KELUARAN NO. 1 2015
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHAN KAWASAN TANAH GAMBUT BRUNEI
KESELAMATAN OPERASI KEMBANGKAN LATIHAN PENGETAHUAN ASAS PENCAPAIAN BARU BAGI PENYELENGGARAN LAPISAN PERLINDUNGAN LUAR PANTAI SUNTIKAN KIMIA KE DALAM TAKUNGAN YANG PERTAMA
SALAM
Meja MD
HUBUNGI Email:
[email protected] Website: Visit the Media Centre at https://www.bsp.com.bn/ DITERBITKAN OLEH Jabatan Perhubungan dan Hal Ehwal Luar Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd PENYUNTING Khairul Anwar Ismail Sharif Ibrahim PENULIS Ayla Abdullah Sharif Ibrahim TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis CETAKAN Asia Printers
Salam Sejahtera, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) akan terus menumpukan usaha menghasilkan Tenaga Untuk Sepanjang Zaman… Menjana Masa Hadapan Brunei pada 2015. Perubahan yang tiada hentinya telah menjadi asas kepada kehidupan masa kini, yang dipenuhi dengan bermacam-macam perkembangan menarik. Dunia sedang melalui perubahan yang semakin rancak dan industri kita telah mengambil langkah-langkah menjalankan tindakan dan pengeluaran hasil yang terfokus. Di BSP, komitmen kita adalah menjana masa hadapan Brunei, dengan beroperasi mengeluarkan hasil dengan selamat dan boleh diharapkan untuk negara. Di BSP,keselamatan menjadi keutamaan teratas dan menjadi jaminan bahawa semua orang dapat pulang ke rumah dengan selamat pada setiap hari. Saya yakin yang semua orang mempunyai matlamat yang serupa, iaitu untuk bekerja ke arah membina masa hadapan yang lebih baik untuk diri masing-masing dan juga komuniti sekeliling kawasan operasi mereka. Keselamatan adalah isu penting kerana ia melindungi tenaga kerja kita yang merupakan aset yang paling berharga. Saya juga yakin syarikat-syarikat yang bagus akan sentiasa mencari jalan untuk menjadi lebih bagus. Bagi menghadapi masamasa yang mencabar ini, kita perlu mempertingkatkan usaha untuk menjadi BSP yang lebih kuat serta berhemah. Fokus harus lebih diberikan kepada usaha menguruskan sumber tenaga manusia, termasuklah yang melibatkan rakan-rakan perniagaan kita dan mampu menjamin bahawa keseluruhan aset Syarikat berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi. Kita tidak seharusnya
terkesan dengan segala perubahan yang sedang berlaku dan juga ketidaktentuan tentang masa hadapan. Sebaliknya, BSP harus bersatu padu dan bekerjasama dengan kakitangan yang saling bantu membantu antara sama lain. Salah satu kekuatan BSP adalah kakitangannya dan bakat-bakat yang mereka ada. Kolaborasi dan kerja berkumpulan menjadi teras kepada cara kita menjalankan perniagaan, seperti cogankata Together Everyone Achieves More atau Bersama Kita Mampu Mencapai Lebih Banyak Lagi. Kita mendatangkan hasil kerja melalui usaha kakitangan dan pengurusan prestasi menjadi kunci bagi menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi. Bagi mencapai tujuan ini setiap individu dan kumpulan kerja harus mempunyai kebertanggungjawaban, sasaran yang nyata, penghasilan kerja dan rasa pemilikan. Ini adalah penting untuk kita dan juga negara. Tahniah saya diucapkan kepada Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan ke-31 yang samasama kita rayakan. Bermula pada 1929, perkongsian Shell dengan kerajaan Brunei Darussalam adalah salah satu perhubungan yang paling lama di dalam sejarah Shell. Sejak dari mula lagi perhubungan ini telah menyumbang besar kepada ekonomi serta pembangunan Brunei. Kita adalah komited kepada usaha untuk terus mengukuhkan lagi perhubungan ini dan meneruskan usaha menghasilkan Tenaga Untuk Sepanjang Zaman… Menjana Masa Hadapan Brunei. Terima kasih.
Ken Marnoch Pengarah Urusan, BSP
KANDUNGAN 6
40
30
04 Bengkel keselamatan proses bagi pemimpin barisan hadapan
14 Mempertingkatkan perhubungan melalui video
30 Kejayaan berganda bagi Loji Penapis
06 Pusat Kesihatan Panaga anjurkan Hari Terbuka
16 Sesi ‘Lunch and Learn’ bersama graduan Asia Pasifik
34 Paip penggerudian aloi buka peluang baru
08 Keselamatan operasi kembangkan latihan pengetahuan asas
18 Pencapaian baru bagi penyelenggaran lapisan perlindungan luar pantai
36 Suntikan kimia ke dalam takungan yang pertama
10 Cabaran ‘Count your steps’ 12 Latihan CPR untuk komuniti 13 Kakitangan berkhidmat lama dihargai
20 Pemimpin Masa Hadapan 24 Pemeliharaan dan pemulihan kawasan tanah gambut Brunei 28 Wanita bersemangat waja di lautan luas
40 Jerayawara SCOT ACW 2014 44 Hari Keselamatan Penjual 2014 46 Aktiviti Pelincir Shell BSM 2014
KESELAMATAN
BENGKEL KESELAMATAN PROSES BAGI PEMIMPIN BARISAN HADAPAN
S
ebagai sebahagian daripada inisiatif Brunei Shell Pride, satu siri latihan keselamatan proses telah diadakan bagi para pemimpin barisan hadapan di semua aset. Antara lain, latihan ini mensasarkan pengukuhan sikap kepimpinan serta tindakan penyelia barisan hadapan aset-aset, di dalam usaha mewujudkan budaya kecemerlangan di dalam bidang keselamatan proses. Sesi latihan dua hari tersebut telah dimudahcara oleh Roger Reise, Pengurus Program AIPSM dengan sokongan pakar bidang-bidang kerja AIPSM tempatan seperti Integrasi Operasi (OI), Pelaksanaan Penyelenggaraan & Integriti (MIE), Keselamatan Proses dan Jaminan. Bagi mempastikan keberdayatahanan kemahiran-kemahiran baru yang disampaikan pemudahcara-pemudahcara tempatan telah turut dilatih. Mereka adalah Abdul Rahman Mohd Ali-PHA; Wai-Chee Lee -OCP, Chee-Yong Wong-OPE, Terry Jayasuriya-HRL/3, ElzaNoreen Brahim-OME/8 >; Emeka E Maduabuchi -HSE/6 Victor Ng, Swee Ming HSE/425 dan Adeshina Waheed Sadiq – HSE/42 Latihan dimulakan oleh pengurus aset yang berkongsi harapan serta jangkaannya dengan semua peserta. Ini 04
diikuti oleh sesi berkumpulan bagi memperkenalkan konsep 11 Keperluan Asas Keselamatan Proses (PSBR) mengenai pembelajaran daripada beberapa insiden di dalam industri minyak dan gas dan kenapa PSBR telah gunapakai oleh Shell. Sesi latihan ini menekankan bahawa peranan Pemimpin Barisan Hadapan adalah kunci kepada kejayaan AIPSM/Keselamatan Proses, kerana kerja mereka melibatkan kemahiran berkenaan MOC, PTW dan pengurusan Amaran. Bidang-bidang kerja ini menjadi faktor penting di dalam insiden-insiden yang telah mengubah industri, seperti Piper Alpha, BP Texas, Macondo, Longford, Bouncefield dan Brent Bravo, antara lain. Pemimpin Barisan Hadapan dilihat sebagai contoh ikutan oleh kakitangan mereka dan juga orangorang lain yang berhubungan dengan mereka. Oleh itu adalah penting untuk memperlengkapkan para pemimpin tersebut dengan sikap yang sewajarnya. Ini termasuklah peranan untuk menerapkan perilaku yang bersesuaian dengan minda yang sentiasa tertumpu kepada kebimbangan kronik, di mana para kakitangan di barisan hadapan perlu peka kepada isyarat-isyarat kecil yang harus diberikan tindakan selanjutnya. Satu sesi kajian kes industri yang diadakan seterusnya
Sesi latihan dikendalikan oleh Roger Reise dengan sokongan pakar AIPSM tempatan
telah menganalisa beberapa insiden yang berlaku di dalam negara. Empat insiden yang spesifik kepada aset BSP telah dianalisa oleh para peserta. Ini membantu memperkukuhkan lagi mesej yang ingin disampaikan serta mendedahkan pemimpin barisan hadapan kepada realiti keadaan sebenarnya. Para peserta juga berpeluang mempelajari bagaimana pengurusan keselamatan proses dikendalikan oleh BSP melalui proses pengendalian ancaman bahaya dan kesan-kesannya (HEMP) selain daripada menjalankan pengenalpastian keperluan HSE mengikut kaedah ‘bowtie’ yang membantu menghubung kaitkan semua bidang-bidang kerja di bawah AIPSM. Pemimpin barisan hadapan kemudiannya telah diajak menerima cabaran mempertingkatkan lagi prestasi KPI yang berstatus hijau, selain dariapada mengesan isyaratisyarat kecil yang harus diberikan tindakan selanjutnya dan juga sentiasa berusaha untuk mencapai hasil kerja 100% seperti yang diamalkan di dalam industri penerbangan. Sesi pada keesokan harinya bermula setelah rumusan dibuat tentang pembelajaran pada hari sebelumnya dengan perbincangan tentang sebuah video berkenaan kebimbangan kronik. Selain itu para peserta juga telah
dibawa ke dalam perbicangan berkaitan dengan betapa pentingnya isyarat-isyarat yang kecil ditangani, sifat sentiasa berwaspada dan juga mengelakkan pemikiran yang senang berpuas hati. Sesi ini diakhiri dengan satu analisa ke atas sistem pemikiran yang pantas dan lambat dengan penekanan terhadap kepentingan latihan dan juga pengalaman bagi memudahkan transformasi daripada sistem pemikiran yang lambat kepada yang pantas. Satu penilaian ke atas PTW yang spesifik kepada aset dan juga keperluan pengurusan perubahan (MOC) telah dijalankan selanjutnya, di mana para peserta telah dapat memahami bagaimana kegagalan pemimpin menyumbang kepada ketidakberkesanan kedua-dua kaedah kerja yang penting ini. Setelah melalui perjalanan mengubah persepsi selama dua hari ini, kesemua pemimpin barisan hadapan yang mengambil bahagian telah meletakkan cabaran kepada diri mereka untuk menghasilkan satu pelan SMART yang menyatakan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada peningkatan keselamatan proses di aset masing-masing.
05
KESIHATAN
PUSAT KESIHATAN PANAGA ANJURKAN HARI TERBUKA
P
usat Kesihatan Panaga (PHC) telah menganjurkan Hari Terbuka pada 11 September, 2014 yang dirasmikan oleh Hj Azhar Hj Yahya, Pengarah Komersil BSP (CD), sempena kejayaan proses akreditasi ke atas perkhidmatan kesihatan PHC oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH). Akreditasi ini adalah satu pengiktirafan antarabangsa mengikut Standard Akreditasi Klinik Perubatan Malaysia yang merangkumi akses kepada penjagaan kesihatan, amalan rawatan/perubatan, sumber tenaga manusia, keselamatan, etika dan aktiviti-aktiviti penambahbaikan kualiti. Semua kakitangan Syarikat-syarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) serta ahli keluarga mereka telah diundang menyertai acara sehari tersebut, bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan seorang petugas kesihatan dan perkhidmatanperkhidmatan yang mereka sediakan. Pada Hari Terbuka ini, perkhidmatan percuma disediakan untuk para pengunjung memeriksa tekanan darah, tahap glukos darah, menerima penerangan mengenai kaedah Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dan pemeriksaan gigi, selain daripada menerima khidmat nasihat kakitangan Farmasi melalui inisiatif ‘Brown Bag Campaign’ bagi mengenalpasti jenis ubatubatan yang perlu mereka ambil. Sesi-sesi Pendidikan Kesihatan turut dianjurkan oleh beberapa jabatan yang mengambil bahagian dan telah merangkumi topik-topik seperti CPR, intervensi dadah
06
dan alcohol serta isu-isu pergigian, sehinggalah penjagaan kebersihan tangan dan kesedaran tentang kecederaan sukan. Para jururawat Kesihatan dan Kesejahteraan juga telah mengadakan demonstrasi masakan sihat di tempat perkhidmatan mereka yang baru diubahsuai. Menurut Azman Julaihi, Ketua Patologi PHC, “Pengunjung yang lebih muda amat teruja apabila mereka berpeluang mengenali lebih dekat Makmal Patologi dan perkhidmatan yang disediakan. Lebih menarik lagi, kumpulan Patologi telah menghias makmal ini untuk memberi penerangan secara menyeronokkan melalui tema ‘Ghost Lab Adventure’. “Mereka juga menggemari Zoo Mini yang dianjurkan oleh jabatan Kesihatan Alam Sekitar, yang mempamerkan haiwan seperti ular, seekor anak kera dan Nigel – burung kakak tua yang menjadi tumpuan utama pengunjung – dan banyak lagi tarikan yang lain”. Para pengunjung telah berpuas hati dengan jabatanjabatan yang mengambil bahagian dan merasakan bahawa banyak yang telah mereka pelajari daripada kakitangan PHC. Seorang pelajar Sekolah Rendah Panaga yang amat menghargai pengalamannya semasa Hari Terbuka PHC berkata, “Saya rasa sudah tentu semua kakitangan PHC telah menyumbang banyak masa dan tenaga untuk menjayakan Hari Terbuka yang unik, luarbiasa dan menyeronokkan ini. Acara ini sangat menyeronokkan dan penuh dengan maklumat.”
Nigel, seekor burung kakatua, menjadi tarikan pelawat muda
Dari Kiri: Ketua-ketua BSP, Haji Azhar, Haji Amit dan Dr Siti Haziah turut mengambil kesempatan melawat hari terbuka PHC
Azman Julaihi (kanan) dan Kumpulan Patologi mengalu-alukan kedatangan murid sekolah ke makmal Patologi PHC
07
KESELAMATAN
KESELAMATAN OPERASI KEMBANGKAN LATIHAN PENGETAHUAN ASAS
Beberapa orang peserta yang menyertai kursus tiga hari di BAPSLH
08
HARI PERTAMA
HARI KEDUA
HARI KETIGA
Pengetahuan Asas 1
Pengetahuan Asas 2
Pengetahuan Asas 3
Tahap GANGSA
Tahap PERAK
Tahap EMAS
Pengenalan dan Subjek-subjek Asas
Loji Proses & Penyediaan Peralatan
Pertimbangan Tugasan & Tindak Balas Kecemasan
S
emenjak Februari 2013, jabatan Keselamatan Operasi Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah mengembangkan dan menghasilkan satu siri modul latihan Underpinning Knowledge (UK) atau latihan pengetahuan asas di Hab Pembelajaran Brunei Asia Pasifik Shell (BAPSLH) yang disediakan bagi lebih 700 peserta daripada berbagaibagai jabatan di BSP. Latihan UK ini adalah disasarkan kepada penandatangan PTW BSP yang bertanggungjawab mempastikan aktiviti kerja dijalankan dengan selamat. Bagi menjamin tiada ancaman bahaya kepada manusia, komuniti, alam sekitar dan aset-aset adalah penting supaya semua bentuk ancaman sebegini di dalam semua bentuk aktiviti operasi BSP difahami serta dikawal. Di dalam industri minyak dan gas sistem Permit to Work (PTW) atau permit untuk melakukan kerja membantu mengawal ancaman-ancaman ini. Di BSP sistem ini dikenali sebagai Integrated Safe System of Work (ISSOW) atau sistem bekerja selamat bersepadu. Pada 2012, BSP telah mula menggunakan sistem ISSOW elektronik. Ini juga merupakan satu peluang untuk menyediakan pengetahuan bagi para kakitangan yang akan membantu mereka mendalami lagi isu ancaman bahaya dan cara menguruskannya dengan berkesan, melalui pembangunan modul Latihan UK. Pada 2014, kakitangan daripada jabatan-jabatan Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Alam Sekitar (HSSE) yang lain telah menyatakan sokongan bagi program latihan ini dengan bukan sahaja menyediakan pengetahuan, tetapi juga dengan membuka peluang kepada kakitangan barisan hadapan untuk berinteraksi dengan para penasihat HSSE serta berkongsi pengalaman dan juga sebarang kebimbangan. Isi kandungan setiap modul UK meliputi berbagaibagai bentuk ancaman bahaya. Latihan ini merangkumi tajuk Keselamatan Peribadi di dalam dokumen Group
Control Framework (GCF) Manual, serta topik-topik seperti Tanggungjawab Undang-undang, Pengurusan Ancaman Bahaya Kaedah ‘Bow Tie’, Tindak Balas Kecemasan, Keselamatan Proses dan keperluan untuk mengamalkan set minda Kebimbangan Kronik. Modul-modul yang disediakan dibentangkan sepanjang tiga hari dengan tema yang berbeza setiap hari seperti berikut: Hari pertama – UK 1 – tahap GANGSA – Pengenalan dan Subjek-subjek Asas Hari Kedua – UK 2 – tahap PERAK – Loji Proses & Penyediaan Peralatan Hari Ketiga – UK 3 – tahap EMAS – Pertimbangan Tugasan & Tindak Balas Kecemasan Selain daripada menyediakan pengetahuan asas, sesi-sesi latihan ini juga membuka peluang lebih luas bagi para peserta untuk berhenti sejenak, merenung serta berkongsi pengalaman masing-masing. Latihan ini juga menekankan konsep pendekatan Hierarchy of Controls atau hierarki kawalan yang diberi tajuk “ERIC-PD”. Video-video yang relevan juga ditayangkan semasa latihan dan para pembentang modul berusaha keras menjadikan sesi-sesi latihan yang dianjurkan berlangsung dalam suasana menyeronokkan serta berinteraktif. Pemahaman peserta-peserta mengenai modul dan tahap-tahap yang ditawarkan akan dinilai sebelum Latihan ISSOW dimulakan. Latihan UK menjadi pra-syarat kepada Latihan ISSOW dan menyediakan asas yang kukuh kepada peserta yang akan mengeluarkan PTW di bawah sistem ISSOW. Setelah menerima maklum balas yang positif, Jabatan HSSE amat berbangga dengan Latihan UK yang diyakini dapat mengukuhkan lagi keupayaan kakitangan untuk mengenalpasti serta mengawal ancaman-ancaman keselamatan dan kesihatan demi mencegah kecederaan, penyakit dan juga insiden kehilangan nyawa di tempat kerja.
09
KESIHATAN
CABARAN ‘COUNT YOUR STEPS’ Oleh Kadriah Ramli HML/411
P
ada awal tahun ini Pusat Kesihatan Panaga (HML) telah melancarkan program yang dinamakan “12 Weeks Count Your Steps Challenge” atau cabaran untuk mengira langkah yang awda ambil selama 12 minggu di Atrium, ibu pejabat Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Seria, yang disediakan untuk para kakitangan Syarikat yang bekerja di semua lokasi daratan. Cabaran untuk meningkatkan kesihatan ini telah mencatat penyertaan 123 individu dan 21 kumpulan dengan lima ahli setiap satu. Statistik pemeriksaan kesihatan kakitangan BSP dari 2009 sehingga 2013 telah menunjukkan bahawa 65% daripada kakitangan Syarikat mempunyai gaya hidup kurang aktif. Dr Pervesh Kaur, Ketua Bahagian Klinikal HML, yang telah melancarkan program tersebut berkata, “Kami berharap cabaran ini akan menggalakkan lebih ramai kakitangan untuk menjadi lebih aktif secara fisikal, supaya kes-kes obesiti dapat dikurangkan serta penyakit-penyakit yang berpunca daripadanya boleh dihindari.” Gaya hidup yang kurang aktif dapat meningkatkan risiko berlakunya diabetes, obesiti, kenaikan tekanan darah dan juga penyakit-penyakit jantung. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 60% sehingga 85% daripada penduduk dunia – daripada negaranegara maju dan juga yang sedang membangun – mempunyai gaya hidup kurang aktif, yang merupakan salah satu punca masalah kesihatan serius yang tidak diberikan perhatian sewajarnya pada masa kini. Sebuah laporan lain daripada Harvard Health Letter pada 2009 menyatakan bahawa aktiviti berjalan adalah salah satu kegiatan senaman yang paling mudah dilakukan. Bagi mendapatkan manfaatnya, seseorang
10
harus berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah setiap hari. Impak kepada perniagaan yang diinginkan dapat dicapai apabila para kakitangan yang lebih sihat tidak perlu bercuti sakit dengan terlalu kerap dan ini sekaligus mampu meningkatkan produktiviti. Alat-alat pengira langkah berjalan atau pedometer telah dipinjamkan kepada kakitangan yang mengambil bahagian bagi mengira langkah mereka setiap hari sepanjang cabaran diadakan. Alat ini bukan sahaja murah tetapi mampu menjadi motivasi kepada sesiapa yang ingin meningkatkan lagi aktiviti berjalan. Pihak HML dijangka akan meminjamkan alat-alat pedometer sepanjang 2015 bagi cabaran peringkat jabatan yang akan diadakan. Kakitangan yang berminat juga boleh menghubungi Bahagian Kesihatan dan Kesejahteraan HML. Sebagai salah satu agenda cabaran, BSP telah membuat komitmen untuk menyumbang 10 sen kepada setiap 10,000 langkah yang dicatitkan oleh para peserta. Program tersebut telah berjaya menyampaikan $900 dalam bentuk barang-barang kepada Perpustakaan Kebangsaan (Dewan Bahasa dan Pustaka) melalui CEA. Sumbangan juga disertakan dengan penyampaian $1,000 hasil Program Health for Life pada 2013 anjuran Bahagian Kesihatan dan Kesejahteraan HML. Jumlah ini dikumpulkan daripada sumbangan $20 bagi setiap kilogram berat badan yang berjaya dikurangkan melalui program tersebut. Pada 23 Disember satu majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Elizabeth 11. Barang-barang sumbangan Pusat Kesihatan Panaga telah disampaikan oleh Dr Ahmad Fakhri Dato Paduka Hj Junaidi, Ketua Pegawai Perubatan kepada Dyg Hjh Aminah Hj Momin, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr Pervesh Kaur memberi keterangan mengenai Cabaran “Count Your Steps” semasa pelancaran program tersebut
Md Qayyum (kiri), kakitangan dari HML, memberi demonstrasi mengenai pengunaan pedometer 11
MASYARAKAT
LATIHAN BANTUAN CPR UNTUK KOMUNITI
U
nit Tindak Balas Kecemasan Perubatan (MER) di Pusat Kesihatan Panaga (PHC) telah melancarkan sesi latihan Bantuan Penafasan Mulut ke Mulut (CPR) Untuk Komuniti pada 11 September, 2014 bersempena dengan Hari Terbuka PHC. Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk menyumbang kepada matlamat menjadikan komuniti Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) sebagai satu ruang yang lebih selamat bagi mangsa serangan sakit jantung. Sesi pertama telah disertai oleh Hj Azhar Yahya, Pengarah Komersil BSP (CD), sebagai tetamu kehormat Hari Terbuka bersama-sama dengan Hj Amit Abd Razak, Ketua Pembruneian Sumber Tenaga Manusia BSP, HRB. Kebanyakan orang yang mengalami serangan sakit jantung mengejut di rumah, di tempat kerja mahu pun di mana-mana lokasi awam, berkemungkinan besar akan mati sekiranya tidak diberikan rawatan CPR dengan serta-merta. Menurut Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association - AHA), hanya 41% daripada orang
12
yang mengalami serangan sakit jantung di luar hospital menerima sebarang rawatan kecemasan sebelum bantuan rawatan professional tiba. Menurut Normah Jamudin, HML/17, “Kaedah CPR Hands-only didapati sama berkesannya dengan kaedah CPR yang biasa diamalkan bagi merawat serangan sakit jantung mengejut dan mampu meningkatkan peluang mangsa untuk pulih sehingga tiga kali ganda. Inilah sebab utama kami memperkenalkan latihan CPR besar-besaran di peringkat komuniti.” Latihan diadakan setiap Isnin dari pukul 2 sehingga 4 petang di Unit MER Pusat Kesihatan Panaga dan menawarkan sesi-sesi latihan bagi mempelajari serta mengamalkan CPR, khas untuk kakitangan BSP serta ahli-ahli keluarga masing-masing. Beberapa sesi telah dimulakan bagi kumpulan pelatih-pelatih perintis daripada PHC dan kakitangan Jabatan Bomba BSP, HSE/11 serta keluarga mereka. Unit MER mempunyai sasaran untuk membuka sesi-sesi latihan kepada seluruh komuniti BSP.
PENGHARGAAN
KAKITANGAN BERKHIDMAT LAMA DIHARGAI
S
embilan daripada kakitangan paling berpengalaman yang bertugas dengan Kejuruteraan Aset dan Projek (AEP) di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah menerima sijil perkhidmatan lama di atas sumbangan perkhidmatan mereka selama bertahun-tahun kepada masa hadapan BSP dan Brunei. Gerry Campbell, Pengurus AEP BSP, MPM serta ahliahli Kumpulan Kepimpinan AEP telah hadir bagi menyampaikan sijil-sijil kepada para kakitangan veteran tersebut. Kesemua sembilan kakitangan yang menerima sijil ini mempunyai pengalaman terkumpul yang hampir mencecah 300 tahun, dengan setiap seorang daripada mereka mencatat pengalaman perkhidmatan 30 atau 35 tahun! Keluruhanan warga kerja AEP telah menyampaikan ucapan tahniah kepada para penerima sijil di atas sumbangan mereka yang tidak ternilai semenjak mula berkhidmat.
Dari kiri: Leong Voon Choon ACE, Pg Behrin Pg Mohamed 30 Tahun, Chabu Malang 30 Tahun, Gerry Campbell AEP, Hj Matasim Hj Bolhassan 35 Tahun, Hj Hamzah Mohamad 35 Tahun, Hjh Rosminah Hj Sablee AES, Othman Kamaluddin 30 Tahun, Nordin Saban 35 Tahun, Hj Jaini Hj Ibrahim AEN, Hj Mohd Asmadi Hj Mohd Yussof 35 Tahun, Manggau Galawing 30 Tahun, Sulaiman Hj Madon 35 Tahun and Pg Shamsulhadi Pg Hj Ismail AEC.
13
WARGA KERJA
MEMPERTINGKATKAN PERHUBUNGAN MELALUI VIDEO Oleh Mark van de Velden Ketua Koordinasi Telaga dan Keupayaan HSE
S
ebagai salah satu tindakan susulan berdasarkan hasil keputusan Kaji Selidik Warga Kerja Shell 2013, Jabatan Telaga Teknikal di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah memulakan penggambaran video, yang serupa dengan Video Mingguan Pengarah Urusan BSP, bagi mempertingkatkan komunikasi di kalangan kakitangannya. Usaha ini telah bermula pada lewat 2013 dengan rakaman video Mesej Penghujung Tahun oleh Michael Collins, Pengurus Besar Telaga, TW, yang telah merumuskan beberapa perkara berkaitan prestasi dan penghasilan telaga, selain memberi peringatan tentang persediaan menghadapi musim monsun dan cuti hujung tahun. Ini diikuti oleh satu ‘Perutusan Tahun Baru’ yang membentangkan asasasas utama Pelan Kesihatan, Keselamatan, Kesejahteraan dan Alam Sekitar (HSSE) bidang Telaga, serta Pelan Peningkatan Perniagaan (BIP) untuk 2014. Setakat ini Telaga telah menghasilkan sembilan video seperti arahan ‘Kerja Bebas Tangan’, sejumlah mesej-mesej daripada Pengurus Besar Telaga, ‘Kehidupan di Rig’, siri video komunikasi ‘Away Day’ dan sebuah video yang memperkenalkan proses-proses penilaian Pengurusan Benteng Barisan Hadapan (FLBM). Video menjadi sebahagian daripada usaha Telaga untuk mempertingkatkan komunikasi dengan kakitangannya, yang turut diperkukuhkan lagi melalui penyiaran risalah berita jabatan satu mukasurat, berita-berita terkini mingguan dan perjumpaan beramai-ramai. Telaga telah meningkatkan lagi pengeluaran video dengan menugaskan individu-individu dengan kamera video untuk merakamkan persepsi mereka terhadap HSSE di rig serta tempat kerja mereka. Video suntingan terbaru mereka adalah berkenaan Keselamatan Proses dan Keselamatan Peribadi serta Pengurusan Perubahan (MOC). Penghasilan video ini menunjukkan komitmen Telaga dan BSP bagi mempertingkatkan komunikasi dalaman serta perhubungan di kalangan kakitangan, demi meningkatkan semangat kerja dan produktiviti serta prestasi perniagaan. 14
Satu gabungan tajuk-tajuk video Telaga Teknikal menjadi latarbelakang kepada Michael Collins (atas, kiri menggerakkan kempen mempertingkatkan komunikasi serta perhubungan di dalam Jabatan Telaga
15
PEMBELAJARAN
SESI ‘LUNCH AND LEARN’ BERSAMA GRADUAN ASIA PASIFIK
Program ‘lunch and learn’ diadakan dua kali setiap bulan bagi menyediakan peluang para graduan mendalami pengetahuan serta meningkatkan kesedaran mereka tentang pelbagai perniagaan dan projek Shell Asia Pasifik
Haji Azhar (paling kiri) memberikan penerangan tentang sejarah BSP sepanjang 85 tahun di sesi ‘lunch and learn’
16
S
ebagai usaha menjalin perhubungan lebih erat di kalangan pemimpin-pemimpin kanan dengan para graduan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), baru-baru ini GENERATE telah menganjurkan satu sesi ‘lunch and learn’ di Bilik Konferens Merpati pada 28 Oktober 2014. Sesi ini adalah hasil program kolaborasi yang dianjurkan oleh graduan-graduan Shell Asia Pasifik dari Brunei, Malaysia, Singapura, Filipina, Cina dan Thailand. Sesi ‘lunch and learn’ yang diadakan dua kali setiap bulan ini, adalah peluang untuk graduan-graduan mendalamkan pengetahuan serta meningkatkan kesedaran mereka tentang pelbagai perniagaan dan projek Shell Asia Pasifik. China telah menjadi tuan rumah sesi pertama yang diadakan pada 11 Ogos 2014 di mana Martin Stauble, Naib Presiden (Industri Huluan) Shell China, telah memperkenalkan ciri-ciri perniagaan pengeluaran Unconventional atau penghasilan petroleum melalui teknikselaindaripadakaedahkonvensional(menggunakan telaga minyak). Giliran Brunei sebagai tuan rumah kedua telah membuka peluang bagi Hj Azhar Hj Yahya, Pengarah Komersil BSP untuk membentangkan konsep `explore more’ atau ‘pertingkatkan eksplorasi’ yang dibangunkan oleh BSP, di hadapan lebih 30 graduan BSP dan 20 graduan dari negara-negara rantau Asia Pasifik yang bersama-sama menyaksikan pembentangan itu melalui konferens web dalam talian. Di dalam satu temubual, Hj Azhar Hj Yahya telah menyatakan komen positifnya bagi sesi yang diadakan dengan berkata, ``Program ini adalah satu cara yang baik bagi kumpulan kepimpinan BSP untuk berkenalan dengan graduan-graduan kerana kami dapat berkongsi pembelajaran, misalnya seperti pembentangan pada hari ini berkenaan komitmen BSP untuk ‘pertingkatkan eksplorasi’, yang mempamerkan komitmen Syarikat serta penumpuan kepada aktiviti-aktiviti eksplorasi.’’ Beberapa wakil kumpulan kepimpinan kanan BSP seperti Hj Kamaluddin Hj Bungsu, Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Sumber Tenaga Manusia, dan Yap Kong Fah, Pengarah Teknikal BSP, telah menghadiri sesi ‘lunch and learn’ bagi berkomunikasi dan berinteraksi dengan graduan-graduan yang hadir. Salah seorang graduan ini, Waznah, mengakui memang banyak perkara yang telah dia telah pelajari tentang topik ‘pertingkatkan eksplorasi’ di Brunei, dan telah membuka matanya tentang kepentingan aktiviti eksplorasi bagi BSP. Sesi ‘lunch and learn’ berikutnya akan dianjurkan oleh Shell Singapura, di mana Tracy Alford akan menyampaikan pembentangan berkenaan Strategi dan Penjenamaan Bahan-bahan Minyak Penjual Global. Orang tumpu sesi ‘lunch and learn’ di Brunei adalah Abu Zahrin Damit CRE/11 dan Azim Salleh TSG/31.
``Program ini adalah satu cara yang baik bagi kumpulan kepimpinan BSP untuk berkenalan dengan graduan-graduan kerana kami dapat berkongsi pembelajaran, misalnya seperti pembentangan pada hari ini berkenaan komitmen BSP untuk ‘pertingkatkan eksplorasi’, yang mempamerkan komitmen Syarikat serta penumpuan kepada aktivitiaktiviti eksplorasi.’’
17
INOVASI
PENCAPAIAN BARU BAGI PENYELENGGARAN LAPISAN PERLINDUNGAN LUAR PANTAI
Beberapa pekerja menggunakan peralatan VAB yang berisiko rendah di atas sebuah pelantar luar pantai
P
ada suku tahun pertama 2014, kumpulan Pengecatan Luar Pantai (OTE/4) telah memulakan usaha mencari penyelesaian untuk mengurangkan risiko aktiviti blasting atau pembagasan, serta mengecat daripada kerja yang bertahap Berisiko Tinggi kepada sekurang-kurangnya Berisiko Sederhana dan lebih bagus lagi sebagai Berisiko Rendah. Penyelesaian yang dicari mestilah mesra alam sekitar supaya tidak menyebabkan penutupan operasi pelantar, membolehkan pertukaran daripada pengklasifikasian permit sebagai kerja Hot Work kepada kerja Cold Work, menjamin Perlindungan peralatan sensitif, membolehkan beberapa aktiviti berbeza dijalankan serentak, mengurangkan pencemaran habuk daripada bahan yang digunakan dan yang paling utama, harus efektif kos secara keseluruhannya. Sebagai penyelesaian, pilihan dibuat untuk menggunakan peralatan keluaran ECOQUIP® yang dinamakan Vapour Abrasive Blasting (VAB)yang tercanggih di dalam kelasnya sebagai peralatan bagi menanggalkan lapisan perlindungan dan menyediakan permukaan bagi kerja mengecat.
18
Peralatan ini adalah jenis mesra alam sekitar, selaras dengan aspek Teknologi Hijau sebagai faktor utama di dalam industri minyak dan gas. ECOQUIP® telah dikenalpasti serta diakui kebolehannya setelah menjalani proses kajian dan ujian peralatannya yang meluas di daratan dengan disertai oleh beberapa kumpulan dari BSP yang terdiri daripada EOP/1, EOP/2, WOP, AES/4, AED/14 dan HSE, yang juga turut sama-sama menyaksikan semua demonstrasi yang diadakan. Kerana keupayaan peralatan ini yang meyakinkan, Operasi Aset Timur (EOP) telah bersetuju melepaskan CPDP7, pelantar Champion bagi kerja-kerja menggerudi, daripada tugasan biasanya untuk dijadikan pelantar percubaan bagi memahami kelebihan-kelebihan peralatan VAB tersebut. Kedua-dua Pengurus Kemudahan Luar Pantai Champion telah menyaksikan proses pembagasan ke atas kepala-kepala telaga di CPDP7. Ujian tersebut dikaji semula serta diluluskan oleh Penasihat Teknikal 1 Bahan & Kakisan (AED/14) dan Penasihat Teknikal Telaga. Peralatan ini juga mematuhi sepenuhnya Arahan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009.
Seorang pekerja yang memakai PPE ringkas sedang membagas sebuah kepala telaga di pelantar penggerudian Champion
Seperti yang dijangkakan ujian tersebut telah berjaya mencapai matlamat bagi diklasifikasikan sebagai Cold Work (yang bermakna kerja ke atas 17 kepala telaga tidak perlu ditangguhkan), proses kerja yang 97% bebas habuk, tidak perlu dihentikan semasa helikopter membuat pendaratan, selain daripada tidak memerlukan pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang terlalu rumit bagi operatornya. Hasil kerja pembagasan peralatan ini juga menunjukkan kesan pengkakisan yang lebih bagus bagi mengikis lapisan perlindungan yang telah rosak, menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Turut dicatatkan adalah pengurangan sebanyak 50% penggunaan bahan pembagas yang divakum setelah kerja selesai dijalankan bagi pelupusan di daratan. Proses ini telah diluluskan bagi digunakan ke atas kepala telaga yang sedang beroperasi dan juga peralatan yang kritikal. Pembagasan VAB ke atas kepalakepala telaga di CPDP7 telah disaksikan oleh OIM tanpa sebarang keperluan untuk menutup atau memberhentikan aliran telaga yang telah terus mengeluarkan hasil bersamaan dengan 28,000 tong minyak.
Seorang kakitangan BSP memeriksa peralatan VAB di pelantar CPDP7
19
WARGA KERJA
PEMIMPIN MASA HADAPAN
20
MENJANA INSPIRASI GRADUAN BSP
21
WARGA KERJA
“Saya yakin projek Pemimpin Masa Hadapan ini adalah satu pemangkin besar bagi melonjakkan pembangunan peribadi di kalangan para pemegang biasiswa dan juga semua yang terlibat menjayakannya”
A
cara Leaders of Tomorrow (LOT) atau Pemimpin Masa Hadapan 2014 telah dianjurkan oleh GENERATE, rangkaian golongan profesional muda Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) sebagai usaha menjana inspirasi di kalangan para belia pemegang biasiswa BSP. Semasa majlis perasmian LOT, Hj Jaafar Bakar, pengasas dan penasihat LOT telah menyampaikan pesanannya kepada para pemegang biasiswa yang baru dengan berkata, “Saya pasti bahawa di penghujung program ini, awda semua akan berubah kepada sifat keperibadian yang baru… ingatlah, perjalanan menjadi Pemimpin Masa Hadapan bermula pada hari ini.’ Di dalam satu temu bual dengan Salam, Darryl Tieng, salah seorang pemimpin LOT, telah berkongsi pengalaman menganjurkan LOT untuk para belia pemegang biasiswa BSP. Katanya, ``Saya yakin projek Pemimpin Masa Hadapan ini adalah satu pemangkin besar bagi 22
melonjakkan pembangunan peribadi di kalangan para pemegang biasiswa dan juga semua yang terlibat menjayakannya. Saya telah melihat transformasi ini berlaku. Sepanjang tempoh satu bulan saya menyaksikan sendiri bagaimana perubahan yang amat besar telah berlaku di dalam diri peserta-peserta. Kekeliruan dan kebuntuan fikiran yang mereka alami pada peringkat awal telah berubah kepada rasa keyakinan terhadap pengetahuan yang ada di dalam diri masing-masing.‘’ Tambah Darryl lagi, ``Saya percaya usaha untuk menerapkan keyakinan bahawa semua orang mampu melakukan perubahan, adalah menjadi tunjang kepada usaha untuk meluaskan pengetahuan mengenai perniagaan BSP secara umum. Apabila seseorang pemegang biasiswa mengucapkan terima kasih kerana saya telah menolong mereka, saya dapat merasakan satu kepuasan peribadi kerana telah berjaya menimbulkan keyakinan diri dan memberi motivasi untuk mereka membawa perubahan. ‘’
Semasa majlis penutupan acara, semua pemegang biasiswa telah membentangkan hasil kerja mereka kepada kakitangan BSP dan panel hakim penilaian di Atrium ibu pejabat BSP
“Pada mulanya saya merasa teragak-agak untuk bekerja dengan BSP. Saya mempunyai tanggapan yang persekitaran BSP dingin dan semua orang hanya tahu menjalankan tugas masing-masing. Program ini telah membuka minda saya. Saya kagum dengan semua orang yang bersungguh-sungguh memberi tunjuk ajar kepada saya dan menunjukkan mereka menghargai seseorang yang tidak berpengalaman seperti saya. Saya ingin terus menyertai program ini bila saya tamat pengajian di universiti nanti,” kata Lim Ming Lu, yang akan melanjutkan pelajaran di dalam bidang Geologi dan Geofisik dengan Imperial College, London. Romulus Roland, yang akan melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di universiti, berkata ``Saya memang menjangka LOT akan membantu semua pemegang biasiswa Shell untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang BSP dan etika kerjanya, sebagai bekalan pengetahuan ke alam pengajian di universiti. Kami telah belajar tentang semangat bekerja
berkumpulan dan berjaya menyudahkan tugasan kami dengan berkesan.’’ Azimah Natasha, yang akan melanjutkan pelajaran di dalam bidang Kejuruteraan Kawalan Sistem di University of Sheffield berkata LOT membuka peluang untuk mereka dikenali oleh semua orang di BSP, `` LOT telah membantu kami membina keyakinan dan bersiap sedia menghadapi alam pekerjaan di BSP. Topik-topik tugasan kami amat mencabar tetapi telah membolehkan kami kenal mengenali antara satu sama lain melalui latihan kerja berkumpulan.’’ Semua pemegang biasiswa telah membentangkan hasil kerja mereka kepada kakitangan BSP dan panel hakim penilaian di Atrium ibu pejabat BSP semasa majlis penutupan acara. Semua orang telah melalui masa yang menyeronokkan semasa menjalani program tersebut yang telah menambahkan keyakinan serta meningkatkan kesedaran mereka tentang perniagaan BSP. 23
ALAM SEKITAR
PEMELIHARAAN AND PEMULIHAN KAWASAN TANAH GAMBUT BRUNEI BAHAGIAN 1
Oleh Zuraidah Kamis (HSE/54)
S
yarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah memulakan projek kolaborasi 18 bulan dengan Wetlands International (WI) di bawah satu perjanjian antara Kumpulan Shell dan WI, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memulihara kepelbagaian biologi dan menyumbang kepada negara melalui strategi Pelaburan Sosial dan juga bagi mengimbangi sebarang impak daripada aktiviti Syarikat. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bukan bermotifkan keuntungan WI mensasarkan pemuliharaan dan restorasi ke atas kawasan-kawasan tanah bencah di seluruh dunia, selain daripada melindungi spesis-spesis yang ada di dalamnya. Tanah bencah merangkumi kawasan-kawasan seperti paya bakau, sungai dan tanah gambut yang merupakan ekosistem-ekosistem yang kaya dengan sumber-sumber yang bukan sahaja bermanfaat bagi hidupan liar tetapi juga manusia. BSP pernah bekerjasama dengan WI sebelum ini iaitu pada 2008, di mana WI Malaysia telah menjalankan kajian ke atas Sungai Seria dan tanah-tanah bencah berkaitan yang menunjukkan bahawa lokasi-lokasi tersebut adalah kawasan alam semulajadi yang berkualiti serta mempunyai nilai kepelbagaian biologi yang tinggi. Pada 2010 pula, WI telah membantu menganjurkan satu latihan kelolaan badan Asian Waterbird Census (AWC) dan bengkel pengenalpastian unggas air yang bukan sahaja dihadiri oleh kakitangan BSP tetapi juga pesertapeserta dari beberapa agensi kerajaan. Berikutan dua kolabroasi tersebut Shell, BSP dan pengurusan WI telah bertemu bagi membincangkan tentang kemungkinan menjalankan projek-projek kolaborasi yang lain di masa hadapan. Satu kertas cadangan telah diterima pada 2011 bagi menjalankan projek bertajuk Biodiversity Action Plan (BAP) atau Pelan Tindakan Kepelbagaian Biologi yang telah diluluskan bagi pengungkayahan pada 2012. Projek BAP mensasarkan pencapaian tiga objektif iaitu: 24
Pembangunan BAP bagi Kawasan Dengan Nilai Kepelbagaian Biologi Tinggi di dalam sempadan konsesi pinggiran pantai dari Rasau sehingga Lumut dan juga kawasan tanah gambut Badas. BAP adalah satu pelan pengurusan risiko-risiko perubahan ke atas kepelbagaian biologi atau ekosistemekosistem yang berpotensi berlaku berpunca daripada aspek-aspek operasi Aset-aset dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelan ini menyenaraikan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi memulihara atau mempertingkatkan lagi kepelbagaian biologi. Kawasan projek yang dipilih meliputi kawasan konsesi pinggiran pantai BSP dan BLNG, selain daripada kawasan tanah gambut Badas. Kebanyakan tanah di kawasan-kawasan terlibat adalah terdiri daripada Hutan Paya Gambut yang mengandungi ekologi serta komposisi unik, dengan spesis-spesis pokok yang hanya tumbuh di Borneo seperti Dryobalanops rappa (Kapur Paya) dan Shorea albida (Meranti Merah Muda). Kawasan tanah gambut Badas masih ditumbuhi pokok-pokok ini dengan banyak, berbanding dengan tempat-tempat lain di Borneo. Kawasan ini juga meliputi Important Bird Areas (IBA) atau Kawasan Unggas Penting yang diiktiraf oleh Birdlife International di Sungai Seria dan kawasan padang rumput Panaga. Kedua-dua lokasi ini menjadi habitat kepada unggas yang berhijrah seperti Bangau Cina (yang dikategorikan sebagai spesis terancam di bawah Senarai Merah IUCN. Projek BAP memenuhi keperluan HSSE dan dokumen SP Control Framework (manual kepelbagaian biologi) yang mensyaratkan supaya pendekatan BAP dibangunkan bagi operasi Aset-aset dan aktiviti-aktiviti di dalam kawasan yang mempunyai nilai kepelbagaian biologi yang tinggi. Ini termasuklah peringkat-peringkat tindakan yang perlu diambil untuk melindungi Habitat Kritikal, termasuklah satu pelan sandaran. Oleh kerana itu, adalah amat penting untuk BSP mengenalpasti kawasan-kawasan di dalam lingkungan operasinya yang dikategorikan sebagai Habitat Kritikal.
Projek BAP meliputi kawasan tanah gambut Badas (sempadan biru) dan sebahagian daripada kawasan Rasau di sebelah barat Sungai Belait
25
ALAM SEKITAR
Pelaksanaan kawalan dan pencegahan kebakaran di kawasan tanah gambut, terutamanya di Badas. Hutan paya bakau yang dikeringkan adalah terdedah kepada satu bentuk ancaman kebakaran bawah tanah yang boleh merebak sehingga jarak yang jauh selama bertahun-tahun tanpa dapat dikesan (di mana puncanya). Kebakaran ini boleh menghasilkan jerebu berbahaya dengan debu tebal yang menyebabkan kanser. Ini adalah satu ancaman kesihatan di tempat kerja dan juga kepada orang ramai, yang turut menyumbang kepada pemanasan global melalui pelepasan karbon yang dihasilkannya. Selain daripada menyebabkan kerosakan kepada infrastruktur, kebakaran hutan paya gambut mampu menyebabkan kepupusan spesis-spesis (flora dan fauna) yang mungkin sehingga kini masih belum direkodkan dan tidak diketahui khasiatnya. Hutan paya gambut Belait akan mengalami kebakaran ini setiap tahun yang kebanyakannya berpunca daripada api yang sengaja dinyalakan tetapi tidak dikawal. Disebabkan oleh kesukaran untuk memasuki kawasan-kawasan pendalaman hutan ini, kebakaran yang berlaku merebak ke kawasan yang luas dan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dipadamkan. Oleh itu adalah penting supaya kesedaran dapat diwujudkan, terutamanya di kalangan pengguna hasil hutan, tentang impak kebakaran hutan paya gambut dan pencegahannya. Pelan pelaksanaan restorasi kawasan tanah gambut yang rosak. Kawasan tanah gambut yang masih elok keadaannya, adalah seperti satu takungan simpanan air yang juga berperanan sebagai kawalan banjir semulajadi, pengawal aliran air, sumber bekalan air bersih dan juga bertindak seperti satu benteng yang menghalang air masin daripada meresap ke dalam tanah di kawasan pinggiran pantai. BSP dan BLNG amat bergantung kepada air yang dipam dari Sungai Belait, sebatang sungai yang lahir daripada tanah-tanah gambut di Belait yang terus kekal dalam keadaan asalnya. Sekiranya tanah-tanah ini dikeringkan, air Sungai Belait akan turun kepada paras yang amat rendah sehinggakan pengepaman air tidak mungkin dapat dilakukan lagi.
26
Keadaan ini juga mungkin akan memburukkan lagi kebakaran hutan. Projek BAP ini telah mengkaji satu usaha untuk memulakan kerja-kerja memulihara tanahtanah gambut serta benteng-benteng pasir di kawasan tanah gambut Badas. Usaha ini melibatkan satu kajian ke atas sistem hidrologi dan juga pengenalpastian spesisspesis yang sesuai bagi proses menanam semula. Untuk penilaian Objektif 1, beberapa kajian spesis telah dijalankan ke atas tumbuhan, pepatung, ikan, reptilia, mamalia, unggas dan kelawar. Sebahagian besar daripada kajian kepelbagaian biologi tersebut telah dijalankan bersama-sama dengan seorang pakar runding ERM yang telah melakukan Penilaian Impak bagi projek Kajian Seismik 3D Rasau yang kawasannya bertindih dengan kawasan projek BAP. Beberapa kaedah pengumpulan data telah digunakan termasuk pengumpulan data di pejabat, pemeriksaan di lapangan serta pengenalpastian visual, penggunaan jaring untuk menjerat spesis yang dikaji dan juga menggunakan kamera (dipasang di lokasi-lokasi pilihan selama beberapa bulan sebelum dikumpulkan). Penilaian habitat juga turut dijalankan bagi membolehkan proses klasifikasi dan pemetaan. Satu peta habitat telah dihasilkan bagi menunjukkan jenis-jenis habitat yang berbeza dan taburannya. Beberapa penemuan menarik telah dibuat sepanjang kajian ke atas fauna. Spesis-spesis yang hanya ditemui di Borneo telah dikenalpasti bagi semua jenis fauna yang dikaji, kecuali ikan. Melalui kajian odonatan satu spesis baru telah ditemui iaitu sejenis belalang jarum di kawasan projek Kajian Seismik 3D Rasau. Kamera-kamera yang terpasang telah membolehkan kumpulan projek menemui spesis-spesis yang biasanya hampir mustahil sukar untuk dilihat sendiri. Berbagaibagai spesis yang terancam telah berjaya direkodkan melalui kamera-kamera tersebut, termasuklah kucing hutan (terancam), Bornean Clouded Leopard atau kucing hutan besar yang juga dikenali sebagai Entulu oleh masyarakat tempatan (terancam), Marbled cat yang juga satu lagi spesis kucing hutan (terdedah kepada ancaman), Rusa Sambar (terdedah kepada ancaman), Beruang Madu Borneo (terdedah kepada ancaman), Bangau Storm (terancam) dan Bornean Crestless Fireback atau dikenali sebagai Ayam Pegar (terancam).
Sementara itu, kajian ke atas spesis kelawar, mendapati hutan paya gambut Badas berfungsi sebagai kawasan pemakanan bermusim yang penting untuk Keluang yang terbang ke sini daripada lokasi luar untuk memakan bunga dan buah pokok Nyatoh. Spesis-spesis flora dikenalpasti termasuklah Shorea pachyphylla (Meranti Kerukup) yang merupakan pokok yang hanya boleh didapati di Borneo dan juga pokok Dungun (terancam) yang habitatnya hanya terbatas di kawasan sungai yang dipengaruhi oleh air masin seperti di kuala sungai. Selain daripada kajian ke atas spesis, satu kajian ke atas ekosistem turut dijalankan bagi memahami bagaimana sumber-sumber ini dimanfaatkan. Kawasan sasaran projek BAP ini terbukti bermanfaat kepada komuniti dan kerajaan dari segi ekonomi serta aktiviti industri BSP. Antara lain sumber ekosistem ini menyediakan makanan, hasil kayu-kayan dan ubat-ubatan semulajadi, selain daripada berfungsi sebagai pengawal kualiti udara, pelindung daripada hakisan pantai, menyokong kitaran air serta nutrien, dan mempunyai kepentingan rohaniah atau keugamaan bagi sesetengah penghuninya. Pengenalpastian habitat atau kawasan yang mempunyai nilai kepelbagaian biologi tinggi telah dijalankan mengikut rangka kerja Habitat Kritikal di bawah Standard Prestasi 6 International Finance Corporation (IFC) berkaitan Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi dan Pengurusan Berdaya Tahan Sumber-sumber Semulajadi Yang Hidup. Berdasarkan rangka kerja tersebut terdapat lima kriteria pengenalpastian Habitat Kritikal: (1) spesis Terancam Kritikal dan/atau Terancam, (2) Endemik atau hanya boleh ditemui di kawasan yang khusus dan/atau spesis kawasan terbatas, (3) spesis Berhijrah dan/atau yang berkumpulan, (4) ekosistem Amat Terancam dan/atau ekosistem unik dan (5) prosesproses evolusi penting. Berdasarkan hasil keputusan kajian, semua hutan paya gambut, hutan Kerangas dan Kerapah telah dikelaskan sebagai Habitat Kritikal di bawah Kriteria 4 dan juga memenuhi Kriteria 1 daripada segi jenis-jenis pokok yang tumbuh. Penting juga diingatkan bahawa Brunei mempunyai hutan Shorea albida (Meranti Merah Muda) terakhir di dunia yang Terancam Kritikal.
Sebahagian daripada hidupan liar yang dirakam melalui kamera tersembunyi dengan alat pengesan pergerakan di Badas dan Rasau
- Bersambung di keluaran Salam akan datang 27
WARGA KERJA
WANITA BERSEMANGAT WAJA DI LAUTAN LUAS Menghasilkan kerja selamat dan profesional
Oleh Chris Lorenz , TWC/11
K
apal berteknologi tinggi dan serba kegunaan Jaya Pride yang baru dibina dan menjadi sebahagian daripada sumber kerja-kerja Pelengkapan dan Intervensi Telaga (C&WI), kini digunakan sebagai kapal kerja pemasangan Coiled Tubing Unit (CTU) atau unit tiub bergelung di kawasan Aset Timur dan Aset Barat. Disebabkan potfolio kerja Pengurusan Takungan dan Kemudahan Telaga (WRFM) yang amat meluas di BSP, kerja-kerja pemasangan CTU yang dijalankan oleh Jaya Pride melibatkan kerja pembersihan pasir, stimulasi asid, pengalihan Injap Kawalan Dalaman secara mekanikal, pemasangan penapis pasir, penutupan telaga dan banyak lagi. Oleh itu sebarang langkah untuk menyumbang kepada penyelesaian bebanan kerja ini akan memberi manfaat kepada pengeluaran BSP. Skop-skop kerja WRFM yang mencabar daripada segi operasi dan teknikal ini dikendalikan oleh tiga wanita Brunei bersemangat waja. Mereka terdiri daripada Nurul Ain Gapar sebagai Pembantu Jurutera Operasi Kanan Tapak Telaga (WSSOE) yang bertanggungjawab bagi operasi keseluruhannya; Shekeen Othman sebagai Pembantu Wakil Tapak Kerja Syarikat dan Maisarah Md.Salleh yang sedang menjalani latihan. Apakah yang telah mendorong mereka ini untuk menyertai TWC, jabatan intervensi telaga, bagi mengendalikan operasi CTU yang amat kompleks ini? Menurut Ain, “Tugasan di Jaya Pride ini adalah peluang besar untuk saya meningkatkan kemahiran di dalam kerja Intervensi Telaga. Saya juga amat bertuah kerana dapat bekerja dengan kakitangan yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang disiplin intervensi telaga dan rela berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan saya. Untuk terus maju di dalam
28
bidang ini saya harus terus rajin bertanya, memberitahu orang lain tentang sebarang kebimbangan yang saya ada dan tidak ragu-ragu untuk mencuba benda baru. Shekeen pula berkata,“Sebagai Penolong WSSOE di Jaya Pride, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari. Bukan sahaja aspek operasi memberikan cabaran besar tetapi usaha saya untuk belajar berkomunikasi dengan orang lain juga merupakan pengalaman yang amat menguji. Penugasan kerja yang menemukan saya dengan individu-individu yang berbeza-beza tahap pengalaman mereka, adalah satu peluang bernilai yang akan saya genggam dan manfaatkan”. Shekeen juga mengatakan bahawa sikap suka bertanya, memahami masalah yang dihadapi dan melibatkan diri dengan bersungguh-sungguh dalam mencari penyelesaiannya adalah pengalamanpengalaman yang akan membantunya membangunkan diri, selain daripada membantunya menghadapi peperiksaan pusingan kedua. Pengalaman ditugaskan sebagai pelatih di Jaya Pride adalah pengalaman pertama di luar pantai bagi Maisarah. “Sebagai pelatih saya banyak mendapat peluang meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dengan berbagai-bagai jenis kakitangan berpengalaman dan juga menambah pengetahuan di bidang ini. Ini saya lakukan dengan mengambil sikap ingin tahu serta berkongsi pengetahuan. Selain itu interaksi ini juga membantu saya menyediakan diri menghadapi peperiksaan pusingan pertama”, kata Maisarah, sambil menambah yang salah satu cabaran paling besar baginya adalah terpaksa mengalami mabuk laut terutamanya apabila keadaan laut bergelora.
Kapal berteknologi tinggi dan serba kegunaan Jaya Pride digunakan sebagai kapal kerja pemasangan Coiled Tubing Unit (CTU) atau unit tiub bergelung di kawasan Aset Timur dan Aset Barat
Nurul Ain, Shekeen dan Maisarah di atas sebuat bot pengangkut yang sedang dalam perjalanan ke Jaya Pride 29
PENCAPAIAN
KEJAYAAN BERGANDA BAGI LOJI PENAPIS
30
Pensijilan semula tahap-tahap Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001
31
PENCAPAIAN
Kejayaan 2-dalam-1 ini adalah detik penting bagi pihak Penapisan, sebagai satu tanda pengiktirafan terhadap komitmen pihak ini mengekalkan Kualiti Kerja (produk) dan menjaga alam sekitar, semenjak pensijilan pertama pada 1996
32
P
ada 13 November 2014, Penapisan Brunei Shell telah berjaya mencapai pensijilan semula standard-standard Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001 dan Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO14001, yang telah menjadi bukti komitmennya kepada pengeluaran berkualiti dan penjagaan alam sekitar. Proses audit bagi pensijilan semula telah dijalankan ke atas keseluruhan aset Penapisan sepanjang empat hari dari 10 sehingga 13 November, 2014 oleh dua pihak audit luaran dari Bureau Veritas, Singapura. Pg Putra Pg Mohamed, Pengurus Pemerosesan Hidrokarbon BSP (HP) telah menyatakan pengiktirafan beliau kepada semua yang terlibat menghasilkan kejayaan berganda ini, “Tahnah kepada Kumpulan Penapisan di dalam Operasi Pengeluaran, Sokongan Operasi dan juga kepada Kumpulan Pengurusan Penapisan di atas dedikasi serta komitmen masing-masing untuk menghasilkan sasaran yang penting ini.” Him Bujang, Pengurus Penapisan dan berperanan sebagai Wakil ISO9001 Pihak Pengurusan turut berkongsi kegembiraan. “Sebagai satu-satunya kemudahan sebegini di Brunei, kejayaan cemerlang ini adalah sesuatu yang bermakna bagi negara di dalam usaha menghasilkan tenaga untuk pengguna dengan selamat.” Kejayaan 2-dalam-1 ini adalah detik penting bagi pihak Penapisan, sebagai satu tanda pengiktirafan terhadap komitmen pihak ini mengekalkan Kualiti Kerja (produk) dan menjaga alam sekitar, semenjak pensijilan pertama pada 1996.
Dua orang operator menganalisa maklumat di skrin-skrin paparan di Bilik Kawalan Penapisan
33
INOVASI
PAIP PENGGERUDIAN ALOI BUKA PELUANG BARU
“
Kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak dan merenungkan tentang kekangan-kekangan yang menghalang kita untuk bergerak ke hadapan dan memikirkan bagaimana kita dapat mengatasinya,” kata Bjoern Legarth, Jurutera Telaga Kanan selaku Ketua Kumpulan Aset Timur dan Projek (TWP/1) di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), apabila berkongsi pandangan beliau tentang kejayaan kumpulannya menghasilkan inovasi terbaru di dalam bidang penggerudian. Walaubagaimanapun, penggunaan kaedah di luar kebiasaan serta inovatif seperti Aluminium Alloy Drill Pipe (ADP) atau paip penggerudian yang dibuat daripada aloi aluminium, memang membawa bersamanya cabaran amat besar di dalam mengubah pendekatan industri penggerudian, yang berasaskan pemikiran konvensional dan hanya menggunakan teknologi yang sudah berulang kali digunakan. Usaha mengubah keadaan ini memerlukan pemikiran yang membawa ke arah pengeluaran hasil ke tahap maksima, analisa kejuruteraan yang terperinci dan pengenalpastian serta pengendalian risiko-risiko teknikal bagi mendapatkan keyakinan para pemegang hak. Setelah keyakinan ini diperolehi dan hasil keputusan analisa menyokong perubahan yang diingini, peluangpeluang baru akan terbuka dan membantu meningkatkan prestasi. 34
Pendekatan yang tidak konvensional serta inovatif ini telah meningkatkan prestasi penggerudian
Dua orang kakitangan rakan perniagaan mengendalikan peralatan menggerudi
ADP digunakan di seluruh dunia untuk beberapa bentuk kerja penggerudian dan selalunya disambungkan kepada sebahagian daripada paip penggerudi bagi mengurangkan bebanan kerja menggerudi telaga secara menegak atau mendatar. Bagi mempertingkatkan prestasi dan meluaskan keupayaan operasi Extended Reach Drilling (ERD), atau penggerudian jarak jauh, satu percubaan telah dijalankan di BSP untuk menggerudi sebuah telaga ERD cetek di luar pantai Brunei dengan menggunakan paip menggerudi yang keseluruhannya adalah paip ADP 5 7/8” TT585 dengan nisbah tinggi kekuatan berbanding berat. Hasil analisa kerja penggerudian menunjukkan pengurangan geseran sehingga ke 49% dan pengurangan tork gerudi sehingga 60% berbanding dengan kaedah-kaedah lain. Ini telah mengurangkan kesan hakisan lelasan ke atas dinding lubang telaga serta menjadikannya lebih tahan lama. Faktor ini penting bagi menjamin integriti telaga sepanjang hayatnya, terutamanya bagi telaga yang bersudut tinggi dan panjang, serta boleh mengelakkan kerja-kerja menampal dinding lubang telaga yang haus. Telaga ini juga menunjukkan kadar penembusan gerudi (ROP) daripada mula ke akhir yang meningkat
sedang
sebanyak 30% berbanding dengan telaga bersebelahannya. Telaga ini juga lebih mudah dikendalikan dan ini mempunyai impak secara langsung ke atas kos keseluruhan telaga. Faedah-faedah ini mampu mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk menggerudi telaga sebanyak 5-15%, bergantung kepada bahagian lubang yang digerudi dengan purata pengurangan masa sebanyak 10%, bagi telaga yang lebih panjang. Di dalam sebuah industri di mana penggunaan rig penggerudi memerlukan perbelanjaan tinggi, tempoh masa lebih pendek yang diambil bagi menggerudi sesebuah telaga akan dapat mengurangan kos dengan banyak. Bjoern merumuskan bahawa, “ADP terbukti dapat menjadi teknologi utama yang akan membawa penyelesaian dan kini sedang dirancang penggunaannya bagi menggerudi telaga-telaga ERD di BSP. Kami mengucapkan terima kasih kepada kumpulan rig kerana telah mengambil inisiatif menjalankan percubaan ini dan menjadikannya satu teknologi yang berjaya diamalkan serta bebas insiden, dengan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan!”
35
PENGELUARAN
SUNTIKAN KIMIA KE DALAM TAKUNGAN YANG PERTAMA Peningkatan berterusan bagi mencapai pengeluaran cemerlang
Oleh Yen Peng Lim, AEO/221 & D Pratihar (DP), AEO/22 – SWAT Team
K
umpulan SWAT telah berjaya melaksanakan Suntikan Kimia ke Dalam Takungan yang dijalankan oleh Pelantar Penggerudian Magpie (MGDP02) pada 2013 dengan menghasilkan pengeluaran minyak baru yang memuaskan sebaik sahaja telaga yang digerudi selesai disambungkan. Objektif projek tersebut adalah untuk menyuntik bahan kimia Naftenat secara berterusan ke dalam takungan Telaga Baru MGDP02 untuk mencapai tahap impak yang besar kepada pengeluaran.
36
CABARAN-CABARAN Walaubagaimanapun, kumpulan projek ini telah menempuhi pelbagai cabaran. Mereka memerlukan jaminan bahawa penyuntikan bahan kimia Naftenat ke dalam takungan membuahkan hasil sebelum pengeluaran dimulakan pada September 2013 melalui telaga-telaga baru tersebut. Ini juga merupakan kali pertama proses penyuntikan kimia ke dalam takungan dijalankan di BSP. Ini juga merupakan kali pertama di BSP falsafah “tiada suntikan, tiada pengeluaran” diperkenalkan bagi mencegah tiub pengeluaran daripada tersumbat. Falsafah “tiada pengeluaran, tiada suntikan” pula adalah pendekatan bagi mencegah takungan daripada menjadi ‘tercemar’. “Suntikan dan Pengeluaran” adalah kaedah yang disasarkan. Kumpulan projek tiada mempunyai sebarang konsep rekabentuk untuk dijadikan sandaran. Pendek kata, mereka telah memulakan kerja dengan tiada apa-apa kelebihan dan terpaksa menghasilkan sistem yang diingini mengikut masa tanpa sebarang kelewatan selepas selesai kerja penggerudian dan penyambungan telaga. Projek ini harus mematuhi keperluan pematuhan kepada standard Design Engineering Practise (DEP) yang terkini. Selain daripada itu, projek ini juga haruslah boleh diterima oleh Technical Authority (TA) atau Penguasa Teknikal, di samping mempastikan bahawa lokasi Skid Suntikan Kimia (CI) dan tangki simpanan utama mematuhi syarat-syarat Klasifikasi Kawasan Berbahaya (HAC) yang terkini. Kumpulan projek itu turut memperkenalkan satu fungsi penutupan operasi yang boleh memberhentikan pam dan juga pengeluaran, penggunaan kuasa vakum yang kuat dihasilkan oleh pergerakan cecair di dalam tiub CI dan juga satu prosedur bagi mengisi tangki-tangki simpanan dengan bahan- bahan kimia jenis Naftenat.
Kumpulan SWAT telah berjaya melaksanakan Suntikan Kimia ke Dalam Takungan yang dijalankan oleh Pelantar Penggerudian Magpie (MGDP02) pada 2013 dengan menghasilkan pengeluaran minyak baru yang memuaskan sebaik sahaja telaga yang digerudi selesai disambungkan
37
PENGELUARAN
APA YANG MEREKA LAKUKAN Kumpulan SWAT(ini adalah nama kumpulan kami yang harus bertindak balas pantas untuk apa sahaja keperluan projek) telah menjalankan kerja-kerja yang diperlukan dengan keutamaan tertinggi,bermula dengan rumusan-rumusan asas tentang keperluan projek (secara ringkasnya seperti apa yang dijelaskan di atas: “Kumpulan projek tiada mempunyai sebarang konsep rekabentuk untuk dijadikan sandaran. Pendek kata, mereka telah memulakan kerja dengan tiada apa-apa kelebihan dan terpaksa menghasilkan sistem yang
Tiga Skid Suntikan Kimia ke dalam takungan
Injap Kawalan Tekanan Balik (BPV) dapat mempastikan suntikan yang lancar ke dalam takungan 38
diingini mengikut masa tanpa sebarang kelewatan selepas selesai kerja penggerudian dan penyambungan telaga”). Kumpulan projek telah bergerak pantas di dalam tempoh masa yang diberikan dan telah melihat kepada segala kemungkinan termasuklah mencapai persetujuan tentang keperluan DEP dengan semua pihak TA yang relevan. Mereka juga telah memperkenalkan dan menggunakan injap kawalan tekanan balik(BPV)buat kali pertamanya di BSP. Fungsi BPV telah diuji di bengkel mereka sebelum pemasangan dan pentauliahan sistem Suntikan Takungan bersepadu. Satu sistem penutupan telaga dan pam juga telah dihasilkan mengikut keperluan dan telah dibangunkan secara dalaman serta diuji di bengkel elektrikal dan instrument sebelum digunakan di kawasan luar pantai MGDP02. Kumpulan projek telah mempastikan adanya perbincangan berterusan tentang perancangan teknikal dan aktiviti bagi menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi di dalam projek. Semua yang terlibat telah mempamerkan semangat kerja berkumpulan di semua peringkat dan merasai motivasi yang lahir untuk mencapai sasaran “suntikan ke dalam takungan sebelum pengeluaran dimulakan”. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap penghasilan kerja, kumpulan SWAT juga telah berjaya menghasilkan Rekabentuk Konsep dan Terperinci secara dalaman, memperolehi Skid CI serta menjalankan pemasangan dan pentauliahan dalam tempoh hanya enam bulan yang merupakan salah satu jadual paling ketat daripada permulaan projek kepada penghujungnya. Sebaik sahaja disiapkan, projek ini mencapai sasaran mengeluarkan minyak baru dan jaminan bahawa bahawa pendekatan yang diambil untuk menjalankan suntikan kimia ke dalam takungan sebelum pengeluaran adalah satu langkah berjaya. Dwijapada Pratihar, Ketua Jurutera Projek (AEO/22) dan Lim Yen Peng dan Jurutera Kanan Projek (AEO/221) telah berkongsi beberapa pembelajaran yang dikumpul: “Kami mendapati bahawa adalah amat penting sekali sumber-sumber penting dikenalpasti terlebih dahulu seperti keperluan bagi menjalankan kerja rekabentuk, pemerolehan, pemasangan dan sebagainya, di samping mendapatkan persetujuan, penerimaan serta penglibatan para pemegang hak. Apa yang membantu kami adalah betapa pantasnya keputusan dibuat selari dengan kerjakerja penilaian, perbincangan dan persetujuan. Akhir sekali, kami telah belajar bahawa kejayaan bergantung sepenuhnya kepada sikap berdedikasi dan juga pengalaman relevan mereka yang terlibat, daripada kerja-kerja kejuruteraan dan rekabentuk lakaran sehinggalah kelebihan mempunyai kumpulan projek yang bermotivasi dan penglibatan para pemegang hak yang lain.”
39
PENCAPAIAN
JERAYAWARA SCOT ACW 2014 Ke arah tempat kerja yang lebih selamat
40
4
41
PENCAPAIAN
P
ada 13 November 2014, para kakitangan Nabila Mohamed (POP/1251), Juruteknik Kawalan Terminal Minyak Mentah Seria (SCOT) telah dan Automasi pula berkata, “ACW adalah berkaitan dijemput untuk membentangkan usaha mereka di dengan kerjasama untuk menjadikan loji kami lebih baik dalam inisiatif Autonomous Care atau penjagaan pada hari ini dan juga di masa hadapan. Sepanjang berautonomi kepada kumpulan kepimpinan. perjalanan ACW ini, saya telah berpeluang mempelajari Objektif utama acara tersebut adalah untuk menerapkan tentang housekeeping atau penjagaan persekitaran kerja rasa pemilikan, penjagaan dan juga kebanggaan yang elok, pengekalan, perancangan teliti, kerja terhadap kerja pengeluaran selaras dengan Bilahan 19. berkumpulan dan mengambil sikap proaktif yang Perjalanan ke arah tujuan ini telah dimulakan pada merupakan faktor-faktor penting kejayaan. Oleh itu, 20 Februari 2014 dengan pelancaran semula Bengkel sekiranya perancangan yang dilakukan adalah teliti dan Penjagaan Berautonomi (ACW) yang disertakan dengan lebih bagus maka kami telah berjaya sebagai sebuah dua sesi latihan yang dikendalikan oleh Hj Azman Osman kumpulan. Harapan saya adalah semua orang telah (POP/15) untuk semua kakitangan SCOT. Sesi ini telah dapat belajar daripada pengalaman ACW ini dan dijalankan bagi memperkukuhkan lagi ACW di SCOT berazam untuk terus melakukan peningkatan pada ACW dan juga bagi mempastikan bahawa semua kakitangan yang akan datang.” mempunyai set minda yang selaras dengan Bagi membentangkan semua kerja yang telah Marilah Bilahan 19, terutamanya memandangkan dilakukan, satu jerayawara telah diadakan pertambahan kakitangan baru di dalam pada November. Majlis telah dimulakan kita terus kumpulan POP/1. dengan bacaan Surah Al-fatihah diikuti oleh berusaha menjadikan penyampaian ucapan ringkas daripada Pada penghujung sesi, semua kumpulan yang mengambil bahagian tempat kerja kita lebih Emma Rosli (POP/111) pemilik bersama telah diberi sasaran masa untuk bertemu Bilahan 19 SCOT dan Erwin Van Der dan memulakan persediaan dan selamat dan berbangga Geer (POP/17)Pemangku Pengurus perancangan (seperti yang digariskan Kemudahan SCOT. dengan apa yang kita di dalam panduan SCOT ACW). KelimaJerayawara ini telah diisi dengan lima kumpulan yang turut serta iaitu pembentangan selama 10 minit oleh setiap mampu lakukan ke Kumpulan ACW A, Kumpulan ACW B, kru yang disampaikan melalui poster-poster arah ini. Kumpulan ACW C, Kumpulan ACW D dan dan juga sesi soal jawab daripada mereka Kumpulan ACW SNF dianggotai oleh petugasyang hadir. Majlis ini juga dianjurkan bagi petugas operasi dan penyelenggaran. mengeratkan lagi perhubungan (bagi Usaha ini telah dimulakan pada awal tahun bagi memperkukuhkan lagi konsep ‘way of being’atau mempastikan perancangan yang sewajarnya diwujudkan ‘tatacara diri kita’) dan berfungsi sebagai landasan untuk sejak dari peringkat permulaan bagi mengelakkan mencetuskan pembelajaran di segenap lapisan (strategi sebarang ketidaklancaran sepanjang perjalanan ke arah rejuvenasi dan pertumbuhan BSP). mencapai sasaran ACW. Perjalanan yang dilalui oleh Emma Rosli menjelaskan bahawa salah satu daripada setiap Kumpulan ACW adalah berbeza-beza bergantung cabaran utama ACW adalah kemampuannya untuk kepada hasil analisa masing-masing. Misalnya Kumpulan berdaya tahan. Walaubagaimanapun, Emma ACW D yang diketuai oleh Hj Kamis (POP/111, Penyelia menyatakan bahawa dengan menjadikan ACW sebuah Syif Kompleks Kru D) dan Leong Wing Chong (POP/125, program di dalam Pelan Jaminan HSSE tahunan,adalah Jurutera Pemeteran Kawalan dan Automasi) telah memilih diharapkan ACW akan dapat dijadikan satu usaha SAINT 1 sebagai bidang ACW untuk tahun ini dan dan berdaya tahan. Dia juga percaya yang panduan jelas telah mengenalpasti sejumlah kecil tolok tekanan yang dan juga sokongan kumpulan kepimpinan adalah satu rosak. pemangkin bagi meneruskan usaha ini. Sesetengah tolok-tolok tekanan yang rosak ini telah Pg Putra Mohamed,Pengurus Aset HP telah ditukar baru dan disertakan dengan keterangan tahapmenyatakan penghargaannya dan mengucapkan tahap operasinya. Zaidi Lakim (Operator Bilik Kawalan tahniah kepada mereka yang terlibat di atas komitmen Kru D) telah menjelaskan bahawa ACW adalah satu dan juga hasil kerja mereka yang baik. proses yang berterusan. Katanya, “Sebahagian daripada “Marilah kita terus berusaha menjadikan tempat tindakan-tindakan yang perlu diambil telah kerja kita lebih selamat dan berbangga dengan apa disempurnakan manakala yang lainnya masih menunggu yang kita mampu lakukan ke arah ini. Marilah kita capai giliran untuk diselesaikan. Inilah sebabnya kenapa usaha kecemerlangan untuk Terminal Minyak Mentah Seria”, ini adalah sesuatu yang berterusan. Setakat ini kami telah katanya. dua kali melaksanakan aktiviti yang diperlukan sebagai Majlis telah diakhiri dengan penyampaian sijil-sijil satu kumpulan dan InsyaAlllah, dengan adanya pengiktirafan oleh Pg Putra dan Hj Hasnal Bujang (POP) perancangan yang teliti kami ingin melakukan lebih Pengurus Operasi Proses kepada semua mereka yang banyak lagi peningkatan-peningkatan di dalam aktiviti terlibat. seterusnya.”
42
Para peserta ACW dan beberapa orang pemimpin HP bergambar ramai
43
KESELAMATAN
HARI KESELAMATAN PENJUAL 2014
P
ada tahun ini Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) menganjurkan satu program Keselamatan enam bulan bagi memperkukuhkan Budaya Keselamatan di pejabat dan juga di kalangan rakan-rakan perniagaan di tapak kerja. Ini dicapai melalui penyediaan latihan-latihan yang membantu memperkukuhan lagi penumpuan terhadap pematuhan dan isu-isu budaya kerja yang mampu menimbulkan perilaku yang tidak selamat. Menurut Mohd Adini Mohd Daini, Ketua Penjual BSM (BMR), “Kempen ini memberi fokus kepada keselamatan di stesen-stesen minyak bagi kakitangan yang bekerja di situ dan terutamanya bagi para pelanggan. Kesedaran yang ingin kami wujudkan di kalangan orang ramai adalah berdasarkan garis panduan ringkas tentang bagaimana pengisian minyak boleh dilakukan dengan selamat bagi memenuhi bekas-bekas atau tong-tong minyak, kenderaan penumpang dan juga motosikal. Kami boleh sentiasa mengekalkan keselamatan di stesen minyak dengan adanya kerjasama kakitangan yang kompeten dan juga kesedaran orang ramai.” Pada 4 Jun 2014 BSM telah melancarkan Hari Keselamatan di semua kawasan operasi BSM bagi memperkukuhkan lagi 12 Peraturan Melindungi Nyawa di kalangan kakitangan di tempat kerja dan juga sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang perjalanan. BSM juga telah melancarkan Kempen Penjual bertajuk‘Fill Safe, Feel Safe’ pada 12 Jun 2014 di 14 stesen minyak utama di kesemua empat daerah Brunei, dengan melibatkan penyertaan lain-lain pengusaha dan kontraktor Penjual. Acara pelancaran kempen telah dimulakan dengan satu sesi Toolbox Talk tentang 12 Peraturan Melindungi Nyawa dan perkongsian maklumat berkenaan insideninsiden yang berlaku baru-baru ini di stesen-stesen minyak akibat ketidakpatuhan terhadap 5 Perturan di stesen minyak. Sesi ini telah diikuti dengan lawatan tapak di lokasi pelancaran kempen.
44
Salah satu acara pelancaran utama untuk Hari Keselamatan BSM 2014 telah berlangsung di Stesen Minyak Mar’azmala, Jerudong. Pengarah Urusan BSM, Pg Shamhary Pg Dato Paduka Hj Mustapha telah melancarkan Hari Keselamatan di sini bersama-sama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei (Bomba). Acara telah turut disertai oleh pengusaha-pengusaha dan rakan-rakan perniagaan. Aktiviti utama semasa Hari Keselamatan adalah memulakan Kempen Penjual ‘Fill Safe, Feel Safe’ dengan pengagihan risalah-risalah keselamatan yang memberi arahan tentang pengisian minyak yang selamat dan juga memberikan nombor telefon yang patut dihubungi sekiranya berlaku sebarang insiden di stesen-stesen minyak. Sebelum risalah diagih-agihkan semua kakitangan di stesen-stesen minyak telah diingatkan semula tentang 12 Peraturan Melindungi Nyawa yang diamalkan oleh BSM. Sebuah ruang petak maklumat juga telah dibuka oleh pihak Bomba sebagai usaha menyampaikan maklumat berkenaan keselamatan di stesen minyak dan di rumah yang berkaitan dengan insiden kebakaran dan penggunaan gas petroleum cecair (LPG). Selain itu satu demonstrasi penggunaan alat pemadam kebakaran turut diadakan bagi manfaat mereka yang hadir. Lebih 1,000 kad telah diberikan kepada para pelanggan pada Hari Keselamatan di Stesen Minyak Mar’azmala dan lain-lain stesen minyak di kesemua empat daerah Brunei. Pihak penganjur telah menerima maklum balas serta komen positif daripada pihak Bomba, para pelanggan, rakan-rakan perniagaan dan para nelayan tentang risalah-risalah serta kempen ‘Fill Safe, Feel Safe’. Bagi memberikan sebarang maklum balas serta komen yang berkaitan dengan BSM, sila hubungi tel: 2774277.
Kempen memberi tumpuan kepada keselamatan di stesenstesen minyak bagi kakitangan yang bekerja di situ dan terutamanya bagi para pelanggan
45
PENCAPAIAN
AKTIVITI PELINCIR SHELL BSM 2014 SATU MISI BERJAYA Oleh Lim Ya Ching, BMB/1
P
erniagaan minyak pelincir di Brunei merupakan satu bidang perniagaan yang amat kompetitif dengan adanya pelbagai jenama di pasaran yang ditawarkan oleh beberapa pihak pengedar. Shell Global Commercial telah membuat penilaian ke atas pasaran Brunei dan telah mengumumkan Syarikat Pemasaran Brunei Sell Sendirian Berhad (BSM) sebagai pemimpin pasaran minyak pelincir di Brunei melalui pengiktirafan Anugerah Pemimpin Pasaran pada March 2014. Bagi mendahului pesaing lain di pasaran, potfolio produk asas Shell Helix telah diperkukuhkan bagi mempertingkatkan lagi daya saingnya, melalui penawaran pilihan produk yang lebih mudah dan maklumat untuk pengguna yang lebih padat dan menyerlah terpamer di atas bekas dengan rekabentuk terbaru. Semua produk pelinciran Shell Helix kini sesuai untuk digunakan untuk enjin-enjin daripada pelbagai bahan bakar. Pengarah Urusan BSM, Pg Shamhary Pg DP Hj Mustapha dan Hj Mat Sarudin Hj Ismail, Ketua Bahagian Komersil, telah melancarkan potfolio produk baru Shell Helix pada 24 Jun 2014 dengan memperkenalkan Shell Helix Ultra yang baru. Formulasi terkini tersebut menggunakan PurePlus Technology (hak cipta terpelihara), sebagai minyak pelincir sintetik pertama dihasilkan daripada gas semulajadi, yang mempunyai spesifikasi industri paling moden dan mendapat pengiktirafan para pengilang enjin. BSM juga turut menganjurkan Latihan Pengetahuan Produk bertajuk Minyak Kenderaan Berpenumpang (PCMO) pada 24 Jun 2014, dan Minyak Pelincir Industri dan Aeroshell pada 22 Oktober 2014. Latihan tersebut menawarkan faedah serta penjimatan kos dan disambut baik oleh para peserta yang telah dapat lebih memahami produk-produk yang ditawarkan dan bertambah yakin untuk menggunakan minyak pelincir Shell. Bagi menghargai para pelanggannya, BSM telah menganjurkan acara Shell Lubricants Night 2014 pada 6 September 2014 sebagai sebahagian daripada usaha Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Semasa acara tersebut, seramai 45 pemenang pelbagai sektor telah menerima anugerah 5 Prestasi Teratas, Pengedar Terbaik dan sijil-sijil pencapaian yang lain. Malam acara tersebut telah diakhiri dengan perasaan bahawa perhubungan telah bertambah lebih erat di antara BSM dan para pelanggannya.
46
NBT (B) Sdn Bhd (kanan)menerima anugerah Jumlah Produk Tertinggi bagi sektor FWS daripada Pg Shamhary (kiri)
KUIZ
Kuiz Sejarah Telaga Seria-1 di Seria dijumpai pada kedalaman 297 meter pada 5 April 1929 menandakan penemuan minyak komersial pertama di Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun Syarikat Minyak Brunei Shell telah mula bertapak lama sebelum itu Bilakah telaga pertama digerudi? Dan di manakah tempatnya? Pengerudian paling pertama yang tercatat adalah dalam tahun 1899 di kawasan Ayer Berkunchi berdekatan dengan Bandar Seri Begawan. Dan pemenang teka-teki ini adalah: Fauzi Said, CPG/11 Tahniah!
Kuiz: Puncak Gelombang Ia terlihat setiap hari. Namanya dan tempatnya diketahui. Tapi apa ketinggiannya dan kegunaannya? Emel jawapan awda kepada:
[email protected] Jawapan terbaik yang pertama akan menerima hadiah! Peraduan teka-teki ini hanya terbuka kepada kakitangan syarikat-syarikat BSJV sahaja. Ketahui jawapannya di dalam keluaran Salam yang akan datang.
47