LAMPIRAN A
TATACARA PEMBAYARAN PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI BERSAMAAN DENGAN AMAUN SATU (1) KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) BERKUATKUASA PADA 1 JULAI 2016 (TINDAKAN JABATAN / PUSAT TANGGUNGJAWAB / PUSAT PEMBAYAR)
1.0 Tujuan 1.1
Tatacara ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Jabatan/ Pusat Tanggungjawab/ Pusat Pembayar (Jab/PTJ/PP) bagi pelaksanaan pembayaran pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan dengan amaun satu (1) KGT berkuatkuasa 1 Julai 2016.
1.2
Tatacara ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 (PP 1/2016) mengenai rasionalisasi skim perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
1.3
Tatacara ini hendaklah dibaca bersama dengan Buletin eSPKB bertarikh 31 Mei 2016 (no rujukan ANM.PK.P/P.600-5 JLD.7(15)).
2.0 Latar belakang 2.1
Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.
2.2
Proses pengemaskinian data gaji pada bulan Julai 2016 beserta 1 KGT akan dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) JANM secara batch.
3.0 Laporan Gaji Satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 3.1
Laporan Gaji Satu (1) KGT (Microsft Excel) berdasarkan data gaji Jun 2016 akan diedarkan kepada semua Jab/PTJ/PP pada 13 Jun 2016 (Isnin) untuk tujuan semakan dan pengesahan. Oleh itu, mohon kerjasama semua Jab./ PTJ/ PP yang mana urusan pembayaran gaji diuruskan oleh JANM Negeri Perak, mengambil Laporan Gaji 1 KGT secara softcopy (sila bawa pendrive) di Tingkat 5, Unit Gaji, JANM Negeri Perak mulai tarikh dinyatakan di atas. Mohon laporan tersebut dicetak sendiri mengikut pusat pembayar masing-masing.
1
LAMPIRAN A
3.2
Bagi Pusat Pembayar iaitu sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sila rujuk senarai pegawai yang bertanggungjawab di Buletin eSPKB bertarikh 31 Mei 2016 (no rujukan ANM.PK.P/P.600-5 JLD.7(15)).
3.3
Laporan ini mengandungi formula kiraan gaji dan elaun mengikut kelayakan setiap pegawai berdasarkan faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu.
4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JAB/PTJ/PP. 4.1
Berikut adalah kandungan Laporan satu (1) KGT: 4.1.1 Data column B hingga J pada worksheet adalah 'Laporan Gaji' iaitu : | Jab | P.Pembayar | WBS Element | No Gaji | Nama | No IC | Next Increase Date | PS Type | Kod Skim | Data ini berdasarkan gaji bulan Jun 2016 setelah mengambilkira amaun pemberian pemindahan gaji bersamaan 1 KGT bagi TPG 1 Januari dan 1 April. 4.1.2 Data column M hingga R pada worksheet 'Laporan Gaji' iaitu: | Gred Gaji | Gaji | Memangku (1200) | BIW (1254) | B.I.Kritikal (1500) | B.I.Hidup Susah (1326) | Data ini berdasarkan gaji bulan Jun 2016. 4.1.3 Formula pada column K, L dan T hingga AA akan dikeluarkan secara automatik apabila data dimasukkan pada column B hingga J dan M hingga R. 4.1.4 Data column T hingga AA pada worksheet 'Laporan Gaji' iaitu: | Gred Gaji Baru (Formula) | Gaji maksimum (Formula) | KGT/3% (Formula)| Gaji Baru (Formula) | Memangku (1200) (Formula) | BIW (1254) (Formula) | B.I.Kritikal (1500) (Formula)| B.I.Hidup Susah (1326) (Formula)| Data ini merupakan gaji yang akan dibayar pada Julai 2016 setelah mengambil kira pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun 1 KGT.
4.2
Jab/PTJ/PP perlu menyemak dan mengesahkan template 1 KGT maklumat gaji dan elaun pegawai yang layak mengikut kelayakan masing-masing setelah mengambil kira 1 KGT. 4.2.1 Pembayaran pemberian pemindahan gaji 1 KGT adalah tanggungan Jabatan di mana pegawai menerima gaji pada bulan pembayaran. 4.2.2 Amaun gaji dan elaun yang berwarna merah dalam Laporan Gaji 1 KGT hendaklah diberi perhatian dan disemak dengan sewajarnya.
2
LAMPIRAN A
4.2.3 Amaun yang berwarna merah melibatkan gaji pada data Bulan Jun 2016 bagi pegawai yang menerima gaji kurang daripada RM1,200.00 dan gaji JUSA yang pada 1 Julai 2016 yang berstatus SULIT. 4.2.4 Mohon Jab/PTJ/PP yang mempunyai perjawatan JUSA untuk menyertakan penyata perkiraan gaji pegawai JUSA di Jab/PTJ/PP yang telah disahkan setelah mengambilkira berdasarkan kaedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). 4.2.5 Mohon Jab/PTJ/PP menyemak pegawai yang bertukar ke dari Gred 17 ke Gred 19, KGT yang sepatutnya diterima pada 1 Julai 2016 adalah RM95.00 bukan RM100.00 seperti di formula (column V). Mohon perbezaan RM5.00 dibetulkan di ruangan gaji (column N) dan dicatatkan di ruangan ulasan (column AB) bagi pegawai yang terlibat sahaja. Bagi pegawai yang kekal Gred 19, KGT yang sepatutnya diterima adalah kekal RM100.00. 4.3
Bagi tujuan semakan dan pengesahan, Jab/PTJ/PP perlu menyemak data gaji bagi setiap pegawai yang layak sehingga 30 Jun 2016 di column M hingga R.
4.4
Bagi pegawai yang mana KGT tahunannya jatuh pada bulan Julai dan Oktober, Jab/PTJ/PP perlu SECARA MANUAL mengubah data basic pay dan elaun dengan mengambil kira 1 KGT tersebut di dalam template 1 KGT tersebut di column M (Gred Gaji) hingga R (Bayaran Insentif Hidup Susah – 1326). Sebarang perubahan yang dibuat WAJIB dicatatkan di ruangan ULASAN column AB.
4.5
Jab/PTJ/PP perlu mengembalikan laporan yang telah lengkap disemak, dipinda dan dibuat pengesahan perlu dihantar ke Unit Gaji JANM Perak selewatnyalewatnya pada 17 Jun 2016 ( Jumaat ) jam 12.00 tengahari secara hardcopy yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan. .
4.6
Perkara-perkara di bawah perlu diambil perhatian sebelum penghantaran Laporan Gaji 1 KGT : i. Sila pastikan laporan secara softcopy HANYA DIHANTAR MENGGUNAKAN PENDRIVE. Disket atau compatible disk (cd) tidak dibenarkan sama sekali. ii. Jab./ PTJ/ PP adalah DILARANG SAMA SEKALI MEMINDA FORMAT LAPORAN DARIPADA EXCEL KEPADA FORMAT YANG LAIN SEPERTI WORD.
3
LAMPIRAN A
5.0 PERUBAHAN GAJI KEW.320 (SG20) BULAN JULAI 2016 5.1
Jab/PTJ/PP TIDAK DIBENARKAN untuk membuat sebarang perubahan gaji (SG20) kecuali bagi: 5.1.1 Pegawai bertukar masuk (Tindakan 01,02 dan 05) 5.1.2 Pertukaran Pelantikan Pegawai dari Gred 17/22/26 ke Gred 29 5.1.3 Penamatan.
5.2
Jab/PTJ/PP bertanggungjawab untuk memastikan SG20 tersebut mengambil kira kenaikan 1 KGT.
5.3
Bagi pegawai yang tidak tersenarai dalam Laporan Gaji 1 KGT (pegawai yang berpindah keluar - Tindakan T42 pada 1 Julai 2016), bayaran pemberian pindahan gaji 1 KGT hendaklah ditanggung oleh Jabatan di mana pegawai menerima gaji pada bulan Julai 2016 dengan menggunakan Baucar Bayaran.
5.4
Sijil Gaji Akhir (LPC) yang keluarkan sebelum 1 Julai 2016 tidak mengambil kira bayaran pemindahan gaji 1 KGT.
5.5
Jab/PTJ/PP lama bertanggungjawab untuk memaklumkan PTJ baru di mana 1 KGT pegawai telah dibayar untuk mengelakkan bayaran berganda.
5.6
Jab/PTJ/PP (Baharu) hendaklah menyediakan SG20 gaji baharu (gaji pokok seperti di LPC + 1 KGT) pegawai berkenaan bagi Tindakan B02 mulai bulan gaji aktif di PP baru.
5.7
Tarikh akhir penghantaran SG20 tersebut perlu dikemukakan kepada PP selewatlewatnya pada 21 Jun 2016 (Selasa) jam 12 tengahari. Borang SG20 yang dihantar selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.
6.0 PENYATA PERUBAHAN MENGENAI PENDAPATAN SESEORANG PEGAWAI (Kew. 8 –Pin 10/96) 6.1
Jab/PTJ/PP perlu sediakan Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew. 8 – Pin 10/96) bertujuan untuk rekod di Buku Perkhidmatan dan simpanan fail peribadi pegawai.
6.2
Kew. 8 – Pin 10/96 boleh dibuat bersekali dengan pemberian 1 KGT (tahun 2016) bagi pegawai yang mana pergerakan gaji tahunannya jatuh pada bulan Julai dan Oktober 2016.
6.3
Borang Perubahan Gaji (SG20 / Kew.320) tidak perlu disediakan bagi perubahan gaji dan perubahan elaun berkaitan gaji yang dilaksanakan secara batch.
4
LAMPIRAN A
7.0 PENUTUP Semua Jab/PTJ/PP hendaklah mematuhi tatacara ini agar pembayaran pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan dengan amaun satu (1) KGT berkuatkuasa 1 Julai 2016 dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual yang telah ditetapkan.
5