar al-Qalam Li Nasr wa al-Tawzi‘, h. 17. 23
‘Abd al-Rahman Taj (1415 H), al-Siyasah al-Syar‘iyyah Wa al-Fiqh al-Islami, Kaherah: al-Azhar, h. 12.
24
Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. cit., h. 17.
25
Sistem politik Islam bermaksud peraturan –peraturan dasar dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang menjadi garis panduan serta landasan para pemimpin dan kerajaan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara yang melibatkan pelbagai sektor dan kementerian. 26
Penegasan beliau ini dibuat pada tahun 1908. Lord Cromer merupakan seorang perancang penjajahan Inggeris di Asia Barat. 27
Wan Mohd Ali, Mordenisasi dalam Islam, dalam Islam Dan Modernisasi, Kuala Lumpur: ABIM, 1977.
28
Oleh Anwar Jundi, (pengarang Islam Terkemuka), dalam majalah Mimbar Islam.
29
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 1997/98, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 3. 30
Akademi Islam Universiti Malaya (1986), Dalil Akademi Islam Universiti Malaya 1986/87, Kuala Lumpur: Akademi Islam Universiti Malaya, hh. 136-137. 31
Nama tersebut masih digunakan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar Jabatan Siasah Syar‘iyyah dalam Konvekesyen yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang lalu. Lihat Universiti Malaya, Istiadat Konvokesyen 3-8 Oktober 2011, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hh. 145-153. 32
Akademi Pengajian Islam (2003), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2003/2004, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 36. 33
Lihat Jabatan Siasah Syar‘iyyah (2009), Dokumen Pengiktirafan Program Sedia Ada Untuk Kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar‘iyyah, h. 3. 34
Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 23.
14
35
Mohd Nasir Omar (1992), Falsafah Etika Barat Dan Islam, c. 2. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, hh. 20-21. 36
Koentjara ningrat (t.t), Metod-Metod Penelitian Masyarakat. Jakarta: P.T Granada Pustaka, h. 13.
37
Louy Safi (1998), Asas-asas Ilmu Pengetahuan: Satu Kajian Perbandingan Kaedah-kaedah Penyelidikan Islam dan Barat, Kuala Lumpur: The International Institut of Islamic Thought, h. 40. 38
Idris Awang, op.cit., h. 84.
15