Pelan Urusan Suruhanjaya Sekuriti 1998 - 2000 Prakata Ringkasan: Pelan Urusan Suruhanjaya Sekuriti 1998 - 2000 Memperkukuhkan Rangka Kerja Pengawalseliaan Pasaran Modal -
-
Mengapa Kawalselia Model Pengawalseliaan Pengawalseliaan Pasaran Modal di Malaysia: Keadaan Sekarang dan Aspirasi Masa Hadapan o Merit Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran o Pendekatan Pengawalan Sendiri o Keperluan Bagi Pentadbiran Korporat Yang Baik Penguatkuasaan dan Perlindungan Pelabur
Pembangunan Pasaran Modal -
Respons Terhadap Globalisasi dan Integrasi Kewangan Respons Terhadap Kemajuan Dalam Teknologi Maklumat Keperluan Terhadap Pembaharuan Dalam Pasaran Modal
Masalah Sistem Komputer Tahun 2000: Inisiatif SC -
Adakah Pasaran Modal Malaysia Bersedia? Apa Yang SC Sudah Lakukan Apa Yang SC Akan Lakukan
SIDC Sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Terulung bagi Pasaran Modal -
Membina Kemahiran dan Kepakaran Penyediaan Sumber Maklumat dan Penyelidikan
PRAKATA Persediaan bagi Pelan Urusan Suruhanjaya Sekuriti 1998 - 2000 bermula pada tahun 1997. Pelan Urusan ini akan diperkenalkan ketika negara sedang mengalami kegawatan ekonomi dan pasaran kewangan di mana masa depan telah dirancang berdasarkan persekitaran yang muram ini. Namun begitu, kita harus melihat masa ini sebagai masa untuk menguatkan tekad kita dan merancang untuk masa hadapan; melainkan jika kita rela dianggap sebagai sebuah negara dan pasaran yang "telah berlalu" dalam nota kaki sejarah atau lebih buruk sebagai sebuah negara "yang tidak kesampaian". Di dalam Perutusan Pengerusi Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 1997, saya telah menyatakan bahawa "memperbaiki dan membina semula" mestilah menjadi seruan yang penting bagi tahun 1998 dan seterusnya. Kebanyakan daripada kemajuan ekonomi yang telah dicapai oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam jangka masa 5 tahun yang lalu telah hilang bagai ditelan ombak ataupun berada dalam keadaan terancam. Di dalam Pelan 1998 2000 kita berhasrat untuk mengutip cebisan yang tinggal, membetulkan dan membaiki apa yang masih lemah, dan terus maju di atas landasan yang kukuh. Kita tidak akan menyerah kalah. Kita akan terus tabah. Dan, kita akan berjaya. Pelan 1998 - 2000 ini merupakan pelan yang berdasarkan pelan urusan SC sebelumnya, tetapi penekanan ditumpukan ke arah menguatkan rangka kerja pengawalseliaan bagi pasaran modal. Walaupun demikian, pendekatan terperinci ke arah berkenaan bukanlah keseluruhannya asing dan ia mencerminkan satu usaha yang berterusan ke arah pengukuhan dan peningkatan. Pada masa yang sama, kita teruskan usaha untuk memajukan pasaran modal serta mengambil kira cabaran khusus sehingga ke milennium akan datang, khususnya masalah Tahun 2000 dan keperluan industri untuk menanganinya sebelum kita memasuki Tahun 2000. Kita juga memberi fokus kepada satu objektif yang mantap untuk membangunkan SIDC (Pusat Perkembangan Industri Sekuriti) sebagai sebuah pusat pendidikan dan latihan yang terulung. Dengan adanya rancangan Suruhanjaya untuk beroperasi dari premisnya yang baru pada tahun 1999 di mana 40% daripada ruangnya diperuntukkan kepada SIDC, keseluruhan kemudahan berbentuk perkakasan dan perisian akan dapat disediakan bagi mencapai objektif berkenaan. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, usaha ke arah merasionalkan rangka kerja pengawalseliaan akan diteruskan, iaitu satu usaha yang amat kritikal untuk merealisasikan penghasilan Pelan 1998 - 2000. Ciri ini, iaitu mengenai peri pentingnya struktur pengawalseliaan dikemaskinikan, telah diberi penekanan semasa sesi Dialog Tahunan Suruhanjaya 1998 bersama peserta industri pasaran modal. Oleh yang demikian, ia dianggap amat penting dalam segala usaha ke arah mengukuhkan, memajukan dan melengkapkan pembangunan pasaran modal. Di dalam membentuk Pelan Urusan 1998 - 2000 ini, Suruhanjaya ini telah mendapat banyak manfaat melalui perbincangan dan perundingan dengan peserta industri pasaran modal secara formal dan tidak formal melalui dialog tahunannya. Proses internalisasi juga sama pentingnya dan telah pun dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu dalam membentuk Pelan berkenaan. Adalah amat penting bagi semua golongan kakitangan Suruhanjaya ini untuk memahami dengan sepenuhnya komitmen dan objektif Pelan berkenaan dan berusaha sedaya upaya untuk menentukan pencapaiannya. Dato' Dr Mohd Munir Abdul Majid Pengerusi
Ringkasan: Pelan Urusan Suruhanjaya Sekuriti 1998 - 2000 MEMPERKUKUHKAN RANGKA KERJA PENGAWALANSELIAAN PASARAN MODAL -
Mempertingkatkan Langkah Pengurusan Risiko Sistemik o Merumus satu rangka kerja untuk pengurusan yang lebih baik ke atas stabiliti sistemik dan integriti bagi sistem kewangan.
?? Peralihan kepada Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran o o o o o -
Membentuk rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan; Mengkaji semula garis panduan; Mewujudkan standard dan/atau panduan amalan terbaik; Mewujudkan prosedur pengawasan dan penguatkuasaan yang sesuai; dan Menganjur program pendidikan untuk pelabur dan peserta pasaran.
Menggalakkan Pengawalseliaan Barisan Hadapan Pasaran Utama o
o
Mewujudkan rancangan reformasi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk mengambilalih fungsi pasaran utama di dalam persekitaran berteraskan penzahiran; dan Mengkaji semula Peraturan Perniagaan dan Keperluan Penyenaraian BSKL dan Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ).
Pasaran Sekunder o o o o o
Mengkaji semula Peraturan Perniagaan dan struktur pentadbiran pengawalselia barisan hadapan (FLRs); Mengkaji semula fungsi pengawasan, keupayaan dan sistem FLRs termasuk pengawasan antara pasaran di kalangan FLRs; Mengkaji semula program pematuhan dan pemeriksaan FLRs; Mengkaji semula fungsi penguatkuasaan dan keupayaan FLRs; dan Mengkaji semula sistem pengurusan dan prosedur FLRs.
?? Memperbaiki Amalan Pentadbiran Korporat o o o -
Mewujudkan kod pentadbiran korporat; Merumus mekanisme penguatkuasaan yang berkesan; dan Meningkatkan kesedaran pelabur terhadap standard pentadbiran korporat.
Kajian Semula Prosedur dan Dasar Pelesenan Langkah Jangka-pendek o o
Mengemaskini prosedur pelesenan; dan Memperkenalkan Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).
Langkah Jangka-panjang o o -
Memperkenalkan pelesenan yang membolehkan perantara mengendalikan pelbagai produk; dan Mengkaji kemungkinan untuk mewujudkan rejim pelesenan tunggal.
Mempertingkatkan Keupayaan Penguatkuasaan SC o Mewujudkan kuasa penguatkuasaan sivil dan meluaskan skop kuasa pengkompaunan; o Meningkatkan cara untuk menguatkuasakan undang-undang sekuriti ke atas FLRs, Pertubuhan Pengawalseliaan Sendiri (SROs), Syarikat Tersenarai (PLCs) dan pengarah-pengarah; o Meluaskan skop keupayaan penyiasatan; dan o Mewujudkan fungsi pengawasan dan penguatkuasaan laporan kewangan di dalam SC. MEMBANGUNKAN PASARAN MODAL o
Pasaran Ekuiti ?? Membaiki struktur makro dan mikro pasaran ekuiti; ?? Menyelenggarakan pengenalan produk baru; dan ?? Mengawasi permulaan dan pembangunan MESDAQ.
?? Pasaran Derivatif ?? Membangunkan bursa niaga hadapan dan rumah penjelasan; ?? Membantu memperkenalkan produk berstruktur yang baru. o
Pasaran Pendapatan Tetap ?? Membangunkan pasaran utama; ?? Membangunkan pasaran sekunder; dan ?? Mewujudkan kemudahan pengurusan risiko.
o
Pasaran Modal Islam ?? Membangunkan pasaran ekuiti Islam; ?? Membantu perkembangan sekuriti hutang persendirian Islam; ?? Membangunkan pengurusan pelaburan kolektif Islam dan aktiviti pengurusan dana; dan ?? Memperkenalkan instrumen pasaran modal Islam yang baru.
o
Industri Pengurusan Dana ?? Membangunkan Sistem Pelaburan Kolektif (CIS); ?? Membangunkan industri pengurusan aset; ?? Melaksanakan reformasi pengawalseliaan bagi industri pengurusan dana; dan ?? Membantu penubuhan skim faedah persaraan.
o
Merasionalisasi dan Memperkukuhkan Institusi Pasaran ?? Mengkaji semula dan membantu di dalam merasionalisasi dan mengukuhkan bursa, rumah penjelasan, rumah terbitan dan perantara pasaran.
o
Penggunaan Teknologi dalam Pasaran Modal ?? Menyelenggarakan penggunaan perdagangan elektronik dalam pasaran modal.
PERSEDIAAN BAGI MASALAH SISTEM KOMPUTER TAHUN 2000 o
Mengawasi kesediaan masalah sistem komputer Y2K bagi semua peserta pasaran.
MEMBANGUNKAN SIDC SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN DAN LATIHAN PASARAN MODAL YANG TERULUNG o o o o
Meningkatkan program pendidikan dan latihan untuk keseluruhan peserta pasaran; Berterusan mengkaji dan membangunkan modul pelesenan bagi perantara pasaran; Membangunkan modul CPE bagi perantara pasaran; dan Meningkatkan kemudahan bagi Pusat Sumber Maklumat (IRC).
Memperkukuhkan Rangka Kerja Pengawalseliaan Pasaran Modal Mengapa Kawalselia? Pasaran modal sering dikaitkan dengan kotak pemikiran bagi sesebuah ekonomi di mana keputusan diambil sebagaimana sumber kewangan yang terhad diperuntukkan bagi permintaan yang bersaing. Dalam proses yang sedemikian, maklumat merupakan kunci bagi peserta pasaran untuk membuat keputusan yang rasional dan berasas. Aspek berikut - penghasilan, pemprosesan dan penyebaran maklumat - membezakan pasaran modal daripada pasaran lain dan melahirkan motivasi untuk pengawalseliaan pasaran. Dari perspektif makroekonomi, pengawalseliaan adalah untuk menentukan agar maklumat yang dihasilkan adalah berbentuk komprehensif, tepat, semasa dan diagihkan secara meluas di kalangan peserta untuk memastikan kecekapan dan keadilan, agar modal dapat digerakkan secara cekap untuk menyara aktiviti ekonomi. Dalam erti kata ini, pasaran modal yang cekap adalah perlu bagi mengekalkan pembangunan ekonomi. Bagaimanapun kestabilan sistemik merupakan persoalan yang lebih penting. Kecepatan berfungsi bagi pasaran modal hari ini dan saiz dana yang terlibat, telah meningkatkan kemungkinan terjadinya keruntuhan sistem secara menyeluruh disebabkan keruntuhan satu bahagian sistem berkenaan. Dengan volum pelaburan sedia ada di pasaran modal, keadaan sedemikian memberikan kesan buruk yang serius dengan implikasi kos yang tinggi terhadap aktiviti ekonomi yang sebenar. Oleh yang demikian, pengawalseliaan perlu bagi menentukan integriti sistemik dan pengekalan kestabilan. Di peringkat bawahan, pengawalseliaan adalah untuk menentukan agar penerbit dan/atau penggalak sekuriti tidak menggunakan kelebihan maklumat yang ada untuk memesongkan atau menipu pelabur. Walaupun penerbit sekuriti boleh menggunakan prinsip caveat emptor (biarkan pembeli yang berwaspada) yang bermaksud pembeli bertanggungjawab menentukan mereka mendapat apa yang dibayar, kegagalan untuk menimbangkan ketidaksamaan maklumat di antara pengguna modal dan penyedia modal akan mengakibatkan kos modal yang lebih tinggi. Ini adalah kerana penyedia atau pembekal modal boleh menuntut satu kadar premium untuk mengimbangi kedudukan tawar-menawar mereka yang lebih lemah. Dalam keadaan yang sedemikian, semua pihak kerugian berikutan pergerakan modal yang kurang cekap dan keupayaan pengeluaran dalam ekonomi akan terbantut. Walaupun pengawalseliaan komprehensif dan penzahiran yang menepati masa tidak mungkin dapat melenyapkan dengan sepenuhnya persoalan asimetri maklumat berkenaan, ia boleh dengan pendekatan penalti dan insentif; mengurangkannya. Dengan itu, rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan menjadi asas perjalanan aktiviti pasaran modal. Ia harus menyediakan asas untuk melaksanakan amalan yang diperlukan bagi membolehkan pasaran modal yang moden berfungsi dengan cekap. Lanjutan ke atas infrastruktur perundangan, pihak berkuasa pengawalseliaan mesti menjadikan pasaran adil, cekap dan selamat.
Hipotesisnya di sini adalah, tanpa pengawalseliaan, pasaran modal akan terdedah kepada ketidaksempurnaan pasaran dan pengaruh luaran negatif. Pasaran adil adalah pasaran di mana pelabur dilindungi daripada penyalahgunaan dan penipuan dan peserta pasaran yang sama dilayan dengan sama rata. Pasaran yang cekap adalah bersaing dan mempunyai infrastruktur dan sistem maklumat yang cekap. Pasaran yang selamat pula adalah pasaran yang terlindung daripada risiko sistemik. Sekiranya dirasakan perlu, SC akan menilai semula secara berterusan rangka kerja pengawalseliaan di dalam pelan urusannya yang terdahulu, selari dengan pembangunan pasaran untuk memastikan amalan keadilan, kecekapan dan pasaran yang terjamin. Di dalam Pelan Urusan 1998 - 2000, ia telah memberikan fokus kepada keperluan untuk mengadakan satu rangka kerja bagi pengurusan yang lebih baik untuk kestabilan sistemik dan integriti kewangan. Pelan SC 1998 - 2000 Mempertingkatkan Langkah Pengurusan Sistemik -
Merumus satu rangka kerja untuk pengurusan yang lebih baik bagi stabiliti sistemik dan integriti kewangan bagi sistem kewangan.
Model Pengawalseliaan Terdapat pelbagai model kawalseliaan. Antara yang utama adalah pengawalseliaan sendiri, pengawalseliaan negara dan pengawalseliaan bersama. Pengawalseliaan sendiri adalah sistem di mana industri mengawalselia diri mereka sendiri. Rasionalnya di sini adalah, peserta industri merupakan kalangan yang terbaik dalam menentukan amalan pasaran dan dengan itu mereka pasti menginginkan satu industri yang dikawalselia dengan baik untuk kebaikan mereka juga. Walau bagaimanapun, pengawalseliaan sendiri in kadangkalanya menggalakkan kepentingan sendiri. Pengawalseliaan negara membawa pendekatan paternalistik - di bawah konsep ini, kerajaan bertanggungjawab menentukan integriti, kecekapan dan keadilan pasaran berkenaan. Model ini mengandaikan bahawa kerajaan berkuasa penuh mempunyai kedudukan terbaik dalam menguatkuasakan tindakan pengawalseliaan yang diperlukan untuk menjamin integriti pasaran. Kelemahan model ini adalah ia mengambilalih kuasa persendirian dalam membuat keputusan dalam pasaran dan mengakibatkan kurangnya kecekapan dan insentif untuk inovasi dan persaingan. Akhir sekali, model pengawalseliaan bersama merupakan perkongsian kuasa pengawalseliaan antara industri dan pengawalselia dengan harapan dapat menggabungkan elemen yang terbaik model sebelumnya. Model ini secara jelas mengiktiraf hakikat bahawa pembangunan yang sihat dan cekap untuk sesuatu industri sekuriti bergantung kepada kewujudan bersama yang simbiotik antara sektor industri dan sektor awam. Rangka kerja yang sedemikian menyediakan pendekatan penyemakan dan perimbangan yang diperlukan dalam struktur pengawalseliaan.
Kelemahan model ini adalah ia memerlukan penggarisan yang jelas pengawalseliaan antara industri dan kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakcekapan pengawalseliaan yang bertindih dan bersela. Pengawalseliaan Pasaran Modal di Malaysia : Keadaan Sekarang dan Aspirasi Masa Hadapan Pengawalseliaan Pasaran Modal di Malaysia : Keadaan Sekarang dan Aspirasi Masa Hadapan Rangka kerja pengawalseliaan di Malaysia berkembang secara beransur-ansur ke arah pengawalseliaan bersama di mana negara memainkan peranan penting dalam menyediakan kepimpinan bagi perkara dasar yang meluas dan penguatkuasaan yang kuat. Institusi pasaran pula, sebagai pengawalselia barisan hadapan, tetap bebas menentukan perkara terperinci yang melibatkan operasi. Pada peringkat mikro ia beransur berkembang daripada sistem pengawalseliaan berteraskan merit (MBR) kepada sistem pengawalseliaan berteraskan penzahiran (DBR). Sistem MBR telah diwarisi oleh SC ketika ditubuhkan pada Mac 1993. Di bawah sistem ini negara memainkan peranan paternalistiknya dalam membuat penilaian merit peluang pelaburan dan meletakkan dirinya antara kepentingan pengguna dan pembekal modal. Walau bagaimanapun, dengan globalisasi, inovasi di bidang teknologi dan kewangan dan disertai pula oleh pengeluaran dan penyebaran maklumat yang pantas, jelas sistem pengawalseliaan yang sedemikian akhirnya akan meruntun sumber yang dimiliki oleh pengawalselia. Tambahan pula, struktur insentif sistem berkenaan tidak menuju ke arah kecekapan peruntukan modal kerana pembekal sebenar modal tidak dapat membuat keputusan ke atas peruntukan dana mereka. Pengawalseliaan Pasaran Modal di Malaysia: Keadaan Sekarang dan Aspirasi Masa Hadapan Merit Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran Dalam mencari alternatif kepada sistem MBR, pendekatan berteraskan pasaran iaitu yang mengembalikan kuasa membuat keputusan dan peruntukan modal kepada sektor swasta adalah lebih cekap dan adil. Sistem DBR adalah salah satu pendekatan yang dimaksudkan. Di bawah sistem pengawalseliaan ini, ketelusan digalakkan melalui penzahiran yang komprehensif dengan ketepatan masa, dan hak untuk menilai merit bagi sesuatu modal yang diteroka itu dikembalikan kepada mereka yang terdedah kepada risiko dana modal yang berkaitan. Bagaimanapun bagi menentukan interaksi yang cekap antara pembekal dan pengguna modal, asimetri maklumat antara dua pihak yang berkenaan mestilah dibawa ke tahap minima. Pengguna modal mesti mempunyai cara untuk menentukan keberkesanan peluang pelaburan mereka, manakala pembekal modal mesti mempunyai peluang yang sama dan bertepatan masa terhadap maklumat yang diperlukan bagi membuat keputusan yang optima bagi modal mereka. Oleh yang demikian maklumat memainkan peranan penting dalam sistem DBR. Dalam hubungan ini pasaran modal di dalam negara sedang membangun seperti Malaysia secara keseluruhannya adalah lemah dari sudut kualiti, kuantiti dan kekerapan penzahiran maklumat. Di bawah sistem DBR, peranan pengawalselia beralih daripada latar depan ke latar belakang iaitu daripada menjadi perantara beralih kepada peranan sebagai fasilitator. Pengawalselia berkenaan tidak seharusnya menjadi pengganti kepada pasaran dalam membuat keputusan pelaburan.
Peranan pengawalselia adalah untuk menentukan agar insentif dan struktur pasaran konsisten dengan kecekapan, keadilan dan keselamatan. Rangka kerja pengawalseliaan harus bersedia memberi ketepatan maklumat dan masa agar pelabur boleh menilai merit bagi pelaburan alternatif; dengan itu pengawalseliaan memberi penekanan ke atas penzahiran dan pembasmian penipuan. Pelan SC 1998 - 2000 Peralihan Kepada Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran -
Membentuk rangka kerja perundangan dan pengawalseliaan melalui: o memberi kuasa kepada SC ke atas prospektus terbitan/tawaran/penyenaraian sekuriti (telah sedia ada bagi skim unit amanah); o merasionalisasi kuasa SC terhadap terbitan/tawaran/penyenaraian sekuriti (selain daripada Skim Pelaburan Kolektif yang tidak tersenarai); o merasionalisasi Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia; o mengukuhkan kuasa pengawasan dan penguatkuasaan SC ke atas penerbitan laporan kewangan, penzahiran, ketekunan wajar dan pentadbiran korporat; dan o memperuntukkan penyelesaian dan sekatan sivil bagi perlindungan pelabur.
-
Mengkaji semula garis panduan seperti garis panduan Terbitan, garis panduan Skim Pelaburan Kolektif, garis panduan Nilaian Aset dan Kod Pengambilalihan.
-
Mewujudkan standard dan/atau panduan amalan terbaik untuk menggalakkan: o penzahiran yang lebih tinggi di dalam prospektus, pekeliling, laporan dan sijil penilaian dan dokumen tawaran; o perilaku pentadbiran korporat yang baik oleh pengarah syarikat tersenarai; dan o amalan ketekunan wajar yang baik oleh syarikat awam.
-
Membentuk prosedur pengawasan dan penguatkuasaan tertentu yang melibatkan pengawasan pematuhan : o undang-undang/peraturan/garis panduan/standard sekuriti yang berkaitan; o standard penzahiran permulaan, berkala dan berterusan; o perilaku ketekunan wajar dan pentadbiran korporat; dan o aktiviti dagangan.
-
Menganjur program pendidikan bagi pelabur dan peserta pasaran termasuk penyediaan bahan penerbitan, panduan dan nota-nota interpretasi dan mewujudkan unit pelabur
Pendekatan Pengawalan Sendiri Bagi sebuah pasaran modal yang baru muncul, terdapat banyak kelebihan bagi struktur pengawalseliaan barisan hadapan. Rangka kerja pengawalseliaan barisan hadapan bertanggungjawab berasaskan kepatuhan terhadap peraturan mereka sendiri dan bertanggungjawab atas setiap tindakan bagi kepentingan pelabur. Hakikat bahawa ahli mengambil bahagian secara terus dalam perumusan dan penguatkuasaan peraturan, pengawalseliaan, pengamalan dan prosedur yang menetapkan operasi pasaran, bukan sahaja menentukan pasaran berkembang bersesuaian dengan keperluan komersial tetapi juga merupakan insentif terbaik bagi pematuhan.
Oleh kerana mereka berpengalaman secara langsung, institusi pasaran yang digerakkan oleh ahli adalah lebih berkeupayaan berbanding dengan pengawalselia dalam menentukan peraturan dan prosedur yang terkini dengan pengamalan teknologi dan industri semasa. FLRs seperti bursa-bursa mempunyai kuasa pengawalseliaan undang-undang yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. FLRs tersebut mempunyai tanggungjawab berkanun untuk bertindak bagi kepentingan ahli dan pelabur. Tanggungjawab institusi berkenaan termasuklah pengawalseliaan dan pengawasan pasaran sekuriti dan perkhidmatan tambahan yang berkaitan. Bagi menentukan sistem berjalan dengan lancar, pengawalselia berkanun mesti mempunyai kebolehan pengawalseliaan yang mencukupi bagi menentukan kesemua FLRs menguatkuasakan pengawalseliaan sekuriti di samping melaksanakan peraturan pasaran mereka sendiri dan bertindak mengurangkan potensi konflik kepentingan dan halangan terhadap persaingan. Pelan SC 1998 - 2000 Menggalakkan Pengawalseliaan Barisan Hadapan Pasaran Utama -
Membangunkan rancangan reformasi BSKL bagi menjalankan fungsi pasaran utama dalam persekitaran berteraskan penzahiran; dan Mengkaji semula Peraturan Perniagaan dan Keperluan Penyenaraian di BSKL dan MESDAQ.
Pasaran Sekunder -
Mengkaji semula Peraturan Perniagaan dan struktur pentadbiran FLRs; Mengkaji semula fungsi pengawasan, keupayaan dan sistem FLRs termasuk pengawasan antara pasaran di kalangan FLRs; Mengkaji semula program pematuhan dan pemeriksaan FLRs; Mengkaji semula fungsi penguatkuasaan dan keupayaan FLRs; dan Mengkaji semula sistem pengurusan dan prosedur FLRs.
Keperluan Bagi Pentadbiran Korporat yang Baik Komponen utama dalam peralihan kepada DBR ialah memperkuatkan mekanisme pentadbiran korporat di kalangan syarikat. Pentadbiran korporat yang baik melahirkan syarikat yang baik. Pada dasarnya ia mengetengahkan hak dan tanggungjawab pemegang saham termasuk bagi pemegang saham minoriti. Ia juga menghendaki pemegang saham dan wakil mereka di peringkat lembaga pengarah untuk menjadi lebih berdikari dan aktif dalam hal-ehwal korporat, mengawasi dan menuntut amalan yang lebih telus dari pihak pengurusan. Pendidikan pelabur adalah satu lagi tugasan yang kritikal ke arah pentadbiran korporat yang baik. Secara khusus pelabur perlu memahami risko dan pulangan pelaburan dalam sekuriti dan bagaimana membuat keputusan pelaburan yang berasaskan maklumat. Amalan korporat dan pasaran yang baik dapat menambah keyakinan di kalangan pelabur domestik dan pelabur asing.
Pelan SC 1998 - 2000 Memperbaiki Amalan Pentadbiran Korporat -
Mewujudkan kod pentadbiran korporat; Merumus mekanisme penguatkuasaan yang berkesan; dan Meningkatkan kesedaran pelabur terhadap standard pentadbiran korporat.
Penguatkuasaan dan Perlindungan Pelabur Sementara undang-undang dan peraturan yang diasaskan pada norma antarabangsa dan amalan terbaik menjadi satu tonggak kepada rangka kerja pengawalseliaan yang cekap, satu lagi tonggak ialah penguatkuasaan agar dapat melahirkan sebuah pasaran modal yang berfungsi dengan baik. Kepentingan penguatkuasaan tidak mungkin dapat dijelaskan dengan secukupnya. Ia melibatkan secara dasarnya, pencarian bagi amalan tidak beretika dan tidak adil dalam pasaran dan kemudian membetulkannya. Penguatkuasaan memberi motivasi bagi perantara pasaran untuk membentuk disiplin diri yang diperlukan untuk mematuhi undang-undang dan amalan industri yang terbaik. Dengan yang demikian kualiti perkhidmatan kewangan negara ini akan meningkat. Penguatkuasaan undang-undang sekuriti yang cekap menentukan perlindungan hak pelabur dan mengekalkan keyakinan dan integriti yang tinggi terhadap pasaran pada setiap masa. Pelesenan adalah salah satu bentuk pengawalseliaan pasaran. Ia menentukan perlindungan pelabur pada tahap yang secukupnya. Yang lebih penting, ia menyemai keyakinan di kalangan pelabur bahawa organisasi berkenaan dan orang yang berurusan dengan mereka adalah berkelayakan dan bersesuaian dan akan melayan mereka dengan adil. Melalui kuasa yang ada pada SC untuk mengeluarkan dan memperbaharui lesen, SC mengawalselia pasaran dengan menentukan kesesuaian dan hakmilik syarikat dan individu yang memohon lesen. Dengan yang demikian, taraf dan kualiti perkhidmatan dalam pasaran dapat dikekalkan. Pelan SC 1998 - 2000 Mengkaji Semula Prosedur dan Dasar Pelesenan Langkah Jangka-pendek -
Memperkemaskan prosedur pelesenan bagi permohonan baru dan pembaharuan melalui pemerosesan elektronik dan penyerahan dalam talian; dan Memperkenalkan CPE sebagai sebahagian dari keperluan pelesenan.
Langkah Jangka-panjang -
Memperkenalkan pelesenan kepada perantara bagi membolehkan pengendalian pelbagai produk; dan Mengkaji kemungkinan mewujudkan rejim pelesenan tunggal
Mempertingkatkan Keupayaan Penguatkuasaan SC -
Mewujudkan kuasa penguatkuasaan sivil dan meluaskan kuasa pengkompaunan; Meningkatkan cara menguatkuasakan undang-undang sekuriti ke atas FLRs, SROs, PLCs dan pengarah melalui sekatan dan pencegahan yang bersesuaian; Meluaskan skop keupayaan menyiasat termasuk mengkaji semula sistem pengendalian aduan; dan Mewujudkan fungsi pengawasan dan penguatkuasaan laporan kewangan SC.
Pembangunan Pasaran Modal Peranan pasaran modal yang mendalam, cekap dan kukuh dalam pertumbuhan dan kestabilan ekonomi telah didokumentasikan dengan teratur. Walaupun kedalaman dan keluasan pasaran modal selalunya digunakan sebagai petunjuk tahap pembangunan dan keberkesanan, jika dibiarkan tanpa penglibatan bersungguh kerajaan, tidak mungkin pasaran modal boleh menjadi cekap atau kukuh. Secara ekstrem, sebahagian dari pasaran ini mungkin tidak akan wujud sama sekali. Pihak kerajaan memainkan peranan yang diperlukan dalam pengawasan dan pengawalseliaan sistem kewangan termasuk mewujudkan peraturan dan garis panduan bagi melindungi hak pelabur, menggalakkan perlakuan baik oleh perantara pasaran, dan membina serta mengekalkan keyakinan sistem. Secara ringkas, pasaran modal memenuhi tiga fungsi utama ekonomi : -
perantara antara penyimpan dan pengguna modal untuk tujuan produktif; berkhidmat sebagai sumber modal jangka panjang bagi pembiayaan pelaburan; dan bertindak sebagai mekanisme pengawasan dalam kes di mana modal diperuntukkan secara kurang cekap bagi pelaburan yang rendah produktivinya.
Oleh yang demikian, apabila sistem kewangan berjalan dengan baik, hasilnya ialah pertumbuhan ekonomi yang baik. Tetapi apabila sistem kewangan berjalan dengan buruk, ekonomi akan dengan senangnya dipengaruhi oleh kuasa luaran, yang akan mengakibatkan tempoh pertumbuhan yang perlahan atau pertumbuhan negatif. Respons Terhadap Globalisasi dan Integrasi Kewangan Kita beroperasi dalam dunia di mana kemajuan dalam bidang komunikasi memendekkan masa yang diambil untuk melakukan transaksi yang melepasi sempadan, dan pilihan terhadap produk kewangan untuk memenuhi pelbagai keperluan tertentu pelabur sentiasa bertambah sepanjang masa. Integrasi pasaran kewangan dunia kepada satu pasaran global tunggal adalah satu kenyataan yang akan berlaku di mana Malaysia, sebagai sebuah ekonomi sedang membangun, tidak boleh mengabaikannya. Akibatnya terhadap ekonomi yang kurang bersedia untuk integrasi tersebut adalah jelas, sekiranya krisis ekonomi yang sedang melanda Asia ingin diambil sebagai iktibar. Oleh yang demikian, keupayaan pasaran modal Malaysia untuk bersaing dalam ekonomi global bergantung kepada keupayaan kedua-dua pengawalselia dan peserta pasaran untuk bertindak balas dengan segera terhadap perubahan dalam tuntutan pasaran. Globalisasi urusniaga dan perantara kewangan menghendaki pengawalselia mencari jalan dan cara baru bagi mengawasi ancaman terhadap stabiliti sistemik dan kedudukan kewangan peserta pasaran. Perantara pasaran, dari segi lain, perlu mendefinisi dan menstruktur semula operasi perniagaan mereka sementara kakitangan mereka perlu mendapatkan kemahiran baru sesuai dengan tuntutan pasaran dan inovasi kewangan yang terus berubah, khususnya dalam pembangunan produk derivatif.
Malangnya, tiada jalan penyelesaian yang mudah atau senarai semakan untuk menyediakan pasaran modal bagi integrasi kewangan; ia memerlukan tindakan bersepadu dari pengawalselia dan industri untuk mengambil kira pelbagai isu termasuk memperbaiki infrastruktur pasaran dan rangka kerja pengawalseliaan. Kita perlu membuat pasaran lebih menarik bagi kedua-dua pelabur tempatan dan asing. Untuk melakukannya, kita perlu mengambil kira kebimbangan pelabur, terutamanya yang berkaitan dengan kecukupan dan kecekapan infrastruktur pasaran, perlindungan hak pemilik harta (terutamanya hak pemegang saham minoriti), penzahiran maklumat pasaran yang mencukupi dan menepati masa, dan kawalan pengamalan pasaran yang tidak beretika. Seperti yang telah ditunjukkan dalam kegawatan ekonomi sekarang, pasaran modal tempatan Malaysia mudah terjejas oleh pengaliran keluar secara tiba-tiba dana asing yang besar. Kesan negatif integrasi kewangan pasaran modal boleh dikurangkan dengan membangunkan asas pelabur institusi tempatan yang kukuh dan mendalam. Dalam menggerakkan sumber berjumlah besar, pelabur institusi boleh menjadi pengimbang kepada penyertaan pelabur asing, oleh itu dapat mengurangkan kebimbangan terhadap kehadiran pelabur asing yang berlebihan. Di samping itu, kehadiran pelabur institusi tempatan yang mengagumkan dalam pasaran modal akan berperanan sebagai satu kuasa bagi menentukan integriti sistem kewangan dan komitmen terhadap pengamalan pentadbiran korporat yang baik. Pelan SC 1998 - 2000 Industri Pengurusan Dana -
Membangunkan Skim Pelaburan Kolektif (CIS) dengan cara : o memupuk standard pengamalan jualan yang lebih tinggi di kalangan perantara pasaran; o memupuk tahap profesionalisme yang lebih tinggi di kalangan pihak pengurusan syarikat dan perkhidmatan sampingan seperti pemegang amanah dan penjaga amanah; dan o Menyelenggarakan pengenalan CIS berbentuk baru.
-
Membangunkan industri pengurusan aset dengan cara: o meningkatkan kemahiran dan kepakaran pengurus dana tempatan dan para penyelidik; o menyokong pertumbuhan syarikat pengurusan dana asing; dan o mengembangkan sektor sampingan untuk industri pengurusan dana.
-
Melaksanakan reformasi pengawalseliaan bagi industri pengurusan dana melalui: o merasionalisasi semua aktiviti pelaburan dalam pasaran sekuriti dan niaga hadapan; o mengkaji cadangan memperkenalkan Akta Pengurusan Dana Omnibus; dan o menyemarakkan aktiviti pelaburan di rantau Asean
-
Menyelenggarakan penubuhan skim faedah persaraan melalui: o mengusulkan cadangan mengerakkan simpanan di dalam dana pencen dan kumpulan wang simpanan pekerja secara lebih berkesan; dan o merumuskan cadangan menggalakkan penubuhan skim pencen dalaman sektor swasta.
Respons Terhadap Kemajuan Teknologi Maklumat Teknologi maklumat (IT) adalah satu lagi bidang yang boleh memberi pengaruh besar kepada rupa bentuk pasaran modal pada masa hadapan. Satu hasil sampingan dari teknologi maklumat ialah perdagangan elektronik (EC), satu aplikasi yang semakin luas penerimaannya sebagai perantara bagi menjalankan perniagaan. Popularitinya bermula dari keupayaannya untuk memindah dan menyalurkan maklumat kepada bilangan pengguna yang lebih ramai dalam lingkungan dan antara rangkaian, pengendalian perdagangan dan transaksi lain tanpa perlunya pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut bersemuka, dan pengagihan atau penghantaran perkhidmatan dan produk dalam bentuk elektronik. EC membawa cabaran dan peluang baru kepada pasaran dengan menyediakan asas bagi persaingan yang lebih hebat di kalangan perniagaan, mengubah peranan dan fungsi perantaraan, mempercepatkan globalisasi pasaran, memperkenalkan pemain baru pasaran dan mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan. Adalah dijangka EC akan meningkatkan tahap persaingan di kalangan institusi dan peserta pasaran, termasuk bursa, rumah penjelasan, pusat depositori, syarikat broker, pengurus dana, penasihat pelaburan dan peniaga individu. Mereka akan menggunakan teknologi yang tersedia bagi menyokong dan meningkatkan fungsi perniagaan sedia ada dengan mengurangkan kos, memperbaiki kecekapan, menyediakan peluang yang lebih baik untuk memasuki pasaran dan menyediakan pelbagai produk untuk pengguna mereka. SC sedar peranan yang boleh dimainkan oleh EC dalam memperhebatkan persaingan dan kecekapan dalam pasaran. Bagaimanapun, rangka kerja pengawalseliaan yang sedia ada setakat ini tidak mencukupi untuk mengawal dengan berkesan aktiviti pasaran modal yang dikendalikan melalui penggunaan EC - satu kajian semula diperlukan dengan segera. Pengawalselia pasaran modal di seluruh dunia telah memulakan usaha untuk menyelesaikan isu ini, yang mungkin melibatkan kerjasama antarabangsa, memandangkan ciri aktiviti yang tiada sempadan dijalankan melalui media elektronik. EC akan menjadi suatu ciri yang tidak boleh dielakkan dalam pasaran modal di masa hadapan. Kegagalan untuk mengambil kira potensinya boleh menjadi penghalang kepada perkembangan pasaran modal Malaysia dalam jangka panjang. Pelan SC 1998 - 2000 Aplikasi Teknologi Dalam Pasaran Modal -
Mengambil kira peranan dan kesan perdagangan elektronik ke atas pasaran modal, yang mana ia melibatkan pengwujudan pelan utama yang akan digunakan sebagai asas bagi memulakan aplikasi perdagangan elektronik dalam pasaran modal.
Keperluan Terhadap Pembaharuan Dalam Pasaran Modal Dalam membangunkan pasaran modal Malaysia, tugas yang dirancangkan adalah untuk menyemarakkan dan mengekalkan minat pelabur untuk melalui satu pusingan menyeluruh perantaraan kewangan yang produktif, berlawanan dengan pusingan melambung dan menjunam tanpa ketentuan. Dalam pusingan yang menyeluruh, integrasi kewangan dan laluan kepada aliran portfolio dalaman dan luaran akan membawa kepada peningkatan pelaburan yang produktif, menyediakan momentum untuk reformasi polisi dan institusi dan hasilnya ialah lebih kemampuan bertahan terhadap ketidakstabilan sistemik. Sebaliknya pula, apabila asas ekonomi-makro lemah dengan kekurangan sistem kewangan, negara mungkin mengalami pelarian modal berbanding dengan pengaliran masuk modal, yang mungkin memberi kesan yang sebaliknya kepada prospek perkembangan ekonomi di samping kestabilan politik dan sosial mereka. Di Malaysia, pertumbuhan pasaran ekuiti bergerak pada kadar yang pantas sedangkan pasaran hutang bergerak sebaliknya. Penggubal polisi telah mula menyedari keperluan kepada campuran yang lebih seimbang antara hutang dan ekuiti sebagai cara bagi mengerakkan simpanan domestik bagi menaja pelaburan besar, khususnya dalam sektor infrastruktur. Malaysia, bagaimanapun, bertuah kerana mempunyai hampir kesemua asas yang diperlukan bagi sebuah pasaran modal yang cekap. Sejak tahun 1993, pasaran modal telah menyaksikan pengenalan kepada dagangan bursa kewangan derivatif dan pasaran ekuiti baru untuk syarikat berasaskan teknologi. Pada masa ini BSKL beroperasi di bawah persekitaran automasi sepenuhnya dan tanpa skrip, dengan kitaran penyelesaian T+5 yang lebih pendek. Industri pengurusan dana telah diliberalisasikan untuk membenarkan pemilikan dan penyertaan asing yang lebih banyak. Undang-undang sekuriti juga telah dipinda untuk memastikan keadilan, kecekapan dan keselamatan dalam pasaran. Perlu diambil kira bahawa usaha untuk membangun dan memperkukuhkan keseluruhan aspek pasaran modal Malaysia adalah sentiasa menjadi agenda SC. Walau bagaimanapun, langkah pembangunan pasaran modal dalam tahun-tahun mendatang perlu mempertimbangkan perubahan persekitaran tempatan dan sejagat. Menggalak dan menyelenggara pelbagai kelas aset sentiasa menjadi bahagian utama dalam Pelan Urusan SC sejak beberapa tahun yang lalu dan akan berterusan di masa hadapan. SC telah lama menyedari kepentingan membangunkan pasaran bon, keperluan yang mana telah dititikberatkan semasa kegawatan ekonomi sekarang. Semua pengawalselia yang terlibat mesti berganding bahu dalam menumpukan usaha membangunkan pasaran bon - dengan segera. SC juga akan mengkaji semula apa yang telah dilakukan setakat ini (dan di mana perlu dan bersesuaian, untuk memperbaiki dan membina semula); dan melaksanakan pembaharuan terhadap bahagian yang tidak menepati piawai yang diterima di peringkat antarabangsa.
Pelan SC 1998 - 2000 Pasaran Ekuiti -
Mengawasi permulaan dan pembangunan MESDAQ, iaitu pasaran ekuiti baru untuk syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan tinggi dan berteknologi, dan dalam jangka masa panjang, mengkaji kemungkinan MESDAQ menjadi bursa serantau untuk syarikat berasaskan teknologi;
-
Memperbaiki struktur makro dan mikro pasaran ekuiti dengan: o memperkenalkan prosedur penimbangtaraan untuk penyelesaian pertikaian; o membantu pembangunan sistem pengurusan risiko dan dana jaminan bagi Securities Clearing Automated Network Services (SCANS); o memperbaiki prosedur penjelasan dan penyelesaian, dengan matlamat untuk mencapai 'penghantaran lawan bayaran' (DvP); dan o mengambil kira ketentuan perundangan bagi hak ke atas sekuriti yang didepositkan.
-
Mengkaji dan menyelenggara pengenalan produk baru iaitu melibatkan: o mengkaji semula rangka kerja pinjam meminjam sekuriti (SBL) dan kawal selia jualan singkat (RSS); dan o mengkaji semula rangka kerja pembelian balik saham.
Pasaran Derivatif -
Membangunkan bursa niaga hadapan dan rumah penjelasan dengan: o menyelenggara langkah meningkatkan kecairan pasaran sekunder; o menyelenggara pengenalan kontrak niaga hadapan dan opsyen kewangan dan komoditi yang baru; dan o menyelenggara usaha memperbaiki infrastruktur pasaran.
-
Membantu memperkenalkan produk berstruktur baru.
Pasaran Pendapatan Tetap -
Membangunkan pasaran utama dengan: o mencadangkan langkah memperkemaskan rangka kerja pengawalseliaan terbitan utama; dan o mengusulkan pengenalan sistem pendaftaran shelf.
-
Mengembangkan pasaran sekunder dengan: o mencadangkan langkah mempelbagaikan asas penerbit dan pelabur; o menyelenggara pengwujudan pasaran repo yang lebih aktif bagi bon; o meningkatkan bilangan instrumen pendapatan tetap, seperti memperkenalkan sekuriti sokongan aset; dan o menyelenggara perkembangan sistem penyebaran maklumat serta dagangan yang cekap bagi bon.
-
Mewujudkan kemudahan pengurusan risiko dengan: o menyelenggara pengenalan kepada produk derivatif berkaitan kewangan, sebagai contoh, kadar faedah, mata wang dan kontrak bon niaga hadapan dan opsyen.
Pasaran Modal Islam -
-
-
Mewujudkan pasaran ekuiti Islam melalui o mengkaji pematuhan oleh aktiviti broker saham Islam terhadap prinsip sya'riah; o mewujudkan prinsip dan standard perakaunan Islam; dan o menentu dan mengawasi status sekuriti yang telah diluluskan dan tersenarai di BSKL dan MESDAQ. Mengendalikan perkembangan sekuriti hutang persendirian Islam dengan memperkenalkan dana bon Islam, sekuriti sokongan aset dan produk lain. Membangunkan aktiviti pengurusan dana dan pelaburan kolektif Islam dengan : o mengkaji pematuhan aktiviti modal teroka terhadap prinsip syari'ah; dan o menilai pendekatan berlainan pengurusan pelaburan Islam yang diamalkan dalam pasaran Islam dan bukan Islam yang lain. Memperkenalkan instrumen pasaran modal Islam yang baru melalui: o menjalankan kajian terhadap pematuhan instrumen pasaran modal konvensional terhadap prinsip syari'ah; dan o penggunaan fiqh Islam secara inovatif untuk melahirkan instrumen baru yang diterima Islam.
Merasionalisasi dan Memperkukuhkan Institusi Pasaran -
Menyatukan kedudukan dan meningkatkan daya saing bursa niaga hadapan; Mengkaji semula peranan SCANS sebagai rumah penjelasan bersama pasaran ekuiti; Meliberalkan industri broker seiring dengan inisiatif Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan inisiatif global yang lain; dan Mengkaji semula peranan rumah terbitan.
Masalah Sistem Komputer Tahun 2000: Inisiatif SC Cabaran terbesar millenium baru bagi komuniti perniagaan global adalah untuk menangani isu Tahun 2000, yang juga dikenali sebagai isu Y2K atau pepijat alaf (Millenium Bug). Ia adalah disebabkan oleh kegagalan umum dalam mereka cipta sistem komputer yang boleh beroperasi sehingga ke abad yang akan datang. Sistem komputer yang digunakan pada masa ini tidak dilengkapi dengan fungsi yang membolehkannya beroperasi ketika peralihan abad berlaku, iaitu, ia tidak diprogram untuk mengenalpasti "00" sebagai tahun 2000 selepas tahun 1999. Organisasi akan terjejas dalam keadaan atau cara yang berbeza, bergantung kepada sejauh mana cara mereka menggunakan komputer dan bagaimana format tarikh digunakan oleh setiap program komputer. Pepijat alaf berpotensi menyebabkan kerosakan besar dan memberi kesan yang boleh menjejaskan prestasi syarikat dan pasaran sekuriti dan niaga hadapan, menimbulkan ketidaktentuan komersial, meningkatkan kos perniagaan dan mengganggu perkembangan ekonomi. Adakah Pasaran Modal Malaysia Bersedia? Pasaran modal Malaysia sangat bergantung kepada teknologi, khususnya dalam pasaran sekunder di mana dagangan dilaksanakan dengan menggunakan rangkaian komputer, dan penjelasan dan penyelesaian dagangan dilakukan melalui sistem komputer dengan campur tangan manual yang minima. Dengan had waktu yang semakin dekat, SC telah mengambil pelbagai inisiatif sejak Julai 1997 untuk memastikan kesediaan semua konstituen SC dalam pasaran modal bagi menyelesaikan masalah Y2K. Apa Yang SC Akan Lakukan a. Keperluan Bagi Kesediaan Y2K Tugas 1. Institusi Pasaran1
-
-
Untuk menyerahkan pelan tindakan berkenaan penilaian dan usaha penyelesaian Y2K yang tertentu. Untuk menyerahkan laporan penilaian suku tahunan berkenaan status pelaksanaan. Untuk menyiapkan semua kerja ubahsuai, ujian integrasi dan pelaksanaan sistem berkaitan pasaran yang kritikal. Untuk menjalankan ujian industri yang menyeluruh dan terperinci dengan semua syarikat ahli dan entiti luaran yang lain bagi memastikan program antara muka sistem (interface system programmes) dan sistem 'back-office' ahli adalah tersedia.
Pada
??
Disember 1998
?? ??
Mac 1999 Jun 1999
2. Syarikat Ahli dan Perantara Berlesen yang Lain2
-
Untuk menyerahkan laporan daripada juruaudit bebas berkenaan kesediaan menyeluruh dan pelan luar jangka terhadap semua sistem berkaitan pasaran yang kritikal.
-
Syarikat ahli perlu menzahirkan aktiviti Y2K, ketidaktentuan dan kos, termasuk melibatkan diri dalam ujian industri yang menyeluruh dan terperinci ke atas sistem berkaitan pasaran yang kritikal dengan kerjasama institusi pasaran. Perantara berlesen perlu menzahirkan aktiviti Y2k melalui satu bentuk acuan (template) laporan.
-
3. Syarikat Awam Tersenarai
-
4. Syarikat Pengurusan Unit Amanah
-
Untuk menzahirkan aktiviti Y2K, ketidaktentuan dan kos melalui pengumuman. Penzahiran seterusnya dalam laporan tahunan, penyata kewangan pertengahan tahun dan pengumuman.
??
Daripada Jun 1998
Untuk menzahirkan aktiviti Y2K mereka di dalam semua prospektus yang akan diserahkan kepada SC untuk pembaharuan.
Pengawasan berterusan terhadap tahap kesediaan pasaran modal Malaysia bagi memastikan kesediaan penuh industri untuk menghadapi Tahun 2000.
1. Institusi pasaran merujuk kepada -
-
Bursa iaitu Bursa Saham Kuala lumpur (BSKL), Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE), Bursa Komoditi Kuala Lumpur (BKKL), Bursa Kewangan Malaysia (MME), Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebutharga Automasi Malaysia (MESDAQ); Rumah Penjelasan iaitu Sekurities Clearing Automated Network Services (SCANS) dan Rumah Penjelasan Derivatif Malaysia (MDCH); Rumah terbitan iaitu Malaysian Issuing House (MIH) dan MIDF Consultancy and Corporate Services (MIDFCCS); dan Depositori Pusat Malaysia (MCD).
Syarikat ahli merujuk kepada ahli BSKL, KLOFFE, BKKL, MME dan MESDAQ, manakala perantara berlesen yang lain merujuk kepada syarikat pengurusan aset.
SIDC Sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Terulung bagi Pasaran Modal Bahagian latihan dan pendidikan SC, iaitu Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), memainkan peranan penting dalam pembangunan pasaran modal Malaysia. Sedang SC dan pelbagai bahagiannya menjalankan fungsi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal, SIDC memberi tumpuan di peringkat akar umbi, iaitu, terhadap peserta pasaran. Secara asasnya peranan SIDC adalah untuk menyediakan mereka terhadap program yang dijalankan, dan menekankan tentang tugas dan tanggungjawab mereka melalui program latihan dan pendidikannya. Membina Kemahiran dan Kepakaran Matlamat sebenar yang hendak dicapai ialah untuk meningkatkan taraf pasaran modal Malaysia melalui peningkatan tahap kemahiran, profesionalisme dan kesedaran di kalangan pelbagai kumpulan pasaran. Dalam masa tiga tahun yang akan datang, SIDC akan terus memberikan tumpuan kepada pembangunan program latihan dan pendidikan yang dapat menyokong pelan pembangunan SC iaitu di antaranya termasuk meningkatkan tahap pentadbiran korporat dalam persekitaran pasaran dan peralihan daripada pengawalseliaan berteraskan merit kepada pengawalseliaan berteraskan penzahiran - langkah yang menuntut tahap kepakaran, ketelusan, integriti dan kecekapan pasaran yang lebih tinggi. Ia penting kepada aspirasi SIDC untuk menjadi pusat pendidikan dan latihan yang terulung di rantau ini. SIDC telah meletakkan sasaran pencapaian beberapa objektif strategik di kalangan pelbagai kumpulan pasaran seperti berikut: -
mendidik pelabur berkenaan risiko dan pulangan dari pelaburan, perancangan kewangan, termasuk hak dan tanggungjawab mereka; meningkatkan pemahaman yang lebih luas tentang tugas dan tanggungjawab sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat awam tersenarai; meningkatkan tahap profesionalisme dan kepakaran perantara pasaran; dan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam pasaran modal melalui pendidikan.
Dari satu segi para pelabur perlu mempunyai pengetahuan dan pendidikan yang cukup bagi membuat keputusan pelaburan yang baik. Dari segi yang lain, mereka perlu diyakinkan bahawa mereka mendapat perkhidmatan dari para profesional pasaran yang memiliki tahap kemahiran dan kepakaran yang boleh diterima pakai. Memenuhi keperluan ini sentiasa diberi keutamaan di SIDC, yang akan terus membangunkan modul pelesenan dalam masa tiga tahun yang akan datang dan membentuk program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) menjelang akhir tahun 2000. Di bawah program CPE, perantara perlu meningkatkan kemahiran secara berterusan jika ingin mengekalkan lesen bagi menjalankan perniagaan mereka. Program CPE adalah satu pendekatan unik yang bertujuan untuk membina budaya peningkatan berterusan di kalangan ahli kumpulan dan juga untuk memastikan kemajuan kerjaya mereka. Akhirnya, semua pihak akan mendapat faedah daripada peningkatan kemahiran dan profesionalisme dalam persekitaran pasaran.
Satu lagi objektif SIDC yang penting ialah untuk membangunkan pusat ujian bersepadu bagi pasaran modal pada permulaan tahun 1999 untuk menggantikan amalan semasa di mana peperiksaan dijalankan oleh bursa dan organisasi SROs yang berbeza. Dengan adanya pusat ujian bersepadu, kelebihan berikut akan dicapai: -
pencarian dan pembentukan satu pasukan profesional bagi semua peperiksaan, oleh itu mengelakkan pembaziran usaha dan sumber antara bursa dan SROs; pencapaian ekonomi bidangan melalui pemusatan kerja pembangunan, pengkomputeran kertas peperiksaan dan memiawai dan memperkemas kerja penyusunan peperiksaan; penurunan kadar yuran yang pada masa ini tinggi; penghapusan terhadap keperluan untuk pergi ke lebih dari satu pusat ujian bagi menyempurnakan siri-siri peperiksaan; dan pengurangan terhadap kebocoran soalan peperiksaan dengan berkurangnya orang yang mengendalikan kertas peperiksaan dan kawalan ketat di tempat ujian.
SIDC juga memainkan peranan penyelidikan dan pembangunan dan sedang menuju ke arah perumusan model pendidikan pasaran modal Malaysia. Pengalamannya sebagai pusat pendidikan dan latihan serta pengalaman kerjanya bersama juru runding telah meletakkan SIDC di kedudukan yang terbaik dalam mengetahui keperluan dan sifat pasaran modal Malaysia dan cara terbaik untuk membangunkannya dengan lebih lanjut. SIDC berharap untuk berkongsi pengalaman merumus model Malaysia bersama pasaran serantau baru muncul. Penyediaan Sumber Maklumat dan Penyelidikan Bagi memenuhi keperluan maklumat dan penyelidikan industri, SIDC telah membangunkan Pusat Sumber Maklumat (IRC), yang menyediakan perkhidmatan komprehensif termasuk yang menggunakan aplikasi hiliran yang terkini dalam IT. Pengguna kemudahan tersebut terdiri daripada kakitangan SC manakala pengguna luar terdiri dari pelajar kursus/program profesional, para penyelidik, para pelabur dan pengarah syarikat. Merangkumkan maklumat dalam pelbagai format - bercetak, elektronik dan multimedia - IRC menawarkan berbagai bahan berkenaan pelbagai subjek dan topik yang berkaitan dan berkepentingan kepada industri. Selain daripada buku, monograf, laporan tahunan syarikat, tajuk akhbar, jurnal dan prosiding dalam bentuk bahan bercetak, IRC juga mempunyai koleksi maklumat dalam bentuk pita video dan CD-ROM yang meliputi subjek kewangan, sekuriti, pasaran modal dan hal berhubung perniagaan dan perundangan. Ia juga melanggani perkhidmatan dalam talian bagi maklumat kewangan dari agensi komersial. Rancangan masa hadapan IRC berkisar kepada penyebaran maklumat dalam talian yang lebih meluas. Sebagai sebahagian dari usaha ke arah ini, IRC berhasrat menukar sumber maklumat bercetaknya kepada format elektronik dan membangunkan satu rangkaian infrastruktur bersepadu bagi membolehkan interaksi laluan yang ramah pengguna terhadap sumber maklumatnya untuk kumpulan pengguna yang lebih besar. Visinya ke arah pengurusan maklumat strategik menggunakan teknologi berteraskan komputer akan membuka jalan bagi pembangunan pengkalan data, penerbitan elektronik dan pengurusan rekod dan arkib.
IRC juga merancang satu skim memasuki pengurusan sinergi bersama agensi maklumat lain untuk berkongsi sumber bagi kepentingan bersama. Sebagai permulaan, IRC telah berhubung dengan perpustakaan agensi tempatan seperti BSKL, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Bank Negara Malaysia dan berharap untuk membawa inisiatif tersebut ke peringkat antarabangsa. Dengan pemindahan ke bangunan baru SIDC dan SC pada tahun 1999, rancangan pembangunan IRC akan dilaksanakan dengan jalan yang lebih meluas dan besar. Antara lain, kemudahan di bangunan baru berkenaan akan dapat menampung perkembangan masa depan bagi sumber maklumat tradisional dan elektronik dan membolehkan ia menggabungkan infrastruktur moden dan berteknologi tinggi bagi menyokong aktiviti-aktivitinya. Pelan SC 1998 - 2000 SIDC -
Meningkatkan program pendidikan dan latihan bagi semua peserta pasaran; Membentuk dan memperkenalkan modul pelesenan bagi perantara pasaran; dan menubuhkan pusat ujian bersepadu.
-
Membentuk program perkongsian sumber dan meningkatkan kerjasama dengan institusi lain yang serupa pada peringkat nasional dan serantau; dan Membentuk infrastruktur rangkaian bersepadu untuk membolehkan interaksi laluan yang ramah pengguna terhadap sumber maklumatnya.
IRC
-