Penawar Penyakit Waswas Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam pada baginda Rasulullah S.A.W ikutan sepanjang zaman.
Amaran: Sila baca keseluruhan maklumat ini dengan teliti tanpa tergesa-gesa untuk terus kepada kesimpulannya. Semua maklumat yang ditulis di sini telah diatur secara teliti untuk memudahkan proses pemulihan pesakit was-was, samada baru atau yang telah kronik. Sila baca tanpa melangkau kerana ditakuti anda akan tertinggal maklumat penting yang ingin dikongsi atau ilmu asas yang boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan.
Cadangan: Sila ulang baca panduan ini beberapa kali supaya anda memahami kandungannya. Terkadang disebabkan kita terlalu gairah dengan penemuan baru, kita tidak memberi perhatian yang secukupnya dengan maklumat dan saranan terperinci dan gagal untuk mendapat hasil yang diharapkan. Jika anda telah mencuba tetapi masih gagal, baca semula dan ikut saranan-saranan ini. Jika diikuti, Insya Allah anda pasti berjaya!
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 1
Penawar Penyakit Waswas Waswas Pesakit waswas sebenarnya terjebak dengan amalan luar biasa yang dipimpin oleh syaitan. Amalan ini yang pada mulanya hanya sedikit, bertambah menjadi sesuatu yang besar sehinggalah ianya
bersarang dalam diri pesakit sehingga sukar untuk diubah dengan cara biasa.
Walau bagaimana pun,
sebenarnya mengubati penyakit was-was ini adalah agak mudah. Tidak perlu kepada bomoh dan jampi serapah serta apa apa air penawar. Penyembuh yang sebenarnya ialah pesakit itu sendiri dengan berpandukan beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan serta merta dan kesannya juga akan dirasai serta merta, InsyaAllah.
Sebelum saya menyenaraikan langkah-langkah mudah untuk mengatasi dan membuang penyakit waswas ini dari anda selamanya, saya ingin mengambil peluang untuk berkongsi ilmu dengan harapan ianya memberi manfaat serta membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan pesakit.
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 2
Penawar Penyakit Waswas Berikut ialah pengetahuan asas yang mudah tetapi mungkin ramai di kalangan muslim yang terlupa atau tidak memberikan perhatian yang sewajarnya dalam menjalani kehidupan harian; 1. Mengetahui apakah itu ISLAM. “ ISLAM” adalah ‘perbuatan’ dan bukan ‘nama’ seperti yang biasa kita fahami. ISLAM bermaksud patuh, tunduk atau menurut perintah (semuanya adalah ‘perbuatan’). Iaitu patuh, tunduk dan menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. 2. Mengetahui apakah itu MUSLIM. “MUSLIM” adalah dari perkataan “MU” dan “ISLAM” di mana “MU” dalam bahasa Arab merujuk kepada “Pelaku”. Jadi “MU” “ISLAM” atau MUSLIM bermaksud orang yang melakukan ISLAM atau orang yang patuh, tunduk dan menurut perintah Allah serta meninggalkan larangan Allah. 3. Mengetahui dan memahami tujuan kehidupan ini. Iaitu manusia dijadikan untuk beribadah kepada Allah. 4. Memahami apakah itu ibadah kepada Allah. Iaitu mengerjakan segala yang diwajibkan Allah dan yang disunatkan serta pada masa yang sama meninggalkan apa yang diharamkan Allah dan perkara-perkara yang makruh. 5. Memahami bahawa semua ibadah perlu mengikut sunnah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W dan apa-apa yang bertentangan dengan sunnah adalah salah dan maksiat. 6. Memahami bahawa tidak semua ibadah yang diturunkan melalui sunnah tersebut boleh difahami dan diamalkan menurut akal fikiran manusia yang amat cetek. Contohnya: kentut menyebabkan kita berhadas kecil dan tidak logik dengan berwudu’ (membasuh tangan hingga kaki) mengangkat hadas tersebut – tetapi itulah yang disuruh Allah dan Rasul maka kita ikut walaupun bertentangan dengan logik akal kita.
Tujuan syaitan hanya satu iaitu menyesatkan anak Adam dengan menghalang mereka dari beribadah (lihat definasi di atas) kepada Allah. Maka syaitan berusaha bersungguh-sungguh supaya manusia meninggalkan yang wajib dan sunat serta menipu manusia supaya melakukan perkara yang haram dan makruh. Syaitan menghasut anak Adam dari segenap sudut seperti dari perkara asas iaitu taharah (bersuci) sehingga anak Adam membazirkan air dalam kuantiti yang besar hanya untuk membasuh kencing! Di sini anak Adam jelas melakukan perkara yang diharamkan Allah iaitu membazir.
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 3
Penawar Penyakit Waswas Begitu juga dengan mengambil wudu’ dan mandi hadas. Di samping membazir air dalam kuantiti yang besar, pesakit membuang masa yang tidak sedikit sehingga ada yang terluput waktu solah yang jelas haram hukumnya. Di sini syaitan berjaya memerangkap manusia sehingga mereka melakukan perkara yang haram dan meninggalkan perkara yang wajib. Lihat bagaimana syaitan mampu memerangkap anak Adam yang padahal hamba tersebut berusaha untuk membaiki amalan mereka. Di samping menzalimi diri sendiri, pesakit juga menzalimi ahli keluarganya sendiri samada dari segi fizikal seperti menafikan hak ahli keluarga ke atas masa bilik air atau dari segi mental yang boleh membawa kepada masalah hilang siuman (anak-anak atau pasangan yang telah terlalu tertekan dengan situasi pesakit). Sebagai seorang manusia kita mempunyai hanya dua pilihan samada mengikut sunnah Rasulullah S.A.W atau mengikut syaitan yang dilaknat Allah. Sebagai muslim kita tiada pilihan selain dari mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Jika kita memilih selain sunnah, maka pilihan kita adalah salah. Sunnah telah mengajar kita cara untuk kita beribadah kepada Allah. Jika kita mengikut cara lain, ibadah akan bertukar menjadi maksiat dan syaitanlah pembimbing kita.
Langkah-langkah mudah mengubati penyakit waswas 1. Untuk masalah pertama (taharah), apabila selesai membuang air kecil dengan sempurna, batuk sekitar tiga kali (perempuan) dan urut salur kencing (lelaki) sebanyak tiga kali. Basuh dengan sekadar secebuk air dan terus bangun tanpa memikirkan masalah taharah. Hukum menyatakan apa-apa yang keluar selepasnya adalah air (syaitan membuatkan pesakit merasakan seperti kencing) maka ikut hukum dan jangan mengalah kepada syaitan. Jika masih diganggu, jangan dilayan dan katakan "aku mengikut sunnah dan aku tak akan mengikut kau". Jangan hiraukan jika syaitan membisikkan yang kencing telah terkena tuala atau kain atau seluar kerana hukum mengatakan itu adalah air maka terus keluar dari tandas dan tamatkan sesi buang air dengan serta merta. Jangan sekali-kali melayan syaitan itu lagi. Jika perlu, katakan kepadanya (dalam hati) “Engkau pergi berambus”. 2. Apabila selesai taharah (bersuci) seperti cara di atas, teruskan dengan berwudu'. Hanya basuhan pertama yang wajib dan basuhan kedua dan ketiga adalah sunat. Itu hukum yang jelas. Basuhan seterusnya adalah membazir dan mengikut suruhan syaitan. Berhenti setelah basuhan ketiga selesai dan katakan pada diri bahawa "aku mengikut sunnah dan aku tak akan mengikut syaitan". Jangan hiraukan jika terasa ada tempat yang tidak terkena air atau ada benda yang Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 4
Penawar Penyakit Waswas menghalang air atau keinginan untuk menambah basuhan lagi. Jangan dilayan. Teruskan perbuatan yang sama pada anggota wudu' yang lain. Sentiasa ingat bahawa kita hanya mengikut sunnah dan sekali-kali tidak mahu mengikut syaitan. Ketahuilah terangkatnya hadas kecil adalah dengan wudu' dan bukan kerana hilangnya kotoran (yang telah pun dibersihkan terlebih dahulu) pada anggota wudu' . Maka semasa berwudu' jangan cuba mencuci anggota wudu' seperti mencuci najis tapi ikutlah sunnah tanpa membazirkan air. Jangan sekali-kali melayan syaitan itu lagi. Jika perlu, katakan kepadanya (dalam hati) “Engkau pergi berambus” setiap kali syaitan menyuruh kita menambah basuhan pada mana-mana anggota wudu’. 3. Dalam mandi hadas, bersihkan kemaluan dan basahkan keseluruhan kepala (sambil niat mengangkat hadas besar) termasuk rongga telinga yang nyata kemudian tiga kali anggota kanan dan seterusnya tiga kali anggota kiri. Pastikan keseluruhan proses mandi hadas tidak melebihi 10 minit (5 minit sebaiknya). Paksakan diri untuk keluar dari bilik mandi seberapa segera dan katakan pada diri "aku mengikut sunnah dan aku tak akan mengikut syaitan". Sentiasa ingat bahawa kita hanya mengikut sunnah dan sekali-kali tidak mahu mengikut syaitan. Jika perlu, katakan kepadanya (dalam hati) “Engkau pergi berambus” setiap kali syaitan membisikkan “itu tak basah, ini tak basah, ada tempat yang tak kena air” dan sebagainya. 4. Untuk takbirratulihram (niat), niatkan solah sebelum takbirratulihram dan terus takbir "Allahuakbar" dan teruskan dengan bacaan solah. Jika datang bisikan untuk takbir semula, katakan dalam hati "aku mengikut sunnah dan aku tak akan mengikut syaitan". Jangan sekalikali berhenti dan takbir semula kerana membatalkan solat tanpa sebab adalah haram hukumnya. Ingat, syaitan sentiasa cuba memperdayakan kita supaya melakukan perkara yang haram. Jika perlu, katakan kepadanya (dalam hati) “Engkau pergi berambus” setiap kali syaitan membisikkan yang niat kita salah atau takbir kita tidak menepati sebutan yang betul atau apaapa bisikan yang lain. 5. Membaca Basmallah dan Al-fatihah secara berulang-ulang atau tersekat-sekat diselesaikan dengan cara yang sama. Hanya teruskan bacaan tanpa memikirkan yang sebelumya dan jika ada bisikan untuk mengulagi apa yang sudah dibaca, katakan pada diri "aku mengikut sunnah dan aku tak akan mengikut syaitan". Ingat kata-kata ini sentiasa dan jangan sekali-kali mengalah dalam semua situasi was-was yang dihadapi. 6. Was-was dengan kebersihan – asal sesuatu adalah bersih kecuali apabila sah terdapat najis yang sahih jelas kelihatan. Lantai, tempat, apa sahaja yang kelihatan bersih dan tiada najis yang sahih/nyata adalah suci maka tidak perlu was-was dengannya. Jika was-was maka adalah dari Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 5
Penawar Penyakit Waswas syaitan. Jika sahih sesuatu najis itu adalah najis mughalazah (anjing dan babi), maka samak untuk mengangkat hadas tersebut, jika ragu-ragu najis tersebut najis mughalazah maka tidak perlu meneliti cukup sekadar basuhan biasa. Sahih di sini bermaksud kita melihat sendiri anjing atau babi membuang di situ. Hukum tidak menyuruh kita menyiasat dan membuang masa tanpa alasan. Kecuali jika di situ memang secara lahirnya anjing atau babi berkeliaran maka lebih afdhal (baik) kita samak. Analogi yang amat mudah untuk difahami, jika kita telah berwudu’, selepas 10 minit kita was-was masih ada atau tidak wudu’ tersebut maka hukum menyatakan kita masih berwudu’ kerana kita “was-was” batalnya wudu’ tapi kita “yakin” dan sememang kita sudah berwudu’ pada asalnya. Begitu juga dengan najis, kita “was-was” najis tersebut najis mughalazah (anjin dan babi) bukan kita “yakin” maka ianya bukan najis mughalazah. Islam amat mudah, jangan kita susahkan.
Kita lakukan ibadah mengikut sunnah maka ibadah kita insyaAllah diterima Allah walaupun ada kelemahan di sina sani.
Sebaliknya jika syaitan
yang kita ikut, sesempurna mana pun kita rasa perbuatan atau amalan kita, ianya tidak akan diterima Allah. Ikut sunnah memudahkan kita tetapi ikut syaitan sungguh menyusah dan mederitakan kita dan orang di sekeliling kita – anak-anak, pasangan, saudara mara dan ibubapa kita. Pilihan amat jelas di depan kita maka pilihlah sunnah dan segerakan perubahan ini serta merta tanpa menunggu esok. Mulakan dengan perkara pertama serta merta selepas anda membaca maklumat ini. Jangan tangguh walau sewaktu solah! Lakukan sekarang! Lakukan sekarang!
Jangan fikirkan sah atau tidak taharah, wudu' atau solat pada permulaan ini. Hanya fokuskan minda kepada menunaikan perintah Allah dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Teruskan perbuatan seperti yang disyorkan dan keyakinan akan datang dengan sendirinya dalam sedikit masa. Biar kita melakukan ibadah mengikut sunnah yang memudahkan kita dan serahkan kepada Allah urusan penerimaannya. Jangan kita melakukan ibadah mengikut syaitan yang memberi seribu kepayahan kepada kita dan secara terang-terangan (jelas dan pasti) tidak akan diterima Allah. Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 6
Penawar Penyakit Waswas Pilihan di depan anda amat jelas dan bersegeralah dalam melakukannya. Sehari anda berlengah bererti sehari lagi anda mengikut syaitan dan membelakangkan sunnah. Sewaktu anda berlengah, sedetik lagi anda menyeksa diri dan orang-orang yang anda sayangi di sekeliling anda.
Hijrah ini adalah dari melakukan perkara yang sukar (yang dipimpin syaitan) kepada melakukan perkara mudah (yang dipimpin sunnah). Allah tidak membebankan kita dengan perkara yang kita tidak mampu melakukannya. Wudu’ yang diajar sunnah adalah sesuatu yang amat mudah dan mampu dilakukan oleh semua manusia tetapi wudu’ yang dipimpin syaitan adalah sesuatu yang amat payah, menyeksakan dan memberikan tekanan mental yang tidak sedikit kepada pesakit dan orang-orang di sekelilingnya. Tinggalkan cara yang dipimpin syaitan dan kembalilah kepada pimpinan Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Ringkasan: 1. Lakukan seperti yang disyorkan tanpa memperdulikan bisikan syaitan. 2. Pahatkan dalam hati bahawa hanya ada dua pilihan – mengikut sunnah atau syaitan, sentiasalah memilih sunnah dengan tidak mengulangi apa yang dibisikkan syaitan. 3. Jangan terlalu memikirkan sah atau tidak amalan kerana keyakinan akan datang kemudian. 4. Jika perlu, katakan kepada syaitan (dalam hati) “Engkau pergi berambus” setiap kali keinginan untuk mengulangi sesuatu (disebabkan waswas). 5. Apabila anda kembali kepada kebiasaan yang asal (tanpa waswas), keyakinan dan kemanisan beribadah akan kembali dan ketika itu anda dapat merasakan syaitan menangis setiap kali anda melakukan ibadah mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. 6. Di tahap ini anda akan bersyukur diuji Allah dengan waswas kerana anda mungkin mampu membantu saudara-saudari yang lain yang mengalami masalah ini yang mungkin belum bertemu dengan langkah-langkah mudah ini.
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 7
Penawar Penyakit Waswas Maklumat Tambahan ***** Tawaran memulakan perniagaan yang boleh anda warisi kepada anak-anak ***** Saya telah ditawarkan untuk bergiat dalam perniagaan Shaklee sejak lebih sepuluh tahun yang lalu oleh seorang rakan yang telah amat berjaya. Hati saya hanya terbuka untuk mencuba produk Shaklee ini kira-kira setahun lepas setelah menghadapi masalah yang agak serius dengan sendi lutut dan kurang lawas (sembelit). Kesakitan yang teramat sangat ketika duduk di antara dua sujud, tahayyat awal dan ketika hendak bangun dalam solat. Selepas dua minggu mencuba, kesakitan tersebut telah hilang sepenuhnya dan saya dapat bersolat dengan jauh lebih sempurna tanpa kesakitan sendi. Masalah kurang lawas pun dapat ditangani dengan amat berkesan melalui pembersih usus. Jika anda atau ibubapa dan kenalan menghadapi masalah sakit lutut ketika mengerjakan solah yang kebanyakan berlaku apabila usia kita (atau ibubapa) menjangkau 40 tahun ke atas, saya ingin berkongsi penyelesaian yang telah saya buktikan pada diri saya sendiri. Hanya untuk dua puluh (20) penyertaan terawal, saya akan memberikan subsidi sebanyak RM40.00 untuk keahlian Shaklee yang didaftarkan ke dalam kumpulan saya. Subsidi ini melebihi 50% diskaun dari keahlian biasa. Anda hanya perlu membayar RM170.00 untuk (i) produk yang insyaAllah akan menyelesaikan masalah kesakitan sendi dan pembersihan usus (ii) keahlian Shaklee dengan 50% diskaun (iii) kos penghantaran produk. Setelah anda cuba mengamalkan serta merasai sediri kesannya, anda akan dengan sendirinya ingin berkongsi menyelesaikan masalah yang mungkin di hadapi ahli keluarga atau kenalan. Di kala ini ada juga mungkin telah bersedia untuk memulakan perniagaan yang boleh anda bina untuk jangkamasa panjang yang boleh diwarisi oleh anak-anak atau keluarga anda. Rakan-rakan yang telah berjaya akan sentiasa membimbing anda untuk berjaya seperti mereka. Jika anda berminat, sila emailkan kepada saya di
[email protected] beserta Nama lengkap (anda dan pasangan), Nombor Kad Pengenalan (anda dan pasangan), alamat dan nombor telefon. Apabila saya menerima bayaran (akaun yang sama), saya akan hantarkan barangan tersebut untuk anda buktikan pada diri anda sendiri. Untuk kesakitan yang telah kronik, saya masih belum mempunyai maklumat untuk dikongsi. Harap maklumat ini memberi manfaat kepada anda
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 8
Penawar Penyakit Waswas NOTA PENTING Sebahagian besar wang bayaran yang anda buat saya gunakan untuk mengiklankan laman web http://rawatwaswas.blogspot.com supaya lebih ramai orang yang dapat menerima maklumat ini. Seperti yang saya janjikan, anda berhak mendapatkan kembali bayaran yang anda buat kepada saya dengan hanya dua syarat; 1. Anda telah bebas dari was-was dengan mengikut apa yang saya nyatakan dalam tulisan ringkas ini. Jika percubaan pertama anda gagal, sila baca semula dengan lebih teliti dan ikut sepenuhnya. Jika masih gagal, syarat 1 digugurkan. 2. Anda merasakan wang yang anda bayar adalah terlalu mahal untuk membantu anda keluar dari masalah was-was ini. Anda hanya perlu email kepada saya
[email protected] dengan memberikan butiran akaun bank anda (Maybank atau CIMB) dan jumlah yang anda bayar. Saya akan memulangkan kesemua wang anda tanpa sebarang soalan. Ikhlas…
Maklumat terpelihara. Sila dapatkan salinan yang sah dari rawatwaswas.blogspot.com
Page 9