NILAI TERAS & KOD ETIKA COGNIZANT
KOD ETIKA COGNIZANT |
ISI KANDUNGAN Perutusan CEO
3
Cara Yang Betul di Cognizant
4
Nilai Teras Cognizant
5
Siapa Mesti Mematuhi Kod ini?
6
Apakah yang Perlu Saya Lakukan?
7
Mendapatkan Bantuan atau Melaporkan Pelanggaran yang Mungkin Berlaku 8 Talian Bantuan Pematuhan Cognizant 8 Mengakses Talian Bantuan Pematuhan 8 Melarang Serangan Balas Kepada Laporan 8 Memperoleh Kepercayaan Dengan Etika Kita 9 Menghalang Aktiviti Rasuah Mengelakkan Konflik Kepentingan
10 10
Jangan Melibatkan Diri dalam Urusan Dalaman
12
Mewujudkan dan Menyimpan Rekod yang Tepat dan Lengkap
12
Pengurusan Rekod Pengebilan dan Penyata yang Tepat kepada Pelanggan dan Pihak Lain
Mematuhi Standard Keselamatan
13
18
Menyertai Aktiviti Politik dan Melobi 18 Kita Bertindak Mengikut Prinsip
20
Menghormati Privasi Orang Lain dan Menyimpan Data Mereka 21 Menggunakan Teknologi dengan Cara yang Betul
21
13
Menyimpan Aset Syarikat dengan Selamat
21
Kita Menjalankan Perniagaan dengan Cara yang Betul 15
Menyampaikan Maklumat Tentang Cognizant
22
Bersaing dengan Adil dan Jujur serta Mematuhi Undang-undang Persaingan
Diskriminasi dan Gangguan
22
16
Siasatan Kerajaan
23
Pengecualian Kod Ini
24
16
Lampiran
25
Larangan Kepada Penggubahan Wang Haram
13
Pekerjaan Dari Luar
10
Menjalankan Jualan dan Pemasaran Beretika
Pelaburan dan Pengaturan Kewangan
10
Menghormati Perdagangan Antarabangsa
16
Senario 1: Berinteraksi dengan Pegawai Kerajaan
Memacu Kualiti
16
Senario 2: Peluang Korporat
26
Tanggungjawab Kita adalah Jelas
17
Senario 3: Bersuara
27
18
Senario 4: Penyimpan Aset Syarikat dengan Selamat
28
Pelanggan Penting Kita
11
Hubungan Peribadi yang Rapat
11
Peluang Korporat
11
Hadiah dan Keraian
11
Mengamalkan Ciri Warga Korporat yang Baik
25–29
Senario 5: Gangguan Di Tempat Kerja 29
2
KOD ETIKA COGNIZANT |
3
PERUTUSAN CEO Rakan Sekerja yang dihormati, Cognizant mengekalkan persekitaran kerja positif yang adil, produktif dan memberi kepuasan. Kita membina reputasi dengan menghormati satu sama lain dan bersikap penuh integriti dalam semua interaksi kita. Kita menerapkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama dalam kerja kita, kepercayaan yang teguh dalam melakukan perkara yang betul dan komitmen untuk melakukan kerja yang bagus untuk pelanggan kita walau di mana kita berada. Di Cognizant, kita tidak mengambil langkah mudah, melanggar peraturan atau mencari jalan pintas. Kita mempunyai dasar tanpa tolak ansur kepada mereka yang melakukannya. Dokumen ini merumuskan program etika komprehensif kita. Ia adalah asas komitmen kita pada integriti dan tanggungjawab moral. Saya menggalakkan semua rakan sekerja supaya melaporkan sebarang kebimbangan yang disyaki berlaku dengan penuh yakin. Usah gusar kerana pihak syarikat akan melindungi kita daripada sebarang serangan balas kerana membuat laporan dengan niat yang baik. Malahan, melaporkan salah laku yang disyaki adalah tindakan yang perlu dilakukan. Integriti perniagaan dijalin kemas dalam lembaran budaya Cognizant. Kita membawa reputasi Cognizant bersama-sama kita pada setiap kali kita berinteraksi dengan pelanggan, rakan kongsi, pesaing, dan antara satu sama lain. Kita bekerja setiap hari untuk memperkukuh tradisi cara kerja beretika, integriti dan ketelusan yang sudah diamalkan secara meluas dalam organisasi kita sejak ia ditubuhkan. Gabungan Kod Etika dan Nilai Teras kita adalah standard paling tinggi dan terbaik dalam menjalankan perniagaan. Ia bergantung kepada kita semua untuk mengekalkan standard yang tinggi ini dalam semua perkara yang kita lakukan bagi memastikan budaya ditumpukan kepada integriti dan etika. Salam mesra,
Francisco D’Souza Ketua Pegawai Eksekutif
CARA YANG BETUL DI COGNIZANT Kita mesti mengekalkan standard integriti paling tinggi semasa beroperasi dalam persekitaran perkhidmatan yang penuh persaingan. Reputasi dan kejayaan kita bergantung kepada perkara ini. Kita mesti menjadi model peranan integriti sama ada kita bekerja di pusat pembangunan, di tapak dengan pelanggan, di pejabat korporat atau dalam kehidupan harian kita. Nilai Teras Kita (“Nilai”) menetapkan tingkah laku yang akan menjadikan kita berjaya dalam pasaran. Semasa menjalankan perniagaan bagi pihak Cognizant, sentiasa tanya diri anda sama ada tindakan anda selari dengan nilai teras dan standard kita dalam Kod Etika (“Kod”) ini.
NILAI TERAS COGNIZANT 1. Ketelusan
2. Minat
3. Pemerkasaan
4. Kerjasama
5. Tumpuan Pelanggan
6. Integriti
SIAPA MESTI MEMATUHI KOD INI? Kod kita diguna pakai untuk semua pengarah, pegawai, dan pekerja di seluruh dunia merangkumi semua unit perniagaan dan anak syarikat Cognizant, usaha sama yang dikawal operasinya oleh Cognizant, rakan kongsi perniagaan, dan wakil pihak ketiga di seluruh dunia (secara keseluruhan disebut “Rakan Sekerja”). Rakan Sekerja mesti memberi komitmen untuk mendukung nilai teras Integriti Syarikat yang merangkumi pematuhan undang-undang di semua negara tempat Cognizant beroperasi. Ia adalah perkara betul yang mesti dilakukan. Bahkan, ia adalah bahagian penting dalam komitmen kita pada kecemerlangan dan dedikasi kita untuk menjadi warga korporat yang unggul. SETIAP ORANG BERTANGGUNGJAWAB MENGEKALKAN BUDAYA INTEGRITI DI COGNIZANT.
APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? SEBAGAI RAKAN SEKERJA COGNIZANT, ANDA MESTI:
SEBAGAI PENGURUS COGNIZANT, ANDA MESTI:
• Membiasakan diri, memahami dan mendukung Kod ini dan sedar tentang dasar yang berkaitan tanggungjawab kerja anda.
• Mempromosikan budaya pematuhan supaya Rakan Sekerja memahami tanggungjawab mereka dan rasa selesa bertanya soalan atau melaporkan pelanggaran yang disyaki berlaku tanpa rasa takut kepada serangan balas.
• Melaporkan sebarang pelanggaran Kod ini, dasar Syarikat atau undang-undang yang disyaki berlaku. • Menghabiskan kursus latihan pematuhan yang diperlukan Cognizant dalam tempoh ditetapkan. • Membuat pengesahan tahunan untuk memperakui komitmen anda kepada prinsip dalam Kod ini.
• Menggalakkan semangat etika, integriti dan mematuhi undang-undang dengan mendahului sendiri usaha pematuhan. • Tidak bertindak balas atau bertolak ansur dengan tindakan balas terhadap individu yang membuat laporan dengan niat baik. • Memastikan yang Rakan Sekerja memahami hasil perniagaan tidak sama sekali lebih penting berbanding tindakan beretika dan pematuhan kepada Kod ini. • Maklumkan Ketua Pegawai Pematuhan dengan segera jika anda menerima laporan pelanggaran Kod ini, dasar Syarikat atau undang-undang yang disyaki berlaku. Mana-mana Pengurus yang mengarahkan atau meluluskan sebarang tindakan yang melanggar Kod ini, Dasar Syarikat atau undang-undang, atau individu yang mengetahui tentang tindakan sedemikian dan tidak segera melaporkannya akan dikenakan tindakan disiplin.
KOD ETIKA COGNIZANT |
8
MENDAPATKAN BANTUAN ATAU MELAPORKAN PELANGGARAN YANG MUNGKIN BERLAKU Rakan Sekerja Cognizant mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan pelanggaran Kod yang disyaki berlaku (disediakan dalam laman web umum di https://www.cognizant.com/company-overview/corporate-governance). Cognizant komited untuk memastikan bahawa seseorang individu tidak menghadapi serangan balas kerana melaporkan kebimbangan sedemikian. Berikut adalah cara melaporkan pelanggaran Kod yang disyaki berlaku atau mendapatkan bantuan mengenai isu ini: Bagi melaporkan sebarang pelanggaran kod yang sebenar atau yang disyaki berlaku, sumber dan individu berikut sedia ada untuk membantu anda: • •
Mana-mana ahli Jabatan Undang-undang Cognizant Ketua Pegawai Pematuhan Kita Melalui e-mel:
[email protected] 201-801-0243 Melalui Mel: Cognizant Technology Solutions Perhatian: Ketua Pegawai Pematuhan Glenpointe Centre West 500 Frank W. Burr Boulevard Teaneck, New Jersey 07666 • Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undang-undang kita • Talian Bantuan Pematuhan Cognizant kita
TALIAN BANTUAN PEMATUHAN COGNIZANT Talian Bantuan Pematuhan Cognizant diuruskan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan melalui telefon atau dalam talian untuk 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Laporan sebarang kebimbangan atau pelanggaran yang disyaki berlaku boleh dilakukan tanpa mendedahkan nama, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan. Namun begitu, anda digalakkan untuk memperkenalkan diri semasa membuat laporan supaya maklumat tambahan dapat diambil jika perlu. Identiti anda akan dirahsiakan, setakat yang dibolehkan dan dibenarkan oleh undang-undang. Talian Bantuan Pematuhan juga menyediakan khidmat Pengurus Soalan untuk Rakan Sekerja meminta nasihat.
MELARANG SERANGAN BALAS KEPADA LAPORAN Ia memerlukan keberanian untuk menimbulkan kebimbangan tentang tindakan yang mungkin melanggar atau tidak selari dengan Kod kita atau undangundang. Cognizant memberi komitmen bagi memastikan individu berkenaan tidak menghadapi serangan balas kerana melaporkan kebimbangan sedemikian. Tindakan serangan balas yang dilarang merangkumi pelepasan, penurunan pangkat, penggantungan, gangguan, ugutan, atau sebarang tindakan yang mendiskriminasi individu yang menghantar laporan pelanggaran pematuhan yang disyaki berlaku. Mereka yang melibatkan diri dalam tindakan serangan balas akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga boleh ditamatkan perkhidmatan berdasarkan undang-undang tempatan. Jika anda tahu atau mengesyaki yang anda atau orang yang anda kenali menerima serangan balas, anda perlu menghubungi Ketua Pegawai Pematuhan atau Talian Bantuan Pematuhan dengan segera. Sila lihat Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tanpa Serangan Balas untuk maklumat lanjut tentang larangan serangan balas kerana membuat laporan.
MENGAKSES TALIAN BANTUAN PEMATUHAN • Sila pergi ke www.cognizant.com/compliance-helpline untuk mengakses Talian Bantuan Pematuhan dan ikuti arahan untuk menghantar laporan. • Sila dail nombor khusus untuk negara anda bagi membuat laporan melalui telefon dan ikuti arahan yang diberikan • • •
1-866-824-4897 India: Kod Akses Langsung AT&T 000-117 diikuti dengan 866-824-4897 UK:Kod Akses Langsung AT&T 0-800-89-0011 (atau 0-500-89-0011) diikuti dengan 866-824-4897 • Semua lokasi lain: Gunakan kod akses yang betul untuk negara anda, diikuti dengan 866-824-4897 • Kod Akses Langsung AT&T Tambahan boleh didapati di https://www.att.com/esupport/traveler.jsp?tab=3.
MEMPEROLEH KEPERCAYAAN DENGAN ETIKA KITA Di Cognizant, kita terus berusaha untuk menjadi penasihat yang dipercayai. Bagi mencapai matlamat ini, kita mesti menyerapkan standard beretika secara konsisten dalam aktiviti perniagaan kita pada setiap hari. Menghalang Aktiviti Rasuah
10
Mengelakkan Konflik Kepentingan
10
Pekerjaan Dari Luar
10
Pelaburan dan Pengaturan Kewangan
10
Pelanggan Penting Kita
11
Hubungan Peribadi yang Rapat
11
Peluang Korporat
11
Hadiah dan Keraian
11
Jangan Melibatkan Diri dalam Urusan Dalaman
12
Mewujudkan dan Menyimpan Rekod yang Tepat dan Lengkap
12
Pengurusan Rekod
13
Pengebilan dan Penyata yang Tepat kepada Pelanggan dan Pihak Lain
13
Larangan Kepada Penggubahan Wang Haram
13
KOD ETIKA COGNIZANT | 10
MENGHALANG AKTIVITI RASUAH Tanpa Rasuah. Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan adalah salah di sisi undang-undang, tidak kira di mana ia berlaku. Khususnya, kami tidak memberi atau menawarkan rasuah, secara langsung atau tidak langsung, dengan sebarang nilai, meliputi tunai, hadiah, kelebihan, sumbangan kebajikan dan politik, atau layanan baik/keraian, kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau sebarang manfaat lain untuk Syarikat. Hal ini juga diguna pakai untuk pihak swasta yang menjalankan perniagaan dengan Cognizant. Menyimpan Simpan Kira dan Rekod yang Tepat Undang-undang antirasuah memerlukan kita menyimpan simpan kira dan rekod yang tepat. Jangan salah tafsirkan atau tersalah melabelkan transaksi dalam simpan kira dan rekod kita. Semua transaksi mesti direkod dengan tepat dan dalam masa yang sepatutnya dalam simpan kira dan rekod Syarikat. Pihak Ketiga.Meminta pihak ketiga untuk membuat bayaran yang tidak sepatutnya atau mengambil tindakan yang tidak selari dengan Kod in atau Kenyataan Antirasuah Cognizant adalah dilarang sama sekali. Sila lihat Kenyataan Antirasuah untuk maklumat lanjut tentang jangkaan Syarikat dalam membanteras rasuah.
MENGELAKKAN KONFLIK KEPENTINGAN Kita mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan perniagaan bagi kepentingan utama Syarikat sahaja dan bukan berdasarkan hubungan peribadi kita atau sebarang kepentingan peribadi atau kewangan yang mungkin diperolehi hasil daripada satu keputusan. Meletakkan kepentingan peribadi kita mengatasi Cognizant akan mewujudkan konflik kepentingan dan ia tidak dibenarkan.
Mengelakkan Konflik Kepentingan— Pekerjaan Dari Luar Menerima pekerjaan dari luar seperti memberi perkhidmatan sebagai konsultan, pekerja, pegawai, ahli Lembaga Pengarah atau penasihat, dengan mudah akan mengganggu kerja kita untuk Cognizant khususnya jika jawatan itu berkaitan dengan pelanggan, pembekal atau pesaing.
Pekerja sepenuh masa mesti mendapat kelulusan dahulu daripada Ketua Pegawai Pematuhan sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan dari luar. Langkah ini perlu kerana sukar menentukan sama ada pekerjaan dari luar ini akan mewujudkan konflik dalam kerja kita untuk Cognizant ataupun tidak. Cognizant menggalakkan Rakan Sekerjanya supaya aktif dalam komuniti kita. Walau bagaimanapun, kerja luar lain yang kita lakukan merangkumi kerja sukarela atau meluangkan masa dan kemahiran untuk projek kebajikan, mungkin akan mengganggu kepentingan Syarikat kita. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang pekerjaan dari luar, sila ajukan kepada Ketua Pegawai Pematuhan atau sumber pematuhan tempatan anda.
Mengelakkan Konflik Kepentingan — Pelaburan dan Pengaturan Kewangan Satu lagi jenis konflik kepentingan yang utama adalah melibatkan kewangan peribadi kita. Bagi mengekalkan standard integriti yang tinggi, kita tidak boleh memegang kepentingan kewangan yang banyak dengan pelanggan, pembekal atau pesaing Syarikat kita. Jika kita atau salah seorang ahli keluarga kita memegang kepentingan kewangan yang besar dengan sebarang pelanggan, pembekal atau pesaing Cognizant, kita mesti mendedahkan situasi ini dengan segera kepada Ketua Pegawai Pematuhan. Kepentingan kewangan yang banyak bermaksud memegang lebih daripada 1% saham berbayar dalam syarikat awam, atau lebih daripada 5% saham syarikat swasta. Rakan Sekerja juga mesti berhati-hati dengan beberapa jenis pinjaman peribadi. Kita tidak boleh meminjam wang daripada orang bawahan kerana ia boleh memberi persepsi konflik berkaitan semakan, tugasan, kenaikan pangkat dan keputusan imbuhan.
KOD ETIKA COGNIZANT |
Mengelakkan Konflik Kepentingan — Pelanggan Penting Kita Di Cognizant, kita selalu mengekalkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan yang kita hargai. Oleh sebab hubungan jangka panjang seperti ini, konflik kepentingan boleh timbul jika kita mempunyai hubungan peribadi yang rapat dan bukan profesional dengan pekerja pelanggan kita.
Mengelakkan Konflik Kepentingan — Hubungan Peribadi yang Rapat Kadang kala kita mungkin akan bekerja dengan ahli keluarga atau orang lain yang rapat dengan kita. Walaupun ia jarang menimbulkan situasi konflik, dalam banyak kes ia boleh menjurus kepada pilih kasih, atau kelihatan seperti wujudnya pilih kasih. Oleh sebab itu, Rakan Sekerja Cognizant tidak boleh: • melantik, mengawasi, melapor kepada, menyemak atau mempengaruhi penilaian tugas atau imbuhan Rakan Sekerja lain yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan mereka; • menyertai atau membuat keputusan pemerolehan yang memberi manfaat kepada mereka, saudara atau rakan; atau
11
• melibatkan diri dalam hubungan intim atau romantik dengan penyelia atau ketua sama ada pegawai ini adalah pegawai atasannya atau ketua secara tidak langsung.
Mengelakkan Konflik Kepentingan — Peluang Korporat Kita tidak boleh meneruskan peluang yang bersaingan dengan Cognizant untuk kekal objektif dan beretika. Khususnya, kita tidak boleh melibatkan diri dalam sebarangaktiviti, pelaburan atau persatuan yang bersaing dengan Cognizant atau mempergunakan jawatan kita di Cognizant untuk tujuan keuntungan peribadi. Apabila kita mendapati peluang perniagaan yang berpotensi semasa melaksanakan tugas Cognizant, kita mesti memaklumkan Syarikat dahulu tentang peluang ini dan tidak mengejarnya sendiri. Prinsip yang sama ini meliputi bantuan kepada orang lain termasuk ahli keluarga dan rakan, dengan tujuan manfaat peribadi daripada peluang bersaing dengan Cognizant.
KOD ETIKA COGNIZANT | 12
Mengelakkan Konflik Kepentingan — Hadiah dan Keraian Memberi atau menerima hadiah atau keraian yang mempengaruhi atau berniat mempengaruhi atau kelihatan untuk mempengaruhi keputusan perniagaan adalah dilarang. Kenyataan Hadiah dan Keraian Syarikat memberi panduan untuk hadiah dan keraian yang boleh diterima dan juga menetapkan keperluan kelulusan khas untuk beberapa jenis hadiah dan keraian. Sila lihat Kenyataan Hadiah dan Keraian Syarikat untuk maklumat lanjut tentang jangkaan Syarikat berkaitan penerimaan atau pemberian Hadiah dan Keraian.
JANGAN MELIBATKAN DIRI DALAM PERDAGANGAN ORANG DALAM Ada antara kita mungkin mengetahui tentang bahan dan maklumat bukan umum (atau "dalaman") melalui kerja kita di Cognizant. Bahan ini mungkin berkaitan dengan Syarikat kita dan syarikat lain yang bekerjasama dengan kita. Menjual beli saham, sama ada saham Cognizant atau syarikat yang menjalankan perniagaan dengan kita berdasarkan maklumat dalaman adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang sama sekali. Kita juga tidak boleh memberi sebarang maklumat dalaman sedemikian atau “tip” kepada individu yang mungkin berjual beli saham berdasarkan maklumat berkenaan. Anda mesti benar-benar mematuhi Kenyataan Dasar Syarikat Tentang Perdagangan Orang Dalam dan Pendedahan yang boleh didapati di sini.
MEWUJUDKAN DAN MENYIMPAN REKOD YANG TEPAT DAN LENGKAP Kita semua bertanggungjawab untuk mendukung semua kawalan dalaman dan ketepatan simpan kira dan rekod Syarikat seperti kad perakam waktu, laporan perjalanan dan perbelanjaan dan penyata kewangan yang kita wujudkan dan simpan.
KITA MESTI MEMASTIKAN:
KITA TIDAK BOLEH:
• Kita mesti memastikan semua simpan kira, rekod, akaun dan penyata kewangan Syarikat: ▪▪ Disediakan mengikut semua peraturan dan standard yang berkenaan ▪▪ Menunjukkan keadaan sebenar transaksi yang direkod dengan tepat ▪▪ Mematuhi amalan perakaunan yang diterima umum [generally accepted accounting practices (GAAP)] dan dasar perakaunan Syarikat
• Mewujudkan sebarang kumpulan wang yang tidak didedahkan dengan sepatutnya dalam simpan kira atau rekod Syarikat. • Membuat entri yang salah atau mengelirukan dalam simpan kira atau rekod Syarikat (termasuk entri salah untuk sebarang kad perakam waktu atau laporan perbelanjaan) atas sebarang sebab. • Menyalahtafsirkan atau melabel transaksi dengan salah • Memintas sebarang kawalan dalaman • Membuat komitmen bertulis bagi pihak Cognizant yang melebihi had kelulusan kita • Mengeluarkan dana korporat atau harta korporat yang lain tanpa dokumen sokongan yang mencukupi atau kelulusan untuk berbuat demikian
KOD ETIKA COGNIZANT | 13
Pengurusan Rekod Kita mesti menyediakan rekod kewangan dan perniagaan kita menurut dasar, peraturan dan undang-undang yang berkenaan. Kita juga mesti menyimpan dan memusnahkan rekod ini secara sah dan beretika. Ini bermaksud kita mesti sentiasa mengikut panduan penyimpanan dokumen yang diguna pakai untuk lokasi dan projek kita. Jangan memusnahkan rekod melainkan ia mematuhi sebarang keperluan jadual penyimpanan dokumen dan/atau sebarang notis undang-undang. Jika anda mempunyai soalan berkaitan status sebarang rekod dalam simpanan anda, rujuk Pengurus anda dan Jabatan Undang-undang sebelum mengambil tindakan lanjut.
Pengebilan dan Penyata yang Tepat kepada Pelanggan dan Pihak Lain Maklumat pada invois yang dihantar kepada pelanggan mesti sentiasa tepat dan lengkap. Menghantar invois dengan maklumat yang tidak tepat tentang kerja yang dilakukan dengan sengaja adalah tuntutan palsu dan boleh menyebabkan liabiliti yang besar kepada Syarikat. Menghantar invois dan dokumen sokongan yang diketahui palsu dan tidak tepat seperti kad perakam waktu kepada pelanggan tidak akan dibiarkan oleh Syarikat. Hal ini menjadi lebih penting apabila kita berurusan dengan pelanggan kerajaan. Ini disebabkan beberapa undang-undang membenarkan kerajaan persekutuan dan negeri untuk mendapatkan semula wang yang dibayar kepada kontraktor apabila ia tidak menggambarkan perkhidmatan yang diberikan dan/atau tidak disokong oleh invois atau dokumen yang dihantar kepada entiti kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh mengenakan denda dan penalti yang banyak. Undang-undang ini secara meluas melarang kontraktor kerajaan daripada membuat penyata palsu kepada kerajaan atau melindungi sebarang maklumat atau fakta. Cognizant mempunyai dasar tanpa tolak ansur atas penghantaran tuntutan palsu atau tidak tepat kepada pelanggannya, termasuk mana-mana pelanggan kerajaan.
Larangan Kepada Penggubahan Wang Haram Sebagai komitmen kita kepada penyimpanan rekod yang tepat, kita mesti sedar individu yang melibatkan diri dalam aktiviti jenayah mungkin cuba membuat transaksi dengan Syarikat kita. Tujuannya adalah untuk “menggubah” perolehan daripada aktiviti jenayah mereka, melindungi dana
KOD ETIKA COGNIZANT | 14
atau menjadikan ia kelihatan seperti hasil daripada aktiviti yang sah. Kita memberi komitmen untuk menjalankan perniagaan hanya dengan pelanggan yang bereputasi baik dan melibatkan diri dalam kegiatan perniagaan yang sah, dengan wang yang diperoleh daripada sumber yang sah. Rakan Sekerja Cognizant boleh membantu memastikan pematuhan kepada semua undang-undang dan peraturan penggubahan wang haram dengan: Bekerjasama dengan jabatan Cognizant yang berkenaan (seperti kewangan, perakaunan dan pematuhan) untuk menjalankan usaha wajar kepada bakal pelanggan, ejen dan rakan kongsi perniagaan bagi memastikan mereka melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang sah dan wang mereka diperoleh dari sumber yang sah. Anda boleh suarakan kebimbangan jika sebarang pelanggan, ejen atau rakan perniagaan yang dicadangkan ragu-ragu untuk memberi maklumat lengkap, memberi maklumat yang tidak cukup, palsu atau meragukan atau risau untuk mengelak laporan atau keperluan penyimpanan rekod.
Mematuhi peraturan kita yang berkaitan bentuk bayaran yang boleh diterima. Beberapa bentuk bayaran dan bayaran berkaitan aktiviti yang melibatkan penggubahan wang haram merangkumi: • Bayaran menggunakan instrumen kewangan yang dilihat tidak bersangkut paut dengan pelanggan • Bayaran tunai • Struktur urus niaga yang kompleks dan luar biasa, pola bayaran yang tidak menggambarkan tujuan perniagaan sebenar atau terma bayaran yang memberi kelebihan luar biasa • Pindahan wang ke atau dari negara yang tidak berkaitan dengan transaksi atau tidak logik untuk pelanggan • Transaksi melibatkan lokasi yang dikesan sebagai syurga rahsia atau kawasan yang diketahui mempunyai aktiviti pengganas, pengedaran dadah narkotik atau aktiviti penggubahan wang haram. • Transaksi melibatkan bank luar negara atau bank di luar pesisir, pengirim wang atau pengurup mata wang yang tidak berlesen, atau pengantara kewangan yang bukan bank. • Bayaran yang disusun untuk mengelakkan penyimpanan rekod atau syarat pelaporan (misalnya, menjalankan beberapa transaksi dengan amaun di bawah ambang pelaporan) • Meminta pindahan wang atau memulangkan deposit kepada pihak ketiga atau akaun yang tidak diketahui atau tidak dapat dikenal pasti. Jika anda mempunyai soalan atau kebimbangan tentang penggubahan wang haram yang berpotensi berlaku, rujuk Ketua Pegawai Pematuhan atau sumber pematuhan tempatan anda.
KITA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN CARA YANG BETUL Pelanggan, pemegang saham dan komuniti bergantung kepada kita untuk melaksanakan perniagaan dengan tahap integriti paling tinggi. Bersaing dengan Adil dan Jujur serta Mematuhi Undang-undang Persaingan
16
Menjalankan Jualan dan Pemasaran Beretika
16
Menghormati Perdagangan Antarabangsa
16
Memacu Kualiti
16
KOD ETIKA COGNIZANT | 16
BERSAING DENGAN ADIL DAN JUJUR SERTA MEMATUHI UNDANG-UNDANG PERSAINGAN Kita mesti menunjukkan sikap hormat kepada maklumat sulit pesaing sama seperti kita menghormati maklumat sendiri supaya kita dapat bersaing dengan adil di pasaran. Ini bermaksud kita hanya boleh mengumpulkan maklumat persaingan dengan cara yang sah dan beretika, bukan melalui penipuan atau pemalsuan. Sebagai contoh, kita tidak menggunakan akses kita kepada sistem pelanggan untuk mencari pembentangan pesaing atau maklumat lain seperti itu yang boleh dilihat tanpa kebenaran yang sah. Begitu juga, kita tidak boleh menyimpan atau menggunakan pihak ketiga untuk melakukan perkara yang kita tidak boleh lakukan. Kita mesti mematuhi undang-undang antitrust dan persaingan di negara kita menjalankan perniagaan. Secara umum, kita mesti mengelakkan sebarang perjanjian, persefahaman atau rancangan dengan pesaing yang menghadkan atau menyekat persaingan, meliputi penetapan harga dan pembahagian pasaran.
MENJALANKAN JUALAN DAN PEMASARAN BERETIKA Kita tidak akan mengambil faedah tidak saksama daripada bakal pelanggan atau pelanggan atau pembekal sedia ada dengan cara manipulasi, penyembuyian, penyalahgunaan maklumat sulit, pemalsuan fakta atau sebarang amalan urus niaga tidak adil yang lain. Komunikasi tentang perkhidmatan kita, sama ada secara lisan atau dalam bahan promosi bertulis, pembentangan atau slaid mesti sentiasa menepati standard ketepatan dan integriti yang tinggi.
MENGHORMATI PERDAGANGAN ANTARABANGSA Cognizant mesti mematuhi pelbagai undang-undang perdagangan antarabangsa, meliputi urusan dengan embargo, kawalan eksport, sekatan ekonomi dan peraturan antiboikot. Rakan Sekerja kita mesti mematuhi undang-undang ini sama ada di Amerika Syarikat atau di negara lain. Tambahan lagi, semua undang-undang dan peraturan ini diguna pakai
dalam beberapa aspek perniagaan kita. Sebagai contoh, undang-undang ini mungkin diguna pakai untuk pindahan teknologi, perjalanan merentasi sempadan dengan dokumen teknikal, perkongsian maklumat dengan warga asing semasa lawatan ke Amerika Syarikat atau warga asing yang bekerja untuk kontrak kerajaan di Amerika Syarikat. Tambahan lagi, Cognizant tidak dibenarkan menjalankan perniagaan atau menghantar produk atau peralatan ke beberapa wilayah (spt. Korea Utara), atau menjalankan perniagaan dengan individu atau syarikat yang disekat. Sila lihat Manual Program Pematuhan Eksport untuk maklumat lanjut tentang jangkaan Syarikat berkaitan perdagangan antarabangsa.
MEMACU KUALITI Kita mendukung standard kualiti yang ketat semasa bekerja di bawah kontrak pelanggan. Sebagai Rakan Sekerja Cognizant, kita bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi obligasi kontraktual yang berkenaan dengan kerja kita. Ini bermaksud kita tidak boleh menyimpang daripada spesifikasi kontraktual tanpa kelulusan yang sepatutnya. Merekod dengan betul dan menetapkan kategori semua kos ke akaun dan pelanggan yang betul. Menyemak semua dokumen dengan teliti untuk memastikan ia tepat sebelum menghantar dokumen itu kepada pelanggan kita. Ia adalah asas dalam perkhidmatan berkualiti. Sila rujuk Jabatan Undang-undang atau Ketua Unit Perniagaan yang berkenaan jika anda mempunyai sebarang soalan tentang maklumat dalam bahagian ini.
TANGGUNGJAWAB KITA ADALAH JELAS Sebagai Rakan Sekerja Cognizant, kita mencari jalan untuk mendahului dalam perkara berikut. Mengamalkan Ciri Warga Korporat yang Baik
18
Mematuhi Standard Keselamatan
18
Menyertai Aktiviti Politik dan Melobi
18
KOD ETIKA COGNIZANT | 18
MENGAMALKAN CIRI WARGA KORPORAT YANG BAIK Amalan Buruh. Kita mendukung hak asasi manusia dalam semua operasi global. Semua Rakan Sekerja Cognizant di seluruh dunia adalah layak untuk gaji dan jam bekerja yang setara dan selari dengan undang-undang tempatan. Mereka juga layak bekerja dalam persekitaran yang bebas daripada diskriminasi. Syarikat kita tidak menggunakan buruh kanak-kanak (individu di bawah peruntukan umur minimum dalam undang-undang dan peraturan yang berkenaan) atau buruh paksaan (buruh penjara, buruh kontrak, buruh terikat, buruh tentera, buruh hamba), tidak membiarkan sebarang bentuk penyeludupan manusia dan tidak akan bekerja dengan pihak ketiga yang melibatkan diri dalam amalan seperti ini. Amalan Persekitaran. Cognizant komited untuk melindungi alam sekitar. Kita menggunakan amalan mampan untuk mengurangkan jejak karbon dan memastikan kita memberi impak positif kepada dunia. Kita mengharapkan pematuhan kepada semua undangundang, peraturan dan standard yang berkaitan. Sila lihat maklumat dalam bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat pada laman web di sini, Dasar Kemampanan dan Tanggungjawab Korporat dan Kenyataan Antirasuah, untuk maklumat lanjut tentang pematuhan dan inisiatif lain.
MEMATUHI STANDARD KESELAMATAN Kita dikehendaki untuk melapor sebarang isu kesihatan dan keselamatan yang berpotensi berlaku kepada Pengurus dengan segera. Tindakan ini membantu kita mengekalkan keselamatan sendiri dan juga Rakan Sekerja Cognizant kita. Kita tidak akan bertindak balas dengan keganasan, ugutan keganasan, penderaan atau serangan balas. Ini adalah komitmen kita untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat. Kita juga tidak akan membuat ancaman lisan secara tersurat atau tersirat, ugutan, buli atau sebarang perbuatan ganas secara fizikal. Kita mesti melaporkan perbuatan ganas, ugutan, ancaman keganasan, penderaan, serangan balas atau tingkah laku mengancam yang lain kepada Pengurus dengan segera. Laporan mesti dibuat sama ada kita menjadi saksi atau mangsa kepada perbuatan sedemikian. Kita mesti menghubungi pihak berkuasa tempatan dahulu jika kita atau orang lain berada dalam bahaya.
Kita tidak akan menggunakan keganasan di tempat kerja. Kita juga tidak akan bekerja di bawah pengaruh dadah atau alkohol. Penggunaan, jualan, belian atau milikan dadah haram dan penyalahgunaan alkohol atau ubat yang diberikan doktor ketika berada dalam premis Syarikat atau menjalankan perniagaan Syarikat adalah dilarang sama sekali. Tingkah laku ini menimbulkan risiko kepada semua Rakan Sekerja Cognizant dan pelanggan kita. Kita juga perlu bercakap dengan Pengurus atau Pengurus bakat jika kita mendapati prestasi kerja Rakan Sekerja lain terganggu akibat penggunaan alkohol, bahan larangan atau dadah atau Rakan Sekerja lain menggunakan bahan larangan di premis Syarikat atau pelanggan. Tambahan lagi, semua aktiviti perniagaan mesti dijalankan dengan semua permit, kelulusan, dan kawalan yang diperlukan.
MENYERTAI AKTIVITI POLITIK DAN MELOBI Cognizant menggalakkan Rakan Sekerjanya untuk menyertai proses politik, spt. menjalankan kempen untuk calon bagi jawatan politik apabila jelas aktiviti seperti ini dijalankan atas dasar individu, bukan sebagai wakil Syarikat kita atau dibuat semasa waktu bekerja. Cognizant mungkin dibenarkan untuk menganjurkan aktiviti politik di premis Syarikat atau menggunakan sumber korporat dengan terhad mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, sebarang penggunaan premis atau sumber untuk aktiviti politik mesti diluluskan dahulu oleh Jabatan Undang-undang.
KOD ETIKA COGNIZANT | 19
KITA TIDAK BOLEH: • Mencari atau memegang jawatan politik tanpa memberitahu penyelia kita dahulu supaya sebarang konflik kepentingan yang berpotensi berlaku dan undang-undang yang berkenaan boleh disemak dan dipatuhi (penyelia perlu menyemak sebarang permintaan sedemikian dengan Jabatan Undang-undang) • Meminta bayaran balik untuk sebarang sumbangan atau perbelanjaan politik • Membuat sebarang sumbangan langsung atau tidak langsung kepada calon politik, jawatankuasa politik atau parti politik bagi pihak Cognizant atau PAC (atau agensi serupa di tempat anda), melainkan sumbangan ini sah dan diluluskan dahulu oleh Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undangundang (untuk sumbangan korporat) dan menurut Undang-undang Tubuh Syarikat PAC (untuk sumbangan PAC). Batasan ini meliputi tajaan, derma atau sumbangan kepada acara sokongan calon, parti politik atau entiti atau pegawai kerajaan • Membuat sumbangan Syarikat kepada persatuan perdagangan atau jawatankuasa tindakan politik mereka dan sumbangan sedemikian akan digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan politik, melainkan diluluskan dahulu oleh Jabatan Undang-undang
Mungkin wujud keadaan apabila sumbangan politik peribadi kita (sama ada persekutuan, negeri, perbandaran, daerah atau sebaliknya) akan disemak semula oleh Cognizant untuk memastikan mereka mematuhi undangundang atau bukan dengan sengaja merosakkan urusan kerajaan dengan Syarikat. Jabatan Undang-undang akan menyediakan panduan khusus Kita juga tidak boleh melobi kerajaan (sama ada persekutuan, negeri, perbandaran, daerah atau sebaliknya) atau organisasi lain bagi pihak Cognizant melainkan ia jelas adalah tugas kita untuk melakukannya atau kita sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Undang-undang. Melobi dipantau dengan ketat di bawah undang-undang kebanyakan wilayah. Melobi biasanya ditakrifkan secara meluas meliputi komunikasi dan usaha untuk mempengaruhi perundangan, tindakan eksekutif, hal pentadbiran, pelaksanaan program kerajaan, prosiding pengawalaturan dan kontrak kerajaan.
KITA BERTINDAK MENGIKUT PRINSIP Komitmen kita dalam menjalankan perniagaan beretika dengan mengingati garis panduan penting berikut.
Menghormati Privasi Orang Lain dan Menyimpan Data Mereka
21
Menggunakan Teknologi dengan Cara yang Betul
21
Menyimpan Aset Syarikat dengan Selamat
21
Menyampaikan Maklumat Tentang Cognizant
22
Diskriminasi dan Gangguan
22
KOD ETIKA COGNIZANT | 21
MENGHORMATI PRIVASI ORANG LAIN DAN MENYIMPAN DATA MEREKA Kita mesti mengikut semua dasar Syarikat, yang khusus untuk negara, tempatan dan pelanggan yang berkaitan privasi dan perlindungan data. Kita perlu mematuhi semua undang-undang antarabangsa yang berkenaan, termasuk undang-undang pemindahan data Kesatuan Eropah yang sepatutnya. Ini selari dengan status Cognizant sebagai syarikat antarabangsa. Cognizant menghadkan pendedahan maklumat pelanggan kepada individu dalam organisasi yang jelas mempunyai kepentingan perniagaan untuk mendapatkan maklumat itu. Kita tidak memberi maklumat pelanggan kepada syarikat luar atau orang lain, kecuali: • Seperti yang diarahkan oleh pelanggan • Untuk menjalankan perniagaan kita dengan betul • Untuk terus mematuhi undang-undang privasi yang berkenaan • Untuk melindungi daripada fraud atau aktiviti haram yang disyaki • Untuk menyediakan khidmat pelanggan Kita mesti menghubungi Pengurus, Pengurus bakat, Ketua Pegawai Keselamatan, Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undangundang atau Ketua Pegawai Pematuhan jika kita percaya data seperti itu sudah dikompromi. Sila rujuk Dasar Privasi Data Global dan Notis Privasi Rakan Sekerja Global Cognizant untuk maklumat lanjut.
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DENGAN CARA YANG BETUL Kita mesti melindungi sistem maklumat Cognizant daripada akses atau perubahan yang tidak dibenarkan. Kita juga mesti memastikan semua penggunaan peralatan dan sistem maklumat Cognizant dan pelanggan adalah mematuhi Dasar Penggunaan Yang Diterima Cognizant, yang boleh didapati di sini. Tambahan lagi, kita perlu membiasakan diri dengan sebarang obligasi kontraktual tambahan yang mungkin diguna pakai apabila kita mengakses sistem maklumat pelanggan. Aset Cognizant seperti sistem maklumat dan mesej yang disampaikan dalam sistem ini adalah harta mutlak Cognizant. Syarikat berhak memantau,
mengaudit dan memeriksa apabila kita menggunakan sumber ini. Ia boleh dilakukan mengikut kebenaran. Syarikat juga boleh menghalang e-mel yang mengandungi kandungan sensitif daripada segi keselamatan. Jika kita tahu atau mengesyaki penggunaan aset Cognizant atau pelanggan melanggar Kod ini atau sebarang dasar, kita mesti mendedahkan isu ini kepada Pengurus atau Ketua Pegawai Keselamatan Syarikat. Kita mesti mengekalkan nada profesional, membincangkan perkara yang patut sahaja dan tidak mengugut, memfitnah atau memalukan mana-mana individu atau syarikat lain semasa menghantar komunikasi perniagaan dalam kapasiti kita sebagai Rakan Sekerja Cognizant. Kita perlu bertimbang rasa dalam semua komunikasi dan urusan kita dengan orang lain, meliputi komunikasi di media sosial. Sila lihat Dasar Media Sosial yang boleh didapati di sini untuk maklumat lanjut tentang jangkaan Syarikat berkaitan penggunaan media sosial dalam kerja kita.
MENYIMPAN ASET SYARIKAT DENGAN SELAMAT Sebagai Rakan Sekerja Cognizant, kita mesti melindungi aset Cognizant dan pelanggan daripada sebarang tindakan silap guna, salah guna dan kecurian. Aset seperti ini meliputi harta fizikal dan kewangan seperti peralatan, stok, premis dan wang. Ia juga meliputi aset tidak ketara, seperti maklumat sulit dan harta intelek [intellectual property (“IP”)] dan sistem maklumat yang kita gunakan untuk menjalankan perniagaan Cognizant. Kita boleh menggunakan aset Cognizant untuk keperluan peribadi. Namun, penggunaan aset Syarikat mesti diutamakan untuk perniagaan Cognizant. Maklumat sulit bermaksud maklumat pelanggan atau Cognizant yang tidak diketahui secara umum. Ia memberi kelebihan perniagaan kepada pelanggan atau Syarikat kita yang merangkumi namun tidak terhad kepada rancangan perniagaan dan strategik; maklumat kewangan, jualan atau harga; data dan senarai pelanggan; terma vendor dengan pembekal; dan rancangan promosi Harta intelektual bermaksud alat, kaedah, idea kreatif, expresi kita dan nilai komersial yang berkaitan dengannya. Ia merangkumi kod sistem atau rekaan, sistem komputer proprietari dan hak cipta dan tanda dagangan
KOD ETIKA COGNIZANT | 22
Pemegang saham dan pelanggan bergantung kepada kita untuk melindungi maklumat penting daripada pendedahan yang tidak disengajakan atau tidak sah di sisi undang-undang. Kita mesti mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan maklumat perniagaan yang sensitif hanya disampaikan secara rahsia dan diberi kepada Rakan Sekerja yang perlu mengetahuinya untuk tujuan perniagaan sahaja. Kita tidak memberi maklumat sulit kepada pihak ketiga tanpa kelulusan yang sepatutnya dan perjanjian untuk tidak mendedahkan maklumat dimeterai. Tanggungjawab kita untuk melindungi maklumat turut merangkumi IP kita. Sebarang IP yang kita hasilkan dalam kerja di Cognizant adalah milik Syarikat atau pelanggan kita, termasuk hasil tulisan berkaitan perniagaan, kemajuan teknologi atau penyelesaian unik untuk masalah perniagaan. Apabila kita mencipta IP, kita mesti memastikan ia didedahkan kepada Syarikat dan dilindungi mengikut semua dasar dan obligasi kontraktual yang berkaitan. Kita juga dikehendaki untuk mematuhi sebarang tanggungjawab undangundang yang mungkin kita ada kepada majikan lama. Tanggungjawab ini mungkin merangkumi halangan kepada penggunaan dan pendedahan maklumat sulit, mengajak rakan kerja lama untuk bekerja di Syarikat kita dan obligasi untuk tidak bersaing. Jika anda mengetahui situasi yang melibatkan sebarang maklumat sulit sudah dikompromi, anda perlu memaklumkan Ketua Pegawai Pematuhan atau Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undang-undang dengan segera.
MENYAMPAIKAN MAKLUMAT TENTANG COGNIZANT Sebagai syarikat dagangan awam, Cognizant mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat yang lengkap sepenuhnya kepada orang awam. Kita tidak boleh bercakap bagi pihak Syarikat, pelanggan atau pesaing kita atau industri kita dengan mana-mana ahli media atau komuniti pelaburan (termasuk semua “ahli profesional pasaran” seperti penganalisis saham, pelabur institusi, penasihat pelaburan, broker, peniaga dan pemegang saham), melainkan kita dibenarkan berbuat demikian. Semua pendedahan umum yang merangkumi unjuran, siaran akhbar, ucapan dan komunikasi lain mesti tepat, pada masa yang sepatutnya dan menyatakan fakta.
Jika kita didekati oleh mana-mana wakil media, penganalisis atau pelabur untuk bercakap bagi pihak Syarikat, pelanggan, pesaing atau industri kita, kita perlu memajukan semua persoalan itu kepada Jabatan Komunikasi. Kita tidak sepatutnya cuba memberi sebarang maklumat. Kita perlu meminta pihak yang bertanya soalan itu untuk menghantar e-mel kepada
[email protected]. Jabatan Komunikasi akan memberikan maklum balas yang sewajarnya.
DISKRIMINASI DAN GANGGUAN Kita mesti melayani orang lain dengan adil dan hormat serta menilai setiap sumbangan individu. Kita tidak akan mendiskriminasi sifat orang yang dilindungi oleh undang-undang seperti bangsa, warna kulit, agama, jantina, identiti jantina, umur, negara asal, orientasi seksual, status perkahwinan, status ketidakupayaan atau status veteran semasa kita membuat keputusan untuk melantik pekerja yang meliputi proses merekrut, melantik, melatih, menaikkan pangkat, memberhentikan atau memberi terma dan syarat pekerjaan yang lain. Kita juga mematuhi semua undang-undang peluang pekerjaan setara yang berkenaan, termasuk undang-undang yang berkaitan diskriminasi dan gangguan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan diskriminasi, penyalahgunaan kuasa atau sebarang jenis gangguan, termasuk tindakan berunsur seksual. Kita juga mesti menahan diri daripada membuat jenaka, kata-kata kesat atau kata-kata lain tentang sifat individu yang dilindungi undang-undang berkenaan di negara khusus atau kata-kata yang berunsur seksual. Kita tidak patut membenarkan, menggalakkan atau mencipta persekitaran yang menyakitkan hati, ganas, berdiskriminasi, menyalahgunakan kuasa atau teruk pada bilabila masa. Ia mesti dipatuhi sama ada di tempat kita menjalankan perniagaan (seperti pejabat Cognizant atau tapak pelanggan) atau di lokasi lain tempat kita berkumpul untuk aktiviti atau acara berkaitan kerja (seperti restoran, hotel atau pusat persidangan). Kita juga tidak boleh menyerang balas individu yang membuat laporan tentang diskriminasi atau gangguan dengan niat baik atau individu yang melibatkan diri dalam siasatan. Jika kita menyaksikan atau mengalami sendiri diskriminasi, ugutan, gangguan atau serangan balas, kita perlu melaporkan tingkah laku ini dengan segera kepada Pengurus bakat, Ketua Pegawai Pematuhan atau Ketua Pegawai Undang-undang/ Penasihat Undang-undang.
SIASATAN KERAJAAN Tiada peraturan dalam Kod ini yang menghalang Rakan Sekerja daripada melaporkan pelanggaran undang-undang kepada agensi kerajaan atau bekerjasama dalam sebarang siasatan kerajaan. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang siasatan kerajaan, sila majukan kepada Jabatan Undang-undang, Ketua Pegawai Undangundang/Penasihat Undang-undang, Ketua Pegawai Pematuhan atau sumber pematuhan tempatan anda.
PENGECUALIAN KOD INI Walaupun dasar dalam Kod ini mesti dipatuhi sepenuhnya, pengecualian mungkin sesuai dalam keadaan istimewa dan terhad. Jika anda percaya pengecualian adalah sesuai, anda perlu menghubungi Pengurus atasan anda. Jika dia bersetuju, anda mesti mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pegawai Pematuhan. Ketua Pegawai Pematuhan menyimpan rekod semua permintaan pengecualian dan pelupusan permintaan sedemikian dan melapor permintaan dan pelupusan seperti itu kepada Jawatankuasa Audit Syarikat. Mana-mana pegawai eksekutif atau Lembaga Pengarah yang memerlukan pengecualian kepada sebarang peruntukan Kod patut menghubungi Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undangundang. Sebarang pengecualian kepada Kod untuk pegawai eksekutif atau Lembaga Pengarah atau sebarang perubahan kepada Kod ini yang diguna pakai untuk mereka boleh dilakukan oleh Lembaga Pengarah sahaja. Ia boleh didedahkan mengikut keperluan undang-undang atau peraturan pasaran saham.
KOD ETIKA COGNIZANT | 25
LAMPIRAN
SENARIO 1: BERINTERAKSI DENGAN PEGAWAI KERAJAAN Seorang Pengurus untuk projek fasiliti risau tentang kelewatan yang mungkin berlaku kerana kesukaran mendapatkan permit dan pelepasan untuk bahan utama yang diperlukan untuk projek itu. Semasa mesyuarat bersama pegawai kastam, pegawai ini memberitahu pengurus yang dia boleh mendapatkan bahan ke dalam zon kerja jika dia melantik konsultan khusus dengan yuran sebanyak $5,000. Pegawai kastam ini meyakinkan yang pendekatan ini membolehkan kemasukan bahan dengan segera melalui kastam tanpa sebarang kelewatan lanjutan. INGAT • Kita mesti sangat berhati-hati apabila berkomunikasi atau bekerja dengan pegawai kerajaan termasuk pegawai kastam • Undang-undang dan peraturan khas mengawal interaksi kita dengan pegawai kerajaan • Memberi tunai atau manfaat lain kepada pegawai kerajaan sebagai pertukaran untuk layanan istimewa tidak boleh diterima sama sekali walaupun ia menjadi “adat tempatan” untuk memberi bayaran sedemikian dan bayaran itu kelihatan sedikit • Cognizant atau wakil pihak ketiga tidak melibatkan diri dalam rasuah. Kita tidak memberi atau menawarkan rasuah, secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang nilai kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau sebarang manfaat lain untuk Syarikat
AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI • Pastikan tiada bayaran yang tidak sepatutnya bertukar tangan dengan pegawai kerajaan melalui Rakan Sekerja Cognizant atau pihak ketiga • Fikirkan sama ada anda rasa benar-benar faham tentang undang-undang antirasuah dan Kenyataan Antirasuah kita. Rujuk Jabatan Undang-undang atau Ketua Pegawai Pematuhan untuk bertanyakan sebarang soalan • Usahakan untuk mendapat pendidikan tambahan yang anda perlukan tentang undang-undang antirasuah. Perhatikan tanda yang menunjukkan Rakan Sekerja Cognizant atau rakan kongsi perniagaan yang mungkin belum memahami tanggungjawab kita bersama dalam hal ini • Melaporkan sebarang kebimbangan anda dengan segera
KOD ETIKA COGNIZANT | 26
LAMPIRAN
SENARIO 2: PELUANG KORPORAT Seorang Rakan Sekerja Cognizant yang bertanggungjawab untuk membentangkan projek baharu mendapati projek yang dicadangkan sangat sesuai untuk syarikat sepupunya. INGAT • Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk membuat keputusan bagi Kepentingan Cognizant • Kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi kita atau orang lain mengatasi Kepentingan Cognizant • Kita mesti melaporkan situasi yang boleh menimbulkan konflik antara kepentingan peribadi dan kerja kita kepada Pengurus atau Jabatan Pematuhan untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikannya • Elakkan kepentingan kewangan yang tidak selari dengan kepentingan yang paling baik untuk Cognizant • Kita mesti tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti, pelaburan, atau persatuan yang bersaing dengan Cognizant, mengganggu penilaian anda tentang kepentingan paling baik untuk Cognizant semasa menjalankan perniagaan Cognizant atau mengeksploitasi jawatan anda di Cognizant untuk keuntungan peribadi
AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI • Jangan beritahu sepupu anda tentang peluang ini sebelum Cognizant membuat keputusan berkaitan kemungkinan untuk meneruskannya • Bercakap dengan Pengurus anda tentang pendapat anda dan sama ada anda patut menyertai proses membuat keputusan • Sahkan dengan Pengurus anda sama ada dibenarkan untuk merujuk peluang ini kepada syarikat sepupu anda
KOD ETIKA COGNIZANT | 27
LAMPIRAN
SENARIO 3: BERSUARA Pekerja hadir bersama Pengurusnya yang berpangkat lebih tinggi dalam organisasi Cognizant dalam mesyuarat perniagaan dengan pelanggan utama. Pengurus ini mengatakan banyak perkara kepada pelanggan semasa mesyuarat. Pekerja tahu yang perkara itu tidak betul dan dia risau tentang reputasi Cognizant dengan pelanggan. Walau bagaimanapun, dia tahu jika dia menyuarakan perkara ini kepada Pengurus, pengurus itu akan menolak kenyataan ini dan menyatakan tindakannya adalah urusan perniagaan biasa. Pekerja pula risau tentang kesan kepada kerjanya sekiranya dia melaporkan kejadian ini kepada orang lain. INGAT • Penting untuk sentiasa jujur dalam interaksi dan komunikasi kita dengan bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada • Kadang kala, kegagalan untuk mendedahkan beberapa maklumat mungkin mengakibatkan maklumat salah disampaikan kepada pelanggan • Menipu atau mengelirukan pelanggan mempunyai risiko yang besar, termasuk bahaya kepada hubungan pelanggan dan merosakkan reputasi Cognizant • Anda tidak perlu betul-betul yakin tentang ketidaktepatan maklumat yang disampaikan kepada pelanggan atau pembekal untuk melaporkan kebimbangan • Cognizant melarang sama sekali serangan balas kerana melaporkan kebimbangan tentang maklumat yang salah dan mengelirukan kepada pelanggan
AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI • Jika anda fikir maklumat palsu dan mengelirukan sudah diberi kepada bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada, anda mesti melaporkan kebimbangan ini dengan segera kepada Jabatan Undang-undang Cognizant, Ketua Pegawai Pematuhan, Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undang-undang atau Talian Bantuan Pematuhan
KOD ETIKA COGNIZANT | 28
LAMPIRAN
SENARIO 4: MENYIMPAN ASET SYARIKAT DENGAN SELAMAT Selepas usaha keras berbulan-bulan untuk mencapai kejayaan dalam fungsian, Jurutera Rekaan menyalin kerjanya ke dalam pemacu luaran peribadi dan membawanya pulang untuk memastikan dia dapat menyimpan salinan kerjanya, sekiranya dia meninggalkan syarikat kemudian. INGAT • Peranan kita sebagai Rakan Sekerja Cognizant kadang kala membolehkan kita belajar tentang produk atau perkhidmatan baharu sebelum orang awam mengetahuinya • Kemajuan seperti ini memberi kelebihan persaingan kepada Syarikat kita dan kita bertanggungjawab untuk melindungi maklumat ini • Mengeluarkan maklumat sulit dan proprietari yang dimiliki oleh Cognizant atau pelanggan kita boleh menyebabkan bahaya yang serius kepada syarikat dan individu yang melibatkan diri • Jangan muat turun maklumat sulit di luar rangkaian Cognizant atau menghantar maklumat sulit ke akaun e-mel peribadi
AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI • Jangan mengambil maklumat sulit, IP Syarikat atau IP Pelanggan untuk kegunaan sendiri • Jangan mendedahkan sebarang IP Syarikat kepada pihak ketiga. Berhati-hati dan hanya berbincang tentang maklumat yang sudah sedia ada secara umum dengan rakan anda • Jika anda tahu yang maklumat sulit sudah dikompromi, maklumkan Ketua Pegawai Pematuhan atau Ketua Pegawai Undang-undang/Penasihat Undang-undang
KOD ETIKA COGNIZANT | 29
LAMPIRAN
SENARIO 5: GANGGUAN DI TEMPAT KERJA Seorang pekerja merasakan ketuanya mengganggu dirinya dan beberapa orang dalam kumpulannya. Dia perasan yang Pengurus ini sering mengajak rakan sekerja lelaki untuk janji temu. Walaupun rakan sekerja ini sudah menolak, Pengurus terus mengajaknya keluar. Pengurus ini merendahkan maruah pekerja dan beberapa wanita lain dalam kumpulan dengan bercakap tentang penampilan dan intelektual mereka serta jarang menawarkan peluang kepada mereka. Sebaliknya, Pengurus ini memuji dan memberi ganjaran kepada ahli kumpulan yang lain. Pekerja ini ingin bersuara. Namun, dia takut pengurusnya akan mendapat tahu jika dia bercerita tentang perkara itu. INGAT • Tingkah laku seperti ini tidak sepatutnya dilakukan dan boleh dianggap sebagai gangguan • Memberi komen yang berbentuk hinaan, kesat atau seksual adalah tidak patut sama sekali dalam sebarang keadaan • Cognizant melarang keras serangan balas kepada laporan pelanggaran etika yang sebenar atau disyaki, termasuk gangguan di tempat kerja • Cognizant akan melindungi anda jika mana-mana Pengurus bertindak menentang anda kerana anda menyuarakan kebimbangan
AMBIL TINDAKAN YANG SESUAI • Melaporkan sebarang kebimbangan anda dengan segera, sama ada kepada Jabatan Undang-undang Cognizant, Ketua Pegawai Pematuhan, Ketua Pegawai Undangundang/Penasihat Undang-undang atau Talian Bantuan Pematuhan
YX^ © 2017 Cognizant, hak cipta terpelihara