Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013
Faktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu. Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan =)
Legal Notice Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya Infokerjaya Resources (002091193-K) Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi Akta Hakcipta. Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web www.pegawaipenerangan.com, sila laporkan kepada kami melalui email
[email protected] dan ganjaran sewajarnya akan diberikan kepada anda Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip penting untuk kemasukan kerja kerajaan daripada kami yang akan disalurkan melalui EMAIL yang anda daftarkan dengan kami
Disclaimer Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 ini adalah hakmilik di bawah tanggungjawab Infokerjaya Resources. Ianya diterbitkan untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.
Infokerjaya Resources, OGOS 2013
www.pegawaipenerangan.com
2
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013
Pengenalan Jawatan Pegawai Penerangan untuk sesi peperiksaan OGOS 2013 ini khusus untuk S41 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pegawai Penerangan S41 KKM ini akan berkhidmat di hospital seluruh negara
Carta Organisasi Hospital Tawau
Jawatan ini diletakkan di bawah kategori kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain KKM, Pegawai Penerangan juga ditempatkan di Kementerian Penerangan
www.pegawaipenerangan.com
3
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Gaji juga menyaksikan peningkatan yang signifikan berkadaran dengan kenaikan kos sara hidup. Anda boleh lihat perbezaan tangga gaji untuk tahun 2011 dan 2013. Tidak termasuk dengan kelebihan lain sebagai kakitangan kerajaan. Tahun
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
2011 2013
RM1,688.89 RM1,908.45
RM5,219.23 RM6,797.73
Perbezaan Gaji S41 Tahun 2011 dan 2013
Syarat Lantikan (edaran umum SPA):
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM1,908.45 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] atau
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan lulus peperiksaan khas.
www.pegawaipenerangan.com
4
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak. Informasi di atas adalah dalam senarai edaran umum oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Di samping maklumat di atas, maklumat tambahan berkaitan tugas Pegawai Penerangan adalah; Mengetahui konsep-konsep pelaksanaan rancangan atau kempen jabatan di peringkat negeri dan daerah. Mengetahui dan mempraktikkan cara-cara mengumpul,merumus, menganalisa Laporan Khas, reaksi dan pendapat umum. Merancang dan menyelia kempen Geraksaraf.Teknik-teknik perancangan mengumpul data dan membuat analisis kedudukan kawasan.
www.pegawaipenerangan.com
dan cara
5
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013
RUJUKAN PANTAS Nota Ringkas ini adalah himpunan tajuk-tajuk penting yang diedarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Nota 1: Unit Promosi Kesihatan Fungsi ‘Unit Promosi Kesihatan’ adalah Terlibat dalam merancang dan mengendali kempen atau aktiviti promosi kesihatan di peringkat kebangsaan, negeri atau daerah dalam meningkatkan kapasiti dan kebolehan masyarakat dalam mengurangkan risiko penyakit. Mempromosi perubahan gaya hidup di kalangan kumpulan berisiko tinggi serta melibatkan masyarakat dalam mempromosi perubahan gaya hidup semua peringkat masyarakat. Terlibat dalam jawatankuasa, mesyuarat atau aktiviti bagi menggalakkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu dalam memastikan program promosi kesihatan menjadi lebih efektif. Menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan pada peringkat komuniti melalui teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
Nota 2: Medium Sebaran Maklumat Kesihatan Bercetak: Risalah Poster Buku Kecil Carta Flip Hebahan: Televisyen Radio Aktiviti komuniti Iklan Aktiviti kempen Penggunaan Bahasa; Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil
www.pegawaipenerangan.com
6
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Nota 3: Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Diwujudkan sebagai satu pusat untuk menyebarluaskan perkhidmatan promosi kesihatan yang terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat di kalangan masyarakat Pusat ini akan diuruskan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan dan dibantu oleh beberapa petugas sukarela yang mahir dalam bidang berkaitan. Fasilitator Kempen Cara Hidup Sihat yang dilatih akan menjadi feeder kepada pusat ini. Objektif pusat ini antara lain ialah : Memberi peluang kepada masyarakat membina pengetahuan dan kemahiran gaya hidup sihat. Membimbing peserta mencapai matlamat ke arah kesejahteraan. Menanam kesedaran pentingnya menjaga dan meningkatkan kesihatan. Membentuk rangkaian individu yang bertindak sebagai petugas penting (fasilitator) yang menyokong usaha promosi kesihatan.
Latihan komprehensif kemahiran gaya hidup sihat yang disediakan meliputi:
Pengurusan tekanan dan relaksasi Pengurusan masa Bertegas diri (assertiveness) Keibubapaan berkesan Kecergasan Komunikasi
Juga disediakan Penilaian asas tahap kesihatan seperti:
Penilaian kecergasan Tekanan darah Kandungan gula dalam darah Tahap kolesterol Body Mass Index
Untuk aktiviti berkala komuniti, beberapa aktiviti dianjurkan seperti: Senaman aerobik / Tai Chi / regangan Masakan sihat Sukaneka sihat ceria Setakat ini terdapat 8 Pusat Promosi Kesihatan Komuniti; 1
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Alor Setar
2
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Seberang Jaya www.pegawaipenerangan.com
7
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 3
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Sungai Dua
4
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Purun
5
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Kerteh
6
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Bangi
7
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Masjid Tanah
8
Pusat Promosi Kesihatan Komuniti Putatan
Nota 4: Communication for Behavioural Impact (COMBI) COMBI atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah laku. Ia diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah denggi di Malaysia. COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat COMBI dibangunkan berasaskan teori-teori perubahan tingkah laku, komunikasi dan pemasaran. Pendekatan yang menyeluruh lagi fleksibel dalam merancang, melaksana dan memantau tindakantindakan mobilisasi sosial dan komunikasi yang boleh diubah suai mengikut objektif-objektif tingkah laku yang telah dipilih. Bagi melaksanakan program COMBI, lima ( 5 ) prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi secara bersepadu hendaklah diamalkan iaitu; Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy) Kerahan Masyarakat (Community Mobilization) Pengiklanan (Advertising) Penyampaian Peribadi/ Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication) Promosi di Pusat Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion)
Matlamat COMBI ialah untuk; Menggerakkan pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu denggi dalam komuniti Mewujudkan tanggungjawab bersama dalam komuniti Mempengaruhi serta mengukuhkan keputusan/tingkah laku/norma sosial dalam komuniti Projek COMBI merupakan satu pendekatan yang berorientasikan daripada komuniti untuk komuniti. Kumpulan sasar bagi pelaksanaan projek ini adalah berpandukan kepada situasi berikut:
www.pegawaipenerangan.com
8
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Lokaliti yang pernah berlaku kejadian wabak (wabak berulang, wabak tidak terkawal atau lokaliti wabak Lokaliti yang pernah berlaku kejadian kes Lokaliti yang mempunyai Indeks Entomologi tinggi Lokaliti yang sukarela untuk menubuhkan projek COMBI Bagi memberi pengiktirafan di atas sumbangan komuniti kepada Projek COMBI, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Konvensyen COMBI Peringkat Kebangsaan secara dwi tahunan. Melalui aktiviti ini, ahli COMBI dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan bagi memperkasa usaha membanteras denggi. Nota 5: PROSTAR PROSTAR berkonsepkan Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Sebagai PRS mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain. Untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR. Formula PROSTAR terdiri daripada simbol-simbol berikut:-: + tambah maklumat ÷ bahagi tanggungjawab x gandakan usaha - tolak risiko = hidup sihat tanpa AIDS
Di antara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli Kelab PROSTAR termasuklah; Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang. Sesi kaunseling remaja. Klip video peserta didedahkan untuk membuat pengucapan awam Klip video peserta mengadakan forum di kalangan mereka Klip video peserta dalam aktiviti berkumpulan menyelesaikan soalan kuiz Latihan PRS PROSTAR Menerbit dan mengedarkan newsletter Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)
Nota 5: Program Siswa Sihat (PROSIS) PROSIS ini berkonsepkan “Dari Siswa, Melalui Siswa, Untuk Siswa”. Program ini menggerakkan siswa/i Institusi Pengajian Tinggi Tempatan/Swasta yang dilatih sebagai sukarelawan/rakan siswa/i
www.pegawaipenerangan.com
9
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 ke arah amalan cara hidup yang sihat. Sebagai sukarelawan mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti promosi kesihatan kepada siswa/i yang lain di universiti masing-masing. Konsep PROSIS ini merangkumi seperti butiran dibawah: PROSIS diperkenalkan bagi memperkukuhkan pelaksanaan Kempen Cara Hidup Sihat (KCHS). Program Bina Upaya Kemahiran Cara Hidup Sihat ini menawarkan sesi-sesi pengajaran dan pembelajaran kepada siswa/i. Sesi PROSIS yang dianjurkan di kampus akan memberi peluang kepada pelbagai peringkat siswa/i/i untuk mempelajari kemahiran cara hidup sihat tertentu secara formal dan terancang. Sekumpulan M10 yang terdiri daripada siswa/i akan diberi latihan untuk mempelajari kemahiran cara hidup sihat dan seterusnya berupaya mempromosi amalan hidup sihat kepada siswa/i lain. Projek PROSIS yang ditawarkan adalah untuk kumpulan sasar khusus dalam masyarakat kampus Mereka yang ingin menyertai sesi projek ini dikehendaki membuat permohonan dan pendaftaran dengan kumpulan M10 yang telah diberi latihan.
Objektif Umum Melahirkan siswa/i yang membudayakan amalan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. Objektif Khusus Membentuk kemahiran siswa/i dalam mengamalkan cara hidup sihat, khususnya berkaitan 5 komponen Kempen Cara Hidup Sihat iaitu Lakukan Aktiviti Fizikal, Makan Secara Sihat, Tidak Merokok, Pupuk Minda Sihat dan Sihat Tanpa Alkohol. Memupuk sikap positif masyarakat kampus terhadap amalan cara hidup sihat. Membina jaringan antara kumpulan sasar yang mempunyai minat/kecenderungan yang sama di dalam kampus dan Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara dalam mengamalkan cara hidup sihat (social support). Memperkasakan siswa/i dengan menubuhkan kumpulan M10 (sekumpulan 10 Mahasiswa/i yang menjadi ‘champion’ dan agen perubahan tingkahlaku kesihatan dalam kalangan warga kampus) Menjadikan aktiviti berjalan 10,000 langkah sebagai amalan harian Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian Menjauhi aktiviti tidak sihat seperti merokok dan minum arak. Tema
www.pegawaipenerangan.com
10
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 “Siswa Sihat, Siswa Cergas” Skop Program ini memfokuskan elemen-elemen cara hidup sihat iaitu:
Lakukan Aktiviti Fizikal Makan Secara Sihat Tidak Merokok Pupuk Minda Sihat Sihat tanpa alkohol
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar utama Siswa/Siswi Kumpulan sasar sekunder Pengurusan Universiti & Pengendali makanan
Nota 6: Aktiviti & Hari Khas 2013 Januari 2013; - Hari Kusta Sedunia Mac 2013; - Program Galakan Membaca - Hari Buah Pinggang Sedunia - Hari Sindrom Down Sedunia - Hari Hepatitis Sedunia - Hari Tini Sedunia April 2013: - Hari Kesihatan Sedunia - Hari Parkinson Sedunia - Minggu Imunisasi Sedunia Mei 2013; - Hari Asma Sedunia - Hari Talesemia Sedunia - Hari Jururawat Sedunia - Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 Jun 2013; - Hari Susu Sedunia - Hari Derma Darah Sedunia - Hari Denggi Asean - Jom Ganyang Aedes Julai 2013; - Jalan Ria 10, 000 Langkah 1Murid 1Sukan, Bulan Kecergasan www.pegawaipenerangan.com
11
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Ogos 2013; - Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia September 2013; - Hari Jantung Sedunia Oktober 2013; - Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia - Hari Kesihatan Mental Sedunia - Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Kebangsaan - Minggu Jurupulih Cara Kerja Sedunia - Hari Anestesiologi Sedunia - Hari Strok Sedunia November 2013; - Hari Diabetes Sedunia - Hari Kanak-kanak sedunia Disember 2013; - Hari AIDS Sedunia - Hari Orang Kurang Upaya Sedunia
Nota 7: IXXXXX
Nota 8: KEMPEN XXXXX
Nota 9: KEMPEN XXXXX
Nota 10: KEMPEN XXXXX
Nota 11: KEMPEN XXXXX
Nota 12: Klinik 1Malaysia Klinik ini diwujudkan di bawah inisiatif GTP untuk menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat Ianya merangkumi; Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti asma, diabetes dan darah tinggi Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi Khidmat nasihat/pendidikan kesihatan www.pegawaipenerangan.com
12
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013 Ianya dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat terlatih
Nota 13: IXXXXX Nota 14: IXXXXX Nota 15: IXXXXX
- TAMAT REVIEW COPY – Dapatkan VERSI PENUH di www.pegawaipenerangan.com
www.pegawaipenerangan.com
13
Pegawai Penerangan S41 – UPDATED 2013
-sedutan soalan pada m/s 20
Huraian Format Format untuk peperiksaan 29 OGOS 2013 ini sama seperti format 2012 yang lepas seperti yang dimaklumkan melalui surat panggilan. Ianya hanya mengandungi hanya 4 Seksyen berbanding peperiksaan Gred 41 lain yang mengandungi 5 seksyen. Tiada penilaian pemahaman teks bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam kata lainnya, format kali ini lebih ringkas dan sesi peperiksaan akan tamat lebih awal Untuk tahun ini tapisan nampaknya dilakukan lebih awal dengan mengadakan sesi peperiksaan pada hari Khamis. Pastinya ianya akan memberikan kesan kepada mereka yang sudah bekerja di mana kesukaran mendapat cuti pelepasan pasti muncul terutamanya bagi mereka yang mengambil cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Jika anda dipanggil dan mendapat pelepasan cuti, cuba hadir dan buat sehabis baik kerana peluang mereka yang hadir lebih cerah kerana dijangkakan % mereka yang hadir adalah kurang Anda harus tahu juga yang Gred 41 telah mula menggunakan sistem MyRecruitment yang sebelum ini hanya untuk menapis calon lulusan ijazah bagi beberapa jawatan khusus Gred 41 seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Ringkasnya, sebelum sampai ke temuduga calon akan melalui 2 peringkat saringan iaitu peperiksaan bertulis (yang bakal anda hadapi) dan sekiranya berjaya anda akan dibawa menduduki sesi “Program Assessment Center (PAC)” sebelum ke sesi temuduga. Anda tak perlu risau mengenai PAC ini kerana Infokerjaya sudah membantu ramai calon menduduki sesi PAC ini. Risalah PAC akan menjadi milik anda secara percuma sebagai BONUS pembelian anda kali ini. Ianya akan dihantar melalui email yang anda daftarkan di ruangan download. Jika anda tidak daftar di sana, anda akan terlepas bonus ini! Jadi buat masa ini, fokus untuk berjaya dalam peperiksaan bertulis terlebih dahulu. Jadi bagaimana dengan format yang anda tahu? Formatnya 4 Seksyen sahaja tetapi mengikut penilitian Inforkerjaya (Team Tipsptd) sepanjang lebih kurang 4 tahun membantu calon (sejak tahun 2009) dalam peperiksaan bertulis memasuki perkhidmatan awam, setiap seksyen dipecahkan lagi. Anda beruntung kerana memilih untuk memiliki pakej ini kerana hal ini tidak diketahui oleh calon yang lain kecuali mereka yang memiliki naskhah ini. Kami namakan ianya sebagai “pecahan dalam pecahan”!
Dapatkan VERSI PENUH di www.Pegawaipenerangan.com
www.pegawaipenerangan.com
14