1
PEMIKIRAN OPTIMIS MENURUT WARISAN NABAWI1 Nidzamuddin Zakaria Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus Syed Najihuddin Syed Hassan2 Abstrak Optimisme merupakan keyakinan diri dan salah satu sifat baik yang dianjurkan dalam Islam. Dengan sikap optimisme ini, seseorang akan bersemangat dalam menjalani kehidupan, baik demi kehidupan di dunia maupun kehidupan di akhirat kelak. Optimisme merupakan sikap yang harus dimiliki oleh setiap manusia, khususnya seorang Muslim kerana dengan sikap ini, seorang muslim itu akan selalu berusaha semaksimum mungkin bagi mencapai cita-cita atau wawasan yang disasarkannya. Nabi Muhammad s.a.w juga menganjurkan sifat murni ini untuk disuburkan dalam hati umat Islam. Kajian ini cuba membahaskan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis yang menyarankan optimisme dan apakah tafsiran al-Qur'an dan Hadis terhadap sifat tersebut. Kajian ini sedikit sebanyak menyentuh larangan Islam terhadap sikap pesimisme yang merupakan halangan utama bagi seseorang untuk menerima sebarang masalah dan cabaran dalam hidup. Pesimisme pula merupakan suatu perasaan yang membayangkan kehidupan itu penuh dengan kesulitan dan kegagalan. Sikap ini menjebakkan seseorang dalam kancah keraguan dan jurang kelemahan dalam menghadapi masa depan. Sikap seperti ini sangat dibenci oleh Islam. Justeru, optimisme sangat diperlukan dalam kehidupan kita seharian bagi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat bersesuaian dengan perintah dan saranan Nabi Muhammad s.a.w untuk menghayati sifat tersebut. Dengan adanya optimistisme dalam diri setiap Muslim, maka daya saing, motivasi, inovasi dan kreativiti dalam kerja dalam diperkembangkan. Seterusnya produktiviti sesebuah negara, institusi, masayarakat mahu pun individu dapat dipertingkatkan. Kata kunci: Optimisme, pesimisme, produktiviti
PENDAHULUAN Agama Islam merupakan suatu petunjuk dan pedoman hidup yang meraikan fitrah dan naluri kemanusiaan di mana segala pegangan akidah, hukum-hakam dan syariatnya begitu “mesra” dan secocok dengan sifat makhluk Tuhan yang bernama insan. Adunan dan acuan syariat yang digubal Allah s.w.t adalah suatu manhaj dan pedoman yang lurus, benar dan berpaksikan matlamat utama penciptaan manusia di muka bumi ini iaitu; 1
Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Warisan Nabawi 2010 yang bertemakan “Sunnah: Sumber Informasi, Teras Integrasi”. 28-29 Julai 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anjuran: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. 2 Pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.
2 berbakti dan menghambakan diri mereka kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t menegaskan hal ini dalam firmanNya:
3
Dan (ingatlah!) Aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Salah satu ciri keagungan agama Islam ini adalah keseimbangannya atau alTawazun dalam mengambil kira kehendak dan cetusan fitrah kemanusiaan itu sedangkan masa yang sama, manusia itu adalah tertakluk kepada perintah dan arahan Allah s.w.t. Keperihatinan agama Islam terhadap lintasan hati atau cetusan rasa ke arah kebaikan adalah terjemahan kepada rahmat Allah s.w.t Yang Maha Agung dan ihsan Allah Yang Maha Pengasih terhadap sekalian hamba-hambaNya. Justeru, segala tanggapan, lintasan hati dan kebarangkalian yang tercetus di benak pemikiran berbentuk optimisme terhadap sesuatu isu adalah dianjurkan dalam Islam. Bahkan al-Qur'an dan Hadis sendiri menunjukkan jalan dan pedoman ke arah pemikiran murni ini.
Sudah tentu pemikiran yang terarah kepada yang positif atau wawasan yang bermatlamatkan kecemerlangan di masa mendatang membuahkan daya saing, motivasi, inovasi dan kreativiti dalam sesuatu bidang kerja, seterusnya produktiviti
sesebuah
negara, institusi, masyarakat mahu pun individu dapat dipertingkatkan. Justeru, kajian ini cuba mengupas saranan dan gesaan bersumberkan al-Qur'an dan Hadis berkenaan dengan optimisme sekaligus menepis jauh-jauh sikap pesimisme yang membelengu manusia dari kejayaan, kemajuan dan kecemerlangan dalam kehidupan sama ada di dunia mahu pun di akhirat nanti.
3
Al-Quran. Al-Dhariyat 51:56. (Semua terjemahan dalam tulisan ini adalah berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Terjemahan merujuk kepada rujukan lain akan dinyatakan).
3 DEFINISI OPTIMISME ATAU AL-TAFA’UL Ibn Manzur menjelaskan maksud optimisme atau dalam bahasa Arab disebut sebagai alTafa’ul dengan katanya; al-Fa’l itu lawan kepada al-Tiyarah yakni bertenun nasib (akibat keraguan atau tiada keyakinan diri). Beliau juga menukilkan dari kata-kata orang Arab yang menggunakan al-Fa’l bagi menolak sebarang penganaiyaan, kezaliman atau kejahatan pihak lain.4 Butrus al-Bustaniyy dalam kitab Mucjam Muhit al-Muhit pula menjelaskan bahawa al-Fa’l adalah merupakan suatu perkataan atau perbuatan yang digemari, dicita-citakan kebaikannya dan jauh dari sebarang kecelakaan.5
Selain daripada ulamak-ulamak bahasa Arab, terdapat juga ulamak-ulamak bidang Hadis antaranya al-Qurtubiyy yang menyebutkan; “Optimisme atau al-Tafa’ul ini bermaksud seseorang itu mendengar sesuatu yang baik atau melihat dengan pandangan yang bersangka baik di mana ia berharapkan segala cita-cita dan hasratnya tercapai”.6 Ibn Hajar pula menerangkan; “Optimisme atau al-Fa’l itu bermakna seseorang itu bersangka baik dengan akibat atau hasil yang bakal diperolehinya kelak. Sikap ini sekaligus menunjukkan sangka baiknya terhadap Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui dengan kepercayaan bahawa Dia akan memberikan taufik dan hidayah bagi menjayakan sebarang tindakan baik yang hendak dilakukannya”.7
Daripada kenyataan-kenyataan ini, jelas menunjukkan optimisme adalah sikap bersangka baik terhadap perkara yang bakal terjadi di samping ia mengharapkan pertolongan dan cinayah daripada Allah s.w.t. Takrifan-takrifan yang lalu dilihat selari dengan maksud dan pemahaman optimisme sebagaimana yang disebutkan dalam sepotong hadis Nabi s.a.w berbunyi:
Ibn Manzur, Abu Fadl Jamal al-Din. 1990. Lisan Al-cArab. Jil. 10. Bayrut: Dar al-Sadir. Hal. 168. Butrus al-Bustaniyy. t.th. Mucjam Muhit al-Muhit . Bayrut: Maktabah Lubnan. t.th:675. 6 Al-Qurtubiyy, Ahmad ibn cUmar. 1966. al-Mufhim Lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Dimashq: Dar Ibn Kathir. Hal. 627. 7 al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn cAli ibn Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh Sahih al-Bukhariyy. Jil. 10. Dimashq: Dar al-Fayha’. Hal. 214. 4 5
4 8
Tiada penyakit berjangkit (sendirinya tanpa izin Tuhan) dan tiada petanda kecelakaan, tetapi yang aku pilih adalah perkataan yang baik dan sangkaan yang baik. MAKSUD PESIMISME Setelah jelas dan terang maksud al-Tafa’ul atau optimisme ini, maka perlu juga difahami lawan kepada sikap murni ini iaitu pesimisme atau dalam bahasa Arab disebut sebagai al-Tasha’um. Al-Fayruz Abadi menjelaskan; “al-Shu'm atau sifat pesimis itu bermaksud keburukan. Disebutkan; Tasha'ama bihi bermaksud menganggapnya suatu yang buruk dan Mutasha'im itu bererti orang yang menyangka buruk terhadap kehidupan. Apabila disebut; Tasha'ama al-Qawm yakni; Kaum itu beralih atau menuju ke arah kiri”.9
Kenyataan ini adalah berasaskan sejarah penggunaan sejak zaman Jahiliah lagi. Ibn Hajar menerangkan hal ini dengan katanya; “Pada zaman Jahiliah, seseorang lelaki yang ingin memulakan perjalanannya, maka dia akan melepaskan burungnya terbang ke udara. Sekiranya burung itu terbang ke arah kanan maka dia berfikiran positif lalu meneruskan perjalanannya. Akan tetapi, sekiranya burung itu terbang ke arah kiri, maka dia mengambil sikap negatif dan pulang tanpa meneruskan perjalanannya”.10 Oleh yang demikian, pesimisme atau disebut sebagai al-Tasha’um ini bersangka buruk atau negatif terhadap natijah atau penyudah sesuatu urusan dan sikap ini menandakan buruk sangka seseorang dengan Allah s.w.t. Hajar.11
Hadis riwayat al-Bukhariyy. Lihat: al-cAsqalaniyy, Ahmad bin cAli bin Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh Sahih al-Bukhariyy. Jil. 10. Dimashq: Dar al-Fayha’. Hal. 265. 9 al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad ibn Yacqub. 1987. al-Qamus al-Muhit. Bayrut: Mu'assasah alRisalah. Hal. 479. 10 al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn cAli ibn Hajar. Op. Cit. Hal. 265 11 Ibid. Hal. 173. 8
5 Kesimpulannya, seseorang dalam melaksanakan apa jua kerja atau tindakan pasti berhadapan dengan dua tanggapan dan kebarangkalian. Pertama adalah tanggapan kebaikan dan ia disebut sebagai optimisme atau al-Tafa’ul. Kedua pula adalah tanggapan atau kebarangkalian yang negatif dan buruk dan ia dipanggil pesimisme atau alTasha’um.
ISTILAH-ISTILAH LAIN BAGI OPTIMISME DAN MAKSUDNYA Dalam Hadis-Hadis Nabi s.a.w, terdapat beberapa istilah lain yang sepadan dengan isu ini iaitu; al-Yumn, al-cIyafah dan al-Tarq.
Al-Yumn (
):
Disebutkan; Fulan tayammana - tayammunan bermakna Si Fulan itu bergerak ke arah kanan. Sekiranya disebutkan; Tayammana al-Rajul bi-Shay' bermaksud beroleh berkat dengannya.12 Ibn Hajar menjelaskan bahawa kalimah al-Yumn adalah sama maknanya dengan al-Tafa’ul di mana ia merupakan sikap mengandaikan bahawa perkara yang dilakukan itu berakhir dengan kebaikan dan Allah s.w.t adalah Pemilik kebaikan itu sebenarnya. Jadi istilah ini dikategorikan sebagai baik sangka terhadap Allah s.w.t.13
Al-cIyafah (
) dan Al-Tarq (
)
Kedua-dua istilah ini lebih menjurus kepada sikap pesimisme yang negatif. al-cIyafah bererti meninggalkan atau menolak sesuatu apabila melihat burung (gagak) yang diaggap membawa sial atau kecelakaan. Manakala al-Tarq pula bermaksud melihat kepada bintang-bintang ketika waktu terbitnya bagi menandakan sesuatu petanda yang buruk.14 Oleh yang demikian, istilah al-Yumn, al-cIyafah dan al-Tarq ini merupakan cetusan minda dan lintasan yang terbit di benak seseorang yang mencerminkan 12
Butrus al-Bustaniyy. Op. Cit. 675. al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn cAli ibn Hajar. Op. Cit. Hal. 223. 14 al-Fayruz Abadi. Op. Cit. Hal. 401. 13
6 perasaannya terhadap sesuatu urusan atau tindakan yang dilalui dalam kehidupan seharian.
Ringkasnya, berhadapan dengan apa jua urusan dan isu, maka perasaan manusia yang normal itu bercabang kepada dua persimpangan. Perasaan yang pertama adalah perasaan yang mengandaikan kebaikan lalu ia membenihkan minat, kegembiraan dan selanjutnya kebahagiaan. Pemikiran positif ini akhirnya menyemai sikap kerajinan dalam kerja, fokus yang maksimum dalam tugasan dan menyebabkan seseorang akan menggunakan seluruh tenaga dan alternatif yang terbaik bagi mencapai objektif yang diimpikan. Pemikiran inilah dipanggil optimisme atau al-Tafa’ul.
Perasaan kedua pula adalah andaian keburukan atau kegagalan di masa hadapan lalu ia membenihkan rasa jemu, kedukaan dan selanjutnya kecelakaan yang bermain di benak fikiran. Pemikiran negatif ini akhirnya membenihkan sikap malas, tiada tumpuan kerja tiada semangat untuk menjayakan objektif yang disasarkan. Pemikiran negatif ini pula dipanggil
pesimisme atau al-Tasha’um. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w
menjelaskan bahawa sikap optimisme atau al-Tafa’ul ini pasti membenihkan akhlak dan moral yang baik sedangkan pesimisme atau al-Tasha’um mencambahkan perangai atau peri laku yang buruk. Rasulullah s.a.w menyebutkan dalam sepotong hadis: 15
Optimisme itu membuahkan akhlak mulia sedangkan pesimisme bakal melahirkan akhlak yang buruk.
AYAT-AYAT YANG MENYARANKAN OPTIMISME Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menyarankan umat Islam agar bersikap optimis dalam kehidupan mereka. Ayat-ayat tersebut adalah berdasarkan konsep optimisme seperti berikut: 1. Optimisme Adalah Kepasrahan Pada Ketentuan Tuhan Firman Allah s.w.t: Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Dar al-Macrifah. Jil. 4. Hal. 236. 15
7
16
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. 2. Optimisme Adalah Jatidiri Muslim dan Kemuliaannya Firman Allah s.w.t: 17
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam) dan janganlah pula kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang paling tertinggi (mengatasi musuh dan mencapai kemenangan), jika kamu orangorang yang (sungguh-sungguh) beriman.
3. Optimisme Menolak Sikap Putus Asa Firman Allah s.w.t:
َ18 Wahai anak-anakku, pergilah kamu dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudara (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak yang berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
4. Optimisme Adalah Harapan atau Wawasan Yang Baik Firman Allah s.w.t: 16
Al-Quran. Al-Hadid 57:22. Al-Quran. Al-cImran 3:139. 18 Al-Quran. Yusuf 12:87. 17
8
19
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang mengharapkan rahmat Allah (optimistik). Dan (ingatlah) Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
5. Optimisme Adalah Usaha Yang Konsisten dan Kreatif Firman Allah s.w.t:
.
.
. 20
.
(Setelah puas menyeru mereka) Nabi Nuh a.s menyeru dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang (supaya mereka beriman). Maka seruanku itu tidak memberikan (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahkan mereka melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (kepada iman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, mereka menyumbatkan jari mereka ke dalam telinga masing-masing dan berselubung dengan baju mereka serta terus berdegil dengan keengkaran mereka dan berlaku sombong dan takbur dengan melampau. Selain daripada itu, aku (berulang-ulang) telah menyeru mereka secara beramai-ramai dengan terang-terangan dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
19 20
Al-Quran. Al-Baqarah 2:218. Al-Quran. Nuh 71:5-9.
9 HADIS-HADIS YANG MENYARANKAN OPTIMISME Terdapat beberapa riwayat atau Hadis yang dirakamkan oleh sahabat-sahabat Nabi s.a.w berkenaan dengan saranan kepada sikap optimisme. Bahkan riwayat-riwayat tersebut menyebutkan kalimah al-Tafa’ul atau optimisme secara langsung. Riwayat-riwayat tersebut adalah bersumberkan daripada lima orang sahabat Nabi dan satu riwayat merupakan Hadis Mursal21. Riwayat-riwayat tersebut adalah seperti berikut: 1. Riwayat Abi Hurayrah r.a
22
Al-Bukhariyy berkata; Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, (katanya) Shucayb memberitahu kami daripada al-Zuhriyy katanya: c
Ubayd Allah bin cAbd Allah memberitahuku bahawa Abu Hurayrah r.a
berkata: Daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada petanda kecelakaan dan sebaiknya adalah al-Fa’l”. Para sahabat bertanya; “Apakah itu al-Fa’l?” Rasulullah s.a.w menjawab; “Perkataan atau ungkapan yang baik dan menyenangkan apabila kamu mendengarnya”.
Hadis Mursal adalah Hadis yang gugur perawi (sahabat Nabi) selepas daripada al-Tabici sama ada alTabici itu kecil atau besar usianya. Contohnya al-Tabici meriwayatkan terus tanpa menyebutkan perawi di kalangan sahabat bahawa; “Rasulullah s.a.w berkata, berbuat atau mengiktiraf sesuatu di hadapannya” Lihat: al-cAla’iyy. 1398H. Jamic al-Tahsil fi Ahkam al-Marasil. Baghdad: T.Pbt. Hal. 14. 22 Hadis riwayat al-Bukhariyy. Lihat: Ibn Hajar. Op. Cit. Kitab al-Tib. Bab al-Tiyarah. Juz’10:#5755. 21
10
23
Ibn Majah berkata; Muhammad bin al-Sabah menyampaikan kepada kami, (katanya) Sufyan bin cUyaynah memberitakan kami daripada Ibn c
Ajlan daripada al-Acraj daripada Abu Hurayrah r.a berkata: Sampai
kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah sedangkan kedua-duanya ada kebaikannya. Beringinlah (optimistis) kepada apa-apa yang memberi manfaat dan janganlah dikau pesimis. Jikalau engkau gagal dalam sesuatu perkara, maka katakanlah dengan penuh pasrah; Allah telah mentakdirkan pada apa yang dikehendakiNya dan apa yang diinginkanNya pasti dilakukanNya. Jauhilah daripada berkata “kalau”. Kerana “kalau’ membuka ruang untuk syaitan (memprotes takdir Allah).
2. Riwayat Anas bin Malik r.a
24
.
Al-Tirmidhiyy berkata; Muhammad bin Bashshar menyampaikan kepada kami, (katanya) Ibn Abi cAdiyy menyampaikan Hadis kepada kami daripada Hisham al-Dustuwa’iyy daripada Qatadah daripada Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada petanda kecelakaan dan aku menyukai al-Fa’l”. Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah! Apakah 23
Ibn Majah. Kitab al-Akhlaq, al-Bir, al-Silah dan al-Zuhd. Juz’2:#3361. Hadis riwayat al-Tirmidhiyy. Lihat: Al-Mubarakfuriyy, Muhammad bin cAbd al-Rahman. 1998. Tuhfah al-Ahwadhiyy Sharh Jamic al-Tirmidhiyy. Abwab al-Siyar. Bab Ma Ja’a fi al-Tiyarah Bayrut: Dar Ihya’ alTurath al-cArabiyy. #1540. 24
11 itu al-Fa’l?” Rasulullah s.a.w menjawab; “Ungkapan yang baik yakni optimisme. Abu cIsa berkata: Hadis ini Hasan Sahih”. 3. Riwayat cAbd Allah bin cAbbas r.huma
25
Imam Ahmad berkata; Hisham menyampaikan kepada kami, (katanya) Abu Mucawiyah - yakni Shayban - menyampaikan Hadis kepada kami daripada Layth, daripada cAbd al-Malik, daripada cIkrimah, daripada Ibn c
Abbas katanya; “Rasulullah s.a.w itu sentiasa bersifat optimis dan tidak
suka bersangka buruk atau pesimis. Apa yang digemari baginda adalah panggilan nama yang baik”. 4. Riwayat cAishah r.ha
26
Imam Ahmad
berkata; cAffan menyampaikan kepada kami dengan
katanya; al-Kirmaniyy Hassan bin Ibrahim menyampaikan Hadis kepada kami dengan katanya; Sacid bin Masruq menyampaikan Hadis kepada
25 26
Ahmad bin Hanbal. 1985. Musnad Ahmad -Musnad Ibn cAbbas. Bayrut: al-Maktab al-Islamiyy. #2776. Ibn Hanbal. Op. Cit. Musnad cAishah. #23824.
12 kami daripada Yusuf bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Ashcariyy katanya; Aku datang bertemu cAishah lalu aku berkata; Wahai ibu, sampaikan kepadaku sesuatu yang engkau dengar Rasulullah s.a.w. Aishah r.ha lantas berkata; Rasulullah s.a.w bersabda; “Burung itu terbang mengikut ketentuan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w itu lebih menyukai al-Fa’l al-
Hasan”. 5. Riwayat Habis al-Tamimiyy r.a
27
Imam Ahmad berkata; Abu cAmir menyampaikan kepada kami dengan katanya; cAli menyampaikan Hadis kepada kami daripada Yahya - yakni Ibn Abi Kathir - Hayyah al-Tamimiyy menyampaikan Hadis kepadaku bahawa bapanya (Habis al-Tamimiyy) telah memberitahunya bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; “Tiada apa-apa pada merpati28 yang terbang, pandangan mata itu benar dan sebaik-baik firasat itu bersifat optimistik”. 6. Riwayat cUrwah bin cAmir (Hadis Mursal)
27
Ibn Hanbal. Op Cit. Musnad al-Madaniyyin. #16033. Orang Arab pada zaman Jahiliah mempercayai bahawa burung merpati itu merupakan "ruh" yang keluar daripada mayat orang yang dibunuh lalu bertukar menjadi burung. Sekiranya mangsa tersebut tidak dibela nasibnya, maka burung itu kononnya berbunyi di atas kuburnya sebagai tanda memohon pertolongan. Lihat: al-Fayruz Abadi. 1987. al-Qamus al-Muhit. Kalimah: هيم. 28
13
29
Abu Dawud berkata; Ahmad bin Hanbal dan Abu Bakr bin Shaybah menyampaikan kepada kami dengan kata keduanya; Waqic menyampaikan kepada kami daripada Sufyan, daripada Habib bin Abi Thabit, daripada c
Urwah bin cAmir, Ahmad al-Qurashiyy berkata; Alamat atau petanda
buruk ini pernah disebutkan di sisi Nabi s.a.w lalu baginda menjelaskan; “Sebaik-baik firasat itu bersifat optimistik. Ia tidak (seharusnya) mengembalikan muslim itu (pada kekufuran). Justeru, apabila seseorang itu melihat sesuatu yang dibimbanginya maka katakanlah; Ya Allah Tiada sesiapa yang membawa kebaikan melainkan Engkau. Tiada sesiapa yang menolak keburukan atau kecelakaan melainkan Engkau. Tiada daya dan kuasa melainkan dengan izinMu jua”.
KEPENTINGAN OPTIMISME DAN CARA PEMIKIRAN YANG DISARANKAN Daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis-Hadis yang dibentangkan ini, maka dapatlah diperhatikan saranan-saranan berikut: a. Optimisme adalah lambang jati diri dan keyakinan yang maksimum setelah lengkap perancangan yang sistematik bertunjangkan keimanan kepada Allah s.w.t. Ini terserlah daripada kenyataan
c
Umar bin
c
Abd al-cAziz yang
menyebutkan: “Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak keinginan yang optimistik. Aku pernah berkeinginan (optimistik) untuk menjadi amir dan telah aku dapatkannya. Aku juga pernah berkeinginan menjadi khalifah dan telah aku dapatkannya. Sekarang aku berkeinginan untuk memasuki taman syurga. Aku harap aku akan mendapatkannya.30
Abu Dawud, Sulayman bin al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Kitab al-Tib. Bab alTiyarah. Dar al-Macrifah.Abu Dawud. #3418. 30 c Abd al-Karim Rashid. 1417H. Tariq al-Najah Dalilun Amaliyyun li al-Tafkir wa al-Takhtit wa al-Injaz. Riyad: Maktabah Malik Fahd al-Wataniyyah. Hal. 47. 29
14 b. Optimisme merupakan cetusan api yang menyemarakkan semangat berkobarkobar yang tak kunjung padam. Kecewa, putus asa atau harapan dan kegagalan tiada dalam kamus optimisme. Dr. Tariq Muhammad al-Suwaydan31 merakamkan detik optimistik yang begitu memuncak seperti yang dialami oleh panglima perang agung dalam sejarah Islam, bernama Tariq bin Ziyad ketika berlabuh bersama pasukannya di negara musuh. Beliau telah mengosongkan kapal-kapalnya lalu menyuruh tentera-tenteranya membakar kapal-kapal tersebut. Sebelum peperangan bermula, beliau memberi ucapan penuh semangat; “Kamu semua telah menyaksikan api membakar habis kapal-kapal kita dan asap membumbung tinggi naik ke langit. Kini, lautan luas terbentang di belakang kamu dan musuh menghala ke hadapan kita. Kita hanya ada satu pilihan, kemenangan atau kematian (syahid).
c. Optimisme adalah suatu sikap yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. Ini mengambarkan luasnya rahmat Allah s.w.t kepada sekalian hamba-hambaNya dan kerahmatan itu terserlah di sebalik perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t berbunyi: 32
Dan tiadalah Kami mengutuskan kami (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.
d. Optimisme menurut penjelasan Nabi s.a.w melalui pelbagai alternatif antaranya; tanggapan, ungkapan-ungkapan yang positif dan panggilan nama yang baik. Hal ini disokong dengan Hadis Nabi s.a.w berbunyi: 33
al-Suwaydan, Tariq Muhammad. 2005. (terj. Hudzaifah Ismail) Sinacah al-Najah. Jakarta: Maghfirah Pustaka. Hal. 52. 32 Al-Quran. Al-ِِAnbiya’ 21:107. 33 al-Tirmidhiyy. Op. Cit. Abwab al-Siyar. Bab Ma Ja’a fi al-Tiyarah: #1539. 31
15 Baginda Nabi s.a.w itu menggemari apabila Baginda keluar kerana urusan tertentu untuk mendengar panggilan; Wahai si Fulan yang memberi pedoman! Wahai si Fulan yang berjaya!.
Justeru, Hadis Nabi s.a.w ini jelas menyeru umat Islam untuk membudayakan panggilan, gelaran atau seruan yang positif di kalangan mereka agar ia memberi natijah yang membina kemajuan dan produktiviti bersama. Sikap mencemuh, mengutuk atau menjatuh-jatuh maruah orang lain adalah bertentangan dengan kehendak Islam yang murni.
e. Sikap optimisme sebenarnya berperanan memelihara keutuhan iman dan kekuatan akidah yang tersemat di sanubari seseorang muslim. Ini adalah kerana optimisme tersebut itu adalah lambang keimanan yang benar tehadap Allah s.w.t Yaha Maha Kuasa dan Maha Bijaksana dalam segenap takdir dan perbuatanNya. Bahkan tidak ada yang berlaku di alam semesta ini melainkan dengan perintahNya dan iradahNya. Baginda Nabi Muhammad s.a.w pernah menjelaskan perkara ini dalam Hadis yang diriwayatkan Ibn cAbbas r.huma dengan sabda baginda:
34
“Ketahuilah bahawasanya, jika semua umat manusia berkumpul untuk memberimu sesuatu manfaat (kebaikan), nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah (sejak azali). Begitu pula, jika mereka berkumpul untuk menentukan mudarat (kecelakaan) untukmu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan”. 34
al-Tirmidhiyy. Op. Cit. Kitab Sifah al-Qiyamah. #2440).
16 f. Merujuk dan pasrah kepada Allah s.w.t ketika berhadapan dengan apa jua situasi. Bahkan sebaik-baiknya umat Islam dianjurkan berdoa seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang lalu iaitu:
Ini selari dengan tuntutan bertawakal kepada Allah s.w.t yang disebutkan dalam al-Quran seperti mana firmanNya: 35
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah s.w.t nescaya Dia akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
g. Optimisme menolak perkara-perkara yang berhubung dengan kepercayaan kepada benda-benda keramat, khurafat dan tahyul, lagenda, perbomohan dan azimat. Perkara ini ditegah oleh Islam bertepatan dengan Hadis Nabi s.a.w berbunyi: 36
Sesungguhnya jampi menjampi, tangkal dan mentera-mentera sihir itu adalah syirik.
h. Bersangka baik terhadap Allah s.w.t boleh diistilahkan sebagai optimisme terhadapNya dan ia sedikit sebanyak berkait rapat dengan urusan akidah. Justeru, beriktikad bahawa Allah s.w.t Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan memiliki segala ketentuan dan pentadbiran alam semesta ini adalah lambang optimistiknya seseorang muslim terhadap Allah Yang Maha Bijaksana. Allah s.w.t mencela orang-orang yang pesimis atau bersangka buruk terhadapNya seperti mana firmanNya: 35
Al-Quran. Al-Talaq 65:3. al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1985. Ghayah al-Maram fi Takhrij AHadith al-Halal wa al-Haram. Riyad: al-Maktab al-Islamiyy. #298. 36
17 37
Mereka yang berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka itu akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk.
Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w amat perihatin kepada optimisme umat baginda terutama sekali saat menemui Allah s.w.t atau menghampiri ajal mereka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
38
Daripada Jabir bin cAbd Allah al-Ansariyy katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w - tiga hari sebelum wafatnya - bersabda: Janganlah seseorang daripada kamu meninggal dunia, melainkan dengan beroptimistik atau bersangka baik dengan Allah s.w.t.
i. Optimisme yang dianjurkan adalah berbentuk sederhana dan bersandarkan kepada ikhtiar, usaha dan perancangan di samping sentiasa berhati-hati dengan risiko mendatang. Optimisme tanpa usaha seperti orang berdoa untuk mendapat jodoh tetapi tidak berusaha mencari teman hidupnya, maka natijahnya adalah sifar. Seperti itu optimisme yang dianjurkan Islam beserta dengan sikap berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dari kemungkinan yang negatif. Rasulullah s.a.w bersabda: 39
Tiada penyakit berjangkit (sendirinya tanpa izin Tuhan) dan tiada burung hantu (petanda kecelakaan) dan tiada (sial) bulan Safar.
37
Al-Quran. Al-Fath 48:6. Hadis riwayat Muslim. Lihat: Al-Nawawiyy, Muhyi al-Din bin Sharaf. 1998. al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Kitab al-Jannah wa Sifat Nacimiha. Bayrut: Dar al-Macrifah. #5124. 39 Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1995. Silsilah al-AHadith al-Sahihah. Jil. 2. Riyad: Matbakah alMacarif li al-Nashr wa al-Tawzic. #780. 38
18 Namun, hindarilah pesakit kusta (dikuarantinkan) sebagaimana engkau hindari daripada singa.
Sikap berhati-hati dan berwaspada tidak menafikan optimisme. Inilah sikap ini diambil oleh saidina cUmar bin al-Khattab r.a semasa mengarahkan agar rombongannya menangguhkan ketibaan mereka di negara Syam (Syria) akibat wabak penyakit taun yang melanda di negara tersebut. Abu cUbaydah r.a tidak bersetuju dengan pendapat ini lalu dia bertanya: “Apakah tuan hendak lari daripada takdir Allah?” cUmar menegaskan: “Ya, aku lari daripada takdir Allah, dengan takdir Allah, kepada takdir Allah”.40
Ringkasnya, saranan Nabi s.a.w dengan sikap optimis ini sebenarnya bertepatan dengan naluri kemanusiaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Qutaybah alDaynuriyy41 ketika menerangkan optimisme dalam Hadis Nabi ini dengan katanya; “Sikap positif ini adalah secocok dengan kehendak naluri dan fitrah manusia. Justeru, manusia gembira apabila disapa dengan ucapan salam (kesejahteraan) atau diberikan perangsang atau dijanjikan dengan kecemerlangan atau kejayaan. Tabiat ini telah disediakan Allah s.w.t dalam setiap sanubari manusia yang selesa dengan kebaikan, permandangan yang baik, wajah yang berseri-seri dan nama yang baik. Lalu baginda s.a.w menunjukkan jalan dan pedoman untuk bersikap optimistik”.
Rujukan Al-Qur’an - Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. c
Abd al-Karim Rashid. 1417H. Tariq al-Najah Dalilun Amaliyyun li al-Tafkir wa alTakhtit wa al-Injaz. Riyad: Maktabah Malik Fahd al-Wataniyyah.
Abu Dawud, Sulayman ibn al-Ashcath al-Sijistaniyy. t.th. Sunan Abi Dawud. Dar alMacrifah. Ahmad bin Hanbal. 1985. Musnad Ahmad. Bayrut: al-Maktab al-Islamiyy. 40 41
Said Ibrahim. t.th. Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Kuala Lumpur: Dar Ma’rifah. Hal. 303. Ibn Qutaybah al-Daynuriyy. 1991. Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith. Bayrut: Dar al-Jil. Hal. 71.
19 al-cAsqalaniyy, Ahmad ibn cAli bin Hajar. 1997. Fath al-Bariyy Sharh Sahih alBukhariyy. Jil. 10. Dimashq: Dar al-Fayha’. Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1988. Sahih Sunan Ibn Majah. Jil. 2. Riyad: Maktab al-Tarbiyyah al-cArabiyy li Duwal al-Khalij. Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1985. Ghayah al-Maram fi Takhrij Ahadith alHalal wa al-Haram. Riyad: al-Maktab al-Islamiyy. Al-Baniyy, Muhammad Nasir al-Din. 1995. Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. Jil. 2. Riyad: Matbakah al-Macarif li al-Nashr wa al-Tawzic. Al-Fayruz Abadi, Majd al-Din Muhammad bin Yacqub. 1987. al-Qamus al-Muhit. Bayrut: Mu'assasah al-Risalah. Al-Mubarakfuriyy, Muhammad ibn cAbd al-Rahman. 1998. Tuhfah al-Ahwadhiyy Sharh Jamic al-Tirmidhiyy. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabiyy. Al-Nawawiyy, Muhyi al-Din ibn Sharaf. 1998. al-Minhaj Sharh Sahih Muslim bin alHajjaj. Bayrut: Dar al-Macrifah. Al-Qurtubiyy, Ahmad ibn cUmar. 1966. al-Mufhim Lima Ashkala min Talkhis Kitab Muslim. Dimashq: Dar Ibn Kathir. Al-Suwaydan, Tariq Muhammad. 2005. (terj. Hudzaifah Ismail) Sinacah al-Najah. Jakarta: Maghfirah Pustaka. Butrus al-Bustaniyy. t.th. Mucjam Muhit al-Muhit . Bayrut: Maktabah Lubnan. Ibn Manzur, Abu Fadl Jamal al-Din. 1990. Lisan al-cArab. Jil. 10. Bayrut: Dar al-Sadir. Ibn Qutaybah al-Daynuriyy. 1991. Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith. Bayrut: Dar al-Jil. Said Ibrahim. t.th. Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Kuala Lumpur: Dar Ma’rifah.