w
Nilai & Etika PENSYARAH UNIVERSITITEKNOLOGI MARA
:
• • • - • • • •
; ... ,,..
EBB
mmmmm
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Nilai & Etika PENSYARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KANDUNGAN
i
PRAKATA
ii
FALSAFAHDANVISI
iii
MISI
iv
MATLAMAT PENDIDIKAN UiTM
v
PENGENALAN
1
BAHAGIAN 1 :
PERANAN PENSYARAH Pengajaran Penyelidikan atau Perundingan atau Penulisan Khidmat Masyarakat atau Persatuan Profesional
BAHAGIAN 2 :
TANGGUNGJAWAB PENSYARAH Tanggungjawab Kepada Profesion Tanggungjawab Kepada Siswa Siswi Tanggungjawab Kepada Rakan Sejawat Tanggungjawab Kepada Universiti Teknologi MARA Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
BAHAGIAN 3 :
NILAI DAN ETIKA Integriti Akauntabiliti Menghargai Masa Dedikasi Tawaduk (Humility) Penambahbaikan Berterusan ( Kaizen ) Berdisiplin Bekerjasama Kesarjanaan Bersyukur
BAHAGIAN 4 :
SALAH LAKU
17
" Menjayakan sebuah universiti terbcsar seperti UiTM bukan sekadar mengubah aspek fizikalnya semata-mata, Lebib utama adalab membangkitkan aspek-aspek kemanusian yang nielibatkan perubahan minda, sikap, rasa kesedaran, kesyukuran. semangat, nilai dan etika, kejujuran serta kesungguhan untuk benar-benar menjayakan sebuah universiti /ang sangat jelas peranannya dalam pembangunan bangsa dan negara."
JiTM 2001-2010
P R A K AT A
Assalammualaikum wbkt. dan salam sejahtera. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Buku Panduan Nilai dan Etika Pensyarah UiTM yang telah berusaha dengan penuh dedikasi bagi menyediakan buku panduan ini yang julung kalinya diterbitkan oleh pensyarah khas untuk pensyarah. Sesungguhnya dengan adanya buku panduan ini, diharap para pensyarah dapat mencapai aspirasi menjadikan UiTM sebuah universiti unggul bertaraf dunia. Selaras dengan ini pensyarah perlu sentiasa meningkatkan prestasi agar UiTM menjadi pakar rujuk yang terulung dalam pelbagai bidang. Adalah menjadi hasrat UiTM agar pensyarah dapat mengatasi cabaran globalisasi dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa; justeru menjurus sebagai golongan profesional yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. Semoga dokumen ini menjadi panduan untuk pensyarah meningkatkan kualiti,integriti dan akauntabiliti. Walau ba gaimanapun, panduan yang tiada bandingan tentunya Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah S.A.W., khususnya bagi umat Islam. Wassalam.
Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah Naib Canselor
'Seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan F A L S A F A H g r a d u a n P r o f e s i o n a l yan§ a A n berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.'
"^H
BBr
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika
"^"^^BflpJP^P'-
jj " F''BBB^^ Bj '^B «^.
Mm *&% B ^ a/*»
mm
' " **®mm mm ~ ~* M m
•
M************ H
5
4$ tft
* *» 55 » «I
MBi^^Bss-siBBBtsfitoB^V///*" *•* =5 55 Eg
^
I : k \ \ ^, $'** asHsjifi 1 ii
•
MISI
*****
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
- a ^ l ^ #8
' • ^ S S ^
e
— eg
Matlamat pendidikan UiTM adalah bertujuan untuk melahirkan graduan bumiputera profesional yang berpegetahuan luas, berkemahiran dan beretika serta mempunyai sikap untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seumur hidup melalui penyelidikan dan penerokaan ilmu demi untuk pembangunan bangsa, masyarakat dan negara.
PENGENALAN Dalam melaksanakan tugas harian, setiap pensyarah hendaklah sentiasa mematuhi Nilai dan Etika Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Nilai dan Etika ini bertujuan untuk menjadi panduan dalam memastikan setiap pensyarah. melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab. sentiasa mengamalkan nilai dan etika kerja yang tinggi selaras dengan keperluan universiti, tuntutan agama, bangsa dan negara.
A ,.,
•
BAHAGIAN
PERANAN PENSYARAH Seseorang pensyarah di UiTM mempunyai tiga peranan utama: pengajaran, penyelidikan atau perandingan atau penulisan, dan khidmat masyarakat atau persatuan profesional.
Penyelidikan at atau Penulisan
PERANAN PENSYARAH
Khidmat Masyarakat atau Persatuan Profesional
PENGAJARAN Pengajaran merupakan tugas atau tanggungjawab hakiki pensyarah. Pengajaran pada lazimnya diertikan sebagai proses memberi syarahan atau menyampaikan ilmu pengetahuan kepada siswa siswi.Di UiTM.pengajaran bukan hanya terhad kepada memberi syarahan atau menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja. Antara lain: 1.
Pensyarah memainkan peranan sebagai pendidik: (a) membentuk akhlak dan budi pekerti mulia di kalangan siswa siswi. (b) menggalak serta mendorong siswa siswi untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. (c) menanam serta memupuk semangat untuk mencapai kecemerlangan (d) memberi nasihat dalam perkara yang berkaitan dengan akademik. (e) menjadi contoh atau role model kepada siswa siswi dari segi tingkah laku, sikap, tutur kata, sahsiah rupa diri dan pakaian.
l
2.
Pensyarah dikehendaki melibatkan diri dalam tugas bukan pengajaran atau non-teaching duites seperti: (a) perkembangan atau pengemaskinian kurikulum dan bahan pengajaran (b) penyedian, penyeliaan dan pemeriksaan tesis atau ujian peperiksaan (c) penglibatan sebagai ahli jawatankuasa di peringkat UiTM (d) penglibatan dalam aktiviti sosial sama ada di peringkat jabatan, fakulti, universiti mahupun masyarakat (e) mewujudkan jaringan hubungan luar dan dalam negeri dengan pihak industri dan badan profesional sebagai langkah untuk meningkatkan mutu program akademk UiTM (f) mewujudkan pusat kecemerlangan.
3.
Pensyarah perlu meningkatkan pengetahuan atau kemahiran selaras dengan keperluan semasa seperti: (a) (b) (c) (d)
perkembangan kepakaran, bidang dan profesion metodologi pengajran terkini psikologi pendidikan, sosiologi dan teknologi pendidikan kemahiran berkomunikasi
PENYELIDIKAN ATAU PERUNDINGAN ATAU PENULISAN Penyelidikan1 ialah proses sistemik dalam pengumpulan dan pengurusan maklumat, penganalisisan dan pentafsiran penemuan dan seterusnya menghebahkan penemuan melalui penulisan yang diterbitkan atau tidak diterbitkan serta pembentangan di persidangan akademik. Perundingan2 adalah kerja-kerja penyelidikan, latihan serta perkongsian kepakaran yang berbayar di antara ahli akademik dengan klien yang terdiri dari organisasi awam atau swasta bagi meningkatkan pencapaian atau memenuhi keperluan organisasi tersebut.
PERANAN
PENSYARAH
Pensyarah hendaklah: 1.
2. 3. 4.
sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan atau kepakaran melalui aktiviti penyelidikan dan berkongsi ilmu pengetahuan atau kepakaran dalam dan luar gugusan meningkatkan dan menaikkan imej organisasi melalui jaringan hubungan industri dalam dan luar negeri meningkatkan kewibawaan melalui penulisan atau hasil karya atau perundingan atau persembahan membentangkan kertas kerja atau hasil karya atau kerja perundingan atau membuat persembahan sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.
KHIDMAT MASYARAKAT ATAU PERSATUAN PROFESIONAL Khidmat masyarakat1 ialah perkhidmatan yang diberikan khusus kepada masyarakat setempat bagi tujuan peningkatan kualiti hidup. Pensyarah hendaklah: 1.
sedia berkongsi ilmu dan kepakaran dengan menyebarkanya kepada masyarakat
2.
melibatkan diri dengan kerja amal masyarakat secara individu atau melalui pelbagai pertubuhan profesional dan badan sukarela merangka, merancang dan melaksanakan aktiviti untuk masyarakat melalui fakulti atau jabatan atau universiti mewujudkan dana untuk tujuan amal.
3. 4.
12&3
Takrif dari Institut Penyelidikan & Pengkomersilan (IRDC ) UiTM.
3
2
BAHAGIAN
TANGGUNGJAWAB PENSYARAH Setiap penyarah UiTM mestilah melaksanakan tanggungjawab seperti berikut: l• 2. 3. 4. 5.
Tanggungjawab kepada profcsion Tanggungjawab kepada siswa siswi Tanggungjawab kepada rakan sejawat4 Tanggungjawab kepada UiTM Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
TANGGUNGJAWAB KEPADA PROFESION Setiap pensyarah hendaklah: 1.
2. 3.
4.
sentiasa peka dengan perkembangan ilmu pengetahuna dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan agar ilmu yang diperolehi selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan. meningkatkan mutu kepakarannya dalam bidang pengkhususan yang berkenaan di samping meningkatkan kebolehan dalam bidang pengajaran. mengamalkan sikap amanah dalam menjalankan tugas harian yang meliputi: (a) tugas pengajaran (b) penyediaan dan pemeriksaan ujian/laporan dan peperiksaan (c) penyelidikan (d) perundingan (e) penyeliaan (f) tugas lain yang berkaitan termasuk yang berbentuk studio. hadir mengajar dan menepati jadual waktu yang telah ditetapkan serta memberitahu ketua atau bahagian berkenaan sekiranya tidak hadir agar langkah tertentu dapat diambil.
4
Takrif: merangkumi semua staf Universiti Teknologi MARA 5
TANGGUNGJAWAB KEPADA SISWA SISWI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
10. li. 12. 13. 14. 15.
menggalakkan siswa siswi menimba ilmu, mengikuti perkembangan dan berkongsi ilmu memupuk budaya membaca memupuk minat dan potensi siswa siswi agar mereka sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan memupuk kejujuran, integriti, akauntabiliti dalam aktiviti akademik dan bukan akademik menggalakkan kebebasan akademik tertakluk kepada peraturan UiTM adil, wajar dan tepat pengiraan dalam penilaian dan pemberian markah siswa siswi memainkan peranan sebagai penasihat kepada siswa siswi dalam bidang akademik dan bukan akademik sama ada di dalam atau di luar kelas memastikan hubungan dengan siswa siswi adalah semata-mata berlandaskan kepentingan akademik. mengelakkan sebarang ekploitasi siswa siswi dari segi akademik bagi tujuan peribadi tanpa memohon kebenaran atau memberi penghargaan yang sewajarnya. meluang dan menetapkan masa untuk tujuan perundingan menghargai kerjasama akademik dan bukan akademik daripada siswa siswi memastikan perkara rahsia dan sulit tidak diketahuai oleh siswa siswi menjadi contoh kepada siswa siswi dari segi peraturan, sahsiah rupa diri, pakaian dan tingkah laku menghormati siswa siswi sebagai individu memberi maklum balas, keputusan ujian / laporan / kerja kursus dan peperiksaan dalam jangka masa yang ditetapkan.
TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEJAWAT Setiap pensyarah hendaklah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
sedia berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan sejawat memberi kerjasama kepada rakan sejawat menerima tanggungjawab bersama dalam hal yang berkaitan dengan urusan akademik menghormati dan mempertahankan kebebasan pendapat, pandangan dan kebebasan berfikir rakan sejawat menghargai kerjasama rakan sejawat dalam bidang keilmuan adil dan wajar dalam memberi dan menerima pandangan rakan sejawat menjaga nama baik rakan sejawat 6
TANGGUNGJAWAB
PENSYARAH
TANGGUNGJAWAB KEPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Setiap pensyarah hendaklah: 1. menghayati serta mengamalkan Falsafah, Misi, Visi dan Matlamat Pendidikan UiTM 2. menghormati, mematuhi, menyokong dan melaksanakan segala dasar dan peraturan UiTM 3. mengutamakan tugas hakiki dan tidak membiarkan tugas luar atau peribadi mempengaruhi dan/atau menjejaskan tugas hakikinya kepada UiTM 4. memberi notis dan mematuhi prosedur UiTM apabila bercadang untuk menamatkan perkhidmatan 5. menyumbang ilmu dan kepakaran secara produktif dan efektif 6. sentiasa menjunjung nama baik UiTM 7. membudayakan kualiti persekitaran UiTM yang selesa dan selamat. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA Setiap pensyarah hendaklah: 1. melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat 2. memainkan peranan dan menyumbang ilmu dan kepakaran terhadap kemajuan kesejahteraan masyarakat dan negara 3. memastikan pendapat dan pandangan yang dikemukakan adalah pendapat atau pandangan yang mewakili UiTM 4. berusaha mewujudkan hubungan dengan pihak industri dan badan profesional sebagai langkah untuk meningkatkan mutu program akademik UiTM 5.
sentiasa menghayati serta mengamalkan Falsafah, Dasar, dan Objektif Pendidikan Negara supaya dapat bersama-sama memainkan peranan dan sumbangan terhadap pembangunan negara.
7
^—f«*;
s .y
•';+•
<•> &>*» »
SIF
BAHAGIAN
N I L A I DAN ETIKA Setiap penyarah perlu menghayati dan mengamalkan nilai dan etika berikut: Integriti Akauntabiliti Menghargai masa Dedikasi Tawaduk (Humility) 5. Penambahbaikan berterusan (kaizen) 6. 7. Berdisiplin 8. Bekerjasama 9. Kesarjanaan 10. Bersyukur 1.
2. 3. 4.
INTEGRITI Tntegriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan atau pengabaian. Berikut adalah antara nilai integriti; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
menjalankan tugas-tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti berlaku adil dan saksama kepada semua pihak jujur dan setia kepada diri dan UiTM menjaga harta dan kepentingan UiTM menjaga rahsia dan maklumat jabatan atau UiTM pada setiap masa mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan
8.
tidak mementingkan diri sendiri, keluarga atau rakan.
9
AKAUNTABILITI Akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan tugas yang diamanahkan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa, serta bersedia dipersoal akan tindak-tanduknya. Bersedia adalah antara nilai akauntabiliti: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
mengawas dan mangawal segala sumber di bawah jagaanya bekerja berasakan dasar fakulti atau jabatan atau UiTM bertanggungjawab sepebuhnya terhadap perlakuan dan keputusan yang dibuat menyempurnakan tugas dengan baik dan berkesan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan peka kepada kualiti dan mempunyai sense of urgency.
"Dan demi sesungguhnya Kami lelah mencipla mamma dan Kami sedia mengetahuai apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengelahuan) Kami lebift dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan mengajarnva) menerima dan menulis segala perkataan dan perhuatannya. yang satu duduk di sebelah kanannya dan satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilajazkan (atau perbuatan yang dilakukanya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan memdisnya). " (Al-Qaf:
16-IS)
MENGHARGAI MASA Menghargai masa ialah menggunakan masa dengan cekap, berkesan dan melaksanakan tugas mengikut keutamaan tanpa mengabaikan kualiti. Berikut adalah antara nilai menghargai masa: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
mengurus masa dengan baik merancang setiap tugasan mengikut keutamaan melaksanakan tugasan mengikut perancangan menyegarkan perlaksanaan dan penyempurnaan tugasan menetapkan dateline untuk menyelesaikan sesuatu tugasan menetapi masa bagi setiap tugasan
" Demi masa. sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. kecttali arang-arang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan nasuhal menasuhatu supaya mentaati kehenaran dan nasihat menasihuti supaya menetapi kesabaran. " (Al-Asr:
10
103:1-3)
N I L A I
D A N
E T I K A
DEDIKASI Dedikasi ialah kesungguhan melaksanakan tugas dengan cekap, cepat, berkesan dan sempuma tanpa mengira masa dan tenaga. Berikut adalah antara nilai dedikasi: 1. 2. 3. 4. 5.
melaksanakan tugas dengan tekun, bertanggungjawab, sabar, teliti dan bersikap positif menghasilkan produk yang berkualiti menerima tanggungjawab dengan rela dan ikhlas sanggup berkorban untuk menyelesaikan tugas sanggup menerima tanggungjawab tanpa alasan atau rungutan dan menghasilkan kerja dengan sempurna.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada paras rupa dan hurlumu, tetapi Allah rnelihat pada halt dan amalniu " ( Hadith Riwayat Muslim)
TAWADUK (HUMILITY) Tawaduk ialah sifat tidak membanggakan diri, tidak angkuh, menghormati dan tidak merendahkan kebolehan dan maruah orang lain. Berikut adalah antara nilai tawaduk: l2. 3. 4. 5. 6. 7.
berfikiran positif, terbuka dan boleh menerima atau mendengar pandangan orang lain menghormati ketua, rakan scjawat, dan staf sokongan bersopan santun, tidak membangga diri dan senang didampingi sederhana, berkhemah dan beradab mematuhi arahan atau keputusan yang telah dipersetujui bersedia menerima teguran dan kritikan membina cermat dalam kata-kata dan berfikir sebelum berbicara.
Dan janganiah engkau berjalan di muak bumi dengan berlagak sombong: kerana sesnnggidtnya engkau tidak dapat menembnsi butni." (Al-Isra'. 37) "Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepadc• tiap-tiap orang sombong. takaburlagi membanggakan diri." (Al-Hadid •23) "Tidak sempurna iman orang yang suka ,•nengecam, orang suka meiaknat, orang suka bercakapkotor dan orang yang suka mencarut. " ( Al-Hadith - Riwayat Ahmad)
II
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN (KAIZEN) Penambahbaikan berterasan ialah sentiasa memperbaiki atau memperkemas lagi sesuatu proses kerja dengan tujuan mempertingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Berikut adalah antara nilai penambahbaikan berterasan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
meningkatkan kemahiran atau kepakaran dan ilmu dari semasa ke semasa melibatkan diri dalam aktiviti penambahbaikan belajar dari kesilapan proaktif dalam memperbaiki proses kerja dan mutu perkhidmatan mengutamakan kepentingan pelanggan meningkatkan produktiviti dan kualiti bersedia untuk berubah.
"Dtm herbelanjakunlah (apa yang acta pacta kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, clan janganlah kamu sengajct mcncampakkan diri kamu ke dalam hahaya kebinasctan (dengan hers-ikap bakliil).Dan haikilah (dengan sebcuk-baiknya)segala usaha dan perhualan kamu.kerana sesungguhnya Allah niengctsihani orang-orangyang bentaaha memperbaiki anmlanya. " (Al-Baqarah: 195)
BERDISIPLIN Berdisiplin ialah kemampuan dalaman untuk mengawal diri dan tingkah laku mengikut nilai-nilai murni yang disepakati serta melanggar peraturan walaupun dirinya tidak diawasi. Berikut adalah antara nilai berdisiplink: 1. 2. 3. 4.
mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan beretika dan mengamalkan nilai-nilai murni yang disepakati mengawal tingkah laku, adat sopan serta memelihara diri menjaga dan mempertingkatkan imej organisasi.
" Oleh Hit, ingallah kamu akan Dakti. (dengan mematuhi akan hukum dan peraluranKu) supaya Aku membalaa kamu dengan kehaikan dan bernyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kaufur. " (Al-Baqarah: 152)
12
N I L A I
D A N
E T I K A
BEKERJASAMA Bekerjasama ialah saling membantu dan menghormati antara satu sama lain dalam melaksanakan tugasan dengan semangat berpasukan. Berikut adalah antara nilai bekerjasama: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
mementingkan kejayaan oerganisasi saling membantu untuk menjayakan tugas bersikap pemaaf dalam pergaulan berfikiran terbuka, positif dan bersedia menerima cadangan serta nasihat bekerja bukan semata-mata untuk pangkat dan kedudukan bekerja dengan semangat setiakawan.
" Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa,dan janganlah kamu hertolong-tolongan pada melakukan dosa(maksiat) dan pencerobohan. " (Al-Maidah : 2) "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain,mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat aerta taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. " (Al-Taubah: 71) "Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu dengan yang lain." (Al-Hadith-Riwayat At Tabrani)
13
KESARJANAAN Kesarjanaan ialah berdaya saing dan menggunakan sepenuhnya potensi serta kepakaran dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk UiTM. Berikut adalah antara nilai kesarjanaan: 1. 2. 3. 4. 5.
menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan tugas dengan cemerlang mementingkan kualiti dalam semua aspek mencari peluang untuk menambahkan ilmu dan kemahiran yang boleh meningkatkan kualiti rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
" (Katnu timpahkan pelbagai ihsan kepada Rasill-Rasul ittt ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa betjumba-lumba dalam tncngerjakan kebaikan, dan sentiasa berdaa kepada Kami dengan penuh harapan serta gentn takut, dan mereka pula sentiasa khltsyu' dan taal kepada Kami. " (Surah Ibrahim : 7 ) "Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempernutdahkan haginyu jalan ke syurga " (lladilh Riwayat Muslim )
BERSYUKUR Bersyukur ialah siat yang menunjukkan sikap terhutang budi dan berterima kasih atas nikmat dan pemberian yang diperolehi, iklilas menerima takdir dan tidak mudah kecewa jika hajat tidak kesampaian. Berikut adalah antara nilai bersyukur: 1. 2. 3. 4.
menghargai anugerah dan nikmat yang diterima menerima ujian dengan reda dan menghadapi kegagalan dengan tenang serta sabar memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya berterima kasih kepada pemimpin dan UiTM
" Demi sesungguhnya! Jika katnu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmalKu kepada kantu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKtt amallah kera.s. " (Surah Ibrahim : 7) " Jauhilah perasaan hasad dengki kerana hasad dengki menghapuskan kehaikan sebagaimana apt memakan kayu. " (Hadith Riwayat Abu Daud)
14
Akauntabiliti
Integriti
Bersyukur
Dedikasi
NILAI DAN ETIKA
Kesarjanaan
Menghargai Masa
Bekerjasama
Tawaduk
Berdisiplin
Penambahbaikan Berterusan
Rajah 1 : Nilai dan Etika
"
I 0**®"
•••"*••
BAHAGIAN
SALAH LAKU
Seorang pensyarah dianggap telah melanggar Nilai dan Etika Pensyarah UiTM apabila melakukan salah satu perkara berikut: 1. tidak hadir bertugas dan/atau tidak mengajar tanpa sebab yang munasabah 2.
menjalankan sebarang kegiatan tanpa kebenaran dalam waktu pejabat
3.
memalsukan sebarang sijil kelulusan atau kelayakkan sebelum dan/atau semasa perkhidmatan
4.
memalsukan maklumat tuntutan elaun, sijil cuti sakit dan sebagainya
5.
mengugut untuk mencederakan dan/atau mencederakan orang lain
6.
membuat sebarang ugutan terhadap staf atau pelajar
7.
mencuri barangan kepunyaan UiTM, staf, pelajar dan hak orang awam
8.
meminda, menukar, merosak, menyalahguna dan salah laku Iain-lain dengan sengaja aset UiTM
9.
mengalih atau memindah aset UiTM tanpa izin
10. sengaja melanggar peraturan keselamatan UiTM dan/atau membahayakan orang lain termasuk merosakkan, membiarkan atau menyalahgunakan alat-alat keselamatan 11. semua kesalahan bahagian II, seksyen 3 hingga seksyen 21, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] 12. bergaduh 13. melakukan gangguan seks di tempat kerja 14. melakukan kesalahan seks.
17
AHLI JAWATANKUASA Buku Panduan Nilai dan Etika Pensyarah
Ketua Prof. Madya Dr. Halimaton Haji Khalid ( Dekan) Fakulti Pengursan & Teknologi Pejabat Setiausaha Puan Shereen Noreen Fakulti Pengursan & Teknologi Pejabat Ahli Jawatankuasa Fakulti Pengursan & Teknologi Pejabat
Prof. Madya Hajah Haslina Ahmad Prof. Madya Hajah Khainizam Mohamed Puan Afiza Abdul Majid Fakulti Undang-Undang
Prof. Madya Ramlah Mohd Noh ( Dekan ) Prof. Madya Sue Valquis Md Mashor Dr. Zaiton Hanim Dr. Musrifah Sapardi Puan Rohani Mohd. Shah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam ( CITU ) Prof. Madya Ustaz Mohd Asri Abdullah (Timbalan Pengarah ) Prof. Madya Ustazah Asmak Ali
18
S E K A L U N G BUDI Ahli Jawatankuasa Buku Panduan Nilai & Etika Pensyarah UiTM ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada: YBhg Dato' Seri Prof. Dr. Hj. Ibrahim Abu Shah Naib Canselor
Puan Hajah Rabiah Latif Pendaftar
Puan Hajah Siha Saat Bendahari YBhg Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar Timbalan Naib Canselor (Akademik ) YBhg Dato' Prof. Dr. Ahmad @ Abd Rahim Hj Zainuddin Pengarah, Institut Kecemerlangan Rekabentuk Antarabangsa Prof. Madya. Dr. Rosminah Mohd Roslin Institut Penyelidikan.Pembangunan dan Pengkomersilan (IRDC ) Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Tidak ketinggalan juga kepada semua individu yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada penerbitan Buku Panduan Nilai & Etika Pensyarah UiTM ini.
19
Rujukan:
^ ^
w
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SURAT AKU JANJI
Saya No. Kad Pengenalan beralamatdi dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan mematuhi Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] / Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi MARA (Tatatertib Kakitangan) 1991 dan apa-apa arahan yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh UiTM dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan saya dengan UiTM. Maka dengan ini saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan 3,Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun yang terkandung dalam Jadual Kedua kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] / Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi MARA (Tatatertib Kakitangan) 1991, bahawa saya antara lain:
i)
akan sentiasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan UiTM;
ii)
akan
sentiasa
melaksanakan
tugas
dengan
cermat,
bersungguh-sungguh,
cekap,
jujur,
amanah
dan
bertanggungjawab; iii)
tidak akan membelakangkan kewajipan saya kepada UiTM demi kepentingan peribadi saya;
iv) v)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kewajipan saya kepada UiTM; tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah bahawa saya teiah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan kewajipan kepada UiTM sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai seorang pegawai UiTM;
vi)
tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai seorang pegawai UiTM bagi faedah diri saya sendiri;
vii)
tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama UiTM;
viii)
tidak akan membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau pegawai lain berhubung dengan atau terhadap UiTM; dan
ix)
tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boteh ditafsirkan sebagai ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] / Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi MARA (Tatatertib Kakitangan) 1991.
(Tandatangan Pegawai)
(Jawatan Pegawai)
Di hadapan saya,
(Tandatangan Ketua Jabatan)
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
b/p Naib Canselor
(Tarikh)
(Cop Rasmi Jabatan)
(Tarikh)
DICETAK OLEH PUSAT PERCETAKAN, UiTM FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM SELANGOR TEL : 03-5544 4024 FAKS : 03-5544 4023
MARA
Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. http : //www.uitm.edu.my Nilai & Etika Pensyarah • Universiti Teknologi MARA • Cetakan: November 2009