OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
1.0
Halaman: 1 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
TUJUAN Prosedur ini bertujuan untuk menerangkan tatacara Kawalan Akses dilaksanakan.
2.0
SKOP Skop prosedur ini merangkumi semua tugas yang dilaksanakan di laluan masuk dan keluar dalam kampus.
3.0
DOKUMEN RUJUKAN Nombor Dokumen
Tajuk Dokumen
UPM/PGR/MK/001 -
Manual Kualiti Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 -Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (tatatertib) Pelajar-pelajar 2005 -Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Lalu Lintas Jalan) 2015 -Universities and University Colleges Act 1971 (Act 30) -Perlembagaan Universiti Putra Malaysia -Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ( Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil.2 Tahun 2007) Arahan Tetap Operasi (S.O.P)
UPM/OPR/BKU/AT01/SOP 4.0
5.0
TERMINOLOGI / SINGKATAN : PGH PK PPK PO PT Anggota
-
Pelawat PYB
-
Pengarah Pegawai Keselamatan Penolong Pegawai Keselamatan Penyelia Operasi Penyelia Tadbir Polis Bantuan/Pengawal Keselamatan Kanan / Pengawal Keselamatan Orang Luar Pegawai Yang Bertanggungjawab
TANGGUNGJAWAB PGH, PK, PPK, PT, PO, Anggota, Pelawat dan PYB bertanggungjawab menentukan Prosedur Kawalan Akses ini dilaksanakan.
Halaman: 2 / 13
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
No. Semakan: 06 BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES 6.0
No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
CARTA ALIR
Mula
7.1
Taklimat
7.2
Ambil Alih Tugas dan Terima Tugas
7.3
Laksana Tugas
7.4
Tindakan
7.5
7.6
Ada Kes?
Ya Majukan Laporan
Buat Laporan dan Serah Tugas
Tamat
7.7
7.8
7.9
Tidak
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES 7.0
Halaman: 3 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
PROSES TERPERINCI Tindakan
7.1
Mula
7.2
Taklimat
Tanggungjawab
7.2.1 Anggota menerima taklimat dan penempatan tugas ketika baris masuk tugas. 7.3
PO
Ambil Alih Dan Terima Tugas 7.3.1 Mengambil alih tugas di tempat tugas daripada anggota terdahulu.
Anggota
7.3.2 Memastikan peralatan tugas di tempat tugas mencukupi dan berkeadaan baik. Jika tidak, kemukakan laporan kepada PO.
Anggota
7.3.3 Anggota dikehendaki menerima dan menandatangani Buku Laporan Tugas (serah dan terima tugas).
Anggota
7.3.4
Anggota yang mula bertugas dikehendaki melapor (menggunakan alat perhubungan) ke Pusat Kawalan selepas menerima tugas.
Anggota
7.3.5 Anggota yang tamat tugas dikehendaki melapor diri ke Pusat Kawalan selepas serah menyerah dan tamat tugas.
Anggota
Laksana Tugas 7.4
7.4.1 Urusan pelawat memasuki kawasan kampus. 7.4.1.1 Pos Kawalan ( Mempunyai laluan masuk sahaja) (i) Anggota hendaklah meminta pengenalan diri pelawat dan mengisikan butir-butir pelawat di dalam Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) dan memulangkan semula pengenalan diri pelawat setelah Borang Kebenaran Pelawat memasuki kampus lengkap diisi.
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
Halaman: 4 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
(ii) Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) diserahkan kepada pelawat sebagai bukti kebenaran memasuki kampus bersama Pas Pelawat dan Pas Kenderaan.
Anggota
(iii) Pelawat dikehendaki menyerahkan semula Pas Pelawat dan Pas Kenderaan kepada Anggota Keselamatan apabila keluar dari kawasan kampus di mana –mana laluan keluar.
Pelawat
(iv) Salinan kedua (2) Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) akan dikumpul oleh anggota untuk diserahkan kepada PO.
Anggota
7.4.1.2 Pos Kawalan ( Mempunyai satu laluan masuk dan keluar sahaja) (i)
Anggota dikehendaki mengambil dokumen pengenalan diri pelawat sebelum memberikan Borang Kebenaran Pelawat memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT), Pas Pelawat dan pas kenderaan kepada pelawat.
Anggota
(ii) Dokumen pengenalan diri pelawat hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan akan dipulangkan semula apabila pelawat keluar dari kawasan kampus.
Anggota
(iii) Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) diserahkan kepada pelawat sebagai bukti kebenaran memasuki kampus bersama Pas Pelawat dan Pas Kenderaan.
Anggota
(iv) Pelawat dikehendaki menyerahkan semula Pas Pelawat dan Pas Kenderaan kepada Anggota Keselamatan apabila keluar dari kawasan kampus di laluan keluar.
Pelawat
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
7.4.1.3
Halaman: 5 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
(v) Anggota hendaklah memulangkan semula dokumen pengenalan diri pelawat tersebut apabila pelawat menyerahkan semula , Pas Pelawat dan Pas Kenderaan ketika keluar kawasan kampus.
Anggota
(vi) Salinan kedua (2) Borang Kebenaran Pelawat memasuki kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) akan dikumpul oleh anggota untuk diserahkan kepada PO
Anggota
Pas Pelawat dan Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) dikecualikan pada hari terbuka , majlis atau aktiviti rasmi universiti, atau para tetamu yang telah dikenalpasti dan diberi kebenaran oleh pihak Pengurusan Universiti atau Bahagian Keselamatan seperti tetamu kehormat universiti.
Anggota
7.4.2 Periksa Pas Sementara (a) Pastikan Orang awam, pekerja kontrak dan pembekal yang berurusan atau bekerja di UPM yang masuk ke kawasan kampus mempamerkan Pas Sementara yang masih sah tempohnya.
Anggota
7.4.3 Bantu Beri Tunjuk Arah Kepada Pelawat (a) Beri bantuan kepada pelawat dengan memberi pandu arah ke tempat yang hendak dituju jika perlu.
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
Halaman: 6 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
7.4.4 Periksa Kenderaan (a) Buat pemeriksaan pelekat kenderaan UPM pada kenderaan yang masuk ke dalam kampus melalui laluan masuk.
Anggota
(b) Buat pemeriksaan ke atas kenderaan yang keluar dari kampus di laluan keluar.
Anggota
(c) Buat pemeriksaan ke atas kad pemilik kenderaan pelajar.
Anggota
7.4.5 Pemeriksaan Keluar / Masuk di kawasan Kolej (a)
Pelajar dan pelawat di benarkan untuk keluar / masuk di kawasan Kolej bermula 0600 pagi hingga 1200 tengah malam.
Anggota
(b) Staf, kontraktor dan pelawat tidak dibenarkan untuk keluar masuk di kawasan kolej selepas waktu pejabat dan cuti kecuali ada kebenaran atau tugas tertentu. Staf dan kontraktor dikehendaki mempamirkan Kad Staf, Pas Sementara atau Pelekat Kenderaan dan pelawat dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) untuk masuk ke kawasan Kolej.
Anggota
(c) Pelajar yang balik lewat akan direkodkan di dalam Senarai Semakan Pelajar Balik Lewat (OPR/BKU/SS01/LEWAT).
Anggota
(d) Pelajar dibenarkan untuk keluar masuk mulai jam 0230 pagi hingga 0600 pagi untuk tujuan bersahur pada bulan Ramadhan dengan mengambil Pas Ramadhan dan direkodkan di dalam buku rekod.
Anggota
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
Halaman: 7 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
(e) Pemeriksaan keluar / masuk di kawasan kolej dikecualikan pada waktu puncak seperti berikut:
Anggota
(i) Hari Bekerja 0730 hingga 0830 1245 hingga 1430 1645 hingga 1800 (ii) Aktiviti rasmi universiti, fakulti, Kolej, jabatan, persatuan dan aktiviti pelajar. (iii) Majlis-majlis persendirian oleh orang persendirian atau Agensi Luar. 7.4.6 Pemeriksaan Keluar / Masuk di kawasan Fakulti (a) Pelajar, staf, kontraktor dan pelawat tidak dibenarkan untuk keluar dan masuk di kawasan fakulti selepas waktu pejabat dan cuti kecuali ada kebenaran atau tugas tertentu. Staf, Pelajar dan Kontraktor dikehendaki mempamirkan Kad Staf, Kad Matrik ,Pas Sementara atau Pelekat Kenderaan dan pelawat dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) untuk masuk ke kawasan fakulti.
Anggota
(b) Pemeriksaan keluar / masuk di kawasan fakulti di kecualikan pada waktu puncak seperti berikut:
Anggota
(i) Hari Bekerja 0730 hingga 0830 1245 hingga 1430 1645 hingga 1800 (ii) Aktiviti rasmi universiti, fakulti, Kolej, jabatan, persatuan dan aktiviti pelajar (iii) Majlis-majlis persendirian oleh orang persendirian atau Agensi Luar.
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
7.5
Halaman: 8 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
Tindakan 7.5.1 Periksa Kenderaan (a) Sekiranya didapati staf/pelajar/Agensi luar tiada pelekat kenderaan UPM, ambil tindakan berikut:
Anggota
(i) Anggota bertugas dikehendaki mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan Lalulintas kepada pesalah tersebut.
Anggota
(ii) Anggota hendaklah memaklumkan kepada Pelajar/ Staf/Agensi Luar supaya memohon pelekat Kenderaan UPM.
Anggota
(b) Jika didapati ada kenderaan yang membawa barang universiti keluar tanpa surat kebenaran, anggota dikehendaki menahan kenderaan tersebut bersama - sama dengan barangan yang di bawa keluar dan mengambil butir-butir diri pemandu serta kenderaan. Hubungi PO untuk tindakan selanjutnya dan buat laporan kejadian di dalam Borang laporan kejadian (OPR/BKU/BR01/KEJADIAN). (c) Jika di dapati pelajar tiada kad pemilik kenderaan anggota dikehendaki menahan pemandu dan kenderaan tersebut serta mengambil butir-butir diri pemandu. Hubungi PO untuk tindakan selanjutnya dan buat laporan kejadian di dalam Borang laporan Kejadian (OPR/BKU/BR01/KEJADIAN)
Anggota
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
Halaman: 9 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
(d) Periksa kenderaan staf dan pelajar yang keluar dari kawasan kampus selepas waktu pejabat dan hari cuti (Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum) dan jika didapati membawa barang universiti keluar tanpa surat kebenaran,anggota dikehendaki menahan kenderaan tersebut bersama dengan barangan, pemandu dan kenderaan. Hubungi PO untuk tindakan selanjutnya dan buat laporan kejadian di dalam Borang laporan Kejadian (OPR/BKU/BR01/KEJADIAN)
Anggota
7.5.2 Tidak Mempunyai Pas Sementara (a) Orang awam, pekerja kontrak dan pembekal yang bekerja di dalam kawasan kampus atau yang selalu berurusan dengan UPM perlu mempunyai Pas Sementara . (b) Anggota hendaklah meminta pengenalan diri orang berkenaan dan mengisi butir-butir pengenalan diri di dalam Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT). (c) Mengarahkan orang awam, pembekal dan pekerja kontrak tersebut untuk memohon Pas Sementara di Bahagian Keselamatan.
Pembekal Orang Awam Pekerja Kontrak
Anggota
Anggota
7.5.3 Keluar / Masuk Kolej (a) Staf:(i) Staf yang tinggal dalam kawasan kolej dibenarkan masuk atau keluar kawasan kolej pada bila-bila masa dengan syarat mempunyai Pelekat Kenderaan atau Kad Staf sebagai bukti.
Anggota
(ii) Staf yang tinggal diluar dimana ingin memasuki dan keluar di kawasan kolej selepas waktu pejabat atau cuti hendaklah mempamirkan Kad Staf atau Pelekat Kenderaan.
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
(b)
Halaman: 10 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
Pelajar:Pelajar tidak dibenarkan masuk atau keluar kawasan kolej selepas jam 12 tengah malam kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua / Felo / Pengurus / Pegawai Bahagian Keselamatan.
(c)
Anggota
Pelawat:Pelawat tidak dibenarkan masuk di kawasan kolej selepas jam 12 tengah malam kecuali ada kes kecemasan atau kebenaran.
Anggota
(d) Teksi:Teksi yang masuk ke kawasan kampus perlu mengisi Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT).
Anggota
7.5.4 Keluar/ Masuk ke Fakulti (a)
(b)
Pelajar dan staf yang ingin memasuki dan keluar ke fakulti selepas waktu pejabat dan waktu cuti hendaklah mempamirkan Kad Staf, Kad Matrik atau Pelekat kenderaan Pelawat yang mendapat kebenaran dibenarkan masuk dan keluar ke fakulti selepas waktu pejabat dan cuti dan dihendaki mengisi Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BR02/PELAWAT) .
Anggota
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
7.6
7.7
7.8
No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
Ada Kes ? 7.6.1 Jika ada kes ikut langkah 7.7.
Anggota
7.6.2 Jika tidak, ikut langkah 7.8
Anggota
Majukan Laporan 7.7.1 Hubungi Penyelia Operasi.
Anggota
7.7.2 Membuat laporan kejadian menggunakan Borang Laporan Kejadian (OPR/BKU/BR01/KEJADIAN)
Anggota
Buat Laporan Dan Serah Tugas 7.8.1 Anggota yang bertugas dikehendaki membuat laporan tugas di dalam Buku Laporan Tugas Harian serta serah tugas kepada anggota pengganti seterusnya.
7.9
Halaman: 11 / 13
Tamat
Anggota
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES
8.0
Halaman: 12 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
REKOD KUALITI
Bil
Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod
1
UPM/BKU/LAPORAN KEJADIAN Borang Laporan Kejadian (OPR/BKU/BR01/KEJADIAN)
Tanggungjawab Mengumpul dan Memfail
Tanggungjawab Menyelenggara
PT(P/O)
PYB
Tempat dan Tempoh Simpanan Bilik Dokumen dan Rekod
Kuasa Melupus PGH
kekal
2
UPM/BKU/KAWALAN AKSES
PT
PYB
Kawalan Akses
3
Borang Kebenaran Pelawat Memasuki Kawasan Kampus (OPR/BKU/BRO2/PELAWAT) Senarai Semakan Pelajar Balik Lewat (OPR/BKU/SS01/LEWAT) Borang Pemeriksaan Kenderaan (OPR/BKU/BR02/PEMERIKSAAN)
Buku Laporan Tugas harian
Kabinet Fail Unit Kawalan Akses
PGH
3 tahun
PT
PYB
Kabinet Fail Unit Kawalan Akses 3 tahun
PGH
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI Kod Dokumen: UPM/OPR/BKU/P001 PROSEDUR KAWALAN AKSES 9.0
Halaman: 13 / 13 No. Semakan: 06 No. Isu: 02 Tarikh: 15/09/2015
SEJARAH SEMAKAN
No. Isu
No. Semakan
No. CPD
Kelulusan Mesyuarat
Disedia dan Disemak
Dilulus/ Diluluskan Semula
Tarikh Kuatkuasa
02
00
-
Keluaran Pertama untuk satu persijilan
PGH
WP
03/01/2011
02
01
2/2011
Mesyuarat Pengurusan BKU Bil-2/2011
PGH
WP
08/08/2011
02
02
2/2012
Mesyuarat Pengurusan BKU Bil-4/2011
PGH
WP
30/01/2012
02
03
5/2012
Mesyuarat Pengurusan BKU Bil-2/2012
PGH
WP
14/08/2012
02
04
3/2013
MKSP Bil 1/2013
PGH
WP
30/04/2013
02
05
4/2014
MKSP Bil 1/2014
PGH
WP
18/07/2014
02
06
14/2015
MKKP 2/2015
PGH
WP
15/09/2015