Untuk Siaran Segera
Panasonic Memperluaskan Pilihan dalam Pasaran dengan Penyaman Udara Baru ECONAVI Penyaman udara baru ECONAVI mengesan pembaziran tenaga yang tidak disedari menggunakan Sensor Aktiviti Manusia dan Sensor Cahaya Matahari Shah Alam, 5 Disember 2012 – Panasonic Malaysia Sdn Bhd kini melancarkan 10 model baru Penyaman Udara di bawah siri ECONAVI dengan ciri pemasaran baru kami iaitu Gelombang Suhu yang berupaya memberikan penjimatan tenaga yang lebih tinggi sehingga 38%*1 dan sehingga 50%*2 dengan Teknologi Inverter Pintar. Siri ECONAVI juga dilengkapi sensor pintar bagi mengesan pembaziran tenaga yang tidak disedari menggunakan Sensor Aktiviti Manusia dan Sensor Cahaya Matahari. Ia berupaya memantau kedudukan manusia, pergerakan, ketakhadiran dan intensiti cahaya matahari. Ia kemudiannya menyelaraskan kuasa penyejukan secara automatik bagi menjimatkan tenaga secara efisien tanpa mengganggu keselesaan hawa dingin dan kemudahan. “Model-model baru ini adalah sebahagian daripada langkah strategik kami ke arah menjadi Syarikat Inovasi Hijau No. 1 dalam industri elektronik menjelang tahun 2018. Kami yakin bahawa produk-produk mesra alam yang menjimatkan tenaga akan menarik perhatian para konsumer dan sekaligus memperkasakan mereka untuk menjimatkan tenaga dan menyumbang kepada alam sekitar secara positif. Ini adalah selaras dengan matlamat kami untuk mewujudkan sebuah ECONATION, memupuk warga Malaysia untuk menjadi warganegara yang mesra alam dan merealisasikan gaya hidup hijau melalui Penyimpanan, Penciptaan, Penjimatan dan Pengurusan Tenaga yang merupakan komponen utama Tenaga Panasonic untuk ECONATION,” kata Jeff Lee, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia. (*1 perbandingan di antara Model 1.5 HP Inverter dengan sensor ECONAVI berganda “dipasang” dan “dipadam” semasa mod penyejukan) (*2 perbandingan di antara Model 1.5 HP Inverter dengan Model 1.5 HP Bukan inverter semasa mod penyejukan)
1
Selain daripada kemajuan teknologi menjimatkan tenaga, model-model bagi tahun 2013 juga akan mengetengahkan pelbagai pembaharuan kepada sistem pembersihan udara nanoe-G. Penyahaktifan Dalam Penapis baru boleh menyahaktifkan sehingga 99%*3 daripada bakteria dan virus yang terperangkan di dalam penapis. Maka, nanoe-G baru menawarkan satu sistem pembersihan udara yang lebih lengkap. Ia bertindak dengan berkesan ke atas mikroorganisma di dalam udara, permukaan, malah di dalam penapis juga. Ng Hong Ping, Pengurus Besar Panasonic Malaysia berkata, “Saya ingin berkongsi bersama para pengguna kami bahawa siri ECONAVI 2013 adalah rangkaian produk yang mesra alam dan cekap tenaga. Ia menggunakan kemajuan dalam sensor pintar dan program-program kecekapan bagi mengoptimumkan prestasi penyejukan mengikut keadaan bilik dan aktiviti harian para penghuni. ECONAVI beradaptasi mengikut gaya hidup anda agar anda dapat menikmati penjimatan tenaga yang lebih baik, mengekalkan keselesaan dingin dan kemudahan sambil mengekalkan gaya hidup masakini anda. Dan dengan nanoe-G baru, anda juga dapat menikmati kehidupan dalam persekitaran yang lebih bersih”. “Seluruh rangkaian model Inverter ECONAVI Panasonic (1.0HP hingga 2.5HP) dan model Bukan Inverter Deluks (1.0HP & 1.5HP) telah dianugerahkan penarafan produk 5-bintang bagi penyaman udara yang cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia, berdasarkan keputusan ujian prestasi tenaga oleh SIRIM.” (*3 Disahkan oleh Japan Food Research Laboratories. No. laporan Ujian 12037932001 dan No. laporan Ujian 12014705001)
Penyaman Udara Bilik ECONAVI ECONAVI baru dengan Gelombang Suhu menggunakan corak unik di dalam Kawalan Perubahan Suhu yang boleh memberikan lebih penjimatan tenaga tanpa mengorbankan keselesaan. Pendekatan baru ini telah dibangunkan berdasarkan pemahaman dalam Fisiologi Terma; tubuh manusia akan beradaptasi secara fisiologi kepada perubahan dalam suhu. Apabila suhu yang ditetapkan dinaikkan dan dikekalkan, tubuh manusia mempamerkan respon fisiologi berkala mengikut kitaran kira-kira 60 minit. Berlandaskan pemahaman mengenai
fisiologi
terma
ini,
Pusat
Penyelidikan
dan
Pembangunan
Panasonic
membangunkan corak Kawalan Suhu Beritmik yang berupaya mengimbangi respon fisiologi terma.
2
Hasil eksperimen menunjukkan bahawa sensasi terma dikekalkan dalam julat yang selesa sepertimana disyorkan oleh piawaian Antarabangsa EN ISO 7730 walaupun suhu purata telah dinaikkan secara sederhana. Maka, apabila ECONAVI mengesan kehadiran manusia dan tahap aktiviti yang rendah, gelombang suhu akan beradaptasi mengikut kawalan suhu beritmik bagi menghasilkan penjimatan tenaga tambahan tanpa mengorbankan keselesaan. Anda kini boleh menikmati penjimatan tenaga tinggi sehingga 38% sambil mengekalkan penyejukan, keselesaan dan kemudahan yang tidak terganggu. Selain daripada ciri-ciri ECONAVI dan Inverter Pintar, kedua-dua model Inverter dan Deluks Bukan Inverter turut dilengkapi dengan sistem pembersihan udara baru lagi termaju yang dinamakan nanoe-G dengan Penyahaktifan Dalam Penapis. Penyahaktifan Dalam Penapis akan diaktifkan secara automatik selepas penyaman udara dipadamkan. Menggunakan ion udara semula jadi, partikel nanoe-G disebarkan ke dalam penapis untuk menyahaktif secara berkesan sehingga 99%*3 bakteria dan virus yang terperangkap di dalam penapis. Nanoe-G juga bertindak dengan berkesan ke atas mikroorganisma di dalam udara dan di permukaan. Hasilnya, kediaman anda akan sentiasa kekal bersih dan menyegarkan. Teknologi Inverter Pintar Teknologi Inverter Pintar terkenal Panasonic yang mesra alam telah menempa nama di kalangan isi rumah terutamanya bagi penyaman udara, berkat operasi yang boleh dipercayai dan amat cekap tenaga. Di dalam sebuah penyaman udara Inverter, satu litar penukaran kuasa mengawal kelajuan putaran pemampat; dengan itu, output penyaman udara. Sebaik sahaja suhu bilik yang diinginkan tercapai, Teknologi Inverter Pintar mengurangkan frekuensi putaran pemampat dengan menyelang-nyelikan frekuensi bekalan kuasa. Maka, penyaman udara Inverter berfungsi dengan kuasa minima serta kawalan suhu yang tepat. Dengan mengurangkan operasi penyejukan yang membazir, Siri Inverter boleh mencapai pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 50% berbanding dengan unit bukan inverter. Selain daripada penjimatan tenaga, Teknologi Inverter Pintar juga memberikan keselesaan yang tetap dengan julat output kuasa yang luas dan penyejukan pantas semasa 3
tempoh permulaan.
Model penyaman udara bilik Inverter Pintar baru menggunakan bahan penyejuk R410A yang berbeza dengan penyejuk yang digunakan dalam penyaman udara konvensional kerana ia meminimumkan kerosakan pada lapisan ozon. Sempena dengan pelancaran penyaman udara bilik ECONAVI Panasonic, para pelanggan akan menerima sebuah Beg Bergaya dengan setiap pembelian sebuah penyaman udara ECONAVI, dan sebuah Beg Dura dengan setiap pembelian sebuah penyaman udara Standard. Untuk maklumat lanjut mengenai penyaman udara ini serta promosi terkini, sila layari http://www.panasonic.com.my atau kunjungi wakil penjual Panasonic yang terdekat. Harga untuk model Inverter ECONAVI baru adalah seperti berikut: Model
HP
ASP (RM)
CS-S10PKH
1.0
1,438
CS-S13PKH
1.5
1,788
CS-S15PKH
1.75
2,268
CS-S18PKH
2.0
2,688
CS-S24PKH
2.5
3,128
Harga untuk model Bukan Inverter Deluks ECONAVI adalah seperti berikut: Model
HP
ASP (RM)
CS-C9PKH
1.0
1,228
CS-C12PKH
1.5
1,568
CS-C18PKH
2.0
2,338
CS-C24PKH
2.5
2,808
CS-C28PKH
3.0
3,218
4
Latar belakang Panasonic Malaysia Sdn Bhd Panasonic Malaysia Sdn Bhd adalah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik merangkumi audio visual, kelengkapan rumah, penyaman udara, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, kesihatan dan penjagaan kecantikan hingga ke bateri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh didapati menerusi pengedar sah kami di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk Panasonic, layari laman web kami di www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan di 03-5543 7600. Bagi rakan media, sila muat turun siaran akhbar beserta gambar di www.pmpressroom.com Hubungan Media:
Mazlee Mokhtar Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Tel: 03 7809 7877 Faks: 03 7955 1857 Mobil: 019 383 7164 Emel:
[email protected]
Hubungan Produk: Tong Sai Cheong Manager, Air Conditioners Department Tel: 03 7809 7611 Mobile: 019 280 8913 Email:
[email protected]
5